MUHYIDDIN DIKEJAR MASA


Muhyiddin tahu dia dikejar masa. Darurat dan penggantungan parlimen beri sedikit ruang untuk dia bernafas kekal jadi PM. Dia juga sempat luluskan projek NIIS yang libatkan menantunya.

Muhyiddin tahu dia adalah PM tanpa majoriti. Dia ada 109 sokongan sahaja apabila Datuk Jazlan dan Datuk Nazri Aziz tarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Bahkan bukan rahsia 115 MP hantar surat kepada YDP Agong supaya diadakan sidang khas Parlimen berdasarkan Artikel 150 perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau 115 bermakna yang menyokong PM cuma tinggal 107. Cukup jelas Muhyiddin jadi PM dengan ehsan darurat.

Apakah selepas Ogos, YDP Agung akan beri perkenan supaya darurat disambung?

Komen komen negatif terhadap Muhyiddin dalam facebook Istana Negara dedah Muhyiddin bukan PM popular.

Parlimen mesti bersidang semula selepas Ogos. Beranikah Muhyiddin masuk Parlimen dengan sokongan 107 MP sahaja.

Ada berani?

DR. PUAD ZARKASHI, AHLI MT UMNO

7 Februari 2021.


JIKA BENAR IKUT NABI, KENAPA PAS SOKONG PERKAUMAN, PENGKHIANATAN DAN RASUAH - FAIZ


Faiz Fadzil

Jika Benar Ikut Nabi, Kenapa Pas  menyokong Perkauman, Pengkhianatan dan Rasuah


Pas sekali lagi menjual agama bagi meraih sokongan politik apabila AJK Pas Pusat YB Ustaz Nik Abduh Nik Mat mendakwa perjuangan Pas mengikut perjuangan Nabi Muhammad SAW. Sebagai parti pemerintah, Pas seharusnya melaksanakan kata-kata dan bukan lagi menjual idea ‘Islam’ yang tidak menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Slogan ‘Islam penyelesai’ tidak dilihat dilaksanakan, walaupun menjadi sebahagian kabinet, wabak Covid-19 gagal diuruskan dengan baik dan ekonomi rakyat semakin parah hari ini.


Jika benar Pas menyokong perjuangan Baginda Nabi, kenapa Pas menyokong Umno dan berada bersama mereka dalam satu koalisi politik yang dikenali Muafakat Nasional sedangkan Umno memperjuangkan perkauman. Nabi mencegah perjuangan berasaskan perkauman yang dulu dibawa Pas ketika melawan Umno, tetapi Pas kini pula berada di landasan yang sama. Apakah Pas kini telah menggadai perjuangan ini semata-mata kerana kuasa politik?


Jika benar Pas menyokong perjuangan Baginda Nabi, kenapa Pas menyokong pengkhianatan Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap mandat rakyat sehingga menjatuhkan kerajaan PH. Mandat rakyat adalah memilih PH sebagai kerajaan menggantikan BN, dan bukannya melantik TS Muhyiddin sebagai PM. Bukankah sifat Nabi adalah amanah, sedangkan khianat itu sifat keji yang ditentang Nabi. Apakah Pas sanggup menggadaikan perjuangan ini hanya kerana mabuk kuasa?


Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyarankan penakrifan baharu rasuah dengan memberi contoh sumbangan kepada orang ramai bukan rasuah, namun adakah sumbangan dengan tujuan meraih sesuatu habuan bukan rasuah? Apakah Presiden Pas tidak sedar derma juga telah ditakrifkan sebagai rasuah di dalam Akta SPRM 2009? Jika Akta tersebut masih belum cukup Islamik, eloklah Pas membawa usul persendirian meminda Akta tersebut sepertimana perjuangan meminda Akta 355 yang sudahpun layu. Di samping itu, apakah tindakan Pas yang menyokong Dato’ Seri Najib Razak yang telah dihukum bersalah adalah mengikut ajaran Baginda Nabi?


Di mana Islam Pas sekarang, jika cabutan khas judi meningkat dari 8 ke 22 kali setahun, Kempen Beli Barangan Muslim (BMF) tidak diangkat polisi ekonomi negara dan kes-kes maksiat semakin mengancam hidup orang Islam negara ini. Justeru, persoalan di benak rakyat adakah Islam Pas suatu perjuangan Baginda Nabi atau sekadar candu politik?



WAH.,KEMAIH KERAJAAN MELAYU ISLE.....PAS SUBOH BOLEH DAH MASUK PUB....



Shahbudin Hussein

Satu lagi, cuba teliti SOP yang dikeluarkan MKN ini, pub dan kelab malam, sama seperti restoran dan kedai makan, dibenarkan beroperasi bermula 6.00 pagi lagi dan ditutup jam 10.00 malam.


Wowww...hanya di era kerajaan Melayu/Islam PN saja pub dan kelab malam pernah diizin mula berniaga seawal 6.00 pagi.


Masuk waktu solat Subuh pun 6.19 pagi....


Ismail Sabri Yaakob






BARU FAHAM KENAPA RAKYAT MELUAT KERAJAAN INI


Hamdan Taha

 Hari ni saya dan isteri kena ke pasar untuk beli bekalan di kedai makan di putra height. Dalam fikiran tempat yang di tuju ialah pasar borong selangor di seri kembangan...


Dalam jam 8.30 pagi bergerak dari rumah dan lalu di puchung. Nampak di tapak pasar tani sepenuhnya kereta rupanya ada pasar tani....ramai betul betul orang ke pasar tani kami hanya lalu sahaja...


Lalu di pasar awam puchung juga kereta parking begitu banyak dan nampak orang berbaris untuk masuk ke pasar. Saya pun tanya isteri saya pasal apa ramai betul orang hari ni....macam bukan pkp dan darurat....dia jawap hari ni ahad orang cuti...saya pun terfikir betul lah ahad tapi ni musim pkp....dah tak ada makna langsung pkp rasanya...


Sampai dekat seri kembangan lagi mengejutkan saya ....Allah banyaknya kereta dari jalan nak masuk dah ada tiga barisan nak lepas dari ambil tiket parking...bertahun saya ke pasar ni belum pernah saya lalui nak masuk pun ambil masa 45 minit....ramainya orang....


Setelah 45 minit dapat lah masuk....tempat parking pun tak ada....saya pun bincang dengan isteri saya tunggu dalam kereta dia masuk secepat yang bole dan balik....setuju...dia pun keluar dan dalam tempoh 25 minit dah siap masuk kereta dan keluar dari kawasan itu....


Persoalan saya negara kita ni darurat dan pkp jenis apa....? Semua ni macam permainan bagi kerajaan yang bodoh membuat dasar....kedai makan tak bole makan....pub...kelam malam di benar buka...surau 5 orang jer boleh...jumaat tak boleh....


Pasar tani dan di pasar tadi isteri saya kata tak ada orang ikut pun sop ni...berimpit impit jer di laluan yang sempit....di jangka ada dalam 700 ke 1000 orang....kawasan pasar tu seluas masjid al falaq usj 9 jer....pasar tani pun sama juga....cerita jarak ni tak berlaku pun...jadi kedai makan ni satu undang undang sop bodoh jika tempat lain semua boleh...


Tengokkan cara hari ni saya yakin kerajaan tidak pun ada niat untuk mengurang kes harian covid.....covid di gunakan untuk kekal kuasa sahaja....ini semua kerajaan yang ada kerosakan di hati pemimpin....penipuan yang merosakkan negara....baru saya faham kenapa rakyat mula meluat


EZAM KEMBALI KE SHAH ALAM

 

Lid Lid Gun TIDAK akan bersama Keadilan dlm PH sebab dia sayangkan AtukSAKATua walau apapun yang kita cakap pasal PENGKHIANAT tu.

Tapi Keadilan tidak akan langgar Amanah, inilah bergunanya GERAK98. Gempur talibarut AtukSAKATua biar dia terlentang supaya PH tidak dikhianati lagi oleh species Munafik macamni..!!

- Zus Din

07 Februari 2021


May be an image of text that says "Mohamad Ezam Nor 3h Saya telah hubungi pendokong2 Gerak98 di Shah Alam.Persiapan Gerak98 bertempur dlm PRU15 di Parlimen Shah Alam mesti bermula sekarang."

SAMAN JANGAN TAK SAMAN

 

Baguslah KERAT buat kerja camni. Biar berterusan sampai PRU15 rakyat dok kena saman RM10k atau penjara. Tiba PRU15 ketahuwanlah puak PA$, Bersatu dan sebahgian UMNO tu.

 

 No photo description available.

 


Nah...aktiviti mengaji tidak di benarkan semasa pkp. Saman RM1000 yg sedikit itulah sedaya upaya tebuk atap ini cuba naikkan kepada RM10,000 menggunakan kelebihan ordinan darurat.

Puluhan ribu saman di keluarkan ke atas rakyat. Akhirnya apa yg PDRM kata ? Seratus ribu anggota tak faham & konfius dalam hal saman sedangkan pada masa sama rakyat dh terima bala dr tebuk atap. Description: 😁

Dalam peluang ekonomi tersekat, moratorium jadi hangit... rakyat di desak bayar saman. Jika cadangan naikkan kompaun saman itu berjaya di jalankan oleh tebuk atap, rakyat di kehendaki bayar saman dalam tempih 14 hari. Jika tidak penjara menanti.

Sila rakyat bincangkan secara akademik & ilmiah. Apa macam...sedap kena kencing? Description: 😂

#ajergampang.


ZUS DIN

LEGACY TUN DARI PERSPEKTIF KEMAJUAN DUA NEGARA OLEH DR BOO CHENG HAO

 

LEGACY TUN DARI PERSPEKTIF KEMAJUAN DUA NEGARA OLEH DR BOO CHENG HAO

SATU LUAHAN YG CUKUP BERMAKNA UNTUK KITA MENCARI IKHTIZAM AGAR LEGACY NEGARA MENJADI KEUTAMAAN DEMI MENJAMIN KEMAKMURAN RAKYAT DGN LIMPAHAN HASIL BUMINYA.

Dr Mahathir

Sir,

You are not too old to do more damage to Malaysia - If you become the PM again ....

Yesterday, we saw in your press conference where you declared you can make Malaysia great again by becoming the PM - not only the tiger but the Lion of Asia...

Hahaha… So funny

I think in February it was an incompetent person, sitting in a valid PM post and allowed it to be stolen.. Hahaha..

And wanting to be PM again?

You obviously forgot how much damage you did to Malaysia from 1981 to 2003 when you were the PM.

So much damage that we lagged so so far behind Singapore, a nothing, tiny country who split from Malaysia with zero natural resources..

You have done so much damage and lose out to their PM, Lee Kuan Yew

How so? You wonder..

Ok let me tell you

1965 : Singapore split from Malaysia to become independent.

On that day, their PM, Mr Lee Kuan Yew cried on their National TV. Worried about how Singapore was gonna survive - it was a country with Zero resources, even without their own drinking water.

But, they survived.

For the next 16 years, Malaysia, under 3 different PM from 1965 to 1981 -

The exchange rate :

SGD100 was equivalent to RM 100

Then in 1981

Sir, you, Mahathir took over as PM

The exchange rate -

1983: S$100 = RM 110

And then it's all the way down

1986 : s$100 = RM 120

1990: S$100 = RM 150

And by 1990 we already had so many Malaysian workers working in Singapore (many of them commuting daily from JB to Spore) for a much much higher salary and income.

How can this be possible!

that Singapore did so much better with their currency and more specifically with a higher salary and hence a much higher GDP than Malaysia?

At that time in 1981 we were the world's No 1 producer in rubber and No 1 producer in tin.

And we had massive land advantage , palm oil, crude oil etc etc and so much natural resources compared to tiny Singapore who had nothing.

You know why?

They had Lee Kuan Yew and he led Singapore to a much higher level, where it was supposed to be while you did more damage to this country than all the enemy we could gather - you are the reason for this incredible failure.

All the major projects during your term, failed miserably.

eg, Perwaja Steel, MAS, Proton, Bakun project etc etc

All these companies either folded or suffered irreversible losses due to mismanagement, widespread cronyism and thereby corruption.

RM's value dropped and GDP lagged behind, after these mega projects failed

2003: When you are done as PM

S$100 = RM 230

It's shocking!

Oh my God!

Tell us why this happened from 1981 to 2003!

Well, thanks to you, sir, the downward spiral continues till today in 2020.

S$100 = RM 305

And we have about 500,000 Malaysians working in Singapore. Before MCO,

300,000 commute daily from JB to Spore.

The situation is so bad that our graduates now work as garbage collectors in Singapore.

In 2018, IMF estimates Singapore GDP per capita to be USD61,230 and Malaysia GDP per capita to be USD10,704. By 2023, IMF forecasts Singapore GDP per capita to reach USD73,619 and Malaysia GDP per capita to reach USD14,423. Singapore GDP per capita is over five-times more than the Malaysia GDP per capita.

Now you know you are the reason for this failure

May I know how you intend to kill Malaysia if you become the PM again?

By Dr. Boo Cheng Hau of Johore DAP

 

BEER DAH HALAL KAH ? IKAT TEPI BUNGKUIH NA....



Ini nak tanya PAK LONG

Ismail Sabri Yaakob

, pub dan kelab malam dibenar dibuka ni boleh minum2 di sana atau untuk bungkus sahaja?


 May be an image of text that says "Berita Terkini Updated: 6 Februari, 2021 Pub, Kelab Malam Dibenar Beroperasi Sehingga Pukul 10 Malam By Ini Sabah Bah Februari, 2021 2587 Kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam."

DEPA KATA TENGAH "MAIN TELOR"

 


Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, mana suara walaun Pas?

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, mana suara walaun Pas?

Seorang penunggang motosikal maut setelah dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di Jalan Persiaran Lestari Perdana pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.28 malam itu, kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dari arah Puchong tidak memberhentikan kenderaan sebelum masuk ke bulatan Jalan Persiaran Lestari Perdana.

“Akibat daripada itu, Toyota Hilux berkenaan telah melanggar motosikal ditunggang mangsa yang sedang bergerak di bulatan berkenaan menghala Seri Kembangan.

“Mangsa kemudiannya jatuh di tempat kejadian dan mengalami kecederaan parah,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan yang dijalankan mendapati pemandu Toyota Hilux tersebut bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian, bagaimanapun suspek berjaya ditahan oleh orang awam.

Katanya, suspek kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Ujian pengesanan alkohol yang dijalankan mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar yang dibenarkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



Panas! Netizen gelar Muhyiddin ‘bapa perutusan khas (BAPUK)’

 Panas! Netizen gelar Muhyiddin ‘bapa perutusan khas (BAPUK)’



Baru beberapa minit selepas Perdana Menteri membuat perutusan khasnya, pelbagai komen negatif diterima. Tidak seperti di awal-awal Muhyiddin dilantik, kali ini nampaknya kemarahan rakyat kepada Muhyiddin makin tinggi. Malah ada yang menggelarkan Muhyiddin sebagai BAPUK iaitu Bapa Perutusan Khas.

Keengganan Muhyiddin membuat sidang media seperti Menteri Kanan, Ismail Sabri dan juga Ketua Pengarah Kesihatan Dr Hisham membuatkan netizen berani menggelarkan gelaran itu kepada beliau.

Komen ini ditulis di ruangan komen status seorang wartawan veteran Syaril A. Kadir yang bosan dengan Perdana menteri yang asyik dengan perutusan tanpa ada sidang media.Beliau dengan nada kecewa menulis “TAK taulah kenapa PM kita ni tak nak ada soal jawab dari wartawan…asyik perutusan memanjang, komunikasi sehala je.”

“Kalau setakat perutusan biasa, boleh je bagi press statement/release. Itu dah mencukupi.
Cer tengok Pak Long Mail atau Dr. Hisham…steady je, tanyalah apapun.
Letih gini beb.”

Tidak cukup dengan itu, netizen turut memporsoalkan kebebasan Muhyiddin pergi ke Indonesia walaupun dalam tempoh PKP dan darurat. Selepas tular berita Muhyiddin pergi ke Indonesia, satu hashtag #muhyiddinout menjadi trending di twitter. 



BUDAK-BUDAK UMNO BELUM RASA KENA KAFIR SEBAB TU SUKA PAS?


JIKA BENAR IKUT NABI, KENAPA PAS SOKONG PERASUAH?



APA KHABAR RUU 355? TANYA WALAUN SAHIH KELUAQ FATWA BENGONG.



 1. Dun kelantan luluskan 1993

2. Dun tganu luluskan 2000

Kenapa tak boleh laksana? Sbb tiada kuasa politik pd peringkat kjaan pusat.

Di atas prinsip memperjuangkan hukum islam maka Marang bentangkan sebg rang undang2 persendirian. Bukti kesungguhan 👍🏽. Kemudian .. mati di situ.

Hari ini sebuah kjaan Melayu Islam terbentuk(abaikan wpun jln khianat). Menteri agama .. bekas mufti. Menteri undang2 pula dari parti Islam.

Majoriti ahli kabinet melayu Islam .. tolak wee ka siong, saravanan, ronald kiandee.

Peguam negara bukan lg tommy tomas tp idrus harun .. muslim. Kuasa politik di tangan kjaan melayu Islam 💪🏿💪🏿💪🏿

Setahun sudah mjadi kjaan. Tiada kertas kabinet utk laksanakn RUU355 dibentangkan oleh menteri agama atau menteri undang2.

Tiada dibentang dlm kabinet bermaksud tiada juga dibentang dlm parlimen.

Tiada desakan sekelumit pun di parlimen oleh 18 Ahli2 parlimen parti Islam termasuk Marang.

Apa khabar RUU355?

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

7 Februari 2021.

TAKDIRRR......

 

IBRAHIM MAT ISA


Ingatkan PAS dah ada dalam kerajaan, aktiviti kelab begini ditutup tapi nampaknya, kerajaan Melayu Isley ni sekadar sembang kuat. Jeritan takbir walaun seolah-olah semangat di hujung kote. Dapat kuasa terkedu lidah dan hati, apa lagi menteri-menteri dari PAS gaji berpuluh ribu!

Oii walaun! Tido ke dalam gua tu? Bangun la wooii

 


Jemaah masjid diserbu, kelab malam dibenar pula beroperasi

Jemaah masjid diserbu, kelab malam dibenar pula beroperasi

Pub, Kelab Malam Dibenar Beroperasi Sehingga Pukul 10 Malam

6 Februari, 2021

Kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.

Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipapar dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), pengusaha-pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat.

Di antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini telah dikemaskini pada 4 Februari 2021, susulan sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Porsche bakal buka kilang pemasangan kenderaan di Malaysia

 


Porsche bakal buka kilang pemasangan kenderaan di Malaysia


Syarikat pengeluar kenderaan sports mewah Jerman, Porsche AG diberitakan akan membuka sebuah kilang pemasangan kenderaan bertempat di Kulim, Kedah, pertama seumpamanya yang dibuka di luar negara asal.

Menurut laporan daripada The Edge, Porsche akan bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd, sebuah subsidiari di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd.

Memetik sumber yang arif dengan isu tersebut, “terdapat beberapa pelaburan besar yang masuk ke dalam sektor automotif Malaysia, namun pihak kerajaan masih lagi belum mahu mengisytiharkan perkara tersebut disebabkan wabak pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pengumuman tersebut perlu dibuat bersama, mereka merupakan nama besar di dalam industri, dan kerajaan tidak seharusnya membuat sidang media dan mengumumkan pelaburan tersebut bersendirian,” ujar sumber itu.

Menurut satu lagi sumber, Porscshe akan menjadikan Malaysia sebagai hab rantau Asean, di mana insentif untuk pelaburan besar tersebut telah pun diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sehubungan dengan itu, Inokom akan membangunkan sebuah kilang baharu yang khusus untuk Porsche di Kulim, tambah sumber itu lagi.

Ketika ditanya berkenaan hal spekulasi tersebut, wakil Porsche Christian Weiss menjelaskan, “Asean merupakan sebuah rantau yang mempunyai masa depan yang cerah serta potensi yang hebat, kami akan berterusan meneroka pilihan yang ada untuk pertumbuhan selanjutnya di pasaran ini.

Sementara itu, wakil Sime Darby Motors menjelaskan mereka menyambut baik mana-mana pihak yang mahu menjalinkan kerjasama yang mampu menambah nilai terhadap pelan perniagaan strategik.

Jika benar, berita ini bakal menjadi satu pendorong yang diperlukan untuk menaikkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk sektor automotif di rantau ini.

Tatkala negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sudah pun memacu jauh ke depan, Malaysia dilihat masih lagi belum memutuskan langkah dan polisi yang perlu diambil di dalam kenderaan elektrik (EV).

Menurut pemain industri, pengumuman insentif di dalam industri automotif yang ditawarkan oleh kedua-dua negara itu adalah amat jelas untuk menarik minat pelabur.

Di dalam perlumbaan memperkasakan industri kenderaan elektrik, Malaysia tidak seharusnya ketinggalan di belakang negara-negara jiran, apatah lagi Dasar Automotif Negara 2020 yang dibentangkan sebelum ini tidak menyebut secara spesifik EV sebagai salah satu sektor yang penting.

Sebaliknya, EV diletakkan sekali bersama-sama kenderaan cekap tenaga (EEV) sebagai hibrid dan kenderaan tenaga baharu dibawah kategori Kenderaan Generasi Berikutnya (NxGV).

Selain daripada itu, keputusan kerajaan untuk tidak memberikan insentif khusus di dalam pelaburan automotif turut dikritik oleh banyak pihak, di mana mereka sukar untuk meyakinkan prinsipal untuk melabur di Malaysia tanpa kehadiran insentif tersebut. 




KAH....ADA LAGI KAH PENYOKONG DIA DI AMPANG...KITA NAIKKAN CALON LAIN....TUNGGUUUU....

 May be an image of 1 person, headscarf and outdoors

KERAJAAN YANG MEMANJANG BERUBAH POLISI.

 

BOB KELANANG 

GILER ADER BERMACAM JENIS…

Gila tu ada bermacam jenis... cukup banyak... ader yang kata ader 1001 jenis gila...

KOH KOH KOH… dan antara gila yang paling kronik adalah sesebuah Kerajaan yang polisinya sentiasa berubah... Ini kegilaan yang maha gila sebab ianya menyebabkan satu negara jadi gila kerananya...

Bayangkan lah bila polisi Kerajaan diubah sesuka hati ikut kehendak DAN tekanan pasaran... memang gila jadinya... polisi awal bulan tak sama dengan polisi akhir bulan... polisi sebelah pagi tak sama dengan polisi sebelah petang atau polisi sebelah malam...

Pening jadinya... Gila jadinya…

Sekejap kedai makan semua kena tutup .... lepas tu kedai makan boleh beroperasi dengan SOP ketat... hanya dibenarkan satu meja dua orang... lepas tu xbole beroperasi makan dine-in... hanya boleh drive-thru... lepas tu... cadang nak benarkan balik boleh dine-in dan drive-thru...

Walaupun kadar jangkitan kes tetap tak berubah banyak... masih lagi di atas 3000++ kes…

Itu belum masuk lagi polisi lain... macam polisi untuk perniagaan yang lain... yang lagi lawak... kelab malam yang memang biasa bersesak... boleh ja dibenarkan beroperasi sehingga pukul 10 malam... walaupun dalam masa yang sama kedai makan tidak dibenarkan dine-in...

Gila ni semua... Gila babi...

Payah aaa kalau kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muyhiddin Yasin berkeadaan gila pada sepanjang masa... sampaikan terpaksa buat polisi gila macam Proklamasi Darurat 2021 yang hanya tackle isu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ja sebenarnya... Takut sangat hilang jawatan sampai buat polisi gila...

KOH KOH KOH... jilaker!!

Gila punya…

 


May be an image of 1 person and text





TUKANG RUMAH DISAMAN RM1000 SEBAB BUAT KERJA WAKTU PERINTAH PKP 2.0

 

Nampaknya jika anda mahu bertukang untuk bina rumah anda sendiri guna tukang kampung maka ia menjadi satu kesalahan dalam musim PKP 2.0 ini.

Jadi oleh itu dinasihatkan supaya anda semua mana yg mahu membina rumah sendiri jadi tangguhkan lah dahulu kerja anda itu dan tunggulah habis perintah PKP ini baru jalankan semula kerja anda..

Kebenaran yg dibenarkan adalah untuk kontraktor besar yg projek perumahan juta juta sana tetapi untuk tukang kampung dan projek kecil anda janganlah teruskan projek anda kerana nanti akan kena saman RM1000 seorang..

#kitajagakita

#kitabelummenang

#rakyatdokrumah

#takpayahcarimakan

 

KEBENCIAN MULAI DIRASAI MUHYIDDIN, PERLAHAN TETAPI PASTI.

 

ANALISIS Oleh BORHAN AHMAD

MALAYSIA DATELINE


May be an image of one or more people and text that says "MALAYSIADATELINE.COM Kebencian mulai dirasai Muhyiddin, perlahan tetapi pasti"


Ketika peringkat awal pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN), panggilan Abah telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai lambang kebapaan beliau kepada rakyat negara ini.

Beliau dianggap penyelamat kepada negara selepas serangan ke atas kerajaan Pakatan Harapan berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh laskar jihad Umno dan Pas.

Ketika itu, majoriti rakyat negara ini menerima Muhyiddin adalah penyelamat. Apabila pakar komunikasi dalam kerajaan Muhyiddin memberikan beliau gelarah ‘Abah’, ia diterima baik oleh rakyat negara ini.

Ia ditunjukkan dengan jelas dalam sosial media samada facebook yang banyak digunakan oleh orang ramai, twitter (golongan kelas menengah) maupun instagram (remaja).

Namun ia bertahan hanya beberapa bulan sahaja.

Seawal November 2020, kebencian terhadap Muhyiddin mulai dirasai apabila kajian yang dibuat oleh twitter mendapati, 75.56% pengguna media sosial itu membenci beliau.

Muhyiddin berada 15 peratus di belakang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang khianat, yang didapati oleh twitter sebagai orang yang paling dibenci di Malaysia.

Azmin mendapat skor tertinggi iaitu 90.63 peratus posting yang dibuat dalam twitter membenci beliau.

Selepas tiga bulan berlalu, apa yang dirasai oleh Muhyiddin dalam twitter mulai dirasai dalam media sosial facebook pula. Ini bermakna, media orang awam juga mulai merasai kebencian ini.

Perkara ini dinyatakan oleh peguam yang juga aktivis politik DAP.

“Arus deras kini menghala kepada Abah dalam FB. Perlahan tetapi pasti,” tulis Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, veteran DAP yang berkicau melalui twitter beliau.

Kenyataan Syahredzan disokong banyak pihak.

Syed Amirul Syed Edros menulis, “Konsep dia mudah je tuan. Kebodohan lama-lama dihadapkan kepada orang ramai, pasti orang ramai muak juga. Mapuh ko PN”

Muhyiddin yang sudah 39 kali keluar menerusi TV memberikan hanya perutusan kepada rakyat juga diserang apabila beliau tidak sedia berdepan dengan wartawan.

Banyak pihak mula menulis di facebook tentang perkara ini termasuk tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin yang menulis tentang perkara ini semalam.

Rata-rata orang ramai mengecam Muhyiddin Yassin susulan perutusan khas Perdana Menteri bagi kerajaan hilang majoriti itu.

Muhyiddin dianggap mengumumkan kembali apa yang sudah dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Lebih menyakitkan hati orang ramai apabila tiada tambahan bantuan yang sewajarnya ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua sejak 13 Januari lalu.

Kadir memetik penulis pojok Sinar Harian, Awang Paku Serpih yang menulis:

“Menurut kawan-kawan dalam media, sejak Abah jadi Perdana Menteri pada bulan Februari (ralat) tahun ini, dia tak pernah adakan sidang media terbuka.

“Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan. Dah tujuh bulan dia jadi Perdana Menteri tapi tak pernah sekali buat sidang media dengan wartawan.”

Bagi bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu, dalam era media interaktif hari ini, nampak janggal apabila ketua kerajaan tidak berasa perlu atau tidak berkeyakinan berinteraksi dengan wartawan.

“Apatah lagi bagi seorang yang membahasakan dirinya “Abah”. Kalau Abah, kenalah mesra dan kerap berinteraksi dengan anak-anak.

“Satu lagi, perutusan ini sudah jadi seakan-akan “proof of life” kepada kewujudan beliau sebagai Perdana Menteri,” tulis Kadir.

lINK : https://malaysiadateline.com/kebencian-mulai-dirasai.../...