Budak2 Umno belum rasa kena kafir sebab tu suka Pas?
Budak budak memang tidak sempat merasai zaman mengkafirkan UMNO….
Isu umno kafir ni 2x berlaku dalam sejarah politik Malaysia;
- Pada awal tahun 60′ bila ramai tok guru tok guru pondok bangkit menentang UMNO, kesannya ramai dari mereka yang di tahan bawah ISA.
- Pada awal 80′ selepas apa yang dikenali sebagai Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong dan kemunculan “Pak Chu Hasan” yang dianggap “keramat” melalui ceramah ceramahnya di seluruh Kelantan dan akhirnya bertanding lawan Ku Li di Gua Musang.
Zaman UMNO kafir kali pertama tu tak serius sangat, sekadar berapi berapi melalui ceramah sahaja dan sebagai tindak balas, lahirnya kumpulan pemuda tahan lasak dari pihak UMNO. Selepas itu isu ini tenang, tenteram dan hilang bila Pas bersama UMNO dalam BN tahun 1974.
Zaman UMNO kafir kali kedua ialah apabila Pas tidak lagi bersama UMNO dan era Asri berakhir dalam Pas dan lahirnya “Kepimpinan Ulamak”.
Isu takfir kali kedua ini lebih parah sehingga berlakunya pulau memulau, solat jumaat/fardhu dua imam, nikah dua kali dan kemuncaknya ialah Peristiwa Memali.
Ayat al Quran yang paling popular ketika itu ialah,
ومن لم يحكم بما انزل الله…..
….sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka kafir/fasik/zalim….
Dalam kuliah/ceramah, selepas membaca ayat ayat ini, pendengar akan ditanya…kafir ke tidak tuan tuan???, Lalu pendengar beramai ramai akan jawab….kafir!!!!!