IBRAHIM MAT ISA
Ingatkan PAS dah ada dalam kerajaan, aktiviti kelab begini ditutup tapi nampaknya, kerajaan Melayu Isley ni sekadar sembang kuat. Jeritan takbir walaun seolah-olah semangat di hujung kote. Dapat kuasa terkedu lidah dan hati, apa lagi menteri-menteri dari PAS gaji berpuluh ribu!
Oii walaun! Tido ke dalam gua tu? Bangun la wooii
Jemaah masjid diserbu, kelab malam dibenar pula beroperasi
Pub, Kelab Malam Dibenar Beroperasi Sehingga Pukul 10 Malam
6 Februari, 2021
Kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.
Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipapar dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), pengusaha-pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.
Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat.
Di antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
Prosedur Operasi Standard (SOP) ini telah dikemaskini pada 4 Februari 2021, susulan sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.