MESEJ BUAT PARTI DALAM KERAJAAN.

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghantar mesej keras kepada menteri Kabinet yang mengkritik kerajaan perpaduan ketika berkempen pada PRN Melaka. 






Beliau mencabar mereka supaya tidak sekadar menyerang rakan sendiri di pentas politik, sebaliknya membawa segala rungutan dan ketidakpuasan hati ke meja mesyuarat Kabinet.


“Kalau setuju, tak setuju, kita cakap dalam Kabinet kita. Esok pagi 9 pagi mesyuarat… tiga jam. Cakaplah. Ini politik baru,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Harapan di Dewan Pay Fong. 


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berada di Melaka bagi membantu kempen parti itu menjelang PRN 14 November.


Teguran itu bukan kali pertama dilontarkan Anwar. 


Beliau sebelum ini turut membidas pemegang jawatan persekutuan yang menggunakan kedudukan mereka untuk mengkritik rakan dalam kerajaan perpaduan ketika kempen PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu. 


Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN, ketika itu membalas bahawa Anwar boleh memecat menteri BN sekiranya tidak berpuas hati dengan mereka.


Lebih menarik, PH dan BN kali ini tidak bekerjasama dalam PRN Melaka walaupun kedua-duanya masih berada dalam kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan. 


BN sebaliknya membentuk pakatan pilihan raya bersama Perikatan Nasional (PN), sekali gus memperlihatkan percaturan politik yang berbeza antara pentas negeri dan pusat. 


Cabaran Anwar itu kini meletakkan persoalan disiplin serta kesepakatan dalam Kabinet kembali menjadi perhatian.




PERBEZAAN ANTARA HUKUMAN YANG BERBAKI DAN SAMBUNGAN PENJARA SETERUSNYA.

 


Pagi tadi nampak macam semuanya sudah selesai. UMNO bayar denda RM50 juta, peguam Najib dapat perintah mahkamah, tinggal tunggu masa sahaja bekas Perdana Menteri itu berpindah dari Penjara Kajang ke tahanan rumah.





Tetapi petang tadi, Jabatan Peguam Negara (AGC) pula mengumumkan penangguhan sementara. Bukan kerana denda belum dibayar, tetapi kerana perintah mahkamah terbaru menimbulkan persoalan undang-undang yang boleh menentukan sama ada Najib patut berada di rumah atau terus menjalani hukuman penjara.


Ceritanya begini. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November mengeluarkan perintah yang disebut sebagai "Order of Discharge on Payment of Fine". Menurut AGC, perintah itu mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta selepas denda dibayar, tetapi pada masa sama menetapkan baki hukuman SRC dijalani secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.


Nampak tak masalahnya? Kalau perkataan "discharge" itu bermaksud Najib hanya dilepaskan dari penjara untuk meneruskan hukuman SRC di rumah, tidak timbul soal hukuman SRC sudah tamat. Tetapi kalau ia membawa kesan bahawa hukuman SRC selesai sepenuhnya, ceritanya terus berubah.


Sebab Najib ada satu lagi hukuman penjara dalam kes 1MDB yang diperintahkan bermula selepas hukuman SRC selesai. Malah permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman 1MDB dilaporkan sudah ditolak pada 14 Oktober lalu. Jadi, kalau SRC dianggap tamat hari ini, atas alasan apa hukuman 1MDB tidak bermula?


Inilah punca AGC campur tangan. Bukan tiba-tiba hendak mempertikaikan pengampunan Agong, tetapi kerana perintah mahkamah terbaru itu perlu dibaca bersama kedudukan hukuman 1MDB. Silap tafsir satu perkataan, boleh berubah keseluruhan pelaksanaan hukuman.


Ada yang mungkin menyangka bayar RM50 juta bermakna Najib sudah bebas daripada segala hukuman. Tidak semudah itu. Bayaran denda, baki hukuman penjara dan perintah tahanan rumah ialah perkara yang mempunyai kesan undang-undang berbeza. Pengampunan bersyarat bagi kes SRC juga tidak semestinya menyelesaikan hukuman bagi kes 1MDB.


AGC sudah menjelaskan alasan penangguhan. Namun satu perkara tetap perlu dipastikan, iaitu penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu sendiri dibuat melalui kuasa dan proses undang-undang yang sah. Sebab AGC juga tertakluk kepada undang-undang, sama seperti Najib dan semua pihak lain.


Jadi jangan terlalu cepat membuat kesimpulan bahawa AGC sengaja menghalang Najib balik rumah. Isu yang dibangkitkan bukan kecil. Kalau hukuman SRC masih berjalan, laksanakan tahanan rumah mengikut perintah yang sah. Kalau SRC sudah tamat, tentukan pula kesan hukuman 1MDB. Yang penting, jangan sampai kekeliruan tafsiran menyebabkan keputusan mahkamah dilaksanakan secara bercanggah.


RM50 juta boleh dibayar dalam sehari. Tetapi status hukuman penjara tidak boleh ditentukan hanya dengan resit pembayaran.


#AhmadMursi #NajibRazak #AGC #SRC #1MDB





Belum Boleh Jalani Tahanan Rumah! Wajar Tangguh Pelaksanaan Terhadap Najib -AGC‼️

 




Belum Boleh Jalani Tahanan Rumah! Wajar Tangguh Pelaksanaan Terhadap Najib -AGC‼️ 


Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan buat sementara waktu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat bertarikh 18 September 2026.


Menurut AGC, timbul persoalan perundangan sama ada pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan, atau pembayaran tersebut menyebabkan keseluruhan hukuman termasuk penjara dianggap selesai.


Isu berkenaan turut melibatkan kesan perintah Order of Discharge on Payment of Fine bertarikh 6 November 2026 yang mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta selepas pembayaran denda RM50 juta direkodkan.


Selain itu, status baki hukuman penjara SRC International juga mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan hukuman bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Sehubungan itu, AGC berpandangan penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan selanjutnya diambil. 


Dalam tempoh penangguhan, status penahanan Najib akan dikekalkan di tempat tahanan sedia ada bagi memastikan titah pengampunan dan perintah mahkamah dilaksanakan dengan tepat serta selaras dengan kedudukan undang-undang.


Sumber: FB Jabatan Peguam Negara

Foto: Berita Harian





Penjara rumah Najib KIV?



Zainuddin Omar






Interpretasi pertama, Najib menjalani hukuman SRC, penjara di rumah sehingga 2028 dan kemudian masuk balik penjara Kajang untuk menjalani hukuman kes 1MDB. 


Pada interpretasi kedua, Najib terus kekal di penjara untuk menjalankan sambungan hukuman 1MDB. Dia tak perlu habiskan hukuman SRC di rumah.




CASH IS KING

 



Masih ingat ungkapan “Cash is King” yang pernah didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad? Dulu kecoh satu Malaysia apabila Tun M menceritakan bagaimana Najib sendiri pernah menyebut ungkapan itu kepadanya.






Najib kemudian mengakui memang pernah menyebut “Cash is King”, tetapi menjelaskan maksudnya bukan membeli sokongan atau merasuah sesiapa. Katanya, ia merujuk kepada bantuan tunai seperti BR1M untuk rakyat.


Hari ini, ungkapan lama itu kembali menarik perhatian apabila UMNO berjaya mengumpul RM50 juta melalui Tabung Solidariti Najib bagi membayar denda bekas presidennya.


Selepas bayaran diselesaikan, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah, tertakluk kepada proses dan syarat yang ditetapkan.


Memanglah RM50 juta itu bayaran denda yang sah, bukannya membeli kebebasan. Najib juga masih berstatus banduan yang menjalani hukuman, cuma lokasi tahanannya bakal berubah.


Tetapi dari sudut persepsi rakyat, sukar juga hendak mengelakkan persoalan. Berapa ramai banduan biasa yang mempunyai sokongan parti politik dan tabung khas sehingga mampu mengumpul RM50 juta?


Menariknya, PMX Anwar Ibrahim sendiri secara terbuka menyatakan beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda tersebut. Katanya, jangan sampai rakyat mendapat gambaran bahawa kegiatan rasuah bernilai berbilion ringgit boleh dibiarkan begitu sahaja.


Dan di sinilah sindiran Tun M dahulu kembali relevan. Ungkapan yang pernah menjadi perdebatan politik lebih sedekad lalu kini muncul semula dalam keadaan yang cukup berbeza.


Tun M mungkin dahulu bercakap tentang pengaruh wang dalam politik. Hari ini rakyat pula melihat bagaimana RM50 juta menjadi salah satu syarat yang membuka jalan kepada tahanan rumah seorang bekas Perdana Menteri.


“Cash is King” mungkin sekadar ungkapan, tetapi episod RM50 juta ini pasti menghidupkan semula perdebatan tentang wang, kuasa dan keadilan.


#ahmadmursi #NajibRazak #CashIsKing #PolitikMalaysia





Kadang-kadang kita pelik juga dengan cara negara ini melayan isu nama tempat.

 







Kadang-kadang kita pelik juga dengan cara negara ini melayan isu nama tempat.


Macam-macam alasan.


Nanti pelancong keliru. Nanti susah peta. Nanti identiti lama hilang. Nanti orang luar tak kenal. Nanti masyarakat majmuk terasa. Nanti tak sesuai masa. Nanti tak praktikal.


Habis, bila masa yang sesuai?


Contoh apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang menamakan semula Persiaran Pantai Sinaran di kawasan The Light City, Gelugor kepada Persiaran Chin Fung Kee. 


Jalan sepanjang kira-kira 800 meter itu dinamakan semula bagi menghargai jasa mendiang Tan Sri Prof Dr Chin Fung Kee, tokoh kejuruteraan yang terlibat dalam projek besar seperti Jambatan Pulau Pinang, pembaikan asas KOMTAR dan pembangunan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya.


Kita kena jelas di sini. Artikel ini bukan hendak menafikan jasa Chin Fung Kee. Dalam dunia kejuruteraan Malaysia, nama beliau bukan calang-calang. 


Beliau dikaitkan dengan “Chin Method” dalam industri cerucuk, peranan dalam Jambatan Pulau Pinang dan sumbangan kepada pendidikan kejuruteraan negara.


Jadi, kalau kerajaan mahu mengabadikan nama tokoh sebegini, itu bukan satu benda pelik.


Yang jadi pelik ialah sikap pilih kasih dalam isu penamaan semula.


Bila nama Persiaran Pantai Sinaran ditukar kepada Persiaran Chin Fung Kee, ia disebut sebagai penghormatan. Tapi bila orang minta George Town dikembalikan kepada Tanjong Penaga, Butterworth kepada Bagan atau Port Dickson kepada nama asal seperti Pantai Dermaga, terus macam-macam bantahan muncul.


Kononnya nama lama sudah terkenal. Kononnya jangan kacau identiti sedia ada. Kononnya biarlah sejarah kekal begitu.


Tapi persoalannya, sejarah yang mana satu kita mahu kekalkan?


Sejarah penjajah sahaja?


George Town misalnya bukan nama yang turun dari langit. Ia nama kolonial yang diberikan selepas kemasukan British di Pulau Pinang. 


Dalam laporan Bernama pada 2022, kerajaan Pulau Pinang sendiri mengakui bahawa sebelum penjajahan British, George Town dikenali sebagai Tanjong Penaga, manakala Butterworth dikenali sebagai Bagan. 


Cuma kerajaan negeri ketika itu menyatakan tiada rancangan menukar nama kerana nama George Town dan Butterworth sudah dikenali di dalam dan luar negara.


Di sinilah ironi bermula.


Kalau alasan “sudah terkenal” dipakai, sampai bila-bila pun nama kolonial akan menang. Sebab memang nama kolonial itu sudah lama dipakai akibat pentadbiran penjajah.


Kalau alasan pelancongan dipakai, sampai bila-bila pun nama asal tempatan akan dianggap menyusahkan. Kalau alasan peta dan dokumentasi dipakai, sampai bila-bila pun kita tidak akan ada keberanian membetulkan nama yang memadam sejarah awal masyarakat tempatan.


Sedangkan nama tempat ni menyimpan kisah siapa yang mula-mula membuka kawasan itu, siapa yang pernah tinggal di situ, bahasa apa yang membentuk jiwa tempat itu dan kuasa mana yang pernah menguasainya.


Sebab itu Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican pernah bagi cadangan pada 2016 supaya George Town dan Butterworth dikembalikan kepada nama asal Tanjong dan Bagan. Beliau berhujah bahawa nama asal itu membuktikan komuniti Melayu sudah berada di kawasan itu sebelum ketibaan Francis Light.


Beliau juga menyebut tentang Datuk Nakhoda Intan yang membuka pelabuhan Batu Uban pada 1734 selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, sebelum saudara-saudaranya seperti Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil membuka kawasan penempatan lain seperti Bayan Lepas dan Jelutong.


Tapi entah kenapa, bila nama Melayu atau nama asal mahu dikembalikan, ia sering dianggap “sensitif”. Padahal kalau benar kita menghormati sejarah, sejarah sebelum British pun patut dihormati. Jangan sejarah bermula hanya bila orang putih datang bawa peta, bendera dan pejabat pentadbiran.


Lebih menarik, pada Januari 2026, timbul pula isu cadangan menukar Jalan Pantai Bersih di Butterworth kepada Dragon Temple Lane. Cadangan itu dibantah oleh AMK Pulau Pinang kerana nama Jalan Pantai Bersih dikatakan sudah sebati dengan penduduk setempat dan mencerminkan identiti kawasan, sejarah masyarakat yang lama tinggal di situ.


Nah, hujah ini sebenarnya betul.


Begitu juga dengan isu Port Dickson. Bila beberapa NGO mencadangkan nama Port Dickson ditukar kepada Pantai Dermaga,Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Datuk Seri Aminuddin Harun membidas cadangan itu dengan berkata kalau mahu tukar, jangan Port Dickson sahaja, tukarlah semua sekali seperti Port Klang dan George Town.


Beliau juga menyebut bahawa Port Dickson sudah dikenali sebagai pantai peranginan sejak lama.


Sebenarnya, jawapan “kalau nak tukar, tukar semua sekali” itu boleh dibaca dua cara.


Kalau dibaca secara sinis, ia macam menyindir orang yang mahu nyahkolonialkan nama tempat. Tapi kalau dibaca secara serius, memang betul pun. Malaysia patut ada satu dasar nasional yang jelas tentang nama tempat, bukan ikut viral.


Kalau kita boleh tukar Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang, kenapa perbincangan tentang Port Dickson dianggap pelik sangat? Kalau kita boleh terima Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam, Kota Bharu, Alor Setar dan Kota Kinabalu sebagai nama yang membawa identiti tempatan, kenapa nama-nama kolonial lain tidak boleh dinilai semula secara matang?


Ini bukan bermaksud semua nama bukan Melayu wajib dihapuskan. Malaysia memang negara majmuk. Banyak tempat di negara ini mempunyai sejarah Cina, India, Orang Asli, Siam, Arab, Bugis, Jawa, Minang, Aceh, Banjar, Kadazan, Iban, Bidayuh dan macam-macam lagi. 


Kita tidak boleh padam semua itu hanya kerana mahu nampak satu warna sahaja.


Tapi pada masa yang sama, jangan pula bahasa Melayu dan nama asal Melayu dilayan macam benda asing di tanah sendiri.


Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sambil tetap melindungi hak penggunaan dan pembelajaran bahasa lain.


Maksudnya, kedudukan bahasa Melayu bukan alasan untuk menindas bahasa lain, tetapi bahasa lain juga tidak boleh dijadikan alasan untuk mengecilkan peranan bahasa kebangsaan dalam ruang rasmi negara.


Sebab itu dalam isu papan tanda, nama jalan dan nama tempat, prinsipnya kena jelas. Bahasa Melayu mesti menjadi wajah utama secara rasmi. 


Terjemahan atau tulisan tambahan boleh dipertimbangkan mengikut konteks pelancongan dan sejarah setempat, tetapi jangan sampai bahasa kebangsaan kelihatan seperti bahasa kedua di negaranya sendiri.


Kes papan tanda bahasa Cina di Kampung Baru Sungai Nipah, Port Dickson satu contoh menarik. Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson dilaporkan menggantikan papan tanda bahasa Cina yang tular dengan papan tanda dwibahasa dengan keutamaan kepada bahasa Melayu. 


Alasan yang diberi ialah papan tanda asal dipasang untuk memudahkan pelancong dari China, tetapi undang-undang kecil tetap perlu dipatuhi dan bahasa Melayu perlu diberi keutamaan.


Kita bukan anti kepelbagaian. Tapi dalam urusan rasmi, bahasa Melayu mesti duduk di tempatnya. Kalau mahu tambah bahasa lain, biar sebagai tambahan, bukan menggantikan identiti utama negara.


Masalah kita hari ini ialah banyak pihak suka bercakap tentang “inklusif”, tetapi inklusif itu kadang-kadang hanya berjalan satu hala.


Bila nama Melayu ditukar kepada nama tokoh bukan Melayu, orang Melayu diminta faham. Bila nama kolonial mahu dikekalkan, orang Melayu diminta praktikal. Bila nama Inggeris digunakan untuk taman, bandar, pusat komersial dan kawasan baharu, orang Melayu diminta moden.


Tapi bila nama Melayu mahu dikembalikan, orang Melayu pula dituduh sempit, perkauman atau tak faham realiti ekonomi.


Ini yang membuatkan orang marah.


Kalau kita boleh bersungguh-sungguh mengabadikan nama tokoh moden, kita juga patut bersungguh-sungguh mengabadikan nama pengasas awal tempat. Kalau kita boleh bangga dengan jurutera, ahli politik dan tokoh pembangunan, kita juga patut bangga dengan pembuka kampung, nakhoda, ulama, pendekar, pedagang dan masyarakat asal yang membentuk tanah ini sebelum wujudnya bangunan tinggi dan projek mega.


Sebenarnya, penyelesaian isu ini bukan susah sangat. Kerajaan negeri dan PBT boleh wujudkan dasar penamaan tempat yang jelas. Kawasan baharu wajib mengutamakan bahasa Melayu atau nama beridentiti tempatan. 


Nama kolonial lama boleh dikaji semula secara berperingkat, bukan secara mengejut. Nama tokoh semua kaum boleh dipertimbangkan, tetapi jangan sampai nama asal Melayu yang sudah lama wujud dipadam tanpa sebab kukuh.


Kalau nama lama sangat terkenal, boleh guna pendekatan dua nama untuk tempoh peralihan, misalnya “Tanjong Penaga / George Town” dalam bahan sejarah dan pelancongan sebelum masyarakat dibiasakan semula.


Paling penting, prosesnya mesti melibatkan penduduk setempat. Jangan nama tempat ditukar hanya kerana desakan ahli politik, jawatankuasa tertentu atau simbolisme musim perayaan. Nama tempat bukan hadiah ang pau. 


Nama tempat bukan bahan kempen. Nama tempat bukan sekadar papan tanda untuk dirasmikan depan kamera.


Nama tempat ialah maruah masyarakat.


Hari ini kita boleh kata, “alah, nama saja pun.” Tapi daripada nama itulah generasi akan datang belajar tentang sejarah.


Mereka akan tanya, kenapa tempat ini dipanggil George Town? 


Siapa George?


Kenapa Butterworth? 


Siapa Butterworth? 


Kenapa Port Dickson? 


Siapa Dickson?


Kemudian mereka akan jumpa jawapan bahawa banyak nama besar di negara ini masih membawa jejak pentadbiran penjajah.


Lepas itu bila mereka tanya, sebelum penjajah datang tempat ini nama apa, baru kita terhegeh-hegeh cari dalam buku.


Kalau negara ini benar-benar Malaysia, biarlah wajah tempatnya pun memancarkan jiwa Malaysia.


Bukan jiwa yang malu dengan bahasa sendiri. Bukan jiwa yang hanya berani mempertahankan nama kolonial kerana takut pelancong keliru. Bukan jiwa yang menganggap nama Melayu hanya sesuai untuk kampung, tapi nama Inggeris dan nama asing lebih sesuai untuk bandar moden.


Sebab akhirnya, persoalan ini sebenarnya tentang siapa yang berhak menamakan tanah ini.


Kredit Sumber - The Patriots






NIAT NAK DAPAT PUJIAN TAPI KENA KUTUK.



 Niat asal nak puji Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tetapi ruangan komen pula bertukar menjadi tempat netizen bergurau tentang perbandingan dengan pemimpin luar negara.






Semuanya bermula apabila akaun Threads @presidentcore38 yang dikenali sebagai penyokong kuat Zahid berkongsi gambar beliau ketika menyampaikan syarahan kepada mahasiswa UiTM Lendu, Melaka.


“Betul lah orang kata Dato’ Seri ni Barrack Obama Malaysia,” tulis akaun tersebut.


Bukan setakat memuji, akaun berkenaan turut menyatakan rasa terpegun mendengar syarahan Zahid dan mengajak universiti lain menjemput beliau.


Namun, gelaran Obama Malaysia itu nampaknya tidak diterima bulat-bulat oleh pengguna Threads.


Ada yang terus membandingkan Zahid dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.


“Style la PRABOWO dtg uitm lendu,” sindir seorang netizen.


Seorang lagi hanya menulis, “Prabowo 2.0”.


Lebih mencuit hati, ada yang mempersoalkan apa sebenarnya persamaan Zahid dengan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.


“Agak-agak la nak samakan 47 ni dgn Barrack Obama,” tulis seorang pengguna.


Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa kalau sekadar berdiri menyampaikan ceramah sudah boleh digelar Obama, ramai pensyarah dan guru pun layak mendapat gelaran sama.


Ada pula yang mempersoalkan dakwaan mahasiswa terpegun, kerana pada pandangan mereka wajah sebahagian pelajar dalam gambar tidak menggambarkan reaksi sedemikian.


Hantaran berkenaan mencatatkan lebih 65,000 tontonan ketika tangkap layar diambil, dengan pelbagai reaksi memenuhi ruangan komen.


Apa pun, akaun penyokong Zahid itu nampaknya berjaya mencetuskan perbualan hangat.


Niat nak angkat Zahid sebagai Obama Malaysia, tetapi netizen pula lebih sibuk mencari persamaan dengan Prabowo!


- Unofficial Info




PENJARA PALING MAHAL DALAM DUNIA







 Baki Hukuman penjara 1 tahun 9 bulan  

(Ogos 2028)

Bayaran diperlukan RM50M÷1tahun 9bln

=RM76k

Dengan membayar RM76k sehari beliau dapat tinggal di rumah ?




PATUT KAH UMNO KELUAR...SOKONG PAS KENA NAYA JA KOT...PAS PUN BELUM TENTU NAK LAWAN ANWAR

 





*******


Perdana Menteri Anwar Ibrahim mencabar menteri yang menyerang kerajaan ketika berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka supaya menyuarakan pandangan mereka dalam mesyuarat kabinet hari ini.


Dia mengingatkan rakan politiknya itu turut memegang jawatan dalam kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri lain.


"Ini kawan-kawan saya dalam kerajaan, masa kempen dia serang. Tapi dalam kerajaan dia ada timbalan perdana menteri, ada menteri itu, menteri ini.


"Kalau ada setuju, tak setuju cakap dalam cabinet Besok (Jumaat) pagi, 9 pagi bikin. 9 sampai 12.30, tiga jam. Cakaplah!" kata perdana menteri semasa majlis makan malam kempen DAP sempena PRN Melaka malam tadi. 


   - Malaysiakini




UNTUNG SI PEMBOHONG


Saiful Al Adli



 Untung masuk Parti dua ni sorang TAK TUNAI JANJI MASIH ADA KONCI SOREEGA, SORANG LAGI SELEWENG MACAM MANA PUN ORANG BAYAR 50 JUTA. Yang Penting Pejuang Melayu.







UNTUK SEORANG NAJIB


Norman Daud



 UMNO mengesahkan denda RM50juta bagi Najib Razak mendapat hukuman tahanan rumah telah mencukupi.







Beruntung tubuh badan dia sorang ni..


Lahir lahir dalam dulang emas, keturunan bangsawan. Dari kecil hingga besar dapat segala kelebihan yang orang biasa tak akan dapat rasai.


Sehinggakan sampai didapati bersalah dan dihukum penjara pun beliau masih dapat keistimewaan berbanding orang lain.


Dapat diskaun daripada hukuman asal 12 tahun penjara kepada 6tahun penjara (50% diskaun), jumlah denda dari RM210juta turun sehingga RM50juta sahaja (76% diskaun)


Tu pun masih lagi penyokong beliau menuduh kerajaan DS Anwar Ibrahim sebagai zalim??


Ramai penyokong beliau ni lupa yang ketika beliau dijatuhkan hukuman masa itu kerajaan pusat diperintah oleh PN +BN. 


Keadilan bagaimana lagi yang mereka mahukan??


Ketika rakyat biasa yang mencuri susu demi mengisi perut anak yang kelaparan dihukum penjara tanpa sebarang diskaun hukuman, kamu pula bersorak bangga apabila seorang bangsawan diberikan pengurangan hukuman yang begitu besar.


Di manakah keadilan yang kamu laungkan selama ini? Adakah keadilan itu hanya untuk mereka yang mempunyai kedudukan dan kuasa, sedangkan rakyat biasa perlu menanggung sepenuhnya hukuman atas kesalahan mereka?


Allah tidak pernah mengajar kita supaya menegakkan keadilan berdasarkan pangkat, keturunan atau kedudukan seseorang.


Dalam Surah An-Nisa', ayat 135, Allah memerintahkan orang beriman supaya menegakkan keadilan sekalipun terhadap diri sendiri dan kaum kerabat.




ADA ZAMAN SAPA KA PERINTAH MELINGKUP HABIS.

 

Baharim Hashim






Boleh d katakan semua projek berbillion zaman jepon ni ada unsur "sakau".. syukur la parti ni kalah.. baru la PERKARA ni terbongkar.. Allah Maha adil.. kalau lah parti ni terus memerintah hingga kini, entah berbillion2 lagi duit rakyat hangus.. bagi penyokong parti ni.. maaf la banyak banyak.




SEBAB TU ANWAR BANTU..STESEN BAS PUN TAK MAMPU NAK BUAT. RAKYAT KELUAR RATA NEGERI PI MEREMPAT CARI MAKAN. TAK ZALIM KA TU?

 



Cadangan Pemuda PAS Kelantan supaya Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon menentang kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang mencetuskan persoalan menarik mengenai tafsiran politik terhadap nasihat ulama.






Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi, mencadangkan perkara tersebut sebagai bukti bahawa PH benar-benar menghormati pandangan Syeikh Wazir Che Awang al-Makki.


Menurutnya, jika PH menerima nasihat tokoh agama berkenaan mengenai larangan menjatuhkan kerajaan yang adil, penghormatan tersebut perlu diterjemahkan melalui tindakan.


Antara tindakan yang dicadangkan ialah tidak meletakkan calon PH menentang parti yang membentuk kerajaan Kelantan.


Namun, kalau logik itu mahu digunakan, bukankah prinsip sama juga boleh dikenakan kepada PAS di peringkat Persekutuan?


Jika PH tidak boleh mencabar kerajaan Kelantan atas alasan menghormati nasihat ulama, mengapa PAS pula boleh mencabar Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Mengikut hujah yang sama, PAS juga bolehlah mempertimbangkan untuk tidak meletakkan calon Parlimen menentang PH supaya kerajaan Anwar dapat terus mentadbir.


Bukankah itu lebih konsisten?


Kalau benar mahu mengelakkan usaha menjatuhkan kerajaan yang dianggap adil, prinsip tersebut tidak sepatutnya terpakai kepada kerajaan negeri sahaja.


Apatah lagi kenyataan Syeikh Wazir dibuat dalam program yang turut dihadiri Perdana Menteri sendiri.


Namun, di sinilah pentingnya membezakan antara menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang tidak sah dengan mencabar kerajaan melalui pilihan raya yang diadakan mengikut Perlembagaan.


Pilihan raya merupakan proses demokrasi yang memberikan hak kepada rakyat memilih kerajaan.


Meletakkan calon untuk bertanding tidak semestinya bermaksud melakukan tindakan haram untuk menggulingkan pemerintahan.


Sebab itu, nasihat ulama tidak wajar ditafsirkan secara terpilih sehingga menghasilkan kesimpulan bahawa parti lawan tidak boleh bertanding.


Kalau PH diminta tidak mencabar PAS di Kelantan, PAS juga perlu bersedia menerima soalan mengapa parti itu masih mahu mencabar PH di peringkat Persekutuan.


Jika Pemuda PAS berpendapat kerajaan negeri perlu diberikan ruang mentadbir tanpa dicabar, bukankah kerajaan pusat juga boleh menuntut layanan yang sama?


Atau penghormatan terhadap kerajaan hanya terpakai apabila PAS menjadi pihak yang memerintah?


Akhirnya, persaingan pilihan raya sepatutnya berlangsung secara sihat dengan rakyat diberikan kebebasan membuat keputusan.


Kerajaan negeri dan Persekutuan sama-sama perlu dinilai berdasarkan prestasi, dasar serta kemampuan menjaga kebajikan rakyat.


Kalau Pemuda PAS mahu menjadikan kenyataan Syeikh Wazir sebagai alasan PH tidak bertanding di Kelantan, jangan terkejut jika ada pihak menggunakan hujah yang sama untuk meminta PAS tidak bertanding kerusi Parlimen.


Biar Anwar terus menjadi Perdana Menteri tanpa dicabar.


Adil, bukan?





TAK KENA DAJJAL...MAKAN GAJI BUTA OK HALAL.


Jamzuri Ardani




 Ismail Sabri lantik dia jadi Duta Khas makan gaji buta... maka CSA  masa tu bukan politik dajjal. 


Macam tu jer dia tonggang agama. Untung ke dia halal. Tak untung ke dia dajjal. 


Ermmmm !!!





YANG TERBAIK ANTARA YANG TIDAK BAIK






Che Ibrahim



Arwah al Fadhil Ustaz Yahya Othman pernah cerita ke ambo, dia kata semasa di Sudan, Syeikh Hasan Thurabi tanya dia, apa khabar saudara kita Anwar Ibrahim? (Masa tu Anwar bersama UMNO).


Arwah Ust Yahya jawab, 


احسن السيئين.... 

(Yang terbaik dari kumpulan yang tidak baik)


Maknanya walaupun hari ini PMX ada berbagai kelemahan, dikecam oleh lawan dan kawan, namun bagi ambo PMX masih yang terbaik berbanding tokoh tokoh politik semasa yang ada, orang panggil jauh panggang dari apa untuk menyaingi kepimpinan DSAI sebagai PMX.





INILAH KERJA PAS.?


 

JANGAN MALU NANTI. DULU SEBAB TAKUT ISTIHAR HARTA.


 

SIKIT SIKIT HAL POLITIK BIASA, BUKAN KECOH


 

SEKOLAHKAN PEMECAH BELAH MELAYU DAN AGAMA.


 

SEBAB TAK BOLEH SAKAW


 

MALU APA BOSSKU...PUNYA TAK MALU..






 Zaman Edan !

Curi duit rakyat, kemudian minta derma dari rakyat untuk dapatkan pembebasan..


Malu itu sebahagian dari iman, namun bagi penyokong Najib, "Malu apa Bossku !"


#HARAPAN

#MelakaRumahKita

#TolakKakiSakau






PARTI KAMU HANYA LAH PENUMPANG PADA PARTI LAIN. KAMU TAK PUNYA PENDIRIAN DAN KEBERANIAN. BENDERA PUN TAKUT NAK PAKAI.

 



Rakyat dah beri peluang 33 bulan tapi apa yg rakyat dapat Seluruh Negara waktu itu lumpuh solat jumaat ke masjid pun tk boleh , harga barang melambung tinggi, Telur hilang minyak masak paket hilang dan ada yg sampai mengibarkan bendera putih dan mencatuh makanan . No PAS No BN dah serik .




MELAKA BIAR BERMARUAH

 


Melaka punyai sejarah panjang sebagai pusat perdagangan dan menjadi titik temu











pelbagai bangsa serta peradaban. Semangat keterbukaan, kebersamaan dan kemajuan inilah yang harus terus disemarakkan dalam usaha membina masa depan negeri dan negara.





Bersama masyarakat Paya Rumput malam ini berkempen untuk calon no 3 dari Pakatan Harapan saudara Azman Abidin, saya menegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan kita merangkul kepelbagaian sebagai sumber kekuatan, bukan menjadikannya alasan untuk berbalah dan berpecah. Dalam dunia yang semakin bergolak, keamanan dan kestabilan yang kita kecapi merupakan nikmat besar yang mesti dipelihara.


Namun, ukuran sebenar kejayaan ialah apabila anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna, keluarga terbela daripada jerih payah kehidupan dan kekayaan negara mesti dinikmati semua. Sebab itu, saya akan terus tegas melawan rasuah dan segala bentuk penyelewengan, kerana amanah rakyat bukan untuk diperdagangkan demi kepentingan peribadi.


Walhasil, saya meyakini Melaka mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita memilih untuk berpaut pada nilai kejujuran, muafakat dan tanggungjawab bersama. Yang kita perjuangkan bukan sekadar kejayaan hari ini, tetapi sebuah tatanan yang lebih bermaruah untuk diwariskan kepada generasi akan datang.


#PakatanHarapan 

#MelakaRumahKita





AKAN ADA PENERANGAN MALAM INI.

 






MELAKA, 5 Nov - Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mencabar Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya menggunakan peluang berucap pada majlis Makan Harapan, iaitu majlis makan malam kutipan dana pilihan raya DAP di Melaka untuk menjawab beberapa isu berbangkit, malam ini. 


Pemimpin BERSAMA, Lee Chean Chung berkata, Anwar perlu mengambil kesempatan itu bagi memberikan penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan pemimpin DAP serta masyarakat Cina, bukan sekadar menyampaikan ucapan kempen. 


Antara isu yang dibangkitkan termasuk desakan DAP supaya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah didedahkan kepada umum. 


Selain itu, DAP turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan skandal mafia korporat serta menuntut penyelesaian kes kematian Teoh Beng Hock. 


Lee juga membangkitkan kebimbangan masyarakat Cina berhubung cadangan pengurangan waktu pengajaran bahasa Mandarin bagi murid Tahun Satu dan Dua di SJKC daripada 12 kepada 10 waktu seminggu menerusi kurikulum baharu tahun depan.


Sementara itu, majlis makan malam yang bakal berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Tinggi Pay Fong mendapat sambutan menggalakkan apabila kesemua 170 meja dilaporkan habis dijual, menurut Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong. 


Selain Anwar, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dijadual menyampaikan ucapan termasuk Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Kredit: Malaysiakini


#BeritaKS




LIHAT , BILA RAJIN ,TANAM PADI BOLEH SENANG.


Che Ibrahim





 Pakcik ni kata dia buat padi 40 ekar, purata hasil 5 tan satu hektar, dapat la kira kira RM100,000 semusim. 


Kalau boleh nak minta kerajaan bagi subsidi/bantuan drone pula, benda lain kerajaan beri belaka dah... Katanya.





KES SAKAW DI SABAH


 

BENDERA SENDIRI PUN TAKUT NAK GUNA....HIPOKRIT PUNYA PARTI


 

KENA DAH ...AKHMAL KENA MAKI


 

MALANGNYA NEGARAKU KERANA PIMPINANNYA SENDIRI YANG MENYAKAW.



 Unfortunately the fate of my country if the leader himself is the one who controls. 







MUDAH SAJA..ISTIHAR HARTA. PARTI KAMU LAH TAK BERANI ? KAN HADI KATA ISLAM TAK WAJIB ISTIHAR HARTA ?

 





Belum reda kontroversi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan pendekatan Dajjal, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula tampil mendesak kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian tersebut.


Menariknya, Takiyuddin turut menggunakan Memorandum Persefahaman (MoU) tahun 2021 sebagai contoh apabila membangkitkan soal ketelusan.


Sedangkan ketika MoU itu dimeterai, PAS sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob!


Dalam sidang media di Parlimen, Takiyuddin berkata MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021 mempunyai peruntukan khusus mengenai keterbukaan maklumat.


Menurut beliau, dokumen tersebut menetapkan bahawa kandungan perjanjian boleh didedahkan sepenuhnya kepada umum.


Sebab itu, beliau mahu mengetahui sama ada CSA terbaru antara Kerajaan MADANI dengan 13 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas turut didedahkan kepada rakyat.


Takiyuddin turut meminta penjelasan mengenai jumlah peruntukan pembangunan kawasan, mekanisme penyaluran dan tarikh pelaksanaannya.


Persoalan ketelusan itu sememangnya wajar dibangkitkan kerana perjanjian yang melibatkan peruntukan awam perlu mempunyai mekanisme kebertanggungjawaban yang jelas.


Namun, apabila PAS sendiri mengungkit MoU 2021, sejarah kerjasama politik parti tersebut turut kembali menjadi perhatian.


Ketika itu, PAS mempunyai wakil dalam Kabinet Ismail Sabri, manakala Hadi sendiri memegang jawatan Duta Khas Perdana Menteri bertaraf menteri.


MoU berkenaan digunakan bagi menjamin kestabilan pentadbiran melalui kerjasama antara kerajaan dan pembangkang, termasuk sokongan terhadap urusan belanjawan.


Kini, CSA yang mempunyai tujuan kestabilan politik turut dipersetujui 13 Ahli Parlimen bagi menyokong Belanjawan 2027 dan pentadbiran sehingga tamat penggal.


Bezanya, Hadi menyifatkan pendekatan CSA terbaru sebagai menyerupai sifat Dajjal kerana mempertikaikan syarat sokongan politik untuk mendapatkan peruntukan pembangunan.


Jadi, perbezaan antara pendirian PAS ketika berada dalam kerajaan dan ketika menjadi pembangkang terus mengundang perdebatan.


Takiyuddin juga mendedahkan bahawa 62 Ahli Parlimen pembangkang lain tidak menerima tawaran CSA terbaru.


Beliau mengingatkan bahawa PN pernah menolak draf MoU yang dikemukakan pada Ogos 2024 kerana tidak berpuas hati dengan beberapa syarat, termasuk ketidakjelasan jumlah peruntukan.


Bagaimanapun, desakan supaya dokumen didedahkan tidak bermaksud Takiyuddin mahu menandatanganinya atau menarik balik bantahan PAS terhadap CSA.


Lebih menarik, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin yang merupakan antara penandatangan CSA terbaru turut meminta supaya kandungan perjanjian itu diumumkan kepada umum.


Maka, perbahasan mengenai CSA kini bukan sekadar soal siapa menyokong kerajaan, tetapi juga ketelusan dokumen, agihan peruntukan dan konsistensi pendirian parti politik.


PAS boleh mempertikaikan syarat CSA, manakala kerajaan pula perlu menjelaskan kandungan perjanjian supaya rakyat tahu apa yang telah dipersetujui.


Cuma apabila MoU zaman PAS berada dalam kerajaan sendiri dijadikan contoh, perbandingan dengan kritikan keras Hadi terhadap CSA terbaru memang sukar dielakkan.





CALON BOLEH MENANG.


 

BAGI PELUANG BUAT APA LAGI


 

MAT JARGON...BUKAN JENIS CERDIK PUN.


 

PAS AKUI TIADA CALON SETANDING ANWAR


 

Apa benda pun..



Hazimy Al Jauhari




Dari segi istitoah TH...KWSP..


(Sekarang dia bising..Nanti dia jadi government ..dia pun tak bagi..)..


Royalti minyak Kelantan dan Terengganu..


URA (dia kerajaan dia yang propose..Dia tak jadi kerajaan dia yang tentang)...


Dong zong...Dia pembangkang..Dia tentang bagi bajet..Dia kerajaan lagi banyak dia bagi dari DAP....


Banyak lagi..


Kalau sapa yang cerdik boleh nampak...


Mujur dia pernah jadi kerajaan...


Boleh tahu ini cuma mainan politik...


Habis kalau semua parti sama..


Penilaian dari mana ?..


Jawapannya dari cara kau buat kerja....


Nampak hasil...