BAJET TERLOPONG BUAT SABAH DAN SARAWAK
Bajet 2014: Sabah, Sarawak adalah tali hayat BN, tetapi dapat ‘lopong’ sahaja - Aspan Alias
October 26, 2013
Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Kewangan Malaysia semalam,
dikatakan ramai sebagai ‘ritual’ biasa dan tidak memberikan apa-apa yang
memberangsangkan kepada rakyat terutamanya Sabah dan Sarawak. Yang
memberikan pujian seperti biasa hanyalah profesor-profesor yang menjadi
politikus ‘arm chair’ setiap kali bajet tahunan dibentangkan.Banyak di antara perkara yang hendak dilaksanakan akan mula terlaksana pada 2015 dan 2016 nanti. Saya sebagai orang kampung yang simple dan sebagai rakyat biasa sahaja tidak nampak apa-apa impak kepada kehidupan rakyat kecuali bagi mereka yang sudah sedia kaya-raya sekarang ini.
Mereka yang miskin masih lagi dinodai BRIM yang tidak ada apa-apa ‘consequence’ terhadap kehidupan rakyat seperti kami. Oleh itu, biarlah kami memberikan komen seperti orang biasa sahaja tanpa menggunakan istilah-istilah besar seperti yang digunakan oleh pembentang bajet itu.
Ramai yang menghubungi saya berkata, ‘we are getting only the bones. No
money, nothing It’s full of intrigues and figure juggling and let’s not
shout about it!”. Itulah yang dapat saya susun kembali kata-kata mereka
dan itulah ‘summary’ yang dapat saya susun daripada kata-kata
rakan-rakan berbilang kaum kepada saya malam tadi.
Walaupun BN Sabah dan Sarawak menyumbang hampir 50 kerusi di Dewan Parlimen Persekutuan, sumbangan mereka itu tidak dihargai oleh pimpinan persekutuan dalam pembahagian belanjawan kali ini.
Walaupun di dalam bajet yang didasarkan kepada lima teras utama itu dibaca kuat dan jelas, ia tidak perlu dilaungkan lagi kerana ia adalah ritual ucapan biasa yang didengar setiap tahun.
Bajet itu hanyalah premis paling sesuai untuk meminta sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan bagi mengurangkan subsidi terhadap rakyat dan menambahkan beban rakyat semata-mata. Jelas daripada pencukaian dan punca-punca lain tidak mampu untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh kerajaan itu maka kepada rakyatlah pimpinan pada hari ini mencari sumber kewangan yang sangat-sangat diperlukan itu.
Seperti yang dijangkakan, harga gula misalnya naik lagi dengan mengurangkan subsidinya dan alasannya seperti biasa untuk mengurangkan kencing manis seperti yang disebut oleh pembentang bajet itu.
Topik-topik lain seperti penyediaan rumah mampu milik dan sebagainya adalah isu biasa bagi semua negara sedang membangun dan ia tidaklah membuatkan bajet negara kali ini berbeza dengan bajet sebelumnya atau di negara membangun lain.
Apa yang jelas ialah pengabaian terhadap negeri-negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak walaupun kedua-dua negeri itulah letaknya nyawa dan nafas BN sehingga pilihan raya akan datang.
Tidak ada apa-apa yang cemerlang kali ini. Biarlah bajet ini mendapat pujian mereka daripada ahli-ahli akademik yang begitu laris untuk diminta pandangan dan ulasan bagi disiarkan melalui stesyen-stesyen TV arus perdana kita. –aspanaliasnet.blogspot.com, 26 Oktober, 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)