BUKAN SEORANG SAJA AHLI PARLIMEN YANG DAPAT SOGOKAN
video : TAK TAHU MENARI DIKATAKAN TANAH TINGGI RENDAH
KATA ORANG, HANYA RAKYAT BAHALOL PILIH PEMIMPIN TOLOL.
.
Ya. Dengan kluster mahkamah UMNO dia taknak kerjasama OK tapi dengan
Kluster KETUA PNkhianat, PNyangak, PNipu, Kepala Perompak, PNyamun yang tu dia
nak sangat?
Ketua AMK atau Ahli-ahhli Pemuda Amanah, DAP dan Ketua Pemuda
DAP yg memg bahalol sebab pilih pemimpin TOLOL?..lapaqkan AtukSAKATua.
KP yang berfikir di LUAR OTAK. Tarak Akai.
Wallahualam.
- Zus Din
11 March 2021
BANI LOBAI… SAPA YANG MENYENTAP? BUAYA ATAU PENGAIL…
BOB KELANANG
Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah
dan Solat dibenarkan dalam ajaran Kristian. Cuma, ia perlu disertakan dengan
penafian; hanya untuk orang Kristian.
Jika ia berlaku pada kerajaan PH dahulu, aku dapat membayangkan
bagaimana propaganda sentimen keagamaan yang akan berlaku. Mujurlah pada hari
ini kita ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam Bertaqwa.
Jom kita tengok reaksi PAS yang "keluar anak tekak"
menentang isu ini dulu. Kita bersama-sama tunggu respons daripada mereka yang
dahulu konsisten memperjuangkan isu ini. - 𝘙𝘢𝘩𝘮𝘢𝘯 𝘐𝘮𝘶𝘥𝘢
Isu penggunaan kalimah Allah, pada masa tu Pas ada dua
"mazhab".
#Satu, Mazhab
Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bersetuju penggunaan kalimah Allah
untuk non-Muslim.
#Dua, mazhab
Allahyarham Ustaz Harun Din yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk
non-Muslim.
Saya ketika itu antara yang bersetuju penggunaan kalimah Allah
kepada non-Muslim, sehingga kerajaan negeri Kelantan menjemput saya
membentangkan hujah agama dalam mendokong pandangan saya.
Masa itu, saya dipanggil oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk
memberikan penjelasan hujah saya bersetuju tersebut. Menariknya, selepas saya
memberi penjelasan panjang lebar dari sudut dalil al-Quran, hadis DAN kaedah
Usul fiqh, tok guru keluar dari bilik, didapati penuh wartawan.
Apabila ditanya, Tok Guru Nik Aziz jawab cukup mudah.
"Ayah Nabi Muhammad nama Abdullah. Masa tu, Nabi Muhammad belum
dilahirkan lagi. Sebelum Nabi bawa Islam, orang bukan Islam dah guna dah
kalimah Allah". Alamak. Simple je jawapan Tok Guru Nik Abdul Aziz, tapi
padat - 𝘜𝘴𝘵. 𝘏𝘦𝘳𝘫𝘶𝘯𝘰𝘵 𝘈𝘭𝘪
VIDEO: PRESIDEN PAS MEMANCING BUAYA?
30 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA MENYUSUL. ANWAR TERIMA KUNJUNGAN PESURUHJAYA TANZANIA
Pagi ini saya terima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Republik
Bersatu Tanzania TYT Dr. Ramadhani K. Dau di pejabat.
Kami bincang pelbagai isu terkait hubungan baik kedua-dua
negara.
Republik Bersatu Tanzania adalah sebuah negara di timur Afrika,
dan jumlah eksport Malaysia ke Tanzania pada tahun 2018 adalah sebanyak
US$149.69 juta. Negara ini juga terkenal dengan gunung tertinggi di Afrika
iaitu Gunung Kilimanjaro.
Semoga hubungan ini terus kukuh dan dipertingkat demi rakyat
kedua-dua negara.
-
This morning I received a courtesy call from the High
Commissioner of the United Republic of Tanzania, H.E. Dr. Ramadhani K. Dau, at
the office.
We discussed various matters pertaining to the close bilateral
relations between Malaysia and Tanzania.
The United Republic of Tanzania is a country in East Africa, and
Malaysian export to Tanzania in 2018 amounts to US$149.69 million. The country
is also known for having the highest mountain in Africa, Mount Kilimanjaro.
May relations between our two countries and people continue to
be forged and strengthened.
Panas! Razman tempelak Tajuddin bagi kenyataan liar
Kenyataan Pas tidak boleh berkempen untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di mana-mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili parti.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sehubungan itu kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman itu tidak boleh diambil kira.
Menurutnya, Pas tidak mengambil kira kenyataan-kenyataan liar dari luar seperti itu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
“Ini bukan politik veto, kenyataan beliau tidak boleh diambil kira kerana itu adalah kenyataan secara persendirian, kenyataan bukan mewakili parti UMNO secara keseluruhannya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini.
Razman berkata, Pas tetap mengharapkan kestabilan politik dalam kalangan parti-parti Melayu dan mereka sepatutnya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam keadaan politik hari ini.
Katanya, sekiranya parti-parti Melayu masing -masing ingin membawa haluan, negara akan mengalami suasana politik yang tidak stabil dan merugikan rakyat.
“Pas berharap penyatuan yang ada sekarang di antara UMNO, Pas dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) kekal untuk mengelak mudarat yang lebih besar.
“Kita tidak mahu pertembungan antara parti-parti Melayu menyebabkan DAP berkuasa kerana mereka akan mengambil kesempatan,” katanya.
Menurutnya, apa pun sebarang keputusan mengenai kerjasama Pas dengan parti lain bergantung kepada pucuk pimpinan Pas Pusat dan pimpinan negeri serta akar umbi akan akur dan taat pada setiap keputusan yang dibuat.
Semalam, Tajuddin berkata, UMNO tiada masalah jika Pas ingin terus bekerjasama dengan Bersatu namun jangan menyusahkan UMNO dengan tidak boleh berkempen untuk Bersatu di mana-mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO dalam PRU akan datang.
KLUSTER ATOK OK PULAK KAH?
PH tak patut kerjasama dengan ‘kluster mahkamah’ UMNO, kata Shazni
Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15, seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya.
Ketua Pemuda PH yang baru, Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabungan itu kehilangan penyokong teras mereka.
Katanya, sebarang kerjasama dengan Umno, sebelum atau selepas PRU15, tidak boleh melibatkan pemimpin “kluster mahkamah” yang menghadapi tuduhan rasuah.
“Kluster mahkamah ni PH tak sepatutnya kerjasama
“Sepatutnya tidak boleh. Kalau kita pergi ke arah itu, kerisauan paling besar macam mana kita nak jawab kepada rakyat bila perkara itu berlaku.
“Apa kita nak justify? Bertahun-tahun kita lawan rasuah. Bertahun-tahun kita lawan penyalahgunaan kuasa.
“Tiba-tiba bila kita berdepan PRU atau selepas PRU, kita kerjasama dengan pihak-pihak macam ini.
“Kita hendak jawab apa balik dengan rakyat yang selama ini menyokong dan percaya dengan agenda reformasi yang kita nak buat,” kata Shazni kepada Malaysiakini ketika wawancara pada Selasa.
Pemimpin Umno “kluster mahkamah” termasuklah presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agungnya Ahmad Maslan.
Pemimpin Umno ini digambarkan lawan mereka sebagai ‘terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan diri daripada sabitan bersalah di mahkamah.
Antara pemimpin kluster ini, bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah melobi Uno dan BN untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Pun begitu, pengkritik “kluster mahkamah” mendakwa langkah menjalinkan kerjasama antara Umno dan PKR masih berjalan.
PH perlu terbuka bincang pembangkang lain
Pemerhati politik percaya “kluster mahkamah” yang memutuskan menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU15.
Penganalisis juga mendakwa kluster politik Umno inilah yang dimaksudkan Anwar sebagai sokongan “kukuh dan meyakinkan” yang diterimanya bagi membentuk kerajaan baru pada tahun lalu.
Presiden PKR tidak menolak kerjasama dengan Umno pada PRU15, mengulangi pendapatnya PH akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menyokong agenda reformasi.
Bagaimanapun, meneroka hubungan dengan Umno secara umumnya tidak bertentangan dengan dasar PH.
Menurut Shazni, pendirian terkini Majlis Presiden PH menyatakan gabungan itu perlu terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain dan parti-parti yang menentang pemerintahan PN sekarang.
Katanya lagi, selain mengecualikan pemimpin Umno yang disabit serta dituduh melakukan rasuah, sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti mesti dilakukan dengan PH sebagai satu gabungan.
“Sama juga dengan Umno, perbincangan Umno tidak boeh menjadi perbincangan Umno dan satu pihak saja dalam PH,” katanya.
Menurutnya, hal ini juga perlu dilaksanakan dalam perbincangan dengan parti-parti pecahan PH, sekiranya Pejuang dan Muda boleh bertanding pada PRU15 menggunakan logo PH atau parti komponen.
Parti Shazni, Amanah dan komponen PH, DAP dilihat lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Pejuang – parti pimpinan ‘seteru’ Anwar, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pun begitu, hal ini menjadi hadangan dalam PKR, yang memandang kerjasama dengan Mahathir sebagai pengkhianatan kepada Anwar – yang seharusnya mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum pentadbiran PH runtuh tahun lalu.
Itu antara alasan yang dibangkitkan Pemuda PKR dalam mengkritik pelantikan Shazni sebagai ketua Pemuda PH.
Untuk itu, Shazni mengulangi pendirian Anwar dan majlis presiden PH yang tidak melarang keterlibatan dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi.
Dia juga berkata kritikan terhadapnya hanya masalah kecil, menjelaskan kerjasama antara sayap pemuda Amanah, DAP,dan PKR masih baik dan utuh.
ADA AHLI SETIA MEMBUTA TULI
HAMDAN TAHA
Saya akui kelebihan Pas ni ialah kesetiaan ahlinya( bukan semua)
kepada pemimpin terutama pemimpin pas semuanya Ustaz Tok Guru tidak ada orang
biasa.
Kenyataan muslimat Pas ni jelas bahawa dia bagitahu rakyat dalam
islam kita wajib ikut apa yang kerajaan suruh buat,haram kita lawan kerajaan.
Mudah kan...tapi kenyataan ini setelah Pas jadi kerajaan
Jika kerajaan itu bukan Pas maka Haram kita ikut kerajaan yang
zalim,kejam,tidak ikut undang undang islam,pelembagaan dan pemerintaan masih
ikut penjajah maka wajib kita lawan. Kita boleh jadi Kafir bukan kerana kita
keluar islam tapi cukup kita sokong kerajaan yang mengamalkan cara pemerintahan
peningalan penjajah dan bukan kerajaan islam. Kita undi bukan parti islam tapi
kita undi parti yang ikut sistem yang ada sekarang hukumnya boleh terkeluar
islam....tak susah untuk terkeluar islam...salah pilih kerajaan sahaja dah bole
menyebabkan sesat
Itu lah ayat ayat yang saya dah dengar dan saya ikuti dari tahun
85 ketika ustaz hadi datang ceramah ke pasir salak dan saya ikut hadir ceramah
tersebutmmmm
GALAU MUHYIDDIN DAN RAIS YATIM
HAMDAN TAHA
Kebimbangan saya jika Muhyudin balik dari arab dia mengadap
AGUNG dan bubar parlimen
Kemudian Takiyudin akan mengeluarkan kenyataan bagi pihak SPR
1. Pengundi yang layak mengundi dalam pru ke 15 hanya yang
berumur 21 ke 50 sahaja
2. Pengundi berumur 18 ke 21 tidak boleh mengundi kerana belum
dapat mengawal diri sendiri dari jangkitan covid 19
3. Pengundi berumur 50 ke atas tidak boleh mengundi kerana
golongan ini berisiko di jangkiti covid 19
Maka PN akan menang Besar
Kenapa Rais Yatim yang umur 78 tahun tiba tiba bercakap bagi
pihak SPR ?
Rais berkata undi pilihanraya berumur 18 tahun tidak akan
berlaku pada pilihanraya ke 15
Siapa kah dia untuk buat kenyataan itu
Dia bukan pengerusi SPR
Sedangkan SPR telah buat
kenyataan telah siap sedia untuk membenarkan rakyat yang berumur 18 tahun boleh
mengundi
Apakah kerajaan PN takut kepada golongan ini sedang kan mereka
meluluskan sebulat suara di Dewan
Pelik Malaysia ni…TAPI DI BAWAH PN
Sg Kim Kim sekali lagi tercemar, di mana MP Tebrau menghilang?
POSTED BY AMIR WRLR
KEADILAN Johor tampil mempersoalkan gerak kerja Ahli Parlimen
Tebrau, Steven Choong selepas Sg Kim Kim tercemar baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah dan Ketua Cabang
KEADILAN Tebrau, Teoh Eng Hoon dalam kenyataan bersama berkata Sg Kim Kim
terletak dalam Parlimen Tebrau, bukan dalam Parlimen Pasir Gudang.
"Adalah menjadi tanggungjawab penuh Ahli Parlimen Tebrau,
Steven Choong Shiau Yoon untuk menyelesaikan masalah ini dengan pantas,"
katanya.
Mereka juga menganggap Steven sepatutnya mempunyai kuasa yang
lebih besar setelah menjadi salah seorang ahli Parlimen kerajaan.
"Tempoh hari, Ahli Parlimen Tebrau keluar KEADILAN dan
menyokong Perdana Menteri dengan alasan untuk mendapat akses berjumpa menteri
atau ketua-ketua agensi kerajaan supaya isu-isu rakyat dalam Parlimen Tebrau
dapat diselesaikan dan salah satu isu yang ditegaskan oleh beliau ialah isu
pencemaran sungai.
"Namun sehingga saat ini kita dapati Ahli Parlimen Tebrau
masih lagi membisu.
"Justeru, kita mendesak supaya Ahli Parlimen Tebrau segera
turun padang selesaikan isu pencemaran Sg Kim Kim dan pastikan ianya tidak lagi
berulang pada masa hadapan.
"Sekiranya isu pencemaran ini tidak dapat diselesaikan
seberapa segera, kita tuntut supaya Ahli Parlimen Tebrau meletakkan jawatan
serta merta," katanya.
Kerajaan PN digesa perkenal kerangka ekonomi digital Malaysia
Ekonomi digital semakin mengambil alih ekonomi konvensional ketika
era pandemik Covid 19.
Dengan aktiviti pembelian secara atas talian dan berkembangnya
khidmat penghantaran barang ke rumah, maka ekonomi digital akan mengubah
landskap kehidupan secara keseluruhan sedikit masa lagi.
Bagi mantan Naib Presiden KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub, kelewatan
kerajaan Malaysia dalam membina kerangka ekonomi digital akan mempengaruhi daya
saing negara dan dijangka bakal ketinggalan berbanding Singapura atau Indonesia
yang kelihatan berjaya menarik pelaburan asing, berupa pemain-pemain utama
teknologi digital dunia.
Sekiranya kerajaan tidak mampu menyahut cabaran itu, katanya,
pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) boleh memperkenalkan Agenda Ekonomi
Digital Malaysia (AEDM) 2030 bagi dipersembahkan kepada rakyat dan digarap
sebagai dasar negara sekiranya PH terpilih sebagai pemerintah dalam Pilihan
Raya Umum akan datang.
"Hari ini kita berdepan dengan impak Covid 19 yang secara
global merasainya (kelembapan ekonomi).
"Juga dalam masa sama senario teknologi Kecerdasan Buatan
(AI) dan Revolusi Industri (IR) 4.0 telah mengambialih ekonomi konvensional.
"Dalam konteks ekonomi digital ini kita saksikan ia bermula
serba sedikit pada 1996 (di Malaysia) apabila kerajaan melancarkan Multimedia
Super Coridor (MSC) pada 1996.
"Kalau kita saksikan di seluruh dunia pada hari ini ekonomi
digital berkembang pantas. Pada tahun 2020 sebanyak 4.5 bilion penduduk dunia
menggunakan internet dalam kehidupan harian mereka.
"Manakal e-dagang pula dalam konteks dunia pada tahun 2020
berjumlah AS$2 trilion. Dijangkakan pada 2023 e-dagang dunia akan meningkat
kepada AS$ 6.5 trilion. Ini gambaran bagaimana ekonomi digital
berkembang," katanya dalam siaran langsung Facebook Gabungan Reformis
Malaysia, bertajuk: "Agenda Digital Ekonomi Manusiawi 2030",
baru-baru ini.
Katanya, dasar digital yang dilancarkan kerajaan Malaysia hari ini
kelihatan kurang lengkap dan tidak menyentuh isu asas ekonomi digital serta
bagaimana rakyat Malaysia akan menguasai platform digital berkenaan pada
sedekad akan datang.
"Dalam konteks Malaysia pada tahun lepas kerajaan melancarkan
MyDigital yang antara lain menegaskan 6 teras strategi yang telah dibentangkan
oleh Unit Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
"Kalau kita lihat, mahu tidak mahu ekonomi manusia akan
bergerak sepenuhnya sama ada aktiviti ekonomi mahu pun sosial, sama ada sektor
pengeluaran atau penglibatan teknologi digital oleh peniaga dan kerajaan, akan
berlaku sepenuhnya pada masa depan (tanpa menunggu kerajaan bersedia atau
tidak)," katanya lagi.
Oleh itu, kata Koordinator Gabungan Reformis Malaysia itu
menegaskan, tiba masanya PH merangka satu garapan menyeluruh AEDM 2030 bagi
menyediakan latihan semula kepada rakyat yang mungkin kehilangan pekerjaan,
siswazah yang sukar mendapat pekerjaan juga keseluruhan platform teknologi
digital agar tidak ketinggalan berbanding negara serantau.