NOH HARTA KARUN.

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah mengerahkan Pasukan Taktikal Pencegahan Rasuah (ACTS) semasa merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri, berikutan maklumat mengenai kewujudan bilik rahsia yang menyimpan senjata di kediaman lelaki berkenaan.





SPRM memaklumkan pihaknya menerima maklumat tentang sebuah bilik rahsia di rumah individu terbabit yang menyimpan barangan berharga termasuk senjata, berkaitan siasatan terhadap penyelewengan dana sukuk bagi pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.


"SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang-barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang di kediaman individu ini."


Berita penuh: https://mk.my/1EeCbSs



MELETAK JAWATAN SEBAGAI PRINSIP ATAU KHIANAT


MAHATHIR YA.. BUKAN RAFIZI.. RAFIZI BANYAK JASA PADA PKR. 







1- Dalam sejarah politik Malaysia, wujud satu corak lama yang kini disalin kembali dalam wajah lebih muda dan kononnya progresif iaitu  mencipta tekanan dengan meletakkan jawatan untuk mengukur sokongan dan membina mitos bahawa parti takkan mampu berdiri tanpanya.


2- Tun Mahathir Mohamad pernah meletak jawatan pada 2003 secara mengejut dalam Perhimpunan Agung UMNO, satu gerak psikologi untuk melihat siapa akan merayu beliau kembali. Strategi ini berulang pada 2020, bila beliau letak jawatan sebagai PM tanpa mandat parti, lalu seluruh kerajaan tumbang.


3- Ironinya, individu yang mencipta persepsi dirinya satu-satunya penyelamat bangsa itu akhirnya kalah di Langkawi, hilang deposit. Ini membuktikan  rakyat menolak politik yang berpaksi kepada ‘aku’ dan bukan prinsip. Parti bukan milik sesiapa.


4. Kini, strategi serupa digunakan oleh satu watak muda,  bukan dengan drama podium sahaja, tetapi melalui siaran maya, hantaran sinis, pengumuman letak jawatan, dan ‘survey awam’ untuk membaca siapa yang masih percaya kononnya hanya dia mampu ‘menyelamatkan’ parti.


5- Perbezaannya, wajah baharu ini bukan sekadar meletak jawatan, tetapi turut mencipta naratif tersusun dan satu retorik untuk membina keabsahan tunggal, dan pada masa yang sama, merendahkan kerja kolektif parti.


6- Kemunculan 'pemimpin siaran' semakin jelas  mereka tampil dengan imej profesional doktor, peguam, ahli akademik, teknokrat, kononnya bebas, tapi hanya bersuara ketika tokoh kesayangan mereka ditekan atau tidak diberi laluan. Kritikan mereka bukan untuk membina, tetapi untuk menguji pasaran.


7- Mereka bukan memimpin dari dalam, tetapi mencucuk dari luar. Mereka membuka ruang komen, mencipta pertanyaan retorik seperti “apa jadi pada parti kini?” bukan untuk bertanya, tapi untuk menggiring kesimpulan: “parti hilang arah kerana sosok itu tiada.”


8- Fenomena ini bukan baru, ia adalah bentuk Mahathirisme dalam pendekatan digital, membina mitos peribadi atas runtuhan sistem. Menghasut minda rakyat bahawa tanpanya, parti tiada masa depan. Sedangkan hakikatnya, parti runtuh bukan kerana ketiadaan sosok, tetapi kerana permainan dari mereka sendiri.


9- Dalam politik sihat, jawatan ialah amanah, bukan modal ugutan. Sesiapa yang meletakkan jawatan untuk memberi tekanan moral terhadap parti atau pemimpin,  bukan sedang berprinsip, tetapi sedang bermain emosi kolektif untuk diangkat kembali dengan lebih kuat. Ini bukan integriti - ini manipulasi.


10- Jangan sampai reformasi yang diperjuangkan berpuluh tahun di hancurkan kerana watak seseorang yang bersifat dominasi, lalu mempamerkan diri seolah-olah dialah enjin tunggal parti. Parti tidak perlukan penyelamat Parti perlukan pasukan.


11- Apabila strategi kepimpinan bertukar menjadi eksperimen sokongan di media sosial, itu tanda parti sedang dibajak - bukan oleh musuh luar, tetapi oleh ego dalaman yang tidak sanggup menerima kenyataan bahawa perjuangan ini lebih besar daripada satu nama.


12- Cukuplah kita ditipu oleh strategi lama dalam pembungkusan baharu. Kita bukan lagi gerakan yang taksub pada figura, tetapi gerakan yang percaya bahawa kuasa sebenar datang daripada akar umbi yang tidak gentar pada tekanan dan tidak mudah dikelirukan oleh siaran politik penuh percaturan.




KEH KEH KEH.. TAK PASAL PASAL KENA MAKAN PENERAJANG. MACAM TAK BETUL JA. CUBA LIHAT.

 


MESTI DIJADIKAN MENTERI



 Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpendapat bahawa posisi tersebut bertujuan agar Nurul Izzah dapat memanfaatkan pengalaman politik dan akses kepada maklumat kerajaan.





“Jaga parti tanpa ada akses kepada kerajaan, kita tahu, kalau tak ada jawatan maklumat tak akan dapat.


"Bagi saya, untuk diberikan pengalaman, antaranya posisi Menteri Besar Selangor, dan apa sahaja halangan parti kena come out (pertahankan),” katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



ISU ROYALTI KELANTAN


 

MAD JARGON DI SEKOLAHKAN NETIZEN.PERASAN LA kO NIH




Wan Fayhsal ‘disekolahkan’ selepas persoal kenapa ‘takut sangat’ dengan Yusoff Rawther





Harapandaily

Pemimpin Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengundang kecaman netizen selepas mempersoalkan permohonan Perdana Menteri untuk menangguhkan perbicaraan kes saman yang dikemukakan Muhammed Yusoff Rawther.

Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan imuniti daripada tindakan saman.

“Apa yang kamu takut sangat dengan Yusuf Rawther tu kalau tak bersalah?


 “Kenapa perlu dapatkan imuniti, tunda perbicaraan? Rakyat nak tanya betul ke tak ada berlaku jenayah sebegitu?” katanya menerusi hantaran di platform X.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam Ketua Pemuda Bersatu berkenaan.

“Kalau berlaku elemen jenayah sudah tentu dikesan oleh pihak berkuasa. Wajarkah drama seks fiksyen dibicarakan dalam mahkamah? Rakyat dah meluat dengan drama seks…,” kata Abdul Aziz Abdullah.


“Patutnya saman tu tak perlu sebab Mahkamah Tinggi pada tahun 2021 dah kata tak ada bukti serangan seksual berlaku. Buang masa PMX. Nampak sangat nak dipolitikkan isu ni,” tegas Apit Omar.

“Kes saman sivil bukannya kes berkaitan kes kesalahan jenayah yang boleh dihukum atas kesalahan jenayah!. Tiada pun pendakwaan pertuduhan kes jenayah di mahkamah jenayah dalam isu ini,” ujar pengguna X, @NamizoOzy.

Bukan soal imuniti peribadi

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa usaha beliau untuk menangguhkan saman terhadapnya tidak sekali-kali bertujuan untuk mendapatkan kekebalan peribadi daripada litigasi.

“Perkara ini tidak pernah mengenai mencari imuniti peribadi atau melarikan diri dari pemeriksaan undang-undang.

“Ia membabitkan integriti sistem perlembagaan kita dan keperluan untuk memastikan bahawa jawatan awam yang tinggi dilindungi daripada litigasi yang mungkin mengikut masa yang strategik, bermotifkan politik, atau mengganggu institusi,” kata Anwar pada pada 4 Jun lalu.

Pada 14 Januari 2020, dilaporkan Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa Anwar atas dakwaan serangan seksual terhadap Yusoff yang juga bekas pembantu penyelidik kepada Presiden PKR itu kerana kekurangan bukti.





Yusoff Rawther

Terdapat percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana individu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama, menurut Peguam Cara Negara ketika itu, Engku Nor Faizah Engku Atek.

Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara pada masa itu juga dilaporkan berkata, keputusan Jabatan Peguam Negara tersebut dibuat berdasarkan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mendapati bukti diperoleh tidak cukup untuk membolehkan tindakan pendakwaan diambil.

 Menurut Abdul Hamid lagi seperti dilapor pada 15 Januari 2020, sekiranya dibawa ke mahkamah sekali pun, buang masa kerana tidak cukup bukti.

 

Jabatan Peguam Negara dah ingatkan elak kenyataan spekulatif, MP PN ini komen ‘4R’

 

Pemimpin Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat secara sinis meninggalkan komentar ringkas ‘4R’ walaupun Jabatan Peguam Negara sudah menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah.


Gesaan Jabatan Peguam Negara itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.


Menerusi kenyataan hari ini, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaraan melalui media (trial-by-media), sindiran awam, kedudukan atau persepsi.


“Jabatan ini akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pembangkang dilihat membuat penyataan berbaur fitnah dan di luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh mahkamah.


Antaranya, pengguna X, Rafique Rashid yang mengaitkan dengan larangan membuat kenyataan menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

“Dulu 3R. Campur 1 lagi R. Rawther. Kebebasan bersuara jangan disekat,” katanya yang kemudian dikongsi Wan Fayhsal.

Rafizi mau anak muda yg berilmu, AMK cari la ilmu baru.....

RASMI DIKOSONGKAN‼️RAFIZI SERAH KUNCI PEJABAT ‼️

Bila lagi bakat kepimpinan dan kebolehan Nurul Izzah mahu ditonjolkan sebagai bakal Perdana Menteri wanita pertama Malaysia?

 


LUPAKAN YANG KECUNDANG, INI MASA ANWAR HARGAI MEREKA YANG MENANG

 

13 June 2025

Semalam, Perdana Menteri secara terbuka telah meluahkan hasrat untuk melihat dua bekas menteri, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad kembali semula menyertai kabinet.

Walaupun kedua-dua mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan dan memohon cuti, Anwar menjelaskan, beliau hanya meluluskan cuti saja bagi memberi ruang kepada mereka mempertimbangkan semula keputusan masing-masing.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). 

“Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama. 

Bagaimanapun dalam hantaran terbaru di media sosialnya pagi ini, Rafizi Ramli memaklumkan tentang kedatangannya ke pejabat di Kementerian Ekonomi buat kali terakhir pada semalam dan hari ini ( Khamis dan Jumaat).

Menurut beliau, kedatangannya adalah untuk beberapa urusan terakhir susulan  keputusannya menghantar surat perletakan jawatan baru-baru ini, termasuk mengemas pejabatnya.

Dalam hantaran itu, Rafizi turut memberi penghargaan kepada lima pegawai dasar yang telah meninggalkan kerjaya profesional mereka demi menyokong dan merealisasikan visi ekonomi bersamanya di Kementerian Ekonomi.

“Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing,” tulisnya lagi.









Hantaran terbaru Rafizi itu sekaligus adalah jawapan kepada luahan hati dan pengharapan Anwar semalam.

Ertinya, Rafizi tetap dengan keputusan ingin pergi meninggalkan jawatan dalam kabinet sepertimana telah diputuskannya.

Rafizi sebelum ini menyebut, keputusannya meletakkan jawatan adalah kerana selepas kekalahannya kepada Nurul Izzah, beliau kini tiada lagi mandat parti untuk terus berada dalam kerajaan.

Tambahan lagi, ketika kempen HIRUK yang lepas, Rafizi berkali-kali mengikrarkan janji akan meletakkan jawatan sebagai menteri jika gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang dipegangnya kepada Nurul Izzah Anwar.

Sekarang, Rafizi telah menunaikan segala janji dan berpegang kepada kata-katanya.

Dan rasa-rasanya para penyokong Rafizi pun gembira dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Kepada Anwar, eloklah lupakan saja cubaan untuk terus memujuk dan masih menaruh harapan agar Rafizi dan Nik Nazmi kembali semula dalam kabinet.

‘Move on’ dan hormatilah keputusan mereka.

Lebih baik Anwar perkemas semula kekuatan parti melalui mereka yang menang bertanding dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Selepas pemilihan selesai, ia adalah masa untuk meraikan serta menghargai pihak yang menang, bukan meratapi kehilangan mereka yang kecundang.

Jika takut dengan kehilangan, kenapa sebelum ini dibenarkan ada pertandingan?

Dengan itu, tak usahlah merintih lagi dan segeralah isi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Rafizi dan Nik Nazmi itu dengan mereka yang diberi mandat baru oleh perwakilan parti.

Biarkan mereka yang pergi berehat seketika, lagi pula Rafizi juga telah memaklumkan sebelum ini bahawa beliau turut menolak untuk dilantik sebarang jawatan dalam parti.

Mudah kata, dengan sudah menulis surat meletak jawatan, mengumumkan menolak sebarang tawaran kedudukan dalam parti dan telah berkemas pejabat, sia-sia sajalah jika masih lagi menaruh harapan kepadanya.

Jangan jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Lagi pun, jika masih berharap kepada Rafizi, bila lagi bakat kepimpinan dan kebolehan Nurul Izzah mahu ditonjolkan sebagai bakal Perdana Menteri wanita pertama Malaysia? – ShahbudinHusin 13Jun2025.

 

Akhirnya PAS mengaku apa yang saya katakan betul

PRU16: Tidak mustahil UMNO jadi parti paling dominan dalam PH-BN

DS RAFIZI RAMLI ENTERS THE OFFICE! AND THIS IS WHAT DS RAFIZI SAYS!

PMX masih sayangkan Rafizi dan Nk, Ramanan tak cemburu ke ?

PEMULIHAN SM SAIN SHAH ALAM



 Saya berkesempatan melawat Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur yang baru-baru ini terkesan akibat insiden kebakaran yang memusnahkan beberapa bahagian penting sekolah termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal dan kemudahan lain.











Melihat sendiri impak kemusnahan itu cukup menyentuh hati kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah, tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.


Saya telah meminta agar laporan siasatan lengkap disediakan segera supaya segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.


Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini. 


Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja



POOOODAHHH... KO CAKAP PAHAM KES PUN TIDAK

 


Pemimpin PAS terus mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar meletak jawatan atau berehat susulan siasatan dan perbicaraan kes dihadapinya.


Merujuk kepada kes saman Yusoff Rawther Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu diambil supaya siasatan terbuka dapat dijalankan.


“Saya cadangkan perdana menteri letak jawatan atau direhatkan, benarkan disiasat secara terbuka."


Berita penuh: https://mk.my/CaAYONW




RAFIZI UCAP SELAMAT TINGGAL

 

Mengenali sosok Rafizi ni, once dia buat keputusan, dia tak akan undur. Sebab dia buat keputusan berdasarkan prinsip, bukan ikut hati. Yang kata merajuk bagai tu, orang tu bengong politik. 


Even NN pun, dia dah jumpa staff kementerian buat kali terakhir dah pun. Pujuk-pujuk dia mereka tak layan. Kalau pemilihan parti suci bersih, tak apalah juga. Ni memang dirancang untuk buang mereka.


RAFIZI TINGGALKAN KEMENTERIAN


Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.



Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.


Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.


Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan.


Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.


Terima kasih dari saya kepada:


Dr. Azraai Bahari Nasruddin – doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.


Benjamin Quek – lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.


James Chai – pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.


Ismat Qayyum – lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.


Haqimi Zamri – lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.


Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya.




TAMBAH BANTUAN UNTUK TVET



 Saya telah umumkan peruntukan tambahan RM50 juta kepada Majlis TVET Negara, termasuk RM10 juta khusus untuk TVET Negeri Melaka. 





Peruntukan ini untuk meningkatkan pendidikan dan latihan untuk belia dalam TVET sekali gus melonjakkan peluang pekerjaan buat mereka, di samping membawa khidmat TVET bagi manfaat masyarakat.


Mari bersama kita semarakkan TVET kerana ia ternyata menjadi antara jalan dan jalur melonjakkan negara tanpa meninggalkan nilai.


#MalaysiaMADANI 

#MADANIbekerja



ADAKAH GST LEBIH Bik?

 

Hamdan Taha


Terbukti GST adalah lebih baik dari SST, sekarang ni buah buahan pun akan naik kerana ada SST lepas ni kita tak tau apa lagi akan D SST kan lagi


Dah elok ada GST sebelum ini tapi kerana ada bijak pandai guna untuk gula gulakan rakyat maka di hapuskan GST tapi bukan hapus cukai tau, di ganti sistem lama iaitu SST sebenarnya jika di fikirkan betul betul jika GST hanya satu je cukai di kenakan kepada rakyat.... Tapi SST ni tak tau lah nak kata apa... Yang menipu cukai paling suka SST la boleh menipu....


Nak buat GST semula dah tak boleh dah malu... Atau takut akan di hentam rakyat, tapi SST ni rakyat nampak ok terutama penyokong penghapusan GST....


Petronas kena buang 5 ribu pekerja mereka dam sebenarnya pekerja Petronas yang saya tahu dan kenal adalah penyokong tegar PH dan PmX, mereka memang yakin dan percaya jika PH memerintah negara akan lebih baik, maju dan mereka akan bahagia di Petronas... Dari zaman saya dulu lagi pekerja Petronas memang setia dengan PMX... Sekarang mereka di berhentikan kerja kerana kononnya harga minyak pasaran dunia jatuh teruk tinggal 65 usd pe barrel, kalau zaman BN ni Rafizi dah bersuara dah kenapa tak turun harga minyak kerana harga minyak di pasaran dunia turun.... Tapi sekarang Disel kita naik, Petrol harga kekal sama... Tidak ada dah pejuang harga minyak di negara kita...


Apapun 5 ribu orang hilang pekerjaan adalah besar dan belum ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan berkaitan nak bantu pekerja yang di berhentikan ni. Yang ada kerajaan umum penganguran sekarang paling rendah berbanding 10 tahun dulu... Maknanya kita bagus sekarang ni... Kita Bersyukur jika penganguran dapat di kurangkan... Alhamdulilah.... Kerajaan yang baik dan berjaya



TULISAN TIBA TIBA HILANG


 Akhmal Nasir


Pada hari Isnin 9 Jun yang lalu, semua hantaran Facebook saya bermula dari penghujung tahun 2022 telah hilang secara tiba-tiba.


Perkara ini mula dikesan apabila semua hantaran berkaitan Kempen Pemilihan KEADILAN 2025 didapati telah lenyap beberapa jam lebih awal, diikuti dengan hantaran-hantaran lain yang hilang sepenuhnya menjelang lewat petang hari yang sama.


Kami telah menghubungi pihak Meta, dan mereka telah mengesahkan bahawa insiden ini berpunca daripada unsur sabotaj oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


Insya-Allah, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan semula semua hantaran yang telah hilang.


Saya juga telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk mempertimbangan supaya proses undang-undang dimulakan termasuk tindakan saman terhadap mana-mana pihak atau individu yang terlibat sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi.




KEH KEH KEH...

 


DAH BEBAS DAN PEMBANGKANG BUAT ISU JA LEPAS IAU BABI.

 

Hamdan Taha. 


Yusuf rather bebas oleh Hakim kerana pihak pendakwa gagal membuktikan beliau bersalah


Bukti Mahkamah malaysia ni bebas dari pengaruh PMX kata orang orang pmx, saya setuju tu...


Tapi PDRM tak bebas seperti badan Kehakiman, macam mana pihak polis boleh siasat dakwa Yusuf tu yang paling penting, dan saya percaya game dan drama terhadap Yusuf tu ada penglibatan musuh kepada Yusuf dan ada kerjasama antara satu sama lain...musuh Yusuf ni kita tak tau lah siapa... Sebab sebelum ni ada kisah Yusuf bertumbuk dan sebagainya....PdRm buat kerja dia macam biasa je... Kes seperti ini banyak... 


Kita doakan semua drama ni tak membabitkan PMX sahaja kerana dia PM kita, negara sedang bagus dan berada dalam keadaan baik, jadi kita tak mau lah PMX terganggu kerana Pembebasan Yusuf ni, tapi cara dia di sambut di luar mahkamah boleh tahan juga tu.... Sudah tentu ada pihak pembangkang akan ambik peluang ni... Tapi PmX tak ada bersalah nak risau apa, tak perlu bimbang pun.....


Yusuf sebelum ni tak le orang kisah dan kenal pun tapi selepas PMX jadi PM ni lain sikit aura Yusuf ni.....sebab mudah sahaja masa tahun 98 boleh kata ada kezaliman politik terhadap beliau maka seluruh jentera kerajaan di gunakan untuk jatuhkan dia, dan masa itu Logik bila melihat pendakwa dan tuduhan terhadap dia... Tapi kes Yusuf ni berlaku ketika dia berkuasa... Tahun 2018 tu isteri dia TPM dan dia bakal PM... Jadi tak mungkin lah ada pula Tun Dr M dalam kes tersebut... Sekarang lagi lah pula dia PM



HANG JANGAN LA DOK PERLEKEH RAFIZI. HANG NI ZAMAN 98 TAK DAK LAGI... DIA BUKAN KOMAN PUNYA ORANG BAB DATA NI.DATA HANG MANA PULAK?


 

RAFIZI CERITA LAIN.... TU MASAALAHNYA.




 Menurut PM Anwar, beliau memberi ruang sehingga tamat tempoh cuti kepada kedua-dua menteri itu untuk menilai dan mempertimbangkan keputusan mereka.


#MalaysiaMADANI 

#Pemilihan2025





TAN SERI TERDEDAH


Zuwairi Mohd Yusof


 Setelah sekian lama, identiti Tan Seri yang didakwa terlibat dgn penyalahgunaan kuasa disembunyikan, hari ini nama Tan Seri itu didedahkan pada umum.. Tan Seri Abu Sahid Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tan Seri Juling..




PN BUKAN PERIKATAN NATIONAL TAPI..


 

APA MAKSUD WALAK UN


 

MESTI LA HAFNAN DAK PUN FADLI SAARRI....



 Disebabkan gas LPG 𝘁𝗼𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗴𝘂, PRU akan datang tukar kerajaan.


Ok, itu hak masing-masing. Tapi nak tanyalah. Kalau tukar kerajaan, nak ambil 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶?


Tukar kerajaan yang laksanakan arahan gas komersil ni kepada 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝗿 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁? Gila?


Arahan atau peraturan ni dibuat dalam tahun 2021. Masa tu, yang sekarang ni 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 macam nak rak, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁.


Lebai-lebai PAS, menyakau PN malah Wee Ka Siong sendiri yang 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶. Nak gantikan kerajaan sekarang dengan mereka? Bodoh ke apa? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



ISU TONG GAS... HATI HATI YANG OINDAH TONG.


 

HIDUP KERAS RAKYAT TERHIMPIT

 


Hidup ni 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀. Rakyat makin 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗺𝗽𝗶𝘁. Kos sara hidup 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁. Rakyat hidup dalam kesusahan. Begitulah kata lebai.





Tapi pelik, bila keluar filem Melayu, kutipannya cecah 𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁. Siapa yang tonton? Takkan la warga asing?


Miskin orang Melayu ni unik. Makin dia miskin makin rajin pula dia ke panggung. Gitu ke lebai dan walaun? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NI LA LEBAI PEGANG KUNCI SYURGA- DIA BELOM TAU LAGI MASA JADI MB DIA TUNAI KA TIDAK HAK RAKYAT NEGEEI DIA..


 

PENYOKONG ANWAR DAN KERAJAAN PERLU BERSOLIDARITI



 Meniti Senja

PENYOKONG ANWAR DAN KERAJAAN PERLU BERSOLIDARITI





Pihak pembangkang seperti sepakat menjadikan kes peribadi Yusoff Rawther sebagai senjata baru untuk menyerang Anwar Ibrhim. Semua mengambil peluang dengan kes Yusoff itu untuk menekan dan menganggu Anwar Ibrahim dan kerajaan.


Daripada OT One Hundred years hinggalah kepada parti agama, dan sekutunya dalam Perikatan Nasonal memainkan kes Yusoff itu menyalahkan perdana menteri.


Pembangkang mengambil kesempatan itu sebagai modal apabila mahkmah hari ini membebaskan Yusoff daripada dakwaan mengedar dadah dan memiliki pistol palsu. Dakwaaan itu merupakan kes peribadi budak itu tidak ada kena mengena dengan Anwar. 


Kerana pembangkang ketiadaan modal dan isu, maka kes Yusoff itu dikutip dan dijadikan isu. Si Yusoff ini adalah watak baru yang digunakan untuk berperanan sama dengan beberapa individu sebelum ini bagi menghina, menyerang dan menekan Anwar. Bagi Anwar kemunculan watak watak antoganis itu sudah kalih baginya.


Ikut logik kes dihadapi Yusoff itu tidak ada kena mengena dengan Anwar pun, tetapi demi untuk dijadikan senjata menyerang dan menekan Anwar dikaut juga. Ada yang mempersoalkan pihak polis dengan kes itu, tetapi tidak ada bukti yang Anwar ikut campur tangan. Politik Malaysia ini sangat dangkal dalam menjadikan sesuatu isu untuk kepentingan politik tanpa mempedulikan soal halal haram makruh dan mubah lagi. 


Apa yang berlaku itu perkara biasa dalam politik bangsa Malaysia ini. Bagi musuh-musuh Anwar dan mereka yang benci, cemburu dan tidak senang dengannya akan pergunakan dan mengambil peluang apa sahaja asalkan untuk memuaskan hati walaupun matlamat tidak kesampaian. Mereka sudah mengambil sunnah syaitan bersumpah akan berusaha menjahanamkan Anwar hingga ke hari kiamat. 


Cuma disini kita sedikit ralat dengan para pendokong Anwar maupun parti-parti yang besama kerajaan Madani seakan berdiam dalam melihat gelagat pembangkang ini. Tidak ada mana-mana individu tampil memberi komentar ataupun ulas balas terhadap apa yang dilakukan pembangkang itu. Kenapa?


Mungkin para penyokong Anwar (refromasi khasnya) termasuk penyokong kerajaan Madani perlu bersatu mengadakan suatu himpunan solidarti untuk membela Anwar daripada diserang membabi buta oleh pembangkang yang sanggup mengeksploitasikan kes termasuk kes Yusoff ini.  


Pembangkang kini sedang menjaja secara senyap menerusi grup whatsAap yang kerajaan akan tumbang dalam masa terdekat dan Yusoff dijadikan faktornya. Kes Yusoff itu dijual sebegitu rupa kononnya menyulitkan Anwar untuk terus berkuasa. 


Pembebasan Yusoff Rawther daripada pertuduhan dijadikan semangat dan momentum baharu kepada pembangkang dan mereka yang bencikan Anwar untuk melihat kerajaan Madani tumbang. Apakah ia logik atau tidak, tetapi itu sedang berlaku kini. 


Justeru adalah elok kalau ada pihak terentu mengambil inisiatif untuk mengadakan himpunan solidariti buat perdana menteri sekaligus menunjukkan sokongan kepada kerajaan.


Para penyokong tidak boleh berserah dan melihat kes Yusoff itu tidak ada kena mengena dengn kerajaan, kandatipun hakikatnya begitu, tetapi ia perlu ditangani juga kerana kes buak itu telah diambil kesempatan kejam oleh pembangkang. Pembangkang negara ini bukan haiwan liar yang oleh dijanakkan.


Membiarkan kebususukan itu meruap dan mengalir suatu tindakan yang tidak baik. Trims.



RAFIZI DEDAH APA YANG PATUT