ADA MAKLUMAT BAHAWA MP SABAH & SARAWAK AKAN SERTAI PAKATAN RAKYAT JIKA ABDULLAH TIDAK BERUNDUR



TV3 RENDAHKAN INTELEK RAKYAT

Sebagaimana diwar-warkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Yahya Sahri semalam, 13 April akan berlaku satu peristiwa besar.Sumber rapat dipercayai melaporkan, pada tarikh itu negara bakal dikuasai pembangkang (PR) apabila majoriti MP Sabah dan Sarawak sepakat menyeberangi PR jika Abdullah berdegil meletakkan jawatan parti. Ini sebagai tindak balas spontan dan hanya menunggu masa meletusnya peristiwa ini memandangkan Abdullah masih lagi angkuh dan berdegil melepaskan jawatannya. Barisan nasional yang hanya bergantung kepada komponen di Sabah dan Sarawak sahaja sekarang untuk berkuasa begitu cemas apabila dua Timbalan Menteri dari sana yang juga merupakan orang kuat parti bertindak menolak dan meletak jawatan dalam kabinet Barisan nasional.

Susulan itu, beliau terpaksa terbang ke sana untuk memujuk MP dan adun BN lain supaya kekal dalam pakatan Barisan nasionalSelain itu, Abdullah turut menjanjikan beberapa lagi jawatan penting dalam kabinet yang mungkin akan dirombak dalam masa sebulan dua ini. Tetapi memandangkan tidak mahu terpalit rasa malu, beliau tidak mampu merombak barisan kabinet yang lemah dalam tempoh terdekat. Dalam situasi ini, kata putus yang dijangka diperolehi daripada MP dan Abdullah adalah 13 April nanti. Barah di Sabah dan Sarawak sudah tiba di kemuncaknya, dan Ketua Menteri Sabah sendiri turut bengang dengan PM apabila kaum keluarganya sendiri diperbodohkan oleh Abdullah.Malah diberitakan, Pairin Kitingan yang memang popular sebagai pembangkang sebelum ini, akan mengikut jejak langkah adiknya Jefrey Kitingan dalam barisan PKR.Di Sarawak pula, tawaran lebih menarik daripada Anwar kepada barisan MP di sana dikhabarkan mengembirakan mereka. Walaupun begitu, semua MP yang ingin melompat ke PKR tidak ditawarkan atau dijanjikan wang ringgit sebagaimana digembar gemburkan.malahan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdullah sejak beberapa minggu lepas ialah menuduh Anwar atau pembangkang menawarkan ganjaran kewangan.


Selain itu ditengah keme;lut politik yang tidak menentu,UMNO masih lagi sibuk dengan usaha –usaha untuk melobi dan masih lagi dengan sikap lama mereka iaitu merebut jawatan. Jika inilah pimpinan yang ada dalam UMNo memang parti itu akan hancur dalam sedikit masa lagi.Kita sendiri boleh melihat dengan kenyataan yang pernah diberikan oleh beberapa muka lama dalam cabinet BN dengan berbagai kanyataan yang memperkecilkan kemampuan Pakatan Rakyat.
Sementara mereka sibuk dengan perebutan jawatan, adalah elok jika kita sibuk memperbetulkan dan menguatkan Pakatan Rakyat demi Rakyat Untuk Rakyat,dan suburlah demokrasi dalam Negara.

AKHBAR SENDIRI,SIARAN TV SENDIRI, DAN JUGA RADIO SENDIRI.TAK MUSTAHIL BUKAN???

Pakatan Rakyat akan terbit akhbar sendiri


Diharap pihak Pejabat-pejabat MB Kedah, Selangor, Perak dan P.Pinang MENGHARAMKAN terus Konsert Jom Heboh kelolaan TV3 yang sedang dipromosikan sekarang yang terang-terang menggalakkan maksiat. –


TV3 Rendahkan Daya Intelek Rakyat


Intan Abdullah Thu Apr 03, 08 5:43:22 pm MYT


KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan KeADILan akan memohon menerbitkan akhbar mereka sendiri.
Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua berkata pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan wakil-wakil parti lain untuk membuka lebih ruang kepada penerbitan supaya rakyat mendapat maklumat dengan lebih seimbang.

"Ia merupakan inisiatif pihak Pakatan Rakyat memandangkan sekatan yang dibuat pihak kerajaan Umno-BN menerusi liputan media yang tidak adil dan menyalahi fakta yang sebenarnya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ketika ditanya mengenai bila ia akan dilancarkan, Tian menyatakan bahawa meskipun ianya masih dibincangkan tetapi Pakatan Rakyat mensasarkan penerbitannya akan dilaksanakan secepat mungkin.

WebTV PAS
S1 - Melewar / KL
S2 - Terengganu
S3 - Tambahan
S4 - KTV
S5 - MPPAS

"Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi lagi, tetapi kita mahu secepat mungkin," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu itu juga merancang untuk memohon permit bagi mewujudkan media mereka sendiri.

WTV8
TVPAS
TKO.tv


"Selain itu, kita juga akan turut membincangkan mengenai permohonan bagi saluran televisyen dan radio bagi membolehkan kita menyalurkan maklumat dan aktiviti yang dijalankan secara telus dan terus kepada rakyat, selain merujuk kepada media arus perdana," katanya lagi.
Berdasarkan laporan Oriental Daily 1 April lalu, Pakatan Rakyat juga sedang merancang untuk memperuntukkan dana tertentu untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri.
Katanya, terdapat kemungkinan sesebuah Kerajaan negeri untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana syarikat media untuk mengeluarkan akhbar Pakatan Rakyat sekiranya ia tidak bercanggah dengan undang-undang.

KEADILAN TV.COM

Keadilan TV
Keadilan TV. Blog. About. Temubual Eksklusif Bersama Menteri Besar Selangor ... KeADILan TV (rss) (1) Keganasan Polis (rss) (3) ...keadilantv.wordpress.com - 67k - Cached



Menurut undang-undang yang ada, individu dan mana-mana organisasi tidak perlu kepada permit pengeluaran mahupun lesen penerbitan sekiranya mereka mencetak akhbar atau majalah untuk kerajaan negeri.

Katanya, tujuan utama pengiktirafan akhbar alternatif itu adalah untuk memecahkan monopoli media arus perdana yang didakwa berat sebelah dalam membuat laporan kepada umum.

Namun usaha ini juga harus diteruskan kerana WEBTV PAS telah lama berusaha untuk membuat perkara ini dengan kebih elok dan terbaik. Misalnya WEBTV PAS telah wujud sejak tahun 199 lagi, dan usaha ini harus diteruskan dengan lebih rancak dan licin.

Selain itu dengan wujudnya web tv dan akhbar harian kerajaan negeriakan memudahkan rakyat mendapat maklumat terutamanya dikawasan pedalaman.maka dengan ini, ianya akan memudahkan pihak Pakatan rakyat untuk menafikan fitnah dari barisan Nasional selain capaian kepada blog-blog alternatif.

ANWAR AKAN KETUAI PAKATAN RAKYAT-LAWAN TETAP LAWAN.LAWAN SAMPAI MENANG

Anwar dijangka kepalai Pakatan Rakyat?
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Apr 03, 08 8:27:59 am MYT
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan KLpost.com dijangka akan menerajui Pakatan Rakyat yang dibentuk hasil gabungan KeADILan, PAS dan DAP dalam masa yang terdekat. -->-->
Laporan itu menyebut sumber sebagai berkaya, Anwar akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat selepas dibenarkan memegang jawatan politik bermula 15 April ini.
Pemilihan Anwar berdasarkan ketokohan beliau selain daripada kedudukan beliau kini yang tidak memegang jawatan rasmi dalam mana-mana parti politik, kata sumber.
Kata laporan itu, ini bermakna Anwar tidak akan memimpin KeADILan yang diterajui Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebaliknya terus memimpin gabungan parti-parti yang membentuk Pakatan Rakyat.
Dr Wan Azizah akan terus menerajui KeADILan, begitu juga Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata sumber.
Pemilihan Anwar juga diharap dalam meredakan kebimbangan utama ahli-ahli parti yang menyertai gabungan tersebut mengenai siapakah yang akan dipilih menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan persetujuan ketiga-tiga parti itu membentuk Pakatan Rakyat, berkata ia bagi menggambarkan kerjasama ketiga-tiga parti itu terutama di lima negeri yang kini dikuasai mereka.
Dalan kenyataannya, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.
Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata Anwar.
Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.
Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.
Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.
Sementara itu, Bernama pula melaporkan, PAS yakin mampu menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang melibatkan parti itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, walaupun mereka mempunyai ideologi yang berbeza, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yaacob.
"Memang ideologi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat tidak sama, tetapi kita yakin masih ada ruang yang mampu mewujudkan persefahaman bagi memastikan Pakatan Rakyat ini dapat dilaksanakan," katanya.
Ahmad berkata tidak timbul halangan untuk PAS mewujudkan kerajaan Islam walaupun Pakatan Rakyat itu turut dianggotai oleh parti bukan Islam.
"Tiada halangan untuk PAS wujudkan kerajaan Islam kerana Islam tidak akan mengabaikan mana-mana pihak, apa yang penting ialah kita saling memahami dan sekaligus menjadikan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional," katanya.