ZAHID HAMIDI KATA UMNO SELAMATKAN NEGARA DARI KEGAGALAN? BETULKAH?



Zahid hamidi kata, kegagalan kjaan PH  selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan (rampas mandat rakyat).  


Ok, lepas kamu campurtangan, berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu?  Ternyata gagal.  Bukan kami saja kata gagal, bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal.  Ertinya apa?  Ertinya, kebodohan kamu telah membantu kerajaan gagal yg telah memusnahkan negara ini.  Umno terlibat dlm kerajaan gagal, itu faktanya.


Kemudian, kamu jatuhkan kerajaan gagal PN kerana kononnya kamu mahu jadi kerajaan yg lebih baik.  Kamu angkat Naib Presiden Umno Ismail Sabri jadi PM ganti Mahiadin.  Apa yg terjadi?


Ismail Sabri jadi PM dengan hanya ada kekuatan majoriti 3-4 orang saja MP yg sokong dia.  Mahu tidak mahu, dia kena lantik jemaah menteri dari kalangan "orang-orang gagal" untuk dia jadi berjaya.  Lojikkah?  Sekali lagi Umno buat kerja bodoh dan perjudikan nasib rakyat.  


Umpama meletakkan orang yg ada virus Covid19 ke dalam satu rumah untuk mengelakkan seisi keluarga dalam rumah tersebut terkena covid19.  Kalau tidak bodoh, kita mahu sebut apa? 


Rakyat boleh menimbang dengan akal fikiran, jika pun ada kelemahan sedikit sebanyak di bawah kjaan PH, maklumlah baru bentuk kerajaan 22 bulan, namun ianya jauh lebih baik berbanding di bawah kerajaan gagal PN dulu dan PN 2.0 sekarang.  Di bawah kerajaan PH, ekonomi masih rancak berjalan, sistem pendidikan tidak tergugat, pengangguran tidak bertambah, pelaburan masih kekal dan tiada pelabur yang lari, keselamatan negara terkawal, rakyat boleh ke sana sini dan bertemu keluarga, harga barang dikawal dengan baik, wabak Covid19 dikawal dengan baik tanpa sebarang kes kematian dan banyak lagi yg tidak menyusahkan rakyat seperti sekarang.


Zahid agaknya berfikiran bahawa kerajaan yang baik itu adalah kerajaan yang boleh selesaikan masalah beliau dan pemimpin2 umno dalam kes mereka di mahkamah, bukannya menyelesaikan masalah rakyat.  Jika itu penilaiannya, memang kerajaan PH tidak mampu berbuat demikian.


WFAUZDIN NS



TOK IMAM JENIS MALAS FIKIR..NAK MAJU MACAMANA UNAT ISLAM.


Hamzah Rie Na


 Pengerusi2 masjid serta para tok Imam di Malaysia perhaps you all should learn from negara pap saudara kpd dap ni.


Singapore boleh lakukan kenapa tidak Malaysia? Sepatutnya Malaysia lebih kehadapan didalam bab2 ini. Yer lahhhh Malaysia kan ada pejuang agama umno dan pas sekarang Bersatu juga.


Tak kan pejuang agama Tak boleh buat. Betul tak? Atau kalian hanya beretorik juga mcm selalu?


Buka semula sekolah: Langkah wajar utamakan keselamatan pelajar, kata NUTP

 

NUTP berharap semua guru akan terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Kementerian Pendidikan susulan pengumuman berhubung pembukaan semula sekolah mulai bulan depan.

PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan keputusan membuka semula sekolah mengikut fasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada bulan depan amat wajar kerana Kementerian Pendidikan (KPM) mengutamakan keselamatan pelajar.

Setiausaha Agungnya, Wang Heng Suan berkata, tindakan itu juga memperlihatkan KPM berusaha sebaik mungkin bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah ketika sekolah dibuka secara menyeluruh kelak.

Katanya, sebelum pengumuman rasmi berkenaan, NUTP turut terlibat dalam libat urus bersama menteri dan kumpulan pakar.

“Dalam sesi berkenaan, NUTP mengemukakan empat cadangan, antaranya akan bekerjasama dengan KPM untuk memberi nasihat kepada 2,500 guru yang tidak mahu menerima suntikan vaksin secara usaha sama (JV) dengan doktor pakar daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

“Garis panduan serta tugas kepada guru dan murid yang tidak mahu menerima vaksin apabila pembukaan semula sekolah bermula, serta pengetua, guru besar dan sekolah diberi kelonggaran mengikut kebijaksanaan mereka menguruskan proses penutupan sekolah sesi 2021 dan juga menentukan persiapan sesi pembukaan sekolah sesi 2022,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya, latihan pedagogi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang menyebabkan guru menghadapi tekanan, perlu diberi keutamaan KPM.

Beliau berkata, NUTP turut mencadangkan semua jenis penilaian kajian serta pelaporan seperti TS25 ditangguhkan.

“Semua cadangan itu disambut baik Menteri. Oleh itu, NUTP berharap guru turut memberi kepercayaan dan sokongan kepada Menteri dan KPM.”

Terdahulu, Radzi mengumumkan sekolah di negeri bawah Fasa 1 PPN dan kebanyakan sekolah di Fasa 2 kekal ditutup, manakala Fasa 3 dan 4 dibuka mengikut jadual pada 3 Okt ini.

Katanya, pembukaan semula sekolah akan menggunakan kaedah penggiliran secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid ditetapkan pada kadar 50% daripada jumlah keseluruhan.

Ini bermakna, setiap kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu secara bersemuka serta PdPR mengikut giliran setiap minggu.

KAH..KAH...LAGI KAU CAKAP BANYAK LAGI KAU KENA HENTAM LA IMAM OIIII

 


MOHD ASRI ABU BAKAR


Semalam dia jugak yang cakap..."VVIP tu dah daftar awal". Bila di minta untuk

 tunjukkan buku log pendaftaran jemaah Jumaat, dia bertaqiyyah pulak dan lain

 pulak jawapannya hari ni. Nampak sangat, dia masih hendak mempertahankan

 VVIP tersebut dan masih hendak menegakkan amalan DISKRIMINASI terhadap

 rakyat marhaen yg kini di amalkan oleh Masjid Putrajaya. Imam oiiii, yang

 banyak beri sedekah di Masjid ko tu, orang-orang  biasa jer lah. VVIP semua tu,

 depa hanya bagi HADIAH PERIBADI kat korang, kan?.


May be an image of 1 person and text that says "VIP ada hak kuota 10%, saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf- Imam Besar Masjid Putrajaya Buletin TTKM 2 hours ago"


IMAM KAKI FB RUPANYA

 May be an image of 1 person and text that says "VIP ada hak kuota 10%, saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf- Imam Besar Masjid Putrajaya Buletin TTKM 2 hours ago"“Saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya – Trending Sangat

AZMIN VS UMNO. TANDA2 ORANG MUNAFIK!!

SEMOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU...YANG LAIN NAK IKUT JEJAK ALMARHUM KELAUT SAHAJA.


May be an image of 2 people, including Kak Nab and text that says "Satu-satunya VVIP yg tak pernah potong barisan. Moga Allah merahmati beliau. By-UKMB/www.kelantantv.my"

Satu-satunya VVIP yang tak pernah potong barisan. Kalau dia ke masjid pun, kalau dia lewat, dia akan duduk di luar. Pemimpin begini sukar dicari.

Lebai sekarang? Huh ..jauh api dari panggang. Jawatan dan kuasa yg bukan hak atau milik mereka pun mereka rembat. Sanggup bersekongkol dgn puak pengkhianat, kleptokrasi, semburit dan kluster mahkamah, asalkan dapat kuasa dan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa kerajaan yg mereka sertai itu adalah kerajaan yg wujud hasil dari khianat mandat rakyat. Mereka tahu, tapi habuan dunia membutakan mata dan hati perut mereka.

Semoga Allah merahmatinya Almarhum Tok Guru Nik Aziz.

WFAUZDIN NS

 

DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

 

DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI

Baik.

Agong titah agar kurangkan kehangatan politik, semua parti perlu bersama bantu kerajaan atasi pandemik Covid, termasuk Pembangkang. Maka, PM pun mahu Pembangkang turut serta bantu mereka. PH pun akur titah Agong, sebab itu pimpinan PH hadir bertemu dengan PM. Matlamat PH untuk bertemu dengan PM bukan soal kuasa atau jawatan tetapi soal bagaimana kjaan harus bertindak untuk atasi masalah negara sekarang. Oleh sebab itulah, PH meletakkan syarat kepada kjaan jika kjaan ikhlas mahu Pembangkang bantu mereka. Syaratnya mudah, jangan ulangi kegagalan kjaan Mahiadin dan penuhi hasrat rakyat. Persoalannya, apakah dengan melantik beberapa bekas menteri dalam kerajaan gagal itu boleh membantu mengatasi masalah negara? Apakah dengan melepaskan beberapa kes mahkamah boleh mengatasi masalah negara?

Jangan mereka lupa, Agong bukan sahaja bertitah agar jangan wujudkan kehangatan politik. Baginda juga bertitah agar PM yang baru dilantik perlu absahkan sokongan terhadapnya di Parlimen yang akan bersidang beberapa hari lagi. PM mesti absahkan bahawa beliau memang memiliki 114 sokongan MP yang menyokongnya. Sukarkah untuk melakukannya?

Kuasa di tangan PM untuk melakukannya. Hanya kekuatan dan keberanian politik sahaja boleh membantu beliau. Jika tidak, tiada bezanya beliau dengan kerajaan Mahiadin yang gagal itu.

WFAUZDIN NS

 

Covid-19: 592 kematian, backlog ditutup dengan backlog

 

Covid-19: 592 kematian, backlog ditutup dengan backlog


1- Semalam punya tunggu data kematian dan laporan harian Covid-19, Tapi tak mucul muncul.. Rupanya dilaporkan tengah malam 592 Kematian, Memang pada anggapan aku data 592 itu tidak Realistik.. Jadi ia juga bermakna, kemungkinan suatu ketika Lembah Klang pernah berlaku lonjakan kematian mungkin hampir 1 ribu sehari..

2- Sebenanrya keganjilan ini bukan perkara baru, telah dibangkitkan MP Pelabuhan Klang pun sebelum ini pada penghujung ogos.. bagi kematian akibat Covid-19 di daerah Klang antara 16 Julai hingga 10 Ogos ialah seramai 266 orang…tetap laporan JAIS, tetapi NGO yang dilantik Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi menguruskan jenazah mangsa Covid-19 menunjukkan sejumlah 448 orang dikebumikan di daerah Klang bagi tempoh sama..

3- Itu sebab sejak awal Pengurusan, Pegawai yg terlibat di HTAR ni bagi aku tak berguna.. Bila suatu ketika HTAR tidak terkawal.. Lepas lawatan Mahaiddin, Depa keluarkan laporan kata ianya terkawal.. Atas sikap ini sebabkan ramai yang mati disebabkan tak mahu mengakui kelemahan sistem Kesihatan oleh anggota Kerajaan sendiri..

4- Tapi dari data terperinci semalam, Kemungkinan hanya data kematian di Selangor tunjukkan Keganjilan, Selangor catatkan 367 Kematian.. Kebiasaan aku lihat hanya sekitar 80-100..Pada aku kemungkinan Backlog itu melibatkan Selangor..Bukan keseluruhan Kes.. Tetapi depa sengaja tidak asing kan nak sedapkan kes kematian hanya 100 kes..

5- Mungkin Selangor semalam hanya catatkan 100 Kematian..Sebenarnya tetap tinggi, Apapun aku punya bacaan , Kerajaan terdesak nak tunjukkan yang Lembah Klang dari proses Becksinasi telah berjaya landaikan kes dan Kematian di Lembah Klang, sama seperti depa berbangga, ICU dan alat pernafasan kosong sedangkan ramai dikuarantin dirumah.. Jadi nak backlog kejayaan Beksinasi lah..

6- tu sebabnya bukan hanya data Kematian, Aku lihat dta ICU pun ada yg ganjil..Kelmarin ada Pertambahan lebih 400 kes dalam sehari.. Tapi itulah Kerajaan hari ini.. Backlog cuba ditutup dengan Backlog..Apa salah asingkan data.. Apa perlu mengelirukan orang dengan dciampurkan data harian hari ini…

7- Sebenarna laporan KKM hari ini bagi aku jauh lebih mengelirukan.. Kenapa tak kekalkan kebiasaan laporan di Page KKM.. Kenapa tidak asingkan data Backlog.. Nampaknya mereka cuma kelirukan kita sebagaimana keliru, Hospital ,PKRC kosong.. Kes kritikal kurang akibat dari dasar kuarantin di rumah.. Hampir 80% dari 220 ribu pesakit aktif dikuarantin dirumah..

8- Itu juga yang berlaku masa Lockdown mula dilaksanakan.. ada cubaan menurunkan saringan untuk nampak tindakan lockdown berjaya landaikan kes, padehal tempoh itu sesuai untuk lakukan saringan besar besaran bagi memutuskan rantaian.. dan akhirnya, Bila cuba tunjukkan kes melandai, Berlaku lonjakan seperti hari ini bermula julai dan selepas perlaksanaan PKPD..

9- Bagi aku.. Semua kematian,Kes yang teruk ini berpunca dari dasar Kerajaan sendiri.. Termasuk Beksinasi yang dilakukan secara tidak teratur dan bersifat Mega sebabkan perkumpulan orang awam dan sebaran wabak.. Jadi kerajaan hari ini bukan saja gagal..Bagi aku Kerajaan ini pun, Kerajaan Backlog atau Goblok…. 🙂

Ipohmali

DIA BUKAN TAHU MALU...SURUH RAKYAT PANGGE DIA BODO PUN DIA TAK KISAH PUN

 

Dap kata Muhyiddin tak rasa malu ke undi Mat Maslan sebagai Timbalan Speaker


Dap kata Muhyiddin tak rasa malu ke undi Mat Maslan sebagai Timbalan Speaker


Sesuatu yang amat memalukan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli-ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengundi Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, kata Howard Lee.

Ketua DAPSY Kebangsaan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Ahli Parlimen wajib untuk tidak mengundi Ahmad Maslan bagi mempertahankan martabat parlimen.

“Jangan kita lupa, ikrar pada jam-jam akhir Muhyiddin Yassin adalah untuk tidak akan bekerjasama dan menyokong individu terkait dengan ‘kluster mahkamah"

“Ahli Parlimen Pontian itu, yang cukup dikenali dengan pelbagai keletah, telahpun didakwa di mahkamah kerana memberikan maklumat palsu kepada SPRM.

“Beliau turut didakwa bersabit tuduhan AMLA selepas menerima sebanyak RM2 juta daripada Najib Razak dan bakal menjalani perbicaraan di mahkamah mulai 7 Jun 2022,” ujarnya.

Tambah Howard yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, adalah lebih baik segala kudrat, masa dan tenaga beliau ditumpukan untuk menjawab pertuduhan tersebut kelak.

“Atas sebab tersebut, adalah lebih baik untuk beliau tidak dipertanggungjawabkan dengan bebanan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Saya turut menggesa supaya Ahli-ahli Parlimen untuk tidak mengundi mana-mana pemimpin ‘kluster mahkamah’ kerana ia akan menambah kerosakan yang telah sedia berlaku sekarang di bawah pimpinan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Kita tidak boleh membiarkan pimpinan yang tidak bersih untuk mencalarkan nama baik institusi tersebut,” tambah beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji itu pada masa sama memohon agar kesemua 220 Ahli-ahli Parlimen untuk mengundi berdasarkan hati nurani masing-masing.

“Martabat, integriti dan reputasi Dewan Rakyat sebagai asas kepada sistem demokrasi kita tidak boleh dikotori dan dicemari apabila kerusi penting tersebut diduduki oleh seseorang yang masih belum dibersihkan oleh mahkamah,” jelasnya lagi.

KAH..KAH..KAH..UMNO KENA MAIN DENGAN PAS...KAN DAH KATA..PAS MAIN DUA KOLAM .

 

Panas! Umno gesa Pas berterus terang, jangan ‘main dua kolam’



Panas! Umno gesa Pas berterus terang, jangan ‘main dua kolam’


UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya Pas membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, saranan itu wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada pilihan raya itu jika MN dan PN membuat keputusan meletakkan calon bertanding di kawasan pilihan raya yang sama.

“Di Pahang, sepertimana diperakui Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu, pilihannya ialah MN bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, MN juga telah diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini.

“Saya berharap, Pas Pusat dapat membuat pendiriannya seperti saranan Mohamad bagi mengelak kekeliruan dan syak wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO malah saya percaya juga dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas,” katanya.

Pada Sabtu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu menjelaskan pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

Jelasnya, Pas perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU15 termasuk pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyatakan keputusan serta pendirian jika mahu bersama UMNO.

[LANGSUNG] Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan

KAH..KAH..IMAM MASJID PUTRAJAYA PUN BENGGONG JUGA

 


HAMDAN TAHA


May be an image of one or more people and text that says "Imam Masjid Putra 'perli' jemaah asar 12 orang saja September 11, 2021 6:30 pm Ikmal Zaidi Hashim 1h Nak beritahu... Solat Asar berjemaah semalam ada 12 orang je"


HAMDAN TAHA


Imam masjid putra jaya akhirnya post kat media sosial dia sebut waktu asar solat kat masjid putra jaya 12 orang sahaja katanya...semalam

Saya yakin dia menulis ayat ini untuk menjawap tersebarnya kisah tak boleh masuk solat jumaat di masjid mereka jumaat baru baru ini...

Pertama sebelum adanya covid solat asar dan zohor tetap ramai juga di masjid putra jaya cuma sekarang dah tinggal 12 orang,antara sebabnya itulah dia bila masjid di tutup terlalu lama sangat bukan sebulan dua tapi main tahun,jadi jika tinggal 12 orang ini bahayanya bila masjid di tutup....imam ini sepatutnya kena faham dan amat faham dia tak perlu keluar ayat memerli sebegini....ke dua dia sebagai imam tangungjawap dia lah bagaimana nak ramai kan semula jemaah solat waktu....bukan perli....

Ke tiga dia tak boleh nak samakan solat asar dan jumaat,solat asar pada hari saptu yang putra jaya tak ada pejabat yang buka dah tentu jumlahnya tak ramai...yang tinggal di rumah boleh solat di rumah atau surau berhampiran,tak dia tak fahamkan....ke tiga solat jumaat adalah solat yang wajib berjemaah di masjid atau tempat yang di khaskan untuk solat jumaat....solat asar tak perlu....tepi jalan pun sah....tengah jalan pun sah jika jalan tu tak ada kereta lalu...atas air terjun macam pemuda pas buat pun sah....atas bumbung pun sah....di mana mana saja boleh solat....

Jadi imam kena berhati imam dan berhati mulia...jangam perli perli takut nanti orang perli pada kamu....apa kamu buat sebagai imam yang ada gaji bulanan tapi jemaah kamu 12 orang....mana usaha dakwah kamu...tidur je ke ? Apa macam

 

Momokan ‘No Anwar, No DAP’ tak lagi relevan, kata ahli MKT Umno

 

Puad Zarkashi berkata, dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat, permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat.

PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata persetujuan Pakatan Harapan (PH) untuk menandatangani perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bermakna slogan “No Anwar No DAP” sudah tidak lagi relevan.

Puad Zarkashi berkata, dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat, permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat.

“Pada yang terkedu sudah tentu cuba menegak benang basah. Mereka akan kata, tidak sama kerana DAP dan PKR tidak diberi sebarang jawatan eksekutif dalam kerajaan.

“Tidak ada bezanya. Tidak ada jawatan menteri pun, kalau semua kehendak PH diterima dan menjadi dasar kerajaan, maka itu sudah lebih dari cukup,” katanya dalam kenyataan.

Puad mendakwa, PH dikatakan menolak untuk bersama dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin.

“Mereka tidak mahu duduk di bawah Muhyiddin yang mereka tolak sampai terpaksa letak jawatan. Mereka menuntut ditubuh jawatankuasa pemantau terhadap MPN.

“Maksudnya, PH mengawal keberkesanan MPN. Dengan kata lain parti menguasai kerajaan boleh dibuat dengan berbagai cara,” katanya.

Hasil daripada CSA berkenaan, Puad berkata PH akan “kenduri besar” kerana mendapat peruntukan dan kemudahan lain sama seperti Ahli Parlimen kerajaan.

“Dalam masa sama, ‘No Anwar, No DAP’ akan dilupakan,” katanya.

Slogan “No Anwar, No DAP” bergema dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) pada Mac lalu apabila Presiden Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti untuk menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam perhimpunan berkenaan, Umno turut menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu selepas Parlimen dibubarkan.

Semalam, Majlis Presiden PH mengumumkan bahawa gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail.

PH berkata memorandum persefahaman itu adalah susulan kepada pertemuan yang diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu.

PH berkata pertemuan turut diadakan semalam di antara wakil PH dan wakil perdana menteri.

Wakil perdana menteri terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala wakil PH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

“Pertemuan semalam membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19,” menurut kenyataan berkenaan.

KEH..KEH....WOIIII BMF JOM BELI BARANG MURAH ....KEMPEN NI DULU ADA PARTI LELONG AGAMA YANG LANCAR DULU NIH...YEHAAAA

 

Rakyat makin merana! Ayam naik 5 kali dalam tempoh seminggu



Rakyat makin merana! Ayam naik 5 kali dalam tempoh seminggu



Peniaga di sini mendakwa kenaikan harga ayam sudah berlaku lima kali sepanjang minggu ini daripada RM8 kepada RM10.70 sekilogram.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kuantan mendapati pengguna juga terkejut apabila harga ayam menunjukkan peningkatan ketara berbanding pada Khamis iaitu sekitar RM10.30 sekilogram.

Suasana di sekitar tempat penjualan ayam juga lenggang tanpa kehadiran pengguna dan peniaga mendakwa kemungkinan pengguna terkejut dengan kenaikan harga barangan basah itu secara mendadak.

Peniaga ayam, Azizah Omar, 33, mengakui tidak dapat menjual harga ayam bawah RM10 bagi setiap kilogram kerana mendapatkan bekalkan daripada pembekal pada harga tinggi.

Menurutnya, peniaga tiada pilihan dan terpaksa menjual pada harga tinggi serta menjangkakan aktiviti penjualan merosot berbanding sebelum ini.

“Kita terpaksa jual pada harga lebih RM10 sekilogram sebab harga dari pembekal sudah tinggi. Kita tahu pengguna terkejut sebab kenaikan mendadak dalam tempoh tidak sampai seminggu.

“Kenaikan ini antara paling tinggi dan kemungkinan harga ayam boleh mencecah RM11 sekilogram jika trend kenaikan di peringkat pembekal terus berlaku,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kuantan pada Sabtu.

Azizah berkata, ada dalam kalangan pengguna tidak mahu membeli selepas melihat harga yang terlampau tinggi.

“Kebanyakan pengguna bertanya kenapa kenaikan ini berlaku dan kita akan terangkan kepada mereka.

“Kadangkala ada pengguna faham dan mereka tidak kisah membeli walaupun ayam dijual pada harga mahal, tetapi ada juga yang tidak mahu membeli beralih kepada daging serta ikan,” katanya.

Seorang lagi peniaga ayam, Wan Zaleha Wan Ahmad, 32, berkata, isu kenaikan harga ayam berlaku setiap tahun dan sudah memahami situasi tersebut.

Jelasnya, pihaknya diberitahu bahawa penternak dan pengeluar terpaksa menampung kos kenaikan harga dedak, anak ayam dan sumber tenaga pekerja asing.

Tambahnya, faktor itu dikatakan menjadi punca kenaikan harga ayam sejak seminggu lalu.

“Terus terang saya cakap setiap tahun peniaga ayam berdepan dengan isu sama. Kalau kita lihat banyak faktor kenaikan kesan daripada pembekal dan peladang.

“Jadi, bila harga naik, bukan peniaga sahaja terkesan, pengguna pun sama,” ujarnya.

Sementara itu, suri rumah, Maslinda Abdul Rahman, 51, mengakui terkejut apabila mendapati kenaikan harga ayam itu tidak munasabah.

Menurutnya, isu kenaikan harga ayam itu perlu ditangani kerajaan bagi memastikan harganya kembali stabil.

“Saya harap kerajaan melalui Kementerian perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan pemantauan kenaikan harga ayam ini.

“Sebaiknya harga ayam dapat dikawal seperti biasa yang dilakukan setiap kali musim perayaan,” katanya.

Sementara itu, Nor Salasiah Mohamad Nor, 35, berkata, kenaikan harga barangan basah itu memberi kesan ketika berdepan dengan pendapatan tidak menentu.

“Ini harga ayam paling tinggi, sebelum ini tidak pernah cecah harga lebih RM10 sekilogram.

“Saya terpaksa beli juga sebab anak-anak suka makan ayam. Tapi kalau harga ayam ini makin naik, saya terpaksa beralih kepada ikan yang lebih murah,” katanya.

RUPANYA LEVEL PARA LEBAI NI HAMPIR SAMA JUGA....ANTARANYA MOPTI SERBA TAHU...DAN YANG INI PUN SAMA JUGA PIKIRNYA.

 

Hamzah Rie Na




Hakak bukan nk tunjuk pandai sangat agama.. Syarat sah solat asar punya bilangan jemaah dengan solat Jumaat punya bilangan jemaah sama ke?? Kalau da solat Jumaat pun x bagi masuk, nk suro org beratur jugak tgk VVIP masuk masjid ke waktu asar tu??


 #hakaktanyaje 😌😏

MAHU COMEBACK ? ADAKAH MAHIADDIN SEDAR SIAPA DIRINYA.

 

Dua hari lalu Mahiaddin Md Yasin melontarkan keyakinan Perikatan Nasional atau PN mampu melakukan comeback atau kemunculan semula dalam PRU akan datang.

Untuk itu, tegasnya lagi, beliau akan terus mengetuai PN dalam PRU15 nanti.

“Pada masa itu, PN dan saya sebagai pengerusinya akan mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“Insya-Allah, dengan izin Allah dan sokongan rakyat, we will make a comeback,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun kelima Bersatu.

Setentak itu, Mahiaddin menggesa semua anggota Bersatu untuk melakukan persiapan dan menumpukan usaha untuk memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Sebenarnya ini adalah kali kedua Mahiaddin bercakap tentang kemunculan semulanya dalam politiik selepas meletak jawatan, baru-baru ini.

Sebelum ini, dalam temubual dengan pengarang media sehari selepas meletak jawatan, beliau tidak menolak kemungkinan akan kembali memegang jawatan ketua kerajaan yang dilepaskannya itu.

“Kita tunggu,” katanya ringkas.

Beberapa persoalan mungkin berbangkit di sebalik hasrat Mahiaddin itu, antaranya:-

Pertama, masih adakah rakyat yang mahukan Mahiaddin jadi Perdana Menteri sekali lagi?

Jika rata-rata rakyat menolak, bahkan mengecam kegagalannya sebelum ini, bagaimana beliau mahu membuat comeback itu?

Tambahan lagi, kalau dulu beliau memimpin sebuah kerajaan yang gagal, apakah jaminan beliau tidak gagal kiranya diberi tanggungjawab mengurus kerajaan sekali lagi?

Kedua, Mahiaddin mahu bergabung dengan siapa untuk membolehkan PN kembali berkuasa dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri?

Di sebalik UMNO sudah menetapkan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, tidakkah dengan hasrat untuk comeback itu akan membuatkan UMNO lebih menolak PN kerana jika wujud kerjasama, ia hanya akan memberi laluan kepada tercapainya apa yang dihasratkan Mahiaddin itu?

Ketiga, oleh kerana sebelum ini Mahiaddin sendiri mengatakan pihaknya menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai penggantinya, adakah sekarang bermakna beliau mahu merampas semula jawatan itu?

Ismail Sabri mungkin ada sedikit rasa terhutang budi kepada Mahiaddin lantaran melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri, namun apakah Naib Presiden UMNO itu mahu berdiam diri saja bila ada orang mahu merampas jawatannya?

Keempat, dengan begitu pantas ada cita-cita untuk membuat comeback, apakah Mahiaddin merasakan dirinya jauh lebih hebat daripada Tun Mahathir Mohamad yang selepas bersara pada 2003 dulu tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan ingin melakukan kemunculan semula, kecuali membuat keputusan kembali semula kerana didorong oleh beberapa perkembangan politik dalam negara kemudiannya?

Hebat sangatkah Mahiaddin yang hanya berpeluang 17 bulan memegang jawatan Perdana Menteri berbanding Tun Mahathir selama 22 tahun pada kali pertama dan 22 bulan kali kedua?

Akhirnya, sedar dirikah Mahiaddin tentang dirinya bila dia bercakap tentang comeback itu? – ShahbudinHusin 12/09/2021.



TSMY Sudah Mula Bergaduh Dengan Kluster Mahkamah?

Pembukaan Parlimen 13 Sept, sidang pertama kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri

 

Bernama
Pembukaan Parlimen 13 Sept, sidang pertama kerajaan pimpinan PM Ismail Sabri
Antara yang bakal menjadi tumpuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula esok, ialah kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Persidangan yang diadakan dua hari selepas sambutan ulang tahun ke-62 Parlimen itu, dijadual menumpukan isu pemulihan negara susulan penularan pandemik COVID-19 serta pakej-pakej bantuan yang disediakan untuk kelangsungan hidup rakyat.
Mesyuarat 17 hari sehingga 12 Okt itu, selepas suhu politik kembali reda dengan penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Ismail Sabri, juga bakal menyaksikan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan.
Setakat ini dua nama disebut-sebut bakal dicalonkan iaitu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan calon blok kerajaan dan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming calon Pakatan Harapan (PH).
Jika dua nama itu dicalonkan, persidangan dewan pada Selasa, sehari selepas perasmian, akan menyaksikan pengundikan dalam kalangan 220 Ahli Parlimen bagi memilih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mengesahkan proses pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Selasa.
"Sekiranya ada lebih dari satu nama, undi belah bahagian akan dijalankan bagi memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Setakat ini kita ada terima nama kerana mereka perlu mengemukakan nama calon 14 hari sebelum tarikh pengundian diadakan," katanya kepada Bernama.
Selain itu, tumpuan juga kepada kemungkinan usul berkaitan keabsahan Perdana Menteri dibawa pada sidang kali ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata tiada keperluan untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan pelantikannya.
Menurut Wan Junaidi, ia memandangkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong dan justeru itu pelantikan Ismail Sabri adalah mengikut lunas undang-undang.
Menurut takwim mesyuarat Dewan Rakyat yang dimuat naik dalam laman web rasmi Parlimen Malaysia, selain usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, turut disenaraikan adalah pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tempoh 2021-2025 oleh kerajaan, yang dijadual pada 27 Sept.
Ahli-ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja selama empat hari mulai 14 Sept, sebelum sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 22 dan 23 Sept, menurut takwim itu.
Sesi perbahasan RMK12 pula akan bermula pada 28 Sept hingga 4 Okt, sebelum jawapan oleh menteri-menteri berkaitan.
Dua hari terakhir mesyuarat kali ini iaitu pada 11 dan 12 Okt pula isi dengan rang undang-undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat, akan berlangsung dari 4 hingga 26 Okt.
Bagi meminumkan risiko jangkitan COVID-19 di Parlimen, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sebelum ini memaklumkan pelbagai inisiatif dijalankan, antaranya pemasangan penapis udara ultra violet di dewan besar Parlimen serta penggunaan teknologi nano di pejabat bagi membunuh bakteria dan virus.
Melalui usaha itu, Azhar berkata tahap pengudaraan di Parlimen kini adalah setaraf hospital dan amat bersih.
-- BERNAMA

PAS ADALAH ZOMBIE: AMANAH



Dua Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH, Ustaz Ridzwan Abu Bakar dan Muhammad Faiz Fadzil, setuju bahawa PAS hanya bermain dengan sentimen agama. Ridzwan berkata, PAS pernah berkata ‘Hudud nyawa PAS’. Namun kini PAS tidak membawa nyawanya di dalam kabinet Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dan Kerajaan sekarang.



Panas! Pemimpin Umno bedal Muhyiddin tiada pendirian politik, hanya nak duduk dalam kerajaan saja

 

Panas! Pemimpin Umno bedal Muhyiddin tiada pendirian politik, hanya nak duduk dalam kerajaan saja




NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap dalam pegangan politik.

Sebaliknya, beliau berkata, Muhyiddin selesa menukar-nukar pegangan semata-mata untuk menjustifikasi tindakannya untuk terus bertahan dalam kerajaan.

Mohamed Khaled berkata, beliau mengikuti kenyataan dari petikan ucapan Muhyiddin yang menjelaskan bahawa dirinya sebenarnya menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kerana tidak mahukan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa dengan sokongan kumpulan kleptokrat.

Katanya, Muhyiddin mendakwa tindakan itu atas dasar ingin memastikan Perikatan Nasional (PN) kekal berkuasa, beliau memberikan sokongan kepada wakil dari Umno tersebut.

“Namun, terdapat beberapa perkara yang sangat canggung dalam penjelasan ini. Pertama, ia nampaknya sekadar satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kegagalan Kerajaan PN di bawah beliau.

“Sedangkan hakikatnya, kejatuhan PN adalah disebabkan oleh desakan ketidakyakinan rakyat dan ia antara sebab penarikan sokongan oleh Umno,” katanya menerusi Facebook.

Tambah Mohamed Khaled, Muhyiddin sebenarnya sedar bahawa pendirian untuk menganggap Umno secara umum sebagai pendukung kleptorat adalah tidak benar.

“Malah sangat bercanggah dengan kesanggupan beliau yang kini kembali bekerjasama dengan ramai wakil Umno.

“Selain itu, penolakan beliau kepada PH dan sebahagian pemimpin Umno adalah bermusim dan sangat bersifat acuh tak acuh.

“Ini kerana, Perdana Menteri yang beliau sokong telah memutuskan untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PH atau pembangkang yang lain sebagai satu pendekatan baharu. Dan tidak terdapat sebarang bangkangan dari beliau dalam hal ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, ia jelas bahawa Muhyiddin sekadar memberi helah dan mahu mengelirukan semua pihak.

“Jadi dah diberi ruang dan peluang bertaraf Menteri, fokuskan sajalah kepada peranan dan tanggungjawab baru yang telah diberi,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mendedahkan PH dengan sokongan kumpulan kleptokrat berkemungkinan kembali menjadi kerajaan sekiranya beliau tidak menetapkan pendirian dalam pemilihan Perdana Menteri baharu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, jika beliau dan Ahli-ahli Parlimen Bersatu tidak mengambil apa-apa pendirian dalam pemilihan Perdana Menteri baharu dan pembentukan kerajaan juga, Bersatu mungkin akan menjadi pembangkang.

WALFULUS FE DUNIA- DIA PULAK YANG SOKONG WALAU TENTANG SETENGAH MATI DAHULUNYA-MUNAFIK BETUL LEBAI

 


Terkini! Menteri agama sokong kluster mahkamah pegang jawatan dalam kerajaan


Terkini! Menteri agama sokong kluster mahkamah pegang jawatan dalam kerajaan



Pas memberikan sokongan kepada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan untuk dilantik Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen, Isnin ini.

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, beliau yakin 18 ahli Parlimen daripada parti tersebut akan memberikan sokongan kepada Setiausaha Agung UMNO itu bagi mengantikan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dua minggu lalu.

“Insya-ALLAH, 18 orang ahli Parlimen Pas akan berikan sokongan kepada Ahmad,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Sumbangan Musa’adah Bencana Banjir Kepala Air Menteri Agama di Pusat Rekreasi Titi Hayun, dekat sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ahmad, beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Agama berkata, seseorang individu masih belum boleh dikatakan bersalah selagi kesalahan belum dibuktikan.

“(Berkenaan hukuman tersebut) selagi hukuman tidak dijatuhkan, kita tidak boleh menganggap orang itu bersalah,” jelasnya.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO merupakan calon tunggal daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Speaker Parlimen baharu pada persidangan Parlimen minggu hadapan.

Jelas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, pencalonan Ahmad bagi menggantikan Azalina adalah satu keputusan tepat kerana kerusi itu masih perlu diisi oleh calon blok kerajaan.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DEMI RAKYAT


 Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan, di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad bin Sabu, bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu.

Siri pertemuan di antara wakil Pakatan Harapan dan wakil Perdana Menteri, yang terdiri daripada::

Wakil Perdana Menteri:

• YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri

• YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli

• YB Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

• YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia

• YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan

Wakil Pakatan Harapan:

• YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN

• YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH

• YB Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP

• YB Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP

• YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Penerangan KEADILAN

• YB Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN

Pertemuan semalam telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik COVID-19. Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola Kerajaan turut dibincangkan.

Pakatan Harapan berpendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dibuat kepada Dana COVID-19 RM65 bilion yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion untuk menangani pandemik COVID-19 dan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat. Di samping itu perlunya ada pengecualian bayaran faedah ke atas moratorium pinjaman bank untuk golongan B40 dan M40.

Majlis Presiden turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan di dalam memorandum tersebut, seperti memperkasakan pelaksanaan Undi 18 sekarang, reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman, antara lain. Wakil-wakil turut telah membincangkan isu undi percaya serta mekanisme pemantauan pelaksanaan memorandum persefahaman ini.

Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.

Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik COVID-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita.

YB DS Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)