ORANG BUAT TAK BOLEH, MEREKA BUAT TAK APA.. WALAUN PUN DIAM MASA PN PERINTAH... APA PUNYA TAK DAK AKAI...


 

PAK LEBAI KAKI PENIPU....


 

KISAH TANGKAP POKOK BALAK


 

H@AAAA...PALA BAPAK HANG.... SATU APA PUN TARAK... TOYAMATMIN BETOI


 

BUAT APA DUIT BANYAK MAKAN TAK BOLEH


 

AMBIK STESEN BAS NI JADI TAPAK UNESCO


 

JUAL MAHAL JANGAN BELI. SEKRANG BUKAN ZAMAN PN. HARGA BARANG ASAS TAK NAIK.. SEWA TAPAK MAHAL. JUAL TAK SEDAP HANTAR BALIK


 

MALAYSIA LECTURING GERMANY ON HUMAN RIGHTS."


Khairul Azri


Titik.


Itulah naratif dan 'soundbite' antarabangsa berkaitan isu Pal estin yang kini 'trending' di platform-platform media sosial antarabangsa sejak semalam. 


Masakan tidak.


Jawapan balas PM-X yang tidak langsung apolegetik malah sangat bernas ketika diasak oleh wartawan-wartawan Jerman yang mana negara berkenaan diketahui sangat pro Is rael, perihal hubungan akrab Malaysia-Pal estin, Malaysia-Hama5 yang menjadi tema soalan yang bertali-arus daripada mereka.


Amatlah padu. 


Kalau orang Jerman dia akan sebut 'zuper' atau 'Das ist super'!


Bukan sekali. Tapi dua kali.


Mula mula mereka cuba 'perangkap' PM-X dengan bertanya soalan yang boleh mengudang bala malapetaka imej negara di pentas antarabangsa kalau tidak dijawab dengan bijak, lebih kurang berbunyi,


"Perdana Menteri, kerajaan anda menyokong Hama5, tidak seperti kami negara barat, malah anda tidak mengklasifikasikan serangan 7 oktober sebagai serangan pengganas, anda juga berkata bahawa Hama5 bukan pengganas. Adakah anda tidak takut ini akan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara barat yang lain contohnya seperti Jerman?"


Apa PM-X jawab?


"Polisi luar negara kami adalah konsisten, kami tidak menyokong serta menentang penjajahan, Apartheid, penghapusan etnik ataupun rampasan harta mana mana negara, tidak kira Ukraine atau di G4za. 


Kita tidak boleh padam 40 tahun kezaliman dan pengusiran yang menghasilkan reaksi dan kemarahan daripada pihak yang berkenaan. Hubungan kami dengan Hama5 adalah dengan sayap politik Hama5, dan kami tidak perlu rasa bersalah atau perlu minta maaf tentang hal itu.


Dan perhubungan tersebut sekurang-kurangnya telah menjadi 'jambatan' untuk menyelesaikan kebimbingan yang ada, termasuklah kebimbangan berkenaan tebusan yang terlibat. Kami tidak ada sebarang kaitan dengan tentera atau sayap ketenteraan dan saya telah jelaskan kepada sahabat sahabat saya di Eropah, Amerika dan banyak negara lain.


Walaupun kita mempunyai beberapa perbezaan tetapi sebagaimana kami telah mengiktiraf Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) jauh lama sebelum Eropah atau Amerika berbuat demikian, kerana kami percaya dasar apartheid harus ditentang. 


Jadi untuk konsisten dengan dasar itu, maka kami mengambil keputusan bahawa kita harus memahami punca asal masalah ini bahawa ada orang yang rumah mereka, harta mereka, maruah mereka tidak boleh dirompak dan jika kita boleh selesaikan ini dahulu, semuanya akan selesai.


Samaada saya membenarkan(condone) pembunuhan kanak-kanak dan wanita?


Tidak. Saya tidak, oleh sesiapa dan mana-mana pihak. Ini adalah polisi yang konsisten. Tetapi apa yang saya benar-benar tolak ialah naratif dan obsesi seolah-olah semua masalah yang berlaku pada harini adalah bermula dan berakhir dengan 7 oktober.


Ia tidak bermula pada 7 Oktober.

Ia tidak berakhir pada 7 Oktober.


Ia bermula 4 dekad sebelum itu dan ia sedang berterusan sehingga ke hari ini. 


Walaubagaimanpun kesimpulan saya sekarang, seperti yang saya katakan kepada Canselor ialah kita terus pandang ke hadapan. 


Kita mempunyai masalah. Apa kita nak buat sekarang?


Adakah kita nak bincangkan sejarah? bincangkan kekejaman yang lalu? atau bincang cara nak selesaikan masalah ini?


Masalah sekarang maksudnya, hentikan permusuhan. Hentikan pembunuhan sekarang! Dan kemudian keseluruhan masyrakat antarabangsa, Jerman, Malaysia dan negara-negara jiran pastikan tiada lagi keganasan yang dilakukan oleh sesiapa terhadap Muslim, Yahudi, Kristian. Mereka berhak untuk hidup secara aman."


Fuh.


Tak berpuas hati, wartawan yang lain pula sambung soalan,


"Perdana Menteri, anda cadang untuk tinggalkan soal sejarah, tetapi untuk tebusan Israel, 7 Oktober itu adalah suatu perkara kini dan masih wujud, dan untuk saudara mara mereka juga. 


Jadi berdasarkan perbincangan anda dengan pimpinan politik Hama5 adakah anda rasa mereka akan dibebaskan segera? dan beritahu kami apakah anda lihat apa yang berlaku 7 Oktober itu sebagai satu keganasan(terrorism)."


Apa jawapan PMX?


"Macam yang saya katakan sebelum ini, kekejaman selama beberapa dekad tidak boleh dipadamkan. Dan anda tidak akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan menjadi berat sebelah dalam melihat hanya dari satu isu dan memadamkan kekejaman selama 60 tahun. 


Penyelesaiannya bukan sekadar membebaskan tebusan.Saya setuju untuk pembebasan tebusan. Tapi ianya bukan lah penyelesaian. Kami hanyalah 'suara kecil', saya tidaklah mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan Hama5, tapi ya saya mempunyai hubungan tersebut.


Seperti yang saya katakan kepada Canselor, saya telah menyatakan kebimbangan saya bahawa tebusan mestilah dibebaskan, namun boleh kah anda katakan bahawa itu semuanya dan cukup, titik?


Bagaimana dengan penempatan haram?

Bagaimana dengan perangai penceroboh haram?kini yang berterusan setiap hari?

Bagaimana dengan rampasan tanah mereka?hak mereka? maruah mereka?lelaki mereka?perempuan mereka? anak-anak mereka?


Adakah ini semua tidak perlu dirisaukan?


Di mana kita buang kemanusiaan kita?


Kenapa hipokrasi sebegini? Kenapa ada sikap pilih kasih dan sikap berlainan kepada satu kaum dan satu etnik?  


Adakah kerana mereka bukan orang kulit putih? atau kerana mereka datang dari agama berbeza?


Soalan-soalan ini dibangkitkan kerana terdapatnya kekurangan konsistensi . Jika anda tanya, ada penyelesaian?


ADA. 


Nyatakan dan iktiraf hak semua individu, samaada Muslim, Yahudi atau Kristian. Saya tak ada masalah langsung. Tapi sudah tentu tidak boleh menerima hakikat apabila anda membincangkan isu ini, kita hanya menghadkan pada satu insiden yang khusus, dan satu mangsa sahaja melupakan ribuan, ribuan dan ribuan mangsa sejak Nakba 1947-1948.


Adakah sejarah tidak relevan?

Adakah kemanusian tidak relevan?

Adakah kasih sayang tidak relevan?


Adakah saya menyokong kekejaman kepada sesiapapun?

Sudah tentu tidak. 


Adakah saya setuju tebusan tidak dibebaskan

Sudah tentu tidak. 


Tapi untuk bawakan naratif hanya satu pihak ia tidak akan menyelesaikan masalah. Anda mungkin akan memuaskan hati sesetengah pihak, sama ada Muslim, Yahudi, Kristian atau orang Jerman atau orang Malaysia tetapi ia tidak dan tidak akan mampu diselesaikan kecuali kita dilihat berlaku adil, baik dan mencari jalan yang damai secara adil."


Fuh lagi sekali.


Fuh.


Kalau PM Anwar ucap sebegini di Malaysia, perasaan dia mungkin tak meremang sebegini. 


Tapi untuk beliau berdiri di negara dan di sebelah pimpinan nombor 1 sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Eropah, KDNK ketiga terbesar di dunia dan KDNK(PPP )kelima terbesar di dunia, dengan jawapan yang tegas, puitis dan tanpa rasa apologetik sebegini.


Bukan sekali. 


Tapi dua kali.


Walau mungkin ada(banyak sebenarnya) yang kita mungkin tak setuju dengan beliau dalam perkara-perkara domestik, tapi untuk isu yang satu ini, saya betul-betul teruja dan berterima kasih kepada beliau kerana bawa suara kami, atau suara saya paling tidaknya ke 'telinga-telinga' penduduk dunia.


Terima kasih PM-X.


Terima kasih.



BOIKOT SAJA JANGAN BELI DI BAZAR RAMADAHN. KEPERLUAN ASAS TAK NAIK, TAPAK SEWA YANG MAHAL. .


 Naratif dimainkan oleh media arus perdana - 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘇𝗮𝗿 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸.



Aku belum ke bazar lagi jadi aku tak tahu sama ada berita ini benar atau tidak. Tapi aku 𝗱𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 dah harga juadah di bazar akan naik malah sebelum mula bulan puasa lagi.


Maka walaun gunakan berita ini untuk 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗠𝗫 dan kerajaan. Aku singgah ruangan komen, memang begitulah keadaannya. Permainan naratif oleh media ini berjaya nampaknya.


Yang walaun tak cerita, harga di bazar bukan bawah pemantauan kerajaan. Yang dipantau adalah harga 𝗮𝘆𝗮𝗺, 𝘁𝗲𝗹𝘂𝗿, 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴, 𝘁𝗲𝗽𝘂𝗻𝗴, 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 dan beberapa bahan asas yang lain.


Ini barang asas untuk buat kuih. Barang ni semua naik harga tak? Boleh je 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗲 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝘆𝗮 dan tengok. Harga bahan ni semua naik mencanak macam zaman lebai atau stabil?


Sekarang ni harga bahan asas semua 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹. Jadi apa alasan peniaga bazar naikkan harga? Ini yang aku tulis beberapa hari yang lepas. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗮𝗸 sampai RM17 ribu satu slot. Gila!


Aku dah kata, kos tapak bazar ini 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 kepada pelanggan. Bermakna 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. Kan dah terbukti sekarang.


Jadi harga makanan di bazar naik bukan sebab harga barangan asas naik tapi disebabkan 𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻, tamak haloba hingga tegar menaikkan harga tapak secara melampau 


Sebab tu aku kata kita kena 𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 tapak yang sewa pada harga 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹. Selagi tapak mahal pun habis kena sapu, selagi tu harga takkan turun. Malah akan terus 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗶𝗸 setiap tahun.


Tak pasti kalau ada peruntukan dalam undang-undang untuk 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 terhadap penyedia tapak bazar yang zalim begini. Rasanya tak ada. Tapi mungkin kerajaan boleh rangka 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗮𝗸𝘁𝗮 yang membolehkan perkara ini dipantau.


Pilihan di tangan kita. Kalau rasa 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 kalau tak pergi bazar, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴 harga mahal. Tapi kalau nak 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝗺𝗮𝘁, beli bahan mentah dan 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱i𝗿𝗶. Dah tentu jimat sebab harga barangan asas 𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MASYARAKT DUNIA SOKONG USAHA PMX MEMBELA RAKYAT PALESTIINE.

 






Masyarakat antarabangsa nampak ketegasan PM kita 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dalam pertahankan 𝗵𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 walaupun berdiri di sebelah penyokong rejim.


Telah tular jawapan beliau terhadap soalan provokasi oleh media Jerman di mana beliau secara tegas telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝗿𝗮𝘁 dalam isu ini.


Inilah jawapan untuk 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 yang menuduh DS Anwar tak buat apa untuk Palestin. Aku nak tanya, 𝗛𝗮𝗱𝗶 & 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 ada buat apa untuk Palestin dulu? 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗸𝗲 nak buat macam PMX ni?


Mahiaddin nak berdepan wartawan pun 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁. Berani 𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗣𝗗𝗙 𝗷𝗲. Jumpa MP pun takut sampai 𝗶𝘀𝘆𝘁𝗶𝗵𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝘂𝗿𝗮𝘁. Apa lagi nak kutuk 𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 secara terbuka begini. Mimpi la kalau dia berani.


Hadi pulak, takut nanti dia buka 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝘀𝗶𝗿𝗮𝗵, tak pun 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗷𝘄𝗶𝗱 bila ditanya. Kesimpulannya, mereka ni tiada tokoh kepimpinan. Jauh taraf dari PMX. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



SOKONGAN BUKTI PIMPINAN AMIRUDDIN DITERIMA


MSO




Langkah diambil oleh bekas pimpinan tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman dan bekas Adun Dengill yang juga bekas ketua Armanda Selangor Adhiaf Syan menyertai Keadilan manakala tindakan Adun Selat Kelang Abdul Rashid Asaari yang berpaling tadah menyokong PM memberi political maileage kepada Pengerusi Keadilan Selangor Amiruddin Shaari.


Penyertaan dua mereka  itu ke dalam Keadilan membuktikan Keaadilan parti yang boleh membantu rakyat Selangor. Sekaligus juga ia akan memantapkan lagi pimpinan Amiruddin.


Dari sisi lain sokongan ketiga mereka itu adalah manifestasi kepercayaan dan keyakinan kepada pimpinan Naib Presiden Keadilan itu. 


Dalam pada itu penghirjarahan ke dalam Keadilan dan sokongan kepada Perdana Menyeri dan kerajaan Madani itu bukan terhenti di situ sahaja.


Dari saru sumber masih ada beberapa pimpinan Bersatu lain yang akan bertindak meninggalkan Bersatu beramai ramai, bila dan masanya mungkin menanti masa terbaik saja. Adalah dijangka pengumuman mengejutkan akan berlaku selepas Aidifitri nanti.


Langkah ketiga tiga mereka itu menggambarkan parti pimpinan Mahiaddin itu umpama retak menunggu belah saja. Laksana asap berkepul untuk membakar huma. Trims.



MAAQUB SINTOK NI BUAT HAL LAGI- Wan Saiful dakwa 'diganggu' SPRM, timbalan speaker cadang lapor polis


Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor menasihatkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan agar membuat laporan polis berkaitan dakwaan “diganggu” oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ramli berkata demikian selepas Wan Saiful mendakwa mendapat gangguan daripada SPRM yang mahu merakam keterangan berhubung ucapannya di Dewan Rakyat.


Pas perlu diberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kehidupan berbilang budaya


 

Mereka yang mempunyai nafsu untuk mengeksploitasi isu untuk keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka, terutamanya semasa bulan Ramadan yang penuh berkat ini


Cartoon by ZUNAR


Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Aliran amat bimbang dengan keperluan Pas untuk mengangkat isu mengenai arahan baru Kementerian Pendidikan untuk membuka kantin sekolah semasa bulan Ramadan.

Ini merupakan satu isu yang tidak perlu dibangkit, terutamanya dalam masyarakat yang berbilang etnik dan berbilang agama seperti di Malaysia – di mana rakyat, termasuk kanak-kanak sekolah, sepatutnya mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap hak dan tanggungjawab antara satu sama lain.

Tindakan Pas dalam menimbulkan isu sebegini adalah tidak munasabah, malah bercanggah dengan slogan parti mereka yang menyatakan “Pas untuk semua”.

Sementara pengamalan puasa oleh umat Islam harus dihormati dan dihargai, hak orang bukan Islam untuk membeli makanan di kantin sekolah juga perlu diambil kira.

Ia tidak akan mengurangkan nilai keagamaan puasa jika kantin sekolah diberi kebenaran untuk beroperasi pada waktu tersebut. Malah, ia akan meningkatkan kesedaran keagamaan pelajar Islam dan memperkuatkan kesabaran yang diharapkan dari mereka sepanjang bulan Ramadan.

Sebarang tindakan untuk menghalang pengusaha kantin sekolah daripada beroperasi semasa Ramadan akan dianggap sebagai tindakan yang tidak peka terhadap hak asasi dan keperluan asas orang bukan Islam.

Mereka yang mempunyai nafsu untuk mengeksploitasi isu untuk keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka, terutamanya semasa bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:




"23 pekerja GLC Kedah KAHB merasakan kena scam secara besar-besaran" - S...

[parlimen] HEBOH MP PAS PERTAHAN MB KEDAH DENGAN ISU PANAS DI KEDAH!

[parlimen] PENCERAHAN TERBAIK YB AZALINA PEMBANGKANG BERANI MENCELAH!

HUKUM PUAK KHAWARIJ.



 Hal Kantin ni sepatutnya boleh kritik tanpa perlu menghukum.. tapi bila dah start hukum dan terus dikaitkan dengan isu akidah padahal isu itu hanya hal furu' dan banyak Khilaf. Itu la cara kerja Khawarij dalam berpolitik..




Jika Hanya Berilmu Iblis Pun Lebih Tinggi Ilmunya



KIASAN ANDREA


Syekh Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata :-


“Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang yang berilmu. Jika hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia”. 


Orang berilmu belum tentu beradab atau berakhlak kerana ilmunya tidak bermanfaat, sedangkan orang beradab pasti ilmunya bermanfaat meskipun hanya sedikit ilmu yg dimiliki. Adab itu lebih tinggi dari ilmu. Jika kau tidak beradab padahal kau berilmu, maksudnya ilmu kau tak berjaya mendidik diri kau. Seseorang yang beradab tapi tidak berilmu lebih baik dibandingkan dengan orang yang berilmu tetapi tak ada adab.


Nak sampaikan ilmu kena beradab,

Nak menasihatkan kena beradab,

Nak beri teguran pun kena beradab,

Even nak beri peringatan pun kena ada adab.


Semua harus bermula dengan Adab !



HARAMJADAH KOT

 



Dia jatuh hukum 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 jual makanan kepada orang bukan Islam yang tak berpuasa. Baru-baru ini viral video 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 kata boleh jual makanan di siang hari.


Sekarang ni siapa betul, siapa salah? Walaun takkan nak diamkan je? Mamat ni dah kira 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗜𝗱𝗿𝘂𝘀 ni. Berapa kitab dia dah tulis? Betul tak?


Tak hanya 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗷𝗮 yang dilarang. 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 pun tak dibenarkan juga. Nak berpolitik pun tak perlulah sampai ubahsuai hukum agama. Tak berbaloi 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 untuk politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



OTAK LEBAI...DAN TEORI BAK KUT TEH...

 

             
            Zunar cartoonist fan club



BENGONG TAK HABIH LAGI PUAK LEBAI NI.



 Tak habis lagi polemik kantin sekolah ni. Dah lepas hasut guna isu 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗸𝘀𝗮 𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, dia main isu tauke kantin 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 pulak.



Entah kenapa benda ni boleh jadi isu. Dah tahu tak ramai makan, kenapa nak 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸? Masak sikit je la. Kurangkan 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵 dan 𝗷𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗸𝗮𝗻.


Kami di platform ni pun dah kurangkan lauk. Masak pun sikit je. Ye la, tak sampai 10 orang je pun yang makan. Takkan nak masak sama macam bulan lain.


Begitu juga soal gaji pekerja. Tak payahlah suruh 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 datang. Panggil 𝘀𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗮 pun jadi. Kalau tak pun tauke 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Tak payah panggil pekerja. Boleh kan?


Setidaknya pekerja tu dapat juga gaji. Kalau tutup terus, 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 gaji. Kalau tutup kantin kan duit tak masuk langsung. Kalau buka, dapat la juga rezeki walau sikit pun. Diberi rezek pun tolak. Pelik.


Atau memang betul macam ada orang cakap. Tauke sebenarnya 𝗻𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘇𝗮𝗿. Itu yang marah kena buka kantin. Sebab ganggu 𝘱𝘭𝘢𝘯. Dia nak guna pekerja untuk berniaga di bazar tu. Dah kena buka kantin, kurang la pekerja di bazar.


Kalau betul, memang hebat la. Guna isu kaum dan agama untuk lindung ketamakan diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KENA MAKI DENGAN RAKYAT. SEMPOI APA..APA PUN TAK BUAT.


 

HANG SILAP LA SAMSURI...KALAU NEGERII HANG TAK ADA ROYALTI APA PUN HANG TAK ADA....


 

DIA NAK AMBIK PUN BOLEH. ADA ORANG MAKAN GAJI BUTA JA..SAPU JA ..KERJA APA PUN TAK BUAT..DOK MUHONG JA ..


 

BILA NAK BAYAQ GAJI KAMI NI ? DAHNLAMA TAK BAYAQ GAJI..,NAK RAYA ANAK BINI KAMI NAK MENGKEDAQAH APA?


 

SLOW...


 

YA AMPUSALAM... TAK SELESAI LAGI KA.


 

Antara perkara ajaib dunia...




Cbe Ibrahim


Masa nama dia padi, semua nak harga mahal. Bila dah bertukar gelaran, orang panggil beras, semua nak harga murah.... Itulah nasib pengusaha padi dan beras.


p/s kalau takdak walaun, insyaallah keajaiban ini tidak berlaku.



SEMBANG WALAUN... LUPA FAKTA MASA JADI KERAJAAN HARGA AYAM 12 KE 14 SEKILO




 Walaun dan walajib cakap kalau harga ayam 𝗱𝗶𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴 gerenti naik. Tapi sebaliknya, harga ayam makin 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 setiap.bulan.


Ni dah masuk Ramadhan. Biasanya harga ayam akan naik 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸 bila musim raya. Tapi masa CNY hari tu pun stabil je.


Tapi macam biasalah, walaun dan walajib 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Perkara-perkara yang senangkan rakyat ni dorang tak suka.


Dia nak macam raya 2021 kot. Bukan setakat mahal, ayam takde dalam pasaran. Aku balik kampung dalam 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻 sebab kedai makan sepanjang jalan semua tutup sebab tak ada ayam.


Walaun walajib nak suasana macam tu baru bahagia. Kalau harga ayam makin turun macam ni, dorang tak suka. Sebab apa? Sebab dia walaun. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAU DAKWA KERAJAAN MADANI GAGAL. TAPI NEGERI KAU TADBIR... MANA DUIT YANG KAU DAPAT DARI ROYALTI? KAU YANG GAGAL SEBENARNYA.







 Bekas pensyarah yang juga MB Terengganu kata Kerajaan Madani fail, baik objektif dan subjektif. 


Itu adalah penilaian beliau, kepada sebuah kerajaan yang belum cukup sepenggal.


Saya ulangi. ..belum cukup sepenggal. 


Mari kita lihat "kejayaan" Terengganu penggal lepas. Ingat ya MB Samsuri dah perintah sepenggal penuh


Sepanjang sepenggal Terengganu dibawah MB Samsuri, Kerajaan Pusat telah memberikan royalti tunai sebanyak RM6.778 billion.


Apa ya Samsuri buat pada duit ini?


Statistik menunjukkan di Terengganu masih terdapat 10 ribu miskin tegar. 


Kalau MB Samsuri bijak, buat program macam IPR...tentu dah terhapus miskin tegar di Terengganu. Malah kalau dia bagi elaun RM1000 untuk setiap keluarga, hanya RM10 juta sahaja yang diperlukan setahun.


Nampaknya MB Samsuri GAGAL. dan tiada perancangan. 


Dari segi pelaburan pun..Terengganu tidak menyerlah.


RM 6.7 billion gagal MB Samsuri gunakan untuk sediakan suasana kondusif untuk pelaburan dan gagal buat projek yang menguntungkan Terengganu. 


Nampaknya sekali lagi MB Samsuri GAGAL.


Kegagalan MB Samsuri yang terserlah ini  menyebabkan Kerajaan Madani terpaksa uruskan duit royalti dengan projek-projek yang menguntungkan rakyat. Ini diakui oleh MB Samsuri dalam podcast bersama KJ.


Seperti mana kita tahu Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman telah digugurkan dan dibuat pilihanraya semula akibat rasuah.


Siap ada video, sumpah undi Pas dan dapat duit. Hmm banyak ya duit Pas Terengganu..


Eloklah kerajaan persekutuan uruskan duit royalti daripada kes seperti ini berulang.


Kesimpulan, 

MB Samsuri GAGAL ✅️

Uruskan miskin tegar ❌️

Tarik pelaburan ❌️

Buat projek berimpak tinggi❌️


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



JANGAN MUDAH UBAH STRATEGI DI AWAL RAMADAN.




Asyraff 


 Sebelum tidur semalam, semak jualan semua restoran dan bandingkan dengan jualan pada puasa yang lepas dan ianya sungguh mengerikan. Walaupun beberapa kedai full house tapi jualannya tidak setinggi tahun lepas. 

.


Kalau sebelum ini saya tulis yang Ramadan tahun lepas adalah azab untuk bisnes-bisnes saya,semalam lagi siksa! 

.


Tapi sabar,terlalu awal untuk buat kesimpulan. Semalam bila saya pergi KB Mall, parking sudah mula penuh,orang sudah mula keluar membeli.

.


"Jadi,orang terawih kat Masjid sampai puasa ketiga sahaja?" Saya begurau dengan Manager Monaliza KB Mall.

.


Bila jualan jatuh, jangan terus ubah strategi. Perhatikan dulu dalam beberapa selang waktu. Boleh jadi strategi itu belum matang. Sabar tapi dalam masa yang sama, rangka plan B. Kalau selepas seminggu masih tiada apa-apa perubahan, terus suka ke plan B. 

.


Kalau kita tukar strategi cepat sangat, boleh jadi sebenarnya ia gagal disebabkan pelanggan tidak tahu dan yang lagi parah, pekerja-pekerja akan putus asa. Bagi masa. Jangan gelabah. Insya Allah, ada jalan di sana.

.


Ada kawan tanya, "mung check sales hari-hari ko?"

.


Jawapannya ya tapi Ayah saya lagi hebat,dia check bil pelanggan satu per satu.

.


Bagaimana kita nak tahu keadaan bisnes kalau kita tidak tahu berapa duit masuk dan berapa duit keluar? 

.


Selamat berpuasa.

.


BTW,mohon support berbuka puasa di restoran-restoran saya ; Samurai Yakiniku  Kota Bharu, Samurai Yakiniku Setapak , Samurai Yakiniku Bangi , Hattoricoffee dan Konoha.Buffet . Terima kasih.



MINGGU LALU DAKWA ADA ORANG NAK RASUAH KAU. KALI NI DAKWA SPRM GANGGU.. TAK TENTERAM BETUL YA HIDUP KAU... CUBA KAU CAKAP DI LUAR DEWAN. MAAQUBSINTOK BETUL KAU NI..




 Kelakar la Wan Saiful ni. Hari tu masa tuduh 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 dia dan tohmah 𝗣𝗠𝗫 𝗸𝗼𝗿𝘂𝗽 tak fikir panjang. Sekarang hidup dalam ketakutan.


Untuk rekod, apa yang Wan Saiful cakap tu betul. Ahli parlimen ada 𝗸𝗲𝗸𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 atas apa yang diperkatakan dalam dewan. Tak boleh diambil tindakan melainkan jika ia diulang 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻.


Tapi yang aku tak faham, kalau betul memang wujud cubaan rasuah dia supaya menyokong kerajaan, 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝘀𝗮𝗷𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗥𝗠. Takut sangat kenapa?


Kalau nak disimpulkan, maka boleh dikatakan bahawa tuduhan Wan Saiful yang ada cubaan untuk merasuah dirinya adalah 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀 dan 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 semata-mata.


Dia tak ada bukti pun. Cakap sekadar untuk dijadikan 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵 TikTok. Kalau ada bukti, dah tentu dia berani jumpa SPRM dan serahkan bukti. Inilah peluang dia nak 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶. Betul tak?


Lain kali, gunakan otak tu dulu sebelum nak bercakap. Jadi macam ni kan dah malu sendiri. Itu pun kalau masih ada 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝘂 dalam diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.