KRISIS SELESAI JIKA KHALID BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PARTI PKR DAN PAKATAN. BUKAN Umno

SIAPA YANG MENJAGA KEPENTINGAN PERIBADI? KHALID IBRAHIM DAN PENYELESAI HUTANG BANK ISLAM DAN MEMBANTU UMNO ? ATAU ANWAR DENGAN AGENDA MEREFORMASIKAN SELANGOR YANG DILANDA MASAALAH DALAMAN MENGURUSKAN NEGERI?


1. Khalid nak menjaga cucu setelah menyelesaikan 5 lebuhraya?
2. Semua aset Umno dijaga?
3. Umno akan mengambilalih dengan mudah bila rakyat Selangor terpedaya?


Isu MB: Sultan dan Khalid kini jadi tumpuan
 
 

Selesaikan krisis di Selangor sebelum raya


PENYOKONG Pakatan Rakyat Selangor rata-rata menyatakan kebimbangan yang amat sangat terhadap kemelut politik berhubung isu kedudukan Menteri Besar Selangor dan rangkaian isu itu yang berhubung dengannya.

Mereka bimbang jika isu ini tidak diselesaikan segera, maka Pakatan Rakyat Selangor akan kehilangan sokongan yang teruk dari rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua PRU yang lalu.

“Suasana sangat merbahaya,” kata seorang penyokong DAP di Subang Jaya, yang di kenal dengan nama Mr. Lim. Beliau menambah, “keadaan sangat serius, jika tidak diselesaikan segera krisis ini, rakyat sangat kecewa.”

Seorang lagi penyokong Pakatan Rakyat, Idrus Samad dari Petaling Jaya berkata, “Para pemimpin Pakatan Rakyat baik PAS, PKR dan DAP perlu memikirkan nasib Pakatan Rakyat lebih dulu daripada memikirkan kepentingan peribadi dan parti masing-masing.”





Para penyokong Pakatan sudah lama menyatakan kebimbangan ini, tetapi lebih bimbang lagi apabila membaca hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang merumuskan sokongan kepada PR di Selangor merudum 35 peratus.

Bahkan Ketua DAP Selangor Tony Pua mengakui sokongan terhadap PR sememangnya sudah makin jatuh, bagaimanapun dia tidak menyangka ia akan jatuh begitu teruk."Saya sangat bimbang. Keputusan itu lebih teruk daripada jangkaan. Kami tahu sokongan berkurangan tapi yang membimbangkan adalah tahap kejatuhannya," kata Pua.

Sokongan kepada PR di Selangor itu sangat berbeza dibandingkan dengan setahun lalu ketika ia menewaskan Barisan Nasional (BN) untuk memegang tampuk kuasa di negeri paling kaya dalam negara.

Walaupun UMcedel tidak menyatakan alasan jelas penurunan sokongan itu, umum mengetahui puncaranya ialah mengenai kontroversi yang dihadapi pentadbiran negeri tersebut.

Iaitu daripada isu kalimah Allah, kepada isu kitab Bible oleh Jabatan Agama Negeri hingga ke kontroversi Lebuh Raya Kidex dan pertembungan politik dalaman melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid kehilangan banyak sokongan daripada partinya sendiri selepas dilantik menteri besar untuk penggal kedua.

Bagi ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, adalah sangat penting untuk PR mengkaji laporan UMcedel itu dengan serius dan mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan keyakinan orang ramai.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula meminta semua pihak menerima dengan baik kajian yang dibuat UMcedel dan tidak menafikannya.

"Jangan ada di kalangan kita dalam mood 'sindrom penafian' terhadap kajian ini kerana ia menunjukkan realiti reputasi kita. Tambahan pula UMcedel mempunyai reputasi tersendiri dalam kajian mereka.
Pada pendapat saya pandangan Saifuddin sangat tepat apabila beliau berkata, pimpinan Pakatan khasnya di Selangor perlu terbuka dan mengakui adanya masalah yakni Pakatan wajib menyelesaikan masalah itu bersama.

Dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat janganlah ada yang memikirkan kepentingan parti masing-masing saja, tanpa menghiraukan kepentingan Pakatan Rakyat pada keseluruhannya. Justru kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ini dibina dari tiga parti – PAS, DAP dan PKR.

Dengan kekuatannya yang padu inilah menyebabkan Pakatan berkuasa di Selangor, sebuah negeri yang terkaya dan ternama di Malaysia. Maka itu kekuatan yang padu inilah mesti dikekalkan.

Para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga perlu meruntuhkanlah sikap ego peribadi masing-masing dan janganlah sentiasa memikirkan pengaruh dan kekuatan parti masing-masing saja yang menyebabkan Pakatan kuat di Selangor.

Rakyat yang mengundi Pakatan dalam dua pilihan raya umum dulu bukan semata-mata kerana kekuatan satu-satu parti dalam komponan Pakatan itu, tetapi kerana gabungan kekuatan ketiga-tiga parti.

Rakyat telah menggantungkan harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah Selangor, negeri yang disifatkan sebagai mahkota permata pada negara Malaysia kerana ia menjadi negeri pusat perniagaan negara ini dengan pelaburan dari dalam dan luar negara yang tinggi.

Ia menjadi pusat perkembangan ekonomi dan pengurusan yang dimegahkan. Begitu di Selangor begitu banyak pusat pengajian tinggi, jumlah rakyat terpelajar begitu besar berbanding dengan negeri lain.

Selain itu ia memiliki peluang perniagaan yang begitu luas, tanah yang begitu subur dan sebahagian besar kawasan di Selangor adalah kawasan bandar dan semi bandar yang pesat membangun.

Lebih istimewa lagi, negeri Selangorlah menjadi cermin masyarakat majmuk di Malaysia, dengan perkembangan agama Islam begitu pesat sekali. Kerana itu apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor, ia memberi gambaran bahawa Pakatan Rakyat diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia, selain daripada Pulau Pinang.





Inilah antara ciri penting dan istimewanya Selangor. Maka itu Pakatan Rakyat perlulah mengekalkan kuasanya di Selangor kerana nilainya terlalu tinggi.

Setelah hampir dua penggal memerintah, Pakatan Rakyat mestilah mengukuhkan perpaduan dan kekuatan untuk meneruskan pemerintahannya.

Maka itu, harapan rakyat terlalu tinggi supaya krisis yang berlaku sekatang di Selangor segera di atasi, malah kalau dapat diselesaikan sebelum hari raya ini.

Rundingan peringkat tinggi Pakatan Rakat – Majlis Presiden - khabarnya akan bersidang sehari dua lagi. Mudah-mudahan ia akan dapat menyelesaikan segera krisis ini.

Perlu diingat, jika krisis ini tidak juga dapat diselesaikan, maka ia hanya akan menguntungkan parti lawan yang sekarang ini sedang memerhatikan dengan penuh minat akan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Akhirnya hendaklah diingat bahawa Pakatan Rakyat janganlah sekali-kali mengecewakan rakyat Selangor yang mengundinya dulu. – HARAKAHDAILY

Rasmi: PKR umum Azizah ganti Khalid

Rasmi: PKR umum Azizah ganti Khalid


Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu.

"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.

Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka.

Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan.

"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.

"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.

"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbirna yang baik dan tersusun," kata beliau.

Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh."

"Kita juga teruskan perbincangan dengan pihaknya (Khalid) dalam perkara ini," kata beliau.

Anwar turut menafikan laporan portal-poral yang menyatakan beliau telah pun melantik beberapa pemimpin PKR untuk mengganggotai pentadbiran baru Wan Azizah.

"Tidak ada perbincangan mengenai lantikan mana-mana pemimpin," tegas beliau.