DIA TIADA KEBERANIAN MELAKSANAKANNYA.
Mohd Norazlan
Waktu jadi PM, Muhyiddin pun setuju cuma tiada keberanian dan tekad untuk mendepani kemarahan sebahagian rakyat.
MAMAT KAYA NI PERSOALKAN DIA TAK DAPAT SUBSIDI... JOM KITA BACA KOMEN KENA BANTAI.
Ihsan Zainal
Anggaran bulanan diesel saya guna 769L.. kalau sebelum ni RM2.15 seliter saya kene sekitar RM1653.. lepas ni kalau RM3.35 x 769 akan jd RM2576.00 sedangkan kalau BUDI lulus pun.. baru dapat balik RM200..
Masalah tak lulus 😂
Beza dekat RM1K.. siapa saya nak claim? Dengan client ke.. huhu
Dan kita kena faham, bukan disetiap peringkat logistik pihak pengilang/petani/penternak mempunyai kelulusan mendapatkan subsidi ni try apply tengok dgn kpdn 1 dokumen takde pun tak layak mohon, ni belum termasuk pemborong/pengedar, dan seterusnya peruncit atau peniaga kecil.. yang guna 4x4 masuk kampung2, laluan sempit, offroad.. mereka ni tak dapat pun subsidi.. tengok je siapa yang beratur malam ni stesyen minyak..
SYABAS RAFIZI AJAK" BUDAK SANUSI" DEBAT.
SYABAS RAFIZI
Malam tadi Rafizi cabar seorang yang hadir di majlis peluncuran jentera pilihan raya PH agar naik ke pentas untuk bersoal jawab dengannya berhubung isu pensasaran subsisi disel.
Dengan menggelarkan oknum berkenaan sebagai budak Sanusi, Rafizi cabar naik ke pentas untuk bersoal jawab dan beliau ingin jelaskan kemusykilan lelaki yang dianggap budak Sanusi itu. Kurang jelas kenapa sampai kena cabar mungkin oknum berkenaan mengejek ucapan Rafuzu kok?
Rafizi memberi penjelasan kenapa dulu diumumkan hendak turun harga petrol kerana nilai subsidi ketika itu hanya RM 3 billion tetapi hari ini nilai susidi sudah cecah RM80 billion daripada lebih RM200 billion badjet, ia terlalu banyak sehinggakan wang itu tidak boleh untuk digunakan untuk pembangunan lain seperti pendidikan.
Subsidi itu pula dinikmati oleh orang yang sedia kaya raya, bukan rakyat marhaein.
Ramai orang pertikai dan cuba menempelak Rafizi dan juga Anwar berhubung harga petrol dan subsidi, tetapi tidak memahami realiti sebenar mengenai masalah kewangan negara dan salahguna pemberian subsidi. Inilah masalah kerajaan hari ini terpaksa berdepan dengan orang yang buta perut dan dangkal mengenai ekonomi. Yang buta itu bukan sahaja budak hamprak jadi "penarik tali beruk poembangkang," ada juga wakil rakyat, ahli parlimen yang buta dan cetek mengenai perekonomian.
Syabas kepada Rafizi yang mencabar lelaki berkenaan dan ajak bersoal jawab atas pentas. Sikap pemimpin berani cincang dan berani pikul sebeginilah yang kita ingini. Jangan main sembarangan dengan Rafizi kalau tak cukup persediaan, nanti sakit boleh malu pun boleh. Trims.
KAYA BAYAR LA...
Golongan kaya @ T 20 ke atas, narak ke belanja minyak pun lebih tinggi dari gaji minina, memang patut mereka beli diesel dengan harga sebenar, bukan harga subsidi.
KETEGANGAN DI LCS: PERLU PENDEKATAN DIPLOMATIK AGRESIF
Ketegangan di LCS: Perlu pendekatan diplomatik agr, 2024
Malaysia yang bakal memegang kepengerusian ASEAN pada tahun depan mahu penglibatan diplomatik lebih agresif dalam menyelesaikan ketegangan melibatkan kawasan perairan wilayah antara China dan Filipina di Laut China Selatan (LCS).
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr telah berhubung dengan beliau mengenai perkara itu dan Malaysia akan meneruskan penglibatan aktifnya dalam kerangka kerja ASEAN.
“Pada peringkat ini, saya memahami kebimbangan Bongbong Marcos dalam banyak perbincangan dengannya. Pandangan peribadi saya ialah kita (Malaysia) mengambil cara yang lebih agresif untuk melibatkan diri secara diplomatik dan kita agak berjaya dalam perkara itu.
“Ini kerana ada beberapa isu yang sangat serius juga dengan Malaysia, tetapi kami secara relatifnya lebih berjaya dalam hal itu kerana kami dianggap dan kelihatan benar-benar neutral dalam perbincangan itu,” katanya dipetik pada persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-37 (APR) di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada seorang perwakilan dari Filipina mengenai pendekatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi menangani kebimbangan Filipina di Laut China Selatan.
Anwar mengulangi pendirian Malaysia bahawa isu ketegangan di Laut China Selatan perlu diselesaikan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dan China tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
“Seharusnya tiada pembabitan dengan pihak-pihak lain kerana ia hanya akan menjadikan perkara itu bertambah kompleks dan merumitkan lagi keadaan,” katanya.
Menurut laporan media Presiden Filipina yang juga dikenali sebagai Bongbong Marcos baru-baru ini memberi amaran kepada China supaya tidak melintasi garis merah di Laut China Selatan dan perselisihan faham antara kedua-dua negara terus meningkat.
Beijing dan Manila mempunyai sejarah panjang pertikaian wilayah maritim di Laut China Selatan dan terdapat konfrontasi berulang antara kapal mereka berhampiran terumbu yang dipertikaikan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Manila memanggil utusan China berhubung insiden terbaru berhampiran Second Thomas Shoal di Kepulauan Spratly, yang berlaku pada Mac lalu semasa misi tetap Filipina untuk membekalkan semula tentera Filipina yang berkawal di BRP Sierra Madre, sebuah kapal tentera laut yang didaratkan.
Filipina berkata, Pengawal Pantai China menyekat kapal bekalannya dan merosakkannya dengan meriam air, mencederakan tiga tentera.
Pengawal Pantai China telah mempertahankan tindakannya, menyifatkannya sebagai peraturan sah, pemintasan dan pengusiran kapal asing yang cuba menceroboh secara paksa ke dalam perairan China.
China telah menggesa Manila untuk berundur dan berhenti mencetuskan masalah di laut.
PULAU PINANG TOLAK BANTUAN AIR KEDAH. SEBALIKNYA MEMBELI AIR TERAWAT DARI PERAK DAN MEMBINA LRA SG DUA
1. Pulau Pinang tolak tawaran Muhammad Sanusi
2. Dakwa PH kutip dana PRU16, Rafizi minta Sanusi lapor SPRM
3. Pemimpin PN gesa Firdaus Wong 'digam' dari sekolah awam
4. Speaker tiada pilihan, perlu patuh Perlembagaan Persekutuan - Wan Saiful
5. Penyasaran subsidi diesel perlu demi selamatkan negara - Anwar
6. Pantau penyasaran subsidi diesel, elak kesan negatif kepada rakyat
UCAPAN BULANAN PMX. HENTI AMALAN RASUAH. BUAT AKAN HADAP TINDAKAN.
Apakala menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, saya singgung kesedaran agar penjawat awam terus menjalankan tugas dan menghentikan salahlaku, kecurangan dan mesti memastikan penambahbaikan ke atas kelemahan yang ada.
Saya konsisten dalam hal ini malah saya telah meminta pihak terkait untuk menambah anggota penyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud kecurangan.
Terkait ketegasan ini, saya telah meminta supaya ketua jabatan atau unit disekat kenaikan pangkat pegawai sekiranya didapati mengetahui berlaku kecurangan dalam jabatan mereka tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Pastinya, kaedah hukuman itu akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Dalam majlis yang sama, saya singgung ketegasan langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel kerana ia mesti dilakukan meski tidak popular.
#MalaysiaMADANI
PAKAI KERETA ADALAH PILIHAN... JADI JANGAN MERUNGUT.
Norizan
Walaungs ..
Abah korang pun sokong Subsidi bersasar ..
cuma dia tak berani buat sbb takut hilang undi.
..
Rafizi cabar Sanusi lapor SPRM dakwaan orang PKR, DAP 'pau' untuk projek
NASIONAL
Rafizi cabar Sanusi lapor SPRM dakwaan orang PKR, DAP 'pau' untuk projek
NIBONG TEBAL: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan berhubung dakwaan dibuatnya kononnya berlaku rasuah membabitkan anggota PKR dan DAP, yang menjejaskan rancangan pembangunan negeri itu.
Rafizi berkata, sekiranya benar dakwaan dibuat Sanusi itu, maka pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Jika benar ada orang daripada PKR dan DAP yang 'pau' (meminta rasuah) untuk projek yang menjejaskan projek pembangunan negeri, maka panggil sidang media dan namakan mereka.
"Jangan gunakan PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Bakap ini untuk menyemai benih dendam dan memperbodohkan orang Melayu hanya kerana anda (Sanusi) tidak tahu membuat kerja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan menjelang PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam tadi.
Rafizi berkata, Sanusi ketika melancarkan jentera pilihan raya PN pada malam Sabtu lalu dengan yakin memaklumkan mengenai rancangannya untuk Kedah, menjadikan seolah-olah negeri itu paling membangun di dunia.
Beliau turut membangkitkan dakwaan Sanusi bahawa semua rancangannya tidak dapat diteruskan kerana membabitkan isu kelulusan, selain terdapat orang dalam PKR dan DAP yang 'pau' untuk projek.
"Saya nak tanya, siapa yang ditahan, anak siapa yang ditangkap... setahu saya, tidak ada anak pemimpin Kerajaan Perpaduan yang ditangkap, sama ada PKR atau DAP. Mereka yang ditahan SPRM kebanyakannya daripada PN," katanya.
Rafiuzi juga berkata rakyat Sungai Bakap harus bersedia dengan segala macam cerita yang dijangka dicetuskannya dalam tempoh PRK di kawasan itu sekiranya Sanusi gagal membuat laporan mengenai dakwaan terbabit.
"Satu-satunya cara untuk mengajar beliau adalah orang ramai di sini membuat laporan terhadapnya atas sebarang fitnah yang dibuatnya.
"Ini satu-satunya cara untuk beliau bertanggungjawab terhadap kata-katanya," katanya.
BILA KERAJAAN NAK SIASAT GAJI GURU PASTI, LEBAI KATA JANGAN DOK KALUT.. PADAN MUKA HANGPA...TAHNIAH LAH CIKGU NI TOLONG RESMI SUKAN SRITI NI... KAN MADANI...
Apabila kerajaan mahu menyiasat tentang gaji guru2 di PASTI atau SRITI, mereka kata kerajaan jangan sibuk ambil tahu kebajikan mereka kerana PASTI/SRITI ini di bawah sayap Pemuda Pas, bukan sekolah berdaftar. Guru2 kami hanya sukarelawan sahaja.
Tahniahlah kepada pegawai di PPD ini kerana rajin merasmikan program sayap Pemuda Pas. Beruntungnya menteri pendidikan YB Fadhlina Sidek kerana ada pegawai yang terlalu rajin seperti ini.
WFAUZDIN NS
Analisa: perbezaan pandangan di raikan.
Mohmad Nawawi Yusof
1. Ternyata golongan petani, nelayan, kenderaan awam, pemilik kenderaan diesel peribadi golongan B40, M40 dll masih terus nikmati subsidi diesel bersasar.
2. Yang tidak layak subsidi hanya golongan pendapatan tinggi@T20 & bukan warganegara Malaysia spt myanmar, Bangladesh dll.
3. Yang merana ialah para penyeludup2 diesel bersubsidi yang berleluasa sekian lama menyebabkan negara kehilangan hasil berbilion rm setiap tahun.
4. Alhamdulillah & tahniah kepada kerajaan madani yang berani mengambil langkah pencegahan ketirisan subsidi diesel yang telah berlaku sekian lama. Dengan itu ketirisan berbilion rm setahun dapat di hentikan & boleh di manafaat/belanja untuk meningkatkan kemudahan infrastructures rakyat spt pembinaan bangunan2 baru sekolah, klinik, jalanraya dll.
5. Kes penyeludupan diesel mungkin akan terus berlaku kerana harga rm3.35 seliter masih rendah berbanding dengan harga di thailand, singapura dll negara asean. Namun ketirisan hasil negara melalui penjualan diesel secara pukal sebelum ini tidak lagi akan berlaku.
Nota:
Rasionalisasi di sebalik Pengapungan Harga Diesel;
1. Harga diesel tidak naik. Sebaliknya harga RM 3.35 per liter adalah harga sebenar tanpa subsidi.
2. Pengusaha logistik akan terus menikmati harga diesel RM 2.15 sen per liter dengan kaedah penggunaan _fleet card_ melalui sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 2.0.
3. Pengusaha kenderaan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, bomba dan ambilan terus kekal menikmati harga diesel RM 1.88 per liter melalui sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 1.0
4. Golongan nelayan masih terus menikmati harga diesel RM 1.65 per liter
5. Golongan persendirian dan agri akan membayar diesel RM 3.35 per liter dan akan diberi tunai *RM 200* melalui program BUDI MADANI.
*Mengapa tindakan ini dibuat?;*
1. Menyasarkan subsidi kepada yang sepatutnya.
2. Menoktahkan ketirisan diesel yang merugikan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.
𝗥𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹;
C&P
𝗥𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗗𝗶𝗲𝘀𝗲𝗹;
1. Harga diesel tidak naik. Sebaliknya harga RM 3.35 per liter adalah harga sebenar tanpa subsidi.
2. Pengusaha logistik akan terus menikmati harga diesel RM 2.15 sen per liter dengan kaedah penggunaan _fleet card_ melalui sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 2.0.
3. Pengusaha kenderaan awam darat termasuk bas sekolah, bas ekspres, bomba dan ambilan terus kekal menikmati harga diesel RM 1.88 per liter melalui sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) 1.0
4. Golongan nelayan masih terus menikmati harga diesel RM 1.65 per liter
5. Golongan persendirian dan agri akan membayar diesel RM 3.35 per liter dan akan diberi tunai *RM 200* melalui program BUDI MADANI.
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁?;
1. Menyasarkan subsidi kepada yang sepatutnya.
2. Menoktahkan ketirisan diesel yang merugikan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.
LEBAI SOKONG, TAK KAN WALAUN TAK SOKONG... NOHHH HAIIIHHH..
Yati Al Walauntit
PANTAU LANGKAH PENYASARAN SUBSIDI DIESEL SECARA DEKAT, ELAK KESAN NEGATIF KE ATAS RAKYAT, EKONOMI
PAS mengambil maklum keputusan kerajaan memulakan langkah penyasaran subsidi diesel bermula tengah malam ini menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebentar tadi.
Harga diesel dijangka meningkat kepada RM3.35 seliter berbanding RM2.15 sebelum ini, iaitu bertambah sebanyak RM1.20 seliter. Harga diesel juga dijangka akan dikemas kini mengikut minggu sama seperti harga petrol RON97.
Menurut Amir Hamzah, kerajaan menanggung kos subsidi diesel sebanyak RM1 bilion sebulan dengan anggaran kebocoran mencecah RM4.5 juta sehari.
Katanya, langkah penyasaran subsidi diesel merupakan antara inisiatif penambahbaikan utama dalam kerangka Ekonomi Madani bagi memastikan pengurusan kewangan yang mampan dan menangani masalah kebocoran serius yang berlaku tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.
PAS mengalu-alukan matlamat baik yang digariskan kerajaan berhubung langkah ini, namun pada masa sama berasa perlu menyuarakan kebimbangan berkait pelaksanaannya, terutama sekali kemungkinan kesan negatifnya ke atas kehidupan rakyat.
Selain itu, wujud kebimbangan berhubung kemampuan kerajaan sendiri untuk memastikan matlamat utama yang digariskan dicapai dalam tempoh yang munasabah.
Dalam konteks ini, PAS berharap golongan sasaran seperti pengeluar, perkhidmatan pengangkutan, petani, kumpulan berpendapatan rendah dan lain- lain akan diliputi sepenuhnya bawah langkah pengecualian yang disediakan melalui proses pendaftaran yang mudah diakses.
Ini termasuk peranan proaktif agensi terbabit memastikan mereka dikesan dan dibantu sewajarnya. Kerenah atau ketidakcekapan birokrasi misalnya tidak harus menjadi penghalang dalam hal ini.
Kebimbangan kedua ialah kemampuan kerajaan menangani isu kebocoran serius yang berlaku, terutama daripada aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang dianggarkan berjumlah kira-kira tiga juta liter sehari.
Agensi keselamatan di sempadan, termasuk Jabatan Kastam Diraja, mempunyai peranan besar yang perlu digembleng sepenuhnya bagi memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi sebaiknya.
Dalam pada itu, PAS juga berharap kerajaan akan meningkatkan peranan pemantauan dan penguatkuasaan domestik bagi menghalang pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga atau memanipulasi pasaran yang sudah tentu akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat.
PAS percaya, langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu dipantau keberkesanannya secara dekat oleh kerajaan dan semua langkah perlu hendaklah diambil segera sekiranya terdapat tanda-tanda perjalanannya terseleweng atau tidak menepati sasaran.
Terima kasih.
TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 JUN 2024
Terima kasih Kerajaan Madani.
Che Ibrahim
Kebun ambo dengan kilang sawit tak sampai 2km. Kos diesel untuk Hilux ambo hantar buah sawit ke kilang sekitar rm200 sebulan.
Apabiila Kerajaan Perpaduan melalui program Budi Madani beri Rm200, maknanya ambo boleh minyak free untuk hantar buah sawit ke kilang sawit.
KIRA DUIT SUBSIDI DIESEL
Jamzuri Ardani
Duit subsidi RM200 sebulan tu boleh dapat 59.7 liter diesel.
Jika sebelum ini anda guna 100 liter diesel sebulan, anda belanja RM215 (RM2.15/liter).
Sekarang jika anda guna 100 liter sebulan, anda cuma belanja duit sendiri sebanyak RM135.
Jika anda guna 200 liter sebulan, anda kena belanja duit sendiri sebanyak RM470 sebulan berbanding RM430 sebulan sebelum ini.
Jika penggunaan minyak diesel anda sekitar 190 liter sebulan, maka kos bulanan anda lebih kurang 'breakeven'.
KERETA BOLEH BELI RATUS RIBU.... MINYAK HANG SENGKEK NAK BOH.. APA PUNYA LEKEH
Moh Fairul Al Qasas
Kia Karnival ni harga dia RM200 ribu.
B40,M40 tak layak pakai.
Kalau tuan gaji 8k. Masih layak dapat Budi Madani RM200 sebulan.
Boleh tampung perbezaan pengisian diesel tuan.
Biar otak kita kemas setanding kereta kita.
SIAPA SEBENARNYA YANG PUTUSKAN? BERSATU CAKAP MEREKA SUDAH PUTUSKAN!
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan menentukan ketetapan mengenai status enam Ahli Parlimen Bersatu mengikut peruntukan sedia ada dalam Akta Antilompat Parti 2022 dan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya pada masa ini masih menunggu keputusan Johari jika notis pengosongan enam kerusi itu dibawa ke sidang Dewan Rakyat, akhir bulan ini.
“Kita serahkan (perkara ini) kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat dan tunggu persidangan Parlimen pada (hujung) bulan ini,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat hari ini.
Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat partinya yang tidak mematuhi arahan kepemimpinan terhenti serta-merta.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, dilapor berkata parti tersebut akan menghantar notis kekosongan kerusi selepas keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digugurkan secara automatik, akhir bulan lalu.
NAIKKAN HARGA TERUS ATAU BERFASA.
NAZRI HAMDAN
Naikkan harga diesel secara berfasa atau terus kepada atas RM 3 / liter?
Dua-dua ada pros and cons
Kalau naikkan harga diesel secara berfasa, kenaikan inflasi dapat dikawal dan membolehkan kerajaan monitor pergerakan dalam inflasi. Tekanan kenaikan harga kepada pengguna akan jadi lebih rendah.
Tapi pada masa yang sama, ia akan lambatkan pensasaran semula subsidi RON 95. Kenaikan RON 95 hanya akan dibuat selepas diesel disasarkan semula. Jadi diesel kena setel dulu. Semakin lambat perkara ini dimulakan, semakin sukar kerajaan nak capai sasaran 4.3 peratus defisit tahun ini.
Kesimpulan; naikkan harga diesel terus kepada RM 3.35 adalah tindakan berani tapi berisiko.
KETUA PEMUDA BAWA ISU NI JA KA? TAK ADA ISU LAIN KAH UNTUK UMAT ISLAM DAN KEBAIKAN EKONOMI NEGARA?
Alamak Alamak Alamak
Alamak kantoi lagi,
K.P. PAS fitnah MADANI,
Pangkat saja KP dan MP,
Mulut jahat Hati berdaki,
Sebiji macam SANUSI.......
HANG JANGAN LA TAK BAGI PENERANGAN KAT KAWAN HANG TU. TAPI HANG LOW CLASS PUNYA OLANG
Najib Bakar
Dia gini Nurul Mohamed Yusoff, hang sepatutnya sebagai kawan, kena bagitau member tu kenderaan komersil boleh dapat diesel harga subsidi.
Tapi hang macam biasa la, sebagai politikus low class yang cuma nak hentam musuh, tak bagi pun solusi untuk kawan hang tu.
Rindu sangat nak masuk GLC balik la tu. 🤭
Patutnya habaq kat member hang tu, kena apply fleet card di bawah KPDN di https://www.kpdn.gov.my/ms/perdagangan/perniagaan/pengurusan-industri-petroleum-dan-gas/diesel-bersubsidi-fleet-card
Dia boleh dapat diesel harga subsidi.
Di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0;
"penyasaran subsidi juga diperluaskan kepada
23 jenis kenderaan diesel termasuk kenderaan yang mengangkut hasil pertanian, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jenis kenderaan ini diberikan Fleet Card untuk mendapat diesel yang bersubsidi."
Yang mengenai Budi Madani RM200 sebulan tu cuma untuk orang persendirian, bukan untuk kenderaan perdagangan.
Kenderaan perdagangan yang belum daftar fleet card, simpan resit isi minyak harga pasaran untuk buat tuntutan kembali nanti.
Kesimpulannya, inilah realitinya sekarang.
Kalau puak hampa jadi kerajaan pun, maklumat yang sama juga akan diberi oleh penjawat awam.
Muhyiddin pun pernah sebut, Ismail Sabri pun pernah sebut. Najib, Mahathir, semua pernah sebut.
Kalau tak buat subsidi bersasar, kantung kewangan negara akan ada masalah.
Kerajaan Madani dah hint lama dah mengenai subsidi bersasar ni.
Lepas ni menjadi tugas penguatkuasa KPDN untuk pantau harga barang yang sepatutnya tak naik lah, sebab kenderaan perdagangan ada fleet card untuk dapat harga subsidi.
[panas] MAK LAMPIR DISAMAN LIM GUANG ENG! INILAH HASIL BELAJAR MEMFITNAH...
Lim Guan Eng merujuk kepada mahkamah sivil untuk memaksa Zuraida Kamaruddin membayar ganti rugi atas dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan peruntukan yang dikatakan ditolak untuk membina rumah di lima ladang di Kuala Kubu Bharu.
Lim, yang merupakan bekas menteri kewangan, memfailkan saman fitnah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyasarkan bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu sebagai salah seorang daripada tiga defendan.
Dua lagi defendan ialah editor portal berita dalam talian Malaysianow dan pemiliknya, Mnow Media Sdn Bhd.
Menurut pernyataan tuntutan yang disediakan kepada media, Lim mendakwa Zuraida mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada 10 Mei lalu yang merujuk terus kepada plaintif berhubung projek perumahan bekas pekerja ladang di Bestari Jaya.
Dakwaan itu tertumpu kepada apa yang didakwa berlaku semasa Lim menerajui Kementerian Kewangan antara 2018 dan 2020.
====================================================================================
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan kerajaan tidak berganjak dengan pendirian untuk menjamin kebebasan media di negara ini, namun kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara termasuk menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum.
Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mendukung dan mempertahankan hak serta kebebasan media dalam memberi teguran dan kritikan, malah semangat itu kekal sejak prakemerdekaan negara.
“Pendirian saya dan rakan-rakan dalam jemaah menteri, tiada tindakan diambil atau kawalan terhadap ruang kebebasan wartawan dan media memberi pandangan, teguran dan kritikan.
“Saya beri jaminan semangat (kebebasan media) itu kekal, walaupun timbulkan sedikit keresahan kerana ketegasan kita (kerajaan) tangani isu terkait dengan keselamatan,
fahaman cauvinisme (patriotisme melampau) dan perkauman, atau aliran pelampau agama.
“ … bukannya singgung soal kaum, raja tapi gunakan isu itu untuk pecah belah, porak-peranda (negara),” katanya dalam ucap tama pada majlis Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 pada Malam Wartawan Malaysia 2024 di Kuala Lumpur malam ini.
𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗨𝗠𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟
✍️ Ahmad Mursi0
1. MB Kedah kata semua projek gagal itu swasta yang punya.
2. Masa diumum, dipamirkan itu usahanya dan betapa hebatnya Kerajaan PAS. Hebohnya luar biasa.
3. Ada yang claim kononnya Widad Langkasuka 40bil itu projek 'Game Changer'. Rupanya Sanusi yang kena game.
4. Dia sibuk nak bina Airport KXP Kulim RM7bil dengan syarikat yang tak diketahui reputasinya.
5. Apabila gagal kelak, maka Sanusi akan kata itu projek Swasta, bukan projek kerajaannya. Singkat caranya berfikir.
6. Projek seperti ini, jika tiada kajian yang mendalam, akhirnya kerajaan pusat terpaksa ambil alih apabila swasta tidak mampu menanggung kos operasi. Swasta pula telah untung dari pembinaan projek itu.
7. Tiada satu pun yang sanusi umum berjaya dibuat walhal ini dah masuk penggal keduanya (4 tahun). Di masa depan, jika Sanusi umum projek, kena ingat tipudaya Sanusi ni.
8. Setelah kesemua kegagalan kerajaan PN-PAS Kedah ini, walaun masih menyindir usaha PMX membawa masuk pelabur asing.
9. Pelaburan yang PMX umum itu syarikat besar dan diketahui reputasinya apatah lagi mereka merupakan public listed di negara2 maju.
10. Pengumuman pelaburan seperti Intel, Microsoft, TikTok dll bukan hal yang main-main kerana mereka bertanggungjawab kepada pemegang saham mereka.
11. Pelaburan itu pula tentulah memakan masa untuk mula cipta peluang kerja dan beri kesan ekonomi. Kerajaan Madani belum pun sampai umur 2 tahun.
12. Tapi tidaklah seperti Sanusi yang umum hal yang awal-awal lagi dia sudah berlepas tangan.
SIDANG DUN KELANTAN HANCUR! “KERAJAAN ISLAM” VERSI PAS PAMER BETAPA TERU...
Hampir kesemua soalan lisan berkaitan kebajikan rakyat oleh Adun Kota Lama, YB Dr Hafidzah tidak dijawab. Beliau hanya terpaksa mencelah melalui soalan tambahan.
Adun Perpaduan hanya dua orang tetapi Kerajaan Negeri tidak berani menjawab soalan.
Inikah ketelusan ‘Kerajaan Islam’ yang Pas dakwa boleh hapuskan dosa pengundi-pengundi mereka itu?
Di Terengganu, saya yakin hancur terus. Kerajaan boleh buat sesuka hati dan tiada wakil untuk semak dan imbang (check & balance).
Jika Exco Kelantan jawab sekalipun seperti acuh tak acuh. Tidak kurang juga Exco yang BERBOHONG.
Apabila ditanya oleh Adun Galas sama ada Kelantan pernah menerima geran mengatasi bekalan air atau tidak, Exco menjawab TIDAK PERNAH.
Dua wakil rakyat pembangkang kecewa apabila Persidangan DUN Kelantan selama tiga hari hanya diadakan separuh hari sahaja.
Walhal, Tuan Ibrahim semasa menjadi Menteri menjawab di Parlimen bahawa Kelantan telah menerima RM166 juta.
Siapa sebenarnya berbohong dalam dewan? Exco Pas Kelantan atau Menteri Tebok Atap Pas? Tak ada kumpulan WhatsApp untuk selaraskan pembohongan ke?
Bahkan Tuan Ibrahim pernah jangka dengan bantuan pusat, rakyat Kelantan akan dapat air bersih dalam 30 ke 40 tahun lagi!
Kerajaan pusat juga telah hapus kira hutang RM678 juta semasa Kelantan sertai migrasi air.
Inilah rupanya apabila kerajaan yang dipilih hasil dari indoktrinasi yang salah atas nama agama. Kononnya itu ‘kemenangan Islam’ dengan menaikkan pemimpin yang tidak kompeten.
Walhal, itu bercanggah dengan kehendak Islam dan Maqasid Syar’iyyah yang meletakkan kompitensi (Qawiy) syarat Nombor Satu dalam memilih pemimpin.
Subscribe to:
Posts (Atom)