𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗨𝗠𝗨𝗠𝗡𝗬𝗔 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟


✍️  Ahmad Mursi0


1.  MB Kedah kata semua projek gagal itu swasta yang punya.


2.  Masa diumum, dipamirkan itu usahanya dan betapa hebatnya Kerajaan PAS. Hebohnya luar biasa.


3.  Ada yang claim kononnya Widad Langkasuka 40bil itu projek 'Game Changer'. Rupanya Sanusi yang kena game.


4.  Dia sibuk nak bina Airport KXP Kulim RM7bil dengan syarikat yang tak diketahui reputasinya.


5.  Apabila gagal kelak, maka Sanusi akan kata itu projek Swasta, bukan projek kerajaannya. Singkat caranya berfikir.


6.  Projek seperti ini, jika tiada kajian yang mendalam, akhirnya kerajaan pusat terpaksa ambil alih apabila swasta tidak mampu menanggung kos operasi. Swasta pula telah untung dari pembinaan projek itu.


7.  Tiada satu pun yang sanusi umum berjaya dibuat walhal ini dah masuk penggal keduanya (4 tahun). Di masa depan, jika  Sanusi umum projek, kena ingat tipudaya Sanusi ni.


8.  Setelah kesemua kegagalan kerajaan PN-PAS Kedah ini, walaun masih menyindir usaha PMX membawa masuk pelabur asing. 


9.  Pelaburan yang PMX umum itu syarikat besar dan diketahui reputasinya apatah lagi mereka merupakan public listed di negara2 maju. 


10.  Pengumuman pelaburan seperti Intel, Microsoft, TikTok dll bukan hal yang main-main kerana mereka bertanggungjawab kepada pemegang saham mereka.


11.  Pelaburan itu pula tentulah memakan masa untuk mula cipta peluang kerja dan beri kesan ekonomi. Kerajaan Madani belum pun sampai umur 2 tahun.


12.  Tapi tidaklah seperti Sanusi yang umum hal yang awal-awal lagi dia sudah berlepas tangan.



No comments: