SIDANG DUN KELANTAN HANCUR! “KERAJAAN ISLAM” VERSI PAS PAMER BETAPA TERU...



Hampir kesemua soalan lisan berkaitan kebajikan rakyat oleh Adun Kota Lama, YB Dr Hafidzah tidak dijawab. Beliau hanya terpaksa mencelah melalui soalan tambahan.
Adun Perpaduan hanya dua orang tetapi Kerajaan Negeri tidak berani menjawab soalan.
Inikah ketelusan ‘Kerajaan Islam’ yang Pas dakwa boleh hapuskan dosa pengundi-pengundi mereka itu?
Di Terengganu, saya yakin hancur terus. Kerajaan boleh buat sesuka hati dan tiada wakil untuk semak dan imbang (check & balance).
Jika Exco Kelantan jawab sekalipun seperti acuh tak acuh. Tidak kurang juga Exco yang BERBOHONG.
Apabila ditanya oleh Adun Galas sama ada Kelantan pernah menerima geran mengatasi bekalan air atau tidak, Exco menjawab TIDAK PERNAH.
Dua wakil rakyat pembangkang kecewa apabila Persidangan DUN Kelantan selama tiga hari hanya diadakan separuh hari sahaja. Walhal, Tuan Ibrahim semasa menjadi Menteri menjawab di Parlimen bahawa Kelantan telah menerima RM166 juta.
Siapa sebenarnya berbohong dalam dewan? Exco Pas Kelantan atau Menteri Tebok Atap Pas? Tak ada kumpulan WhatsApp untuk selaraskan pembohongan ke?
Bahkan Tuan Ibrahim pernah jangka dengan bantuan pusat, rakyat Kelantan akan dapat air bersih dalam 30 ke 40 tahun lagi! Kerajaan pusat juga telah hapus kira hutang RM678 juta semasa Kelantan sertai migrasi air.
Inilah rupanya apabila kerajaan yang dipilih hasil dari indoktrinasi yang salah atas nama agama. Kononnya itu ‘kemenangan Islam’ dengan menaikkan pemimpin yang tidak kompeten.
Walhal, itu bercanggah dengan kehendak Islam dan Maqasid Syar’iyyah yang meletakkan kompitensi (Qawiy) syarat Nombor Satu dalam memilih pemimpin.




No comments: