MAHATHIR MUDAH LUPE.


 

ANWAR CARI PASAL LAGI….


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi cabaran kepada seorang pemimpin politik Melayu supaya mendedahkan semua harta peribadi dan aset dimiliki keluarganya.


Tanpa menyebutkan nama pemimpin berkenaan, Anwar mengulangi cabaran itu ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri anjuran kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di Majlis Bandaraya Seremban, dua hari lalu.


“Harta kamu berbilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, jual itu semua, bawa balik dan berikan kepada orang Melayu di Malaysia ini, baru betul jadi Pejuang.


“Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab, berapa bilion dia ada, mana dia dapat wang itu, pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia,” katanya tanpa menyebut nama bekas Perdana Menteri itu.


Di sebalik Tun Mahathir Mohamad kini menggerakkan Proklamasi Melayu, Anwar menegaskan, kerajaan pimpinannya akan terus mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu di negara ini.


“Apa saya khianat untuk orang Melayu? Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu?


“Projek untuk Melayu kami pertahankan dan (projek) sedia ada Jana Wibawa, untuk orang Melayu, kami ambil tindakan sebab apa, ia projek orang Melayu tetapi diberikan kepada orang Cina. Projek Melayu tetapi mereka ‘sakau’ duit.


“Ada tokoh-tokoh Melayu, Tun, Tan Sri yang kaya raya heboh mahu jaga Melayu, mereka kata Anwar sudah tidak boleh harap, (Datuk Seri Ahmad) Zahid tidak boleh pakai, tidak boleh jaga Melayu.


“Saya mahu tanya mereka, apa yang kami serah? Enam bulan kami pegang jawatan, saya beri apa kepada bukan Melayu”, tegasnya Anwar lagi.


Sebelum ini, ketika berucap di Permatang Pauh, Anwar turut mengulangi kenyataannya berkenaan kekayaan yang dimiliki oleh Tun Mahathir, keluarga dan kroninya.


“Ketika mereka berkuasa sibuk memperkayakan sanak saudara. Bila sudah tidak mentadbir negara baru nak bersuara bantu dan selamatkan orang Melayu?


“Saya nak cakap pada pembesar, Tun dan Tan Sri yang kaya ini, kalau betul nak tolong Melayu, apa yang kamu ambil berpuluh bilion selama ini, bagi setengah daripadanya kepada orang Melayu esok.


“Saya harap perkara ini sampai, Tun Mahathir ke Tun Daim saya tak peduli. Berapa kekayaan? RM10 bilion, RM15 bilion?


“Betul nak tolong, nak jadi pejuang, nak selamatkan Melayu? Yang kamu sakau beri semula pada orang Melayu,” katanya dengan nada penuh semangat.


Di sebalik sudah pun disaman oleh Tun Mahathir kerana mendakwa bekas Perdana Menteri itu mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, anak-anak dan kroninya ketika berkuasa dahulu, Anwar nampaknya tidak mengendur walau sedikit pun.


Selepas mendakwa Tun Mahathir mengumpul kekayaan untuk diri sendiri, anak-anak dan kroninya, kemudian meminta menyerahkan separuh daripada kekayaan itu jika benar mahu menolong orang Melayu, terbaru beliau mencabar pula bekas Perdana Menteri itu dan kroninya agar mendedahkan kekayaan yang dimilikinya.


Tidak takut dengan saman sedia ada, Anwar kini seolah-olah mahu disaman sekali lagi, mungkin oleh Tun Mahathir bersama segala kroni-kroninya pula.


Ini benar-benar cari pasal nampaknya…


Pokoknya, kalau Anwar tiada bukti dalam tangannya, beranikah beliau terus garang mengasak Tun Mahathir sedemikian rupa? – ShahbudinHusin 08/05/2023.


https://shahbudindotcom.net/



NAK BELA MELAYU ATAU ANAK SENDIRI. JOM DENGAR PENDEDAHAN INI


 

WANITA BERANI....


 

KEDAH PALING BANYAK LOMBONG HARAM. KAU SALAH DENGAR KOT SANUSI


 

PARTI PELAKON PENIPU TERBAIK


 

SAYA DAH TANYA DIA BANYAK KALI DAH. ANAK ANAK DIA BUKAN RAMAI YANG PANDAI BERNIAGA SANGAT PUN


DIA INGAT DIA SAJA BOLEH HENTAM ORANG. ORANG LAIN TAK BOLEH.


 

PM SELAMAT TIBA UNTUK SIDANG ASEAN


 

BETOI KA HANGPA PEMBOHONG KUAT


120kg bersamaan 120,000 gram. Kalau bahagikan sama rata untuk 10,000 tetamu, seorang dapat 12 gram beras. Kalau lepas dimasak, beras jadi nasi, mungkin dapat sesuap sorang.

Patutlah licin. Sebab tak cukup rupanya. Kedekut la PAS ni. Kalau nak buat rumah terbuka tu, pastikan cukup la. Kesian yang datang. Ikan seluang dalam sungai lebih kenyang dari walaun.

Ini masalahnya bila nak menunjuk. Konon dengan kehadiran rumah terbuka menampakkan sokongan kepada PAS. Terdesak nak lawan Rumah Terbuka Madani. Sampai tak periksa fakta. Macam budak budak perangai. Guane boh?

Raja Gelap

.



Cerita 18,000 cucuk satay dan 15 ekor kambing golek untuk 50,000 orang serta 120kg beras untuk 10,000 orang tu, tak pastilah betul atau tidak.

Tapi yang pastinya, beribu orang Melayu kena tipu dek lakonan lebai yang tunggang agama demi nak meraih undi. Yang ini tak boleh disangkal lagi.

Guane boh?

Raja Gelap


LAH...TUA TUA PUN PIANG ...DOK LOKAP..NOHHH...





Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki memuat naik tiga hantaran di Facebook bersifat provokasi dan berunsur hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang menggunakan nama akaun Facebook Nong Mazlan itu ditahan di Kampung Hulu, Melaka, kelmarin.

INGAT ZAMAN DENGAR MUKTAMAR LAM KEBUN GETAH KOT

 

IBRAHIM MAT ISA


Nak mohong pun tak agak-agak dah surat khabar parti seluang makan taik nie.. Islam mai tang mana kalau

May be an image of 2 people and text
All reactions:
38

 tulis berita pun temberang? Netizens tengok Kut sambutan macam mana...

Ingat ni zaman parti seluang muktamar dalam kebun getah ke?

Dajal semata-mata dajal!

 

DMY TU MENATANG APA. TAKKAN LAK ABAHCOW..KAH..KAH

 

Tayangan perdana malam tadi. Dengar khabar padat dengan penonton. Logo DMY tu menatang apa boleh cerita sikit? Ramai yang muncul saat akhir dapat jemputan. Hebat.Tapi boleh saja tunggu dalam TV . Tak lama masuk panggung astro . Semua boleh tengok.




KJ NAK TUNGGU PKR JEMPUT SERTAI PARTI KOT


 

UNTUNG DAPAT CIUM TANGAN ATOK


 

MB KEDAH. NI ADA ORANG TANYA.


 

PAS DULU HANYA HITAM DAN PUTIH. LA...YELLEK.


 

DI LUAR SEMBANG BAB MELAYU LA SANGAT DALAM DEWAN SEKALI TAK NAMPAK MUKA BERDEPAN.


 

PENAT PENAT PN NAIK 42- DAH BAWA TURUN SEMULA PERPADUAN 26.99






SETAHUN SUDAH BERLALU



 

TUNAI HAJI ATAU UMRAH KENA DOA YANG BAIK BAIK.


 

JAMUAN HARI RAYA PALING KEDEKUT DAN BODOH PERNAH DIHADIRI


 

INILAH KERUSI SAYA DAHULUNYA.


 Terpisah dan dipisahkan daripada UMNO dek kerakusan ingin kekal berkuasa, setelah 25 tahun berlalu, Anwar Ibrahim akhirnya berjaya kembali dengan sempurna ke tempat di mana beliau pernah dipecat sebelum ini….



Menonton filem Anwar: The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah, keluarga dan teman-teman semalam.

 









ANWAR IBRAHIM


Menonton filem Anwar: The Untold Story buat kali pertama bersama Azizah, keluarga dan teman-teman semalam.

Sejujurnya, saya tersentuh dengan filem ini yang mengangkat kisah perjuangan politik saya.

Filem ini juga mengingatkan saya tentang perit dan beban yang ditanggung Azizah, anak-anak dan teman.

Walau keseluruhan dialog dan penceritaan tidak sama secara total, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.

Salut saya buat pasukan produksi yang pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama puluhan tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

#MalaysiaMADANI

 

KAH..KAH..KAH....


Muaaaaahahahahahahahaha.... Owhhhh selama ni setiap posting yang korang keluar kan siap dengan dalil dari Al-Quran dan Hadis tu FITNAH? Ish ish ishhhh... Belalang... Belalang.






Langkah BNM naikkan OPR lindungi pertumbuhan ekonomi


 

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah terkawal demi memastikan aliran wang ke dalam ekonomi Malaysia adalah pada tahap yang optimum, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.



Timbalan Presiden KEADILAN itu menegaskan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan OPR kepada 3.00 peratus berbanding 2.75 peratus sebelumnya adalah berdasarkan tanggungjawab untuk pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang dan tidak ada sebarang campur tangan politik.



Mengenai keputusan itu, kerajaan katanya harus menghormati budi bicara bank pusat itu untuk menentukan polisi kewangan yang terbaik dengan situasi ekonomi negara.



"Saya pernah sebut sebelum ini, kalau orang politik mempunyai kebebasan penuh untuk menentukan OPR, maka senanglah (kerajaan) nak pinjam duit.



"Sebab itu BNM diberi tanggungjawab melihat kesan-kesan ini dan melaksanakan tindakan yang perlu.



"Cuma kita juga berhati-hati untuk menghormati (budi bicara) dan perlu ada timbang tara dari segi penetapan kadar OPR atau kesan sebenarnya untuk mengawal aliran wang ke dalam ekonomi," kata Rafizi pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Ekonomi di Putrajaya.



Mengulas lanjut mengenai keputusan BNM itu beliau menjelaskan, ia adalah tindakan awal sebagai persediaan untuk berdepan dengan kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.



"Kerana ia bukan soal inflasi semata-mata, ia juga soal kemasukan wang ke negara ini. Jurang kadar OPR kita dengan Amerika Syarikat dan negera serantau masih besar iaitu antara 2 peratus.



"Jadi kalau Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah mereka dalam masa terdekat, jika tidak ditangani dengan baik, itu akan menyebabkan dana atau portfolio pelaburan keluar dari Malaysia ke negara-negara lain," tambahnya.



Rafizi turut mengingatkan bahawa ekonomi global ketika ini sudah beralih kepada situasi seperti sebelum pandemik, sekiranya OPR tidak dinaikkan, ia berisiko menyebabkan pelaburan tidak masuk ke Malaysia.



Situasi itu jelasnya akan menyebabkan mata wang negara terus melemah yang natijah dari keadaaan itu boleh melonjakkan harga barangan keperluan rakyat.

 

Banyak projek di Kedah perlahan, terjejas di bawah Pas


 Beberapa projek pembangunan di negeri Kedah tidak diurus dengan baik sehingga menyebabkan pembangunan projek perlahan dan terjejas, dakwa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.



Datuk Zamri Yusuf (gambar, bertopi merah) yang dipetik berkata, perkara itu berlaku ekoran beberapa isu yang tidak diberi perhatian dengan betul oleh Kerajaan Negeri.



Ekoran masalah projek sedia ada, beliau melahirkan kebimbangan bahawa negeri itu akan sukar mendapat projek-projek pembangunan baharu dari Persekutuan.

"Ada projek yang terjejas kerana masalah pengambilan tanah serta terkait beberapa isu dengan masyarakat setempat. Untuk menyelesaikan isu tersebut, kerajaan negeri perlu beri perhatian penuh.



"Sebagai contoh dalam isu pengambilan tanah, kerja yang perlu dilakukan bukan setakat wartakan saja sebaliknya selepas itu perlu ada tindakan susulan termasuk persetujuan ramai terhadap kerja yang hendak dilaksanakan," katanya dipetik Utusan.



Beliau memberi contoh beberapa projek yang bermasalah termasuk pembinaan lima loji rawatan air (LRA) yang ada antaranya baru mencapai tahap 10 peratus dalam tempoh tiga tahun.



Selain itu rancangan tebatan banjir juga statusnya tidak berkembang sejak Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan isu lencongan di Gunung Keriang serta Kuala Sungai pada 2019 dan 2020 ketika menjadi Kerajaan Negeri sebelum ini.



"Jadi apabila Menteri Besar tidak teruja dengan pengumuman RM1.6 bilion baru-baru ini kerana mendakwa ia hanya projek sudah diumum dan diusahakan kerajaan terdahulu, maka itu sebenarnya menjadi bukti Kedah sukar mendapat projek baharu kerana projek-projek sebelum ini pun banyak terjejas dan berjalan terlalu perlahan," katanya



Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada sidang akhbar projek menggantikan Jambatan Manjalara di Jalan Putra di Alor Setar semalam.



Penggantian Jambatan Manjalara oleh Kerajaan Persekutuan itu jelasnya dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025 bakal memberi manfaat besar tidak hanya kepada lalu lintas di situ malah aspek pelancongan di Alor Setar.



"Jambatan baharu ini akan berada di kedudukan lebih tinggi berbanding paras sungai, sekali gus membolehkan aspek pelancongan menelusuri Sungai Kedah boleh dilaksanakan dengan lebih lancar ke lokasi lebih jauh menggunakan bot.



"Selain itu, jambatan ini juga secara keseluruhannya akan memiliki empat lorong berbanding cuma tiga sebelum ini. Keadaan itu akan membantu mengurangkan kesesakan terutamanya di waktu puncak," katanya.

 

MODAL LAPOK MENGGUNAKAN ISU BANGSA DAN AGAMA


 

MAHATHIR TERUS TERUSAN NAK BENGGONGKAN MELAYU


 

TOK SAH SEMBANG LA. HANG JAGA NEGERI HANG PUN AYAQ TAK DAK. NAK KEMPEN DI SELANGOR....JAUH LANGIT NGAN BOMI...


 

AGAK AGAK ADA YANG MAMPU DI PIHAK PEMBANGKANG UNTUK HADIR FORUM MACAM NI ? NAK JUMPA WARTAWAN PUN TAKUT.


 

14 MEI INI LENGKAPLAH JEJAK KASIH ANWAR DENGAN UMNO



Selepas dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dihalau daripada parti itu pada 1998, tarikh 7 Februari lalu adalah detik bersejarah bagi Anwar Ibrahim kerana buat pertama kali dapat menjejakkan kakinya semula ke Bangunan UMNO di Menara Dato’ Onn, WTCKL.

Beliau hadir ketika itu untuk mempengerusikan mesyuarat sulung Seketariat Kerajaan Perpaduan yang melibatkan wakil parti-parti yang berada dalam kerajaan perpaduan.

Siapa sangka ketika Tun Mahathir Mohamad memecat beliau 25 tahun lalu dengan tujuan untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri, tetapi akhirnya, selain dapat menjejakkan kaki semula ke Bangunan UMNO yang penuh kenangan itu, lebih manis lagi kerana kembalinya Anwar kali ini selepas suku abad berlalu ialah bersama jawatan Perdana Menteri yang pernah cuba dijauhkan daripadanya.

Dua hari lalu iaitu 7 Mei, satu lagi sejarah indah datang menerkam dalam kehidupan Anwar.

Kali ini beliau bukan saja datang lagi ke Bangunan UMNO, malah mempengerusikan mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan di Tingkat 39, Menara Dato’ Onn iaitu tempat di mana beliau dipecat pada 1998 dahulu.

Anwar sempat mengimbas memori pahit masa lalu itu dengan memegang kerusi tempat di mana bellau pernah duduk sebelum dipecat dan dihalau daripada UMNO oleh Tun Mahathir.

Terpaling manis sekali, bersama kedatangannya kali ini sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Seketariat Kerajaan Perpaduan, beliau akhirnya dapat duduk di kerusi orang yang memecatnya yang ketika itu adalah Presiden UMNO.

Selain Anwar berjaya kembali ke Bangunan UMNO selepas 25 tahun berlalu, dapat melihat kembali kerusi yang pernah didudukinya sebelum dipecat dan duduk di kerusi orang yang memecatnya, orang yang memecatnya itu pula kini sudah tersisih jauh daripada UMNO.

Begitulah hebatnya kuasa Tuhan menguji kesabaran dan ketahanan jiwa seseorang yang kental dalam perjuangan serta dalam masa yang sama seperti memberi hukuman kepada pihak yang merasakan terlalu megah dengan kuasa yang ada dalam tangan.

Semua ini adalah pengajaran kepada kita semua bahawa dalam kehidupan di dunia ini, janganlah terlalu megah dan gah dengan kuasa yang hadir bersama jawatan kerana kuasa Tuhan sebenarnya lebih agung dan tak terjangkau oleh manusia untuk memikirkannya.

Dalam kes Anwar ini, bukan saja beliau sendiri barangkali tidak menjangka dapat kembali ke Bangunan UMNO, Tun Mahathir yang memecatnya dan kebanyakan rakyat Malaysia juga tidak menjangka sedemikian takdir Tuhan ditentukan untuk kita semua menyaksikannya.

Melalui dua tarikh itu – 7 Februari dan 7 Mei – Anwar dan UMNO seperti dipertemukan dalam episod jejak kasih layaknya.

Begitu pun, pada 14 Mei akan datang ini apabila berlangsung Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, WTCKL, sekali lagi sejarah indah akan tercipta buat Anwar.

Anwar dipecat pada 1998 dan kali terakhir beliau menjejakkan berada di Dewan Merdeka tentunya ialah ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 1997.

Lebih sedikit daripada 25 tahun berlalu, kembalinya beliau ke Dewan Merdeka pada 14 Mei nanti adalah sebagai Perdana Menteri merangkap Pengerusi Seketariat Kerajaan Perpaduan yang dengan sendirinya melayakkannya sekali lagi duduk di kerusi Tun Mahathir pernah duduk sebelum ini.

Kalau Tun Mahathir sebelum ini duduk di kerusi itu sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, Anwar pula duduk di kerusi yang sama di Dewan Merdeka sebagai Presiden PKR, Pengerusi PH, Pengerusi Seketariat Kerajaan Perpaduan serta Perdana Menteri.

Dipecat, dihalau dan diketepikan daripada UMNO, tetapi akhirnya Anwar berjaya kembali ke tempat di mana beliau dipecat dahulu bersama jawatan idaman yang dengan gigih pernah cuba dipisahkan daripadanya.

Dengan itu, selepas itu 14 Mei nanti, boleh dikira lengkap atau sempurnalah jejak kasih antara Anwar dengan UMNO yang terpisah selama 25 tahun lamanya.

Seorang pemimpin UMNO ketika saya berbual-bual dengannya sambil menceritakan renteran ini lantas berkata, jejak kasih Anwar dengan UMNO sebenarnya masih belum sempurna lagi.

Kata beliau, ia hanya sempurna jika setelah Anwar kembali semula kepada UMNO atau dapat membawa PKR yang dipimpinnya bergabung dengan UMNO menjadi sebuah parti yang lebih besar untuk rakyat Malaysia.

Mungkinkah ia akan menjadi kenyataan? – ShahbudinHusin 09/05/2023.

https://shahbudindotcom.net/