Pertemuan timbalan PM kedua dan ketua pembangkang langkah mengukuhkan demokrasi (Malay/English)
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pertemuan antara timbalan PM kedua Fadillah Yusof bersama ketua pembangkang parlimen Hamzah Zainudin, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Beluran Ronald Kiandee.
Bersih mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang dan kerajaan
persekutuan yang kini boleh duduk semeja.
Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik
negara dengan kerajaan dan pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi
merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik.
Bersih melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan
proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli
politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara.
Bersih sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan
satu persefahaman di antara kerajaan dan pembangkang supaya mereka dapat
bekerjasama serta bersaing secara profesional bagi menjana kestabilan politik,
seterusnya membantu proses pembangunan negara dan mengurangkan sengketa politik
yang tajam sehingga tidak ada ruang perbincangan.
Bersih berharap melalui perbincangan ini dapat membuka jalan
kepada satu memorandum persefahaman (MoU) seperti yang dilaksanakan semasa
zaman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
MoU boleh meliputi 10 reformasi yang melibatkan reformasi
pilihan raya dan reformasi institusi seperti yang dikemukakan di dalam
memorandum #Reformasi100peratus oleh Bersih seperti:
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
1.
Reformasi lantikan ahli-ahli dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) melalui pembentukan jawatankuasa tetap parlimen hal ehwal pilihan
raya (standing committee) untuk menyemak proses dan memberi maklum balas kepada
perdana menteri dalam proses lantikan ahli SPR
2.
Reformasi menyahklasifikasi laporan pembaikan sistem dan
undang-undang pilihan raya
3.
Reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya
4.
Reformasi pendanaan politik
5.
Reformasi persempadanan semula kawasan pilihan raya
6.
Pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya
7.
Moratorium kepada pemberian “DNAA” (pelepasan tanpa pembebasan)
oleh peguam negara dalam kes rasuah
8.
Memperkasa institusi Parlimen Malaysia melalui rang
undang-undang perkhidmatan parlimen dan meminda peraturan mesyuarat Dewan
Rakyat
9.
Menggubal akta penggal tetap parlimen demi kelangsungan
kestabilan politik
10.
Penggubalan akta peruntukan kawasan
READ MORE: Anwar's first anniversary as PM: Fix the economy
and hasten reforms
Susulan daripada pertemuan antara ketua pembangkang dan timbalan
PM kedua baru-baru ini, Bersih berharap natijah yang baik dan segera dapat
terhasil.
Peruntukan pembangunan kawasan yang telah lama dinafikan kepada
ahli parlimen pembangkang dapat segera diberikan bagi membantu rakyat di
peringkat bawah.
Peruntukan ini juga harus segera digubal menjadi satu
undang-undang agar formula peruntukan, mekanisme agihan dan perbelanjaan serta
keperluan pengauditan untuk ketelusan penggunaan dapat dirumuskan bagi
mengelakkan salah guna peruntukan tersebut.
Ini adalah satu parameter yang penting yang perlu dibincangkan
antara pembangkang dan juga kerajaan persekutuan. – Bersih
'Saya bukan hero' - Akmal bidas Siti Kasim, Tuduhan Wan Saiful fitnah! |...
DATA SIAPA YANG DIBOGELKAN?
Iswardy Morni
SARAWAK PAY:
Sarawakpay (Spay) adalah satu sistem pembayaran tanpa tunai yang dibangunkan oleh SiliconNet Technologis Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Spay mengambil data perbadi anda dan di simpan di dalam server yang di miliki oleh Silicon Technologies.
Namun begitu, Silicon technologies tidak menggunakan perkhidmatan payment gateway mereka sendiri. Sebaliknya, pada April 2019, mereka bekejasama dengan sebuah syarikat yang di namakan sebagai Union Pay.
Siapa Union Pay?
Union pay adalah sebuah syarikat yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan China yang berpengkalan di Shanghai.
Di dalam Website Spay Sendiri, dalam laman Private Policy sarawak pay. Spay menulis:
In order to provide you with push notification services, S PAY GLOBAL integrates with Jiguang JPush Software Development Kit (SDK), which will collect your device information.
Terjemahan:
Untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan pemberitahuan dorongan, S PAY GLOBAL mengintegrasikan dengan Jiguang JPush Perisian Pembangunan Kit (SDK), yang akan mengumpul maklumat peranti anda.
Siapakah Jiguang?
Jiguang adalah sebuah syarikat di China yang beroperasi menyediakan platform kewangan tanpa tunai yang di kenali sebagai UnionPay yang 100% pemilikan adalah Kerajaan China.
Sistem PADU:
Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu
1. Kementerian Ekonomi,
2. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan
3. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan penglibatan data dari lebih 300 agensi kerajaan.
Jadi - YB Karim... Dari dua ni, data mana yang berkemungkinan boleh bocor keluar dan menyebabkan kerajaan dan rakyat TERBOGEL?
RENTASAN 1573 | WAN SAIFUL DICABAR BUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENDEDAHAN...
Latihan TVET: Selangor perkenal program peningkatan skil, pendapatan tinggi
Kerajaan Selangor telah
melaksanakan program latihan kemahiran TVET dan peningkatan skil bagi
membolehkan graduan teknikal memperolehi kerjaya berpendapatan tinggi.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri
Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya
Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.
Menurut Amirudin, peningkatan
skil dan latihan TVET merupakan salah satu manifesto utama pilihan raya negeri
Pakatan Harapan menerusi janji "5 tekad 5 tahun" untuk menghasilkan
100,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.
"(Hal) itu yang kita buat
dan kita cuba pastikan untuk memperbaiki eko-sistem kita, teknikal dan
vokasional untuk memastikan kita boleh mencapai dan dapatkan palajar terbaik
dan jadikan mereka pekerja berskil tinggi dan tawarkan mereka pekerjaan
berpendapatan tinggi.
"Terdapat banyak sektor
elektrik, elektronik, bio-teknologi, aero-angkasa dan berasaskan rel di
Selangor.
"Kita terus berkomunikasi
dengan industri, apa sektor yang perlukan dimasukkan, jenis skil, tranformasi,
digitalisasi juga industri IR 4.0," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan ekspo.
Kata Amirudin, pendidikan yang
mempunyai rantaian langsung dengan pihak industri telah dimulakan di Selangor
yang mana mesin industri teknologi terkini dipinjamkan dari kilang pelabur luar
untuk digunakan di institut latihan pelajar TVET.
Pelajar yang dilatih dalam
setahun dan mahir dalam pengendalian mesin berkenaan, katanya, kemudian
ditawarkan berkerja kepada industri besar dengan gaji yang lumayan.
"Kita nak lengkapkan
kesemua eko-sistem (latihan TVET). Selepas ini kita nak tengok pembinaan modul.
Modul itu akan dibuat oleh pensyarah kita agar boleh maching (latihan dan
keperluan industri).
"Selepas itu kita akan
masuk ke sekolah sekolah supaya boleh membentuk pelajar tingkatan 3 hingga 5 ke
arah bidang apa," katanya lagi.
Tambah Amirduin, peringkat
seterusnya agensi Kerajaan Negeri akan menjadi pelengkap kepada usaha
pelaksanaan pelan latihan kemahiran kebangsaan yang dilaksanakan di bawah
Kerajaan Persekutuan.
Katanya, Selangor akan
menyediakan industri dalam jalinan kerjasama untuk dirangkaikan dengan sekolah
agar keperluan latihan dan modul lebih berasaskan keperluan sebenar industri
untuk memudahkan para guru menyediakan murid murid yang sesuai mengikuti bidang
kemahiran yang diperlukan.
Ekspo selama 2 hari itu
menyaksikan sebanyak 30 booth pameran disediakan untuk orang ramai mengetahui
latihan TVET yang disediakan. Juga terdapat booth dari jabatan beruniform
seperti imigresen, kastam dan sebagainya.
Kerajaan perlu tenaga mahir, anak muda perlu ambil peluang latihan TVET
Latihan TVET atau kemahiran
teknikal industri menjanjikan masa hadapan yang cerah kepada anak muda
Malaysia.
Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr
Gunaraj George berkata, anak muda dari keluarga berpendapatan rendah
terutamanya harus meneroka peluang latihan TVET bagi merobah kehidupan mereka
pada masa akan datang dengan memperolehi tawaran pekerjaan berpendapatan
tinggi.
"Saya secara peribadi
beritahu untuk golongan berpendapatan rendah, sekarang Kerajaan Madani
peruntukkan RM6.8 bilion kepada kementerian tertentu untuk laksanakan program
TVET.
"Program ini dilaksanakan
percuma (latihan). Apa yang mereka (peserta perlu) bayar setahun tak sampai
RM1,200. Itu pun ada yang datang ke pejabat Pusat Khidmat DUN Sentosa (untuk
dapat bantuan). Kita bantu. Tetapi pastikan pendidikan tenaga mahir sampai
untuk anak anak kita.
"Kerajaan sekarang
perlukan tenaga mahir. Jadi tak perlu kita bergantung kepada warga asing. Ini
satu agenda kerajaan yang cukup baik, semua kena mainkan peranan untuk pastikan
agenda ini berjaya," katanya kepada pemberita usai majlis perasmian Ekspo
Pendidikan TVET dan Kerjaya Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.
Dr Gunaraj yang merupakan
antara pihak yang menjayakan ekspo berkenaan turut mengucapkan penghargaan
kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan padu untuk menjayakan program dua
hari berkenaan.
Katanya, beliau teruja dengan
30 sekolah dari seluruh Selangor yang menghantar berbas bas pelajar untuk
mengikuti ekspo berkenaan. Juga NGO yang menghantar anak muda bagi membuka
minda mereka dalam peri pentingnya latihan TVET.
"Kehadiran pagi ini lebih
1,200. Untuk dua hari kita jangka lebih 3,000 orang anak muda hadir.
"Saya ucap terima kasih
kepada NGO yang hantar pemuda untuk dapat pendedahan pentingnya TVET membentuk
tenaga mahir ini," katanya.
STATUS PELABUHAN BINTULU- BUKAN HANYA DI MULUT! TERIMA KASIH PMX DAN MALAYSIA MADANI!
PALATAO
Nazri Hamdan
Tadi saya ternampak posting ni.
Tapi senarai kereta yang ditulis itu semua kereta marhaen.
Tapi bukankah kereta marhaen akan dapat subsidi bersasar?
Saya tak nampak perkataan subsidi bersasar di situ
Kalau risau sangat pasal apungan harga petrol, pergilah daftar PADU
Betol tak saya cakap di sosial media ni ramai palatao?
Lebai yang tak reti membumi ...
Mukhlis Eddie
Memalukan apabila membiarkan rakyatnya mengalami keperitan hidup sementara lebai²nya bermewahan.
"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir" - Ahmad Marzuki Pengkalan Chepa 🤦.
KINI MAS CATAT KEUNTUNGAN.
Zuwairi Mohd Yusof
MALAYSIA di landasan tepat dan terbaik bawah MADANI PH BN pimpinan ANWAR IBRAHIM PMX.MAS yang asyik rugi di bawah beberapa kerajaan sebelum ini akhirnya kembali mencatatkan keuntungan selepas sekian lama.
MADANI PH BN harus anda pertahankan ramai2 PRU16 supaya agensi2 lain seperti FELDA,LTAT Lembaga Tabung Angkatan Tentera,KTM Keretapi Tanah Melayu dan sebagainya boleh ikut jejak langkah TABUNG HAJI dan MAS.
Potensi yang ada pada MAS di gandingkan pula dengan gergasi bola sepak dunia MAN UTD menghasilkan kombinasa menarik dan menakjubkan untuk tahun2 mendatang kepada MALAYSIA,MAS dan MANCHESTER UNITED.
GO GO MAN UTD.
Saya MENGHINA kalimah Allah!?Wartawan baru belajar menulis kot
Saya MENGHINA kalimah Allah!?
Pagi ni, berdesup whatsapp msg masuk ke phone saya. Ramai tanya....
"Betul ke IK kena saman RM2 juta kat Dubai???"
Terkejut unta dibuatnya saya baca msg2 pagi2 ni sebelum nak sahur.
Sampai la ada sorang kawan saya ni hantar link seperti screen shot di bawah;
"Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"
Pastu siap letak besar2 muka saya yang hensem tu.
Laaaa....
Camnilah media "tabloid" di Malaysia nak meraih views dan pembaca. Buat tajuk panas macam tu, pastu letak muka abang Dubai hensem supaya menjadi click bait untuk orang baca.
Screen shot ni juga tular di TikTok. Habis la semua adik2 TikTok fikir abang Dubai depa dah masuk penjara, tahun 2029 baru keluar.
Dah la ramai orang suka baca tajuk je tanpa baca sepenuhnya. Allahu...
Malaysia Gazette ni pun satu. Buat tajuk panas dan letak muka saya macam tu kenapaaa???
Konteksnya, baru2 ini saya buat perkongsian kat FB tentang di Dubai, HUKUMAN jika menghina agama adalah RM2 juta & penjara. Just nak share betapa strict hukumannya di Dubai, tu je...
Sepatutnya, tajuk Malaysia Gazette adalah:
"Irfan Khairi kongsikan Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"
Pastu baru lah letak muka saya yang hensem tu...
Baru la orang tak salah faham dan takut terjadi fitnah pula time2 bulan Ramadan ni kan?
Apa pendapat anda?
Saya dapat mengeluh je la. Takpe lah... yang penting hensem 😅
***
Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.
Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 - RM1000 pun pastinya membantu kan?
Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tapi tak tahu cara dan di mana nak mula, tak tahu nak jual apa? ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com
Saya kongsikan perniagaan sambilan dari rumah yang terbaik dan menguntungkan untuk anda mula.
-ik
dubai
PS: kepada penulis MG Khairulanwar Yahaya, mintak tolong ejas sikit tajuk tu brooo.... kasi manis sikit sempena Ramadan. Bolehhh?
PMX JUMAAT DI MASJID PUTRA.
Alhamdulillah. Saya dan beberapa Ahli Jemaah Menteri sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra usai urusan rasmi kami.
Khutbah Jumaat bertajuk ‘’Ramadan: Medan Ujian Sabar” jelas mengingatkan hadirin pentingnya mengawal nafsu dan emosi di bulan mulia ini tika berhadapan pelbagai ujian serta cabaran.
Intiha, saya sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan orang ramai sebelum kembali melaksanakan tugas di pejabat.
#MalaysiaMADANI
SAH GPS bagi arahan hentikan mengisi PADU.
Iswardy Morny
Tular mengenai arahan di Sarawak agar pejabat daerah memberhentikan pengisian borang dan online Pengkalan Data Utama (PADU) kepada rakyat Sarawak walaupun masih ada berbaki 9 hari lagi sebelum PADU ditutup pada 31 Mac ini.
Arahan tersebut di sahkan oleh beberapa pihak termasuk pihak GPS sendiri atas alasan "Keselamatan".
Apakah itu alasan sebenar? Atau ia hanya satu tikar untuk menutup bangkai yang amat besar?
Pelik, satu sistem yang diluluskan oleh kabinet (termasuk menteri dari GPS) kini menghentikan pendaftaran sistem tersebut pada saat akhir. Apakah GPS tidak mahu rakyat Sarawak mendapat subsidi atau ada sesuatu lain yang tersembunyi?
Kita tunggu nanti
LAGI KES PUKUL PELAJAR DALAM ASRAMA HINGGA MATI
Mohd Fairul
Bila kejadian ini berlaku di bulan Ramadan, teringat pula kes yang pelajar UPNM tahun 2017 yang lepas. Juga berlaku di bulan puasa. Dibelasah beramai-ramai oleh rakan-rakan, siap kena seterika lagi dan akhirnya meninggal dunia.
Kali ini di Kolej Vokasional pula. Entah hantu apa yang merasuk budak-budak ini hingga tergamak membelasah hingga membunuh rakannya yang berusia 17 tahun. Berat ujian untuk keluarga ini. Semoga pelaku dihukum dengan hukuman yang seberatnya
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.
PERASAN MANTOP. OTAK CIPUT JA.
W. Faudzin
Kantoiii sudah...kata bukan sekolah, sebab tu tak daftar bawah KPM. Kata badan aktiviti parti.
Kerajaan Madani lah yang telah menambah peruntukan lebih tinggi kepada sekolah-sekolah agama berbanding dari zaman kamu perintah, itu dikira serang sekolah agama ke?
Kerajaan nak bantu pun dipandang serong. Jenis ustaz apa ni?