Pertemuan timbalan PM kedua dan ketua pembangkang langkah mengukuhkan demokrasi (Malay/English)

 




Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pertemuan antara timbalan PM kedua Fadillah Yusof bersama ketua pembangkang parlimen Hamzah Zainudin, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Beluran Ronald Kiandee.

Bersih mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang dan kerajaan persekutuan yang kini boleh duduk semeja.

Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik negara dengan kerajaan dan pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik.

Bersih melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara.

Bersih sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan satu persefahaman di antara kerajaan dan pembangkang supaya mereka dapat bekerjasama serta bersaing secara profesional bagi menjana kestabilan politik, seterusnya membantu proses pembangunan negara dan mengurangkan sengketa politik yang tajam sehingga tidak ada ruang perbincangan.

Bersih berharap melalui perbincangan ini dapat membuka jalan kepada satu memorandum persefahaman (MoU) seperti yang dilaksanakan semasa zaman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

MoU boleh meliputi 10 reformasi yang melibatkan reformasi pilihan raya dan reformasi institusi seperti yang dikemukakan di dalam memorandum #Reformasi100peratus oleh Bersih seperti:

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

1.    Reformasi lantikan ahli-ahli dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pembentukan jawatankuasa tetap parlimen hal ehwal pilihan raya (standing committee) untuk menyemak proses dan memberi maklum balas kepada perdana menteri dalam proses lantikan ahli SPR

2.    Reformasi menyahklasifikasi laporan pembaikan sistem dan undang-undang pilihan raya

3.    Reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya

4.    Reformasi pendanaan politik

5.    Reformasi persempadanan semula kawasan pilihan raya

6.    Pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya

7.    Moratorium kepada pemberian “DNAA” (pelepasan tanpa pembebasan) oleh peguam negara dalam kes rasuah

8.    Memperkasa institusi Parlimen Malaysia melalui rang undang-undang perkhidmatan parlimen dan meminda peraturan mesyuarat Dewan Rakyat

9.    Menggubal akta penggal tetap parlimen demi kelangsungan kestabilan politik

10.            Penggubalan akta peruntukan kawasan

READ MORE:  Anwar's first anniversary as PM: Fix the economy and hasten reforms

 

Susulan daripada pertemuan antara ketua pembangkang dan timbalan PM kedua baru-baru ini, Bersih berharap natijah yang baik dan segera dapat terhasil.

Peruntukan pembangunan kawasan yang telah lama dinafikan kepada ahli parlimen pembangkang dapat segera diberikan bagi membantu rakyat di peringkat bawah.

Peruntukan ini juga harus segera digubal menjadi satu undang-undang agar formula peruntukan, mekanisme agihan dan perbelanjaan serta keperluan pengauditan untuk ketelusan penggunaan dapat dirumuskan bagi mengelakkan salah guna peruntukan tersebut.

Ini adalah satu parameter yang penting yang perlu dibincangkan antara pembangkang dan juga kerajaan persekutuan. – Bersih

 

'Saya bukan hero' - Akmal bidas Siti Kasim, Tuduhan Wan Saiful fitnah! |...




Antara paparan Sekilas Fakta 22 Mac 2024: 1) Hamzah sahkan terima draf peruntukan pembangkang 2) 'Tuduhan Wan Saiful fitnah!' - 2 MP Bersatu nafi pujuk sokong PM 3) PN mungkin penyelamat usaha kerajaan pinda perlembagaan 4) Lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 hina Islam isu stoking 5) Kertas siasatan selesai, polis cadang tuduhan jenayah pada KK Mart, pembekal 6)'Saya bukan nak jadi hero tapi agama saya dihina' - Akmal balas Siti Kasim 7) KM Melaka pertahan Akmal lantang isu stoking kalimah Allah 8) Aplikasi KK Mart digodam, tertera 'Amaran Terakhir'







DATA SIAPA YANG DIBOGELKAN?


Iswardy Morni



SARAWAK PAY:


Sarawakpay (Spay) adalah satu sistem pembayaran tanpa tunai yang dibangunkan oleh SiliconNet Technologis Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.


Spay mengambil data perbadi anda dan di simpan di dalam server yang di miliki oleh Silicon Technologies.


Namun begitu, Silicon technologies tidak menggunakan perkhidmatan payment gateway mereka sendiri. Sebaliknya, pada April 2019,  mereka bekejasama dengan sebuah syarikat yang di namakan sebagai Union Pay.


Siapa Union Pay?


Union pay adalah sebuah syarikat yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan China yang berpengkalan di Shanghai. 

Di dalam Website Spay Sendiri, dalam laman Private Policy sarawak pay. Spay menulis:


In order to provide you with push notification services, S PAY GLOBAL integrates with Jiguang JPush Software Development Kit (SDK), which will collect your device information.


Terjemahan:


Untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan pemberitahuan dorongan, S PAY GLOBAL mengintegrasikan dengan Jiguang JPush Perisian Pembangunan Kit (SDK), yang akan mengumpul maklumat peranti anda.


Siapakah Jiguang?


Jiguang adalah sebuah syarikat di China yang beroperasi menyediakan platform kewangan tanpa tunai yang di kenali sebagai UnionPay yang 100% pemilikan adalah Kerajaan China.


Sistem PADU:


Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu 

1. Kementerian Ekonomi, 

2. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan 

3. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan penglibatan data dari lebih 300 agensi kerajaan.


Jadi - YB Karim... Dari dua ni, data mana yang berkemungkinan boleh bocor keluar dan menyebabkan kerajaan dan rakyat TERBOGEL?



RENTASAN 1573 | WAN SAIFUL DICABAR BUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENDEDAHAN...










MENARIK DALAM RENTASAN 1573
1. ANTARA KEIKHLASAN, PENGHINAAN DAN PENAFIAN 2. BERHENTI JADIKAN MEDAN POLITIK SEBAGAI 'KANCAH PERANG' 3. WAN SAIFUL, USAH NODAI DEWAN RAKYAT DENGAN MAKSIAT


Latihan TVET: Selangor perkenal program peningkatan skil, pendapatan tinggi


 

Kerajaan Selangor telah melaksanakan program latihan kemahiran TVET dan peningkatan skil bagi membolehkan graduan teknikal memperolehi kerjaya berpendapatan tinggi.



Hal itu dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.



Menurut Amirudin, peningkatan skil dan latihan TVET merupakan salah satu manifesto utama pilihan raya negeri Pakatan Harapan menerusi janji "5 tekad 5 tahun" untuk menghasilkan 100,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.



"(Hal) itu yang kita buat dan kita cuba pastikan untuk memperbaiki eko-sistem kita, teknikal dan vokasional untuk memastikan kita boleh mencapai dan dapatkan palajar terbaik dan jadikan mereka pekerja berskil tinggi dan tawarkan mereka pekerjaan berpendapatan tinggi.



"Terdapat banyak sektor elektrik, elektronik, bio-teknologi, aero-angkasa dan berasaskan rel di Selangor.



"Kita terus berkomunikasi dengan industri, apa sektor yang perlukan dimasukkan, jenis skil, tranformasi, digitalisasi juga industri IR 4.0," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ekspo.



Kata Amirudin, pendidikan yang mempunyai rantaian langsung dengan pihak industri telah dimulakan di Selangor yang mana mesin industri teknologi terkini dipinjamkan dari kilang pelabur luar untuk digunakan di institut latihan pelajar TVET.



Pelajar yang dilatih dalam setahun dan mahir dalam pengendalian mesin berkenaan, katanya, kemudian ditawarkan berkerja kepada industri besar dengan gaji yang lumayan.



"Kita nak lengkapkan kesemua eko-sistem (latihan TVET). Selepas ini kita nak tengok pembinaan modul. Modul itu akan dibuat oleh pensyarah kita agar boleh maching (latihan dan keperluan industri).



"Selepas itu kita akan masuk ke sekolah sekolah supaya boleh membentuk pelajar tingkatan 3 hingga 5 ke arah bidang apa," katanya lagi.



Tambah Amirduin, peringkat seterusnya agensi Kerajaan Negeri akan menjadi pelengkap kepada usaha pelaksanaan pelan latihan kemahiran kebangsaan yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Persekutuan.



Katanya, Selangor akan menyediakan industri dalam jalinan kerjasama untuk dirangkaikan dengan sekolah agar keperluan latihan dan modul lebih berasaskan keperluan sebenar industri untuk memudahkan para guru menyediakan murid murid yang sesuai mengikuti bidang kemahiran yang diperlukan.



Ekspo selama 2 hari itu menyaksikan sebanyak 30 booth pameran disediakan untuk orang ramai mengetahui latihan TVET yang disediakan. Juga terdapat booth dari jabatan beruniform seperti imigresen, kastam dan sebagainya.

 

Kerajaan perlu tenaga mahir, anak muda perlu ambil peluang latihan TVET


 

Latihan TVET atau kemahiran teknikal industri menjanjikan masa hadapan yang cerah kepada anak muda Malaysia.



Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, anak muda dari keluarga berpendapatan rendah terutamanya harus meneroka peluang latihan TVET bagi merobah kehidupan mereka pada masa akan datang dengan memperolehi tawaran pekerjaan berpendapatan tinggi.



"Saya secara peribadi beritahu untuk golongan berpendapatan rendah, sekarang Kerajaan Madani peruntukkan RM6.8 bilion kepada kementerian tertentu untuk laksanakan program TVET.



"Program ini dilaksanakan percuma (latihan). Apa yang mereka (peserta perlu) bayar setahun tak sampai RM1,200. Itu pun ada yang datang ke pejabat Pusat Khidmat DUN Sentosa (untuk dapat bantuan). Kita bantu. Tetapi pastikan pendidikan tenaga mahir sampai untuk anak anak kita.



"Kerajaan sekarang perlukan tenaga mahir. Jadi tak perlu kita bergantung kepada warga asing. Ini satu agenda kerajaan yang cukup baik, semua kena mainkan peranan untuk pastikan agenda ini berjaya," katanya kepada pemberita usai majlis perasmian Ekspo Pendidikan TVET dan Kerjaya Beruniform di Petaling Jaya pagi tadi.



Dr Gunaraj yang merupakan antara pihak yang menjayakan ekspo berkenaan turut mengucapkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang memberi sokongan padu untuk menjayakan program dua hari berkenaan.



Katanya, beliau teruja dengan 30 sekolah dari seluruh Selangor yang menghantar berbas bas pelajar untuk mengikuti ekspo berkenaan. Juga NGO yang menghantar anak muda bagi membuka minda mereka dalam peri pentingnya latihan TVET.



"Kehadiran pagi ini lebih 1,200. Untuk dua hari kita jangka lebih 3,000 orang anak muda hadir.



"Saya ucap terima kasih kepada NGO yang hantar pemuda untuk dapat pendedahan pentingnya TVET membentuk tenaga mahir ini," katanya.

 

STATUS PELABUHAN BINTULU- BUKAN HANYA DI MULUT! TERIMA KASIH PMX DAN MALAYSIA MADANI!



Proses penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak dijangka selesai tahun ini dan keseluruhan operasi pelabuhan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri menjelang 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Satu memorandum persefahaman (MoU) berhubung penukaran status itu dimeterai antara Loke dan Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini. “Ini merupakan detik yang penting dan bersejarah,” kata Loke kepada media selepas majlis pemeteraian MoU itu yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.



PALATAO

 

Nazri Hamdan


Tadi saya ternampak posting ni.



Tapi senarai kereta yang ditulis itu semua kereta marhaen.


Tapi bukankah kereta marhaen akan dapat subsidi bersasar?


Saya tak nampak perkataan subsidi bersasar di situ


Kalau risau sangat pasal apungan harga petrol, pergilah daftar PADU


Betol tak saya cakap di sosial media ni ramai palatao?



Lebai yang tak reti membumi ...


Mukhlis Eddie


Memalukan apabila membiarkan rakyatnya mengalami keperitan hidup sementara lebai²nya bermewahan.


"Kami lebai-lebai pun tahu mentadbir" - Ahmad Marzuki Pengkalan Chepa 🤦. 





KINI MAS CATAT KEUNTUNGAN.

 





Zuwairi Mohd Yusof


MALAYSIA di landasan tepat dan terbaik bawah MADANI PH BN pimpinan ANWAR IBRAHIM PMX.MAS yang asyik rugi di bawah beberapa kerajaan sebelum ini akhirnya kembali mencatatkan keuntungan selepas sekian lama.


MADANI PH BN harus anda pertahankan ramai2 PRU16 supaya agensi2 lain seperti FELDA,LTAT Lembaga Tabung Angkatan Tentera,KTM Keretapi Tanah Melayu dan sebagainya boleh ikut jejak langkah TABUNG HAJI dan MAS.

Potensi yang ada pada MAS di gandingkan pula dengan gergasi bola sepak dunia MAN UTD menghasilkan kombinasa menarik dan menakjubkan untuk tahun2 mendatang kepada MALAYSIA,MAS dan MANCHESTER UNITED.


GO GO MAN UTD.



Saya MENGHINA kalimah Allah!?Wartawan baru belajar menulis kot


 Saya MENGHINA kalimah Allah!?





Pagi ni, berdesup whatsapp msg masuk ke phone saya. Ramai tanya....


"Betul ke IK kena saman RM2 juta kat Dubai???"


Terkejut unta dibuatnya saya baca msg2 pagi2 ni sebelum nak sahur.


Sampai la ada sorang kawan saya ni hantar link seperti screen shot di bawah;


"Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"


Pastu siap letak besar2 muka saya yang hensem tu.


Laaaa....


Camnilah media "tabloid" di Malaysia nak meraih views dan pembaca. Buat tajuk panas macam tu, pastu letak muka abang Dubai hensem supaya menjadi click bait untuk orang baca.


Screen shot ni juga tular di TikTok. Habis la semua adik2 TikTok fikir abang Dubai depa dah masuk penjara, tahun 2029 baru keluar.


Dah la ramai orang suka baca tajuk je tanpa baca sepenuhnya. Allahu...


Malaysia Gazette ni pun satu. Buat tajuk panas dan letak muka saya macam tu kenapaaa???


Konteksnya, baru2 ini saya buat perkongsian kat FB tentang di Dubai, HUKUMAN jika menghina agama adalah RM2 juta & penjara. Just nak share betapa strict hukumannya di Dubai, tu je...


Sepatutnya, tajuk Malaysia Gazette adalah:


"Irfan Khairi kongsikan Penghina kalimah Allah di Dubai didenda hingga RM2 juta, penjara 5 tahun"


Pastu baru lah letak muka saya yang hensem tu...


Baru la orang tak salah faham dan takut terjadi fitnah pula time2 bulan Ramadan ni kan?


Apa pendapat anda?


Saya dapat mengeluh je la. Takpe lah... yang penting hensem 😅


***

Dalam keadaan ekonomi dan harga meningkat kini, kita perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kos hidup semakin meningkat is REAL. Tapi tanggunjawab kita untuk bijak wang dan tambahkan lagi pendapatan.


Tak semestinya nak jadi jutawan atau kaya raya, tapi kalau perniagaan sambilan dapat extra RM500 - RM1000 pun pastinya membantu kan?


Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, tapi tak tahu cara dan di mana nak mula, tak tahu nak jual apa? ikuti webinar percuma bersama saya hari ini di www.NakJualApa.com


Saya kongsikan perniagaan sambilan dari rumah yang terbaik dan menguntungkan untuk anda mula.


-ik

dubai


PS: kepada penulis MG Khairulanwar Yahaya, mintak tolong ejas sikit tajuk tu brooo.... kasi manis sikit sempena Ramadan. Bolehhh?



PMX JUMAAT DI MASJID PUTRA.

 






Alhamdulillah. Saya dan beberapa Ahli Jemaah Menteri sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra usai urusan rasmi kami.


Khutbah Jumaat bertajuk ‘’Ramadan: Medan Ujian Sabar” jelas mengingatkan hadirin pentingnya mengawal nafsu dan emosi di bulan mulia ini tika berhadapan pelbagai ujian serta cabaran.


Intiha, saya sempat bertegur sapa dan bersalaman dengan orang ramai sebelum kembali melaksanakan tugas di pejabat.


#MalaysiaMADANI



SAH GPS bagi arahan hentikan mengisi PADU.


Iswardy Morny



Tular mengenai arahan di Sarawak agar pejabat daerah memberhentikan pengisian borang dan online Pengkalan Data Utama (PADU) kepada rakyat Sarawak walaupun masih ada berbaki 9 hari lagi sebelum PADU ditutup pada 31 Mac ini.


Arahan tersebut di sahkan oleh beberapa pihak termasuk pihak GPS sendiri atas alasan "Keselamatan".


Apakah itu alasan sebenar? Atau ia hanya satu tikar untuk menutup bangkai yang amat besar?


Pelik, satu sistem yang diluluskan oleh kabinet (termasuk menteri dari GPS) kini menghentikan pendaftaran sistem tersebut pada saat akhir. Apakah GPS tidak mahu rakyat Sarawak mendapat subsidi atau ada sesuatu lain yang tersembunyi?


Kita tunggu nanti




LAGI KES PUKUL PELAJAR DALAM ASRAMA HINGGA MATI

 


Mohd Fairul 


Bila kejadian ini berlaku di bulan Ramadan, teringat pula kes yang pelajar UPNM tahun 2017 yang lepas. Juga berlaku di bulan puasa. Dibelasah beramai-ramai oleh rakan-rakan, siap kena seterika lagi dan akhirnya meninggal dunia.


Kali ini di Kolej Vokasional pula. Entah hantu apa yang merasuk budak-budak ini hingga tergamak membelasah hingga membunuh rakannya yang berusia 17 tahun. Berat ujian untuk keluarga ini. Semoga pelaku dihukum dengan hukuman yang seberatnya  


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Nazmie Aizat. Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.




PERASAN MANTOP. OTAK CIPUT JA.

 




W. Faudzin

Kantoiii sudah...kata bukan sekolah, sebab tu tak daftar bawah KPM.  Kata badan aktiviti parti. 


 Kerajaan Madani lah yang telah menambah peruntukan lebih tinggi kepada sekolah-sekolah  agama berbanding dari zaman kamu perintah, itu dikira serang sekolah agama ke? 


 Kerajaan nak bantu pun dipandang serong.  Jenis ustaz apa ni?