Iswardy Morny
Tular mengenai arahan di Sarawak agar pejabat daerah memberhentikan pengisian borang dan online Pengkalan Data Utama (PADU) kepada rakyat Sarawak walaupun masih ada berbaki 9 hari lagi sebelum PADU ditutup pada 31 Mac ini.
Arahan tersebut di sahkan oleh beberapa pihak termasuk pihak GPS sendiri atas alasan "Keselamatan".
Apakah itu alasan sebenar? Atau ia hanya satu tikar untuk menutup bangkai yang amat besar?
Pelik, satu sistem yang diluluskan oleh kabinet (termasuk menteri dari GPS) kini menghentikan pendaftaran sistem tersebut pada saat akhir. Apakah GPS tidak mahu rakyat Sarawak mendapat subsidi atau ada sesuatu lain yang tersembunyi?
Kita tunggu nanti