Pertemuan timbalan PM kedua dan ketua pembangkang langkah mengukuhkan demokrasi (Malay/English)

 




Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pertemuan antara timbalan PM kedua Fadillah Yusof bersama ketua pembangkang parlimen Hamzah Zainudin, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Beluran Ronald Kiandee.

Bersih mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang dan kerajaan persekutuan yang kini boleh duduk semeja.

Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik negara dengan kerajaan dan pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik.

Bersih melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara.

Bersih sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan satu persefahaman di antara kerajaan dan pembangkang supaya mereka dapat bekerjasama serta bersaing secara profesional bagi menjana kestabilan politik, seterusnya membantu proses pembangunan negara dan mengurangkan sengketa politik yang tajam sehingga tidak ada ruang perbincangan.

Bersih berharap melalui perbincangan ini dapat membuka jalan kepada satu memorandum persefahaman (MoU) seperti yang dilaksanakan semasa zaman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

MoU boleh meliputi 10 reformasi yang melibatkan reformasi pilihan raya dan reformasi institusi seperti yang dikemukakan di dalam memorandum #Reformasi100peratus oleh Bersih seperti:

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

1.    Reformasi lantikan ahli-ahli dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui pembentukan jawatankuasa tetap parlimen hal ehwal pilihan raya (standing committee) untuk menyemak proses dan memberi maklum balas kepada perdana menteri dalam proses lantikan ahli SPR

2.    Reformasi menyahklasifikasi laporan pembaikan sistem dan undang-undang pilihan raya

3.    Reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya

4.    Reformasi pendanaan politik

5.    Reformasi persempadanan semula kawasan pilihan raya

6.    Pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya

7.    Moratorium kepada pemberian “DNAA” (pelepasan tanpa pembebasan) oleh peguam negara dalam kes rasuah

8.    Memperkasa institusi Parlimen Malaysia melalui rang undang-undang perkhidmatan parlimen dan meminda peraturan mesyuarat Dewan Rakyat

9.    Menggubal akta penggal tetap parlimen demi kelangsungan kestabilan politik

10.            Penggubalan akta peruntukan kawasan

READ MORE:  Anwar's first anniversary as PM: Fix the economy and hasten reforms

 

Susulan daripada pertemuan antara ketua pembangkang dan timbalan PM kedua baru-baru ini, Bersih berharap natijah yang baik dan segera dapat terhasil.

Peruntukan pembangunan kawasan yang telah lama dinafikan kepada ahli parlimen pembangkang dapat segera diberikan bagi membantu rakyat di peringkat bawah.

Peruntukan ini juga harus segera digubal menjadi satu undang-undang agar formula peruntukan, mekanisme agihan dan perbelanjaan serta keperluan pengauditan untuk ketelusan penggunaan dapat dirumuskan bagi mengelakkan salah guna peruntukan tersebut.

Ini adalah satu parameter yang penting yang perlu dibincangkan antara pembangkang dan juga kerajaan persekutuan. – Bersih