Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pertemuan antara timbalan PM kedua Fadillah Yusof bersama ketua pembangkang parlimen Hamzah Zainudin, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan dan ahli parlimen Beluran Ronald Kiandee.
Bersih mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang dan kerajaan
persekutuan yang kini boleh duduk semeja.
Ini adalah satu permulaan yang baik untuk menstabilkan politik
negara dengan kerajaan dan pembangkang boleh duduk di meja rundingan bagi
merumuskan isu-isu berkenaan reformasi dan tatakelola yang baik.
Bersih melihat ini adalah langkah yang perlu bagi mengukuhkan
proses transisi demokrasi di Malaysia, supaya wakil-wakil rakyat serta ahli
politik kembali memfokuskan tenaga untuk membangunkan negara.
Bersih sebelum ini telah beberapa kali menyeru agar diadakan
satu persefahaman di antara kerajaan dan pembangkang supaya mereka dapat
bekerjasama serta bersaing secara profesional bagi menjana kestabilan politik,
seterusnya membantu proses pembangunan negara dan mengurangkan sengketa politik
yang tajam sehingga tidak ada ruang perbincangan.
Bersih berharap melalui perbincangan ini dapat membuka jalan
kepada satu memorandum persefahaman (MoU) seperti yang dilaksanakan semasa
zaman Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
MoU boleh meliputi 10 reformasi yang melibatkan reformasi
pilihan raya dan reformasi institusi seperti yang dikemukakan di dalam
memorandum #Reformasi100peratus oleh Bersih seperti:
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
1.
Reformasi lantikan ahli-ahli dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) melalui pembentukan jawatankuasa tetap parlimen hal ehwal pilihan
raya (standing committee) untuk menyemak proses dan memberi maklum balas kepada
perdana menteri dalam proses lantikan ahli SPR
2.
Reformasi menyahklasifikasi laporan pembaikan sistem dan
undang-undang pilihan raya
3.
Reformasi Akta Kesalahan Pilihan Raya
4.
Reformasi pendanaan politik
5.
Reformasi persempadanan semula kawasan pilihan raya
6.
Pemisahan bidang kuasa peguam negara dan pendakwa raya
7.
Moratorium kepada pemberian “DNAA” (pelepasan tanpa pembebasan)
oleh peguam negara dalam kes rasuah
8.
Memperkasa institusi Parlimen Malaysia melalui rang
undang-undang perkhidmatan parlimen dan meminda peraturan mesyuarat Dewan
Rakyat
9.
Menggubal akta penggal tetap parlimen demi kelangsungan
kestabilan politik
10.
Penggubalan akta peruntukan kawasan
READ MORE: Anwar's first anniversary as PM: Fix the economy
and hasten reforms
Susulan daripada pertemuan antara ketua pembangkang dan timbalan
PM kedua baru-baru ini, Bersih berharap natijah yang baik dan segera dapat
terhasil.
Peruntukan pembangunan kawasan yang telah lama dinafikan kepada
ahli parlimen pembangkang dapat segera diberikan bagi membantu rakyat di
peringkat bawah.
Peruntukan ini juga harus segera digubal menjadi satu
undang-undang agar formula peruntukan, mekanisme agihan dan perbelanjaan serta
keperluan pengauditan untuk ketelusan penggunaan dapat dirumuskan bagi
mengelakkan salah guna peruntukan tersebut.
Ini adalah satu parameter yang penting yang perlu dibincangkan
antara pembangkang dan juga kerajaan persekutuan. – Bersih