KAI BERIKAN PESAWAT CANGGIH DAN BERBAHAYA KEPADA MALAYSIA VARIAN TERBARU...
PEMIMPIN PAS KAKI GOTEL?
PEMIMPIN PAS KAKI GOTEL?
Bukankah Hudud NYAWA Pas?
Pas masih ada Nyawa ke sekarang?
NYAWA Pas boleh di GOTEL sesuka hati oleh pemimpin Pas? Sekejap
on sekejap off?
(Nota: GOTEL bermakna menjadikan sesuatu secara longgar
berbentuk bulat/Definisi : (gotél) Kl; menggotel menjadikan bulat, menggenteli
(adunan kuih dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Nyawa Pas sudah ditukar dgn jawatan besar dan kekayaan dunia
segelintir bergelar pemimpin?
Katanya 'tumpu masalah bekalan air dan tandas bersih dulu'.
Semasa Pas 'mengamuk' bawa Rang Persendirian 355, masalah
bekalan air dan tandas bersih belum berlaku? Kena 'press' 355 sampai tak sempat
tarik nafas?
Anugerah Allah Pas berkuasa sekarang bukan sebaik masa untuk
luruskan pelaksanaan Hukum Syariah secara menyeluruh?
Jika tidak sekarang, bila lagi? Sementara jargon Melayu-Islam
masih terpakai.
Atau dikenang di Langit dan di Bumi sebagai golongan HANYA
MEMPOLITIKKAN Hukum Allah dan PENGGOTEL-PENGGOTEL ?
Husam Musa
8 Mac 2022
RM150 juta boleh bantu rakyat Johor, bukan membazir adakan PRN - Akmal
BN memberi alasan mengadakan
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi menstabil politik dan memastikan pembelaan
ke atas rakyat yang lebih baik.
FASA ENDEMIK BERMULA 1 APRIL, TERIMA KASIH PERDANA MENTERI!!
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob petang tadi mengumumkan, bermula 1 April, negara akan memasuki fasa endemik Covid19.
Antara perubahan yang diumumkan adalah:-
• Kedai makan dibenarkan beroperasi selepas jam 12 tengah malam
• Sembahyang jemaah di masjid serta surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat agama boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal
• Tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk kegiatan yang melibatkan perkumpulan orang ramai
• Perjalanan rentas negeri dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi
• Sempadan negara turut dibuka mulai 1 April dan rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang telah membuka sempadannya.
Namun demikian, menurut Ismail Sabri, pelaksanaan SOP akhir untuk masjid/surau masih tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri masing-masing, manakala untuk rumah ibadat selain Islam ianya tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor).
Di fasa endemik juga dimaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka dan pendaftaran menggunakan aplikasi mysejahtera kekal diwajibkan, tetapi tidak untuk tempat terbuka.
Dengan pengumuman dan kelonggaran SOP dalam fasa endemik bermula 1 April depan, bermakna ini adalah berita baik bagi umat Islam yang bakal menyambut bulan puasa pada 3 April nanti.
Daripada masih kedengaran ada kebimbangan tentang kemungkinan SOP diperketatkan lagi menjelang Ramadan dan Syawal ini berikutan angka kes Covid19 dilihat terus meningkat serta mungkin balik kampung menyambut Aidil Fitri tersekat sekali lagi, sebaliknya fasa kehidupan normal sudah mula kembali semula.
Fasa endemik ini adalah berita gembira buat kita semua.
Terima kasih Perdana Menteri!! – ShahbudinHusin 08/03/2022.
APRIL FOOL
Alhamdulillah berkat sertuan serba tahu, kini kita dapat
kerajaan yang "cerdik, menteri yang jujur dan cekap".
MMMS
Alhamdulillah berkat sertuan serba tahu, kini kita dapat
kerajaan yang "cerdik, menteri yang jujur dan cekap".
Saya pun tidak sabar menanti kan berita baik esok hari.
Demikianlah...
RUTUHAN KUARI DI GOPENG
#Ipoh Bomba mengesahkan bilangan mangsa tertimbus dalam
kejadian runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, hari ini
meningkat kepada dua orang berbanding seorang yang dilaporkan sebelum ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,
mengesahkan perkara itu setakat jam 1.11 tengah hari tadi.
"Berdasarkan maklumat terkini, terdapat empat mangsa dalam
kejadian ini. Dua mangsa dapat menyelamatkan diri manakala dua lagi masih
tertimbus di bawah runtuhan batu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang hilang dipercayai tertimbus
runtuhan di kuari berkenaan manakala seorang dilaporkan cedera parah, selain
dua mangsa sempat menyelamatkan diri dalam insiden kira-kira jam 9.40 pagi itu.
Sementara itu, seorang daripada dua mangsa tertimbus berkenaan
dikenali sebagai Itam Balasoh, 43, lelaki Orang Asli bekerja sebagai pemandu
jengkaut di kuari berkenaan.
Isteri mangsa, Wak Uda Bahkim, 41, ketika ditemui di lokasi
kejadian, berkata dia mendapat berita kejadian yang menimpa suaminya daripada
bapanya, Bahkim Kipak selepas dimaklumkan rakan sekerja suaminya.
Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan suami adalah
kira-kira 7 pagi tadi di rumah mereka di Kampung Jelintuh, Gopeng sewaktu
menyediakan sarapan pagi sebelum suaminya kemudian pergi ke tempat kerja
menaiki motosikal.
"Ketika diberitahu sesuatu menimpa suami, saya bersama adik
dan bapa mentua bergegas ke sini tanpa saya mengetahui apa sebenarnya yang
berlaku.
"Sebelum tiba di lokasi baharu saya diberitahu yang suami
tertimbus runtuhan batu. Suami bekerja di sini sebagai pemandu jengkaut sejak
kira-kira dua tahun lalu, " kata ibu kepada empat anak berusia antara dua
hingga 15 tahun itu.
Seorang pekerja kuari berkenaan dikenali sebagai Razali yang
berada di lokasi sewaktu kejadian, berkata dia dikejutkan bunyi letupan tetapi
berbeza bunyi letupan kuari yang biasa didengari.
"Bunyi macam letupan kedengaran hanya sekali, dalam hati
ini apabila menyaksikan runtuhan sebegitu hanya memikirkan kawan (mangsa) yang
berada di bawah berhampiran lokasi itu," katanya.
Difahamkan, ketika ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR)
masih menunggu 'lampu hijau' dari Jabatan Mineral dan Geosains sebelum
memulakan operasi, susulan terdapat risiko kebarangkalian adanya runtuhan
susulan.
Sumber: Harian
Metro
SPECIAL INVESTIGATION: Shocking new claims shed light on doomed MH370 fl...
Siasatan khas Sky News Australia terhadap
kehilangan pesawat MH370 ini mendedahkan bukti baharu dan dakwaan mengejutkan
mengenai kehilangan pesawat yang ditakdirkan itu.
Pada malam 8 Mac 2014, pesawat Boeing 777
Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang, termasuk enam warga Australia,
hilang tanpa jejak ketika dalam penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pembawa berita Sky News dan wartawan
penyiasat Peter Stefanovic mempersembahkan dokumentari satu jam MH370: The
Final Search.
Orang yang disayangi daripada pihak
berkuasa yang hilang dan dihormati, pakar penerbangan terkemuka dan ahli
oseanografi semuanya memberikan pandangan mereka tentang misteri berkekalan
yang menyelubungi kehilangan penerbangan itu - dan pemikiran mereka tentang apa
yang mungkin berlaku.
Benda yang paling kelakar, masa Anwar bising dia boleh sokong penyamun najib, tapi sekarang ini dia pula yang ratib 1mdb hari-hari. Oohhh the irony
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
2011 Anwar dah sebut
pasal 1MDB.
Tapi tak
diendahkan.Ramai yang cakap dia fitnah
Mahathir masa ini
masih sokong Najib.
2013 Anwar bangkitkan
lagi dalam Parlimen.Ramai yang boo.Ramai yang perlekeh.
2015 Anwar masuk
penjara.Rafizi terus bongkar 1MDB.Masih ramai tak percaya.Rafizi dituduh buat
fitnah.Majoriti Menteri2 UMNO BN pertahan Najib.Termasuk Mahiadin, Shafie Apdal
& Mahathir.
Majoriti UMNO BN
jilat Najib.
2016 -2017 Rafizi
masih desak.Mahathir baru berubah nada.Mahiadin & Shapie nampak peluang nak
jatuhkan Najib.Konon2 jadi hero lawan Najib sebelum akhirnya dipecat.Mahathir
baru tersipu2 malu nak lawan Najib.Terhegeh2 nak join Pakatan.Join Bersih.Buat
Deklarasi Rakyat sebelum tubuhkan BERSATU & Pakatan Harapan.
2017-18 USA dah buka
kertas siasatan.Banyak aset2 1MDB di USA disita.MO#1 dinamakan sebagai tertuduh
tapi BN UMNO nafikan.Kononnya MO#1 bukan Najib.1MDB diklasifikasi sebagai
OSA.Sebagai helah supaya tak boleh dipersoal di Parlimen.Mahathir baru berani
tebalkan muka.Konon2 dah insaf.Jumpa Anwar di penjara & mahkamah.Minta nak
bergabung dengan PKR.
PAS berpuas hati
dengan penjelasan Arul Kanda.Majoriti UMNO BN masih pertahan & jilat
Najib.Temasuk KJ & Asyraf Wajdi.
Mei 2018 PH
menang.Mahathir dilantik jadi PM sementara Anwar dapat pengampunan.Tak habis2
tunjuk hero.Konon PH menang sebab pengaruh dia.
Cadangan senarai
menteri PH dibakulsampah.Sengaja pilih kroni2 & kartel2 untuk pecahkan
PH.Awal2 masih tunjuk hormati peejanjian dengan PH.
2019-2020.Mahathir
tunjuk belang lama.Sengaja tak tunaikan manifesto & buat kenyataan
kontroversi untuk create damage kepada PH.Lebih banyak buat decision tanpa
berunding dengan pimpinan PH lain.Banyak kroni2 diberi kepentingan dalam
kerajaan.Pemimpin2 UMNO yang di'BERSATUkan diberi jawatan penting dalam
kerajaan.Kesudahannya Anwar & Rafizi jadi mangsa bila manifesto tak
ditunaikan.
Jan 2020 Mahathir
terus tamak untuk berkuasa.Masih berdolak dalih nak serah jawatan.Kononnya tak
boleh pass terus jawatan PM kepada Anwar.Kena persetujuan Parlimen.Senyap2
bertemu dengan Geng Tebuk Atap buat Langkah Sheraton.
Feb 2020 Langkah
Sheraton berjaya.Mahathir tarik diri last minit sebab taknak berkerjasama
dengan Najib.PH tumbang apabila Mahathir letak jawatan.Bersatu dihijack oleh
Mahiadin.Mahathir masih bercita2 jadi PM.Cadangkan Unity Government.Akhirnya
Mahiadin dilantik jadi PM.Majoriti UMNO BN sokong Mahiadin.
2021 Mahiadin didesak
letak jawatan.#kerajaangagal.UMNO
BN tak mengaku gagal.Blame semua failure kepada Bersatu.Start main
sentimen.Ramai jadi hero konon2 desak buat iCitra.Akhirnya atas desakan UMNO
Mahiadin berundur.Mail lambung jadi PM.Geng Penyamun berjaya kuasai negara
semula.
2022 Kes 1MDB
dibicarakan di USA.Lebih banyak pengakuan & bukti keterlibatan Najib &
kroni terbongkar.PAS & Ulama Muda UMNO terus jadi syaitan bisu.MAZA buat2
tak ambil port.
Selepas 11 tahun
Najib masih walaupun dah 2 kali disabitkan bersalah.Masih disambut sebagai hero
rakyat.
Selepas 11 tahun
Anwar tetap dianggap gila kuasa nak jadi PM & tipu manifesto.Rafizi pula
tak habis2 dikatakan fitnah & reka formula palsu.Sedangkan kedua2nya tak
pernah dilantik Menteri PH.Tak pernah terlibat dalam keputusan penggubalan
dasar & jemaah Menteri.
Selepas 11 tahun
masih ramai tak percaya 1MDB walaupun negara kena bayar 64 billion hutang
1MDB.Najib masih dianggap Bossku.Masih ramai percaya cakap Najib konon2 1MDB
tak usik duit rakyat.
Selepas 11 tahun
masih ramai rakyat masih undi UMNO BN.Paling aku kagum ialah Encik Kimi Shaari
.Sampai sekarang Najib jadi pujaan hati.
Isu RM2.6 bilion: 'Najib nak saman dia boleh saman' - Shamsul Iskandar
Saman fitnah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak terhadap
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak
sewajarnya berlaku di atas isu skandal Malaysia Development Berhad (1MDB) yang
telah diketahui umum.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, ramai rakyat Malaysia seharusnya boleh disaman sekiranya Najib serius untuk 'membersihkan' namanya daripada dakwaan berkaitan dana 1MDB.
"Dengan posting media sosial mengenai RM2.6 bilion yang dia (Najib) marah, saya rasa ramai rakyat Malaysia boleh disaman (atas isu sama)
"Kalau dia nak saman (saya), dia boleh saman. Tetapi perkara itu bukan tentang saya tetapi mengenai rakyat negara ini. Ia (skandal) adalah sesuatu yang diketahui di seluruh negara," katanya dipetik The Vibes.
Dalam konteks PRN Johor pula, Shamsul berpendapat Najib cuba sedaya upaya untuk tidak menjejaskan rentak kempennya di sana.
Namun pendedahan bekas pegawai kewangan Goldman Sachs, Tim Leissner yang mengaitkan beliau telah membuka kembali 'tembelang' 1MDB yang telah pun sejuk.
"Sekarang kita dalam konteks pilihan raya Johor, dan sudah tentu terdapat banyak isu mengenai beliau sekarang. Terutamanya perbicaraan Tim Leissner. Jadi, memandangkan dia berkeras untuk memfailkan saman, saya akan tunggu," katanya.
Mengenai urusan mahkamah berkaitan saman itu, Shamsul berkata, beberapa rakan pembangkangnya seperti Ahli Parlimen Jelutong R.S.N. Rayer telah menawarkan sokongan undang-undang percuma.
Shamsul juga berkata dia tidak mengetahui surat tuntutan awal yang dihantar oleh Shafee and Co ke Ibu Pejabat KEADILAN.
"Pasukan peguamnya menghantar surat awal kepada ibu pejabat parti (PKR) ketika kami semua sibuk berkempen,” katanya lagi.
Najib menyaman fitnah Shamsul di atas posting beliau di media sosial mendakwa bekas perdana menteri itu 'mencuri' wang rakyat lewat skandal 1MDB.
Bagaimanapun, Najib menafikan beliau didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri, sebaliknya di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA)
Sempadan Singapura: Jika BN ikhlas buka sebelum 12 Mac - Hassan Karim
Parti politik BN dan PN tidak sewajarnya hanya berjanji untuk
membuka sempadan Malaysia - Singapura sekiranya menang dalam Pilihan Raya
Negeri Johor pada 12 Mac ini.
Janji seperti itu seharusnya dibuat oleh pembangkang yang tidak menguasai kerajaan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pembukaan sempadan oleh kerajaan BN boleh dilakukan dengan segera memandangkan mereka memerintah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Sebaik baiknya, kata Hassan, sempadan dibuka sebelum 8 Mac untuk memudahkan bangsa Johor pulang mengundi.
"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang yang rakyatnya ramai berkerja di Singapura, saya mendesak Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan supaya membuka sempadan Johor - Singapura dengan segera sebelum 12 Mac.
"Langkah pembukaan sempadan itu akan membolehkan ribuan pekerja yang menjadi pengundi dapat pulang ke Johor untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 12 Mac 2022," katanya
Kegagalan membuka sempadan Malaysia - Singapura sebelum ini menjadi bahan kemarahan rakyat kerana pihak berkuasa Malaysia yang tidak serius merundingkan pembukaan sehingga menyukarkan 200,000 bangsa Johor yang bekerja di Singapura dan menghilangkan pendapatan pekerja harian yang tidak boleh berulang alik ke seberang tambak.
Sekadar momokan, DAP ‘hantui’ Melayu boleh diatasi dengan strategi betul, kata Salahuddin
BAKRI: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengakui orang Melayu masih dihantui dan “takut” dengan sekutu Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP, namun masalah itu boleh diatasi jika diberi masa dan dengan menggunakan pendekatan dan strategi betul.
Katanya, DAP kini seolah-olah menjadi “momok” kepada orang Melayu selepas diburukkan oleh parti tertentu sehingga masyarakat itu takut kepada pembangkang.
“Kita mesti jelaskan kepada rakyat tentang DAP ini. Ia bukan ancaman kepada orang Melayu, bukan ancaman kepada Islam.
“Kita kena sabar dan ambil masa. Dengan adanya penerangan, kempen serta pendekatan politik yang kita laksanakan, satu hari nanti orang Melayu boleh terima DAP,” katanya dalam wawancara bersama FMT.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata, untuk orang Melayu menerima DAP bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah beliau memberikan contoh pemimpin Umno dan DAP yang sebelum ini susah duduk semeja untuk berunding isu rakyat namun kini boleh bersama.
“Sebenarnya di belakang tabir, di Parlimen, kita buat kerjasama. Sebenarnya pemimpin Umno-DAP sudah boleh duduk semeja bincang tentang isu negara,” katanya.
3 ADUN Amanah lompat sertai PKR bukan katak, pelacur politik
Dalam perkembangan lain, mengulas sama ada tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Amanah menyertai PKR tahun lalu mengguris hati penyokong parti itu, Salahuddin menganggap bekas wakil rakyat itu bukan katak politik.
Katanya, walaupun tiga wakil rakyat Senggarang, Serom dan Mahkota itu meninggalkan Amanah, namun mereka kekal setia bersama blok pembangkang (PH) di Johor.
“Itu bukan lompat katak. Lompat katak ini mereka jual kerusi untuk jatuhkan kerajaan. Bila berlaku lompat katak, jadi pelacur politik, yang kalah jadi kerajaan yang menang jadi pembangkang,” katanya merujuk kepada wakil rakyat Bersatu dan segelintir daripada PKR yang terlibat dalam Langkah Sheraton menyebabkan kerajaan PH tumbang.
JANGAN HARAP TUA KUTUK TU...DULU LAGI ORANG DAH CAKAP.....
Reformasi tak tercapai kerana iltizam Dr M lemah, kata pemimpin PKR
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mempunyai cukup masa untuk melaksanakan reformasi sepanjang 22 bulan ia memerintah tetapi pengerusi gabungan itu, Dr Mahathir Mohamad tidak menyelesaikan tugas itu, kata seorang Ahli Parlimen PKR.
Dalam wawancara dengan FMT, Ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, Mahathir, yang ketika itu merupakan Perdana Menteri, “sepatutnya melaksanakan reformasi”.
Katanya, di Malaysia, kerajaan diketuai oleh “orang kuat” kerana PM mempunyai kuasa “tertinggi” mengikut undang-undang negara sedia ada.
“Menteri-menteri wujud sebagai watak sampingan atau sekunder kepadanya. Itu tidak sepatutnya berlaku, tetapi itulah sistem yang kita ada.
“Jadi anda benar-benar perlu bertanya kepada Dr Mahathir, kenapa beliau tidak (melaksanakan) reformasi dalam tempoh 22 bulan yang kita ada,” kata Wong Chen.
Harapan yang tinggi diletakkan kepada PH apabila ia mengambil alih tampuk pemerintahan negara atas platform reformasi, tetapi pengkritik gabungan itu berkata, tidak banyak yang dapat dicapainya sepanjang ia memerintah.
Segelintir pemimpin PH berkata, mereka tiada masa untuk melaksanakan reformasi kerana tidak dapat memanfaatkan penggal pemerintahan penuh.
Bagaimanapun, Wong Chen berkata, di negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan Jepun, kerajaan baharu akan meluangkan enam bulan pertama dalam penggal mereka dengan bersungguh-sungguh memperbaharui sistem pemerintahan.
“Itu tidak berlaku (di sini), mungkin di Malaysia, kita agak lembab. Alasannya adalah kita mahu melakukan sesuatu tetapi tiada masa,” katanya selain menambah bahawa realitinya PM seolah-olah tiada iltizam untuk memacu reformasi.
Wong Chen berkata, PH perlu bertanggungjawab atas tempoh 22 bulan ia memerintah. Gabungan itu perlu menjelaskan apakah yang silap, merendahkan ego, memohon maaf dan berusaha mendapatkan semula kepercayaan penyokong.
ELOK GAK BERAMBUS , MENYEMAK : Keluar KEADILAN: Orang sama isytihar keluar parti 2 kali?
KEADILAN Cabang Sembrong menafikan isu yang tular di akhbar
Chinese Press menyatakan 87 anggota KEADILAN Cabang dan 45 anggota Angkatan
Muda KEADILAN (AMK) Cabang membuat perisytiharan keluar parti.
Menurut Ketua Cabang Sembrong, Mohd Shahrun Radzi Salehudin dan Ketua AMK Sembrong, Mohd Nasir Salleh, perisytiharan tersebut hanya melibatkan 9 anggota yang terpapar di akhbar berkenaan dan bukan anggota lainnya.
Kata mereka, anggota KEADILAN Ranting Kg Sri Lukut Kahang yang dilibatkan dalam perisytiharan itu berjumlah 48 orang sahaja.
AMK Cabang pula mengesahkan dakwaan 45 anggota AMK Ranting keluar parti adalah tidak benar
Hanya di dalam gambar sahaja yang keluar parti
"Ketua Cabang Sembrong tidak menerima apa-apa permakluman daripada 87 senarai anggota parti yang disebut oleh individu yang tular, hanya mendapat makluman melalui Ketua AMK Cabang Sembrong tentang isu itu berlegar di media sosial.
"Untuk makluman kelompok yang tular kononnya isytihar keluar parti itu telah membuat perisytiharan serupa pada 20 Oktober 2020 menyertai Perikatan Nasional.
"Perlu pembetulan, sepatutnya kelompok ini keluar daripada PN sertai BN. Tiada kaitan lagi dengan KEADILAN," kata mereka dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Ketua Cabang Sembrong memohon agar semua pimpinan di semua peringkat sama ada AMK, Wanita dan anggota-anggota KEADILAN Cabang yang seramai 1,371 fokus ke arah memperkuatkan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dalam tempoh terdekat berbanding melayan isu keluar parti.
Shahrun
Radzi Salehudin
"Saranan saya kekal pegang 17 prinsip perjuangan KEADILAN, ketepikan soal remeh temeh, fokus kepada nararif baru yang berulang kali Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden KEADILAN tekankan. Fokus kepada agenda sebenar perubahan itu," kata Shahrun Radzi dalam kenyataan .
Tegasnya, kepada pihak yang cuba mengaibkan KEADILAN Cabang Sembrong beliau berharap mereka diberi petunjuk dan hidayah supaya menjadi masyarakat yang berguna untuk generasi akan datang.
Dalam Pilihan Raya Negeri Johor kali ini, KEADILAN tidak bertanding di DUN N31 Kahang dan N30 Paloh. Manakala kelompok yang membuat perisytiharan berkenaan pula, menurut kenyataan itu, telah membuat perisytiharan keluar parti dua kali dalam 3 tahun.