Keh..keh...Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib.



Astro Awani

Oktober 26, 2021


1. ๐Ÿ‘‰'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib.


2.๐Ÿ‘‰Hanipa persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak. - Gambar fail/BERNAMA


3. ๐Ÿ‘‰KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak..


4. ๐Ÿ‘‰Malah, beliau persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak.


5.๐Ÿ‘‰"Kenapa pihak yang bertanggungjawab meruntuhkan ekonomi negara iaitu YB Pekan diberi layanan istimewa?


6.๐Ÿ‘‰"Boleh pergi Singapura untuk sekian lama. Kenapa dibenarkan pergi begitu lama?


7.๐Ÿ‘‰"Alasan untuk lawat anak bersalin, dia bukan bidan.


8 .๐Ÿ‘‰"Kalau nak ke Singapura, mungkin pergi lima hari cukup, tapi dekat sebulan," soalnya.


9.๐Ÿ‘‰Beliau berkata demikian ketika membahas usul untuk mengungkai Ordinan-ordinan Darurat di Dewan Rakyat pada Isnin.


๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ‘‰Najib bukan bidan, sebulan lawat anak bersalin di Singapura

RENUNGAN MALAM

 

UsryNorie

Jika direnung, kadang-kadang kita dapati hidup kita ini berkisar kepada apa yang kita tanam. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.  


Ia merupakan salah satu dari hukum alam yang dipanggil hukum 'sebab dan akibat' atau sesetengah agama menyebutnya sebagai 'Karma'. 


Begitu juga dalam al-Quran. Tuhan ada berfirman yang maksudnya:  ”Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.” surah Al-Israa (ayat 7).


Selalu kita jumpa atau lihat di sekeliling kita. Misalnya jika hari ini kita berbuat baik pada seseorang, mungkin esok lusa  pasti ada orang akan berbuat baik kepada kita walaupun tak semestinya dari orang yang kita tolong itu.  Begitu juga jika hari ini kita hina seseorang, satu hari nanti pasti ada orang lain yang akan menghina kita. 


Oleh itu sekiranya kita ditimpa oleh sesuatu musibah, bersegeralah kita bermuhasabah diri. Mungkin ia disebabkan oleh perbuatan kita sendiri di masa lampau. 


Jadi, marilah kita menanam amal kebaikan sebanyak-banyaknya. Sekiranya kita tidak dapat menuai di sini InsyaAllah kita akan menuainya di akhirat kelak.


Selamat malam.

Dr. Abam..


BOHONG DEMI PARTI


FarizMusa


"BERBOHONG DEMI PARTI ADALAH WAJIB" - Nik Mohammad Abduh


"WAJIB BOHONG DEMI JAGA MASLAHAT PARTI" - Abdul Hadi Awang


Putar belit bohong penunggang agama PAS berpisah tiada.


 

PRN Melaka: Pemimpin PN kempen program kerajaan, pembangkang dikenakan 'larangan kempen'

 




Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka akan mempunyai dua Prosedur Operasi Piawai (SOP) berbeza sepanjang tempoh berkempen.


Ahli Parlimen Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu) dalam sesi soalan tambahan di Dewan Rakyat bertanya kepada Menteri Undang-undang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, adakah pemimpin kerajaan kelak akan dibenarkan berkempen dengan alasan program kementerian, sedangkan pembangkang tidak dibenar melakukannya.


"Di bawah Pelan Pemulihan Negara, Melaka diletakkan di bawah Fasa 4. Itu fakta. Apa yang boleh? Pasar dibuka, sekolah dibuka, aktiviti agamaan dibenarkan, sukan dibenar, seminar, bengkel, ceramah dibenarkan. Majlis rasmi kerajaan dibenarkan, aktiviti sosial dibenarkan. Ini semua bermaksud orang ramai akan berkumpul dan ada panduan, kena dapat dua suntikan, swab test, selesai.



"Kemudian berlaku PRN, SPR buat SOP, walkabout tak boleh, rumah ke rumah tak boleh. Jadi YB Menteri, mari kita berterus terang sama ada menteri boleh beri jaminan, bila kempen berlaku 11 hari nanti, apa kata Menteri Pertahanan pergi kem Sungai Udang untuk berkempen, askar di sana.



"Mengikut Fasa 4, tak salah rasmi majlis kerajaan, Menteri Perdagangan dalam negeri lancar kempen beli barangan buatan Malaysia, majlis rasmi kerajaan. SOP Pelan Pemulihan tak salah. SOP SPR salah atau tidak?" tanyanya dalam perbahasan sesi pagi.


Setiausaha Agung KEADILAN itu memohon, jika pemimpin kerajaan boleh berkempen secara tidak langsung, maka menteri perlu membenarkan pembangkang menganjurkan majlis penerangan isu-isu setempat pada waktu yang sama.


"Kemudian (apa kata) kami nak anjur seminar sempena Maulidur Rasul. Kami sampai, saya turun dan kita tak mahu double standard.

"Kerajaan pergi ikut SOP Majlis Keselamatan Negara, kami pergi SOP SPR. Ini akan menimbulkan kemarahan yang sukar dikawal. Ini saya nak beritahu awal-awal. Kalau boleh katakan boleh. Saya nak turun buat seminar isu semasa di Lendu. Dua hari saya nak buat program.


"Saya nak minta penjelasan yang tuntas dari YB menteri, boleh katakan boleh. Tidak, katakan tidak," katanya lagi.


Bagaimanapun, Wan Junaidi menjawab kerajaan tidak mengamalkan double standard


Katanya, SPR mahu demokrasi asalkan berpandukan Kementerian Kesihatan. Namun, beliau tidak boleh memberi jaminan kerana, katanya hal yang berlaku di Sabah dahulu, kerajaan buat SOP tetapi aktivis politik yang berkempen tidak boleh dikawal.

 

Beri bantuan pada anak-anak yatim piatu sehingga ke pengajian tinggi

 


Kenyataan media Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching pada 26 Oktober 2021

Perdana Menteri telah melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia bagi membantu anak-anak yatim piatu yang terkesan dengan pandemik Covid-19. 
 
Menurut beliau, kerajaan mendapati seramai 5,173 orang anak yang menjadi yatim dan yatim piatu kerana wabak Covid-19. 
 
Yayasan Keluarga Malaysia akan bertindak sebagai institusi yang akan membantu golongan ini dalam memperoleh sokongan terutama daripada aspek pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun. 
 
Saya menyokong dan menyambut baik usaha dan inisiatif kerajaan ini untuk membantu anak yatim piatu kerana wabak Covid-19.

Tetapi, bantuan dan sokongan daripada aspek pendidikan tidak harus henti apabila mereka mencapai usia 18 tahun. Saya menyeru kerajaan untuk melanjutkan sokongan dan bantuan pendidikan sampai golongan ini memperoleh ijazah sarjana muda pertama mereka di mana-mana IPTA.
 
Hak untuk menuntut pengajian tinggi adalah satu hak asasi pada zaman ini. Untuk golongan yang hilang kedua-dua ibu bapa mereka kerana wabak Covid-19, apatah peluang mereka untuk menuntut pengajian tinggi kalau Yayasan Keluarga Malaysia hentikan segala bantuan apabila mereka mencapai umur 18 tahun?
 
Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri turut berkongsi kisah 13 orang anak yang masih kecil usianya daripada dua buah keluarga yang hilang tempat bergantung dan berpaut kasih. 
 
Mereka ialah adik Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang terpaksa menjaga 7 adiknya manakala adik Hadrami Hasil menjadi kepala keluarga pada usia 11 tahun untuk meneruskan kelangsungan hidup bersama 4 adiknya termasuk adik bongsu yang baru berusia 3 tahun. 
 
Bagi adik Nazurah Nabilah Benyajeed, saya percaya dia bukan sahaja memerlukan bantuan untuk menjaga 7 orang adiknya, tetapi juga bantuan untuk menuntut pengajian tinggi. 
 
Sama juga untuk adik Hadrami Hasil. Sekiranya dia dibenarkan untuk meneruskan pengajian di IPTA selepas mencapai umur 18 tahun, sudah pasti dia boleh memberi sokongan dan jagaan yang lebih baik untuk adik-adiknya.
 
Untuk golongan ini, yang hilang bukan sahaja ibu bapa, bahkan waktu-waktu bahagia, membesar sebagai kanak-kanak biasa.
 
Saya harap YAB Perdana boleh mempertimbangkan rayuan saya, supaya mereka tidak akan hilang peluang untuk menuntut pengajian selepas kehilangan ibu bapa kerana wabak Covid-19.

JANGAN TUNGGANG AGAMA DI UNIVERSITI



Beliau berkata hal tersebut perlu diteliti apabila ia melibatkan universiti awam terutamanya universiti-universiti bertaraf universiti penyelidikan. "Ini kerana orang awam akan fikirkan bahawa ijazah kehormat itu adalah sesuatu yang sangat tinggi kepada institusi bertaraf itu.



You’re not qualified to be youth and sports minister, Gobind tells Faizal



Puchong MP Gobind Singh Deo told Parliament today that Ahmad Faizal Azumu was not fit to be Youth and Sports Minister.

This comes after the minister reportedly questioned national diver Pandelela Rinong for bringing up “old stories” of her former coach’s alleged sexual misconduct.


LEBAI BUAT FITNAH DALAM MASJID TUDUH ARAK TIMAH KERAJAAN PH LULUSKAN, TU...



Penjual.agama, ini buktinya.Ust Siddiq Noor kena soal jawab selepas kuliah, tidak mampu menjawab, tak ada fakta, memfitnah arak timah diluluskan oleh kerajaan PH dan tuduh Dap hina nabi.

PRN MELAKA- ADAKAH RAKYAT TIDAK KISAH PEMIMPIN POLITIK RASUAH? - YB ADLI



Semua perkara ditentukan oleh orang politik. Jika silap buat pilihan, rakyat menanggung akibatnya.


PETRONAS MENJUAL ASET GAS DI ARJEBAIJAN SEBANYAK 10 BILLION

 

Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

"Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021”.
Ini adalah perkara mendesak yang perlu perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.
Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM









DUN LENDU SAMPAIKAN SUMBANGAN DEEPAVALI

 May be an image of one or more people, people standing and outdoors


Deepavali yang terkenal sebagai pesta cahaya, membawa falsafah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kepada penganut hindu.
Namun, membawa nilai kebajikan setiap insan mampu mengukir senyuman, meringankan bebanan mereka pula merupakan tanggungjawab perhubungan sesama insan.
#IniRumahKita

PAS dan PEJUANG 2x5 PAS CUBA BODOHKAN UMNO

 

NORMAN RADZUAN

May be an image of 5 people and text that says "Pas berundur, beri laluan kepada Umno bertanding October 25, 2021 5:45 pm"

Pernah tak dgr kawan di sekolah, 'samseng tahi kucing' berkata.."aku bukan tak mahu lawan tapi aku tapi aku kesian je dkt dia"... nak cover malu yg sebenarnya dia takut dgn lawannya.
PAS dan Pejuang sama sahaja perangai mereka. Kalau bercerita bab politik nak hapuskan rasuah, haramkan arak judi, bencikan Dap tapi bila ada peluang utk berlawan mereka tunduk membisu.
Pejuang melalui Mahathir pelbagai alasan konon parti itu ini mahukan kuasa. Habis kan bertanding mahu kalah? Tak mahu kuasa? Nama Pejuang tapi takut berjuang sb tak mahu malu dikalahkan apatah lagi bila PH dilihat kembali bersatu teguh.
Begitulah juga dgn PAS, mereka ini bukan sahaja dianggap pelacur dan gigolo tapi dia punya putar alam tahap dewa atau dlm agama kita kata munafik.
Kamu mahu beri laluan kpd UMNO tapi kamu bekerjasama dgn Bersatu. PAS sebenarnya tidak mahu bertanding kerana takut dimalukan sekali lagi oleh rakyat Melaka kerana hanya dpt telur ayam pada PRU lalu. Cuma pelik yg nak kutip derma dari ahli PAS itu kenapa?
Konon nak beritahu UMNO, PAS berbudi dgn UMNO. Pergi lah!!! ... sdgkan UMNO berikan jawatan Menteri dan Tim Menteri serta GLC... PAS di Terengganu langsung tak berikan jawatan Exco kpd UMNO.
Dlm politik ini sebenarnya PAS agak sedikit bijak berbanding dgn UMNO. Walaupun UMNO cuba ambil kesempatan dari PAS dan PAS cuba ambil kesempatan dari UMNO tapi PAS dilihat sedikit kedepan dlm siapa guna siapa.
Tanya saya antara UMNO dan PAS mana lebih teruk... saya kata PAS. UMNO jual bangsa memang ada juga parti di luar sana begitu. Tapi PAS jual agama... saya tak boleh terima langsung kejahatan ini. Ini soal agama Allah.

PENING WALAUN NAK PACAK BENDERA WEEEIIIII

 May be an image of Yaa Mie and text that says "Kita jangan terjerat dengan slogan ini (Keluarga Malaysia), kita terus dengan PN, Islam memimpin. Jika 'Keluarga Malaysia' tidak tahu sama ada Islam memimpin atau tidak, (kita berpendirian) mesti Islam memimpin, kita jangan dihanyutkan sekali lagi." Kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menegaskan pendirian PAS menyokong dalam memperjuangkan Islam memimpin dimana kesemua parti politik IลŸlam dan Melayu mesti bergabung. 24 Okt 2021 Sumber Harakahdaily"

JANGAN TUNJUK LEKEH, BERSATU DAN PAS KINI MESTI BERHENTI MERAYU KERJASAMA UMNO


 Sudah sah kini Perikatan Nasional atau PN akan masuk menyertai PRN Melaka atas nama gabungan itu sendiri tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti lain.

Dalam kenyataan medianya, Mahiaddin Md Yasin berkata, Bersatu, Pas dan Gerakan akan bertanding di semua 28 kerusi dalam PRN Melaka 20 November ini dengan menggunakan lambang PN.

Maklumat awal daripada sumber PN mengatakan, berikutan keputusan gabungan itu bertanding semua 28 kerusi, pembahagiannya ialah Bersatu akan bertanding 18 kerusi, manakala Pas dan Gerakan masing-masing diperuntukkan 5 kerusi.

Dengan bertanding 18 kerusi bermakna Bersatu akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi UMNO dan cuba mengalahkan calon parti tersebut.

Pada PRU 2018 lalu, UMNO bertanding di 18 kerusi dan menang 13 daripadanya.

Dipercayai untuk PRN kali ini, UMNO akan kekal bertanding di 18 kerusi tersebut, manakala selebihnya akan ditandingi oleh parti komponen BN yang lain.

Dengan keputusan PN ini juga bererti Bersatu dan Pas tidak lagi mengharapkan kerjasama UMNO dalam PRN Melaka.


Berikutan UMNO dilihat mempunyai kecenderungan untuk bertanding solo atas tiket BN dan enggan bekerjasama dengan Pas atau Bersatu sebagaimana ditegaskan beberapa kali oleh Zahid Hamidi, PN juga tidak lagi berharap kepada kerjasama mereka.

Bermakna, pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan PH atau lebih jika ada parti lain turut masuk bertanding, sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Bersatu dan Pas dalam hal ini tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang menunjukkan mereka ingin bekerjasama dengan UMNO atas apa alasan sekali pun.

Lupakan UMNO dan bergandinglah tanpa keraguan bersama ketegasan Pengerusi PN, Mahiaddin untuk gabungan itu bertanding sendiri tanpa mengharapkan kerjasama pihak lain.

Lagi pula, lagi banyak mengeluarkan kenyataan ingin bekerjasama, sedangkan UMNO kekal dengan kecenderungannya ingin bertanding solo, nampak sangat Bersatu dan Pas dilihat sebagai parti yang lekeh dan terhegeh-hegeh.

Melalui pendirian terbaru ini, Bersatu dan Pas dengan dibantu Gerakan hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada PRN Melaka dengan memperkukuhkan jentera mereka untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi dan membuktikan PN adalah gabungan yang setanding dengan BN.

PRN Melaka adalah masa untuk PN, khususnya Bersatu dan Pas untuk membukti kekuatan, bukan untuk mempamerkan kelekehan. – ShahbudinHusin 26/10/2021.


SAJAK OLEH YASSIN SALLEH

 (004) Salam Perjuangan Untuk Pengundi-Pengundi PRN Melaka.

yassinsalleh :
Sampainya Hati Engkau. Spesis Apa Engkau Ni Ha?
Sampainya Hati Engkau. Tergamak Engkau Buat Begitu
Dalam demikian ribuan rakyat mati covid.
Dalam begitu ribuan rakyat mati bunuh diri.
Engkau berbelanja berjuta-juta renovate kediaman demi pristage.
Engkau berbelanja berjuta-juta renovate pejabat menteri beli kerusi.
Sampainya hati engkau. Spesis apa engkau ni ha?
Sampainya hati engkau. Tergamak engkau buat begitu.
Dalam sebegitu ribuan rakyat terkurung dan terbuang kerja
nak makan rakyat kena kibar bendera putih minta nyawa.
Engkau berbelanja berjuta-juta renovate kediaman demi pristage.
Engkau berbelanja berjuta-juta renovate pejabat menteri beli kerusi
Sampainya hati engkau. Spesis apa engkau ni ha?
Sampainya hati engkau. Tergamak engkau buat begitu
Dalam demikian rakyat aras bawah yang papa kedana
kena denda kena kompaun langgar SOP PKP
Kena denda kena jel curi petai curi tabung mesjid curi biskut.
Engkau biarkan pejenayah dewa-dewa kayangan
sorang demi sorang sekor demi sekor lepas bebas
Sampainya hati engkau. Spesis apa engkau ni ha?
Sampainya hati engkau. Tergamak engkau buat begitu.
Pengundi-pengundi PRN Melaka.
Pengundi-pengundi PRU15,
kiranyalah kabilah inilah juga
yang akan kalian naikkan memerintah kembali,
padanlah muka engkau, padanlah muka aku
padanlah muka kita. Padan muka kita semua.
Sampainya hati engkau. Sampainya hati aku
Sampainya hati kita. Sampainya hati kita semua.
Spesis apa kita semua ni ha?
Sampainya hati kita.
yassinsalleh
26.10.2021
Galeri Ikan Ikan Ikan Di Kaca
Hak Cipta © 2021 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara.

INIKAH CARA NAK LAYAN RAKYAT

 

Owh wow... Maknanya anak-anak kita akan jadi tikus makmal? No way Jose!

Memanglah sukarela. Tapi sukarela cara Malaysia adalah dengan memaksa. Nanti dibuat tak vaksin tak boleh sekolah.
Naya anak-anak kita. Inikah cara kerajaan layan rakyat? Apa merit kerajaan untuk jadikan anak kita sebagai bahan ujian?

USAH SESEKALI TERMAKAN BUDI JIKA UMNO TAK MAHU TERGADAI ‘BODY’

 

Kata bidalan moden selalu mengingatkan – jangan termakan budi, nanti tergadai ‘body’.

Walaupun kata bidalan di atas lebih dimaksudkan kepada anak-anak gadis agar berhati-hati selalu dalam menempuhi pergaulan kehidupan mereka, tetapi adalah suatu hakikat yang global bahawa budi yang diberi memang memerlukan balasannya.

Dalam apa juga aktiviti kehidupan atau pergaulan di seluruh dunia, itulah lumrahnya.

Dalam konteks PN, khususnya Bersatu dan Pas yang masih tak henti-henti menagih kerjasama daripada UMNO dalam menghadapi PRN Melaka, ia sebenarnya bukanlah percuma.

Mereka mahukan kerjasama itu semata-mata untuk memerangkap UMNO supaya terus bersama mereka, seterusnya memastikan nyawa politik dan keseronokan menikmati jawatan dalam kerajaan tidak terlepas daripada genggaman.

Kerjasama yang diharapkan dapat dibentuk di Melaka adalah permulaan kepada jalinan hubungan yang berterusan dalam sehingga PRU15 akan datang.

Bermula dengan UMNO sedia bertolak ansur memberi kerusi kepada Bersatu dan Pas di PRN Melaka, kedua-dua parti itu nantinya akan terus menuntut jumlah kerusi lagi dalam PRY15 dalam konteks kerjasama sedia ada.

Khususnya kerusi-kerusi yang dituntut atau diharap sedia ditolak ansur oleh UMNO itu tentunya ialah kerusi yang sedang diduduki oleh Geng Hamzah Zainuddin dalam Bersatu sekarang.

Jika BN dengan kerjasama PN berjaya menang di Melaka, merekalah nanti yang paling awal mendabik dada mengatakan kemenangan itu adalah atas kerjasama yang mereka berikan.

Akhirnya, UMNO akan terus dipaksa tunduk kepada kemahuan serta nafsu kedua-dua parti itu.

Kalau UMNO kalah pula di Melaka, mereka akan tampil dengan hujah bahawa kerjasama yang telah dibentuk itu mesti diperkukuh dan diperkuatkan lagi supaya sama-sama tidak kecundang dalam PRU15.

Sudahnya, sekali lagi UMNO akan dipaksa tunduk untuk terus bekerjasama yang natijahnya hanya menguntungkan mereka, khususnya Bersatu yang tiada kekuatan akar umbi itu.

Makna kata, UMNO dan BN jangan sesekali terperangkap atau membiarkan diri mereka termakan budi PN yang bermula di PRN Melaka ini.

Memang sekarang ini PN cuba melontarkan pelbagai hujah untuk mewajarkan kerjasama itu, termasuk kononnya demi kepentingan ummah, kekuatan politik Melayu Islam dan sebagainya, namun semuanya tidak lebih hanyalah kata-kata manis “sang buaya untuk memastikan anak dara masuk ke perangkapnya” saja.

Di Melaka, dengan ada 19 kawasan majoriti Melayu daripada 28 kawasan keseluruhannya yang mana UMNO lebih berpotensi untuk memenanginya.

Sebaliknya, Bersatu dan Pas atas tiket PN, tidak terlihat sama sekali potensi untuk menang walau satu kerusi pun.

Seorang pemimpin Bersatu yang berasal daripada Melaka tanpa ragu-ragu berkata, DUN Paya Rumput dan Telok Mas yang dimenangi parti itu pada PRU14 lalu atas tiket PH menggunakan logo PKR juga bakal terlepas dalam PRN 20 November ini.

Realitinya, kerjasama Bersatu dan Pas semata-mata tidak mampu untuk PN memenangi dua kerusi tersebut.

Dengan kata mudah, jika UMNO boleh menang bersendirian atas tiket BN, buat apa mereka mahu berkongsi kerusi dengan Bersatu dan Pas yang bukan hanya ingin menumpang, malah memerangkap untuk menagih lebih banyak kerusi dalam PRU15 nanti?

Kepada UMNO, jangan sesekali termakan budi jika tidak mahu tergadai “body”. – ShahbudinHusin 26/10/2021.

Bersatu bersama Pas langgar kerusi UMNO

 




Bersatu dan Pas dilihat sudah nekad langgar UMNO dalam Pilihan raya negeri Melaka

Keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

Pengerusi Gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersepakat dengan Pas dan Gerakan untuk bertanding PRN Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan.

“Mesyuarat khas itu secara khusus diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Bersatu, PAS dan Gerakan sepakat menawarkan calon dalam pilihan raya dewan undangan negeri Melaka dan menggunakan satu lambang iaitu lambang PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memaklumkan gabungan tersebut akan bertanding menggunakan lambang Perikatan Nasional.

Pas akan bertanding lima kerusi Dun walaupun Umno sudah mengumumkan untuk bertanding kesemua 28 Dun.

Ini menunjukkan seolah-seolah Pas dan Bersatu nekad langgar kerusi yang ditanding UMNO.

Dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN telah memutuskan semua parti komponen PN untuk gerakkan jentera pilihan raya masing-masing.

 

Dewan Rakyat: Anwar Harap Usul Bahas Isu Petronas Jual Aset Gas Dipertimbang

 



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap usul bagi membahaskan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan nilai hampir RM10 bilion dipertimbangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Mengikut salinan surat yang dihantar kepada Speaker, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengemukakan usul tersebut di bawah peraturan mesyuarat 18 (1) dan 18 (2).

“Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan 18 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021,” katanya dalam kenyataan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan menegaskan hal membabitkan syarikat minyak dan gas negara itu perlu dibahaskan secara teliti di Parlimen.

“Ini adalah perkara mendesak yang perlu perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.

“Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat,” tegas Anwar lagi.

KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG

 

May be an image of 4 people and text that says "PASSPORT MEREKA DIKEMBALIKAN ANWAR IBRAHI PM RAKYAT 19 pertuduhan kes rasuah di mahkamah 47 pertuduhan kes asuah di mahkamah 7 pertuduhan kes rasuah di mahkamah PASPOR Penggubahan wang haram RM9. .5juta PASPORT Singapura Germany Singapura New York"


NORMAN RADZUAN


'Dasar Apartheid' dan Kasta di Malaysia

KITA SEMAKIN MUNDUR KE BELAKANG
Org Melayu cuba berkata soal profesional tapi tak faham bagaimana amalannya. Org kita kecam Liberal sdgkan jika tanya apa itu liberal secara spontan mereka tak faham. Org kita cerita tentang Islam tapi mereka sendiri tidak faham Islam itu sebenarnya bersoal tentang keadilan dan menghapuskan perkauman.
Org kita masih seperti ratusan tahun dahulu mendewakan org yg berkuasa dan kaya. Lihat anak2 kita jika tidak mampu membayar PTPTN disekat utk ke luar negara tetapi mereka yg didakwa bersalah atau dlm perbicaraan kes melibatkan ratusan juta hingga billion bebas ke sana sini.
Rakyat ketika PKP dikurung tetapi mereka bebas bawa anak2 bercuti ke luar negara. Rakyat diwajibkan dan ditekan utk divaksin tapi mereka bebas utk tidak divaksin.
Rakyat mencuri RM30, curi drypers, curi susu terus dipenjara mereka curi berbillion boleh pulangkan separuh dan bebas. Rakyat jika mask terjatuh dibawah hidung terus disaman tapi mereka tanpa memakai mask tiada apa tindakan dikenakan.
Rakyat makan di surau selepas solat disaman tapi mereka berkenduri makan durian tiada siapa berani ambil tindakan. Parti lawan tak boleh berkempen tapi mereka sudah berkempen ke sana sini. Sampai bila rakyat kursusnya org Melayu mahu dibodohkan sebegitu rupa.
Org kita pemikirannya pemikiran hamba. Fikiran hamba bermaksud berfikir dlm ketakutan, tiada pendidikan hingga mudah diperbodohkan.
Org kita mesti keluar dari sebarang bentuk penjajahan samada penjajahan politik, ekonomi, budaya, emosi dan sebagainya. Org Melayu mesti membebaskan hidup dan pemikiran dari dijadikan ‘hamba’ oleh anasir2 yg cuba mengambil kesempatan atas kedhaifan mereka.
Jika org Melayu faham apa sebenar itu Islam tiada manusia yg boleh menjadikan dirinya hamba secara sedar atau tidak, jika kita benar2 beriman dan yakin dgn Allah.
Hayatilah kata2 seorang sahabat Rasulullah saw, Ribie Bin Amir kpd panglima tentera musuh, Rustum, apabila ditanya tujuan kedatangannya...
‘Allah mengutuskan kami (org2 Islam), utk kami memerdekakan manusia, daripada pengabdian diri sesama manusia kpd pengabdian diri hanya kpd Allah, daripada kezaliman agama kpd keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kpd keluasan dunia dan akhirat’. Inilah tanggungjawab kita terhadap negara dan rakyat Malaysia.
Merdekalah pemikiran kalian wahai Melayu. Jgn biarkan mereka jadikan kehidupan kita berkasta seperti di India. Wahai org Melayu cukup2lah diperbodohkan atas nama bangsa hingga RM 1.8 trillion telah hilang (dicuri).
Ia adalah wang yg boleh membantu anak cucu kamu tapi sayang kalian memilih utk menyusahkan mereka di masa hadapan. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur.
Kerana sikap kalian kita semakin mundur ke belakang sdgkan 30 tahun dahulu kita tidak byk berbeza dgn Korea dan Singapura. Kita kini semakin jauuuuuuh mundur ke belakang.


BANTUAN DEEPAVALI DARI YB GINIE LIM

 






Petang tadi 25 OKTOBER 2021 Ketua Cabang Alor Gajah Ginie Lim turun ke Hutan Percha, Taman Melaka Perdana dan Taman Pengkalan Indah bagi memberi sumbangan bakul makanan kepada masyarakat india bagi persediaan menyambut hari raya Deepavali tidak lama lagi.

Seramai 25 set bakul makanan telah diberikan kepada penduduk setempat bagi meringankan beban mereka ketika membuat persediaan menyambut hari raya Deepavali.
Turut hadir bersama sdr Sabri Mantan MPKK Hutan Percha dan sdr Nava Ketua Ranting Pengkalan dalam edaran bakul makanan tersebut.
Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan keluarga mereka ketika mereka sedang bersiap sedia menyambut hari raya ini.
SELAMAT HARI DEEPAVALI

YB ROZIAH MERASMIKAN RANTING PANGSAPURI SRI NILAM

 


Merasmikan Ranting Pangsapuri Sri Nilam malam tadi dan membuat serahan kotak prihatin rakyat kepada ahli-ahli ranting Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang. Sumbangan ini diberikan kepada ahli KEADILAN yang kurang berkemampuan dan terkesan akibat Covid-19.



Terima kasih En Ilyas, Penasihat ranting Seri Nilam selaku penganjur program bantuan sumbangan malam ini.
Semoga Ketua-ketua Ranting disini menjadi #nadirakyat dan prihatin dalam membantu isu-isu kebajikan ahli.