KENYATAAN BERSAMA BLOGGERS: PENULIS BLOG MAHU UNDI POS DI HAPUSKAN

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah diperkemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut:
''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara,maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut:

3.Adalah amat malang bagi Malaysia ,walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil.Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti Tidak telus dan rahsia,wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos,undi pos tidak relevan,kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang.Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut.Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.


Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1.MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut:


1.TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat.Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin .


2.PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat ,peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu,penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2,satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.


3.KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami.Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini,boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut,Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan,supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih.Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik.Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela,selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.


Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota: Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama.Bloger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2.Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah..kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR.Selain itu,penulis blog juga disarankan agar memberi candangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan,sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.Sekian wasalam.

ADAKAH UMNO BERKONSPIRASI UNTUK MENJATUHKAN SAMMY

UMNO TERDESAK APABILA KALAH DALAM PILIHANRAYA LEPAS DAN AKAN MENGHADAPI PILIHANRAYA AKAN DATANG DENGAN SOKONGAN KAUM INDIA


Oleh :Amiruddin Ahmad


Setelah hampir 50 tahun beliau menjadi pemimpin kaum India dan hampir sama dengan kejayaan negara mencapai kemerdekaan, Sammy Vellu pemimpin kaum India Malaysia kini sedang menghadapi saat-saat kejatuhan beliau apabila ada usaha bagi pemimpin pusat , iaitu Umno mahukan beliau di tukar dengan pemimpin yang baru agar dapat memberi nafas dan kekuatan baru buat MIC, satu-satunya parti kaum India di Malaysia yang diagggap kuat dan membantu kaum India Malaysia.

Namun , bagi Sammy Vellu , usaha untuk mengekalkan jawatan di dalam MIC sebagaimana rancangan peralihan untuk timbalan beliau Palaniavel dianggap sebagai usaha memilih pemimpin yang mengikut telunjuk beliau dalam memimpin MIC dan kaum India dipandang sinis oleh pentadbiran pusat khasnya Umno dan pentadbiran negara yang mahukan beliau melaksanakan peralihan dengan secepat mungkin.Usaha menjatuhkan beliau sedang giat diusahakan sekarang ini.

Baru-baru ini dalam pemilihan parti MIC , Sammy Vellu berjaya mengekalkan jawatan beliau tanpa adanya tandingan selain ada 3 lagi pertandingan di peringkat Timbalan dan melihatkan calon pilihan presedien S Palanivel menang dengan selesa walau di didasak oleh S.Subramanian yang dianggap masih punya pengaruh besar dalam MIC.Kejayaan Palanavel dianggap kejayaan besar Sammy vellu walau pimpinan Umno sebuah parti dominan dalam gagasan Bn sudah melihat betapa Sammy Vellu kini adalah liabiliti kepada Umno dan Bn untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Desakan demi desakan akhirnya muncul suara dari Mahathir Mohammed yang mendesak Sammy Vellu melepaskan jawatan beliau dalam parti bagi memberi peluang agar calon yang bakal memimpin MIC adalah muka baru, dan menurut Mahathir , Sammy Vellu perlu sedar dan Faham akan masanya sudah tiba kerana kaum India di negara ini sudah tidak sukakan beliau sebagai pemimpin, dan buktinya MIC gagal menyelamatkan Umno dan parti lain untuk mengukuhkan Bn dalam pilihanraya lepas.

Sejak pemecatan Anwar Ibrahim sehingga kini, Umno dilihat kalah buat kali pertamanya dalam pilihanraya 1999 di mana sokongan orang Melayu kepada Umno terus menjunam sehingga 70%, manakala parti komponen pada masa itu, iaitu MIC dan MCA serta Gerakan dilihat menjadi penyelamat kepada UMno untuk membentuk kerajaan.Pertama kali dalam sejarah kemerdekaan negara , Umno menerima tamparan hebat di kalahkan oleh parti PAS untuk mendapat sokongan kaum Melayu.

Selain isu yang dibawa Mahatir sebagai satu konspirasi, DS Najib Razak Juga menyuarakan hasrat beliau untuk berbincang dengan Sammy Vellu agar beliau dapat menyegerakan proses transaksi bagi menylamatkan maruah MIC dari terus tercalar dengan melakukan berbagai isu.Di Pulau Pinang, kegagalan MIC dilihat apabila gagal membela nasib kaum India di kampung Buah Pala. Ianya sebenarnya bukan kegagalan parti DAP di Pulau Pinang, akan tetapi ianya menunjukkan kegagalan MIC membela kaum India di negeri tersebut. Manakala di Shah Alam pula kes" kepala lembu" ialah menunjukkan bahawa MIC juga gagal dalam menjaga agama kaum India di Malaysia apabila kuil yang berusia 100 tahun itu di pindahkan ke kawasan baru. Semua ini melihatkan betapa kegagalan Sammy Vellu dalam menguruskan kaum India di Malaysia.

Selain kaum India berpecah kepada beberapa parti, IPF,PPP, dan kini Makkal Sakthi yang dipimpin oleh seorang pejuang anti ISA dimana ianya akan dilancarkan pada 10 oktober nanti.Semua ini dilihat betapa Sammy Vellu telah gagal dalam mengawal kaum India di Malaysia,manakala semua kesalahan tersebut seolah-olah adalah kesalahan total Sammy Vellu dalam menjaga kebajikan dan kepentigan kaum India di Malaysia.

Umno/Bn juga perlu melihat perpecahan dan proses seperti ini menguntungkan mereka dalam pilihanraya ini, manakala dari satu sudut yang lain pula, ianya mungkin kn melibatkan penarikan keluar MIC dan menyertai pembangkang khasnya parti gabungan dalam PR.Semua ini adalah satu kemungkinan yang lain pula

Kini Umno sebagaimana mahukan pemimpin yang lebih agresif bertindak , juga merancang satu sistem bagi menjaga kepentingan kaum lain dengan slogan 1 Malaysia sebagaimana yang dilaungkan oleh Najib Razak. Dalam masa yang sama, Umno juga terlibat dalam usaha mengambil hati kaum lain dan mengikut contoh agenda yang di bawa DS Anwar Ibrahim dimana menyatakan bahawa kewajpan membantu kaum Melayu dan menjaga kaum lain dalam kerajaan baru dan acuan baru yang dimahukannya bagi terus mendapat sokongan semua rakyat Malaysia seramai 26 juta orang. Setelah satu pemimpin dengan satu slogan, kini kaum dan rakyat Malaysia bersedia untuk berubah iaitu agenda yang dibawa Anwar Ibrahim, ikon negara sebagai seorang tokoh yang dilihat lebih berwibawa untuk mentadbir negara.

Walau pembangkang yang menamakan diri mereka adalah Pakatan Rakyat, walau sedikit perubahan yang dibawa membuktikan betapa kerajaan ini masih lagi menjaga kepentingan rakyat, Misalnya sebuah parti kaum Cina , iaitu DAP memerintah kaum lain di sebuah negara di utara iaitu Pulau Pinang, dengan sedikit politik dan retorik ungkapan Islam dengan "amal maarof nahe mungkar" , Guan Eng dilihat berjaya memberikan semula duit bantuan sekolah agama yang di tarik Umno, polisi membantu golongan susah dengan potongan bil air,menjaga dan memberi serta mengumpul warga emas untuk bantuan, dan mengistiharkan miskin tegar dengan menghapuskan miskin di Pulau Pinang dengan menaikkan tahap pendapatan RM400 ke RM500 dan nampaknya strategi ini berjaya.

Begitu juga di Selangor dan Kedah yang sedang berusaha untuk memberi kemudahan dan melakukan kebajikan kepada rakyat dan polisi ini dilihat berjaya walau pun tidak disiarkan oleh akhbar arus perdana.Bagi rakyat usaha ini dilihat amat berjaya. Namun dalam masa yang sama pemimpin pembangkang juga harus bijak bertindak dengan melancarkan peranan masing-masing dalam negeri yang di perintah mereka. Apakah dasar mengukuhkan kaum Melayu di laksanakan, apakah dasar untuk membentuk tabung usahawan, dan juga koperasi berjalan dengan baik atau apakah perlaksanaan tersebut berjalan lancar agar dapat menunjukkan betapa pemimpin Melayu selain yang berada dalam Umno berjaya membantu Melayu lain untuk maju.

Adakah dasar 1 Malaysia ini akan berjaya mengajak orang Melayu untuk terus memberikan sokongan kepada Umno, atau ianya sebagai sebuah parti yang juga turut akan berkubur sebagaiman teori yang menyatakan bahawa DS Najib adalah pemimpin terakhir bagi Umno mentadbir negara ini. Kini , Umno sedang meniup api kebencian dan kegagalan Samy Vellu dalam MIC dan dalam masa yang sama ucapan selamat malam buat Sammy Vellu semakin dekat untuk mendesak beliau melepaskan jawatan. Tambahan pula beliau bukan lagi wakil rakyat di Sungai Siput....



Amiruddin Ahmad adalah exco ALIRAN,
ALIRAN Kesedaran Negara,
Wartawan bebas menulis untuk akhbar Suara keadilan
dan kini akhbar baru Konsep Era Pakatan,
Lulusan USM dalam bidang Sejarah dan Sains Politik.