PMX AKAHIRI LAWATAN KE MELAKA













Tidak lengkap lawatan saya ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini jika tidak singgah ke kawasan pelancongan utama di Jonker Walk dan sekitarnya.


Saya sempat menyapa para penarik beca, penjual produk pelancongan dan juga pelawat termasuk dari luar negara yang mengambil kesempatan menziarahi lokasi menarik di bandaraya ini.


Sebelum itu, saya turut melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah sambil beramah mesra bersama anggota dan pegawai bertugas.


Sempat saya titipkan amanat antaranya terkait pelan perancangan bangunan baharu IPD itu selain menyeru warga kepolisian seluruh negara agar menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara ini serta mengembalikan integriti agensi keselamatan terbabit.


Sampai jumpa lagi Melaka!


#MalaysiaMADANI



INGAT KEDAH SAJA KA..


 

KEH KEH KEH


 

TUUU DIAAA AIHHHN


 

TIPU OLANG PUNYA


 

PENGHAKIMAN KES NIK ELIN


Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan 16 Seksyen dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tidak sah dan tidak berperlembagaan.


Keputusan hari ini sudah boleh dijangka jika kita melihat kes duluan Iki Putra Mubarrak (2021) dan SIS Forum (M) (2022). Asas kepada penghakiman ini adalah doktrin pith and substance (inti pati undang-undang) seperti yang pernah digariskan dalam kes Mamat Bin Daud vs Government of Malaysia 


Cuma yang menariknya Ketua Hakim Negara awal awal lagi menyatakan bahawa penghakiman ini tiada kaitan dengan ajaran agama Islam atau Mahkamah Syariah.


Penghakiman ini adalah hanya menetapkan batas dan sempadan had undang-undang yang boleh digubal oleh Dun dan Parlimen.


Ketua Hakim Negara juga nyatakan bahawa di Malaysia ini tiada hukum hudud dan qisas. Yang ada hanya hukuman takzir. Hukuman takzir boleh dilaksanakan di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Jika dilaksanakan di Mahkamah Syariah maka hukuman akan terikat dengan Akta 355 (3 tahun penjara, denda RM 5000 & 6 sebatan)


Jadi usahlah menuduh Islam terancam dan doa buruk buruk kononnya hakim hakim ini musuh Allah. Ini berat sangat kerana tiada apa pun dalam penghakiman ini boleh kita sifatkan sebagai berlawanan dengan prinsip Islam.


Tahniah juga kepada Menteri Agama kerana sangat responsif terhadap penghakiman ini.


Moving forward, Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri Negeri perlu bertindak segera untuk meminda mana mana peruntukan yang berkaitan supaya selaras dengan penghakiman ini supaya tiada lagi cabaran yang sama di Mahkamah pada masa akan datang.


Dr Zulqarnain Lukman

9 Februari 2024


https://www.facebook.com/1440900983/posts/10233783086905815/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v



ATOK TAK YAH BIMBANG LA.

W.Faudzin



 Belum apa2 lagi peguam atok ni dah bimbang.  Kalau dok main bimbang2 ni, aku pun bimbang peguam ni jadi semakin bodoh...

APA YANG TELAH ADA.

 





Sekurang kurangnya 7 atau 8 daripada 16 seksyen yang dibatalkan sebenarnya telah ada dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 yang telah dimansuhkan. Antara kesalahan tersebut ialah:


i. Persediaan/menawarkan untuk melakukan maksiat

ii. Sumbang Mahram

iii. Minum minuman yang memabukkan

iv. Munkicari


Maknanya sebahagian dari kesalahan kesalahan yang dicabar itu telah wujud dalam Enakmen Jenayah Syariah semenjak 1985 lagi, iaitu hampir 40 tahun dulu.


Isunya mengapa baru kini Nik Elin Nik Rashid terlintas untuk buat semakan kehakiman atau mencabarnya???


Bagi ambo ada 2 sebab (pandangan ambo la):


1. Kes Iki Putra yang didakwa melakukan kesalahan liwat pada tahun 2019 di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 sehingga ianya dicabar di Mahkamah Tinggi dan berlarutan hingga ke Mahkamah Persekutuan Tahun 2022. 


Malangnya Kerajaan Kelantan tidak sensitif dengan isu ini sehinggalah pada 1 Nov 2021 Kerajaan Kelantan mewartakan EKJS (I) 2019 yang juga terkandung di dalamnya kesalahan Liwat. 


2. Kerajaan Kelantan semasa menggubal ekjs (I) 2019 telah memasukkan beberapa kesalahan "luar tabie" yang tidak pernah diperuntukkan dalam mana mana enakmen jenayah syariah negeri lain sebelum ini. Ianya bukan sahaja satu kejutan, tetapi seolah olah cuba bersaing dengan kuasa jenayah di Mahkamah Sivil dengan jumlah hukuman yang jauh lebih rendah.


Antara kesalahan kesalahan tersebut ialah;

i. Persetubuhan dengan mayat.

ii Persetubuhan dengan bukan manusia.

iii. Menipu Timbangan, Ukuran Dan Sukatan.

iv. Muamalah dengan riba. 


Ambo rasa 2 sebab ini menyebabkan Nik Elin terpanggil untuk "test market".. jangan marah ya Kak Nik Elin ambo



RAKYAT BIASA DAN TAHUN BARU CINA












Rafizi Ramli


Banyak perkara berlaku dalam negara dan di dunia sekarang.


Perang masih berlanjutan di Gaza dan Ukraine, dengan risiko ia merebak ke tempat lain. Ekonomi China sedang melalui perubahan sehinggakan Kerajaan China terpaksa campur tangan dalam banyak perkara. Beberapa pegawai tertinggi juga telah dipecat.


Di Amerika Syarikat, kesan ekonomi dari zaman COVID belum selesai sepenuhnya. Kadar faedah yang begitu rendah untuk memastikan orang berbelanja semasa COVID, kini diganti dengan kenaikan faedah mendadak dalam 20 bulan yang lepas hingga menyebabkan nilai dolar mengukuh.


Kita juga tidak terkecuali dengan tempias-tempias ini, selain dari perkembangan dalam negara sendiri. 


Keputusan Lembaga Pengampunan memendekkan hukuman penjara Dato’ Seri Najib Tun Razak akan terus menjadi bualan. Pandangan mereka yang membantah dan menyokong itu keras, dan saya faham ini satu perkara yang emotif kepada semua. 


Tindak balas nilai mata wang dolar yang mengukuh ke atas nilai ringgit terus dirasai. 


Walaupun ada beberapa perkembangan positif dalam ekonomi negara sejak setahun lalu (contohnya kadar inflasi yang menurun ke paras paling rendah, peningkatan nilai saham di Bursa Kuala Lumpur, kemasukan pelabur dan pengurus dana antarabangsa, kadar pertumbuhan suku ke suku yang menunjukkan ketahanan ekonomi negara di sebalik kelembapan ekonomi global), semua ini mengambil masa untuk diterjemahkan kepada gaji yang lebih tinggi dan pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan kuasa beli rakyat dalam suasana kos sara hidup yang lebih tinggi kini.


Kerajaan memahami semua ini dan langkah kerajaan adalah yang meliputi penambahbaikan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.


Tetapi ujian sebenar pentadbiran ini ialah mengimbangi keperluan rakyat untuk melihat segera peningkatan mutu hidup, dengan kesabaran rakyat menunggu reformasi ekonomi jangka masa sederhana dan panjang ini membuahkan hasil.


Turun naiknya populariti pentadbiran ini bergantung kepada keupayaan mengimbangi dua keperluan rakyat yang saling bertembung ini.


Selain dari kaedah kaji selidik dan quantitatif yang lain, cara yang paling mudah ialah menilai sendiri reaksi rakyat dengan bertemu orang biasa.


Kaedah inilah yang saya patuhi sejak dari tahun 2011, iaitu kali pertama saya mengumumkan akan merampas kerusi parlimen Pandan dari MCA/BN (ketika itu kubu kuat MCA yang tidak pernah kalah di kerusi Pandan).


Sifir politik saya ialah saya boleh meneka dengan baik pilihan rakyat dengan bertemu rakyat biasa di pasar.


Sebab itu saya tidak pernah tertinggal setiap tahun dari 2011 untuk turun bertemu pengundi Pandan di Pasar Taman Muda (salah satu pasar paling besar di timur Selangor) seminggu sebelum Tahun Baru Cina.


Pertamanya untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi secara peribadi dan terus kepada mereka.


Keduanya untuk mengucapkan selamat tahun baru Cina kepada seberapa ramai dan sama-sama berkongsi suasana kegembiraan dan kekeluargaan.


Ketiganya untuk meminta maaf secara peribadi atas serba kekurangan saya sebagai wakil rakyat (dan saya banyak kekurangan).


Keempatnya untuk menilai sendiri mood rakyat, kerana pengundi Cina selalunya tidak pandai bermuka-muka. Jika mereka bersetuju, mereka menerima buah limau dan senyum. Jika mereka tidak bersetuju, mereka tidak melayan.


Turun padang dan berjumpa pengundi secara peribadi adalah satu kemestian kepada seorang menteri kerana itu satu kaedah “report card” terbaik. Saya boleh rasakan denyut nadi pengundi saya secara bersemuka.


Untuk saya, setiap kali saya turun, ia menguatkan keyakinan saya bahawa rakyat yang biasa-biasa (pekerja bawahan, kumpulan yang bergelumang mencari rezeki setiap hari dan rakyat biasa tanpa kepentingan) adalah orang yang baik-baik.


Mereka mempunyai keikhlasan, daya tahan dan kesabaran yang tinggi. 


Di sebalik segala cabaran yang mereka lalui sejak beberapa tahun lalu, mereka kekal menaruh harapan bahawa negara akan menjadi lebih baik. 


Dan mood itu diterjemahkan dalam suasana persediaan menyambut Tahun Baru Cina ini.


Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penduduk Pandan khususnya, dan seluruh rakyat Malaysia umumnya.


Keikhlasan, daya tahan dan kebijaksanaan anda adalah inspirasi kepada orang seperti saya mengemudi tugas harian saya dalam waktu yang mencabar ini.



DOK KATA KE NEGERI KAPIAQ DAP...MACAMANA CINA DAP URUS AYAQ ...HANGPA LEBAI TAPI LEMAH....


 

PALING CERDIK SIKIT LAM PAS- KENA TIBAI BALIK MENONONG JA


 

KEPALA BAPAK HANG...KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN..TAPI PUJIAN


 

MB KEDAH NI- DIA TAK BERAPA JENUH AKAI..DIAA PULAIH. ALIK DENGAAN PEMBOHONGAN DIA


 

PMX DI MELAKA.

 Tiba di Melaka dan terus ke Taklimat Pembangunan Negeri yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.










Pelbagai aspek pelan pembangunan dan perancangan terkait ekonomi, kesihatan, pendidikan dan prakarsa lain dibentangkan demi perubahan, kemajuan serta kemakmuran negeri bersejarah ini.


Usai, saya kemudian hadir majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC seraya menyampaikan amanat antaranya perihal tanggungjawab mahupun jawatan, bukanlah satu keistimewaan tetapi harus sentiasa perbaiki kecekapan masing-masing.


Soal kebijaksanaan dan amanah harus dijulang seiring dengan sistem nilai tanpa melibatkan hasad dengki, nafsu serakah membolot kekayaan hatta dendam kesumat tiada penghujungnya.


Marcapada menuntut pentadbiran termasuk kerajaan negeri didukung penjawat awam untuk lebih mendampingi teknologi baharu tanpa melupakan nilai jati diri dan kemahiran insaniah.


#MalaysiaMADANI



NAK SALAHKAN HAKIM LAK..ISHHH

 

Arif Kadir Al Khatami


Majoriti hakim dalam kes Nik Elin adalah lantikan sejak zaman Mahathir dan PN-PAS.


1. Tun Tengku Maimun Tuan Mat

-> Diilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Mei 2019 (zaman Mahathir)


2. Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah

-> Dilantik sebagai pemangku Hakim Besar Malaya pada November 2022 (zaman PN-PAS)


3. Tan Sri P. Nalini Pathmanathan

-> Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Nov 2018 (zaman Mahathir)


4. Datuk Mary Lim Thiam Suan

-> Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Mac 2020 (zaman PN-PAS)


5. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal

-> Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Mac 2020 (zaman PN-PAS)


Keputusan kelima-lima hakim terbabit cukup untuk membentuk keputusan majoriti menyebelahi Nik Elin.


Satu-satunya Hakim yang menolak permohonan Nik Eli ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli.


Yang Arif Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang menolak permohonan Nik Elin telah dilantik pada Januari 2023 (zaman Kerajaan Perpaduan).



TANGKAP JA KALAU DOK SEBAR BERITA PALESU.


 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗣𝗔$, 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥 "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 "𝗦𝗖𝗢𝗧-𝗙𝗥𝗘𝗘"

.



1) Dalam 𝗧𝗮𝘄𝗵𝗲𝗲𝗱 𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 : 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗻𝗰𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗞𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷, Dr Sahul HM seorg Pensyarah Kanan UPSI berpendapat pemikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 berkembang kerana pengaruh SocMed. Di Malaysia, sememangnya pemikiran 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 yg syadid, ghuluw, radikal, ekstrim dan melampau disebarkan dgn mudah. 


2) Memaki hamun, mencaci, menghina PMX, Kerajaan MADANI, mengkafirkan org Mukmin, malah menyebarkan "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗹𝘀𝘂 di SocMed adalah perkara enteng. Ia seolah-olah dibenarkan. Seperti kata walaun & untit 𝗦𝗞𝗠𝗠 (𝗠𝗖𝗠𝗖) beri amaran hanya acah-acah shj. 𝗡𝗔𝗧𝗢. Jika ambil tindakan pun mahkamah akan ambil masa bertahun-tahun utk menghukum meskipun ia adalah kes yg melibatkan kepentingan awam.


3) ANDA perhatikan sendiri, ada beberapa "𝗙𝗮𝗸𝗲 𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁𝘀" dlm FB yg setiap hari menganjing, mengeji, menghina PMX, Kerajaan MADANI dan berkongsi berita2 palsu atau "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" tapi terlepas begitu shj tanpa tindakan. Pemfitnah yg terang-terang beroperasi hari-hari 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 "𝗦𝗖𝗢𝗧-𝗙𝗥𝗘𝗘". ANDA boleh jadi hairan dan bingung dgn keadaan ini. Selepas satu "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦", puak KHAWARIJ akan menyebarkan "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" yg lain pula dan pihak Kerajaan hanya menjawap ianya "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" di slot Biar Betul? Kitaran itu akan berterusan.


4) Lihat video Slot Biar Betul disertakan ini. Walaun & untit 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 jelas telah menyebarkan Berita Palsu KUNUNnya mendaftar 𝗣𝗔𝗗𝗨 boleh hilang duit dlm akaun bank. Ia hanya dijawap sebagai palsu dan dipanjangkan kpd SKMM utk tindakan lanjut. Apa SKMM buat?? 𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗥𝗘𝗧𝗢𝗥𝗜𝗞 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗦𝗟𝗢𝗚𝗔𝗡 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜? MenKom atau pegawai lantikan politik dlm pejabat MenKom tak pernah follow up ke apa progres terhadap kaki-kaki fitnah di SocMed?


5) Mereka begitu bebas menyebarkan "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦. Berapa kerat kita dengar PNyebar Berita Palsu didakwa dan dihukum?? Hampir tiada. Pegawai-pegawai SKMM buat apa? Tersangat banyak laporan telah dibuat oleh penyokong Kerajaan tapi 𝗡𝗔𝗧𝗢 - 𝗡𝗼 𝗔𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗸 𝗢𝗻𝗹𝘆. Elok kita cabar SKMM dan MenKom utk 2 atau 3 bulan sekali menyiarkan statistik atau 𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗸𝗻𝗶 𝗱𝗴𝗻 𝗗𝗢𝗦𝗠 utk merekod dan menyiarkan :


i) Jumlah Kes Berita Palsu dilaporkan

ii) Jumlah Kes yg disiasat SKMM dan PDRM

iii) Jumlah Kes yg sdg dibicarakan

iv) Jumlah Kes yg telah dijatuhkan hukuman

v) Jumlah yg sedang menjalani hukuman


6) JIKA MenKom terlalu berlembut dan tidak menuntut statistik seperti ini, saya yakin pegawai-pegawai SKMM (MCMC) akan culas dan tidak menterjemahkan ketegasan Kerajaan MADANI utk membanteras berita palsu dan menegakkan undang-undang. Setahun berlalu tapi 𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗜𝗗𝗘𝗔 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 bagaimana mahu menghalang "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" dari bergentayangan di SocMed.


7) Apabila 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 (𝗞𝗲𝗺𝗞𝗼𝗺) dipisahkan dari Kementerian Digital kita mengharapkan perubahan di mana KemKom mampu menangani penyebaran "𝗙𝗔𝗞𝗘 𝗡𝗘𝗪𝗦" di SocMed. Rupa-rupanya makin menjadi-jadi bukan shj di FB tapi juga di Whatsapp Group dan TikTok. 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗚𝗜𝗟𝗔.


8.) TikTok tu wajib diharamkan kerana teruk sangat isu-isu, posting tidak bermoral dan fitnah sgt berleluasa. Yg lebih menghairankan posting-posting penyokong Kerajaan di SocMed yg menjawap isu fitnah yg ditimbulkan oleh kelompok 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 begitu mudah kena ban atau digantung.


𝗗𝗘𝗘𝗣 𝗦𝗧𝗔𝗧𝗘 masih berleluasa ke? 🤔


- Zus Din 

08022024



AMANAH TEMERLOH RAIKAN KAUM TIONGHUA DI KAWASAN LANCHANG

 📌 9.2.2024 Jumaat












Puan Rohana Yaacob, Ketua AWAN Temerloh menyantuni masyarakat Tionghoa di sekitar Lanchang sempena Tahun Baru Cina. Semoga keharmonian dan sikap saling menghormati antara kaum terus kekal dalam negara kita.


#AmanahProgresifPeduli

#pedulitemerloh

#binabersama

#MalaysiaMadani



UNDANG UNDANG CIPTA SENDIRI

 

Iswardy Morni




Alhamdulillah. Terbukti undang-undang kelantan BUKAN undang-undang Islam, tapi undang-undang ciptaan manusia yang boleh diubah, cipta, batal etc


Menurut Tengku Maimun bahawa badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa yang ada dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


Tengku Maimun sekali lagi mengingatkan apa yang dicabar oleh Nik Elin dan Tengku Yasmin itu bukanlah mengenai kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah di Malaysia.


BUKAN MENCABAR ISLAM. MANA MANA NEGERI TIDAK BOLEH MEMBUAT HUKUMAN SENDIRI KERANA IANYA ADALAH KUASA PARLIMEN

 

Nik Hasyudeen

Ini bermakna Dewan Undangan Negeri tidak boleh membuat peruntukan enakmen kesalahan jenayah sendiri yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah kuasa Parlimen. 




Nik Elin seorang peguam adalah anak kelahiran Kelantan. 


Hakim yang menentang berpendapat Nik Elin dan anaknya itu tidak memiliki locus standi (legal standing) untuk mencabar keabsahan enakmen berkenaan.


Mana-mana negeri tidak boleh membuat hukuman hudud atau apa-apa undang-undang sendiri kerana ianya adalah bidang kuasa Parlimen. 


**************

Pasangan peguam bersama anaknya dari Kelantan hari ini berjaya dalam permohonan mereka mendapatkan pembatalan daripada mahkamah tertinggi negara terhadap 16 peruntukan enakmen kesalahan jenayah negeri terbabit.


Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman.


Keluarga itu mencabar perlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.


Bagaimanapun, mahkamah tertinggi hanya membenarkan 16 daripada 18 peruntukan yang dimohon mereka.


Antara peruntukan yang dianggap tidak sah ialah mengenai pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).


Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).


Di sebalik menerima 16 permohonan pasangan anak-beranak itu mahkamah bagaimanapun menolak cubaan mereka membatalkan dua lagi peruntukan dalam enakmen sama.


Ia membabitkan penyerahan anak kepada orang bukan Islam atau Muslim yang rosak akhlaknya (Seksyen 13), dan perkataan yang boleh memecahkan keamanan (Seksyen 30).


Menurut Tengku Maimun bahawa badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa yang ada dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.


Tengku Maimun sekali lagi mengingatkan apa yang dicabar oleh Nik Elin dan Tengku Yasmin itu bukanlah mengenai kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah di Malaysia.


Sebaliknya jelas Tengku Maimun, yang dipertikaikan ialah keabsahan perlembagaan terhadap 18 peruntukan enakmen Kelantan yang didakwa pempetisyen sebagai melanggar had kuasa negeri terbabit.


"Kuasa parlimen dan dewan undangan negeri dihadkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan mereka tidak boleh membuat sebarang undang-undang yang mereka suka," kata Tengku Maimun yang membacakan keputusan bagi pihak majoriti.


Selain Tengku Maimun, tujuh hakim yang menerima permohonan tersebut ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Amar Abang Iskandar Abang Hashim; Hakim Besar Malaya, Mohamad Zabidin Mohd Diah; dan empat hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan, Harmindar Singh Dhaliwal , Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais.


Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli menjadi satu-satunya hakim yang memberikan keputusan sebaliknya.


Antara lain dia berpendapat Nik Elin dan anaknya itu tidak memiliki locus standi untuk mencabar keabsahan enekmen berkenaan.



MACAM HANTU GIGI YA GAYANYA





 Alamak. Si kitol pulak dia kata aku. Hahaha... Siapa dia ni? Aku pun tak kenal.


Si kitol ni bukan pembelot yang menyebabkan runtuh kerajaan Melayu Melaka ke? Adeh... Apa pulak yang aku belot sampai dia tuduh macam ni?


Aku ni bukan siapa-siapa pun dalam kerajaan. So aku nak belot macamana? Lainlah kalau aku menteri yang gadai kepentingan negara demi wang.


Contoh macam yang rompak negara melalui program atas nama Melayu macam jana wibawa. Atau yang biarkan anak sendiri sorok minyak masak bersubsidi. Atau sorokkan menantu yang rompak dana negara.


Semua perbuatan yang merugikan negara termasuklah buat fitnah burukkan kerajaan atau sebar cerita palsu konon kerajaan akan tumbang adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara.


Sebab cerita begitu boleh menghalang pelabur dari datang melabur dan akan menggangu pembangunan negara. Macam tu baru si kitol.


Tapi tak apalah. Nak kata aku apa pun ok je. Sebab tak beri kesan pun pada aku. Sebab yang SPRM cari nanti bukan aku tapi si kitol yang sebakanb negara kerugian. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KES MAHKMAH SYARIAH. KEPUTUSANNYA.

 




Che Ibrahim


Sepanjang ingatan ambo, kecuali Seksyen 36, semua seksyen yang dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini, hampir tidak pernah ada pendakwaan atau pelakunya telah didakwa di Mahkamah Syariah. 


Seksyen 36 (Apa apa yang memabukkan) pun jarang sangat, itu pun kes minum arak. Adapun kes lain spt dadah, ketum dll yang memabukkan, tidak pernah didakwa di mahkamah syariah.


Oleh itu dakwaan yang mengatakan keputusan ini bakal memalapkan atau menjatuhkan Mahkamah Syariah adalah satu dakwaan yang tidak berasas.



MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS MEMANG GITU AYAT...JENIS SEKOLAH TAM TINGGI.,

 

Seriously ahli UMNO komen macam ni dalam posting aku yang kutuk walaun?


Tapi aku rasa ini walaun. Sebab walaun memang ada perangai iblis yang suka hasut manusia. Dekat wall dia pun banyak share posting Islamik. Itu memang sifat walaun yang konon Islamik tapi dia punya jahat level syaitan yang direjam.


Aku report dan block terus je mamat ni. Jenis bahasa pun macam manusia yang tak percaya Tuhan. Cuma nak ingatkan, iblis yang menghasut macam ni tengah ramai sekarang. Jangan terus percaya komen yang dibaca. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KAMPUNG TU DAH MEMANG KAMPUNG CINA SEJAK ZAMAN DULU DULU



 Cadangan jadikan Kampung Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO. Benda ni jadi isu sekarang ni.


Baru-baru isteri aku cerita, dia share poster pemberian bonus oleh PMX kepada kakitangan awam, ada yang reply dengan cerita yang kononnya kerajaan nak buat kampung Cina di Selangor.


Tapi isteri aku pandai jawab. Dia kata kan YDP Agong kita Melayu. Ingat senang-senang je nak tukar negara ni jadi negara Cina. Akhirnya kawannya pusing cerita lain.


Rupanya yang kawan isteri aku cakap tu isu ni. Dari cadangan Nga Kor Ming untuk jadikan Kampung Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO. Tapi aku tak faham apa isunya.


Ada juga beberapa penulis pro PH yang tak puas hati dengan cadangan tu. Tapi tak kisahlah. Setiap orang ada hujah mereka masing-masing Kita raikan sajalah perbezaan. Cuma jangan sampai memfitnah sudah la.


Cuma bagi aku, tak ada apa nak dirisaukan. Sebab dah memang kampung tu kampung Cina. Lainlah kalau kampung Melayu dia ambil dan tukar jadikan kampung Cina.


Macam Mahiaddin buat Jana Wibawa kononnya untuk bantu kontraktor bumiputera, sekali yang terlibat ada pulak Cina dari Pagoh. Haa kalau macam tu barulah dikatakan kerja jahat.


Tapak warisan UNESCO ni bagusnya boleh jadi tarikan pelancong. Dan nak dapatkan title tu tak mudah. Ada banyak pra syarat dan perkara yang perlu dilakukan.


Tapi kalau jadi, label tapak warisan tu boleh jadi satu bisnes buat negeri dan rakyat.


Cuma mungkin ada yang tiupkan api perkauman kata nanti orang Cina nak claim negara ni. Tapi macam aku kata tadi, kita masih ada YDP Agong. Kalau korang tak percaya PM, takkan korang rasa YDP Agong pun nak jual negara.


Sebenarnya sesiapa yang kata negara ni nak dirampas oleh kaum lain, orang itu menghina YDP Agong. Jelas orang tersebut tak percaya YDP Agong akan pertahan Melayu dan Islam.


So bagi aku, cadangan ni ada pro dan kontra. Mungkin masanya belum sesuai tapi bukanlah sesuatu yang salah. Yang salah adalah pengkhianat yang tak sudah berusaha untuk kucar kacirkan negara dengan hasutan kebencian kaum. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

MASA BEZA KETIKA DSAI DIAMPUNKAN

 

Masa DS Anwar diberi pengampunan dulu, ia adalah  keputusan YDP Agong masa  tu, Sultan Muhammad V secara sendiri. Lembaga Pengampunan masih belum ada lagi pada masa tersebut.


Sebab itu ada yang cabar pengampunan tersebut di mahkamah tapi gagal kerana mahkamah berpendapat YDP Agong berhak berikan pengampunan walaupun tanpa Lembaga Pengampunan.


Masa Najib pulak, Lembaga Pengampunan bersidang beberapa kali sebelum YDP Agong buat keputusan. Itu beza antara 2 kes tersebut. Sebab tu surat pun lain. Bukan sebab dah diubahsuai.


Kes pengampunan DS Anwar juga merupakan bukti yang YDP Agong tak perlu mendapatkan nasihat dari Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan. Ia kuasa mutlak baginda. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK JOIN PARTI KAMI.... KAPIAQ LA... TAK ISLAM LA.... PUNYA LA PELAQ.


 

HANG PI NEGERI ORANG KATA MACAM MACAM.. ORANG KOMEN BAB PENGURUSAN YANG TAK BETOI HANG NAK MARAH... KEPAL.....


 

BAGI WALAUN TOLOL YANG MALAS MEMBACA. HANGPA DENGAR KENAPA NIK ELIN BANTAH HUKUM YANG DIBUAT DI MAHKAMAH SYARIAH DI KELANTAN.


 

PASTIKAN LEBAI LEBAI NI TAHU APA YANG MEREKA PEEJUANGKAN.


 Jom hadir beramai ramai....


Che IBRAHIM


Pastikan Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk membicarakan Kes Kes jenayah seperti Persetubuhan dengan Mayat, Persetubuhan dengan bukan manusia, liwat Dan banyak lagi kerana ternyata hukuman denda/penjara di mahkamah syariah jauh lebih ringan Dari hukuman di mahkamah sivil.



KISAH GURU TOKSIK DAN SUAMI GURU PATRIARKI

 

Nik Hasyudeen. 


Kalau semua guru yang bagus mahu berhenti kerja siapa akan jadi pengajar kepada anak kamu dan kepada anak bangsa?


Sebenarnya siapa yang toksik?


Kami pernah tinggal satu taman dan mengenali jiran di mana suami seorang lelaki patriarki. 


Isteri beliau tidak dibenarkan keluar rumah, tidak boleh bercampur dengan jiran dan hanya terperap dalam rumah menjaga anak. 


Lakinya meninggal dunia mengejut dan jiran yang sempurnakan semua urusan pengkebumian. 


Isteri beliau seperti jadi orang gila tidak tahu buat apa kerana suami mati mengejut. 




Beliau tidak tahu bawa kereta, tidak tahu cara ke pasar, tidak tahu cara bayar bil dan tidak tahu uruskan persekolahan anak-anak.  


Semua jiran yang bantu keluarga tersebut sehingga beliau belajar cara mengurus rumah sendiri. 


Begitulah apabila dapat suami patriarki.


KONON GURU TOKSIK. KALAU GURU TOKSIK... ANAK ANAK KAMU TAK BERJAYA SELAMA INI.? TAK SUKA JADI GURU, JANGAN JADI GURU. MUDAH SAJA. KISAH ABDUL HALIM SOH ISTERI BERHENTI KERJA. 

ABDUL HALIM


Sejak 10 tahun lepas lagi isteri ambo resign jadi cikgu..


Puncanya hari2 kena hadap environment toxic di sekolah..


Cikgu lelaki-perempuan tanpa segan2 duk bergurau lucah di bilik guru, bertepuk tampar tak kira laki bini org tanpa perasaan malu.


Nasib baik puak-puak dia tak berani bergurau lucah dgn isteri ambo, kalau tak mmg kecoh satu sekolah ambo bagi lebam biji mata..


Oleh kerana nampak isteri ambo hari-hari stress dgn environment mcm tu..


Walaupun isteri ambo dah berpindah ke sekolah lain, tapi environment toxic tetap sama..cuma kuat dan tak kuat ja..


Ambo tegaskan pada dia, ambo tak izin/redha awak bergaul dan berbual dengan mereka melainkan hal-hal penting..


Ataupun lebih baik awak letak jawatan serta merta tanpa alasan..


Sampaikan setiap hari waktu rehat, isteri ambo byk menyendiri dlm bilik makmal sbb dipulau oleh guru-guru lain.. walaupun isteri ambo tak pernah ada masalah disiplin semasa di sekolah..


Tak ada cara lain dah nak selamatkan isteri ambo ni melainkan paksa berhenti serta merta..sbb hari2 duk balik mengadu benda-benda negatif di sekolah..


Lama kelamaan ambo mula hilang sabar..."awak nak berhenti atau sy sendiri akan berhenti jadi pasangan hidup awak.."


Plus masa ni teruk juga kami dihentam ahli keluarga & saudara mara terdekat, katanya rugi berhenti kerja gov, syg pd pencen n gaji mahal..


Ambo terpaksa tinggikan suara…


Lailaha ilaLLAH.. betapa kolotnya cara awak berfikir.. Allah dah jamin rezeki semua makhluk2-Nya.. 


Tempat kerja yg penuh toxic dan maksiat pun awak masih duk fikir pasal gaji dan pencen?!! Mana awak letak otak awak?!!


Masa ni isteri ambo menangis sbb terlalu buntu..akur pd arahan suami dlm masa 24 jam kena resign..


Walaupun dlm masa yg sama ada guru di sekolah menghasut jgn ikut sangat nasihat suami.. 


Isteri ambo juga ditekan keluarga suruh buat loan rumah, ni pun ambo menentang keras..


Sy yakin hidup awak tak akan bebas kemana-mana jika awak terikat dgn loan. 


Bekerja lah awk sampai pencen, atau mati dulu sebelum sampai umur awk pencen...


Kalau awak nak buat loan dan ikut pendapat keluarga, maka bolehlah awak duduk dgn keluarga awak..


Insya Allah sy boleh angkat kaki tanpa ada sikit pun perasaan menyesal.. 


Alhamdulillah isteri ambo 100% taat tak sempat buat satu loan pun walaupun mcm2 hasutan dari org sekeliling..


Bayangkan time tu ambo paksa isteri resign dan keluar dari manusia-manusia toxic ni dalam keadaan ambo hanya ada rm800 dlm bank..


Lepas beberapa bulan saja dia berhenti, Allah limpahkan rezeki tanpa disangka-sangka..


Ambo bersyukur pd Allah swt berkat isteri berhenti niat kerana Allah dan taat pd suami..


Ada juga saudara mara yg kuat PAS nasihati ambo supaya isteri ambo terus kerja gov, rugi masa depan n pencen..


Ambo jawab, apa ke tolol mu kuat PAS hari2 duk hentam kerajaan, tp suruh bini aku kerja kerajaan.. pejuang parti isle jenih apo mu ni tak yakin dgn rezeki?


Nampaknya harini dah ramai cikgu-cikgu mula nampak environment toxic dlm kakitangan kerajaan mcm mana, walaupun isteri ambo dah tempuh 10 tahun yg lalu.. 


Ramai guru-guru yg komited & amanah sudah berhenti serta bersara awal, sistem pendidikan di Malaysia dah tiada hala tuju. Sesama penjawat saling diskriminasi.  


Masih ramai guru-guru di Malaysia yg intelligent dan ikhlas mendidik, tapi mereka selalunya berada dlm golongan yg minoriti dan ditindas..


Pendidikan anak-anak kita semakin terkebelakang, ramai ibubapa mula merungut dgn sistem pendidikan di Malaysia.


Ianya telah dijahanamkan oleh orang-orang politik dan hanya mengangkat guru-guru yg si kaki ampu, kipas dan penjilat..


Akhirnya tinggallah guru-guru yg betul-betul bersabar bertahan kerana terikat dgn komitmen loan dan skim pencen..


Tidak kurang juga hanya tinggal guru-guru yg tiada kualiti, tergedik gedik bertiktok menayang kecantikan dan menjadi influencer demi kejar glamour. 


Membuat content-content jijik dengan anak-anak murid tanpa ada rasa segan & consent parents..


Alhamdulillah.. selepas beberapa bulan berhenti, isteri ambo dah mula nampak bahagia dgn kehidupan baru bersama suami dan anak2 sepenuh masa. 


Dah tak ada tekanan di sekolah, tak terdedah pada maksiat dan sebagainya..


Harini masanya dalam genggamannya sendiri bebas tanpa toxic dan arahan pihak atasan.


Perjalanan hidup setiap insan di dunia ini berbeza..


من ترك شيئا لله عوضه الله خيرا منه


Siapa meninggalkan sesuatu kerana Allah ,maka Allah akan gantikan yg lebih baik dari apa yg ditinggalkannya..



MB KAMI SEMPOI... DIA SALAHKAN SPRM... NOOOHHH AIHHH


 MB Sempoi memang handal bab buat lawak bodoh. Almaklum dia sendiri pun tak pernah cerdik.


Selamba dia salahkan SPRM bila pemain bolasepak Kedah tak dibayar gaji. Dia kata sebab siasatan SPRM maka penaja takut nak masuk. Sebab tu tak ada duit nak bayar gaji pemain.


Pertama, gaji pemain tak berbayar tu bukan baru lagi. Ia isu lama. Lama sebelum siasatan SPRM bermula. Takkan penaja dah tahu akan ada siasatan SPRM sebelum ia bermula.


Kedua, kalau setakat bergantung kepada penaja, nak lawan JDT macamana? Sumber pendapatan kenalah pelbagai. Contoh seperti daripada kutipan tiket dan penjualan merchandize.


Takkan MB Sempoi tak tahu? Ini benda asas dalam pengurusan kelab bolasepak. Satu dunia guna konsep ni. Kata handal sangat mengurus. Kalau benda asas pun tak tahu, maknanya memang lemah la otak dia.


Tapi satu kelebihan MB Sempoi yang susah orang lain nak lawan. Iaitu salahkan orang lain bila dia sendiri yang buat masalah. Itu memang benda yang dia tak pernah gagal untuk buat.


Tapi itulah. Dia buat benda bodoh macamana sekali pun, selagi walau gagal gunakan otak, dia tetap akan disanjung. Dan sebab itulah Kedah akan terus rebah. Bukan saja bolasepak tapi segala serbi. Tengoklah nanti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INDEK PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MENINGKAT

 




Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia bertambah baik dengan penambahan tiga mata yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-57 daripada 180 negara seluruh dunia. 


Semoga sasaran Malaysia untuk berada dalam kedudukan 25  teratas tercapai pada masa akan datang. 


#IndeksPersepsiRasuah(CPI)

#MalaysiaMADANI



MB KELEPIAQ- APA PUNYA KOMAN SPANA


Saiful Izham











 Seronok dengaq semalam penjelasan YAB MB kelepiaq nak pelepaih Kedah FA bawah kepimpinan dia sebagai pengerusi KFA. Dia pi tala dan suruh pi tanya bab gaji kat Kedah Darulaman Football Club (KDA FC), yg menguruskan pasukan bolasepak Kedah. Lepaih tu dia kenen SPRM pulak, suruh ambik alih pengurusan bagi gaji pemain2 bola team bola Kedah.


Dia lupa nak habaq yg gaji pemain bola Kedah tertunggak dah 5 bulan, tapi siasatan SPRM terhadap KDA FC baru mola awai Januari 2024


Dari carian di SSM setakat 8/2/2024, Kedah FC diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB).

 

Syarikat ni ditubuhkan pada 24-09-2020 dengan saham berbayaq sebanyak 1001 saham. Alamat tempat menega depa pulak di Aras Satu, Astaka Utama, Stadium Darulaman.


Pemegang2 Saham syarikat DFCSB pulak ialah:

1. Haji Muhamad Radhi bin Mat Din - 210 saham

2. Khamal Idris bin Ali - 140 saham

3. Tan Sri Dr Mohd Daud bin Bakar - 511 saham

4. Zulkifli bin Che Haron - 140 saham


Pengarah2 Syarikat DFCSB pulak ialah

1. Khamal Idris bin Ali  (Dilantik pd 24/09/2020)

2. Zulkifli bin Che Haron (Dilantik pd 24/09/2020)

3. Haji Muhamad Radhi bin Mat Din (Dilantik pd 22/11/2022)


Dari rekod jugak, CEO KDA FC pulak adalah seorang lelaki bernama Khamal Idris bin Ali. Gaji dia saya tak tau banyak mana.


Dari rekod satu lagi, CEO Kedah FA pulak adalah seorang lelaki bernama Zulkifli bin Che Haron. Beliau adalah bekas calon PAS untuk DUN N13 Kota Darulaman.


Seorang lagi Pengarah/pemilik saham dalam syarikat DFCSB adalah seorang lelaki bernama YB Haji Muhamad Radhi bin Mat Din yang juga merupakan Naib Presiden Kedah FA. Dia jugak seorang EXCO atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yg dok jaga portfolio Pengerusi JK Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan. Dia jugak adalah ADUN Alor Mengkudu selepas Pilihanraya Negeri yang lepas.


Laporan Kewangan terakhir untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 ada dilampirkan di bawah ni. Pandai2 la baca sendiri. Kalau tak paham, jangan tanya YAB MB Nusi, dia tak tau apa. Dia cuma tolong baca.


Setakat ni dulu saya nak dedahkan hubungkait antara Kedah FA dan KDA FC. Hampa pandai2 la cari seniri hat lain. Nanti saya sambung pulak. 


Sapa2 tlg la habaq kat Presiden Kedah FA merangkap YAB MB Kedah pasai info2 ni. Mana la tau, dia lupa atau keliru atau pegawai2 dia tak/lupa habaq kat dia.


Sekian


#KedahSejahteraNikmatUntukSemua