PMX TUNAI SOLAT JUMAAT DI KRAMAT

 


Tengah hari tadi melakukan kunjungan ke Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru dan makan tengah hari bersama warga ibu kota yang ikut serta. 












Sempat meninjau gerai penjaja di medan selera ini yang sedang dalam proses naik taraf menerusi inisiatif Lestari Niaga@Kuala Lumpur dan dijangka siap sekitar Oktober depan.


Saya kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Ibnu Mas’ud, Kg Dato Keramat. Alhamdulillah.


#MalaysiaMADANI



Lagi kes UPNM selepas Zulfarhan!


 Tengku Daeng Masatwa. 


Lagi kes UPNM selepas Zulfarhan!






'Dia disahkan mati lemas, sedangkan dia dipukul sampai cedera organ dalaman' - Kes buli kedua berlaku selepas kes Zulfarhan?

Minggu lalu, mahkamah memerintah 18 penuntut. UPNM membela diri dalam kes kematian

Allahyarham Zulfarhan Osman yang dipercayai didera dengan kejam sebelum meninggal dunia.

Keputusan mahkamah itu membuatkan ramai

pihak berasa lega termasuk ibu bapa dan ahli keluarga mangsa di mana suspek yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, timbul pula kes seorang lagi penuntut UPNM. Amirul Nashriq Othman, 19, yang dipercayai juga didera oleh lapan penuntut UPNM.

"Bukan satu kes, anak kawan aku pun meninggal di sana. Kena buli di UNM, dah tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Budak-budak yang buli bawa mangsa kelvar dari kawasan UPNM, bawa pergi berkelah.

Kemudian (selepas kejadian mangsa) disahkan

mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai 


mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai cedera organ dalaman.

"Kes ini berlaku selepas kes Zulfarhan ni. Tak sampai dua tahun kes ni. Wakil UPNM datang hantar alatan peribadi anak kawan pun, ada yang cukup dan bukan kepunyaan arwah.

"UPNM tak jawab apa pun berkenaan kes kematian itu," kata sumber.

Berdasarkan laporan Berita Harian pada 29 Mei

2018, bapa mangsa, Othman Yusof, 52, mendakwa ananya didera sebelum meninggal dunia berikutan terdapat kecederaan di badan anaknya.

Othman turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat ananya.

"Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

"Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas. 


Sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat menghantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior.

"Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya.

"Kami suruh beliau balik ke kampung, namun apa yang peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakan lain ke kawasan air terjundan meninggal dunia akibat lemas.

Difahamkan, Amirul pergi ke Air Terjun Chamang bersama tujuh rakannya daripada universiti sama.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata, siasatan mendapati mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun itu.

Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian dengan rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya. 


Sementara itu, kakak mangsa, Norzulaikha Othman, turut berkongsi mengenai kronologi kejadian itu.


"SUDAH BUAT LAPORAN POLIS NAMUN TIADA TINDAKAN LANJUT”







4 SEBAB DIHUKUM BUNUH


Che Ibrahim. 

 Mengikut Islam, ada 4 kesalahan yang patut dihukum bunuh:


1. Orang yang bunuh orang lain dengan sengaja ( القتل العمد)

2. Perbuatan Zina oleh seorang yang telah berkahwin Dan telah bersetubuh dengan isterinya ( الزانى المحصان) 

3. Orang yang meninggalkan agamanya (  التارك لدينه)

4. Muharabah @ orang yang melakukan kekacauan awam yang memudharatkan masyarakat (المفارق للجماعة).




SYUKUR MALAYSIAKU.

 

Ahmad Mursi


Alhamdulillah.. Kita ucap syukur banyak banyak supaya Allah tambah lebih baik..












SPEKULASI DATANG LAGI


Najib Bakar


 Susah nak halang orang speculate, and this will spark speculations. 


Semoga keadilan buat Zayn Rayyan. 🤲🤲🤲




BERDAKWAH SAMBIL BERGOTONG ROYONG. YADIM.



 Ketika sibuk membaiki dan mengecat tiang gol dalam gotong royong di SRK Ulu Tembeling Kg Bantal, Jerantut, kami tetap melaksanakan amanah BERDAKWAH.



Ayuh! Jadilah ummat dan rakyat yang bercita-cita.


Kita bina “gol” dalam kehidupan dan kita kejar sehingga kita berjaya di dunia dan di akhirat.


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Yang Di-Pertua

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 


https://vt.tiktok.com/ZSYvE7YeS/



WOIII TAK SEKOLAH KA WARTAWAN.


Che Ibrahim


 Pah nak merintah negara macamana bila kemiskinan dan miskin tegar pun tak reti nak beza???? 


Kemiskinan memang sukar untuk dihapuskan, tapi menoktahkan miskin tegar amat mudah jika ada keinginan dan kesungguhan.





APA ITU GDP


Nazri Hamdan


 Baru-baru ni keluar carta ni merata. Korang tau tak apa maksud ni?



Saya akan terang dua perkara di sini


Pertama; apa maksud debt to GDP percentage


Kedua; kenapa angka ni boleh turun naik.


GDP dalam bahasa mudah. Saya bagi contoh Ali. Dia ada syarikat ABC Sdn Bhd. Dalam setahun, sales ialah RM 1 juta.


Tapi RM 1 juta ni bukan income Ali. Ia adalah sales. Gaji yang Ali ambil setahun cuma RM 100k.


Pada masa yang sama, ABC Sdn Bhd ada hutang. Total ialah RM 500 ribu setahun.


Jadi, debt sales ratio bagi ABC ialah 0.5.


Sales bagi ABC ni kita boleh umpama GDP bagi negara. Income kerajaan setahun sekitar RM 300 billion sahaja. Tapi GDP ialah lebih RM 1 trillion.


Kenapakah sales penting bagi ABC Sdn Bhd? Sebab kalau sales naik, Ali boleh naikkan gaji dia dan kedua, kemampuan ABC untuk membayar hutang akan jadi lebih tinggi.


Part kedua pula, kenapa debt to GDP percentage ni boleh naik dan turun?


Balik kepada contoh ABC Sdn Bhd tadi, debt to sales ratio ni boleh berubah jika:


1. Hutang kekal pada RM 500k tapi sales turun


2. Sales naik dan hutang naik. Tapi hutang naik lebih tinggi kadar dia dari sales.


3. Sales drop dan hutang drop. Tapi kadar kejatuhan dalam sales lebih tinggi dari kejatuhan dalam hutang.


Dalam kes kerajaan, kenapa debt to GDP percentage melonjak pada tahun 2020? Sebab pada masa itu GDP jatuh tapi hutang naik. 


Memandangkan kerajaan pada masa itu terpaksa berbelanja besar untuk keluarkan Malaysia dari kemelesetan ekonomi.


Kenapa pada 2023 percentage ini naik balik?


Sebab pada masa ni kerajaan membelanjakan banyak wang untuk pembangunan (development financing) di bawah RMK-12. 


Antara projek pembangunan ialah flood mitigation programme, Central Spine Road and Pan Borneo Sabah and Sarawak highways, RTS JB-Singapore.


Harap maklum.



MCA MAU APA.. NAK BOH CIONGSAM KOT

 

𝗠𝗖𝗔 pertikai baju rasmi 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗢𝗹𝗶𝗺𝗽𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Apa yang jadi pertikaian? Kerana pakaian itu dikatakan 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.



Mungkin yang MCA mahukan ada unsur 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 seperti kaum Cina, India, Sabah dan Sarawak. Secara peribadi, aku rasa komentar ini ada juga betulnya.


Cuma cara MCA tu lebih kepada 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 agar kaum lain tak berpuas hati apabila hanya pakaian tradisional Melayu yang menjadi tema pakaian itu.


Inilah dia MCA. Yang sebahagian penyokong UMNO banggakan. Sedangkan 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗗𝗔𝗣 tak timbulkan isu bangsa pun dalam soal ini.


Apa pendapat 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵? Nampak macam Akmal lebih suka parti rasis macam MCA daripada parti yang lebih rasional seperti DAP. Akmal lebih suka parti rasis ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BILA MANUSIA KEHILANGAN MARUAH DIRI

 

MSO


Sedang melelongkan diri. Ada juga orang terpancing dengan omongannya. Tak kena tak tahu noda dan dosanya. 



MB Kelatan pernah memangkahnya. Apa yang pernah disumpah oleh Nassarudin Daud terhadapnya jadilah azimat bagi mengelakkan diri tertipu olehnya. Awas. 


Buat baik berpada pada jangan lepaskan anjing terjempit. Pengalaman daripada apa dilakukan Brahim Ali hendaklah diingati sampai mati. Trims.



WALAUN BERJIWA LGBT

 


Punyalah walaun 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗟𝗚𝗕𝗧 sampai dia angankan baju rasmi 𝗦𝗸𝘂𝗮𝗱 𝗢𝗹𝗶𝗺𝗽𝗶𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 pun 𝗮𝗱𝗮 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗟𝗚𝗕𝗧. Walaun dah tak selindung dan sekarang ni dia condong kepada LGBT. Dah berani pamerkan. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


TAKKAN NAK HALAL KOT



 Cubaan si 𝗝𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻 untuk 𝗺𝗿𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 sebagai sumber. Ada juga rasa bersalah dia tu. Sebab tu la sampai sanggup 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 𝗯𝘂𝗹𝗶 ini untuk tunjukkan dia tak bersalah.



Tapi dia tulis 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘴𝘪𝘢𝘴𝘢𝘵 𝘥𝘶𝘭𝘶 tu betul sangat. Itulah yang perlu dibuat. Cuma, siapa yang patut siasat? 𝗗𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 la sebagai penerima surat layang tu. Sebelum nak sebut dalam dewan, siasat la dulu.


Kalau tak mampu siasat, 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗮𝗻. Tapi itu bahagian yang dia 𝘴𝘬𝘪𝘱. Dia tak siasat, tak laporkan, 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗲𝘄𝗮𝗻. Dah tu 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗻𝗮𝗺𝗮 pegawai tu secara jelas.


Sekarang dalam 𝘩𝘢𝘯𝘴𝘢𝘳𝘥 dah tertulis nama pegawai tu sebagai kaki buli 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮. Sekarang dah jadi terbalik. Bukan pegawai tu kaki buli, sebaliknya 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗹𝗶 𝘀𝗶 𝗝𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻.


Terdesak 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 ni nak tunjuk hukuman yang diterimanya kejam sampai 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶. Padahal jauh beza antara kes dia dengan kes pelajar UPNM tu. Tapi biasalah set penunggang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH BAJU KONTIJEN MALAYSIA.


 

SOKONG LOKMAN SEBAB DIA TERUS MENYOKONG UMNO


 

SANUSI MENGADU TAUKE JUDI UGUT DIA. NOHHH AIHHH..


 

OWH TERUK NATANG NIM. RUPANYA MASA JADI KERAJAAN KAU LAH YANG GALGAL MINYAK NAIK 50, TELUR TAK ADA DAN HAHRGA MENINGKAT. KO BOLEH PULA YA CAKAP BERDEGAR DEGAR DALAM PARLIMEN. TAK MALU BETUL YA KAMU.


 

KAU HASUT ? BAHAYA APA DI MALAYSIA NIH.?TENGOK UMAH KO BESAR MOLEH JAH.


 

KEH..KEH..KEH...


        Zunar Cartoonist Fan Club

OTAI DAN PRO REFORM JUGA SANGGUP TURUN KE TAMBUN.


 

PMX BERJAYA KURANGKAN HUTANG NEGARA


 

SURAT PALESU. TAPI ISI PULAK TAK PALESU.... NI SEMUA PALESU.




SURAT PALSU TAPI TIDAK PALSU ISINYA 

Sejak semalam, berlegar satu surat palsu menggunakan kepala surat Barisan Nasional Malaysia dan kononnya dikeluarkan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berkenaan larangan ke atas beberapa individu daripada turun berkempen dalam PRK Nenggiri.

Empat nama disebut dalam surat itu – Rafizi Ramli, Lokman Noor Adam dan dua lagi nama yang merupakan penggiat media sosial pro BN.

Dikatakan bahawa sebagai mengambil iktibar daripada kekalahan calon kerajaan perpaduan dalam PRK Sungai Bakap sebelum ini, maka sebab itulah larangan telah diambil ke atas empat penama tersebut daripada datang berkempen dalam PRK Nenggiri nanti.

Sekali lagi ditegaskan surat tersebut adalah palsu dan ia tidak pernah dikeluarkan sama ada oleh BN mahupun Zahid Hamidi.

Tetapi, meskipun palsu, kandungan surat tersebut tidak semestinya tiada kebenaran.

Dalam berkempen, tujuannya ialah untuk mendapatkan undi dan memperolehi kemenangan.

Dengan itu, ucapan, perbuatan atau tingkah laku tukang-tukang kempen mestilah tidak menyinggung hati pengundi.

Ucapan yang kasar, berlagak pandai, ala-ala kita betul dalam semua perkara kerana kita di pihak kerajaan, mencarut, memperbodohkan dan membahlulkan hadirin atau rakyat serta lain-lain perbuatan tidak sopan adalah larangan yang sepatutnya mudah difahami oleh semua tukang-tukang kempen.

Tak kira sama ada berkempen di media sosial atau di pentas ceramah, bersopan dan berbudi bahasa adalah prinsip utama yang mesti diamalkan jika mahu berbuat demikian.

Ini kerana tujuan berkempen adalah untuk mendapatkan undi dengan cara sedaya upaya mengambil hati pengundi, bukan menyakitkan hati mereka.

Lainlah jika datang berkempen untuk memastikan calon yang konon disokong itu ditimpa kekalahan, maka bolehleh bersikap kurang sopan tahap mana sekali pun ketika berkempen.

Sebab itu, tukang-tukang kempen yang terbukti pernah berkempen secara tidak sopan di mana-mana pun sebelum ini memang wajar dilarang daripada datang berkempen ke Nenggiri.

Tak kira siapa pun – berjawatan menteri atau tidak – jika kerajaan perpaduan mahu kepada kemenangan di Nenggiri, penegasan dalam larangan seumpama itu mesti dikuatkuasakan dengan ketat dan tanpa kompromi.

Sedemikian, meskipun surat yang berlegar itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh Zahid Hamidi, tetapi kebenaran isinya tidak boleh dinafikan dalam usaha untuk memastikan calon UMNO beroleh kemenangan di Nenggiri nanti.

Mungkin surat palsu ini dikeluarkan oleh pihak dalam kerajaan perpaduan sendiri yang benar-benar mahu melihat UMNO beroleh kemenangan, tetapi tiada cara lain untuk menyampaikannya.

Dalam hal ini tidak perlu dikeluarkan apa-apa surat lain berkaitan larangan itu, memadai dengan adanya arahan terbuka daripada “orang yang paling berkuasa” sepanjang kempen nanti iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Pengarah Kempen PRK Dun Nenggiri.

Ku Li wajar keluarkan arahan bahawa hanya pemimpin yang bersopan dan berbudi bahasa saja dibenarkan datang ke Nenggiri, yang lain-lain yang tidak berkenaan elok sekadar jejak kaki setakat ke R &R Gua Musang saja.

Sebagai rujukan, Ku Li sebelum ini telah pun memberitahu DAP agar jangan sesekali datang berkempen ke Nenggiri.

Beliau dipetik sebagai berkata, tidak ada sebab untuk pemimpin parti majoriti Cina itu untuk turun berkempen di kawasan yang “100% Melayu”.

“Bagi saya, logiknya, apa guna nak bawa DAP ke kawasan Melayu?

“Dia (DAP) cakap Melayu pun tak betul,” demikian antara kata-kata tegas Ku Li.

Dengan kata-kata tegas kepada DAP itu, nada yang sama patut juga dikeluarkan kepada parti-parti lain. – ShahbudinHusin 25July2024.

https://shahbudindotcom.net/2024/07/25/surat-palsu-yang-ada-kebenarannya.html


KENAPA MUHYIDDIN SANGGUP BELANJA BESAR.195 JUTA TERLIBAT KES RASUAH.


 

APABILA SYAITAN MENGGANGGU DI DALAM SOLAT


Masri Ramli

 

عَنْ أَبِي، الْعَلاَءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَىَّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزِبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي ‏.‏
Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Itulah syaitan yang yang dipanggil Khinzib. Apabila engkau merasai gangguannya, mohonlah perlindungan daripada Allah, dan meludahlah ke sebelah kiri mu tiga kali. Uthman berkata: Aku melakukan hal itu, lalu Allah menghindarkan syaitan daripada ku. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 2203]
 
Daripada hadis ini kita ketahui bahawa apabila diganggu syaitan ketika solat yang menyebabkan hilang khusyu’, was-was dan lain-lain, hendaklah seseorang:
 
 
Meludah bermaksud bukan sekadar meniup, tetapi ia disertai sedikit air liur.
 
Timbul persoalan jika seseorang solat jemaah. Jika dia meludah ke kiri, maka itu akan mengganggu jemaah di sebelah.
 
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah ditanya:
 
إذا كان الإنسان مع الجماعة فكيف يتفل عن يساره ؟
Apabila seseorang itu solat secara berjemaah. Bagaimana dia boleh meludah ke sebelah kirinya?
 
فالجواب : إن كان آخر واحد على اليسار أمكنه أن يتفل عن يساره في غير مسجد ، وإلا فليتفل عن يساره في ثوبه في غترته في منديل ، فإن لم يتيسر هذا كفى أن يلتفت عن يساره ويقول : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ” انتهى.
Jawapan: Apabila dia berada di kiri dan hujung saf. Maka dia boleh meludah ke sebelah kirinya jika bukan di masjid. Jika tidak, dia boleh meludah ke sebelah kirinya pada pakaiannya, kopiahnya atau sapu tangannya. Jika dia tidak dapat meludah, maka cukup sekadar dia berpaling ke arah kiri dan membaca: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
 
Kata beliau lagi:
 
يكفي أن تستعيذ بالله من الشيطان الرجيم بدون تفل لكي لا تؤذي من حولك
Cukup untuk dia menyebut Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam tanpa perlu meludah agar tidak menganggu orang sekeliling yang sedang solat.
 
Kesimpulannya:
1- Membaca ta’awuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم): Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
2- Meludah ke sebelah kiri sebanyak tiga kali.
3- Jika solat berjemaah, dan di sebelah kiri ada jemaah lain, hendaklah seseorang meludah pada pakaiannya sendiri, atau sapu tangan.
4- Ludah yang dimaksudkan ialah yang sekadar ada sedikit air liur.
 
Sumber: http://islamqa.info/ar/144942


TAK PERNAH TEGUR KALAU KENA KE PAS.

 

RMS


UAI cakap tak apa baca Qunut Nazilah pada sesama orang Islam, pasal tu aku label UAI tunggang agama.


Daripada nas dan pernyataan ulama, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka. 


Selain daripada itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak sepertimana situasi yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA. 


Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri.


Oleh itu, perbuatan membaca doa qunut nazilah ke atas orang Islam, tidak kira ia menjadi musuh atau lawan sesama umat Islam, adalah tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan. 


Apatah lagi jika hanya melibatkan perselisihan faham dan pandangan yang biasa dalam politik dan seumpamanya. 


Hal ini seharusnya dielakkan kerana ia akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan yang ekstrim dan melampau dalam agama.


Video tak boleh upload kerana akan dipadamkan META atas copyright.



KENA TANGKAP AKIBAT JADI EGEN PELACURAN

 


Dua individu ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan seorang remaja dari Indonesia untuk eksploitasi seksual.



Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta atas dakwaan merekrut mangsa untuk dihantar ke Australia.


Komander Polis Persekutuan Australia (AFP) , New South Wales, Kate Ferry berkata suspek lelaki didakwa atas satu pertuduhan memperdagangkan remaja berusia 17 tahun, yang membawa hukuman maksimum penjara 25 tahun.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



Baju Rasmi kontinjen Vs Baju kotinjen idaman walaun.

MMMS


 Baju Rasmi kontinjen             Vs.   

Baju kotinjen idaman walaun.






Tara fake AI macam itupun walaun tak boleh beza. Tak percaya baca ruang komen berbakul-bakul maki hamun pada kerajaan. Sebab itu dari dulu saya ada rule of thumb, Un rata-ratanya ber IQ rendah kecuali di buktikan sebaliknya.



PEMUDA UMNO BIDAS DAP – ‘SUKAN PUN TAK DIBENAR TERIMA DANA JUDI, APA LAGI SEKOLAH’



24 July 2024


Pemuda Umno menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek untuk mempertahankan polisi tidak membenarkan syarikat arak, rokok dan judi memberikan sumbangkan kepada sekolah.


Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, dalam sukan bola sepak pun sumbangan oleh pihak berkenaan tidak dibenarkan apa lagi kepada pihak sekolah.


“Sokongan sepenuhnya kepada YB menteri pendidikan untuk mempertahankan polisi tidak dibenarkan sumbangan dari syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.


“Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan syarikat sebegini untuk menyumbang apa lagi untuk sekolah di dalam negara ini.


“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.


Semalam Fadhlina dilaporkan menolak pengecualian untuk pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.


Dia berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan kementerian.


“Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.


“Dan juga sekolah mesti memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.


Terdahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan sebuah sekolah Cina di Sepang menerima sumbangan daripada sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol.


Kementerian juga mengingatkan pentadbir sekolah supaya mengikut garis panduan sedia ada.


Mengulas siasatan itu, Fadhlina menyifatkan ia lebih sebagai “memberi panduan” bagi memastikan garis panduan itu telah dipatuhi.


Pekeliling itu berkuat kuasa pada Mac 2018 apabila BN menjadi kerajaan. Sekolah Cina telah menerima pembiayaan daripada pelbagai sumber, termasuk kilang bir, selama beberapa dekad.


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pula berkata isu membabitkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina bagi mengumpul dana sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.


Justeru dia menegaskan akan memberi penjelasan kepada jemaah menteri berhubung perkara itu, hari ini.


Bagaimanapun Akmal turut membidas Loke dengan menegaskan bahawa negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.


“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook.


“Pemuda Umno menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini, bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya.


Sumber –





JOM BOIKOT

 

RMS. 

Boleh dah boikot X.. jangan bising nak boikot sana sini tapi guna X yang jelas pro Zionist.




Empat helikopter anti kapal selam aset pertahanan baharu TLDM

 

Empat helikopter anti kapal selam aset pertahanan baharu TLDM


Adly Zahari

KUALA LUMPUR – Empat buah helikopter anti kapal selam antara aset pertahanan baharu yang dirancang untuk diperoleh Tentera Laut Malaysia (TLDM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, TLDM turut merancang perolehan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS), tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 3 dan enam buah Unmanned Aerial Vehicle (UAV)

“Secara keseluruhannya, kesemua perolehan aset strategik TLDM di bawah RMK13 sehingga tahun 2030 dianggarkan berjumlah RM10 hingga RM11 bilion,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Idris bagaimana Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 berupaya memperkukuh sistem keselamatan maritim yang melibatkan sempadan wilayah Sabah.

Terdahulu, Adly berkata, melalui peruntukan kewangan yang diluluskan dalam RMK11 dan RMK12, TLDM berjaya memperoleh empat buah kapal Littoral Mission Ship Batch 1, tiga buah Helikopter Operasi Maritim dan 19 bot Fast Interceptor Craft (FIC)

Menurut beliau, kesemua empat kapal Littoral Mission Ship Batch 1 dan Helikopter Operasi Maritim tersebut ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Usaha memperkasakan armada TLDM diteruskan dengan perjanjian perolehan tiga buah kapal Littoral Mission Ship Batch 2 dengan syarikat STM, Turkiye baru-baru ini secara GtoG.

“Kaedah perolehan secara GtoG bagi memastikan bahawa Pelan Strategik kita untuk kita mendapatkan aset pertahanan ini dapat kita laksanakan seperti mana yang telah dirancang,” katanya. – KOSMO! ONLINE



KISAH 6 YANG DIHUKUM


 𝗭𝘂𝗹𝗳𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻.


1. Mental aku down gila selepas baca penghakiman penuh kes Zulfarhan.


2. Adakah aku menyesal baca?


3. Ya.


4. Lepas baca; aku rasa kesemua OKT patut mati.


5. Dengan mak bapa OKT aku jadi benci.


6. Mereka upah peguam untuk bela & kurangkan hukuman anak² mereka. Adakah itu penyesalan? Tak. Mereka sanggup berusaha untuk selamatkan anak² yang jahat. Aku taknak tahu & taknak faham keadaan & situasi mereka. Aku hanya nak tahu, nak faham & bersama² Zulfarhan. Ini ketetapan aku.


7. Buat aku marah. Dari 18 tahun. 6 OKT minta kurangkan kepada 10 - 12 tahun. 


8. Buat aku marah, OKT² tak mengaku seterika lelama. Kata mereka 8 kali je dan itupun 1 saat. Dah tu 90 kesan lecur? Siapa tekap?


9. Menipu bermakna TIDAK MENYESAL. Jadi bagaimana nak tolerate pada mereka?


10. OKT² yang pukul pun tak mengaku pukul.


11. Tak mengaku pukul satu hal, siap nak heret kawan² Zulfarhan supaya didakwa sekali. Apa punya si. @l la dorang neh.


12. Hujah dorang (OKT) tahu apa?


13. Dah dibuang UPNM.


14. Heyy anak b @ b ! ; kalau ada satu pun keturunan kau orang yang baca post ini. Fahamkan;


👉  Korang dibuang UPNM.


👉 Itu bukan hukuman.


👉 Pada bila² masa korang boleh sambung belajar dimana².


👉 Sekalipun taknak sambung, kau semua masih hidup. Bernafas. Bernyawa. Boleh makan sedap². Boleh layan Netflix. Boleh ber0men. Ya. Nampak?


👉 Adakah kau semua menderita? Dalam tanah? Nope.


15. Jadi, dibuang UPNM bukanlah hukuman.


16. Hukuman ialah bilamana kau semua mati sebagaimana Zulfarhan mati.


17. Selagi mana² hukuman yang korang dapat bawah dari apa yang sebutkan di atas, penjara 3 tahun ke 4 tahun ke dibuang universiti ke itu bukan hukuman. Itu rahmat Allah pada kau semua.


18. Bertaubat? Ya wajib.


19. Menyesal? Ini buat tak?


20. Minta maaf pada keluarga Zulfarhan? Ada tak?


Sebaik² menyesal adalah minta tambah hukuman. Bukan kurangkan. Sorry to say. Aku tak nampak walau satu pun ada elemen penyesalan terhadap tindakan² kau semua ke atas Zulfarhan.


Korang bukan manusia pun.


Korang adalah s. Yai. Tan.



BAGI KEUNTUGAN PADA BLACKROCK


 

LAMA HILANG DAN GANG MAJORITI KATA KAU DAH DAPAT DUIT


 

DOA ORANG JAHAT, TAPI ALLAH BERI TERBAIK.

 

RMS


Ada 'ulama' mendoakan kerosakan dan kejatuhan kerajaan tetapi Allah peliharakan sejahteraan rakyat dan makmurkan kerajaan.



PEKERJAAN MAK AYAH TIDAK HALANG ANAK MENCAPAI KEJAYAAN.

 


Kepayahan ibu bapa yang bekerja sebagai pemandu teksi dan tukang cuci mendorong Nurhafizah Abdul Raseed untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.



Nurhafizah, 20, anak bongsu daripada dua beradik itu merupakan seorang daripada lapan pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin (KTEHZA) yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.


Beliau berkata bapanya Abdul Raseed M. Abdul Karim, 57, menyara keluarga dengan bekerja sebagai pemandu teksi manakala ibunya Hasnah Hashim, 56, merupakan tukang cuci.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



APA MACAM BLACK ROCK


 

PH KENA SAMAN DIA NI.


 

MOTOR HONDA TU TAK NAK BACA QUNUT KAH?


 

BAJU RESMI ATLIT NEGARA


Hannah Yeoh


 Ini baju rasmi kontinjen Malaysia di Upacara Pembukaan Perasmian Sukan Olimpik Paris yang telah dipilih oleh Majlis Sukan Negara Malaysia.


Designer : Rizman Ruzaini




PERMAINAN NARATIF

 Dapat mesej ni..hmm sedih betul nak jawab pun, apatah lagi bila yang tulis ni golongan P&P..



Tapi tak jawab, rasanya naratif begini akan dimainkan untuk terus membodohkan sesetengah pihak.


Jadi saya jawab sedikit agar mana-mana pihak yang perlukan jawapan, boleh dapat jawapan.


1. Mesej sebegini sebenarnya paling malas saya nak jawab, sebab? Sebab dia ada beberapa isu dalam satu penulisan.


2. Isu pertama. Isu kedai judi di Kedah. Isunya adalah mahkamah batalkan arahan pengharaman judi oleh Kerajaan Kedah.


Wajib lah kita faham bahawa kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa antara Eksekutif(Kabinet), Parlimen dan Mahkamah. 


Setiap orang boleh bawak isu yang mereka rasa tak adil ke mahkamah untuk diadili. Dalam hal ini syarikat judi di Kedah rasakan tindakan Kerajaan Kedah tidak adil kerana negeri Kedah turut didiami kaum-kaum lain.


Keputusan mahkamah adalah bebas dan sepatutnya dilihat bebas melainkan ada bukti-bukti sebaliknya.


Berkaitan kes judi ini, keputusan mahkamah tersebut disambut baik oleh Gerakan, malah Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong mahu Kerajaan Kedah menghormati keputusan tersebut.


https://m.malaysiakini.com/news/711481


3. Isu normalisasi Isr@el? Isu apa Blackrock?

Rasanya isu ni dah banyak kali di jelaskan. Bahawa isu ini bersifat selektif oleh yang bawa isu ini, dan penjualan saham MAHB bagi tujuan pelaburan dan kerjasama adalah dengan GIP..bukan Blackrock secara langsung. 


Yang normalisasi isr@el ialah PN. Zaman PN kapal terbang isr@el boleh lalu ruang udara Malaysia. 


https://www.sinarharian.com.my/article/141184/berita/nasional/pesawat-syarikat-israel-dapat-kelulusan-lalu-ruang-udara-malaysia


Malah calon PN menjadi peguambela untuk pengintip Isr@el yang datang untuk membunvh di Malaysia. 


https://harapandaily.com/2024/06/29/bekas-calon-pn-peguam-baharu-lelaki-israel-miliki-ratusan-peluru-enam-pistol/


Jadi sebenarnya undi PN lah akan normalisasi kan isr@el, bukan PH.


4. Undi PH Menteri luar akan jadi Non muslim dan akan iktiraf isr@el. 


Ini satu sangkaan jahat dan fitnah sebenarnya. 


Menteri luar zaman Madani dah dua orang, keduanya adalah Muslim.


Tak kira siapa Menteri luar..yang nak iktiraf sesebuah negara itu adalah Kerajaan, bukan Menteri. 


Malaysia memang sangat sensitif bab isr@el ni. Tapi negara Arab, Turkiye dll masih ada hubungan diplomatik dengan Isr@el atas pelbagai alasan. Malah mereka pernah berperang pun.


Bodoh sangat PH nak iktiraf isr@el. Malah Anwar Ibrahim ni Yasser Arafat iktiraf sebagai anak Palestine. 


https://umnoputrajaya.com.my/2023/10/20/perjuangan-anwar-ibrahim-untuk-palestin/


Apa yang Anwar buat untuk Palestine jauh mengatasi mana-mana pemimpin lain. Pejuang Palestine seperti H@m@s juga mengiktiraf Anwar, dan ini bukan rahsia.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1246670/anwar-bertemu-pemimpin-hamas-di-qatar-ulangi-komitmen-malaysia


Kesimpulan 

Saya menyeru untuk setiap rakyat supaya menggunakan akal dengan menyelidik dan membuat semakan terhadap sesuatu isu.


Biarlah kita jadi rakyat yang cerdik dan matang.


Jangan normalisasikan fitnah. Kerana fitnah akan merosak dan menghancurkan negara.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka