Hudud: PAS akan berpatah arang dengan PR?

Hudud: PAS akan berpatah arang dengan PR?

OLEH : AMIRULMUKMININ

Krisis perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan kini semakin meruncing. Golongan ulama PAS berkeras ingin melaksanakannya manakala golongan  profesional parti itu berbelah pendapat.

Bagi golongan profesional, mereka masih melihat wujudnya keperluan menangguhkan Hudud sekiranya terdapat perbalahan hebat dalam kalangan anggota PR. Mereka berbalik kepada hujah perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dan kafir Quraisy.

Hudaibiyah sangat popular ketika Ustaz Fadzil Noor menjadi Presiden PAS. Tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR ketika itu membenarkan PAS menangguhkan sementara Hudud sehingga parti itu memenangi pilihan raya umum dan memerintah Malaysia bersama gabungan pembangkang.

Namun aliran keras dalam PAS hari ini tidak membenarkan hal itu berlaku. Dalam keadaan banjir besar di Kelantan sekali pun mereka tidak mahu bertangguh meluluskan pindaan ke atas enakmen Hudud.

Seolah-olah sokongan dari Umno Kelantan akan hilang jika Hudud tidak dipinda pada 29 Disember ini. Namun adakah Umno ikhlas menyokong Hudud?

Penganalisis politik melihat Umno hanya berhelah menyokong Hudud. Sokongan itu lebih kepada strategi politik dan bukannya sikap ikhlas dalam diri mereka. Umno sedar PAS gagal meraih sokongan mantap dalam PRU lalu berikutan kurangnya kemajuan ekonomi di Kelantan.

Undi popular PAS yang diraih dari pengundi tempatan tidak sampai 50 peratus. PAS hanya menang besar 2/3 majoriti akibat undi anak perantau yang pulang ke kampung. Mereka terpengaruh dengan slogan ‘Ini Kalilah’. Anak rantau amat teruja ingin melihat Anwar Ibrahim menjadi PM.

Kekalahan PAS terbukti tanpa undi anak rantau dalam pilihan raya Pengkalan Kubur pada September 2014. Anak rantau tidak mahu pulang kerana tidak puas hati terhadap sikap pemimpin PAS yang menghina Anwar dan PKR dalam krisis Menteri Besar Selangor. PAS kalah teruk dalam PRK itu.

Umno mencongak PAS tidak akan sehaluan bersama PR dalam PRU ke 14. Oleh itu berkemungkinan besar sebahagian anak rantau tidak akan pulang ke Kelantan. Dengan pengundi tempatan yang bosan menghadapi kelemahan pemimpin PAS, terutama menguruskan situasi mangsa banjir baru-baru ini, tentu sekali undi terhadap PAS merosot teruk.

Langkah PAS berdegil mahu meluluskan Hudud tanpa berunding dengan rakan politik dalam PR mungkin  menempah nasib buruk. Tindakan yang sama pernah dilakukan Hadi Awang selaku MB Terengganu pada 2003 yang mengisytiharkan dokumen Negara Islam.

Pada pilihan raya 2004 PAS kalah teruk di Terengganu. PAS juga tidak begitu dipercayai oleh kaum Cina dan India di negeri-negeri lain. Hanya selepas pembebasan Anwar pada 2004 dan lagenda politik itu kembali aktif pada 2006, barulah kaum bukan Islam menerima PAS atas ‘magnet’ Anwar dan harapan mereka Anwar mampu melunakkan PAS.


Namun dengan sikap ‘tidak pedulikan Anwar’ dan komponen PR yang lain ditunjukkan ulama PAS maka sokongan terhadap PAS merosot ke tahap terendah. Nasib yang sama di Terengganu akan berulang di Kelantan sekiranya PAS tersilap langkah.


PENGUNJUNG MALAYSIAKINI UCAP SELAMAT HARI KRISMAS DAN SELAMAT BERMAIN GOLF BUAT NAJIB

Di ketika negeri Kelantan dan sebahagian besar negeri Pantai Timur dilanda masaalah banjir yang kian teruk, PM 1 Malaysia masih boleh bermain golf di padang dan berda di luar negara. Inilah PM yang paling teruk yang pernah di dedahkan oleh laman web.

Dalam satu posting laman blog pro Umno MyKMU..aka laman blog bersampah yang selalu memfitnah cuba membela dan menyamakan Wan Azizah sama seperti PM Najib menyatakan bahawa ketika banjir kilat melanda Kajang Wan Azizah berada di New Zealnd. Komen pengunjung juga mengutuk blog pro Umno tersebut dan menyamakan blog itu sebagai kaki fitnah dan penuh dengan sampah memaki hamun pembangkang dan Anwar.

Apa pun mari kita lihat himpunan komen pengunjung terhadap percutian dan sambutan krismas PM di Hawaii....

Namun selang beberapa minit kemudian beberapa penyokong Bn yang diupah mula memuji tindakan PM dan membela nya..nama nama yang seringkali muncul mula memberikan berbagai alasan...Ramai pembaca Malaysiakini perasan akan nama nama yang dipercayai cybertrooper Umno dan membei pandangan dan juga membantu PM atau Umno jika dikutuk...Namun hakikatnya beberapa penulis blog terkenal termasuk Kadir jasin dan Mahathir sedniri mengutukNajib.

Mahfuz harap Najib terus doa dan solat hajat untuk Malaysia

Lebih baik guna duit program selawat bantu mangsa banjir, kata Saifuddin

Negara banjir, PM bergolf di Hawaii – A Kadir Jasin




  • Danger Man · Top Commenter
    kami seluruh rakyat malaysia juga mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut krismas untuk pm tersayang najib......
    • Pak Tam · Top Commenter · Sekolah menengah kebangsaan seri sendayan
      saya cadangkan sebaiknya bercuti lah terus, jgn balik2 lagi ke negaraku tercinta Melaysia... pergi lah pindah ke Diego Garcia
    • Neowizard Hatter · Top Commenter · Lecturer at The London School of Economics and Political Science - LSE
      Kami majoriti rakyat Malaysia sangat2 berharap agar PM paling menyedihkan dan memalukan ini akan terus menetap di Hawaii. Semah boleh jadi penari gelek Hawaii walaupun potongan badan pandanya dah hampir jadi 4 segi sama bentuknya. Balik sini pun buat apa. Hanya jadi liabiliti pada parti sendiri dan seluruh rakyat Malaysia khasnya.
    • Hisham Yahya · Top Commenter
      Pak Tam Better leave to professional than too many VVIP visit
      Posted by The Unspinners at 12/25/2014

      William Cheah

      If there is one thing I dislike when work...ground work needs to be done, it's having divas and vvips around. And although I guess it's part of their 'job scope' to be seem at ground zero when disaster strikes, really... what do we expect them to really do there except to take photos and highlight the situation.

      So yeah, some may seem pissed off with the PM not being there and instead is in Hawaii playing golf with Obama. But before you go over the rails in anger, do consider the following.

      This job of taking care of the situation is better served by those people who have the skills to do it. Having him around just distracts. And having followed his tweets and other communications, he is keeping track of the si... See More
  • imanhafiz08 (signed in using yahoo)
    Tak yah balik le Najib... balik pun tak de beza.. serupa tak dak tindakan... PM kangkung...
  • Rosma Tunya · Takde
    Tggu la kejap.. I tak habis shopping lg di hawaii ni.. New year ni barang mst semua kena baru!! takkan takde sorang menteri yg reti buat2 lakonan turun padang.. Semuanya husband I yg kna handle..