Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir

Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun MahathirTun Mahathir, tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu. - Foto Astro AWANI

























PUTRAJAYA:

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad
 tidak berhasrat untuk
 menjawat jawatan Perdana Menteri
melebihi dua tahun disebabkan faktor umur 
meskipun rakyat memintanya untuk berbuat demikian.

"Itu rakyat (yang) minta, saya kena
 jaga kesihatan saya sama. Saya dah
tua,"
 katanya ketika sidang media selepas membuat ucapan penggulungan
sempena
 Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2018 yang diadakan bermula Jumaat 
di Pusat Konvensyen Antarabangsa
 Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Tambah beliau, tugasnya sebagai
 Perdana Menteri akan tamat dalam
masa terdekat
 dan penggantinya dilihat bersedia
 untuk menggalas jawatan itu.

"Saya ada makan malam dengan
 Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi isu
 ini 
(peralihan kuasa) tidak dibincangkan.

"Saya rasa dia selesa bila ambil alih
 jawatan (Perdana Menteri) daripada
saya," 
tambahnya lagi.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14
 (PRU14) lalu, Pakatan Harapan
membuat
 keputusan bahawa Dr Mahathir akan
 hanya akan memegang jawatan
 Perdana Menteri 
tidak melebihi tempoh dua tahun.

Beliau seterusnya akan diganti oleh
 presiden PKR, Datuk Seri Anwar
 Ibrahim.

Terdahulu, Dr Mahathir bertegas
 beliau akan tetap berpegang pada
 janji untuk bersara
 daripada jawatan Perdana Menteri
selepas dua tahun.

Meskipun ada beberapa perwakilan
yang mencadangkan agar beliau
kekal memegang 
jawatan Perdana Menteri hingga
PRU15, Dr Mahathir tetap
menunaikan janji bersama
 Pakatan Harapan.




TUN MAHATHIR TAK PERLU JADI PM SAMPAI DUA TAHUN, JUN 2019 PALING SESUAI MENGUNDURKAN DIRI



Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi, Tun Mahathir Mohamad berkata, ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir.

Bermakna, Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada tahun depan atau tidak.

Tetapi, kata-kata ini bukan bererti Tun Mahathir memberi isyarat akan pergi tidak lama lagi atau memberi bayangan akan pergi meninggalkan kita semua, sebaliknya lebih menggambarkan keletihan dan kekurangan tenaganya ketika memegang jawatan ketua kerajaan ketika ini.

Dalam ucapan perasmian itu, Tun Mahathir bukan saja nampak letih, berwajah kelat dan sebutannya tersekat-sekat yang menggambarkan kepenatannya dalam usia 93 tahun ketika ini, bahkan beliau juga sehingga terlupa menyebut nama dan mengalu-alukan kehadiran Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan serta tetamu-tetamu lain ke majis perasmian itu.

Walhal, perkara itu tidak sepatutnya berlaku atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan dalam keadaan Bersatu merupakan parti yang membentuk kerajaan bersama PKR, DAP dan Amanah.

Kepenatan, apalagi dalam usia yang semakin tua, bukan saja boleh  membuatkan kita terlupa banyak perkara, tetapi juga menjadikan segala-galanya nampak tak kena.

Dalam konteks Tun Mahathir, memang auranya diperlukan ketika mengetuai Pakatan Harapan dan bertujuan menumbangkan Najib/UMNO/BN dahulu, tambahan lagi Anwar ketika itu berada di penjara, tetapi keperluan jadi berbeza apabila sudah menjadi Perdana Menteri.

Aura tidak penting lagi ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Yang lebih penting sebagai Perdana Menteri ialah tenaga dan daya tahan yang akhirnya menjelmakan kemampuan berfikir untuk mengurus negara.

Dengan pelbagai mesyuarat perlu dipengerusikan, timbunan kertas kabinet mahu dibaca, beratus fail dan surat yang wajib disemak, berjumpa pelbagai jenis orang, menghadiri segala macam majlis dan program, mendengar masalah parti dan orang parti serta macam-macam hal lainnya, tidak dinafikan tugas sebagai Perdana Menteri adalah cukup meletih dan memenatkan.

Dalam hal ini, kita faham keinginan Tun Mahathir mahu memulihkan ekonomi negara dan memberi yang terbaik buat rakyat. Tetapi beliau juga harus sedar faktor usianya. Beliau bukan lagi dalam era masih gagah ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama dahulu.

Yang penting, matlamat untuk menjatuhkan Najib sudah pun berjaya. Lebih daripada itu, dapat menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali melalui parti yang berbeza adalah sejarah terunggul yang terlalu sukar untuk diulangi oleh sesiapa pun juga selepas ini.

Hakikatnya, Tun Mahathir sudah mencipta banyak sejarah dalam hidupnya. Beliau tidak perlu mengejar lebih daripada itu.

Dalam keadaan ini, terlanjur Tun Mahathir sendiri sudah menyebut ucapan perasmian tahun ini mungkin yang terakhir baginya, di samping janji awalnya hanya akan memegang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun saja, maka ada baiknya beliau memendekkan saja tempohnya memegang jawatan itu.

Sebaik-sebaiknya, cukup setahun menjadi Perdana Menteri iaitu pada Jun 2019, ia adalah tarikh yang paling sesuai untuk beliau mengundurkan diri. 

Dengan dalam kerajaan sudah ada pengganti iaitu Anwar dan dalam Bersatu pun, ada Muhyiddin dan Mukhriz yang boleh menguruskan parti, apa lagi yang Tun Mahathir risaukan?

Pada waktu ini Tun Mahathir hanya perlu berehat dan menghabiskan sisa-sisa usianya dengan tenang, sambil melalui peralihan kuasa yang aman yang akan dilakukannya, ia dengan sendirinya akan menjadikan namanya mengharum sepanjang zaman dalam lipatan sejarah buat selama-lamanya.

Jika ada cubaan untuk memaksa Tun Mahathir meneruskan khidmat lebih daripada dua tahun atau sehingga PRU15 akan datang, ia sebenarnya lebih untuk menyeksa dan menderanya semata-mata.

Janganlah ada sesiapa tergamak jadi begitu kejam kepada beliau.

Adalah lebih baik Tun Mahathir melepaskan jawatannya dengan tenang dan membiarkan penggantinya yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini daripada terus menuju prospek perbalahan politik dan kuasa sekali lagi yang bukan saja belum tentu menjamin beliau mampu menang seperti dahulu, tetapi mungkin akan meninggalkan legasi dan nama buruk kepada dirinya sendiri.

Oleh itu, tak perlu Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri sampai dua tahun atau sehingga PRU15 akan datang. Tidak berbaloi dengan tahap usia dan kemampuannya ketika ini.

Sekali lagi - Jun 2019, selepas setahun menjadi Perdana Menteri adalah tarikh paling sesuai dan munasabah untuk Tun Mahathir mengundurkan diri. (ShahbudinHusin 30/12/2018)

Tun M tersasul panggil perwakilan Bersatu sebagai ahli Umno



Tun M tersasul panggil perwakilan Bersatu sebagai ahli Umno
Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini gamat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu sebagai ahli Umno.
Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Pengerusi Bersatu berkenaan menasihatkan ahli Bersatu supaya menyertai pertubuhan dan organisasi untuk kekal aktif dalam kegiatan masyarakat.
“Kita perlu memainkan peranan dalam aktiviti masyarakat setempat bukan sekadar aktiviti dalam parti. Kita boleh menyertai persatuan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan sukan dan lain-lain.
“Ahli Umno..,” ujar Perdana Menteri itu yang terhenti seketika selepas menyedari beliau tersasul ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018.
Telatahnya mengundang gelak tawa lebih 1,900 perwakilan.
Serentak itu, Dr Mahathir juga ketawa sambil kedua-dua tangannya memegang songkok sebelum menyambung semula ucapannya.


HARAP-HARAP TUN MAHATHIR TAK MUNGKIR JANJI LAGI KALI INI....




Disebalik timbul desakan yang mahukannya lebih lama menjadi Perdana Menteri, tidak sekadar melebihi dua tahun, malah sehingga ke tarikh PRU15 akan datang, Tun Mahathir Mohamad akhirnya akur dengan tahap kemampuan dirinya sendiri.

Bercakap di sidang media selepas membuat ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Perdana Menteri sekali lagi menegaskan beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu lebih daripada dua tahun disebabkan faktor kesihatannya.

"Itu yang mereka minta, saya kena jaga kesihatan saya sama. Saya dah tua," katanya lagi.

Tun Mahathir juga mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang sudah dijanji dan diputuskan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Sambil mengakui Anwar dilihat sudah bersedia untuk mengambil alih tempatnya, Tun Mahathir juga menambah, "saya rasa dia akan selesa bila mengambil  jawatan Perdana Menteri daripada saya nanti."

Alhamdulillah....

Apa yang  diharapkan ialah Tun Mahathir benar-benar ikhlas dalam soal ini dan tidak mencipta alasan lain apabila fikirannya berubah nanti, meskipun ternampak sukar untuk beliau berbuat demikian.

Maklumlah sebelum ini bukan sedikit janji-janjinya yang dimungkiri begitu saja. Ketika bersama UMNO, dalam asyik-asyik membuai Anwar adalah  penggantinya, beliau tiba-tiba memecatnya sehingga akhirnya mencetuskan permusuhan selama 20 tahun sebelum mereka berbaik semula.

Selepas bersara pada 2003, Tun Mahathir pernah berjanji tidak akan menganggu tugas penggantinya ketika itu, Tun Abdullah Badawi.

Malangnya, tidak lama kemudian, beliau bukan saja mula bersuara mempertikaikan banyak perkara, malah akhirnya bertindak menjatuhkan penggantinya itu.

Tun Mahathir juga pernah berjanji tidak mahu bertanding semula dalam pilihanraya selepas bersara, tetapi kemudian bukan saja setuju bertanding semula, bahkan sedia jadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Baru-baru ini pula, berkaitan janji manifesto pilihanraya, selain meletakkan kesukaran menunaikannya kerana kekangan kewangan yang dihadapi negara, Tun Mahathir juga berdalih dengan berhujah, "buku manifesto bukanlah kitab suci".

Selalunya begitulah, Tun Mahathir sentiasa ada hujah dan alasan untuk membenarkan apa yang mahu dilakukannya.

Selain diharapkan beliau benar-benar ikhlas untuk menunaikan janjinya, Tun Mahathir juga seharusnya sedar beliau kini bukan segagah dan secergas seperti sebelum-sebelum ini.

Banyak yang sudah berubah dalam persekitaran dirinya sekarang ini.

Bagaimanapun, apa yang nyata dengan pendirian Tun Mahathir enggan melayan permintaan mereka yang mendesaknya lebih lama menjadi Perdana Menteri, beliau sebenarnya turut sedar suara dalaman daripada Bersatu tidak mampu mengubah apa-apa.

Pakatan Harapan bukan seperti BN di mana suara UMNO adalah suara BN. Kalau perwakilan UMNO mahu Perdana Menteri terus berkhidmat, maka panjanglah usia Perdana Menteri duduk di situ.

Tetapi, di dalam Pakatan Harapan, ia ditentukan oleh Majlis Presiden. Oleh kerana Tun Mahathir sudah berjanji dan diikrarkan dalam Majlis Presiden bahawa beliau hanya memenang jawatan itu dalam tempoh dua tahun saja, maka jika perlukan lanjutan masa atau sebagainya, ia mestilah dirujuk semula kepada Majlis Presiden.

Hanya dengan Majlis Presiden bersetuju terhadap lanjutan masa itu, barulah dapat Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri lebih daripada dua tahun. 

Jika tidak, beliau tiada pilihan, selain perlu akur dengan tempoh yang sudah ditetapkan dan dipersetuinya sendiri sebelum ini. (ShahbudinHusin 30/12/2018)
Anda mungkin juga meminati:

Sibuk larang ucap Krismas, tapi berdamping dengan perasuah


Naib Pengerusi DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji menempelak golongan agamawan yang mempergunakan agama demi tujuan politik seperti yang timbul dalam isu ucapan Krismas baru-baru ini.
Beliau merujuk amaran Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi agar orang Islam tidak membuat ucapan Krismas kerana berpendapat ia bertentangan dengan akidah Islam.
Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tetap membuat ucapan perayaan yang disambut penganut agama Kristian tersebut meskipun Khalil mengeluarkan amaran berkenaan.
Bagi mengalihkan perhatian terhadap isu kontroversi itu, sekutu Khalil, Ahli Parlimen Fadhli Shaari menuduh bahawa ‘Amanat Kit Siang’ lebih bahaya daripada ‘Amanat Hadi’.
“Agamawan PAS kata tak boleh ucap Krismas kepada orang ramai kecuali jiran yang terdekat, tapi golongan professional PAS seperti Takiyuddin pula ucap ‘Marry Christmas’.
“Untuk mempertahan hujah hujah Ini agamawan PAS pun bersandarkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Tengku Zulpuri yang juga timbalan menteri sumber air, tanah dan sumber asli tidak ada gunanya memainkan isu seperti ucapan Krismas, jika pemimpin PAS sendiri tidak mengendahkan isu salah guna kuasa kerajaan terdahulu.
“Agamawan PAS kata ‘Amanat Kit Siang’ lagi bahaya daripada ‘Amanat Hadi’, tapi dalam isu seperti salah guna kuasa, integriti, kleptokrasi, penindasan kaum minoriti serta kemusnahan alam sekitar tidak dititikberatkan kononnya mengucapkan kalimat perayaan hari Krismas itu satu dosa besar yang boleh membawa kepada kemuradatan,” ujarnya.
Perselisihan pendapat ulama berhubung ucapan Krismas juga, katanya, tidak harus diperbesarkan atas dasar keharmonian kaum dan agama di negara ini, selagi ia tidak melanggar Perlembagaan.
“Itulah sebenarnya Islam, “Rahmatan lil alamim” untuk alam semester sesuai sepanjang zaman dan waktu dan Allah menjadikan manusia itu berbilang kaum dan kepercayaan supaya kita kenal antara satu sama lain,” ujarnya.