MASAALAH BEKALAN AIR BERSIH DI PAHANG MASIH DI TAKOK LAMA
Apabila pihak kami membuat aduan di Jabatan Bekalan Air Pahang ( JBA) pihak
berkenaan memberitahu bahawa paip air tidak boleh dibuka besar, ini kerana paip
yg disalurkan dari pam utama
berkarat
dan tidak di ganti dari dahulu. Masalah ini amat membimbangkan kami kerana
selama ini kami terpaksa bercatu air pabila ada majlis atau hari raya.Demikian
keluh senahagian besar penduduk di kawasan Lanchang apabila satu tinjauan di
buat.Bukan sahaja di kawasan Lanchang, malahan hampIr sebahagian besar daerah
di Pahang sedang mengalami krisi bekalan air yang seringkali terganggu.Dalam
sebulan hampir 5 ke 10 hari akan terputus bekalan air, malahan lebih dari
sepuluh hari pun pernah berlaku.Demikian jelas Pak Jabit seorang penduduk
Lanchang yang ditemui di rumah jiran beliau yang baru menerima bekala air dari
lori yang menghantar bekalan air kerumahnya kerana majlis kenduri yang akan
berlangsung.
Jika ada majlis-majlis kenduri atau hari raya masalah ini akan berlaku
kerana tekanan air rendah, amat sukar untuk peneroka yang tinggal di kawasan
tinggi (Bukit) untuk mendapatkan bekalan air secukupnya.Namun bukan sahaja di
kawasan tinggi, kawasan rata dan tanah rendah pun mengalami air yang sama
kerana sepatutnya pihak berkuasa ir Pahang yang telah di swastakan (PAIP),
sejak setahun lepas membaiki keadaan, namun sebaliknya berlaku.
Masalah ini perlu diberi perhatian oleh pihak PAIP
Pahang ( Pekan) dengan serius.Masalah ini
telah banyak kali adukan ke pihak PUSPEL JBA yang kini dikenali dengan PAIP
setelah di swastakan setahun lalu.Apabila ditanya kepada penduduk kenapa tidak
dilakukan aduan atau bantuan, kebanyakkannya menjelaskan bahawa PAIP seringkali
melepaskan kepada cawangan-cawangan dibawahnya,
tetapi jawapan yang diberi seperti mereka
sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatasiny malahan seolah-olah wujudnya
birokrasi didalam urusan menyelesaikan masaalah bekalan air kepada penduduk di
negeri Pahang ini.
Selain itu di kawasan PM sendiri , bagi penduduk
yang menetap di Tanjung Agas dan sekitar telah
lama mengalami masalah tekanan air yang sangat rendah. Bagi
yang menetap di Taman Tanjung Agas Rosa telah
menghadapi masalah ini lebih dari seminggu dalma sebulan . Tekanan air yang ada
tidak dapat sampai ke dalam rumah, apa yang penduduk terpaksa lakukan adalah
memasang kepala paip berhampiran meter, dengan cara ini sahajalah mereka mendapat
bekalan air.
Sekiranya mahu mencuci pinggan mangkuk di singki perlulah membasuhnya pukul
3 pagi kerana hanya waktu pagi buta inilah tekanan air dapat sampai ke dalam
rumah, itupun sangat perlahan.
Sementara itu, satu tinjauan rambang yang dilakukan di Lanchang dan Bera
mendapati masaalah yang berlaku tetap sama.Di Lanchang ketika wartawan suara
keadilan tiba disebuah keluarga yang akan mengadakan kenduri, mendapati air
tidak ada sejak Isnin lepas sehingga khamis dan pihak PAIP hanya menghantar
pada hari Jumaat.
Begitu juga di Bera dimana tinjauan dan aduan yang diterima di Kampung
Bukit
Gemuruh, juga menghadapi masalah
sejak 10 tahun dahulu.Malahan jika kesedihan ini di ikuti, kita akan dapati
penduduk terpaksa mandi di parit dan juga di telaga yang di korek di dalam
hutan kelapa sawit.Keadaan ini lebih teruk jika dibandingkan dengan pendatang.
Sepatutnya PAIP Pahang dapat memberi jawapan khusus, contohnya
bekalan akan dipulihkan pada waktu tertentu bagi membuktikan komitmen mereka
dan bukan membiarkan rakyat tertanya-tanya tanpa jawapan seperti sekarang.
Paling mengejutkan apabila ada pihak yang menghubungi talian hotline
PAIP Pahang 09-5739999, mereka pula diarahkan berhubung terus dengan Jurutera
Daerah (JD) sendiri, atas alasan pegawai terbabit tidak menjawab
bilakah bekalan air dapat dipulihkan. Ini bermakna, masalah yang melanda ini
tidak mempunya "dateline" dan rakyat perlu menunggu
dan terus menunggu.
Apa sekali pun jawapan dan gangguan yang dialami, PAIP atau pihak berkuasa
air Pahang amatlah ketinggalan dari segi membekalkan bekalan air bersih kepada
penduduk.Jika di Paualau Pinang sejak tahun 70an , rakyat telah mendapat
bekalan air bersih, Pahang ketinggalan begitu jauh , dan ini harus diambil
iktibar oleh kerajaan pimpinan Adnan Yaakob bahawa, pahang tidak perlu lah
tergesa-gesa untuk membekalkan air ke selangor, sebaliknya menggunakan
kemudahan sungai yang ada bagi merawat air dan membekalkan keperluan air bersih
terhadap penduduknya.