NANTI DALAM LOKAP RAMAI LAGI KENAL. RAMAI AKAN TONYOH KEPALA KAU. KAU TAHU MAK AYAH ABANG KAKAK SEMUA RASA MARAH DENGAN SIKAP KAU MEMBULI REMAJA TERBABIT.

 


MSR

Abang 'kau kenal aku siapa' dah pakai baju lokap.. naya..

😇😇




PMX MELAKUKAN LAWATA.N KERJA KE MENARA PETRONAS.











 Mengadakan lawatan kerja ke PETRONAS di Menara Berkembar PETRONAS yang disambut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik. 


Antara taklimat diberikan menyentuh mengenai industri minyak dan gas serta perencanaan dan strategi masa hadapan sementelahan PETRONAS di dalam usaha untuk menghasilkan sumber pertumbuhan baharu yang lebih lestari dan bertanggungjawab.

 

Turut hadir Penasihat PETRONAS Tan Sri Mohd Hassan Marican, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PETRONAS Liza Mustapha.

 

Saya juga telah mengadakan pertemuan serta perbincangan berasingan bersama Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan untuk mendengar perkembangan terkini mengenai tugasan yang telah dilaksanakan.


Didoakan PETRONAS terus berkembang pesat dengan jayanya!


#MalaysiaMADANI



TIPU RAKYAT KEDAH, TOHMAH ORANG ATAS PENTAS DAN FITNAH....TUMPANG IDUP LAGI....BAIK PI MINTA MAAF...BERAT HANG NI NUSI.



Sudah tak nak ulas kenyataan Sanusi. Sebab level mendap dia tu luar biasa sangat 


Baguslah kalau Sanusi ingat akhirat. Harapnya dia ingat di akhirat nanti akan disiasat juga segala-gala penipuan, tohmah dan fitnah yang dihamburkan.


Ciri penunggang agama. Dah sah didapati bersalah memfitnah, tapi berlagak suci. Macam kat akhirat nanti boleh dapat jalan toll-free je. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



KES SULU. KEMENANGAN BAGI NEGATA BERDAULAT.NI KENA NAGI NUSI BACA. KA DOK LAM LOKAP HARI NI.

 


MMMS


Alhamdulillah, satu kemenangan besar untuk rakyat Malaysia dan Negara Berdaulat



RAKAMAN LIVE!! PAGI TADI - KANTOI! - CERITA GEMPAR SANUSI DIBUANG SEKOLAH 2 KALI DAN KONONNYA DIA KETURUNAN CINA .- BOLEH SKIP UNTUK DENGAR.


Berita gempar!! Dalam masa Sanusi memperkatkan Anugerah Tan Sri kepada Lim Kit Siang kononnya pendatang dari China. Dia pula mengaku datoknya juga berasal dari China. Terkena jugak! MB Sanusi juga pernah memberitahu bahwa beliau pernah bertukat sekolah sebanyak dua kali. Agak agak apa sebabnya ya? Berita Baik!! - Hari ini Sanusi sudah dipanggil ke Bukit Aman untuk disiasat mengenai kes meminta Pulau Pinang supaya dikembalikan kepada Kedah .




MAMPOIH LA HANG SANUSI- SATU LAGI LAPORAN POLIS PAGI TADI- Sidang Media Oleh YB Puan Syarleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bu...


Sidang Media oleh YB Puan Syarleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Beberapa Ahli Parlimen yang lain.

MULA-MULA MINTA TAMBAH KERUSI, LEPAS ITU MINTA JAWATAN MB PULA….


Sebagaimana dilaporkan media, Pengerusi UMNO/BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias mengesahkan gabungan itu ditawarkan 16 kerusi untuk ditandingi pada PRN akan datang ini.


Jumlah itu adalah status quo kerusi sedia ada yang dimiliki BN iaitu 15 kerusi yang dimenangi UMNO dan 1 MIC pada PRU tahun 2018 lalu.


Bilangan kerusi Dun di Negeri Sembilan ialah 36 di mana 20 kerusi lagi dimiliki PH iaitu DAP 11, PKR 6 dan Amanah 3.


Bagaimanapun Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, pihaknya telah meminta tambahan dua kerusi lagi daripada PH supaya kedua-dua gabungan itu mendapat agihan kerusi sama rata 18-18.


“Yang telah diselesaikan sekarang ini ialah status quo PH dapat 20 dan BN 16 kerusi.


“Jadi, kita teruskan mesyuarat, sebab saya minta supaya beri tambahan dua lagi kerusi.


“Ini supaya kita masuk PRN secara sama rata, kedua-dua pihak 18 kerusi masing-masing daripada jumlah 36 kerusi Dun yang ada,” ujar beliau.


Lihat tuan-tuan, inilah perangai UMNO…sudah ada 16 kerusi tetapi masih mahu tambahan dua lagi, kononnya supaya sama rata.


Tak cukup sudah dapat betis, sekarang nak paha pula.


Kenapa mahu tambahan kerusi lagi?


Tak cukup lagikah dengan 16 kerusi itu?


Apa mustahaknya BN mesti dapat kerusi yang sama rata dengan PH?


Lagi pun, siapa yang nak beri dua kerusi yang diminta UMNO itu?


UMNO sendiri, kalau kerusi yang sedang dimilikinya, sediakah ia memberi kepada PH?


Dengar cerita juga, Jalaluddin sendiri, meskipun sudah menjadi Ahli Parlimen Jelebu, turut berminat untuk bertanding di salah satu kerusi Dun dalam kawasan itu yang kini diwakili PH.


Dikatakan hasratnya bertanding di kerusi Dun itu adalah sebagai persiapan untuk memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.


Menteri Besar sekarang, Aminuddin Harun diberitakan tidak akan mempertahankan lagi kerusi Dun Sikamat yang dipegangnya sekarang.


Selain ingin menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Aminuddin juga disebut-sebut bakal dibawa ke pusat sebagai timbalan menteri dalam rombakan kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri selepas PRN nanti.


Disertai dengan PKR hanya bertanding enam kerusi dan mungkin tidak semuanya mampu dimenangi, di sinilah dikatakan UMNO/BNNegeri Sembilan melihat ada peluang untuk mereka mengambil alih jawatan Menteri Besar.


Bagi tujuan itu, tidak cukup dengan jumlah 16 kerusi yang akan ditandingi, mereka kini meminta lagi tambahan dua kerusi konon atas alasan perlu sama rata dengan PH.


Dengan tambahan kerusi itu, jika mereka menang lebih banyak kerusi nanti, maka senanglah untuk memulakan desakan agar diberi kerusi Menteri Besar itu, walaupun hakikatnya kerusi itu adalah milik PH berdasarkan kemenangan pada PRU yang lalu.


Ikut logiknya, untuk apa UMNO/BN minta tambahan dua kerusi lagi jika mereka benar-benar kekal dengan semangat setiakawan yang jitu untuk memastikan PH dan BN kekal berkuasa serta bukan ada maksud lain selain daripada itu?


Apakah PH ini terlalu baik dan sedia memenuhi kehendak UMNO itu sehingga akhirnya nanti, jawatan Menteri Besar pun terkorban sama? – ShahbudinHusin 07/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



HAAAA...JUMPA DAH SALAH DIA...JOM DENGAR.,PMX BACA DALAM DEWAN..BUKAN ATAS PENTAS CERAMAH.


 

HAI...ADA BUAT SALAH KA ?


 

TU DIA NOH....


 

HA...PATUT MENGGELUPPOR DALAM DEWAN. MACAM BUDAK TAKUT SUNAT. TAKUT SANGAT.,.MEMANG NAK KENA SUNAT LA TU


 

LEBAI SUCI TN BRAHIM TN MAN SEWAKTU MENJADI MENTERI KASA. APA HANG BUAT ?. TAK KAN BUAT DIAM SAJA.


 

MACAM KENAI.....ISAP ROKOK TU...HANGPA KENAI KA ?




Penguatkuasaan yang lemah. Dulu katanya dah tak boleh hisap rokok di kedai makan. Tapi ini nampak macam suasana di kedai makan ni.


Aku pun tak kenal siapa ni. Cuma nak tegur tabiat merokok di kedai makan je.


Mujur orang ni bukan siapa-siapa. Kalau pemimpin PAS ni, rugilah dia tak dapat bertanding bak kata Almarhum  TG Nik Aziz. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.



RASANYA SEKUPANG PUN TAK DAPAT. DUIT TU BANTU PETANI MISKIN. KALAU 10 JUTA PAJAKAN DISALURKAN TERUS PADA. RAKYAT KEDAH.


PM pulak dikatakan mempolitikkan isu ni…. Pening ana…



SANUSI BAKAL DOK DALAM.....HAAAAA...KOYAK,.???


 

HAAAA....MANA PI HULUBALANG ANWAR.? MENTERI ? TAU DAH DIA MACAMANA....JANGAN KATA MEDIA TV....AKHBAR SUARA KEADILAN PUN DIA TAK TAU NAK JAGA...


 SEKALI LAGI, ANWAR SENDIRI AKHIRNYA TERPAKSA TAMPIL MEMPERTAHANKAN DIRINYA 

Nampaknya, sekali lagi Perdana Menteri sendiri terpaksa tampil mempertahankan dirinya daripada serangan parti lawan yang mendakwa antara sebab kejatuhan nilai ringgit adalah kerana negara tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.
Kata Anwar Ibrahim, kejatuhan nilai mata wang ringgit malaysia bukan berpunca daripada negara mempunyai seorang Menteri Kewangan yang tidak bekerja sepenuh masa.

Sebaliknya, kata beliau, antara faktor penyebabnya ialah berkaitan dasar, terutamanya dasar Amerika Syarikat dan kekangan antarabangsa.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman sebelum ini berkaitan isu tersebut.

“Itu saya pun dengar…
“Masalahnya dasar. Masalah juga disebabkan kekangan antarabangsa.
“Jadi orang yang cadang itu…suruh dia baca laporan ekonomi antarabangsa…bukan laporan Pas,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Awam Malaysia Madani Dalur di Putrajaya pada Khamis.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok pada Rabu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60/dolar AS, dijangka boleh mencecah paras RM5.00/dolar AS jika tidak dikawal.
Isu kejatuhan nilai ringgit sudah beberapa hari menjadi mainan di media dengan Anwar paling dijadikan sasaran berkaitan dengannya.
Video ucapan lama beliau yang ketika menjadi Ketua Pembangkang mengkritik kenaikan nilai ringgit dengan menyalahkan kerajaan sudah banyak bertebaran di pelbagai platform media sosial.

Soalnya, di mana pihak-pihak lain dalam mempertahankan Anwar?

Selain Rafizi Ramli yang antara lain berkata, kejatuhan nilai ringgit ketika ini turut membawa kebaikan dan menyebabkan beliau dikecam kerana dilihat bertentangan dengan pendiriannya ketika menjadi pembangkang dahulu, tiada menteri lain bersuara mempertahankan Perdana Menteri.

Kata Menteri Ekonomi itu, pendapatan negara terutama sektor minyak meningkat berikutan harganya diniagakan dalam nilai dolar Amerika.

“Lebih tinggi harga minyak dan ringgit yang lemah bermakna lebih banyak duit kita dapat, namun bagi eksport kita adalah sebaliknya,” ujar beliau lagi.

Selain tiada menteri, di mana juga pelbagai jentera dan agensi yang sepatutnya menangkis serangan berkaitan kejatuhan ringgit ini?

Sebelum ini, dalam banyak isu yang timbul, jika kita teliti, sebahagian daripadanya juga tidak berjawwb selama berhari-haru sehingga akhirnya Anwar sendiri tampil menjawabnya.

Untuk berapa lama lagi terpaksa Anwar sendiri, di sebaliknya kesibukannya ke sana sini dengan pelbagai program, terpaksa tampil membela dan mempertahankan dirinya? – ShahbudinHusin 01/06/2023.

https://shahbudindotcom.net/



AKU DAH KATA DAH. TAK LAMA SANUSI NI KENA. MASIN MULUT KENA LA JAWAB.


 

INILAH SALAH SATU DARI SEBAB KENAPA NAK BAHAS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KETIKA DARURAT


 

BUKAN SILAP. TU BODO NAMA DIA. JUAI TANAH 12 PADANG BOLA, ORANG BUAT UNTUNG PULOH JUTA


 

TERCIPTA SEJARAH DUNIA BILA PEMBANGKANG TAKUT UNTUK BAHAS LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA


 

TERKEKEK HADI AWANG GELAK.


 

PADAN MUKA KAU. Abang sado baju merah direman tiga hari.

 

Abang sado baju merah direman tiga hari

NORMAWATI ADNAN
07 JUN 2023

KEH KEH KEH...SEMBANG DEPAN PENYOKONG MACAM QIMAU- TAPI PENAKUT NAK MAMPOIH. BAB DANA RASUAH DOK PI MENGANJING ANWAR...SEKALI BUKA SUNGGUH KERTAS SIASATAN....HANGPA SILAP ORANG LA NAK GADUH...


 

CEH...PNAKUT RUPANYA.


 

SIAP LA PN....BUKA KERTAS SIASATAN. BUKAN TAKAT BUKA..KENA SIAT SIAT JUGA NANTI


 

SIDANG MEDIA AHLI PARLIMEN PH- ULANGTAYANG KERANA MEDIA KERAJAAN TAK MAMPU SIARKAN- JADI MEDIA PROBONO SIARKAN-HAAA GITEWWWSidang Media Ahli Parlimen PH: Kenapa Pembangkang Tidak Mahu Laporan Ket...

AKU DAH KATA BANYAK KALI DAH TENTANG KEGAGALAN MENTERI INI. NAMUN IA MASIH DIKEKALKAN. HAMPIR SETIAP MINGGU ADA SAJA KEGAGALAN BELIAU.

 



PC PH media tak siarkan. PC PN je. Hebat betul media Malaysia. Inilah kebebasan media. Padahal PH yang memerintah. Takpe la. Kita kayuh basikal dulu la ek? Mana tau lepas kayuh baru boleh dapat liputan media. Guane boh?



 

Raja Gelap 


.


AWESOME TV KENA HENTAM BALIK



 

MASA PN PERINTAH DULU. INI LAH MASANYA NAK KENAKAN PEMBANGKANG.



Yang memerintah PH. Tapi yang takut nak bahas Laporan Ketua Audit Negara PN pulak. Dah kenapa? 


Masa PH pembangkang dulu, saat beginilah yang dinanti-nanti. Laporan Ketua Audit ni macam peluru untuk pembangkang. Habis tu yang pembangkang sekarang takut sangat kenapa?


Aku pun pelik. Mungkin, mungkin la... Laporan tu untuk zaman pemerintahan PN. Ye la... Sebab PH baru 6 bulan memerintah. Apa yang nak diauditkan. Kan? Itu yang dia menggelupur tu.


Tapi, kalau tak salah nak menggelupur kenapa kan? Hadap je la. Berbahas dengan yakin. Ye la. Tak ada buat salah. Nak takut apa kan?


Bak kata orang tua-tua, berani kerana benar. Takut kerana salah. Kalau dah takut tu... Faham-faham je la. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MAHATHIR YANG PURA PURA

 

Teringat Mahathir dulu. Disebabkan dia nak sangat kuasa sampai sanggup mintak ampun daripada DS Anwar. Kubur TG Nik Aziz pun dia pergi ziarah.


Sekarang ni dia menghimpit Mahiaddin pulak. Apa nak heran? Makhluk macam dia tu jenis sanggup buat apa saja untuk capai kehendak dia.


Lagipun, aku tak fikir dorang ni memang bermusuh. Semua tu lakonan je untuk Langkah Sheraton dulu. Sekarang terpaksa tamatkan lakonan sebab dah tak mampu nak lawan DS Anwar. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


DIA NAK BELA KAWAN DIA. TAPI DIA TAK ADA MAKLUMAT YANG DENGAR


 

DAYUS- PN GAGAL MENJAGA RAKYAT- BANYAK KETIRISAN DALAM LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

 Jeng, jeng, jeng

🔊🔊🔊...
MP PN (Penakut Nasional)🐀🐀 meroyan tak nak usul Laporan Ketua Audit Negara 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣ (perbelanjaan waktu Darurat) dibahaskan .... last2 Tan Sri Speaker kata, BAHAS✅️✅️‼️‼️
Sessi petang, semua pembangkang cabut lari🏃‍♂️🏃‍♂️ tak hadir Parlimen🏢🏢.

Saya geli hati pembangkang beria tak mahu bahas LKAN - Azalina


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi) Azalina Othman Said, mengakui terkilan dan tidak boleh menerima tindakan wakil rakyat pembangkang, selain menjelaskan tidak mengetahui punca mereka berbuat demikian. Terdahulu, wakil rakyat pembangkang ditempelak ekoran enggan menyertai sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) buat kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.





[pembangkang lari] KOYAK HABIS TAKIYUDDIN! PENCERAHAN PADU YB AZALINA!



SANGAT MEMALUKAN PIHAK PEMBANGKANG TIDAK MASUK DEWAN RAKYAT APABILA CUBAAN MEREKA UNTUK MEMBANTAH USUL MEMBAHASKAN AUDIT KEWANGAN 2021. APAKAH YANG MEREKA TAKUT SANGAT SEHINGGA BERTINDAK SEBGINI RUPA!!



Beria ria tak mahu bahas audit Negara - Ini duit rakyat bukan duit kita, bukan duit mak bapa kita - Azalina




"Kita nak tegur untuk kebaikan bagi rakyat kerana ini duit rakyat bukan duit kita, bukan duit mak bapa kita," kata Datuk Seri Azalina Othman Said susulan ketidakhadiran Ahli Parlimen Pembangkang ketika usul LKAN 2021.



Kenapa PAS tidak ambil peluang ketika menjadi kerajaan?



NORMAN RADZUAN






KERAJAAN PERPADUAN ANGKAT LEGASI NIK AZIZ
33 bulan PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu dan BN…peluang yg ada PAS tidak langsung peduli utk mengenang jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Samada terlupa atau sengaja dilupakan.
Anda ada membaca artikel Sinar Harian (gambar) temubual bersama Hadi Awang. Di dlm artikel itu Hadi Awang memuji kejayaan PAS memerintah Kelantan sepanjang 31 tahun tetapi disebut sepatah pun Presiden PAS itu menyebut jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz?
Ia berbeza dgn DS Anwar Ibrahim walaupun berhadapan seterunya di mahkamah, ketika melancarkan Proton X90 beliau tetap mengiktirafkan idea Tun Mahathir membina Proton dgn mengucapkan terima kasih.
Ini menguatkan lagi kepercayaan saya seolah olah legasi Nik Aziz ingin dilupuskan dlm sejarah PAS. Apabila 6 bulan kerajaan Perpaduan memerintah, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz terus diberi pengiktirafan dgn perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Tidak mengapalah kita tidak pasti mengapa PAS tidak mengangkat tokoh PAS besar tersebut ketika menjadi kerajaan. Cuma sepatutnya pujian atau terima kasih diucapkan tetapi sebaliknya berlaku apabila Ustaz2 PAS menyindir dgn kata2 yg tidak lunak didengar apabila nama Lim Kit Siang turut menerima anugerah bergelar Tan Sri.
Ia satu penghinaan kpd Tuanku yg mengiktiraf jasa2 Lim Kit Siang. Persoalannya apa salahnya? Seperti kata Lokman Adam tauke judi, taikun2 perniagaan begitu ramai menerima anugerah ini kenapa tidak dipertikaikan?
Asal DAP semua tidak boleh. Politik perkauman PAS sudah diperingkat melampau. Mereka bernasib baik ini bukan zaman Mahathir dgn ISA nya. Hak kebebasan bersuara telah disalahgunakan.
Saya tidak pelik jika level Ustaz mereka memainkan isu2 sebegini kerana pendidikan dan pergaulan mereka yg sempit tetapi apabila golongan professional di dlm PN turut memainkan isu perkauman ia sgt jahat dan sengaja mahu perbodohkan org Melayu.
Letak nama jalan bangsa Cina tak boleh, letak Menteri Kewangan Cina tak boleh, letak Timbalan Menteri Cina tak boleh dan beri pengiktirafan gelaran Tan Sri pun tak boleh…hanya kerana mereka bangsa Cina atau mereka yg ada kena mengena dgn DAP.
Sdgkan sebelum ini di zaman BN, kita ada dua Menteri Kewangan Cina, Tun Henry Lee Hau dan Tun Tan Siew Sin. Begitu juga sejak dahulu begitu banyak jalan2 diberikan kpd tokoh2 bangsa Cina seperti jalan Yap Ah Loy, Yap Kwan Seng, Tun Tan Siew Seng, Jalan Tun H S Lee dan byk lagi.
Malah nama2 bekas penjajah diabadikan di jalan2 raya utama seluruh negara. Sebab apa mereka tidak bising…tak ada political mileage.
Itulah sebabnya golongan intelektual Melayu tidak mempercayai PAS kerana mereka menggunakan isu utk kepentingan politik semata mata.
Manakan tidak bila Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS berbangsa India, Bala beritahu kpd umum dia sering bermimpi bertemu Rasulullah saw tiada seorang Ulama PAS berani menegur secara terbuka. Ia sgt memalukan dan juga saya tak boleh masuk akal ahli2 PAS tidak pertikaikan pengakuan Bala tersebut sdgkan mereka kononnya beragama.
Esok saya akn beri penerangan formula yg ampuh apa yang perlu dilakukan DAP menjelang PRN ini. Hanya DAP boleh memutihkan parti mereka yg telah dihitamkan.



Mahfuz Omar, Adly Zahari, Mahdzir Khalid & Pimpinan Perpaduan: Himpunan ...

ISU KEDAULATAN P PINANG MAHU TUTUP KEGAGALAN PENTADBIRAN SANUSI


KELANTAN DIGESA ‘BERSIHKAN’ AKSB SEBELUM MINTA DANA PUSAT


MATAWANG AS MENGUKUH, GUNA POLISI ‘TINGGALKAN DOLAR’


KENAPA KITA JANGAN UNDI PN- SEBAB JUAL TANAH PADA ISTERI DENGAN HARGA MURAH

 


KEKUATAN KERAJAAN KERANA DASAR, BUKAN MAJORITI KERUSI MELAYU


BAPA PERPADUAN - CADANGAN YANG BAIK

 

DS Anwar pernah satukan parti yang bermusuhan lama (DAP dan PAS) di bawah satu payung (BA & PR). Kemudian satukan pula Keadilan dengan UMNO di bawah Kerajaan Perpaduan dan disertai belasan parti lain.

Sekarang, kerana DS Anwar juga para pengkhianat yang kononnya bermusuh dulu jadi bersama. PAS kutuk Mahathir, Mahathir pula kutuk Mahiaddin, Mahiaddin pernah kutuk PAS, PapaGomo pun dulu hina Mahathir.
Sekarang dah lain cerita. Sebab tak mampu nak menentang DS Anwar secara bersendirian, maka mereka semua pun terpaksalah tebalkan muka dan buat-buat hilang ingatan, berpeluk sesama mereka demi menjatuhkan DS Anwar.
Begitulah kehebatan PMX kita. Beliau layak digelar Bapa Perpaduan. Kerana beliau, sama ada secara langsung atau tidak, telah beberapa kali berjaya menyatukan pihak yang bertelagah. Bukannya kerja senang tu.
Difikirkan, memang terlalu hebat DS Anwar ni kan? Mahathir yang kononnya terer sangat pun terpaksa jilat ludahnya terhadap Mahiaddin dan PAS sebab nak lawan DS Anwar. Beruntunglah kita ada PM sehebat DS Anwar. Guane boh?

MB KEDAH HASUT