GDP MALAYSIA DI TEMPAT KE 3.


Sham Ghaz


 Alhamdulillah GDP Malaysia kekal lagi di tempat ke 3 di ASEAN selepas Singapura dan Brunei 




Moga ekonomi Malaysia terus berkembang selepas politik Negara makin stabil skrg.


BACA;


Singapore still holds the highest GDP per capita in Southeast Asia, based on the updated IMF projections in April 2024.


Singapore is projected to reach a GDP per capita of $88,447, while Myanmar remains the country with the lowest GDP per capita in Southeast Asia, at $1,250.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=868985701938745&id=100064819685437&mibextid=WC7FNe



KEH..KEH..KEH...


 

KAMI MISKIN


         Zunar cartoonist fan club

KEH..KEH..KAKI FITNAH NO 1 DITAHAN PAGI TADI


 

[terkini] SAH PAPAGOMO DICEKUP POLIS! MB PERLIS DITAHAN SPRM! BENARKAH?



Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan penahanan penulis blog kontroversi Papagomo kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Razarudin berkata Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, ditahan di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur, sekitar tengah hari ini. “Ya, boleh (sahkan),” kata Razarudin kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas hantaran media sosial yang memaparkan video pendek dua anggota polis menahan Papagomo. Dia berkata Papagomo akan dibawa ke balai polis daerah Dang Wangi untuk siasatan dan akan direman mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ======================================================================= Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini. Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya. Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa. Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan Mohd Shukri kini berada di ibu pejabat agensi berkenaan. “Saya boleh sahkan dia (Mohd Shukri) dipanggil oleh SPRM. “Ketika ini dia ada di ibu pejabat kami dan sedang memberi keterangan kepada pegawai SPRM berhubung beberapa dakwaan berkaitan dia dan anak lelakinya,” kata Azam kepada Malaysiakini. Tambah Azam, Mohd Shukri disiasat mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM. Apabila ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Perlis itu ditahan, Azam berkarta, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan akan dibuat.



LAAAAAA DIA NI ....

AKTA LAUT WILAYAH 2012: MASA PN JADI KERAJAAN KENAPA TIDAK TOLAK?









 Tindakan DUN Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 kerana membataskan hak negeri menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) dari garis air surut wilayah Terengganu tidak wajar ‘baru hanya dibuat’ sekarang.

Tokoh pejuang royalti petroleum Terengganu dan Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz berkata, sekiranya Pas cerdik maka pengubahsuaian telah dibuat ke atas Akta 750 itu sewaktu mereka menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan pada 2020 – 2022 lalu.

“Hari itu masa memerintah 33 bulan Perikatan Nasional tebuk atap semua 18 Ahli Parlimen (MP) Pas makan gaji buta, tak pinda dan ubahsuai akta ini. Termasuk MP Marang.

“Kami yang dulu lawan untuk royalti Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dah suarakan minta Terengganu dan Kelantan contohi kebijaksanaan Sabah dan Sarawak (berhubung dasar petroleum) dalam kerajaan tebuk atap dulu,” katanya dalam catatan di Facebook mengimbau teguran kepada Pas pada awal 2020.

Menurut Syam Ghaz, wang royalti yang dituntut oleh Kerajaan Terengganu hari ini bukanlah perjuangan Pas tetapi kerana Kerajaan Pakatan Harapan (2018 – 2020) yang menunaikan janji manifesto untuk memberi ‘royalti’ kepada Kelantan dan Terengganu sedangkan secara bertulis hak itu tidak terdapat dalam undang undang negara.

Sebaliknya Syam kecewa dengan tindakan ahli politik Pas yang tidak memikirkan kemaslahatan rakyat Terengganu secara jangka panjang malah terlena dibuai mimpi dengan jawatan Duta Timur Tengah, Menteri, Timbalan dan Pengerusi GLC ketika mereka menguasai Persekutuan.

“Padahal jika 18 MP Pas tegas, solid dan tekan Muhyiddin Yassin (ancam) untuk keluar Kerajaan PN jika tidak bagi royalti dan berikan hak Terengganu, Kelantan, confirm Muhyiddin lemau akan akur juga. Sebab dia memang tamak nak berkuasa!

“Tapi dah Pas lemah, bukan sahaja royalti, RUU 355 pun tak dapat dibentangkan.

“Pas ini ibarat gong, bunyi kuat, tapi tengok dalam isi gong tu, tiada apa apa. Bila mentadbir negara, lemah dan tak reti urus negeri dan negara, tengok saja 4 negeri mereka tadbir, hancur.

“Terengganu sendiri pun start panik bila Wang Ehsan atau royalti yang sepatunya dapat RM1.5 bilion, tahun 2023 dapat separuh saja. Separuh lagi terus kepada projek pembangunan yang diuruskan federal,” katanya.

Dalam pada itu, Syam menasihatkan agar kerajaan Pas Terengganu mula menambah jumlah hasil negeri dan tidak hanya bergantung kepada Wang Ehsan semata mata untuk mengongkosi polisi pentadbiran berkebajikannya.

“Income Terengganu tak sampai 30% mereka cari sendiri, selebihnya bergantung pada dana pusat. Mereka bukan reti tadbir sangat pun. Lebong (cakap besar) jah lebih.

“Dulu bukan main boros mereka, apabila bajet kena cut, banyak program program kerajaan ditangguhkan. Apa maknanya tu?

“Maknanya mereka bukan ada otak dan tidak ada skill sangat untuk cari income bagi Negeri Terengganu, sebelum ini hanya makan suap saja,” sinisnya.

Untuk rekod, sejak 6 tahun lalu rakyat Terengganu menyangka pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar begitu cekap dalam memberi kebajikan kepada rakyat.

Mereka tidak faham dana yang digunakan adalah daripada sumber Wang Ehsan dan sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memberikan terus kepada negeri maka Kerajaan Negeri tidak mampu untuk melaksanakan skim kebajikan sebagaimana Selangor, Pulau Pinang atau Negeri Sembilan yang berbelanja menggunakan wang sendiri.





PRK KKB: PN KATA KERAJAAN GAGAL, APA YANG GAGAL?

 



Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) amat mengelirukan dan tidak mempunyai logik.

Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Negeri (JPRN) Selangor, Datuk Dr Yaakob Sapari dalam sidang media di KKB petang tadi.

Menurut beliau, ungkapan ‘kerajaan gagal’ yang ditujukan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin juga laskar siber mereka terhadap prestasi Kerajaan Madani terlalu kabur, malah tidak boleh dibuktikan.

“Dia sebut kerajaan gagal. Apa gagalnya? Saya dapati sokongan masyarakat Melayu terus meningkat. Dulu kita (di KKB) dapat sekitar 33% sokongan.

“Terakhir (pilihan raya negeri) kami dapat sokongan Melayu 42%. Kita berkerja keras sekurang kurangnya dapat seri (menentang PN) di kawasan Melayu.

“Kita buktikan bahawa sepanjang kerajaan Datuk Seri Anwar banyak program kebajikan telah dilaksanakan, umpamanya tidak pernah dalam sejarah kakitangan awam dapat insentif RM2,000. Nak raya baru ini dapat tambah insentif RM500. Apa yang gagal?

“Kalau lihat pelaburan … meningkat. Mereka (PN) tidak serang (kerajaan) Selangor kerana pelaburan Selangor jauh lebih baik dan Selangor menyumbang 1/4 kepada KDNK negara. Selangor tempat mencari rezeki rakyat seluruh Malaysia,” katanya.

Yaakob juga membidas ucapan Pengerusi PN kononnya harga barang keperluan melambung tinggi dan menyukarkan perbelanjaan harian penduduk KKB.

Hal itu, katanya, tidak berdasar kerana harga barang jauh lebih mahal pada era pentadbiran Muhyiddin.

“Saya ikuti ucapan (Pengerusi PN), terutama soal kenaikan harga barang yang melambung.

“Saya rasa presiden Bersatu macam meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Realitinya pada hari ini barang di pasaran jauh lebih murah berbanding zaman dia jadi PM,” katanya.

Manakala menjawab soalan wartawan mengenai kapasiti jentera KEADILAN yang akan diturunkan dalam PRK, Yaakob berharap jumlahnya melepasi 1,000 orang bagi membantu di kawasan kawasan yang KEADILAN ditugaskan sebagai perayu undi.

“Saya mengharapkan 1,000 jentera dari negeri Selangor turun mulai semalam sehingga 11 Mei untuk bertemu pengundi. Kita minta semua lantikan politik seperti Ahli Majlis, ketua kampung, PWB, PBS untuk turun membantu kemenangan calon kita,” katanya.

Selain itu, beliau berpuas hati dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pemimpin BN biar pun MCA masih enggan terlibat membantu kempen.

Katanya, pemimpin UMNO dan MIC amat positif dalam gerak kerja PRK dengan menghadiri setiap mesyuarat.

“Saya amat bangga kali ini wakil Perpaduan tergambar dalam kerja kerja pilihanraya, sama ada PH, KEADILAN, AMANAH dan DAP, mahu pun BN, UMNO dan MIC, mereka beri komitmen datang mesyuarat.

“Inilah kali pertama hubungan rapat PH dan BN melakukan kerja kerja pilihanraya di DUN KKB,” katanya.

Yaakob berpesan kepada pengundi di KKB bahawa hanya calon kerajaan sahaja yang mampu meneruskan kerja kerja baik yang dilakukan mendiang Lee sebelum ini.

Pembangkang katanya, tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan KKB sebagaimana yang pernah dilakukan oleh PH selama 3 penggal.

“PRK ini tidak mengubah Kerajaan Negeri atau pimpinan kerajaan pusat maka adalah penting bagi pengundi di sini dapat meneruskan kerja kerja kebajikan rakyat seperti sebelum ini

“Tidak mungkin ADUN pembangkang mampu meneruskan kerja kerja kebajikan dan pembangunan di kawasan ini,” katanya lagi.

KEADILAN dalam PRK KKB ini diberi tanggungjawab berkempen di Bandar Utama Batang Kali, Ampang Pechah, Pertak, Ladang Nigel Gardner, Lembah Beringin dan Batu 30 Hulu Yam.




DIRI SENDIRI MENGHASUT SALAHKAN ORANG PULA DASAR KAKI PEMFITNAH!

PANAS! MB Perlis ditahan SPRM | CheguBard didakwa lagi | Badan Peguam ca...







1. SPRM tahan MB Perlis
2. Badan Peguam kemuka permohonan ketepi pengurangan hukuman Najib 3. Tahanan rumah Najib: Permohonan Zafrul jadi pencelah didengar 2 Mei 4. Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi 5. PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli 6. Isu sekolah vernakular: Pas tak boleh terima pilihan ibu bapa – Nie Ching








[penyamar] KONON SOKONG DS ANWAR !RUPANYA GENG PAS & BERSATU!



Ketika memulakan kempennya pada Jumaat lalu, calon PH Png Sock Tou dan pasukan kempennya didekati oleh seorang lelaki yang menyuarakan rasa kecewa tentang isu seperti kos sara hidup. Walaupun lelaki itu pada mulanya mendakwa dirinya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, satu video yang tersebar di media sosial malam tadi menunjukkan dia muncul di program kempen PN. Menurut video yang dimuat naik di akaun media sosial @AmenoWorld, lelaki itu memegang bendera PN sambil memberikan ucapan. Ketika itu, dia turut dikelilingi pasukan kempen PN. Dalam video itu, dia antara lain mengkritik Anwar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. "Bukan PAS yang beri saya duit (untuk) bercakap, bukan juga PN. Saya sendiri yang (ingin) bercakap. Saya sudah tengok satu Malaysia, rakyat Cina, Melayu dan India susah," katanya.



KALAU TAK REPORT MEMANG LEMBIK MACAM FAHMI


Pak Ya Siam


 Satu ja nak kata..


Kalau AMK atau geng Madani tak buat report memang HAMPA xboleh pakai…


Lembik !! Madani Lembik !!





KENA TAHAN DAH...


 

LAIN PADANG LAIN BELALANG.... PEMBOHONG JA PARTI NI.


 

CALON TEMPATAN APA DIN WOIIIII- HANG BAWA LA ANAK MENANTU HANG BALIK


 

MOHON WALAUN BODOH HADAM YA..JANGN TAU NAK BUAT FITNAH JE!!


Ariana Rina



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor


1. Berikutan tular berita kononnya kasino bakal dibuka di Forest City, Johor Bahru, Kerajaan Negeri Johor ingin menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di negeri ini.


2. Seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Negeri Johor yakin bahawa Forest City akan diberikan nafas baru dan kegiatan ekonomi akan bertambah rancak dengan pembangunan Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). 


3. Semua sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan sedang giat berusaha untuk merancak dan mempertingkatkan ekonomi Johor agar memberikan impak positif seperti peluang pekerjaan berkualiti dan berkemahiran tinggi buat Bangsa Johor. Justeru, khabar angin yang tular ini dilihat mempunyai unsur sabotaj dan berniat jahat mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.


4. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor juga tidak pernah menerima jemputan bagi sebarang perbincangan berhubung perkara ini, apatah lagi terlibat atau dirujuk mengenainya. Kerajaan Negeri juga tidak menerima sebarang cadangan mahupun menghadiri mana-mana mesyuarat yang membincangkan perkara yang sama.


5. Sejarah jelas membuktikan bahawa sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim lagi, tiga kasino di Johor telah ditutup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim juga telah bertitah bahawa Baginda tidak membenarkan pembukaan mana-mana kasino di negeri Johor. Ini jelas menunjukkan pendirian Johor berhubung perkara ini.


6. Dengan penegasan ini, Kerajaan Negeri berharap isu ini tidak lagi diperpanjang dan dimomokkan sehingga menjejaskan kerukunan dan nama baik negeri dan negara serta keharmonian masyarakat pelbagai kaum.


Sekian, terima kasih.


Dato’ Onn Hafiz Ghazi

Menteri Besar Johor


26 April 2024


Rujuk

👇👇👇


https://www.facebook.com/share/p/GvbDnNPNsdXnDGqX/?mibextid=oFDknk



FUHYOO

 

Guru Yaya. 


Ada Tak Pemimpin Pembangkang Yg Akan Kata PMX Tak Boleh Berucap Di World Economic Forum Sebab Boleh Mempengaruhi Pengundi DUN KKB.. 😀😁PN&Walaun Makin Panas Tengok Video Nie..🤣🤣🤣




JANGAN SEBAR BERITA PALESU.. PATUT KAU KENA KUAT TURUN BAGI PENERANGAN..



 FAHMI SEBAR BERITA PALSU


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan madani membayangkan, Anwar Ibrahim mungkin tidak turun berkempen di PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) yang tarikh pengundiannya pada 11 Mei depan.


Fahmi mendakwa, sudah menjadi “tradisi” dalam beberapa siri PRK sebelum ini Perdana Menteri tidak turun berkempen.


“Berhubung bila Perdana Menteri turun di KKB saya tak tahu lagi. Saya tak berhubung dengan beliau.


“Beliau kini di luar negara. Kebiasaanya, untuk PRK dalam banyak siri sebelum ini Perdana Menteri tak turun.


Ini bukan sahaja amalan dalam pentadbiran sekarang, tetapi pentadbiran-pentadbiran sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Kubu Bharu.


Sebenarnya fakta yang dikemukakan Fahmi dalam hal tradisi Perdana Menteri ini adalah salah dan tidak betul sama sekali.


KKB adalah PRK ketujuh yang diadakan sejak Anwar mengetuai kerajaan madani.


PRK pertama yang diadakan ialah Kuala Teregganu yang diadakan bersekali dengan PRN negeri tersebut pada Ogos 2023.


Pada 9 Ogos, Anwar dalam rangka kempen PRN turut berkempen di Kuala Terengganu dalam Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Hiliran yang turut dihadiri calon PH kawasan tersebut, Azan Ismail.


Kemudian, dalam PRK Pulai yang diadakan berikutan kematian Salahuddin Ayub, Anwar telah datang berkempen bagi calon PH, Suhaizan Kaiat pada 3 September dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, Johor Bahru.


Pada tarikh yang sama, 3 September, Anwar juga turut berceramah bagi membantu calon PH di PRK Dun Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman.


Pada PRN Dun Pelangai, Anwar tidak ketinggalan turun berkempen dalam Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai pada 2 Oktober 2023.


Turut bersama dalam ceramah bagi membantu calon BN, Amizar Abu Adam itu ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.


Seterusnya pada PRK Kemaman, Anwar sekali lagi tidak memencilkan diri dengan turut datang berkempen bagi membantu calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.


Beliau hadir dalam Ceramah Mega Perpaduan MADANI PRK Kemaman di Dataran Restoran Cahaya Mesra, Geliga yang turut dihadiri beberapa pemimpin kerajaan perpaduan.


Anwar hanya tidak turun berkempen pada PRK Jepak di Sarawak yang diadakan pada 4 November 2023.


Dengan itu, untuk Fahmi membayangkan bahawa Anwar mungkin tidak turun berkempen di KKB atas sandaran ia adalah tradisi PMX dan amalan Perdana Menteri-Perdana sebelum ini adalah tidak benar dan seolah-olah menyebar berita palsu.


Berita benarnya ialah PMX mempunyai tradisi turun hampir semua PRK yang diadakan sebelum ini.


Tun Mahathir Mohamad ketika berkuasa di era BN selama 22 tahun memang tidak pernah turun berkempen di mana-mana PRK dan menyerahkan mandat mengetuai jentera kempen kepada Timbalan Perdana Menteri.


Tetapi bila berkuasa buat kali kedua atas nama PH pada 2018, Tun Mahathir telah memecahkan tradisi dengan turut berkempen dalam PRK Port Dickson dan Semenyih.


Calon PH bagi PRK Port Dickson ketika itu ialah Anwar (menang), manakala Semenyih ditandingi oleh Muhammad Aiman Zainal (tewas).


Hanya Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak yang benar-benar tidak pernah turun berkempen dalam mana-mana PRK ketika mereka memegang jawatan Perdana Menteri.


Ketika Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri pula, tiada PRK pernah diadakan, kecuali PRN Sabah, Melaka dan Johor.


Bagi PMX, memang tiada keperluan sebenarnya untuk beliau turun berkempen dalam PRK kerana ia sepatutnya diketuai oleh timbalannya saja.


Lagi pun, Anwar sekarang ada dua Timbalan Perdana Menteri, tak perlu pun beliau turun berkempen.


Sebaliknya, di kalangan menteri-menteri dan bagi membantu Timbalan Perdana Menteri, Fahmi selaku Menteri Komunikasi adalah yang patut paling kerap turun memberi penerangan dan berkomunikasi dengan pengundi jika ada PRK diadakan.


Namun, sebelum bercakap, pastikan fakta yang dilafazkan itu betul dan tepat, bukan komunikasi yang tak ada isi. – ShahbudinHusin 30April2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/30/fahmi-salah-fakta.html



CALON PN NI ADA UTANG AH LONG KE?

 

Jamzuri Ardani


Aaah ... sudah.  Kalau hutang along pun dia berani skip ... janji-janji masa kempen pilihanraya ni boleh ke percaya???





ALIRAN APA PUN WAJIB BAHASA MELAYU.. KO DAPAT BAHASA MELAYU BERAPA?

 

Iswardy Morni



Kah kah kah. Takut dia netizen tanya berapa dia punya SPM, dia pusing sekolah vernacular. Sekolah vernacular pun spm dia BM A. Cuba spill jap hang punya SPM berapa? Amacam?




ANTARA PEMBANGANG DAN PEMBANGKANG, SIAPA LEBIH EGO??


Che Ibrahim


Semasa DSAI memimpin ABIM, ramai pemimpin Pas termasuk arwah ust Fadhil Nor dan Haji Hadi bersama Anwar dalam ABIM. 


Apabila Anwar memilih untuk masuk UMNO/BN, Pas mula menyerang Anwar kononnya terjun jamban tahi untuk cuci tahi. 


Apabila Anwar dipecat dari UMNO, Pas antara parti pertama yang sokong dan pertahankan Anwar. 


Apabila pembangkang membentuk pakatan baru atas nama Barisan Alternatif, Pas dengan suci hati menerima Anwar untuk mengetuai gerakan menentang BN. 


Apabila rakyat mula menolak BN dan menyokong pembangkang (PKR, Dap, Pas), Pas tanpa ragu ragu bersama Anwar dan Dap membentuk Pakatan Rakyat Dan melantik Anwar sebagai Ketua Pembangkang. 


Apabila Anwar dipenjara, Pas tidak menuntut untuk menjadi ketua pakatan pembangkang, sebaliknya bersetuju melantik Wan Azizah sebagai Ketua kerana menghormati kepimpinan Anwar. 


Arwah Ust Fadhil, arwah Tok Guru Nik Aziz, Arwah Ust Yahya Othman, Arwah Ust Azizan Razak, arwah Ust Haron Din antara pimpinan tinggi Pas yang amat mengkagumi Anwar.


Anehnya apabila Anwar jadi PMX, Pas membenci Anwar melebihi kebenciannya kepada Mahathir sebelum ini. Mengapa??... Adakah kerana Pas sebagai pembangkang atau politik bangang telah menguasai Pas??



DARI NAK BUAT MRT DI LANGKAWI, BAIK BAGI AYAQ ADA DULU... BANYAK NGAT UMUM..SATU APA PUN TAK SIAP.

 



Bila Kedah umum nak buat LRT maglev (magnet levitation) di Langkawi, aku husnuzhon dulu. Terus mesej member yang memang tinggal di sana.



Aku dah lama takpi Langkawi. Aku dok ingat kot la ni tahap jem dia macam di Penang.


Ya la, Penang memang tahap jem dia gila punya. Logik la nak buat LRT.


Tapi, laaa rupanya Langkawi pada hari biasa tak jem langsung.


Jadi, untuk apa sebenarnya LRT ni?


Apa masalah Langkawi la ni? Kurang pengunjung/pelancong.


Rakyat Malaysia lebih suka masuk Siam sekarang ni.


Tapi, takkan cara nak tarik pengunjung datang ke Langkawi adalah dengan bagitau ada LRT?


Ada ka orang yang sebut, "kami nakpi melancong ke UK/Turkiye/Korea sebab nak naik LRT."


Kalau ada orang sebut camtu, kita pun macam....haaa?


Berapa anggaran kos maglev train ni? Dalam lingkungan USD50 juta ke USD100 juta untuk 1km. 


Boleh Google sendiri projek maglev yang dah wujud di negara lain.


Kedah umum LRT tu dari Jeti Kuah ke Pantai Cenang, yang berukuran lebih kurang 20km.


Jadi, anggaran kos, amik paling murah USD50 juta darab 20km, bersamaan USD1 billion, atau 4.7 billion ringgit!


Mahai bang maglev ni, sebab dia laju.


Tapi hang takat 20km nak laju-laju pi mana?


Belanjawan Kedah pulak berapa? 1.24 billion ringgit.


Nak buat LRT di Langkawi yang 20km tu saja dah makan semua siap berhutang belanjawan Kedah.


Logik ka tak logik?


Bila pulak nak dapat pulangan, ROI? 500 tahun? Kos nak maintain pulak macam mana?


Syarikat mana nak operate kalau ROI macam haram?


Last sekali dok nampak suruh kerajaan pusat amik alih dan tanggung.


Adalah lebih menjimatkan jika Kerajaan Kedah tengok pilihan lain, seperti trackless tram, keretapi tanpa rel.


Ia beroperasi guna elektrik, boleh muat 150 penumpang sekali jalan. 


Jauh lebih cost effective untuk cover sebuah pulau macam Langkawi. 


Takpun, buat ja flyover di Langkawi tu.


Kerajaan Kedah juga boleh saja buat survey untuk penduduk Langkawi, dan aku yakin bukan LRT yang jadi keutamaan depa.


Pulau pelancongan seperti Bali yang jauh lebih besar dari Langkawi pun tak ada LRT.


Jadi, apa gunanya idea LRT maglev Langkawi ni selain nak memuaskan nafsu khayalan sendiri, konon negeri paling hebat?


Dey, litar lumba paling simple punya projek pun gagal.


- Najib Bakar




BODO JUGA.. TANYA DENGAN TUDUH LAIN.

 

Bekali dia ingat ##pdrm ni dipenuhi dengan pegawai pegawai kurang cerdik serupa pembangkang lo ni juga....




KATA KATA HIKMAT HARI NI