DARI NAK BUAT MRT DI LANGKAWI, BAIK BAGI AYAQ ADA DULU... BANYAK NGAT UMUM..SATU APA PUN TAK SIAP.

 



Bila Kedah umum nak buat LRT maglev (magnet levitation) di Langkawi, aku husnuzhon dulu. Terus mesej member yang memang tinggal di sana.



Aku dah lama takpi Langkawi. Aku dok ingat kot la ni tahap jem dia macam di Penang.


Ya la, Penang memang tahap jem dia gila punya. Logik la nak buat LRT.


Tapi, laaa rupanya Langkawi pada hari biasa tak jem langsung.


Jadi, untuk apa sebenarnya LRT ni?


Apa masalah Langkawi la ni? Kurang pengunjung/pelancong.


Rakyat Malaysia lebih suka masuk Siam sekarang ni.


Tapi, takkan cara nak tarik pengunjung datang ke Langkawi adalah dengan bagitau ada LRT?


Ada ka orang yang sebut, "kami nakpi melancong ke UK/Turkiye/Korea sebab nak naik LRT."


Kalau ada orang sebut camtu, kita pun macam....haaa?


Berapa anggaran kos maglev train ni? Dalam lingkungan USD50 juta ke USD100 juta untuk 1km. 


Boleh Google sendiri projek maglev yang dah wujud di negara lain.


Kedah umum LRT tu dari Jeti Kuah ke Pantai Cenang, yang berukuran lebih kurang 20km.


Jadi, anggaran kos, amik paling murah USD50 juta darab 20km, bersamaan USD1 billion, atau 4.7 billion ringgit!


Mahai bang maglev ni, sebab dia laju.


Tapi hang takat 20km nak laju-laju pi mana?


Belanjawan Kedah pulak berapa? 1.24 billion ringgit.


Nak buat LRT di Langkawi yang 20km tu saja dah makan semua siap berhutang belanjawan Kedah.


Logik ka tak logik?


Bila pulak nak dapat pulangan, ROI? 500 tahun? Kos nak maintain pulak macam mana?


Syarikat mana nak operate kalau ROI macam haram?


Last sekali dok nampak suruh kerajaan pusat amik alih dan tanggung.


Adalah lebih menjimatkan jika Kerajaan Kedah tengok pilihan lain, seperti trackless tram, keretapi tanpa rel.


Ia beroperasi guna elektrik, boleh muat 150 penumpang sekali jalan. 


Jauh lebih cost effective untuk cover sebuah pulau macam Langkawi. 


Takpun, buat ja flyover di Langkawi tu.


Kerajaan Kedah juga boleh saja buat survey untuk penduduk Langkawi, dan aku yakin bukan LRT yang jadi keutamaan depa.


Pulau pelancongan seperti Bali yang jauh lebih besar dari Langkawi pun tak ada LRT.


Jadi, apa gunanya idea LRT maglev Langkawi ni selain nak memuaskan nafsu khayalan sendiri, konon negeri paling hebat?


Dey, litar lumba paling simple punya projek pun gagal.


- Najib Bakar