ILMU. BELAJAR SOLAT JENAZAH


 

DIA NI KIOK LA.

 


YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT TIBA DI MOSCOW UNTUK LAWATAN NEGARA























KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow hari ini (5 Ogos). 


Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda selamat mendarat pada jam 2 petang (waktu tempatan Rusia). 


Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra Valery Falkov, Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia; Alexander Pankin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Rusia; TYT Naiyl M Latypov, Duta Rusia ke Malaysia dan Georgiy Kuznetsov, Pemangku Pengarah Protokol Jabatan Hal Ehwal Luar Rusia.


Hadir sama, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Pengiring; Dato’ Seri Amran Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri; Dato’ Yubazlan Yusof, Ketua Protokol, Jabatan Protokol dan Konsular, Kementerian Luar Negeri; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan Datuk Rozainor Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan. 


Turut hadir, TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia; dan TYT Abu Bakar Mamat, Setiausaha Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negeri. 


Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menerima Kawalan Kehormatan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.


Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke Persekutuan Rusia atas jemputan Tuan Yang Terutama Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.


#YDPAgong 

#AllahPeliharakanSultan 

#IstanaNegara



ORANG UTARA KATA JENIS PELAQ


 

Keh keh keh..


 

DIA SAMAN DIA KENA BAYAR

 


HAMZAH TUNJUK BODOH BAHAS RMK-13 Orang bila dah jadi pembangkang, auto jadi pandai. Tapi bila PN jadi pembangkang, lagi tambah bengap nampaknya! Kenapa lah PN boleh lantik Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang ye?! Dia sendiri pernah ada dalam blok Kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak masa tu pegang jawatan Menteri KPDNKK lagi. Takkan dia tak tahu mana datangnya sumber perbelanjaan untuk RMK 9, 10 dan 11?! Kalau dah benak sangat meh sini nak bagi tahu, peruntukan RM430 bilion untuk RMK 13 datangnya dari sebahagian dari pelaburan RM611 bilion untuk tempoh lima tahun 2026–2030. Jumlah RM430 bilion datang dari peruntukan langsung Kerajaan Persekutuan, yang akan diagihkan mengikut sektor seperti ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran. Dalam tempoh pentadbiran Malaysia MADANI, mestilah ada keuntungan dalam sektor – sektor kerajaan yang terhasil, maka dari situlah datangnya. Kenapa tak nak persoalkan pulak mana PN dapat suntikan dana RM322.5 bilion?! Mentang – mentang tak dapat jatuhkan Perdana Menteri, PN guna pulak jalan nak persoalkan perbelanjaan negara, nak tuduh PM buat hutang lah tu! Jangan jadi bengap lah! Dana RM430 bilion itu datang sepenuhnya daripada bajet kerajaan persekutuan. Ia bukan pinjaman, bukan cukai baru yang diumumkan tetapi ianya sebahagian daripada strategi pembangunan negara yang bersepadu dengan sumbangan dari GLC/GLIC dan sektor swasta melalui Public-Private Partnership (PPP). #malaysiamadani #rmk13 #glc #glic #perikatannasional #malaysia





Orang bila dah jadi pembangkang, auto jadi pandai. Tapi bila PN jadi pembangkang, lagi tambah bengap nampaknya! Kenapa lah PN boleh lantik Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang ye?! Dia sendiri pernah ada dalam blok Kerajaan di bawah pentadbiran Najib Razak masa tu pegang jawatan Menteri KPDNKK lagi. Takkan dia tak tahu mana datangnya sumber perbelanjaan untuk RMK 9, 10 dan 11?!


Kalau dah benak sangat meh sini nak bagi tahu, peruntukan RM430 bilion untuk RMK 13 datangnya dari sebahagian dari pelaburan RM611 bilion untuk tempoh lima tahun 2026–2030. Jumlah RM430 bilion datang dari peruntukan langsung Kerajaan Persekutuan, yang akan diagihkan mengikut sektor seperti ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran. Dalam tempoh pentadbiran Malaysia MADANI, mestilah ada keuntungan dalam sektor – sektor kerajaan yang terhasil, maka dari situlah datangnya. Kenapa tak nak persoalkan pulak mana PN dapat suntikan dana RM322.5 bilion?!


Mentang – mentang tak dapat jatuhkan Perdana Menteri, PN guna pulak jalan nak persoalkan perbelanjaan negara, nak tuduh PM buat hutang lah tu! Jangan jadi bengap lah! Dana RM430 bilion itu datang sepenuhnya daripada bajet kerajaan persekutuan. Ia bukan pinjaman, bukan cukai baru yang diumumkan tetapi ianya sebahagian daripada strategi pembangunan negara yang bersepadu dengan sumbangan dari GLC/GLIC dan sektor swasta melalui Public-Private Partnership (PPP). 


#malaysiamadani

#rmk13

#glc

#glic

#perikatannasional

#malaysia



PERINGATAN BUAT SEMUA

 


PERJUMPAAN BERSAMA 13 WAKIL MASYARAKT PAHANG

 


Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi MPN Keadilan Pahang, Dato' Farhan Fauzi meraikan kunjungan para pemimpin masyarakat dari 13 parlimen seluruh negeri Pahang di Putrajaya. Ini merupakan satu kesempatan berharga untuk mengeratkan silaturahim, membina persefahaman dan menyelami sendiri denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.








Dato' Farhan Fauzi mendengar, catat, dan insya-Allah akan bersama-sama untuk terus berusaha berkhidmat untuk rakyat demi kesejahteraan bersama.


Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat dan usaha yang lebih berkesan demi rakyat Pahang khususnya, dan Malaysia amnya. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI



AMANAT KHAS PRESIDEN – GERAK GEMPUR PRN SABAH






Ahad lepas, 3 Ogos 2025, Cabang KEADILAN Tenom telah turut serta dalam program besar Amanat Khas Presiden di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu. Bersama rakan-rakan cabang dari seluruh Sabah, kami hadir sebagai tanda sokongan dan komitmen penuh terhadap misi Gerak Gempur Menang PRN Sabah! 💪


Kami di Cabang Tenom percaya, untuk menang hati rakyat, perjuangan harus bermula dengan semangat dan penyatuan jentera.

Amanat yang disampaikan Presiden benar-benar membakar semangat kami untuk terus bekerja keras demi rakyat Tenom dan seluruh Sabah.


--Dari kampung ke kampung, kami akan terus turun padang! 

--Dari suara rakyat ke pentas pimpinan, kita akan pastikan suara Tenom tidak tenggelam!


Ini baru permulaan. Cabang Tenom akan terus mara. Demi Sabah, demi Reformasi!


#GerakGempurSabah #PRNSabah2025 #AmanatPresiden #KeadilanTenom #BersamaRakyat #TenomOnsoi



NAIK TAK PA..MB KAMI BAGUIH..


 

NI WALAUN TAK BISING LAK


 

PATUT ORANG PANGGE MAT JARGON. KIOK PUNYA SOALAN


 

WOII WALAUN FAWWAZ, HANG TAK PI TOLONG RAFIDAH KAH? BILA INJUKSI BATAL. RAFIDAH DISAMAN PEMAJU.

 


BUKAN AGENDA NAK JATUHKAN HANG PUN..TAPI PASI HANG MEMANG TAK BEGUNA PUN


 

PADAN MUKA HANG. DOK TANYA SOALN BODO.


 

MASA KO JADI KERAJAAN, KO SOH RAKYAT KELUAR KWSP

 Ada dua benda saya nak komen.


1. Hamzah bising kononnya apa erti KDNK berkembang kalau 61% rakyat tak ada cukup simpanan. Ko cakap bab simpanan, tapi masa ko merintah ko dgn bangga bagi rakyat keluarkan habis duit simpanan KWSP. 


2. Hamzah kata kenaikan harga barang dengan kadar inflasi 2-3% membebankan rakyat. Dia gini ... kadar inflasi 2-3% adalah kadar inflasi yang sihat dan ideal. Kalau kadar inflasi rendah sangat, itu menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang lembab. Kalau inflasi tinggi sangat, itu menunjukkan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Jadi ... Hamzah sebenarnya nak kadar inflasi berapa? 


Sebab tu saya risau kalau puak-puak PN ni mentadbir negara. Derang punya pemahaman ekonomi sama macam Donald Trump. 


Bak kata Prof Jeffrey Sachs, "mickey mouse economy"! 😅😅



TOHMAHAN BELI PESAWAT BOEING BAZIR CUKAI RAKYAT :


KESABARAN TENGKU ZAFRUL BERI PENCERAHAN WAJAR DIHARGAI   

 




Oleh Noraini Nordin

(Ulasan Berita)


4 Ogos 2025


`Beli pesawat Boeing ini membazir duit cukai rakyat?  Fitnah, tohamahan , sindiran melulu berdasarkan syak wasangka terus dilemparkan  kepada Kerajaan Madani . Selain daripada mengheret nama PMX yang paling menerima kecaman teruk adalah  adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Aziz . 


Mereka menggunakan laman media sosial untuk terus mengelirukan  rakyat terhadap isu tersebut yang sekali gus dengan niat mahu memadamkan berita-berita baik atau cerita-cerita baik yang telah diumumkan Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Datok Seri Anwar Ibrahim.


Yang tidak faham ekonomi juga turut membuat ulasan  secara semberono  `ikut sedap mulut’ asal dapat memeriahkan media sosial bersama kumpulan-kumpulan pengkritik yang anti Kerajaan Madani. 


Kononnya mereka mahu menunjukkan kecerdikan berhujah tetapi malangnya lebih menyerlahkan lagi betapa  daif ilmu mereka .   


Dalam berdepan dengan kritikan , tohmahan pedas ini,  penulis amat menghargai sikap sabar dan cekal Tengku Zafrul yang berusaha gigih membuat pencerahan demi pencerahan berkaitan dengan isu tersebut supaya dapat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.


PENCERAHAN LANJUT BERKAITAN TARIF 19 PERATUS


Penulis sendiri turut hadir dalam Sidang Media  berkaitan Tarif 19 peratus oleh Amerika Syarikat (AS)  yang diadakan pada 1 Ogos lalu di Menara MITI yang dihadiri oleh Tengku Zafrul dan pasukan kementerian tersebut.


Tujuan penulis pastilah untuk mendapat penjelasan lanjut berkaitan tarif serta info-info lanjut isu untuk dikongsi bersama pembaca.


Dalam sidang media tersebut Tengku Zafrul telah membuat pencerahan dan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh pihak media termasuk pembelian pesawat Boeing tersebut.


Tidak cukup dengan pencerahan pada sidang media, Tengku Zafrul membuat pencerahan melalui laman sosial beliau.


Menariknya Tengku Zafrul sewaktu membuat pencerahan telah menggunakan bahasa yang mudah sama ada melalui penulisan atau lisan untuk difahami melalui perkongsian dalam laman sosialnya.

 

Tengku Zafrul telah menjelaskan pembelian

 pesawat ini sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group (MAG) dan dibiayai menggunakan dana syarikat, bukannya  duit cukai rakyat.


Menurut beliau, rancangan pembelian ini telah diumumkan seawal   Mac 2025 lagi.


Jelas beliau lagi pada masa tersebut  iaitu  Presiden Donald Trump belum mengumumkan kadar tarif tersebut. 


``Jika ada yang tidak percaya boleh tengok headline yang saya share di sini.

Oleh itu, apa pula kaitan pembelian ini dengan rundingan tarif? Apabila Amerika Syarikat mengenakan tarif, ia sebahagiannya disebabkan oleh defisit dagangan. 


``Maksudnya, Malaysia menjual lebih banyak barangan ke US berbanding membeli barang dari US, jadi US cuba nak kurangkan defisit ini dengan mengenakan tarif yang tinggi, 25%. 


``Kita ambil peluang ini dengan menyenaraikan semua pembelian besar yang dirancang oleh syarikat-syarikat Malaysia dari AS, termasuk pesanan pesawat Boeing ini. Bukan kita beli semata-mata sebab nak kurangkan tarif, ‘’ ujarnya .


Jelas Tengku Zafrul lagi, pendekatan itu menunjukkan kepada AS bahawa Malaysia  juga pembeli besar produk mereka dan akhirnya meyakinkan mereka untuk menurunkan tarif eksport kita dari 25% kepada 19%.


Strategi bijak tersebut adalah hasil perundingan yang teliti, memastikan kepentingan syarikat dan negara terpelihara.


Hari ini , sekali lagi Tengku Zafrul membuat pencerahan berkaitan dengan isu tersebut iaitu dalam  Sesi Penerangan Menteri -  Mengenai Rundingan Perdagangan Timbal Balas Dengan Amerika Syarikat jam 11.30 pagi.

Taklimat tersebut bukan sahaja kepada Ahli Parlimen dan Dewan Rakyat tetapi juga menerusi YouTube Parlimen Malaysia.


Persoalannya kini,  pencerahan yang bagaimana lagikah  yang kalian mahukan daripada Kerajaan Madani berkaitan isu tersebut? Adakah masih lagi tidak mencukupi atau memang kalian sengaja menutup minda untuk menerima apa sahaja penambahbaikan yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Madani.

 

Bagi penulis mereka yang mahu mencari kebaikan pasti akan bertemu kebaikan tetapi bagi yang mahu mencari keburukan pasti keburukan juga membaluti jiwa mereka.


https://share.google/peTrH7BzEHObHbcCP


#tengkuzafrul 

#noraininordinjendelamadani 

#RancakkanMADANI 

#AnwarIbrahim

#MITIMalaysia



ERRKKKK

 


ijazah setahun ja... print ka sek pasti ka




BOSSKU" JATUH KERANA PENASIHAT-PENASIHAT SEPERTI ISHAM JALIL



SELEPAS NAJIB JATUH DIA SOKONG ATOK SAKA DAN MUHYIDDIN YANG MENJATUHKAN BOSSNYA.


Pada tahun 2017, "Bossku" telah bertemu Trump di Rumah Putih dan berikhtiar untuk membeli 25 biji Boeing dengan kos mencecah $10 bilion (RM43 bilion) dalam masa 5 tahun.


"Bossku" telah berikhtiar: “We want to help you in terms of strengthening the US economy.”

“(Kami mahu bantu anda mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat)”


Ikhtiar ini dibuat dalam keadaan tidak wujudnya ancaman tarif terhadap produk-produk Malaysia ke AS. 


8 tahun kemudian, pada tahun 2025, Malaysia mengulangi komitmen hampir serupa, iaitu 30 biji Boeing dengan kos mencecah $9.5 bil (RM40 bil) dalam masa 5 tahun.


Cuma bezanya pada kali ini, perisytiharan dibuat dalam keadaan wujudnya ancaman tarif 25% terhadap produk-produk Malaysia ke AS.


2017

Kos: RM43 bil

Pulangan: 25 biji Boeing

Tempoh: 5 tahun

Keadaan: Takde ancaman tarif

Kesudahan: "Bossku" tumbang dan masuk penjara


2025: 

Kos: RM40 bil (lebih murah)

Pulangan: 30 biji Boeing (lebih banyak pesawat)

Tempoh: 5 tahun (tempoh yang sama)

Keadaan: Ancaman tarif 25% (wujudnya ancaman)

Kesudahan: Tarif diturunkan kepada 19%


Kalau dibandingkan, perisytiharan di zaman PMX dibuat kerana ancaman dan tekanan tarif terhadap Malaysia. Kalau takde deal, Malaysia kene hadap lah dengan tarif 25%. Ini jelas.


Tapi di zaman "Bossku" pula, takde hujan takde angin takde ribut, takde ancaman tarif, tiba-tiba Malaysia hulurkan RM43 bil kepada Trump.


Apasal takde hujan takde angin takde ribut, takde ancaman tarif, tapi Malaysia hulur pula RM43 bil kepada Trump?


Itu kita kene tanyalah mantan penasihat-penasihat "Bossku" seperti Isham Jalil. Isham Jalil dakwa diri terlibat dalam RMK, dakwa diri terlibat dalam PMO, ini itu. Isham Jalil ialah orang terpaling. Maka kita tanya Isham Jalil.


Selain itu, kita tanya juga Isham Jalil.


Apasal selepas "Bossku" dijatuhkan, Isham Jalil berdiri sepentas dan berganding bahu pula dengan Tun M dan Muhyiddin, iaitu tokoh-tokoh yang menjatuhkan bos dia?