TIDAK KATA RAFIZI

 


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli, dilaporkan enggan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan yang dijadual berlangsung pada 22 Mei ini di Johor Bharu.





Menurut sumber dalaman tertinggi parti yang enggan namanya didedahkan, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendiriannya untuk tidak memenuhi undangan tersebut.


#malaysiagazette #rafiziramli #engganrasmi #KongresWanita #AMKPKR


Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com



AKHIRNYA TERDEDAH GERAKAN BESAR BESARAN UNTUK MENJATUHKAN SEORANG INSAN YANG BERNAMA RAFIZI.



Rupanya dah lebih setahun kerja kerja jahat ini di laksanakan yang juga melibatkan mereka yang berada di luar PKR. tujuan sebenar ada pihak luar yang mahu memecah belahkan PKR dari dalam. caranya mudah dengan menjatuhkan seseorang berpengaruh dan menjadi nadi utama PKR. dan kalau di lihat pemimpin yang mempunyai kuat sokongan adalah RR. malah RR adalah salah satu pemimpin yang di percayai oleh rakan PH terutamanya DAP. modus operandi mereka mengunakan pemilihan PKR untuk menjatuhkan RR. Untuk menjatuhkan RR strategi utama adalah menguasai ketua cabang.


Langkah pertama merubah cara mengundi di dalam perlembagaan parti  dan memastikan hanya undian di peringkat hanya di undi oleh wakil dari cabang. untuk memastikan ianya berlaku dengan mengunakan rakan rakan parti lain seperti PAS, Bersatu, Pejuang dan NGO untuk menyusup kedalam PKR dengan mendaftar sebagai ahli. Ianya bukan percuma tetapi ada bayaran yang di beri bila mendaftar sebagai ahli.


Sasaran utama mereka adalah cabang yang ketua cabangnya orang kuat RR dan juga cabang yang kurang ahli. seperti biasa untuk mendapat sokongan pemimpin lain dalam PKR, sesiapa yang menyokong akan di pastikan kekal jawatan dan yang tak sokong akan hilang jawatan.


Strategi awal adalah memastikan setiap ketua cabang mengumumkan sokongan kepada calun yang berhadapan dengan RR sebagai perang psikologi supaya RR tidak bertanding. apabila RR masuk bertanding ianya di gandakan dengan pengumuman MPN pula memberi sokongan kepada calun mereka. setahu saya apabila cabang atau MPN menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana mana calun ianya telah melanggar sistem demokrasi seolah olah sudah ada keputusan awal yang di rancang sebelum undian. malah ianya pertama kali berlaku dalam sejarah politik malaysia, pelik tetapi benar.


Di fahamkan berpuluh juta ringgit di habiskan untuk komplot ini malah mereka berkempen di hotel mewah berbanding RR. duit untuk membawa yang ramai dari luar pun bukan calang calang. Lebih malang kartel yang nak jatuhkan RR menambah mereka 'Team president'. sepatutnya pemilihan dalam parti berlaku dengan telus dan bukan mencari perhatian bahawa president menyokong mana mana pihak. adalah memeranjatkan apabila ada satu poster pelancaran jentera PRN di sabah tanpa gambar RR yang masih lagi TP tetapi boleh di selitkan gambar Nurul Izah dan Amirudin bersama DSAI. lebih menghairankan setiausaha politik PMX ramai juga terlibat menyokong kartel.


Setakat ini ianya masih tidak memberi kesan kepada RR dan beliau terus berkempen walaupun di kritik cara ia berkempen. sekarang pekung dalam PKR dengan sendiri terburai dan sebelum ini pun telah di beri amaran oleh banyak tetapi tidak di indahkan.


Saya berdoa agar komplot jahat ini akan gagal sama sekali dengan memastikan RR dapat mempertahankan jawatan timbalan presiden dan naib presiden di menangi oleh Aminuddin, Nik Nazmi dan Chang Li Kang. dalam masa yang sama PKR perlu menolak dalang utama komplot jahat ini iaitu Ramanan dan Amirudin.


OMN KD

16 May 2025




TIADA PUN TAWARAN KECUALI FITNAH SEMATA MATA... TANGKAP JA BERITA FITNAH NI

 



BIAR BETUL! EDISI 17 MEI 2025

Kononnya PM “syok sendiri” lepas didakwa ditawar jadi penasihat ekonomi Rusia? 🤨
Sumber? Laporan suntingan kaki fitnah. Tak pasti jangan kongsi.

Jika anda terima bahan fitnah atau disyaki tidak betul, hubungi SKMM di WhatsApp 016-2206262.




UNTUNG DS ANWAR TIDAK LARIKAN DIRI BUKAN SEPERTI SEORANG BEKAS PERDANA M...

[LIVE] Siaran Langsung Pelancaran Jentera KEADILAN PRN Sabah 17 MEI 2025

Empat Hari Penuh Makna Buat PM Anwar Di Bumi Russia Dan Tartastan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Märcani, antara masjid tertua di Kazan dan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan seraya menyerahkan naskah Al-Quran dalam rangka lawatan ke Kazan, Tartastan pada 16 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 17 Mei – Apa manfaat yang bakal diterima Malaysia susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Russia dan Tartastan dari 13 hingga 16 Mei lepas?

Berapa pula nilai pelaburan yang dijangka dibawa masuk ke Malaysia termasuk jumlah dagangan yang kini mencecah RM11.46 bilion (AS$2.48 bilion) setakat tahun lalu?

Inilah antara beberapa persoalan yang dibangkitkan warga netizen (warganet) yang melihat perkembangan terbaharu ini sesuatu yang menarik perhatian di tengah-tengah kegawatan geopolitik terutama isu tarif Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi pleno Mesyuarat Kumpulan Strategik ‘Russia-Islamic World’ sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jarang sekali perhatian warganet tertumpu kepada bagaimana Malaysia di bawah Anwar menangani ketegangan konflik terkait Russia seperti perang di Ukraine dan kerjasama BRICS malah paling penting, apakah pandangan Vladimir Putin terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh pada 2014.

Segalanya hampir terungkai kerana Anwar mempunyai kemampuan mengendalikan Presiden Russia yang biasanya amat serius itu dengan perbincangan rumit empat mata yang akhirnya menjadi lelucon tatkala kisah ‘tiga kerusi takhta’ namun tentunya menjurus kepada kepentingan kedua-dua negara yang kini berhadapan dengan ‘kegilaan’ Donald Trump menerusi isu tarif timbal balas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan rasmi di Kremlin, kediaman rasmi Presiden Russia Vladimir Putin di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jika dikaji sepintas lalu, rata-rata warganet kagum dengan kebijaksanaan Anwar dalam masa singkat bertemu dengan dua pemimpin kuasa besar dunia iaitu Russia dan terdahulu, China menerusi lawatan negara Presiden Xi Jinping antara 15 hingga 17 April lalu.

“First President Xi Jin Ping visited Malaysia, now PM Anwar visited President Putin, the world’s two most powerful ma. Good job PM Anwar,” tulis Casey Lim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerah ijazah doktor falsafah sebelum menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) di Moscow pada 15 Mei 2025. Foto MGIMO

Malah ada yang meninggalkan komen cadangan kepada Anwar untuk diambil maklum (dan berharap dapat dilaksanakan).

“ DSAI… Jgn tinggalkan yg satu ini… tawarkan satu tapak pengkalan tentera laut/udara kpd Rusia di mana2 kawasan berhampiran kawasan Laut Cina Selatan / Sabah Serawak… bg mengimbangi dua kuasa besar yg saling menekan..,” jelas Adam Musse.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar Russia Sheikh Ravil dan menyerahkan senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Manakala Mohd Nor Adlin menulis di ruangan komen berbunyi: “Malaysia 🇲🇾👍🏼Bebas Neutral Berkecuali 🇲🇾👍 berkawan berbaik2 dgn semua 5 negara kuasa veto kuasa besar dunia 👍🏼🇺🇳dasar negara kekal konsisten sejak zaman PM Tunku Abdul Rahman”.

Ini belum dikira lagi dengan agenda merapatkan hubungan antara Muslim di Russia dan Tartastan yang berjumlah lebih 25 juta, bilangan paling ramai di rantau Eropah dan Asia Tengah tidak termasuk Turkmenistan dan Kazakhstan sebagai contoh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai rombongan Malaysia menghadiri mesyuarat meja bulat bersama pemimpin industri sempena lawatan rasmi empat hari ke Russia di Moscow pada 14 Mei 2025. Foto Bernama

Munculnya Anwar menyerahkan naskah Al-Quran dalam terjemahan Bahasa Russia sememangnya menjadi pengikat penting memahami citra agama yang menekankan kesalinghubungan bukan sekadar satu akidah malah Malaysia juga menjadi pelopor kepada sebaran sejuta naskah kitab suci itu setiap kali Anwar ke luar negara.

Merata ceruk dunia telah beliau jelajahi dalam memastikan syiar dan pengembangan agama Islam melalui kaedah sebegini tentunya bukan sekadar mengangkat Malaysia sebagai negara Islam progresif malah menjadi contoh dan ikutan kepada negara bukan Islam mendalami pegangan agama kita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiahkan Sheikh Ravil senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari dengan aspirasi MADANI untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kalau diukur dengan berbilion dolar pelaburan yang mengalir masuk ke negara kita, ‘pelaburan’ dalam menyantuni sesama umat sebenarnya lebih bermakna dalam sebuah kesatuan atas nama cintakan Allah SWT dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



‘Kalau berhimpun ni bagi pada Pas, majukan negeri saja gagal’



 



HarapandailyMay 17, 2025

Pemuda Pas dilihat berbangga berkongsikan mengenai sistem pendidikan parti itu yang telah dibina dan disusun bermula sejak dari pra-sekolah.

Menerusi perkongsian di Facebook, disenaraikan perjalanan pendidikan Pas bermula dengan pra-sekolah bagi usia empat hingga enam tahun yang dinamakan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Seterusnya, peringkat sekolah rendah (7-12 tahun) yang dinamakan SRITI dan SMITI untuk sekolah menengah bagi usia 13 hingga 17 tahun.

“Kami di zaman kini hanya meneruskan kerja buat orang-orang lama dalam parti yang mencetuskan agenda pendidikan ini.

“Semua itu tidak akan berlaku jika mereka hanya memandang Pas sebagai parti politik, hakikatnya Pas adalah jemaah Islam yang juga menekankan aspek tarbiah dan juga dakwah,” menurut kenyataan Pemuda Pas.

Tambahnya, Lajnah Pendidikan Pas Pusat mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini bagi meraikan para pendidik yang menjadi tulang belakang menggerakkan agenda dakwah parti bagi aspek pendidikan.

 

Walau bagaimanapun menjengah ke ruangan komentar, rata-rata menyindir Pas termasuk mengaitkan dengan isu gaji tidak munasabah diperoleh tenaga pendidik di Pasti.

“Bab berhimpun ni bagi pada Pas. Bab majukan negeri saja gagal,” perli Muhamad Nur Ismail.

“Di Pulau Pinang, kerajaan negeri menaikKan elaun guru Kafa daripada RM1,200 kepada RM1,500 baru diumum sempena Hari Guru,” kata Firdaus Md Tajudin.

“Bezanya juga gaji guru Pasti rendah dan dianggap bekerja sebagai sukarela sedangkan pemimpin Pas bergaji tinggi,” tulis Farhana Shafiq.

“Nak tengok pemimpin Pas jadi kerajaan pun terpaksa berpaut dengan parti lain. Sebab apa? Dalam kalangan Pas sendiri, tiada yang layak memimpin negara,” tegas Jozady Syafee.

 

MASUKLAH PAS, YB AKAN DIANGKAT – RAFIZI DEDAH TERIMA MESEJ PELAWAAN

RAFIZI DEDAH RAHSIA! KENAPA KAMIL MUNIM MENANG TANPA BERTANDING AMK?

NIA!! - KENA MAKAN LA DENGAN BN - KALAU DAMAI SEMUA | Bagaimana RAFIZI t...



Tugas dan tanggungjawab Timbalan Presiden PKR amat besar dan berat. Terutamanya dalam menghadapi pilihanraya. Buka mudah untuk berunding dengan parti lain dan untuk memepertahankan kepentingan parti. Ini pengalaman Rafizi Ramli dalam berhadapan dengan Tun Mahathir dan pimpinan BERSATU dalam PRU18. Tengok bagimana Nurul Izzah dan Wan Azizah hampir termakan dengan BERSATU, kalau tanpa Rafizi.




Ahli AMANAH dinasihat tidak campuri proses pemilihan PKR



HarapandailyMay 17, 2025

Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) dinasihatkan agar tidak membuat sebarang komen atau pandangan secara terbuka berkaitan Pemilihan PKR 2025 yang sedang berlangsung.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, larangan itu bertujuan mengekalkan hubungan erat dan kesepaduan yang sekian lama terjalin antara Amanah dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan.

“Kami menghormati pemilihan PKR yang sedang berlangsung dan memandangkan ia adalah urusan dalaman PKR, pimpinan serta ahli Amanah di semua peringkat tidak seharusnya mencampuri proses tersebut.

“Oleh itu, semua ahli dinasihatkan mengelak daripada memberikan komen atau pandangan dalam mana-mana platform media atau wacana, khususnya yang menunjukkan kecenderungan menyebelahi mana-mana calon,” katanya menurut kenyataan hari ini.

Description: https://harapandaily.com/wp-content/uploads/2025/01/AMANAH-perwakilan-1980x1320.jpgSemua ahli AMANAH dinasihatkan mengelak daripada memberikan pandangan yang menunjukkan kecenderungan menyebelahi mana-mana calon.

Faiz berkata, tindakan tersebut penting bagi memelihara semangat muafakat serta solidariti antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH), terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Pemilihan PKR 2025 menyaksikan proses pencalonan telah berlangsung pada 8 dan 9 Mei lalu secara dalam talian.

Description: https://s-img.mgid.com/g/23260352/492x277/-/aHR0cHM6Ly9pbWdob3N0cy5jb20vdC8yMDI1LTA0Lzg4Mzc3NC84Y2IzOTg3YTIxOWQ0MWFkODkwZjc5NGI1OWZhM2I5MS5qcGc.webp?v=1747481206-pQw1FiYbMNKtqsG8A-T9yqi8tNYcW6z_l6ImVHzcQXY

 

Proses bantahan dijalankan pada 11 dan 12 Mei, disusuli rayuan pada 13 dan 14 Mei manakala senarai muktamad calon diumum pada 15 Mei.

Tempoh berkempen berlangsung dari 15 hingga 22 Mei sebelum hari pengundian pada 23 Mei.

Kongres Nasional PKR, termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita, berlangsung dari 21 hingga 24 Mei depan di Johor Bahru.

 

 

PM Anwar Utus Tahniah Sempena Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-82

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada 17 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 hari ini.

Anwar menzahirkan ucapan itu kepada baginda dalam hantaran melalui Facebook.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku, Raja Perempuan Perlis dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya selain terus diberi keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan. Daulat Tuanku,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82 pada 17 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin hari ini berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima serta jumlah penerima itu ialah simbolik yang dipilih bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis yang berlangsung selama setahun bermula pada 17 April lepas hingga 16 April 2026.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran Facebook turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis atas ulang tahun keputeraan baginda.

Ahmad Zahid mendoakan agar Tuanku Syed Sirajuddin sentiasa di bawah peliharaan rahmat dan perlindungan Allah SWT, selamat sejahtera, dilanjutkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.




Malaysia Tidak Berpihak Kepada Mana-Mana Kuasa Besar – PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Russia dari Selasa hingga semalam dan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan walaupun beliau mengadakan lawatan rasmi ke Russia, ia tidak bererti Malaysia berpihak kepada mana-mana blok kuasa.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, hubungan dengan Russia tidak menjejaskan persahabatan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS), China atau mana-mana rakan dagang lain.

Malaysia berhak menentukan hala tuju secara bebas dan berprinsip demi kepentingan rakyat negara ini.

“Alhamdulillah, delegasi Malaysia membawa pulang pengalaman yang amat berharga dari Russia, sama ada dalam memperkukuh hubungan dua hala dan merintis kerjasama baharu mahupun penghayatan sejarah, kekayaan budaya serta semangat ketahanan rakyatnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada sesi pleno Mesyuarat Kumpulan Strategik ‘Russia-Islamic World’ sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Dunia Islam Ke-16 atau KazanForum 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa dan persahabatan yang dihulurkan,” katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Russia dari Selasa hingga semalam dan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Vladimir Putin dan Perdana Menteri Mikhail Mishustin.

Perbincangan mereka merangkumi pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan, teknologi aeroangkasa dan agri-komoditi.

Aeroflot kembali terbang ke Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazan bagi memulakan lawatan rasmi ke Tartastan dengan mengadakan pertemuan bersama Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov di Kremlin Kazan pada 15 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pertemuan bersama Putin membuka potensi perdagangan, pelaburan, pelancongan, selain menyimpulkan penyambungan semula penerbangan terus Aeroflot ke Malaysia.

Beliau berkata, Putin turut menyatakan dukungan terhadap kerjasama dalam industri halal dan kewangan Islam.

“Saya menghargai hubungan persahabatan yang terjalin dengan Presiden Putin.

“Saya juga bangkitkan isu MH17 di hadapan Presiden Putin. Malaysia berpegang pada prinsip bahawa kebenaran mesti ditegakkan demi keadilan buat mangsa serta keluarga mereka,” katanya.

Bincang kerjasama pertanian dengan PM Russia

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan syarahan umum bertajuk “ASEAN in a Multipolar World: Perspectives from Malaysia” di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO) di Moscow pada 15 Mei 2025. Foto MGIMO

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan bersama Mishustin pula, kedua-dua pihak membincangkan mengenai kerjasama dalam bidang pertanian termasuk koko dan minyak sawit, serta usaha menyelesaikan isu yang membantutkan usaha dagangan dua hala.

Sesi meja bulat bersama 24 syarikat utama Russia membuka potensi kerjasama dalam pelbagai sektor daripada produk berasaskan sawit, industri kimia dan perabot, sehinggalah teknologi digital dan kecerdasan buatan.

“Minat yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

“Dalam sidang media bersama media Malaysia di akhir lawatan rasmi ke Russia pula, saya tegaskan kejayaan bermakna yang dicapai dalam memperkukuh persahabatan Malaysia-Russia, meneroka ruang kerjasama strategik baharu dan memperluas peranan Malaysia sebagai jambatan antara dunia Islam dan kuasa besar global,” katanya.


LEKEH MCA DAN PN. DULU JADI KERAJAAN BAGI PELUANG PUN TIDAK.



 MCA dan PN cuba serang DAP kononnya ada rasuah dalam isu kiosk RM25k, tapi akhirnya kontraktor sendiri tampil beri penjelasan. Harga RM25k bukan ditetapkan DAP, tapi oleh PBT/Majlis, dan kontraktor bebas tawar harga ada yang serendah RM19k. Ramai kontraktor Melayu terlibat, dan mereka perlu kira kos buruh, tapak, dan penghantaran.









Jadi, kalau betul ada ketirisan, bawalah ke SPRM, bukan buat fitnah untuk jatuhkan kerajaan Madani. Isu kiosk ini hanya dijadikan modal politik murahan oleh pihak yang iri hati dengan kejayaan kerajaan bantu rakyat, khususnya Melayu Islam. Kesimpulannya isu ini sengaja dipolitikkan.




NAK CUBA PADAM SUMBANGAN DS RAFIZI INI JAWAPAN DS RAFIZI TERHADAP DAMAI!

Untuk Apa Pemilihan Diadakan Hanya Sebab Nak Naikkan Dua Tiga ‘Bakat Baharu’?



 


Jelajah Kita KEADILAN menghimpunkan calon-calon untuk berkempen secara neutral tanpa memihak mana-mana kem sama ada Nurul Izzah atau Rafizi.

KOTA BHARU, 17 Mei – Suasana aman damai di dalam KEADILAN bertukar menjadi porak peranda ketika ini berpunca dari pemilihan parti yang pada peringkat awalnya dipersetujui untuk ditangguhkan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) selesai.

Mendedahkan perkara itu, Rafizi Ramli berkata, demi menjaga dua atau tiga ‘bakat baharu’, pemilihan tetap dijalankan tahun ini walaupun tempoh masa yang ada sesuai untuk mengukuhkan kerajaan Perpaduan dan parti.

Menurutnya, jika KEADILAN kekal dengan keputusan asal tidak diadakan pemilihan, beliau yakin parti tidak akan hiruk-pikuk sebagaimana yang berlaku hari ini.

“PKR tidak menjadi damai apabila ada orang ‘cucuk’ kerana dia yakin bahawa selepas ini masuk pilihan raya akan menang besar. Betulah dia boleh rasa begitu kerana tidak pernah bersusah payah bertempur di bawah masuk pilihan raya.

“Saya tahu bakat-bakat baharu yang hendak bertanding sangat. Satu, saya sudah petik nama berkali-kali iaitu Ramanan (Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan) yang hendak bertanding jawatan Naib Presiden seolah-olah tidak sabar menunggu dua tahun lagi.

“Satu lagi Kamil (Muhammad Kamil Abdul Muin), alasannya jika tidak berlaku pemilihan kali ini, buat tahun 2027, maka umur dia sudah melebihi 35 tahun dan tidak boleh bertanding,” katanya pada Program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu di sini malam tadi.

Calon Timbalan Presiden KEADILAN itu memberitahu, kebanyakan muka-muka tua inilah yang saban tahun bertempur dan hilang jawatan dalam usaha memenangkan parti setiap kali pilihan raya berlangsung berbanding bakat-bakat baru.

Katanya, peluang menang pilihan raya ketika ini tidak perlu dipersia-siakan sebaliknya perlu terus kekal bersama rakyat.

“Prestasi baik dan rakyat mula lebih terbuka dan ada petanda bahawa kita sedang membuat kemajuan dalam kalangan pengundi Melayu. Jadi kenapa ambil risiko dengan adakan pilihan raya parti?,” ujarnya.

Lagi detik buat penyokong Pas, PN tambah ‘sakit jiwa’ dengan PMX






HarapandailyMay 17, 2025

Perkongsian detik-detik Perdana Menteri mesra menyantuni ulama di Russia dilihat turut mengundang usikan warganet.

Ramai meninggalkan komentar dengan berharap agar penyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) tidak ‘sakit jiwa’ melihatkan keakraban Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin Islam dunia.

Terdahulu, Anwar memberitahu beliau bersyukur kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat semalam di Masjid Märcani yang merupakan antara masjid tertua di Kazan.

Perdana Menteri berkata, masjid berkenaan antara mercu tanda penting warisan Islam di Tatarstan.

“Masjid ini masih berdiri megah sejak dibina pada abad ke-18 selepas umat Islam kembali diberikan hak untuk beribadah secara terbuka oleh Catherine the Great.

“Ia merupakan masjid pertama yang dibina selepas berabad lamanya Islam ditekan susulan penaklukan Kazan oleh Ivan the Terrible.

 

 “Saya kagum menyaksikan sendiri bagaimana rumah ibadah ini terus menjadi lambang kerukunan dan keharmonian beragama dalam semangat saling menghormati yang kita dambakan dalam dunia yang kian rencam,” katanya.

Menerusi hantaran yang sudah meraih 5,000 tanda ‘like’ setakat ini, dilihat ulama di sana mesra dan akrab sepanjang kunjungan Perdana Menteri.

“Terbaik DSAI. Jangan ada yang sakit mata dan sakit jiwa,” kata Rahimee Ishak.

“Walaun dan PN cemburu sangat keakraban PMX dengan para ulama dunia dan tidak hiaranlah beliau di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia. Syabas PMX. Semoga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan terbaik oleh Allah SWT. Amin!” tulis Mehmed Ishmael.

Tak pernah jemu tgk cara PMX menyantuni para ulama dunia..moga Allah slalu merahmati insan hbt ini,” doa Alif Anuar pula.