SANUSI TIBA GILIRAN





Adoi SPRM ni pun. Buat tajuk bagi ketar lutut. Nakal gak SPRM nooo...? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


TINDAKAN AWAL KKD. TUNGGUBTINDAKAN LANJUT

 



Batalkan baki hari festival itu tindakan awal, tindakan susulan KKD serah kepada pihak PDRM dan pihak berkuasa apabila KKD sendiri melalui JK-PUSPAL membuat laporan polis.



Aku dapat di ruangan komen.

 Aku dapat di ruangan komen.





Setakat bertelagah tu aku tak pelik. Sebab dorang semua tu memang jenis tamak. Tapi siap ada api tu. Dia main bakar-bakar pulak.


Nampak tak penyokong PN ni macamana? Dorang memang jenis ganas. Berjiwa pemberontak. Sebab tu bahaya ikut cara dorang ni.


Jadi tak pelik tengok poster DS Anwar kena sabotaj. Sebab puak ni memang menghalalkan vandalisme. Keganasan tu normal bagi mereka.


Ini antara faktor yang rakyat perlu fikirkan masa nak beri undi nanti. Relakan negara ditadbir oleh pihak berfikiran sebegini? Guane boh?


 

Raja Gelap.





Penyanyi kumpulan The 1975 biadap, KKD akan temui penganjur



Tindakan kurang sopan penyanyi kumpulan The 1975 yang membuat aksi melanggar undang undang negara dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang malam tadi mendapat teguran keras Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil.


Menurut beliua, Penganjur Good Vibes Festival 2023 diminta memberi penjelasan berhubung insiden memalukan itu.


"Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh," ciapnya di Twitter.


Persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan malam tadi selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.


Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

PN AJAK ELUN MUSK .DIA TAK DATANG.

 

                                   Hadirin perlu berfikir siapakah yang benar benar membela Melayu

Lapan bulan selepas pemerintahan Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, imej Malaysia semakin membaik di peringkat antarabanagsa.


Bersama imej yang pulih itu, pelaburan baharu dari usahawan luar negara juga mencurah curah masuk.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Kerajaan Perpaduan dalam ceramah Kita Hulu Kelang Bersama PMX malam tadi di Parlimen Gombak.


"Saya diundang di merata negara, saya tak pergi melainkan ASEAN. ASEAN kena cover semua negara.


"Ada jemputan ke Amerika, ke Belanda, ke Arab Saudi. Dua hari lalu putera Muhamad bin Salman tulis surat dia sendiri sain. Minta datang ke Arab Saudi buat lawatan rasmi, tetapi saya belum beri tarikh.


"Minggu lalu Tayyib Erdogan (Presiden Turkiye) telefon, saya kata baru pergi (Turkiye) presiden. Dia kata, itu pergi lawat gempa bumi, ini lawatan rasmi belum. Ini penting dalam dunia persahabatan supaya ada pelaburan.


"Saya bawa Elon Musk, orang paling kaya di dunia. Apa pembangkang jawab. Kami dah jumpa dulu, 3 tahun dulu kami jemput.... Kamu jemput dia tak datang.


"Video call dia yang minta nak video call. Dia cakap kami dah setuju buka pejabat di Putrajaya. Ini kerana keyakinan dia kepada MB Selangor, MB Amirudin," kata Anwar.


Pengerusi Pakatan Harapan itu justeru menempelak sikap pembangkang PN yang hanya bercakap mengenai Melayu terancam, Islam terancam. Namun tidak ada pelan untuk pembangunan Melayu dan ekonomi orang Islam.


"Bagaimana bangunkan ekonomi. tak ada dia cakap.


"Apa prinsip dia? Beritahu saya di mana saya khianat Islam, di mana saya khianat kepentingan orang Melayu?

Mengenai membantu Melayu pula, Anwar mencabar tokoh tokoh Melayu yang kini bergabung dalam Perikatan Nasional untuk misi sapu bersih 6 negeri konon mahu memartabatkan orang Melayu.


Beliau menyeru kepada hadirin, sekiranya tokoh berkenaan datang berceramah maka minta mereka bantu ekonomi Melayu.


"Ada Menteri kerja sakau, habis sakau bersyarah kita parti tolong orang Melayu. Tolong Melayu mana?


"Sebab itu saya cabar Tun Mahathir, Daim, bekas Menteri yang kaya ini. Betul nak tolong Melayu? Datang esok kempen tanya, kalau betul nak tolong Melayu? Berapa Tun, Tan Sri ada harta?


"RM1 bilion RM2 bilion? Bagi balik kepada anak muda yang tak ada kerja, bagi balik ke rakyat," katanya.


Kepada yang masih sangsi dengan Kerajaan Perpaduan, PM berkata, hal itu dititah oleh Yang di-Pertuan Agong, bukan pandai pandai Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bergabung.


Beliau memberi contoh politik Thailand yang masih tergantung tanpa lantikan perdana menteri baharu biar pun pilihanraya telah diadakan pada Mei lalu.


"Raja raja Melayu titah buat Kerajaan Perpaduan, Anwar PM. Sakit hati dia bukan main.


"Mana ada Agong kata Perpaduan. Hang ni pekak ke? Raja raja putus sebab, kalau tidak jadi macam Thailand. Pilihanraya sudah 2 bulan PM belum boleh lagi ambil.


"Malaysia setelah 4 hari, Agong panggil Muhyididn dan Hadi, bincang buat Kerajaan Perpaduan, dia tak mahu.


"Jumpa saya, saya pun berat nak perpaduan dengan parti kita dulu lawan. Tetapi pertama titah Tuanku, ada sebab kerana kalau tidak, tidak ada yang majoriti.


"Saya jumpa Datuk Seri Zahid, bincang panjang dengan dia. Dia tak kata lepaskan kes saya, beri duit kat saya. Tak ada.


"Dia kata, boleh tak KEADILAN, DAP, Amanah setuju prinsip ini. Saya pula kata boleh tak kamu setuju prinsip ini. Apa dia? Hentikan amalan rasuah dan curi duit rakyat. Dia setuju, saya setuju, Abang Johari (Premier Sarawak) setuju, Hajiji (Ketua Menteri Sabah) setuju," katanya lagi.