Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan



Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan

Bebas tanpa syarat, rekod dibersihkan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan tanpa syarat oleh Lembaga Pengampunan Diraja hari ini.
Anwar dalam sidang media sejurus tiba di kediamannya di Segambut berkata, beliau berasa lega dengan kelancaran pembebasannya hari ini.Image result for anwar dan agong

“Saya boleh mengecap udara lebih bebas.
“Saya nak sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana mengambil keputusan segera dan menegaskan pembebasan saya sepenuhnya
tanpa bersyarat.
“Saya telah dibersihkan daripada semua pertuduhan dan kesalan sebelum ini.
“Kebebasan ini adalah kebebasan disebabkan fitnah dan salahguna kuasa, yang bercanggah dengan keadilan.
“Ia diterima YDP Agong dan membersihkan sama sekali semua rekod saya,” ujarnya.
Anwar telah dibebaskan dan keluar dari Pusat Rehabilitasi Cheras pada jam 11.30 pagi tadi untuk bertemu Yang Dipertuan Agong (YDP) Sultan Muhammad V di Istana Negara pada jam 12.00 tengahari tadi.
Pertemuan selama sejam di Istana Negara itu turut diiringi  Presiden PKR  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau tiba dikediamannya pada jam 1.35 tengahari tadi sebelum mengadakan sidang media pada jam 2.00 petang.
Beliau dalam sidang medianya berkata, bersedia membantu perubahan negara dengan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bercadang akan bertemu Pengerusi Pakatan Harapan itu pada esok.
“Saya telah hubungi Tun Mahathir diperkarangan Istana tadi kerana beliau membantu mempercepatkan proses pembebasan saya.
“Saya dan Wan Azizah akan  temui beliau untuk nyatakan terima kasih.
“Beri ruang saya berehat dengan keluarga, dan perkara ini berlaku dengan izin  Allah kerana daya juang dan semangat yang  ditunjukkan rakyat Malaysia,” ujarnya.



DAP MAHU SPRM SIASAT JUAL 64 LOT TANAH KERAJAAN

ANWAR BEBAS, SELAMAT TIBA DI BUKIT SEGAMBUT

AGONG PERKENAN PENGAMPUNAN PENUH ANWAR