CINCIN PUNYA CERITA:KASTAM KATA WUJUD..MENTERI KATA TAK WUJUD
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.
"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.
"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.
Bagaimana pun Che Bard mendakwa bahawa , rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama.
Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.
Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.
BERITA DAN GAMBAR MALAYSIAKINI
Pakatan Rakyat Kemuka Bajet RM220 bilion, jimat RM14 bilion daripada BN.
KUALA LUMPUR 4 OKTOBER: Suri rumah, golongan kelas bawahan dan warga emas bakal mendapat perhatian istimewa di dalam bajet Pakatan Rakyat 2012 yang dilancarkan empat hari sebelum kerajaan Barisan Nasional yang akan membentangkan belajawan mereka sendiri.
Menerusi Bajet mereka, yang bertemakan " Kesejahteraan Untuk Semua", Pakatan juga berjanji akan memecahkan monopoli-monopoli di dalam sektor-sektor kritikal negara seperti penjanaan kuasa, pembuatan beras dan pemberian lesen teksi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Belanjawan 2012 akan memperuntukan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK.
Ia bakal memberi penjimatan RM 14 bilion daripada kadar yang sekarang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.
"Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah bukti mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru," katanya ditaklimat Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini
Kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
"Belanjawan Pakatan Rakyat akan mengekalkan peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini.
Pakatan akan memberi bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada mereka yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.
Manakala suri rumah yang layak bakal menerima RM1,000 untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji minima sebanyak RM1,100 untuk diangkat dan dikuatkuasakan seperti mana yang dijanjikan dalam Buku Jingga.
"Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100",ujar Anwar.
Anwar berkata Pakatan berhasrat mangalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat.
Selain itu, tumpuan khusus juga akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu.
"Penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain."
Saiful Benci Anwar Menurut Najwan
KUALA LUMPUR 4 OKT: Kredibiliti saksi utama Saiful Bukhari Adzlan terus dipertikai apabila bekas rakan universitinya menyatakan bahawa beliau membenci Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Perkara itu bertentangan dengan pengakuan Saiful sebelum ini yang menyatakan Ketua Umum itu sebagai pemimpin idolanya. Dia (Saiful) membenci Anwar. Saya terkejut mengapa dia bekerja dengan Anwar, kerana dia membenci beliau(Anwar)kata Mohd Najwan Ali yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini Najwan yang dibawa peguambela dalam perbicaraan kes fitnah liwat kedua memberitahu bahawa beliau mengenali Saiful sejak tahun 2003 ketika menuntut di Unitersiti Tenaga Nasional (Uniten).
Katanya Saiful adalah seorang individu yang bergiat aktif dalam program Baktisiswa di Uniten dan mempunyai sifat kepimpinan. Najwan berkata beliau pernah melihat gambar Saiful di laman rangkaian sosial Friendster bersama-sama dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman. Malah jelasnya, beliau turut pernah bertemu dengan Saiful di ceramah politik termasuk mendakwa berkempen untuk parti Barisan Nasional.
Pada tahun 2008, Saiful meletakkan (status) bahawa dia adalah penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar adalah munafik," kata Najwan di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Dia ketika di soal Sankara Nair. Najwan yang kini bertugas sebagai pegawai khas kepada pejabat penasihat ekkonomi negeri Selangor berkata Saiful sentiasa dikenali sebagai penyokong pro-Barisan Nasional sewaktu di universiti. Beliau kemudian berkata terkejut apabila mengetahui Saiful diterima sebagai pekerja di pejabat Anwar pada tahun 2008 walhal telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang itu tentang personaliti pengadu.
Saya memberi amaran kepada Anwar kerana saya fikir Saiful tidak sesuai untuk bekerja untuknya," kata beliau apabila diperiksa balas oleh pendakwa membawa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Najwan kemudian bertegas menyatakan kepada pendakwaraya bahawa kenyataan beliau bukan spekulasi. Hakim Zabidin kemudian menangguhkan perbicaraan pada jam 9 pagi esok.