[[LIVE]]15.1.22 Demonstasi bukan sekadar untuk Azam baki, tapi....

Bicara Kritis Bersama Fahmi Fadzil, Adam Adli, Dr Shamsul Azhar & Syamsu...

Jelaskan siapa mahu ‘campur tangan’ kes mahkamah, Anwar tanya Muhyiddin


Anwar Ibrahim menuntut penjelasan lanjut daripada Muhyiddin Yassin berhubung pendedahannya pada Ogos lalu yang beliau menerima tekanan daripada beberapa pihak untuk mencampuri urusan mahkamah, khasnya kes berprofil tinggi.

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjelaskan dakwaan beliau menerima tekanan daripada beberapa pihak untuk mencampuri urusan mahkamah.

Gesaan itu menyusul kenyataan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat semalam bahawa beliau sama sekali tidak mencampuri dan secara peribadi tidak pernah didekati pihak tertentu untuk campur tangan dalam kes berprofil tinggi.

Tengku Maimun percaya hakim lain juga tidak pernah mengalami pengalaman sama dan mengulangi pendirian semua hakim membuat keputusan berdasarkan keterangan di mahkamah dan tidak boleh lari daripada prinsip teras itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sebahagian ucapan Presiden Majlis Peguam, AG Kalidas berkaitan kenyataan Muhyiddin.

Anwar dalam kenyataan hari ini menuntut penjelasan lanjut daripada Muhyiddin yang mendedahkan wujud cubaan menggunakan dirinya mencampuri urusan mahkamah, khasnya kes berprofil tinggi tertentu.

“Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman? Meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum.

“Dalam konteks serupa, Peguam Negara harus juga memberi respons yang tegas,” kata Presiden PKR itu dalam kenyataan ringkas.

Pada 4 Ogos lalu, Muhyiddin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung mendakwa ketegasannya tidak melayani permintaan “kluster mahkamah” menyebabkan beliau dituduh menderhaka Majlis Raja-raja.

“Saya tahu mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah,” kata Presiden Bersatu itu.

Saya dihidang minuman ‘aneh’, kata ADUN Perak selepas ditahan positif dadah

 

Terence Naidu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau dihidangkan minuman aneh sebelum ditahan kerana didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang.

Katanya, pada malam kejadian, beliau diundang untuk menghadiri perjumpaan dengan rakannya di Pulau Pinang.

“Apabila tiba di Perai, saya dibawa ke lokasi di mana saya akan kemudiannya ditahan. Saya teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya masuk.

“Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang. Saya terkejut ketika dimaklumkan ujian air kencing saya positif kerana saya merokok pun tidak.

“Saya kemudiannya dimaklumkan keesokan harinya bahawa ketika saya ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, susulan insiden itu, beliau pada 14 Jan telah membuat laporan polis sebaik sahaja dibebaskan dan menyatakan bahawa dirinya terdedah kepada anasir mencurigakan dan telah menamakan saksi terhadap kejadian terbabit.

Beliau berkata, saksi berkenaan telah pun memberi kenyataan kepada polis dan mengesahkan apa yang telah dilihat dan memohon polis untuk menyiasat perkara tersebut.

“Orang ramai boleh menilai kenyataan beramaran saya kepada pihak polis dan membuat kesimpulan mereka sendiri.

“Saya akan mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah,” katanya,

Terrence berkata beliau juga akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada pengundi.

“Berkenaan dengan pendirian DAP Perak menuntut saya memberi penjelasan dan saya patuhi. Sebagai ADUN yang bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya juga bersedia untuk melindunginya daripada sebarang masalah dan bersedia untuk digantung keahlian, supaya pihak parti tidak terheret sama dalam kes ini,” katanya.

FMT sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak ditahan selepas dikatakan positif dadah susulan serbuan di sebuah kelab malam, 13 Jan lalu.

Sumber polis memberitahu, beliau ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah Tinggi semak keputusan kes remaja curi tabung masjid, Isnin ini


Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff yang mewakili Daniel Iskandar berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Abd Halim Aman, jam 9 pagi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan menyemak keputusan kes seorang remaja lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kerana cuba mencuri tabung masjid, baru-baru ini.

Pendengaran semakan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel Iskandar, 19, ditetapkan pada 17 Jan ini, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Zainul Rijal Abu Bakar, berkata prosiding semakan itu ditetapkan mengikut peruntukan di bawah Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah.

“Tetuan Hariz Syakinah & Co telah dilantik oleh Daniel Iskandar untuk mewakilinya dengan bantuan PPMM. Maka PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co akan hadir di Mahkamah Tinggi pada hari tersebut,” menurutnya dalam kenyataan.

Bab 31, antara lain, adalah berkaitan kuasa Hakim untuk memanggil rekod Mahkamah Rendah dan kuasa Hakim untuk semakan.

Semalam, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, dalam sidang akhbar berkata hukuman diputuskan Mahkamah Rendah boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi, jika didapati berlebihan atau kurang sesuai mengikut undang-undang sedia ada.

Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff, ketika dihubungi, pula berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Abd Halim Aman, pada 9 pagi.

Beliau berkata, anak guamnya kini berada di Penjara Kajang dan pihaknya tidak dapat bersemuka dengan remaja itu berikutan prosedur operasi standard yang memerlukan ujian RT-PCR dibuat terlebih dahulu.

“Saya telah pergi ke Penjara Kajang dan hanya berhubung melalui surat bertulis dengan pegawai penjara yang kemudian disampaikan kepada Daniel.

“Berdasarkan rekod penjara, anak guam kami sepatutnya bebas pada Isnin ini, namun apabila ada prosiding semakan, dia akan dibawa terlebih dahulu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.

Khamis lalu, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhi hukuman itu ke atas Daniel selepas remaja tersebut mengaku cuba mencuri tabung masjid, pada 8 Jan.

Media sebelum ini melaporkan tular di media sosial video berdurasi satu minit 25 saat, memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan remaja itu seperti jenazah serta melumurkannya dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.

ADA BERANI ?


 www.zunar.my

KEH..KEH

 

"Ana makan duit UMNO, tok guru makan duit UMNO" - Agen CIA yang tersakiti.

Padanlah kena pecat dengan tokdor, cerdik macam tombol pintu.
Cuma pelik macam mana ada yang percaya boleh bawa pulang pelaburan billion dari Turkey?
Demikianlah Q7...


MMMS


TOK PETI FITNAH MP PANTAI DALAM ?



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


 Kesombongan Dari Pengikut Yang Ramai

Sudah 1 minggu Tok Peti utara memfitnah MP Pantai Dalam yang mengatakan Fahmi sebagai lawan jawi, corak penulisan juga sama macam lidah rasmi parti agama penuh dengan "tanda tanya" tapi niat sebenar hanya lah untuk membuat persepsi yang buruk. Mungkin Tok Peti lupa ayat bertabayyun dalam surah al-Hujurat?
"Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang faasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita penting, maka tabayyunlah (telitilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian." [al-Hujurat 49:6]
Lepas YB Fahmi post 11 posting terbaharu tentang jawi dan kelas baca Al-Quran, tiada satu pun permintaan maaf dari TokPeti tersebut atau dari Sajana Hadis protégé nya bila dia buruk sangka. Kalau pun hati itu ego hendak meminta maaf, susahkan TokPeti hendak menjernihkan semula followers tentang kebenaran? Atau pun membiarkan pengikut samar dalam penipuan halal demi matlamat dan kebenaran itu hanya perlu jika ia berpihak pada diri sendiri; jika kena pada orang lain boleh ghulu dan melampau batas?
Betullah "lidah seseorang boleh memberi rasa apa di dalam hatinya" kata Ibn Qayyim
Bayangkan kalau dulu perawi hadis yang menipu kucing pun sudah di anggap sebagai perawi yang dhoif, kini sarjana hadis yang membuat fitnah dan tajjasus hanya dengan satu gambar, adakah layak di angkat ilmu orang yang macam ini? Belajar ilmu hadith nak lawan bidaah, penipuan dalam hadith, tapi diri sendiri pula sanggup jadi agen tajjasus akibat dari buta pembacaan politik.
“Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Dan apakah jumlah pengikut yang ramai, tinggi nya sarjana PHD menjadikan kamu sombong untuk meminta maaf atas kerakusan tangan-tangan kamu yang menulis?
Atau kamu mahu di adili di Mahkamah Agung yang mana pengikut ramai dan sarjana tinggi hanya mampu menjadi bahan bakar?
Nauzibillahiminzalik








KENYATAAN MEDIA DSAI TERKAIT URUSAN CAMPURTANGAN KES BERPROFIL TINGGI

 Kenyataan Media

15 Januari 2022
Saya mengalu-alukan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa tidak ada campurtangan dari pihak beliau melibatkan kes-kes berprofil tinggi di negara ini.
Kita juga menunggu dan menuntut penjelasan lanjut dari mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tatkala beliau sendiri yang mendedahkan bahawa wujudnya cubaan untuk mengubungi beliau agar mencampuri urusan mahkamah dalam kes-kes berprofil tinggi.
Ini kerana timbulnya kemusykilan dan kecurigaan umum apakah pihak eksekutif mencampuri urusan kehakiman meski kita akui adanya hakim-hakim yang tegas dan patuh tunduk pada hukum.
Dalam konteks yang serupa, Peguam Negara harus juga memberi respon yang tegas.
ANWAR IBRAHIM
May be an image of 2 people, people standing and indoor

PRN JOHOR UNTUK LUMPUHKAN PENGARUH ISMAIL SABRI, MUSLIHAT PAKSA PRU15 SEBELUM PEMILIHAN UMNO

 


Menjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini, mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi.

Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa UMNO mahu menyegerakan PRN di Johor dan tidak menunggu ia diadakan bersekali dengan PRU15 yang entah bila tarikhnya.

Pertama, berikutan kematian Adun Kempas mewakili Bersatu, Osman Sapian baru-baru ini, kerajaan negeri pimpinan Hasni Mohamed kini hanya tinggal satu majoriti di Dewan Undangan Negeri atau DUN Johor.

Kedudukan tersebut, selain meletakkan kerajaan negeri tidak stabil, ia juga menyebabkannya sukar menggubal sesuatu dasar yang jelas.

Untuk itu, berdasarkan prestasi di PRN Melaka, UMNO dan BN yakin mereka mampu sekali lagi mengulangi pencapaian cemerlang itu, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kukuh di Johor.

Maka, itulah sebabnya dikatakan keperlukan menyegerakan PRN Johor tidak dapat dielakkan lagi.

Sebab kedua mengapa PRN Johor mahu disegerakan ialah kerana UMNO yang menunjangi kerajaan negeri sekarang mahu berkuasa sendiri secara penuh atas nama BN semata-mata.

Dalam kerajaan negeri yang ada sekarang, UMNO masih berkongsi kuasa dengan Bersatu.

Tentunya kerana berasakan diri mereka sudah cukup kuat, secara jelasnya PRN itu adalah tiket untuk menyingkir dan mengenepikan Bersatu daripada kerajaan negeri.

Lalu, tercetuslah ungkapan bahawa PRN diperlukan segera untuk menghentikan gangguan pengkhianat daripada Bersatu.

Yang sahih sebenarnya, persekongkolan UMNO dan Bersatu membentuk kerajaan negeri sebelum inilah yang menjadikan kedua-duanya adalah pengkhianat – satu pihak khianat kepada rakyat dan satu pihak lain khianat kepada PH yang sebenarnya adalah pemilik mandat.

Sekilas lalu, itulah dua sebab mengapa UMNO begitu inginkan PRN segera diadakan di Johor, tambahan lagi BN masih mahu menumpang aura kemenangan di Melaka yang baru saja dicapainya.

Menariknya, jika PRN Melaka diadakan sebab ada Adunnya beralih arah dan menjatuhkan kerajaan sendiri, di Johor pula, jika berlaku PRN, ia adalah disebabkan kerajaan negeri sendiri menjatuhkan kerajaannya sendiri kerana tidak selesa dengan rakan sendiri yang ada dalam kerajaan negeri.

Tetapi, jika diteliti dengan mendalam, ditambah dengan tempoh akhir yang dibenarkan oleh RoS atau Pendaftar Pertubuhan untuk UMNO mengadakan pemilihannya iaitu sebelum 29 Disember 2022 serta keinginan utama pimpinannya mahu PRU15 diadakan lebih dulu sebelum pemilihan parti, PRN Johor ini harus diakui merupakan sebahagian daripada agenda ke arah itu.

Agenda UMNO melalui PRN Johor ini bukan setakat untuk menyingkirkan Bersatu daripada kerajaan negeri dan melemahkannya dalam PRU15 akan datang, malah dalam masa yang sama juga untuk mengekang dan melumpuhkan pengaruh kuasa Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Sekarang UMNO sudah menang bergaya di Melaka dan jika kemenangan bergaya juga dicapai di Johor, Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Najib Razak dan pimpinannya yang lain pasti akan mendabik dada mengatakan sokongan rakyat telah kembali diperolehi dan untuk itu, PRU15 mesti disegerakan.

Ismail Sabri yang merupakan calon Perdana Menteri pilihan Mahiaddin dan diketahui umum lebih condong kepada bekerjsama dengan Bersatu dan PN untuk mendepani PRU15, jika setelah UMNO menang bergaya di Johor nanti, dengan sendirinya akan hilang sebahagian kekuatannya untuk melewatkan lagi tarikh pembubaran Parlimen.

Kekuatan UMNO dalam kemenangan itu akan lebih dilihat kerana pengaruh Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Najib, Hasni sebagai Menteri Besar Johor dan lain-lain pemimpin yang sealiran pemikiran mahu menolak Bersatu.

Lebih parah lagi hilangnya pengaruh Ismail Sabri itu nanti jika selepas menang di PRN Johor, negeri Perak yang diterajui oleh penyokong kuat Zahid Hamidi sebagai Menteri Besar iaitu Sharani Mohamad turut mengambil langkah yang sama menyegerakan PRN juga.

Akhirnya, dengan satu demi satu negeri mengadakan PRN dan UMNO mampu mencipta kemenangan, Ismail Sabri tidak mungkin dapat bertahan lagi daripada desakan pimpinan utama partinya sendiri agar mengadakan PRU15 sebelum pemilihan UMNO.

Dengan beberapa negeri sudah diadakan PRN dan dikuasai UMNO, peluang BN memenangi PRU15 memang nampak lebih cerah dan terbuka, cuma peluang Ismail Sabri saja akan makin tertutup untuk menjadi calon Perdana Menteri dan “poster boy” sebagaimana impian Annuar Musa dan pemimpin kluster kabinet lain yang tiada jawatan dalam hieraki parti.

Keperluan mendesak PRU15 sebelum pemilihan UMNO adalah petunjuk utama sama ada Zahid Hamidi mampu bertahan lagi dengan jawatannya atau tidak dalam pemilihan UMNO selepas itu nanti. – ShahbudinHusin 15/01/2022.


PM PENAKUT! Lemah! Menteri Boleh Hilang Waktu Bencana?!


Presiden Parti Amanah Negara YB TUAN MOHAMAD BIN SABU telah membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri.

SAHIH DUA DUA KENA REJECT DARI DUA NEGARA....



Mereka cuba menafikan, tetapi menurut info yang saya baru dapat dari diplomatik network, (15 Jan, 3 ptg) memang confirm bahawa kerajaan Indonesia dan Switzerland menolak kedua2 mereka ini sebagai duta ke negara-negara itu. Ini belum pernah terjadi dalam sejarah.
APA KOMEN ANDA?

















 

LIVE PETANG NI

 

Saksikan nanti kemunculan semula Siti Aishah dan Adam Adly secara live. Tentu ramai yg rindu kepetahan Siti Aishah berbicara... esok kali pertama dia muncul ke pentas politik.

Marilah sama2 kita viralkan bicara panas ini kpd rakan2 kita. Mudahan sedikit sebanyak informasi2 ini memberi kesedaran kpd rakyat Malaysia. Negara sudah nazak... rasuah, pembalakan, banjir, DNB, undi 18 dan lain2 lagi.
Isu ini akn dijawab daripada pandangan tokoh2 agama, pimpinan dan orang muda.






HADIAH APABILA BERJAYA MEMERANGI RASUAH




 

ADA YANG ORDER SAMPAI SEKARANG BAYANG TAK NAMPAK


shauqi taupoi


Nak Beli Tu Bagus,Tapi Pastikan Barang Yg Dibeli Tu Sampai..Jangan Jadi macam Sebelum Ni,Bgtaw Beli Helikopter Tapi Sampai Ke Hari Ni Xnmpk Bayang...

BENARKAH DIA NI DAH KENA CEKUP?



MUKHLIS EDDY

Positif dadah 😁
ADUN DAP...
Dh kena cekup ...
May be an image of 1 person and standing

DIA GUGUR PUN PAS MACAM TU JUGA...TAK JATUH NEGARA

 Khairuddin Aman Razali at-Takiri digugurkan dari senarai senarai AJK PAS Pusat. Ada yang minta aku komen tentang ini.

Sebenarnya tak ada apa nak komen. Takiri pun dalam postingnya tak ulas banyak. Cuma katanya perbezaan pendapat itu biasa.
Itu hanya mengesahkan yang ada pertentangan idea dalam AJK Pusat. Tapi tentang apa perbezaan pendapat itu, kita tak tahu.
Sungguhpun begitu, pengguguran Takiri dari AJK itu tidak akan membawa apa-apa perubahan dalam iklim politik negara kita.
Takiri bukan pemimpin popular yang boleh tarik ribuan penyokong mengikutnya. Bahkan kalau dia tinggalkan PAS, dia yang akan tenggelam. Sama macam Mokhtar Senik juga.
Dan satu lagi, pengikut PAS dah didoktrinkan akan kemaksuman presiden. Maka apa saja yang sang presiden buat, sentiasa betul. Siapa yang berani persoalkan tindakannya?
Melainkan kalau Takiri berani tampil dan jelaskan apa yang jadi punca dia disingkirkan. Macam tu baru cerita ini ada daya tarikan.

DUN tak bubar hari ini, Umno Johor tolak ‘spekulasi’

 

Setiausaha Umno Johor, Samsolbari Jamali berkata, ia sekadar spekulasi DUN Johor dibubarkan hari ini dan sesiapa pun boleh buat spekulasi. (Gambar Bernama)

KULAI: Umno Johor hari ini menolak “spekulasi” berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dikatakan berlaku hari ini.

Setiausaha Umno Johor, Samsolbari Jamali berkata, Umno Johor juga tidak membuat sebarang perbincangan mengenai hal itu.

“Tiada, kita belum ada lagi perbincangan, ia hanya satu spekulasi, sesiapa pun boleh buat spekulasi, tetapi pada masa sama, seperti biasa Umno dan Barisan Nasional (BN) bekerja terus.

“Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sehingga sekarang, kami kekalkan berkhidmat untuk rakyat dan sehingga sekarang kami tumpukan kepada kerja-kerja Covid-19 dan banjir,” katanya selepas menghadiri Program Seminar Pemantapan Jentera PRU15 Parlimen Kulai di Senai, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, yang juga Ketua Umno Johor.

Kerajaan Johor yang kini dipimpin BN, mempunyai kelebihan hanya satu kerusi di DUN, selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Osman Sapian meninggal dunia 21 Dis lalu.

BN kini mempunyai 16 kerusi, Bersatu (11), PAS (satu) dengan 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi DUN.

PM TAUGEH



‘Daniel tak pernah berparang ugut keluarga’, kata ibu remaja curi tabung masjid

 

Ibu kepada Daniel Iskandar Mohd Nasir yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jas berkata, anak sulungnya itu baik, tenang dan tidak melawan apabila dimarahi atau ditegur.

KUANG: Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti “jenazah” menyangkal dakwaan kononnya Daniel Iskandar Mohd Nasir,19, pernah bertindak agresif dan mengugut ahli keluarga menggunakan senjata.

“Daniel tak pernah berparang, tak pernah pegang pisau. Pasal jual motor atuk dia, kawan-kawan yang buat cerita, padahal motor atuk dia elok ada dalam tu (tunjuk ke arah motosikal diletakkan di luar rumah),” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jas kepada FMT di kediaman mereka di Kampung Damai, di sini.

Beliau berkata, anak sulungnya itu dimasukkan ke sekolah tahfiz selepas beliau berpisah dengan bekas suaminya 12 tahun lalu dan Daniel dijaga bapanya ketika berumur 15 hingga 18 tahun.

Katanya, anaknya memilih jalan salah disebabkan tekanan kerana terpaksa hidup dalam keluarga berpecah belah apabila dirinya dan bekas suami bercerai.

“Saya tidak pernah salahkan anak saya sebab kami tidak dapat bagi dia yang terbaik, dia jadi macam ni sebenarnya disebabkan masalah keluarga, mak bapa berpisah dan (keluarga) berpecah belah, anak-anak yang jadi mangsa.”

Ibu kepada tiga anak itu berkata, Daniel seorang yang lembut, manja dan tidak melawan apabila dimarahi atau ditegur.

“Dia seorang yang tenang, tidak melawan, tidak banyak cakap, bila orang marah dia diam sahaja, bukan seorang yang agresif…dia seorang anak yang baik sebenarnya.”

Datuk kepada Daniel, Rosli Sidek, 65, kesal dan rasa difitnah kerana beberapa laporan media yang didakwanya menokok tambah cerita bukan daripada pihaknya sendiri.

“Pakcik ni…datuk kepada Daniel, difitnah oleh media-media yang telah buat berita tokok tambah sehingga membuatkan (isu Daniel) jadi perbalahan, salah erti sehingga berlaku saman-menyaman antara kedua-dua belah pihak (bapa Daniel).

“Bila dibuka semula (laporan media) ditulis dia (Daniel) gunakan parang, siapa cakap? Ini yang kita tak mahu, jadi tanggapan di sana mengatakan saya yang cakap, saya tak cakap pun begitu.”

Disebabkan laporan sedemikian, Rosli berkata, beliau kini “hidup dalam ketakutan” kerana bimbang menerima ancaman daripada pihak tidak berpuas hati dengannya akibat laporan media terbabit.

“Saya sekarang setelah tuan-tuan semua balik, saya takut tau, takut ada yang datang sini menggunakan kekerasan, apa saya boleh buat, siapa nak tolong?

“Hanya pakcik seorang sahaja lelaki dalam rumah ni, yang lain semua anak dan cucu perempuan pakcik. Sejak kes ini, pakcik tidur dalam ketakutan. Nak pergi mana-mana pun tak sedap hati, sebab asyik teringatkan rumah.”

Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti “jenazah” selepas ditangkap kerana mencuri tabung Masjid Al Islahiah Kuang, Rawang pada 11.58 malam, 8 Jan lalu.

Remaja itu kemudiannya dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Audio Khairudin bahan bukti defendan dalam kes saman MB Terengganu

 


Mungkin ini bukan alasannya tetapi keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memecat Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali dari AJK Pas Pusat dibuat selepas audio beliau (Khairudin) tersebar dan akan dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Transkrip audio Khairudin itu telah diserahkan oleh Peguam Malaysia Dateline kepada peguam Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyaman Malaysia Dateline untuk diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam pembelaan terhadap saman itu.

Khairudin juga disenaraikan sebagai saksi yang akan dipanggil oleh pihak defendan dalam perbicaraan saman itu nanti.

Samsuri telah memfailkan saman terhadap Malaysia Dateline dan editornya dan perbicaraan kes ini dijangka akan berlangsung tidak lama lagi. Kes ini telah  disebut pada 9 Januari lepas.

Peguam Dr Zulqarnain Lukman bagi pihak Malaysia Dateline telah memfailkan pembelaan dan cadangan untuk memanggil Khairudin sebagai salah seorang saksi dalam pembelaannya.

Dalam transkrip audio itu, Khairudin bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendakwa, Abdul Hadi tidak boleh dipercayai.

Selepas perdana menteri bertukar dari Tan Sri Mahiaddin Md Yassin kepada Datuk Seri Ismail Sabri , Khairudin telah digugurkan sebagai salah seorang menteri dari Pas.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri telah menyaman Malaysia Dateline dengan mendakwa Malaysia Dateline telah memfitnah beliau dalam satu berita bertajuk “MB Terengganu tergugat, borang akujanji berkanun kini tersebar” yang disiarkan 8 Jun 2021 lalu.

Semalam, Abdul Hadi memaklumkan kepada media, Khairudin telah dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Laporan Malaysiakini mengatakan Hadi mengesahkan perkara itu ketika ditanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Marang, Terengganu pagi semalam.

Khairudin, ahli parlimen Kuala Nerus, telah dilantik sebagai salah seorang AJK Pas Pusat selepas kalah dalam pemilihan parti itu dalam Muktamar Pas yang lalu.