ππˆπ‹π€ 𝐃𝐀𝐇 πŠπ€ππ“πŽπˆ πŒπ„ππ…πˆπ“ππ€π‡, 1. Ada seorang geng PN telah


1. Ada seorang geng PN telah menyebarkan fitnah yang amat dahsyat.


2. Dia menyebarkan fitnah bahawanya DAP nak pinda PERLEMBAGAAN membabitkan agama Islam.


3. Sebenarnya 2/3 ada atau tiada DAP tak boleh pergi ke arah itu. Salah satu sebab utama ialah ada 5 perkara yang mana jika PARLIMEN nak PINDA dia kena hadap dulu MAJLIS RAJA-RAJA.


4. Salah satunya ialah ISLAM.


5. MAJLIS RAJA-RAJA TAK AKAN BENARKAN. Itu asasnya.


6. Satu lagi PERDANA MENTERI kita wajib orang ISLAM.


7. Katakanlah memang DAP gila nak pinda sangat tu, bukan sahaja dia akan berdepan dengan ADUN / MP yang beragama Islam dalam parti dia, dia kena berdepan dengan MP-MP beragama Islam yang bersama-sama dalam gabungan.


8. Dia kena lalu TPM. Dia kena lalu PM. TPM kena lalu parti. PM kena lalu parti. Dalam tu majoriti umat Islam. Kau nak kena p@ncung ke?


9. Kita nak pergi ke arah buat USUL sahaja dah begitu complicated. Belum lagi bincang. Belum lagi nak bawa ke SPEAKER. Lepas tu bahas. Nak buat usul sahaja pun tak lepas. Sebab DAP tak berdiri sendiri sebagai 147. Dia pegang tangan parti lain.


10. Lagi kau nak merentan pasal PINDAAN?


11. ππŽπƒπŽπ‡ 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 πŽπ‘π€ππ† π˜π€ππ† ππ„π‘π‚π€π˜π€ πŠπ€π“ πŠπ€π”.


12. PILIHANRAYA DIADAKAN SETIAP 5 TAHUN. SEPERTIMANA KAU BOLEH MEMINDA KEPADA SEKULAR, SEPERTI ITU KAU BOLEH PINDA BALIK KEPADA ISLAM.


13. Bezanya hal ini memang tak akan berlaku sebab bukan sahaja tak akan lepas ke peringkat MRR, nak lepas ke peringkat BUAT usul pun TIDAK BOLEH BERLAKU. Kerana DAP dan SEMUA PARTI-PARTI KAT MALAYSIA neh tahu PRU 5 TAHUN SEKALI. DORANG TAK AKAN Bun#H DIRI SENDIRI. Itu belum lagi kau bincang pasal PERLU KELULUSAN MAJLIS RAJA-RAJA. Ini kita sembang pasal PINDAAN secara basic. Apa yang TELAH DIPINDA boleh DI RE PINDA. Dan jika babitkan ISLAM? MEMANG TAK AKAN LEPAS. KITA SEMUA MATI PUN TAK AKAN LEPAS. KERANA ITULAH PERLEMBAGAAN MENGATAKANNYA. KAU NAK PINDA, KAU KENA TUKAR DULU SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN. KAU RASA RAJA-RAJA AKAN SIGN UNTUK HAPUSKAN MONARKI? DIMANA AKAL KAU SEMUA BILA PERCAYA BENDA BODOH MACAM TU. 


14. Ok, sambung mengumpat balik.


15. Selepas kantoi menyebarkan fitnah, dia edit POST.


16. Orang tegur post dia memberikan gambaran yang TERSANGATLAH SALAH, BERBAUR FITNAH, MISLEAD, BUKANNYA FAKTA.


17. Macam biasa, geng-geng neh konar baring.


18. Sekarang neh post dia dah viral kat Tiktok. Kat Tiktok pula jadi bahan fitnah dan memberikan gambaran yang salah terhadap kerajaan. Komen-komen dok bayangkan nasib baiklah tak jadi nak pinda kepada SEKULAR. Syed Saddiq jadi hero sebab halang pindaan ini. Whatdehell. 


19. Segengam pasir yang dia baling kat nasi orang tu, dia tak berjaya kutip semua. Jika report polis ke atas dia, dikatakan koyak. Tapi apa tanggungjawab dia untuk membetulkan fitnah? 


20. Kita ada Tuhan yang sama. Kau buat orang, kau kena balik. Kau fitnah DAP, kau akan dapat balik. Fitnah itu tidak boleh kepada semua. Tak kira orang tu baik, jahat, muslim atau tidak, berbangsa apa, beragama apa, berasal dari negara mana, jantinanya, bekas banduan atau tidak, penagih atau rempit, semua. Kau tak boleh fitnah siapa pun. Tak ada halalnya.


21. Banyak kali dah aku sebut neh. PHBN bukan kerajaan sempurna. Anwar tidak perfect. Kau tegur dorang babitkan isu ekonomi. Kenegaraan. Polisi. Perundangan. Sistem. Kau jangan trigger sentimen. Kaum dan Agama. Ia salah. Orang bukan Islam dan bukan melayu di negara kita neh, menghormati agama Islam dan menghormati orang melayu. DAP begitu dan demikianlah juga parti-parti lain yang bukan melayu dan bukan menganuti Islam. Segilintir yang buat hal, ia ada tetapi secara asasnya, majoriti dari mereka menerima dan memahaminya dengan baik, malah yang buat hal tu pun ending dia nanti jadinya dia terima selepas disekolahkan. Ini hakikatnya kat negara kita. Berhentilah menyebarkan apa yang tidak benar.


22. Sila baca TITAH SULTAN SELANGOR. Sangat TEPAT untuk geng² PN hadamkan.


Sekian.

-YanieMansor



SEBAB KES ZAHID TAK SOKONG.




 πŸ€£πŸ€£πŸ€£kes zahid ?

Kenapa la korang marah sangat pasal ni..

Nak selamatkan Malaysia atau nak selamatkan kes yang dalam senarai??

O ya xya..sebab DSZH la ..puak cukop jumloh xdapat jadi kerajaan..

Sebab tu laaaa..

Inilah dia Perosak Negara..yang sebenar



PEEERGHHH...APA PUNYA TAK GUNA.





 Fuhhh!!! Ahli parlimen yang galakkan rakyat langgar undang-undang. Dah tentu yang kena sita tu yang disyaki motor curi (ada kesan usik pada chasis), yang ubahsuai terlampau. Itu yang dia bela?


Maknanya Wan Fayhsal tak junjung perlembagaan la ek? Bila agensi kerajaan kuatkuasakan undnag undang, dia kata zalim pula. Itu bersalahan dengan sumpah ahli parlimen tu. Masalah dah ni.


Mat Jargon oi, lain kali buat homework dulu. Bukan pertama kali polis buat macam ni. Tahun lepas pun ada juga. Cuma tahun lepas, setan dalam kerajaan, jadi setan tu tak menghasut. Tu je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CEHH..HERO TAIK KUCING APA KALAU SAPU DUIT PARTI. YANG KATA HERO PUN DNAA TAK SELESAI LAGI..PEEEGEDAHHH

 


Geli aku baca. Saddiq ni hero PN je. Dari sebelum ni lagi. Bertanding di kerusi yang PH boleh menang sebab nak pecahkan undi PH dan beri PN peluang.


Untuk isu DNAA Zahid ni yang dia kecohkan, apa isu  rakyat yang dapat diselesaikan? Dalam kes Zahid, berapa banyak duit rakyat yang terlibat?


Itu semua duit yayasan milik Zahid sendiri. Aku tak kata tak salah. Tapi Mahiaddin, Hamzah, Wan Saiful dan lain-lain kebas duit rakyat. Banyak tu bro!


Malangnya, masa kes Mahiaddin lepas dan bebas, sikit pun Saddiq tak bunyi. Padahal kes Mahiaddin tu 100% babitkan duit tabungan rakyat.


Sebab tu aku kata Saddiq bukan hero rakyat. Dia hero PN dia. Dia selamatkan Mahiaddin yang kini kemaluan kerana menantunya jadi orang buruan.


Orang buta pun boleh nampak Saddiq ni boneka PN dan Mahathir. Matlamat dia cuma nak runtuhkan kerajaan ini dan buat jalan untuk Mahathir kembali.


Dia sendiri pun ada beberapa kes mahkamah. Nak cakap soal integriti sangat. Padahal dia sendiri pun kaki sakau jugak. Macam kuali kutuk cerek hitam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TUUU DIAA PUNYA TERUK...PENYELUDUP KE NEGARA LUAR

 


Nah walaun, lebai. Minyak masak paket tak ada kan kat Kelantan? Telur, beras pun sama la tu sebab kat sana semua mahal. Ni, walaun gak yang seludup keluar tapi korang salahkan kerajaan. Senang hidup korang ek? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PEMBANGANG- TAK ADA PUN CITA CITA NAK NAIKKAN GAJI KAKITANGAN AWAM..ATAU NAK BANTU GOLONGAN PETANI...TAPI JANAWIBAWA YANG MEREKA SAKAW

 


Agaknya Ketua Pembangkang ingat kempen PRK Pulai dan Simpang Jeram belum habis lagi….



BMI JANGKAN BNM AKAN TURUNKAN KADAR OPR MULAI JANUARI 2024


 

BANYAK KES KETUA PEMBANGKANG NI....INI KES ZAMAN DIA DALAM KERAJAAN PN.


 

ARAU NI PUN BELUM LEPAS BEBAS LAGI KAN....PANGGE TENGOK SIASAT.,...


 

KAH KAH..WOIIII..APA PUNYA AHLI PARLIMEN....NAK SEDEKAH PUN MINTA DUIT KERAJAAN....NAK TAMBAH PAHALA SENDIRI KA NAK TAMBAH PAHALA KERAJAAN..


 

SPEKER DAH JELASKAN BAGAIMANA ZAMAN PN DAHNLAKUKAN BENDA YANG SAMA DIMANA KUASA DI TANGAN PM.






Sebelum nak beehimpun..dengan dakyah ko membohong ahli ko elok ko dengar apa yang pernah di lakukan sebelum ini. 
Shaidan Kassim ..Anifah Aman...Tengku Adnan...pun DNAA juga.

Ambik la permit DBKL DAN PERSETUJUAN PENIAGA...KALAU TAK.,.haram...



 

CUKUP LAH SEKALI DITIPU


 

WEIII SAMSOL ..ZAMAN 18 BULAN MUHYIDDIN JADI PM ADALAH ZAMAN KEGELAPAN. KO TAK BACA KA APA.?


 





12 September 2023 ~
KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR SELAKU PENGERUSI MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA


Baru-baru ini kedengaran segolongan masyarakat di Negara ini telah menyuarakan rungutan dan kebimbangan mereka terhadap perpecahan di dalam perpaduan dan keharmonian kaum yang selama ini dikecapi oleh rakyat di negara ini. Mereka menggesa agar tindakan segera diambil untuk menangani isu yang telah membuahkan bibit-bibit perpecahan yang semakin ketara sejak kebelakangan ini. Malah ada yang berani menyatakan segolongan pemimpin-pemimpin politik adalah menjadi punca kepada perpecahan ini. Berikutan dengan itu terdapat golongan yang telah memohon agar Raja-Raja Melayu bertindak untuk campur tangan menerusi apa jua ruang yang sah di sisi undang-undang untuk memayungi keamanan dan kedamaian demi kesejahteraan hidup rakyat.

Lantaran itu Beta selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam mengambil inisiatif untuk mengeluarkan kenyataan ini bagi menasihati semua pihak terutama orang-orang politik termasuk pemimpin-pemimpin politik untuk sama-sama memikirkan langkah bagi mengharmonikan dan menyatupadukan rakyat kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai yang mana jika diberi message yang salah dan tidak tepat akan mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam usaha kita untuk memperolehi kuasa dan kedudukan, kita tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan adalah teras kepada kejayaan sesebuah negara. Negara akan mundur dalam segala aspek kehidupan sekiranya pemimpin politik cenderung kepada memupuk polarisasi kaum dan mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama. Rakyat yang terpengaruh dengan hasutan sesetengah pemimpin yang mempromosikan politik perkauman dan keagamaan akan berpotensi mencetuskan perasaan curiga, perbalahan, perselisihan dan perpecahan. Polarisasi yang melampau akan membawa kepada implikasi melahirkan unsur radikalisme dan ekstremisme di dalam masyarakat sehingga boleh mengancam keselamatan negara. Pemimpin dan orang-orang politik seharusnya memupuk semangat perpaduan yang tinggi di dalam kehidupan pelbagai kaum oleh kerana semua kaum di negara ini memainkan peranan penting di dalam pembangunan budaya dan ekonomi negara. Sebarang batas pemisah dan perbezaan antara kaum dan agama seharusnya diatasi dengan usaha-usaha mengadakan pelbagai program bagi merapatkan jurang pemisah demi mengelakkan sebarang parasangka buruk yang telah sedia ada. Generasi muda pewaris bangsa seharusnya ditanam dengan semangat untuk bertolak-ansur dan memahami budaya dan agama pelbagai kaum yang diamalkan di negara kita.

Suka Beta mengingatkan kita semua kepada sejarah, kerana dengan melihat sejarah kita akan sedar bahawa sejarah telah membuktikan seandainya berlaku pertikaian dan perpecahan kaum serta perbalahan agama di dalam sesebuah negara, kesannya akan membuahkan kebencian yang mendalam sehingga mencetuskan perang saudara (civil war) yang berlarutan yang mengakibatkan negara akan lumpuh dan hancur. Adakah ini yang kita mahu lihat setelah negara mencapai kemerdekaan selama tempoh 66 tahun ini. Mahukah kita melihat pembangunan ekonomi yang pesat dan perpaduan yang yang erat di kalangan pelbagai kaum dan agama yang telah kita bina selama ini hancur begitu sahaja oleh kerana sikap sesetengah pemimpin politik yang hanya memikirkan kepentingan diri atau kepentingan sekelompok masyarakat semata-mata.

Jika kita melihat kepada sejarah pembentukan Negara sebelum dan di ambang kemerdekaan dahulu, kerajaan British dan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah melakarkan satu sistem pemerintahan yang berpaksikan kepada Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan. Konsep pemerintahan yang dilahirkan ini meletakkan kuasa eksekutif Raja-Raja Melayu diperturunkan kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri di peringkat Persekutuan dan Menteri Besar di peringkat Negeri. Lantaran itu Kerajaan dan pemimpin politik seharusnya menyedari bahawa kuasa yang mereka sandang dan perolehi itu asal-usulnya terletak hak kepada Raja-Raja Melayu dan kemudian diamanahkan kepada pihak Kerajaan yang dianggotai oleh Kabinet di peringkat Persekutuan dan Exco di peringkat Negeri untuk memerintah dengan penuh adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia. Semua ini telah sedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri-negeri di Malaysia.

Di dalam pada itu satu perjanjian kontrak sosial telah termeteri di antara pemimpin pelbagai kaum di negara ini ketika negara mencapai kemerdekaan. Kontrak sosial ini dilahirkan bagi menjamin kedudukan, hak warganegara dan hak semua kaum di negara ini terpelihara dengan mengambil pelbagai pertimbangan dari pelbagai sudut. Malah bagi memastikan kontrak sosial ini dilaksanakan seperti yang dipersetujui ianya telah diterjemahkan dalam bentuk peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu rakyat tidak perlu lagi dihasut oleh mana-mana pihak untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan berprasangka buruk antara satu sama lain kerana undang-undang telah menjamin hak masing-masing.

Namun apa yang berlaku di Negara kita ini amat membimbangkan terutama menjelang sesuatu pilihanraya. Isu-isu yang melibatkan kaum dan agama sentiasa dimainkan sebagai isu untuk meraih sokongan dan undi. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik ini adalah dengan mengusulkan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Permasalahan yang dihadapi rakyat sepatutnya diutamakan pada setiap sesi bertemu rakyat demi meyakinkan rakyat bahawa pemimpin politik sentiasa memikirkan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Di kesempatan ini juga Beta ingin membangkitkan isu berkaitan dengan pengeluaran fatwa secara berleluasa oleh sebahagian pemimpin-pemimpin politik sejak akhir-akhir ini yang merupakan satu trend yang amat membahayakan.

Beta ingin menegaskan di sini bahawa di negara ini, Fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau Mufti setelah mendapat perkenan dari Raja bagi setiap negeri yang mengeluarkan sesuatu Fatwa itu. Di samping itu Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) juga bertanggungjawab di dalam mengeluarkan pandangan hukum setelah perbincangan dengan Mufti-mufti dari setiap negeri diadakan dan setelah mendapat perkenaan dari Majlis Raja-raja. Selanjutnya pandangan hukum tersebut diangkat untuk pertimbangan setiap Jawatankuasa Fatwa Negeri dan mendapat perkenan Raja bagi sesebuah Negeri untuk difatwakan. Sesuatu Fatwa yang dikeluarkan bukan semata-mata atas dasar pandangan individu seorang Mufti sahaja, bahkan ia dibuat secara kesepakatan majoriti ahli samada di dalam Jawatankuasa Muzakarah Kebangsaan MKI dan/atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri yang terdiri daripada alim ulama’ dan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan fatwa yang dikeluarkan adalah tepat dan membawa kebaikan kepada umat Islam dan seluruh rakyat. Sebaliknya sekiranya Fatwa dibenarkan untuk dikeluarkan oleh orang-orang politik dan pemimpin-pemimpin politik ianya akan pasti mencetuskan perbalahan, perpecahan, keganasan di dalam masyarakat yang akhirnya meranapkan tamadun sesuatu bangsa.
Oleh itu suka Beta mengingatkan dan menggesa kepada rakyat sekelian terutama pemimpin-pemimpin politik agar segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan Fatwa secara tidak bertanggung-jawab ini demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. Beta tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab ini. Ingatan Beta ini tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak atau golongan mana-mana parti politik. Malah Beta memilih untuk mengeluarkan kenyataan ini selepas pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil selesai bagi mengelakkan kenyataan Beta disalahertikan sebagai memihak sesuatu kumpulan politik. Beta menyeru agar janganlah agama diperalatkan bagi meraih sokongan kerana rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang-orang politik yang menunggang agama demi kepentingan diri.

Beta juga menyeru kepada pihak polis agar mengambil tindakan yang pro aktif di dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif yang melibatkan agama, kaum dan kedudukan Raja-Raja Melayu supaya menjadi satu pengajaran dan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukan perkara yang sama di masa hadapan.

Beta menegaskan di sini, Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mempunyai peranan di dalam memelihara hak orang-orang Melayu dan agama Islam sentiasa terjamin. Di samping itu Raja-Raja Melayu juga bertanggungjawab menjamin hak dan keselamatan kaum-kaum lain yang membentuk rakyat Malaysia. Rakyat serta pemimpin politik tidak perlu bimbang tentang pemeliharaan hak kaum masing-masing dan agama yang dianuti oleh setiap kaum di negara ini. Ini adalah kerana undang-undang negara khususnya Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan hak bagi semua kaum dan agama kepada setiap rakyat Malaysia. Manakala Raja-Raja Melayu berperanan memayungi dan menjamin semua hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sentiasa dipelihara.

Sebagai mengakhiri kenyataan Beta ini, Beta merayu kepada semua pemimpin politik khususnya pemimpin politik yang senior dan veteran supaya mengelak dari memecahbelahkan rakyat di negara ini sebaliknya mengambil pendekatan bagi menanam dan memupuk semangat perpaduan yang erat di kalangan semua kaum yang berlainan agama demi menjamin kesejahteraan negara. Peliharalah negara kita dengan baik kerana inilah satu-satunya tanah tumpah darah kita yang perlu kita pertahankan kemakmuran dan kedaulatannya.

PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM
BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

Sekian.
D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor
Tarikh: 12 September 2023



RMK12: tangani inflasi, gaji rakyat menuju negara berpendapatan tinggi



 


Negara berpendapatan tinggi telah pun diperkenalkan sejak era pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak pada era 2010 lalu.


Namun kejayaannya tidak kelihatan dan Malaysia berstatus negara berpendapatan sederhana untuk berdekad lamanya.


Kerajaan Perpaduan melalui pendekatan baharu dalam misi Rancangan Malaysia Ke 12 (2021 - 2025) optimis akan berjaya melaksanakan negara berpendapatan tinggi melalui formula kawalan inflasi dan kenaikan gaji.


Hal itu dibicarakan oleh Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli dalam rancangan temubual RTM bertajuk Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Memperkasa Rakyat, malam tadi.


Menurut Rafizi, kawalan inflasi tidak akan menjadikan rakyat mudah berbelanja disebabkan gaji di Malaysia rendah dan tidak naik sepadanan dengan produktiviti. Oleh itu, katanya satu dasar intevensi kerajaan perlu dilakukan.


"Bila menguruskan ekonomi makro ianya bukan harga barang semata mata. Kita mahu kenaikan harga itu terurus dan kekalkan nilai kuasa beli serta nilai wang di tangan rakyat


"Misalnya jika berlaku inflasi dua digit, gaji banyak mana pun tak boleh beli barang. Keadaan di Malaysia ini agak bebeza sedikit. Saya jarang membandingkan inflasi Malaysia dengan negara lain kerana pencapaian kita antara terbaik di rantau ini malah di dunia. Pencapaian terkini inflasi 2%.


"2% kalau pergi ke persidangan antarabangsa mereka tepuk tangan. Tetapi di Malaysia isunya, walau inflasi rendah, barang tidak naik harga mendadak tetapi oleh kerana kenaikan gaji rendah tidak sepadan kenaikan harga barang, maka sebarang kenaikan sedikit itu pun bagi rakyat sudah membebankan mereka


"Sebab itu pendekatan Kerajaan Perpaduan menangani kos, bukan inflasi semata mata tetapi dengan segera kita mesti campurtangan soal gaji rakyat, supaya tahap pendapatan rakyat naik agar inflasi itu tidak jadi beban," katanya.


Selain itu, Rafizi juga mengupas mengenai beberapa hal anjakan RMK 12 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam di Dewan Rakyat dan keperluan anjakan pelan ekonomi tersebut untuk disesuaikan dengan konsep Ekonomi Madani serta beberapa pelan industri dan tenaga yang baharu


"Bila kita melancarkan pelan hala tuju peralihan tenaga itu melibatkan perancangan sektor tenaga dan industri yang menjadi tulang belakang negara kita.


"Begitu juga pelan baru perindustrian negara untuk industri sedia ada dan industri baru. Bezanya dalam rancangan lima tahun ini adalah satu perencanaan dasar menyeluruh meliputi kesemua perkara, ekonomi, struktur, budaya dan sebagainya. Jadi dalam pentadbiran negara kita, kerangka paling atas ialah kerangka RMK dan menjadi panduan di mana sektor lain akan diterjemah mengikut sektor tertentu.


"Maka sasaran Kajian Separuh Penggal (KSP) ini akan memandu belanjawan setiap tahun. Keseluruhan dokumen dasar ini saling berinteraksi setiap tahun," katanya lagi.


Bagi Rafizi, KSP semalam yang meminda beberapa teras utama RMK 12 sehingga seolah olah perancangan baharu perlu dilakukan kerana kerajaan sebelum ini tidak mempunyai visi yang jelas mengenai teknologi baharu atau ekonomi berasaskan internet atas talian yang berkembang pesat dalam dua tahun kebelakangan ini.


Ahli Parlimen Bayan Baru cadang 7 langkah tangani bekalan beras



 

Oleh: Abdullah Zaid



Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan (SST) meresahkan orang ramai.



Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK), Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan 7 langkah bagi menjamin Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) dan bekalan beras import mecukupi.



Katanya, kerajaan pada ketika ini perlu memberi penekanan kepada syarikat pengimport beras tunggal Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyediakan bekalan beras mencukupi sebagai penyelesaian jangka pendek.



"Dalam perjanjian (sebagai pembekal tunggal import beras) Bernas bertanggungjawab menyediakan kuantiti beras yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan bekalan beras.



"Walaupun langkah tersebut merugikan mereka (ekoran kenaikan harga beras import) tetapi langkah itu perlu diambil demi security (jaminan) makanan negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Tambahnya, masalah sindiket tukar beg atau aktiviti ‘tukar baju’ (tukar bungkusan) oleh pihak tertentu bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda perlu ditanggani oleh pihak berkuasa dan kementerian yang terlibat.



"Ketiga kerajaan harus membenarkan syarikat lain untuk mengimport beras agar boleh mewujudkan persekitaran daya saing yang lebih sihat selain mewujudkan pembelian beras India yang berpatutan seperti yang dilakukan Singapura," ujarnya.



Oleh itu, kata mantan Timbalan Menteri Pertanian itu, kerajaan pada ketika ini wajar memberi kuota 30 peratus kepada syarikat lain untuk mendapatkan bekalan import beras.



"Untuk menyelesaikan masalah bekalan beras kerajaan harus membuka 30 peratus bekalan beras import kepada syarikat lain supaya isu kekurangan ini dapat diatasi," katanya.



Selain itu, tegasnya pihak kementerian juga disarankan mengkaji semula keberkesanan projek pembangunan sektor padi dan beras agar ia mampu pulangan kepada negara.



"Bagi memastikan projek pembangunan padi dan beras berjaya, kerajaan perlu mengkaji semula program yang telah dilaksanakan supaya ia mampu membawa keuntungan kepada negara," jelasnya.



Dalam pada itu, Sim yang juga Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN mencadangkan kerajaan untuk memberi subsidi secara terus kepada pesawah untuk mendapatkan bekalan baja.



Hal ini katanya, bekalan baja yang hanya dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dibimbangi boleh menjejaskan kualiti padi yang dihasilkan.



"Ia boleh memberi peluang kepada pesawah untuk membeli baja sendiri dan menentukan sendiri tapak sawah masing-masing supaya padi yang dihasilkan lebih sihat," ujarnya.