Di antara inisiatif kerajaan perpaduan di dalam mengurangkan bebanan rakyat adalah dengan mengadakan jualan rahmah secara bergerak meliputi kesemua Dun seluruh negeri yang bermula beberapa bulan yang lalu.
Jualan rahmah ini adalah program jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran. Di dalam keadaan kerajaan perpaduan kini sedang giat berusaha mengatasi masalah kos sara hidup yang diwarisi dari kerajaan terdahulu, program seperti ini akan tetap diteruskan di seluruh negara.
Esok, rabu 13/9/2023 tiba giliran kawasan Dun Lepar, Parlimen Paya Besar pula. Jualan akan diadakan di Pondok KRT Taman Seriku, Batu 12, Jalan Gambang, Kuantan. Program bermula jam 9.00 pagi sehingga semua barangan habis dijual.
WFAUZDIN NS