Sidang Media SPRM | 3 Mac 2025

HARTA RAMPASAN RASUAH.

 


Ramadan: PM Anwar Nasihat Bersederhana, Elak Pembaziran, Bermewah


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 3 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kakitangan kementerian dan syarikat kerajaan supaya bersikap lebih bersederhana dalam berbelanja terutama membabitkan peruntukan kerajaan, sepanjang Ramadan.

Perdana Menteri menggalakkan kementerian dan syarikat membuat kebajikan dengan memberikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik, namun katanya, kadangkala perkakasan yang digunakan itu dilihat berlebih-lebihan.

“Saya perhatikan juga ada perkakasan yang berlebih-lebihan, kotak sangat indah nak isi kurma untuk beri kepada orang. Kalau harga kotak lebih mahal daripada harga kurma, jadi itu satu pembaziran. Nak campak ke mana (kotak itu)?

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi, lebih baiklah hal ini kita perhatikan. Tak perlu sangat nak menunjukkan kemewahan kerana dana itu boleh digunakan untuk memberi manfaat kepada yang lebih memerlukan. Itu saya ingatkan kepada semua.

“Apa lagi esok menjelang Aidilfitri, ada persaingan memberikan kotak yang lebih cantik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan pegawai sebelum menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri-Menteri di JPM; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memperkukuh dimensi kerohanian sepanjang Ramadan, bukan hanya melalui ibadah kepada Allah tetapi juga dengan memupuk integriti, disiplin dan kejujuran dalam kehidupan seharian.

“Ramadan ini seharusnya menjadi masa untuk kita lebih insaf dan berusaha menyampaikan bantuan kepada masyarakat kurang bernasib baik, bukan sekadar memewahkan acara iftar dan kegiatan kita,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025. Foto Bernama

Perdana Menteri turut menggesa supaya Ramadan dijadikan sebagai bulan membudayakan pembacaan, pemahaman dan penghayatan al-Quran, sesuai dengan peranannya sebagai petunjuk kepada manusia.

“Syahrul Ramadan adalah bulan turunnya al-Quran, yang menjadi panduan untuk menentukan pertimbangan antara yang baik dan buruk.

“Maka, marilah kita semua mengambil kesempatan ini untuk mendalami dan mengamalkan ajaran al-Quran,” katanya.



Ucapan Anwar Ibrahim di Perjumpaan Bersama Warga JPM. (03.03.25)



Semua pihak perlu lebih bersederhana dalam menyambut Iftar bagi menghidupkan roh dan semangat Ramadan yang sedang dirasai ketika ini. Saya sampaikan amanat tersebut dalam Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2025 pagi ini dan menitipkan pesanan agar melebihkan sumbangan kepada yang memerlukan tetapi tidak berlebihan dari segi makan minum, perkakasan dan perhiasan. Setiap warga, perlu menggunakan kehadiran Ramadan ini dalam mengukuhkan keyakinan ibadah kepada Allah SWT, memupuk integriti, disiplin, dan kejujuran agar kita lebih insaf dalam kegiatan kita.





DS ANWAR UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN UMNO DS ZAHID HAMIDI!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Presiden PKR itu berkata kepimpinan parti terutamanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO menunjukkan komitmen tinggi dengan tidak melayan sebarang cubaan merosakkan kestabilan kerajaan sedia ada. “Kita harus hargai sokongan rakan-rakan kita terutamanya UMNO diterajui Ahmad Zahid serta GPS dan GRS yang langsung tidak melayan segala cubaan merosakkan kerukunan yang ada.







GEMPAK! MP MERBOK MEMALUKAN DIRI BERTANYA SOALAN TIDAK BERKAITAN!

Dewan hampir kecoh, Ni bulan puasa kata speaker, YB tahu peraturan tetap...

TERGAMAK BETUL! - PMX DEGREE SASTERA SAJA - TAK LAYAK URUS KWSP | Ir. Ts...


Seorang pemimpin Pas yang aktif di media sosial dilihat tergamak menempelak graduan universiti bidang sastera ketika mengkritik apa yang dianggapnya campur tangan Perdana Menteri dalam menentukan hala tuju pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Nurul Islam Mohamed Yusoff dalam kenyataannya hari ini yang menggunakan gelaran “Ir. Ts.” menasihati PMX agar “jangan diganggu KWSP” ketika dana persaraan itu mencatatkan prestasi dividen yang cemerlang selain lonjakan prestasi Simpanan Shariah dan peningkatan ketara caruman sukarela. “Nasihat aku, sudahlah PMX, jangan diganggu KWSP. Biar dorang buat pelaburan mengikut keputusan jawatankuasa pelaburan mereka yang lebih pakar.


KETUA DEWAN ULAMA' PAS PERASAN HANG SAHAJA ALIM !!!

TERKINI! 'Silap besar' rehatkan Razman- UMNO | Maszlee sekolahkan DAP | ...

Antara menarik tengah hari ini: 1. Nga Kor Ming beritahu, dividen kukuh KWSP tunjukkan Kerajaan madani berada di landasan betul.
2. Maszlee Malik dikritik pemimpin DAP selepas tegur cadangan MP Kota Melaka berkait Sejarah kaum.
3. MB Perak dedah, enam calon disenarai untuk pertimbangan PRK Ayer Kuning.
4. Mohamad Sabu beritahu, perubahan iklim ancam keterjaminan makanan Malaysia.
5. PN Tapah buat laporan polis berkait isu aktiviti campur BPI dan BPT.
6. Pemuda UMNO sifatkan keputusan pas pusat rehatkan Razman Zakaria akan untungkan pihak lawan. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾 “Bersama Melangkah Dengan Yakin”








Sidang Media SPRM mengenai kes rasuah didakwa berkait PM9, nilai rampasa...

GEMPAK! PEMBANGKANG KUAT HALUSINASI HABIS KENA SEKOLAHKAN MENTERI KEWANG...

KPKM Diarah Segera Pulihkan Bekalan Beras Tempatan – PM Anwar

 

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 3 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 3 Mar – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyegerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, Perdana Menteri juga mengarahkan KPKM supaya memaklumkan perkembangan berkenaan pemulihan bekalan BPT secara berkala kepada rakyat.

“Insya-Allah pemulihan bekalan ini sedang dilaksanakan secara berfasa,” kata Tunku Nashrul menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Pejabat Perdana Menteri Malaysia (PMO Malaysia) hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan pegawai sebelum menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu dilaporkan sebanyak 30 tan BPT telah diedarkan kepada pengguna di Perlis bermula minggu ini.

Media pada Sabtu lalu melaporkan KPKM memaklumkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Operasi BPT mendapati punca kekurangan bekalan BPT adalah disebabkan masalah struktur harga belian padi, kos pengeluaran beras dan harga siling BPT.

Selain itu kementerian memaklumkan ia juga disebabkan oleh tiada peruntukan khusus mengenai larangan percampuran beras dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).



SPRM pamer wang tunai RM170 juta, selonggok emas

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPM) hari ini mempamerkan duit RM170 juta, 16kg jongkong emas serta lain-lain barang rampasan berkaitan dengan Datuk Seri Ismail Sabri.

Kesemua barang rampasan hasil serbuan pihak berkuasa itu dipaparkan dalam sidang media sebentar tadi.


Turut terlihat adalah selonggok barang kemas yang masih lagi belum dinilai. SPRM menjangkakan nilai rampasan melebihi RM177 juta.


Untuk rekod, wang tunai yang dirampas meliputi nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan.




Agensi anti rasuah itu difahamkan telah menyerbu tiga premis termasuk sebuah ‘safehouse’ sebelum menemui wang ratusan juta ringgit.



SPRM telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.



Ismail sebelum ini telah disoal siasat berkaitan perbelanjaan kerajaan untuk kempen promosi ‘Keluarga Malaysia’ sepanjang tempoh 14 bulan dia menjadi perdana menteri kesembilan.








Lebih 400 Warga JPM Hadiri Majlis Ihya’ Ramadan Bersama PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama kira-kira 400 kakitangan JPM bersama-sama menunaikan solat Zuhur sejurus tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah pada Majlis Ihya Ramadan Perdana Menteri Bersama Warga JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025.

PUTRAJAYA, 3 Mar – Lebih 400 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) menghadiri Majlis Ihya’ Ramadan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra di sini, tengah hari tadi.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Ia adalah Majlis Ihya’ Ramadan pertama yang dihadiri Perdana Menteri, yang dijadual akan diadakan di 12 kementerian sepanjang Ramadan kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah pada Majlis Ihya Ramadan Perdana Menteri Bersama Warga JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025.

Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah, bertajuk “Puasa dan Hikmah Madani: Keseimbangan antara Material dan Spiritual.”

Pada tazkirah berkenaan, Luqman menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan Perdana Menteri dalam perjumpaan bersama pengurusan tertinggi kementerian dan agensi sebelum majlis itu, berhubung kepentingan umat Islam negara ini untuk maju ke depan dalam isu agama.

“Saya cukup terkesan dengan taklimat tadi, yang mana kita perlu berbicara perkara yang lebih tinggi standardnya dan tidak lagi terperangkap dan berbalah dalam hal kecil, yang tidak bawa ke mana,” katanya.

Kira-kira 400 kakitangan JPM bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar tazkirah yang disampaikan Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah pada Majlis Ihya Ramadan Perdana Menteri Bersama Warga JPM di Putrajaya pada 3 Mac 2025.

Mengambil contoh penentuan awal Ramadan, terdapat pelbagai pandangan mengenainya kerana ia boleh ditentukan melalui sistem hisab, rukyah dan imkanur rukyah, seperti diamalkan di Malaysia.

“Tidak mungkin kita cari satu pandangan apabila kaedahnya berbeza. Kita boleh bersatu dalam satu perkara kalau kaedah sama diguna pakai tapi jika manhaj berbeza, akan bawa perbezaan dalam pandangan,” katanya.

Pada masa sama, Luqman turut mengajak hadirin supaya melebihkan amalan pada Ramadan, termasuk solat berjemaah, Qiamullail dan tadarus al-Quran.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menunaikan solat Zohor secara berjemaah, yang diimamkan Luqman.

Beliau turut meluangkan masa bersalaman dan beramah mesra bersama warga JPM.



Ubah Wang Haram: Ismail Sabri Kini Suspek, Bukan Saksi – SPRM

 

Ismail Sabri ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Damansara yang kini menjadi seorang suspek dalam kes pengubahan wang haram.

KUALA LUMPUR, 3 Mar – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi suspek yang disiasat dan bukannya saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dijalankan agensi itu.

Beliau berkata, antara tindakan yang dilakukan SPRM terhadap beliau ketika ini adalah meminta melakukan perincian harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM.

Beliau berkata, penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dalam ‘safehouse’ berkenaan juga mengesahkan Ahli Parlimen Bera itu sebagai seorang suspek.

SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya.

“Dalam hal ini yang tu saya boleh katakan beliau adalah suspek kes ini, kerana beliau sudah diminta memperincikan harta mengikut Seksyen 36 Akta SPRM (pengisytiharan harta).

“(Yang) kedua apabila penemuan wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripadanya mengenai penemuan wang itu,” katanya.



SIDANG MEDIA TERKAIT DUIT





 SPRM akan mengadakan sidang media pada jam 1 tengah hari berkaitan tindakan menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dan pelbagai barangan dikaitkan dengan empat bekas pegawai kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


#malaysiagazette


TAMPUNG SIKIT SAJA ..

 


Caj wad kelas 3 percuma ni sangat bagus dan admin puji komitmen kerajaan Terengganu



Walaupun amaun yang ditanggung kerajaan negeri kecil berbanding subsidi kesihatan daripada kerajaan Pusat, tapi ia adalah baik


Contohnya caj normal wad kelas 3 sehari adalah RM40. 


Kerajaan Pusat telah menanggung kos sebanyak RM37. 


Jadi baki RM3 sahaja yang dicaj dan inilah yang dibayar kerajaan Terengganu ♥️


Sebelum ini, hanya golongan tidak berkemampuan yang mendapat bantuan melalui agensi kebajikan. Kini semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin juga ditanggung.


Tiada lagi kerajaan negeri yang melaksanakan inisiatif ini. Terengganu yang pertama mencipta sejarah


Tahniah! 


#MajuTerengganuKu




HANG TUNGGU LA MCMC PANGGE HANG ...KALUT BUAT APA..


Najib Bakar

 

Bukti screen recording komen jelik tu memang dihantar oleh Adun PAS Azhar Ibrahim Cikgu At 



Adun PAS di DUN Ayer Hitam, Kedah punya bahasa yang langsung tak melambangkan seorang YB dan seorang bekas cikgu.


Menjijikkan.


Takdak kerja aih aku nak fitnah nak buat fake profile bagai. Ingat aku ni lekeh macam type W ka? 


Kalau tidak bersandarkan fakta, aku takkan sesekali masuk gelanggang.


Sampai panik lah cytro PAS dan Adun PAS ni sendiri dok mintak-mintak link. Nak delete komen la tu. 😝


Tunggu la MCMC panggil hang untuk siasatan. Nanti depa tunjuk la kat content mana hang komen tu.


Ni aku tunjuk sneak peek dulu. Aku cover blur beberapa maklumat content tu.


Tapi kepada MCMC, depa dapat yang penuh beserta dengan link.


Hampa tengok bila aku klik kat profile name YB tu, FB akan bawa ke profile YB ni sendiri, bukan ke fake profile.


Aku screen recording ni petang kemarin, nampak dak beberapa posting YB ni petang kemarin?


Siap si Abu Gen kata nak hantar surat saman.


Oh...SILAKAN. SILAKAN. SILAKAN.


Jadi, sabaq sat YB noh. Tunggu MCMC panggil, hang tau la link tu.


Tula, dah biasa sangat banyak maki kot, sampai lupa kat content mana. 


Yang pasti, memang confirm komen hang sendiri. ☺️


Najib Bakar 

2 Mac 2025



REFORMASI YANG TELAH DIBUAT.

 


Terdengar laungan di luar sana. 




Reformasi bertukar jadi Reformati. 


Tapi bila kaji dan semak fakta, banyak juga yang dibuat sudah. 


Dalam masa 28 bulan, banyak benda yang tertunai. Tambahbaikan yang menyekat Kerajaan buat perangai. 


Ini semua reformasi yang menyekang mana2 manipulasi tak kira pihak mana pun naik jadi Kerajaan. 


Orang kata, slowly but surely. Selagi mana Kerajaan ini mengota janji, sedikit demi sedikit membawa perkara baik untuk rakyat dan negara, kita sokong mereka. 


ISLAH sediakan fakta dan data untuk anda menilai sendiri. 


PRU16 nanti kita tengok kembali prestasi mereka ini. Kalau reformasinya dicapati, janji tinggal janji, tak semestinya diundi kembali. 


Namun jika ikhlas bekerja di hati, rakyat dan negara didahului, in sya Allah akan diangkat lagi. 


#jihadintelekrakyat #ISLAH



NOHH SAMA KONVENTIONAL DANSYARIAH

 


Sekali lagi kehebatan madani terbukti. Kali ini simpanan syariah dan konvensional sama. Tiada lagi sebab muslim terus kekal dengan konvensional. Beralihlah ke syariah. Un xpayah sibuk-sibuk sini. Un bukan ada kwsp pun. Un kan berjihad kiki





TINDAK TANDUK RAMAN


MSO

 

Pas gantung pesuruhjaya negeri Perak kerana parti itu menyedari tindak tanduk pesiruhjaya itu menyusah bahkan mencemarkan imej parti berkenaan.


Tindakan itu tepat, tidak wajar Pas membusukkan dengan gelagat dan sifat orang seperti itu.


Sebenarnya presidennya juga sudah tak relevan dan merugikan Pas dan maayarakat kerana cara dia berpolitik langsung tidak mencerminkan parti gemulah chek itu  sebagai parti bernuansakan agama. 


Cuma Pas tidak ada keupayaan untuk memecat atau menyimpannya. Padahal damage yang dilakukan sang presiden lebih kurang sahaja bahkan lebih parah daripada apa dilakukan persuruhjaya Pas Perak itu. Trims.



Ini dia gambaran bilik dengan wang RM170 juta dan jongkong emas

 



Warga maya menggunakan sembang chatbot ChatGPT untuk menjana gambaran wang tunai RM170 juta selepas gempar penemuan wang tunai berkait dengan bekas Perdana Menteri ke-9.

Janaan imej itu dimuat naik pengguna Facebook Jason Yew dengan kapsyen; “Gambaran keadaan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan 16 kilogram jongkong emas”.

Sebelum ini heboh desas desus mengenai penemuan wang berjumlah RM150 juta.


Namun spekulasi itu meleset selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa menemui wang tunai sebanyak RM170 juta.


Turut ditemui pelbagai mata wang asing termasuk Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Jika dikira-kira, keseluruhan rampasan berjumlah RM177 juta.


Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘safehouse’, hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Datuk Seri ismail Sabri Yaakob yang ditahan bulan lalu.

Siasatan SPRM tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika Ismail Sabri menerajui negara.




Perkukuh Amalan, Ketakwaan Dalam Menghayati Tarbiah Ramadan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam agar menjauhi pembaziran sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 1 April 2024

KUALA LUMPUR, 1 Mar – Umat Islam di Malaysia diseru agar memperkukuh amalan dan ketakwaan dalam menghayati bulan Ramadan bagi tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, Ramadan adalah madrasah tarbiah ruhiyah yang mendidik dan menguji setiap insan, selain berperanan sebagai tonggak penting dalam membina serta membentuk kekuatan dalaman umat.

“Di saat dunia dirempuh kegelisahan materialisme dan kehampaan spiritual, cahaya Ramadan hadir sebagai penyuluh yang menerangi hati dan akal,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menegaskan kepentingan Ramadan dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan khususnya dalam memupuk rasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut menegaskan kepentingan Ramadan dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan khususnya dalam memupuk rasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

“Sewaktu kita mempunyai kesempatan beribadah, ada saudara kita yang masih berlindung di bawah runtuhan batu dan terus menjadi mangsa peluru tidak bermata,” katanya.

Perdana Menteri juga menekankan falsafah tertinggi Ramadan yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mengajar setiap Muslim untuk merendahkan keangkuhan, menolak kezaliman dan mengekang ketamakan.

Umat Islam diseru memperkasa amalan dalam penghayatan Ramadan bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengajak umat Islam untuk membersihkan hati daripada kebencian, memperkukuh nilai ihsan serta kembali kepada Allah SWT dengan keinsafan dan keampunan agar memperoleh keberkatan dan kesejahteraan.

“Jangan lupa untuk jauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT serta mohon keampunanNya dalam setiap sujud agar kita semua beroleh berkah dan kesejahteraan,” katanya.



Rupanya bibit kerugian sejak 2003 lagi, ini patut Pos Malaysia buat

 


Oleh NAZRI HAMDAN



Saya nak cerita pasal kerugian Pos Malaysia. Sebenarnya sejak 2018 hingga 2022, saya banyak gunakan servis mereka sebelum saya pindah gunakan servis syarikat lain.

Pada masa itu, kos courier saya cecah lima angka sebulan untuk cover kos penghantaran parcel. Parcel-parcel ini saya hantar ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Kenapa saya pindah ke syarikat lain? Jawabnya mudah sebab saya dah tak dapat cover lagi kos penghantaran terutamanya ke Sabah dan Sarawak yang meningkat mendadak apabila berlaku peningkatan harga courier ke sana selepas tahun 2020 akibat surcaj peningkatan harga minyak.

Bila saya pindah ke syarikat courier lain, saya dapati mereka boleh offer saya dengan harga yang jauh lebih murah.

Adalah tak logik kalau saya terus kekal dengan Poslaju sebab ia akan makan margin untung saya dengan banyak.


Tapi, saya akui saya sangat puas hati dengan kecekapan penghantaran Poslaju. Mereka memang laju dan cekap buat kerja. Barang saya selamat sampai dan cepat. Kadangkala lebih cepat dari jangkaan saya.

Diliberalisasikan

Nak tahu kenapa Pos Malaysia rugi sejak 2018 sebenarnya sangat mudah. Kalau kita perhatikan kerugian ini makin besar setiap tahun. Pada 2024, mereka rugi RM 202 juta.

Perjalanan kerugian Pos Malaysia sebenarnya bukan bermula sejak 2018 tapi sebenarnya sejak 2003 lagi walau pun pada masa tu belum nampak atas kertas. Kenapa?


Pada tahun 2003, pasaran courier telah diliberalisasikan. Maksudnya ada pemain-pemain dari syarikat courier lain yang dah boleh masuk ke pasaran. Pasaran yang dipegang oleh Pos Malaysia akan turun.


Hanya selepas 15 tahun selepas liberalisasi, Pos Malaysia mula masuk ke dalam kerugian.
Tambahan lagi, dengan perkembangan teknologi, orang dah tak guna surat. Lebih banyak berpindah pada e-mel. Di situ pendapatan surat dah turun juga.

Kalau hari ini kita pergi ke kaunter Pos, kita akan dapati majoriti pelanggan ke sana bukan sebab nak hantar parcel tapi nak bayar bil, keluarkan ASB, dan urusan pelbagai.

Sangat susah nak lihat ada orang bawa parcel ke sana sebab ada syarikat courier lain yang tawarkan penghantaran dengan harga lebih murah.

Saya yakin segmen surat dan parcel ini beri sumbangan besar pada Pos Malaysia. Tapi pada masa yang sama, mereka perlu tanggung overhead cost yang tinggi seperti tenaga kerja yang besar.

Jumlah rangkaian pun luas. Ini pun memberi tekanan kos tetap pada elektrik dan pelbagai lagi kos penyelenggaraan bangunan.

Sangat susah untuk Pos Malaysia bermain dalam pasaran yang sangat kompetatif tanpa penstrukturan semula kos.

Kalau kita lihat pada syarikat courier yang lain, mereka sangat fleksibel dalam pengurusan kos.

Misalnya, kalau ada satu cawangan yang mula menunjukkan penurunan dalam pelanggan, mereka akan cepat-cepat tutup dan buka di tempat lain.

Fleksibiliti ini tidak ada pada Pos Malaysia dan menyebabkan mereka terpaksa menelan belanja yang tinggi.

Tanpa penstrukturan kos ini, mustahil Pos Malaysia boleh tawarkan harga yang kompetatif pada pelanggan seperti mana syarikat courier yang lain.

Selain harga yang ditawar tidak berada dalam lingkungan harga pasaran kompetatif, Pos Malaysia mungkin akan terus berada dalam kerugian.





ADA BUKTI, MUDAH SAJA, BAWA KE SPRM..TAK PAYAH DOK KERIAU

 


SPRM PATUT SIASAT KES RASUAH DI KLIA, BUKAN TAHAN WARTAWAN – PAS


Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi keutamaan terhadap siasatan berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan isu tersebut.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, sekiranya laporan isu tersebut benar, ia lebih berpotensi menimbulkan masalah lebih serius dan berbahaya bagi keselamatan dan ekonomi negara berbanding dakwaan peras ugut jenayah yang didakwa melibatkan wartawan berkenaan.

Dakwanya, tindakan SPRM terhadap wartawan terbabit yang dibuat hanya berdasarkan laporan pihak berkepentingan langsung dilihat janggal dan menimbulkan persoalan.

“Pas percaya adalah lebih tepat dan sesuai tugas sekiranya SPRM mendahulukan siasatan ke atas laporan media berhubung kegiatan meragukan melibatkan ejen pekerja asing dan kakitangan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara, berbanding menahan wartawan yang melaporkan dakwaan rasuah.

“Agak janggal dari beberapa sudut dan perlu diteliti dengan lebih dekat, terutama dari segi motif, ketepatannya bawah undang-undang dan keutamaannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, SPRM menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ia berikutan, wartawan berkenaan dipercayai meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI.

Takiyuddin menambah, isu salah laku pegawai imigresen dan ejen pekerja asing bukan perkara baharu.

“Selain itu, semasa operasi khas SPRM dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Kelantan pula, ia turut melibatkan rampasan wang tunai berjumlah lebih RM1 juta dan penyitaan barangan kemas termasuk jongkong dan dinar emas, jam tangan berjenama, kereta, motosikal dan telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya dakwaan peras ugut jenayah oleh wartawan terbabit benar, perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan bawah Kanun Keseksaan, bukannya diambil tindakan bawah Akta SPRM.

“Sekiranya laporan media tersebut pula salah atau dianggap memfitnah, bukankah pihak terkesan turut dilindungi oleh undang-undang sama ada melalui tindakan sivil atau jenayah, bukannya dengan membuat laporan kepada SPRM?” soalnya.

Sehubungan itu beliau turut menzahirkan kebimbangan berkenaan ‘kejanggalan’ berkenaan kerana didakwa boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM sendiri.

“Ia boleh dianggap bertujuan menutup mulut wartawan dan media terbabit, sekali gus memenuhi motif dan kepentingan pihak berkepentingan langsung yang didedahkan sebelum ini.

“Tindakan itu juga boleh dilihat sebagai langkah yang berlawanan dengan peranan wartawan dan media sebagai institusi teras demokrasi, prinsip kebebasan bersuara serta semak dan imbang awam,” katanya.

Sumber – https://www.sinarharian.com.my/article/715509/berita/politik/utamakan-siasatan-kes-rasuah-bukan-tahan-wartawan—takiyuddin