10 ribu agamawan solat hajat bersama PMX


 10 ribu agamawan solat hajat bersama PMX

ANWAR BERSAMA ULAMA BERPISAH TIADA





Dari pagi tadi 200 Ulama dan Guru2 Pondok dari seluruh negara berkumpul di Putrajaya. 


Ketika ini mereka bersama sama pula dgn Ulama dan Guru2 dari luar negara bersama sama bersolat hajat utk keharmonian negara, untuk kesihatan Perdana Menteri dan untuk ekonomi yang baik untuk negara.


Sejak dahulu Ulama2 dlm dan luar negara sentiasa berdampingan dgn Perdana Menteri. Sepanjang saya mengenali politik tanahair sejak 80an lagi tiada Perdana Menteri yg disayangi Ulama2 dunia selain Anwar Ibrahim.


Siapa kata Islam terancam di zaman Anwar? Sdgkan di zaman Anwar lah Ulama2 dan Guru2 Pondok diraikan. Ini bukan kali pertama tetapi sudah berkali kali.


Tahniah kepada CEO Yadim, Ustaz Zamri Zainal Abidin II dan Cikgu Amidi yg bertungkus lumus menjayakan program sehebat ini bersama para Ulama dan Guru2 pondok di seluruh Malaysia.




PM ANWAR ZIARAH PENDUDUK DI PD.




 Dari Kampung Pachitan, saya dan Azizah bergerak ke Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson dan singgah ke rumah keluarga saudari Faridah Abbas yang diuji dengan kemiskinan. 




Keadaan keluarga ini tambah melarat apabila suaminya saudara Mohamad Ali Abdul Malek kini terlantar selepas menghidap strok pada tahun lalu. Sejak itu, saudari Faridah terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menyara hidup mereka dan empat anak. 


Saya dan Azizah amat terkesan melihat ujian berat yang menimpa keluarga asnaf ini. Saya telah mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan saudari Faridah dan keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Antaranya termasuk bantuan kiosk perniagaan untuk menjamin pendapatan saudari Faridah dengan menjual kuih-muih dan pisang goreng. Demi keselesaan mereka sekeluarga, kawasan hadapan rumahnya juga akan diratakan. 


Dengan berat hati, saya dan Azizah melangkah meninggalkan keluarga ini untuk meneruskan rencana di Negeri Sembilan. Semoga ihsan dan bantuan ini meringankan penderitaan hidup saudari Faridah untuk menguruskan suami yang terlantar sakit serta anak-anaknya. Kami berdoa semoga Allah meringankan ujian buat mereka sekeluarga, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI




ULAMAK TAK BERPOLITIK MENYOKONG PM ANWAR


 

TUNGGU ESOK LUSA. KERIAU TAK CUKUP BARANG MAHAL. KERAJAAN MENDENGAR


 

TREND DADAH DAN MEMBIMBANGKAN


 

SAYA TIDAK BUANG MANA MANA HAKIM. DILU ADA MAHATHIR BUANG..


 

SAYA TIDAK BOLEH MENDAHULUI MAHKAMAH


 

UBI KAYU DAN KANSER

 


*SHARING INFO DGN SEMUA DI PLATFORM INI TERUTAMANYA LELAKI DI KALANGAN KITA, UNTUK MEMBACA ARTIKEL INI SEHINGGA HABIS!*


Jangan berdiam diri dalam kesakitan!!!


*Makan Ubi Kayu*


Berita baik untuk mereka yang menghadapi masalah prostat, sama ada ia membesar atau berkanser.


Izinkan saya mulakan dengan berkongsi pengalaman saya sendiri mengenai prostat saya. Bapa saya dan adik lelakinya meninggal dunia akibat kanser prostat, dan saya telah hidup dengan prostat yang membesar sejak tahun 2006.


Saya telah mencuba rawatan perubatan biasa, herba, dan makanan tambahan dengan tahap kejayaan yang berbeza, tetapi pundi kencing saya TIDAK pernah kosong, dan saya pernah berasa malu beberapa kali akibat kencing TIDAK terkawal.


Namun, titik perubahan berlaku apabila pada tahun 2021 saya menaiki bas dan bertemu dengan beberapa orang tua.


Sebelum kami menaiki bas, saya menyatakan bahawa saya akan meminta pemandu berhenti untuk saya kencing di sepanjang jalan kerana masalah prostat saya yang membesar.


Ini memberi peluang yang baik untuk salah seorang orang tua tersebut memberikan kami penawar, yang katanya telah digunakan oleh bapanya sendiri.

Caranya sangat mudah, masak ubi kayu di atas api arang atau kayu.


Anda boleh makan ubi kayu yang dimasak dengan apa-apa kuah pilihan anda.


Saya mesti beritahu anda bahawa sejak kepulangan kami, ubi kayu telah dimasak untuk saya seperti yang disarankan.


Saya berada di tempat yang TIDAK mempunyai akses kepada dapur arang, jadi saya menggunakan gas untuk memasak ubi kayu. Sejak Jumaat ketika saya tiba di sini, sarapan saya adalah teh serai + halia dan lemon. Makan tengah hari adalah ubi kayu rebus.


Sebelum ini, saya bangun setiap dua jam pada waktu malam untuk kencing. Kadang-kadang, saya kencing dua kali dalam satu jam. Dan ini menjejaskan kesihatan saya. Tetapi sejak saya memulakan terapi ubi kayu, saya hanya bangun sekali sahaja pada waktu malam.


Saya TIDAK lagi merasai panas atau kesakitan yang berkaitan dengan kencing. Saya TIDAK lagi terasa ingin tergesa-gesa ke tandas untuk mengelakkan tumpahan.


Saya tahu ada ramai saudara yang lebih tua yang mempunyai masalah prostat, dan saya mengesyorkan terapi ubi kayu kepada mereka.


Cuba, atau cadangkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah prostat. Dikongsi seperti yang disalin


*UBI KAYU & SEL KANSER!!!*


Jangan berhenti, sila baca hingga habis!


Selepas makan ubi kayu selama sebulan, doktor saya memeriksa pundi kencing saya untuk kanser. Dia terkejut kerana pundi kencing saya benar-benar bersih dan normal.


Selagi saya terus makan ubi kayu, saya rasa sangat sihat dan cergas. Setiap tiga bulan, saya pergi untuk pemeriksaan dan keputusan saya kekal bersih. Sejak itu, saya hanya makan ubi kayu dan TIDAK meneruskan ubat kanser yang lain.


Encik Pereira, seorang lelaki berusia 70 tahun, telah disahkan menghidap kanser prostat. Isterinya di hospital secara kebetulan membaca artikel saya. Mereka TIDAK mempunyai wang untuk rawatan kanser, dan suntikan yang diberikan membuatkan Encik Pereira sangat lemah. 


Isterinya memberikan ubi kayu untuk dimakan. Selepas makan ubi kayu selama seminggu, keadaannya mula bertambah baik. Selepas sebulan makan ubi kayu setiap pagi, keputusan ujian PSA beliau turun daripada 280-290 kepada 5.89!


Mereka melawat saya dengan keputusan ujian sebelum dan selepas makan ubi kayu. Pereira TIDAK lagi mengalami sebarang gejala kanser prostat selepas meneruskan pengambilan ubi kayu.


Ada seorang lagi yang menghidap kanser hati dan terpaksa menjalani pembedahan. Tetapi daripada keputusan imbasan MRI, sel-sel kanser masih wujud. Jadi, dia mula makan ubi kayu selepas pembedahan. 


Sebulan selepas makan ubi kayu, doktor memberitahu dia TIDAK perlu menjalani pembedahan lagi kerana imbasan MRI TIDAK menunjukkan kewujudan sel-sel kanser dalam hatinya.


Jadi, mengapa TIDAK cuba ubi kayu untuk merawat kanser? Ia murah, mudah didapati, mudah dimasak, dan sangat sedap.


DIKONGSI SEPERTI YANG DITERIMA!!!


Ini mungkin dapat membantu seseorang; sila sebarkan. (Anda boleh mencubanya!)




MENJAWAB SHAHBUDIN HUSIN: PMX TIDAK GENTAR SUARA 160 KETUA BAHAGIAN UMNO


Sebenarnya Shahbudin Husin betul bila dia berkata pendirian 160 Ketua UMNO Bahagian mengenai Titah Adendum tidak menggentarkan PMX sama sekali. 


Masakan PMX gentar. Sebab itu titah adendum mampu tersorok hampir setahun sedangkan itu titah daripada YDP Agong ke 16.


Cuma Shahbudin silap besar. Gentar atau tidak gentar itu bukan matlamat kepada pertemuan semalam. Tetapi mesej telah sampai. Iaitu “Perdana Menteri accountable”. Sebab itu dia sedia berjumpa dengan Ketua Ketua Bahagian untuk beri penjelasan.


Mengenai ketiadaan Zahid, dia tidak melarang Ketua Ketua Bahagian berjumpa. Zahid dan Wan Rossdy buat tindakan kamikaze bila kemuka affidavit mengenai titah adendum. 


Ketua Ketua Bahagian buat tindakan susulan mengenai titah adendum itu. Tiada percanggahan. Pendirian tetap sama iaitu kekal dalam kerajaan hari ini.


Itu yang Shahbudin tidak faham. Tidak timbul adalah lebih berkesan jika ahli parlimen BN tarik sokongan. Itu bukan tujuan perjumpaan malam itu. Shahbudin lari tajuk.


Isu titah adendum tidak boleh dibiar berpanjangan. Akhirnya Terrirudin gagal jadi Ketua Hakim Negara jika minit mesyuarat JAC yang bocor itu adalah benar. Sorok yang makan diri.




SPRM BAKAL BUAT KEJUTAN KEPADA KELUARGA MAHATHIR.?

PM: Saya tak curi duit orang, tak akan letak jawatan

APA ABAHKOW KELENTONG DI KEDAH SEMALAM? | MUHYIDDIN Turunkan PMX

Misteri ketidakhadiran Pas ketika Bersatu mengundang parti di luar blok kerajaan, pembangkang


 

Semalam timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa presiden Tan Sri Hadi Awang tidak dapat menghadiri acara Bersatu bersama parti di luar kerajaan dan pembangkang kerana mempunyai acara lain.

“Kebetulan presiden mempunyai program yang telah diterima lebih awal dan tidak dapat dielakkan,” katanya ringkas, kata Tuan Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden pula mendakwa sayapnya tidak mendapat maklumat berkenaan pertemuan tersebut.


Ini misteri seolah-olah Pas hanya mempunyai seorang pemimpin sahaja.

AJK Pas Pusat adalah seramai 40 orang. Ahli parlimen sahaja ada 43.

Takkanlah seorang dari kalangan 40 AJK Pas Pusat dan seorang ahli parlimen pun tidak mampu mewakili parti mereka sedangkan Pas ialah parti dengan MP paling ramai di Dewan Rakyat.



Atau adakah ketidakhadiran terancang kerana Pas kenyang dengan undi Melayu semata-mata?

Dalam sesi muktamar lalu, macam-macam kaedah pelik bin ajaib dikemukakan untuk mendapatkan undi bukan Islam.

Pas juga mempunyai Dewan Himpunan Penyokong Pas yang hingga kini tidak diketahui keberkesanannya.

Mungkin sahaja Pas sudah menyerah kalah dalam usaha mendapatkan undi bukan Islam.


Malah naib ketua Bersatu Bersekutu Datuk Seri R Sanjeevan pernah menyatakan bahawa Pas punca bukan Melayu tidak menyokong PN.



Untuk rekod, presiden Bersatu telah berjumpa dengan PSM, Muda, MAP, Pejuang, Urimai, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Berjasa dan PPP.

Turut hadir ialah anggota komponen PN- MIPP dan Gerakan.






PMX BALUN KOW-KOW TUN M MATNUSI HAMZAH | Turun Anwar - Siapa nak ganti?

DS ANWAR DIKELILINGI PENYOKONG DI PERMATANG PAUH! TERBAIK PENANG!

UMNO KEMBALI KEPADA PERANGAI LAMA MEREKA?? DIMANA KC KEADILAN?

SELAMAT TINGGAL PEMBANGKANG? SELURUH PENYOKO PAS SERTA PENYOKONG PEMBANG...

PMX dan kerajaan sekarang bekerja ,rakyat perlukan kestabilan bukan politik hasut dan fitnah di kalangan masyarakat Malaysia.


 



Muhamad Nur Ismail

Saya terbaca tulisan dari AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor, yang ajak rakyat turun 26 Julai ini kononnya sebab kerajaan sekarang gagal. Tapi bila baca satu-satu, jelas sangat tulisan dia penuh dengan fitnah, putar belit dan hasutan murahan. Di bawah ni saya jawab satu persatu isi tulisan dia dalam bahasa yang mudah dan senang nak faham:

  1. Rakyat marah? Tapi bantuan makin bertambah!

Kalau rakyat marah sangat, kenapa STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA, Menu Rahmah, bantuan sewa rumah, bakul makanan, bantuan usahawan semua tu jalan terus? Takkan marah tapi ambil bantuan?

  1. Hampir 2 tahun bukan masa pendek tapi lebih baik dari 33 tahun PAS perintah Kelantan takda air bersih

PMX baru perintah 2 tahun, PAS dah bising. Di Kelantan, PAS dah lebih 30 tahun, air pun keruh lagi. Elok cermin diri dulu.

  1. Janji manifesto bukan tak buat, tapi buat ikut keutamaan dan bajet negara

Kerajaan tak pernah lari dari manifesto. Tapi tak semua boleh buat serentak. Mana yang penting untuk rakyat, itu yang didahulukan. Bukannya berjanji bulan bintang macam PAS lepas tu lupa sendiri.

  1. Isu cukai? Subsidi disasar, bukan ditarik

Kerajaan tak tarik subsidi, cuma salur kepada orang yang betul-betul layak. Dulu subsidi terbuka sampai tauke kaya, warga asing pun dapat. Sekarang rakyat miskin yang betul-betul susah dapat bantuan khas.


  1. Kononnya negara makin tak selamat? Tapi indeks jenayah makin turun

Statistik jenayah dari PDRM tunjuk penurunan. Bukan makin teruk macam yang PAS dakwa. Yang mereka sebut cuma nak takutkan orang kampung.

  1. Menteri tak kompeten? Siapa yang lantik menteri masa PN dulu yang gagal urus COVID, ekonomi hancur?

Zaman PN, Menteri asyik keluar masuk TV tapi tak buat kerja. Sekarang menteri kerja diam-diam, tapi hasilnya nampak.

  1. Hutang negara tinggi? Sebab hutang zaman PN naik mendadak

Zaman Muhyiddin & Ismail Sabri, hutang negara melonjak. Sekarang kerajaan cuba stabilkan fiskal negara, bukan tambah beban.

  1. Himpunan 26 Julai? Dah bosan rakyat tengok PAS main jalanan

Dulu masa jadi kerajaan, PAS kata demonstrasi tu kerja khianat. Sekarang bila takda kuasa, mereka ajak orang turun jalan. Rakyat dah bijak.



  1. PMX dikata suka melancong? Tapi setiap lawatan bawa balik pelaburan berbillion ringgit

Contoh: lawatan ke China, Korea, Eropah semua bawa balik pelaburan yang buka peluang kerja untuk rakyat. Nak tarik pelabur, kenalah jumpa mereka.

  1. Isu kaum dan halal? PAS main api perkauman yang bahaya

Sijil halal tetap dikawal JAKIM. Yang bising tu mereka sendiri yang tak faham. Tuduh bukan-bukan seolah-olah Islam makin lemah. Padahal bajet Islam naik zaman PMX.

  1. Bahasa Melayu dan negeri Melayu konon dianaktiri? Tapi bajet kepada negeri PAS tetap disalurkan

Terengganu, Kelantan, Kedah tetap dapat peruntukan. Cuma mereka tak pandai urus, lepas tu salahkan orang lain.

  1. DAP ditakutkan kepada orang Melayu? Tapi DAP tak pernah ambil portfolio agama Islam

PAS ulang-ulang takutkan rakyat dengan DAP. Tapi tengok sendiri, DAP tak pegang pun hal ehwal Islam, tak ganggu pun. Isu URA tu pun dah dijawab dan dibetulkan.

  1. Sekolah Cina dapat bantuan? Sekolah Agama pun dapat peruntukan paling besar dalam sejarah

Kerajaan bantu semua kaum. Sekolah pondok, tahfiz, SRA, semua dapat. Jangan sempitkan fikiran kononnya bantu satu kaum saja.

  1. Isu konsert? Dulu zaman PN pun penuh konsert

Konsert bukan benda baru. Tapi semua kena mohon permit, ikut garis panduan. Konsert tak sama dengan maksiat. Budaya hedonisme pun bukan sebab kerajaan, tapi sebab kurang bimbingan dari semua pihak termasuk PAS sendiri.

  1. Fitnah konon kerajaan ini anti-Islam? Tapi bajet hal ehwal Islam naik, reformasi institusi berlaku

Zaman sekarang bajet JAKIM, pendidikan Islam, tahfiz semua naik. Mahkamah Syariah diperkasa. Ini bukan tanda anti-Islam, tapi tanda Islam dimartabatkan dengan cara berhemah dan adil.

Saya lihat Dr Riduan dan PAS dah kehabisan modal. Mereka hanya tahu jerit, marah, kutuk dan buat rakyat takut. Tapi bila mereka perintah, satu benda pun tak selesai. Rakyat makin sedar kita tak mahu kembali ke zaman drama, demonstrasi dan dendam.



PMX dan kerajaan sekarang bekerja ,rakyat perlukan kestabilan bukan politik hasut dan fitnah di kalangan masyarakat Malaysia.





Rekod PN ketika COVID-19 adalah ulangan mimpi gagal


 

Kenyataan terbaru oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin yang mendakwa bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai rekod dan pengalaman lebih baik ketika memerintah negara sewaktu krisis COVID-19 adalah satu kenyataan yang bukan sahaja dangkal, bahkan tidak menjejak kaki ke alam nyata.


Ia merupakan satu bentuk penipuan sejarah terhadap rakyat Malaysia dan cubaan untuk menutup kegagalan nyata pentadbiran beliau yang digelar secara meluas sebagai kerajaan gagal oleh pelbagai lapisan masyarakat — termasuk pakar kesihatan, ahli akademik, penganalisis ekonomi dan rakyat marhaen sendiri.



Realiti Pahit Kerajaan PN: Antara Darurat Politik dan Kelumpuhan Demokrasi


Kerajaan PN yang dipimpin oleh Mahiaddin tidak berjaya mengurus negara, sebaliknya lebih berjaya mengisytiharkan darurat politik kononnya demi membendung COVID-19, sedangkan matlamat sebenar ialah untuk mengekalkan kuasa dalam situasi parlimen yang tidak stabil.

Antara Januari hingga Ogos 2021, Parlimen digantung sepenuhnya — satu tindakan yang menjejaskan fungsi semak dan imbang serta membuka laluan kepada keputusan-keputusan yang tidak telus dan lemah.


Kekangan terhadap demokrasi ini disifatkan oleh ramai pihak sebagai pencabulan prinsip perlembagaan dan memperlihatkan ketakutan PN terhadap suara rakyat dan pembangkang yang semakin lantang.



Menteri “No Class”: Kabinet Terbesar, Paling Lemah



Pentadbiran Mahiaddin mencipta sejarah sebagai kabinet terbesar dalam sejarah Malaysia moden — tetapi saiz bukan ukuran kualiti. Ramai menteri dan timbalan menteri ketika itu dikritik kerana tidak berfungsi, bersikap elitis, dan gagal memahami denyut nadi rakyat.

Lebih menyedihkan, dalam saat rakyat tertekan dengan kehilangan pekerjaan dan penurunan pendapatan, ahli-ahli kabinet PN menikmati pelbagai elaun dan keistimewaan, menunjukkan jurang empati yang amat besar antara pemerintah dan rakyat.



Fakta Ekonomi: Kemerosotan Terburuk Sejak Krisis 1998



Untuk membidas kenyataan Mahiaddin, kita hanya perlu meneliti angka dan laporan rasmi ketika era pentadbirannya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan laporan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM):

  • Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak -5.6% pada tahun 2020, iaitu kemerosotan terburuk sejak Krisis Kewangan Asia 1998.
    (Sumber: Laporan Ekonomi BNM 2020)
  • Penguncupan ini turut membawa kepada penutupan lebih 30,000 perniagaan kecil dan sederhana (PKS), seperti yang dilaporkan oleh Persatuan PKS Malaysia.
    (Sumber: SME Association of Malaysia, 2021)
  • Kadar pengangguran melonjak kepada 5.3% pada Mei 2020, dengan hampir 826,000 rakyat Malaysia menganggur — angka tertinggi dalam sejarah moden negara.
    (Sumber: DOSM Labour Force Report, 2020)
  • Pelaburan langsung asing (FDI) turut merosot lebih 54% pada tahun 2020, menjadikan Malaysia antara negara ASEAN paling teruk terjejas.
    (Sumber: UNCTAD World Investment Report 2021)

Ini bukan sekadar angka. Ia adalah realiti pahit yang dialami oleh berjuta rakyat Malaysia yang kehilangan kerja, perniagaan, pendapatan dan masa depan.



Zahid Hamidi: “Jangan Mimpi Di Siang Hari”



Presiden UMNO yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam kenyataan balasnya terhadap dakwaan Mahiaddin, dengan tegas menempelak kenyataan tersebut.

“Kerajaan yang kononnya mahu dibanggakan itu adalah kerajaan yang digelar kerajaan gagal oleh rakyat. Janganlah mimpi di siang hari, cerminlah diri sebelum bercakap soal rekod dan pengalaman.


Zahid menegaskan bahawa rakyat Malaysia masih belum melupakan ketidakcekapan dan kejumudan pentadbiran Mahiaddin ketika pandemik — termasuk kelemahan dasar ekonomi, ketidaktentuan SOP, serta penggantungan parlimen yang menjadikan negara seperti diperintah secara diktator.

#KerajaanGagal: Gelombang Kemarahan Rakyat



Kegagalan kerajaan PN jelas terpancar melalui kemunculan gerakan rakyat seperti #KerajaanGagal di media sosial, yang mencerminkan kekecewaan besar rakyat Malaysia terhadap cara kerajaan mengurus pandemik. Kempen bendera putih yang tular pada pertengahan 2021 juga menjadi simbol betapa teruknya keadaan ekonomi isi rumah ketika itu, dengan rakyat terpaksa mengangkat bendera sebagai isyarat mereka tiada makanan — satu keadaan yang menyayat hati, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia.



Pengurusan Pandemik yang Kucar-Kacir



Kerajaan PN juga dikenang kerana ketidaktentuan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk pelbagai versi PKP, SOP yang kerap berubah-ubah, dan penguatkuasaan yang tidak konsisten. Keputusan sering dibuat secara adhoc dan tanpa koordinasi yang baik antara kementerian, menyebabkan kekeliruan besar di kalangan rakyat dan komuniti perniagaan.

Sebagai contoh, pada satu ketika, kedai gunting rambut dibenarkan buka semasa PKP penuh, manakala kedai buku ditutup, menunjukkan keutamaan yang tidak masuk akal.



Dasar Ekonomi Tidak Berkesan dan Gagal Lindungi Rakyat



Bantuan ekonomi seperti PRIHATIN dan PEMULIH yang diumumkan kerajaan PN ketika itu banyak dikritik kerana pelaksanaannya yang lambat, tidak inklusif dan tidak bersasar. Ramai golongan B40 dan M40 jatuh ke dalam kategori miskin tegar akibat kelembapan bantuan sampai ke tangan mereka. Ketika dunia memacu pemulihan ekonomi melalui inovasi digital dan sokongan bersasar, Malaysia di bawah PN terperangkap dalam dasar-dasar reaktif dan penuh retorik.



Naratif Ulangan: PN Masih Berangan di Siang Hari


Mahiaddin dan PN kini cuba menjaja naratif kononnya mereka telah berjaya ketika zaman pandemik — satu mitos yang tidak dapat diterima oleh akal waras rakyat yang melalui sendiri keperitan hidup ketika itu. Mereka yang kehilangan keluarga kerana kelewatan rawatan, yang dipecat kerja tanpa sokongan mencukupi, dan yang tidur malam dengan perut kosong pastinya tidak akan lupa akan ketidakcekapan dan kebutaan pentadbiran PN terhadap realiti rakyat.


Kesimpulan: Rakyat Tidak Mudah Lupa



Rakyat Malaysia tidak mudah lupa. Kenyataan Mahiaddin adalah cubaan terdesak untuk membersihkan sejarah politik yang sudah tercemar. Tetapi sejarah tidak boleh ditulis semula hanya dengan kenyataan media. Ia diukir dalam pengalaman rakyat, dalam air mata yang tumpah, dan dalam suara-suara yang bangkit menentang kerajaan yang gagal.



Kepada Mahiaddin dan PN, mimpi dan angan-angan tidak akan menghapuskan realiti pahit pentadbiran anda. Negara ini sudah bergerak ke hadapan, dan rakyat tidak mahu kembali ke zaman kegelapan yang anda simbolkan.







ULAMAK PAS SOKONG ANWAR

Ustaz Ridzuan Bakar


 Kira² 24 jam yang lalu, saya ada buat 'posting' berkaitan keterbukaan PMX dan Syeikh Wazir dalam berhubungan.




Saya turut menyebut berkaitan qaul qadim - pandangan versi lama - beliau bahawa mengundi perjuangan Islam (membawa maksud PAS, kerana disebut dalam majlis kempen PAS) adalah Fardhu Ain. 


Ternyata malam tadi, beliau telah menzahirkan qaul jadid - pandangan versi baru - yang menyatakan bahawa 'kepimpinan' Islam - merujuk kepada PMX secara jelas - wajib dipertahankan, kalau boleh bukan lima tahun sahaja, bahkan sampai mati seperti zaman Khalifah yang lalu. Beliau juga 'mengkritik' secara halus terhadap mereka yang nak jatuhkan PMX bahawa 'ini bukan cara Islam', demikianlah halnya apabila 'hikmah' dizahirkan..


Beliau adalah 'sahabat' lama PMX, budak² 'nagoi' yang nak pi himpunan 26/7 ni tak kenal macam beliau kenal PMX. Tak kenal maka tak cinta ! 


Wassalamu




TULISAN LEKEH SEORANG YANG BERGELAR PHD DAN AJK PAS PUSAT. SAYA MENJAWAB DENGAN BERBAGAI ISU YANG DITIMBULKAN MELALUI PENJELASAN OLEH PERDANA MENTERI MENTERI DAN ORANG AWAM. TURUN ANWAR, " ANWAR STEP DOWN!" : NEGARA INI WAJIB DISELAMATKAN.




Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor




Saat puluhan ribu(tak sampai puluh ribu)





 rakyat memadati Stadium Suka Menanti Alor Setar, seperti mencetus isyarat jelas kebangkitan rakyat untuk berhimpun pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur. Tanah leluhur ini sedang menggelegak panas, suhu kemarahan rakyat sudah tak terbendung. Menggebu keinginan rakyat untuk pesta bantahan 26 Julai di tengah jantung Kotaraya. Seperti mengira detik jam yang culas berputar, kerana sejak bantahan ICERD 2018 belum ada unjuk rasa berskala besar untuk menunjukkan bantahan awam kepada regim yang gagal ini . 





Seperti majal sial yang datang bertindan tindih, menghempap batu gemala kepimpinan negara, dua tahun dua bulan negara ini tak berhenti daripada rungutan serta bebelan rakyat sejak 22 November 2022. 


Empat bulan lagi , maka akan genap tiga tahun pemerintahan  kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, ianya bukan masa yang singkat untuk tidak melunaskan janji reformasi. 




Kegagalan menunaikan manifesto PRU 15, tekanan kepada kebebasan menyuarakan pandangan, malah rakyat disergah dengan angkuh apabila meminta kerajaan melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto. Diikuti dengan polisi 'flip flop' kerajaan PHBN serta teknik pusingan U yang kerap sehingga menimbulkan kemualan berganda kepada rakyat. 






Dr PHd... Tapi kiok berbagai isu malah seringkali menulis dan memutar fakta. 


Cukai demi cukai diperkenalkan sehingga rakyat dihimpit ke ruang paling sempit kehidupan. Emosi rakyat tidak lagi stabil, kes kes pembunuhan, peningkatan indeks jenayah, hilang jatidiri dan merimbun pesta pora maksiat, termasuk seks luar tabie. ( Tempat lain tak buat SERAMBI MEKAH kena TANGKAP)



 Semenjak awal rakyat memerhatikan tingkah laku barisan Menteri yang tak kompeten, anggota legislatif, anggota eksekutif daripada pihak kerajaan dengan keobsesan mereka terhadap pangkat darjat , membina kroni kapitalisme serta polisi yang gagal untuk memakmurkan negara. Bak "Kabinet lipas" yang menempatkan pelbagai Menteri yang tak piawai, ada yang tanpa kualifikasi kertas, pemabuk, cenderung menggunakan apparatus kerajaan untuk menyelamatkan diri, pembohong tahap ketagihan atau Mythomania, serta pelbagai tampang buruk yang lain. Hutang negara telah meningkat dengan pantas, terkini 1.3 trillion, pastinya akan terpikul pada beberapa generasi akan datang untuk melunaskannya. 

(SIAPA MENTERI PEMABUK DAN MENTERI PERASUAH DALAM KERAJAAN PH? YANG KINI DIADILI... MELAINKAN BANYAK KES DI PIHAK PAS DAN PN SEDANG MENANTI KES. 







Sebelum menjelang tarikh 26 Julai, rakyat diugut secara halus serta diperlecehkan seolah berhimpun secara aman adalah satu kesalahan yang besar. PKR Putrajaya contohnya membuat laporan polis terhadap harakah kononnya menghasut rakyat. Ironinya, politikus asal jalanan ini seolah lupa asal muasal penubuhan parti bernuansa reformasi ini. PKR tembuninya ditanam diatas bentrokan aparat keamanan, dibajai benih dengan siraman air kimia FRU, belantan FRU adalah makan minum aktivis mereka. Rupanya kelompok politikus jalanan ini apabila mendapat kuasa lebih jahat daripada kerajaan yang mereka cemuh selama ini. Tanpa sedar rakyat memerhatikan mereka, dengan pantas cuba menukar cara hidup sekelip mata sehingga mencuat rasa menyampah rakyat. 


Era PMX yang ternyata gagal ini, rakyat melihat kepimpinan negara seperti badut politik. Kenyataan media yang sering bercanggah diantara satu sama lain, bahkan persaingan dalaman, intriq serta polemik berpanjangan, kecuaian intergriti bahkan ada yang masih tak menguasai potfolio masing-masing.






 Beras tempatan hilang,(beras melambak. BUKAN ZAMAN pas dalam KERAJAAN teloq tak ada bagai..bunuh DIRI banyak... addendum hilang,Bukan KUASA pm)  kos kehidupan mencanak, segalanya memeritkan rakyat dengan kuasa beli yang semakin mengecil. ( Kedai makan penuh..rancak jalan ) PMX rajin ke luar negara dengan pelbagai alasan kononnya untuk menarik pelaburan namun rakyat tak melihat perkembangan ekonomi yang baik, malah pelbagai subsidi untuk rakyat ditarik balik ( Minyak Masih lagi bersubsidi ..diesel Masih dikenakan cjkai bagi yang mampu Dan BERNIAGA ) . Puluhan juta seolah hangus percuma untuk membiayai kos PMX serta rombongan berlanglangbuana ke pelbagai negara dalam tempoh setahun dua ini.


( ADALAH ke LUAR negara untuk makan ANGIN atau melakukan RUNDINGAN pelaburan )  PMX tanpa secubit rasa malu mengumumkan billion demi billion potensi  pelaburan, seterusnya rakyat dicukainya. Sangat kontradik!. (

SST cukai yang bukan melibatkan semua BARANG kecuali mahakaya)



PMX gagal menyatukan rakyat berbilang kaum, Kesenjangan kaum semakin melebar kerana isu ada kaum yang merasa besar kepala Apabila PHBN memerintah. Mereka berani menggunakan kuasa untuk memperlekeh sijil halal, bahkan menghidangkan makanan non halal kepada Muslim. Menjelang hari Natal tahun lepas , ada Kementerian beria mewujudkan euforia krismas di premis kerajaan tanpa menghiraukan sensitiviti agama, malah Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kerajaan yang rapuh ini menganggu kebebasan bersuara di alam siber, mematikan akaun yang aktif berseberangan idea dengan kerajaan. Ugutan halus, intimidasi kepada anak anak muda yang membangkang polisi kerajaan, bahkan menggunakan aparat keamanan untuk terus menekan suara pembangkang. Krisis dalam badan kehakiman negara memicu kebangkitan pengamal undang- undang sehingga mereka berarak di Putrajaya pada minggu lepas. ( BUKAN KUASA pm..MELAINKAN KUASA MRR menentukan. KUASA bukan DIBAWAH PM tetapi MRR)


PMX gagal untuk mengawal limpahan warga asing ke negara ini, migran ini mencuri peluang pekerjaan rakyat tempatan terutama anak anak muda. Malah membimbangkan dengan pemberian taraf kewarganegaraan yang tak terkawal terutama dari Tanah Besar China. Dap, ( Tuduhan melampau Dan TELAH dijelaskan oleh MENTERI KDN.?




 sekutu besar serta paling dominan dalam kerajaan PMX ini sangat berminat menjaga portfolio PBT dimana kerajaan negeri yang pakatan ini kuasai. Orang Melayu wajib curiga dengan usaha menstrukturkan semula perbandaran atas nama URA dengan matlamat mengubah demografi politik amatlah merbahaya kepada kaum Bumiputera seolah mengulangi nasib orang Melayu di Pulau Temasik!.




 (MELAYU bandar TINGGAL di flat usang Dan untuk MEMBINA semula rumah yang sesuai?




Kerajaan PMX ini gagal memartabatkan bahasa Melayu, malah menganaktirikan negeri - negeri jantung hati orang Melayu ( Kawasan Malay belt). PMX kelihatan begitu menjaga kaum minoriti yang mendokong kuat mereka, contoh limpahan 40 billion kepada Pulau Pinang, manakala royalti Terengganu tak sebagaimana janji. Contoh lain bantuan 20 juta kepada sekolah persendirian Cina di negara ini. Dekadensi moral juga makin membuncah, 40 konsert besar terus digalang pada tahun 2025 termasuk kumpulan penghibur penyokong LGBTQ seperti My Chemical Romance tanpa menghiraukan impak negatif kepada generasi muda. Konsert Pink fish baru - baru ini telah mengorbankan empat jiwa, anak anak kampus juga cenderung kepada budaya hedonism ketimbang budaya intelektual dizaman edan PMX ini. 



Wahai rakyat Malaysia yang pernah membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan parti  seperti PMX, pakar orator yang terkenal dengan sihiran kata kata muluk sejak zaman kampus. Saya menyeru rakyat Malaysia terutama ahli - ahli NGO berbasis Islam, kalian masih ada secubit peluang untuk membaiki tanahair ini. Sabtu 26 Julai, kita pakat berhimpun di Dataran Merdeka, jam 2.00 petang. Insyaallah tiada acara berguling di atas jalan raya, tiada kenderaan polis yang akan dirosakkan atau aset Jabatan Bomba yang akan dipecahkan, tiada tayar yang akan dibakar.









 Kita hadir dengan sebanjaran tekad untuk memberikan amaran kepada regim kleptokrat, segera menunaikan janji atau PMX segera dilungsurkan. Himpunan ini melibatkan semua kaum, bervariasi strata umur, pelbagai latarbelakang pendidikan, sosio ekonomi. Kami hadir sebagai rakyat yang cinta dan peduli kepada pertiwi kami. Kami tak akan membiarkan tanah leluhur ini dirosakkan oleh PMX serta regim ketimbang, cukuplah dua tahun lapan bulan kami menyaksikan kebobrokan dan kebejatan cara urus negara yang tempang ini. Khalas!! 



(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI)



BENARKAH DAKWAAN IMEJ NEGARA JATUH DI BAWAH PMX? LIHAT FAKTA BERIKUT:


Abdul Ghani


Dakwaan bahawa imej negara jatuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim (PMX) adalah bersifat persepsi politik yang tidak berasaskan fakta objektif. Berikut adalah fakta-fakta dan pencapaian yang membuktikan sebaliknya:


🔎 1. PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA


World Economic Forum 2024: Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang menunjukkan reformasi ekonomi progresif dalam kalangan negara membangun.


United Nations Development Programme (UNDP): Malaysia mencatatkan peningkatan skor dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI).


Financial Times dan Bloomberg: Memuji dasar fiskal dan ketegasan kerajaan dalam menangani ketirisan, rasuah, dan pembaziran.


💼 2. HUBUNGAN DIPLOMATIK DAN PERDAGANGAN SEMAKIN MANTAP


China & ASEAN: PMX mengukuhkan kerjasama strategik Malaysia-China termasuk pelaburan teknologi, pendidikan dan infrastruktur bernilai berbilion ringgit.


Turkiye, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE): Misi perdagangan PMX membawa pulang pelaburan besar dalam sektor halal, tenaga bersih dan digital.


Hubungan Selatan-Global: PMX memainkan peranan penting dalam G77+China dan memperjuangkan keadilan ekonomi global.


🔍 3. KETEGASAN TERHADAP ISRAEL DAN SOKONGAN KEPADA PALESTIN


PMX telah menjadi suara paling lantang dalam ASEAN dan OIC menentang kekejaman Israel.


Malaysia menerima pengiktirafan sebagai “antara negara paling konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin” – (Al Jazeera, 2024).


PMX mendesak reformasi PBB dan menuntut kuasa veto ditamatkan demi keadilan sejagat.


📈 4. EKONOMI NEGARA MENUNJUKKAN PEMULIHAN YANG BERKESAN


KDNK bertumbuh positif selama empat suku berturut-turut (sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia).


Ringgit semakin stabil, dan keyakinan pelabur luar kembali meningkat.


Kadar inflasi menurun berbanding semasa pentadbiran sebelum ini.


💡 5. TADBIR URUS YANG LEBIH TELUS DAN BERINTEGRITI


Penubuhan semula Jawatankuasa Reformasi Institusi.


Peningkatan peranan SPRM dan PAC dalam menyiasat kes berprofil tinggi.


Perjanjian antara kerajaan dan pembangkang (MoU Transformasi dan Kestabilan Politik) masih menjadi model untuk negara membangun.


😔 SERANGAN POLITIK PENUH ANDAIAN


Serangan terhadap PMX oleh sesetengah pihak bersandarkan persepsi, sentimen, dan andaian — bukan data. Malah, ada kemungkinan terdapat individu yang merasa tergugat kerana dasar PMX yang sedang membersihkan sistem daripada legasi penyalahgunaan kuasa.


⚠️ MENGAPA ADA YANG GELISAH MAHU TURUNKAN ANWAR SEBELUM PRU?


Kerana reformasi sedang menelanjangkan penyalahgunaan kuasa lama.


Kerana siasatan terhadap dana politik dan salah guna kuasa sedang mendekati golongan elit lama.


Kerana Anwar tidak tunduk kepada ‘elite deal’ atau kompromi dengan kartel korup.


📢 PENUTUP:


Imej negara bukan jatuh — tetapi sedang dibersihkan. Kegelisahan dan kecaman terhadap PMX datang dari kelompok yang kehilangan kuasa dan takut diadili. Rakyat wajar menilai berdasarkan data, bukan propaganda.




ANWAR BALIK KAMPUNG ZIARAH KELUARGA

 


Dalam sela masa yang terluang tatkala seharian di Pulau Pinang hari ini, saya sempat pulang ke rumah kecil yang pernah menjadi seluruh dunia saya, yakni tempat pertama saya berlari tanpa rasa takut, ketawa tanpa beban, dan mimpi yang tidak berpenghujung. 







Rumah ini dulu sempit dan serba sederhana, tapi di sini kasih sayang membenih subur, dan di sini saya dan adik-beradik belajar erti kehidupan; dari tawa girang, tangisan, hingga ke jerih perih ibu bapa yang saban hari mencurah keringat demi masa depan kami sekeluarga. Setiap sudut menyimpan seribu cerita; lantainya saksi pada langkah-langkah kecil yang kini melonjak saya sejauh ini. 


Memeluk abang saya saudara Idrus Ibrahim dan adik saudara Marzuki Ibrahim yang membesar bersama saya di ruang yang sama, terasa seolah masa terhenti seketika. Ada rindu yang terubat, ada kenangan yang kembali mekar, dan terpaculnya kesedaran betapa jauhnya perjalanan ini yang bermula dari kasih yang tercurahkan dari rumah yang serba sederhana ini. 


Sejauh mana pun saya melangkah, ini akar pangkal saya. Ini asal saya - Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Dan setiap kali kembali, hati ini terus-terusan diingatkan bahawa semua yang saya damba dan perjuangkan hari ini bermula dari rumah ini, dari keluarga ini, dari cinta kudus yang tidak pernah terpadamkan. 


ANWAR IBRAHIM

Anak Cherok Tok Kun



PENGGUMUMAN PM ANWAR UNTUK KURANGKAN BEBAN RAKYAT


Mustaffa Yaakop



Baguslah PMX ada juga fikirkan nak bagi rakyat merasa , daripada ulamak PAS dpt duit beli merc sorg satu.. ada ahli parlimen kuat ponteng lepas letak Allah di depan mereka jenis ni pun ada yang sondol dan sokong betapa bodoh nya hidup ..



 KOS SARA HIDUP | Kerajaan akan mengumumkan penghargaan luar biasa kepada rakyat dalam masa terdekat bagi membantu tangani kos sara hidup yang tinggi.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Kewangan sedang memperincikan perkara itu.


#BuletinTV3 #Kossarahidup #Pengumumanpenghargaan




SAYA TAK BOLEH MENDAHULUI MAHKAMAH


 

UMNO TERUTAMA KETUA BAHAGIAN KENA LIHAT PERKARA INI. SEBABNYA MUHYIDDIN TAK OERNAH TAWAR APA PUN KETIKA NAK RUNDING BENTUK KERAJAAN.


 

SAYA TAK BOLEH MENDAHULUI PROSES. MRR YANG BINCANG BARU BOLEH LANTIK HAKIM.


 

ISU KEHAKIMAN , SAYA TAK BOLEH BERCAKAP. MRR LIHAT ,NAMA YANG DISEBUT TAK ADA...TAPI SAYA DIHENTAM


 

KONVOI MADANI PMTG PAUH


 

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥. 𝗜𝗡𝗜 𝗤&𝗔

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥. 𝗜𝗡𝗜 𝗤&𝗔


✍️ Ahmad Mursi 


Banyak fitnah berlegar dan tidak kurang dibuat oleh ahli parlimen pembangkang sendiri dengan fakta yang songsang. Ini Q&A:


𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗭𝗜𝗥


Tak betul. Ia dibangunkan melalui kerjasama awam-swasta dengan konsep BLMT (Build-Lease-Maintain-Transfer) oleh Putrajaya Holdings. Kos pembangunan RM4 bilion ini ditanggung oleh pemaju. Pemaju juga akan menanggung kos penyelenggaraan. Kerajaan bayar sewa dan bukan buat pinjaman atau berhutang. Selepas 25 tahun, keseluruhan projek ini akan jadi milik Kerajaan.


𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗕𝗟𝗠𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜?


Kerana projek ini satu keperluan ketika ini dengan 17,000 senarai menunggu, Kota Madani tampung 10,000 unit kuarters. Biasanya kerajaan tak nak keluarkan modal awal maka dibuat BLMT. Nak tunggu ada bajet kerajaan RM4 bilion, 5 ke 10 tahun lagi pun belum tentu dapat bina kuarters ni. Dengan BLMT, projek boleh siap awal untuk penuhi keperluan mendesak.


𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗟𝗠𝗧 (𝗕𝗨𝗜𝗟𝗧-𝗟𝗘𝗔𝗦𝗘-𝗠𝗔𝗜𝗡𝗧𝗔𝗜𝗡-𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗙𝗘𝗥) 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘?


Tak. Dah banyak projek lain. Antaranya 10,000 kuarters guru dibina tahun 2000-an dalam beberapa fasa di beberapa negeri di 90 tapak juga guna konsep BLMT ni.


"𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗔𝗕𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔 𝗥𝗠𝟰𝗕𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡"


Sebab tak abaikan rakyatlah, kerajaan buat kuartes ini dengan konsep BLMT. Jika guna bajet kerajaan RM4 bilion sekaligus, banyak lah projek lain tersekat. Bajet kerajaan waktu ni boleh fokus kepada program bantuan rakyat yang lebih mendesak dalam masa sama selesaikan masalah kuarters penjawat awam.


𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗢𝗦 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗟 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗟𝗧𝗠.


Boleh jadi. Tapi risiko kerajaan dapat diagihkan kepada swasta. Tak perlu sedia modal awal yang besar tapi boleh dapat manfaat. Penyelenggaraan pula ditanggung pemaju dan tak ada la jika bocor sana sini boleh bagi alasan kerajaan tiada bajet untuk selenggara.


"𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗜 '𝗠𝗢𝗡𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗘𝗚𝗢' 𝗣𝗠𝗫"


PMX dah kata, dia takkan tiru seperti PM sebelum ni yang bina pencakar-pencakar langit simbolik seperti KLCC dll. Takkanlah bina kuarters untuk manfaat penjawat awam yang bukan bangunan simbolik dianggap lambang keegoan?




PM ANWAR SARAN LAGI SUPAYA USUL DIBAWAH KE DEWAN. KALAU CUKUP JIMLOHHH. DEWAN PUN TAK MASUK. JAGA LAH NEGARA MALAYSIA INI AMAN.


 

KALAU IKUT PODCAST, PN TAK TAWAR APA PUN SEMASA RUNDINGAN PEMBENTUKAN KERAJAAN

 Hamdan Taha





Saya tengok ketua ketua umno bahagian bahagian yang datang ke KL untuk tuntut Najib di tahan di rumah, nampak wajah wajah semua dah 65 ke atas yang ramai... Tak nampak yang muda muda... Kot buat demo jenih tak akan turun ke jalan raya ni...


Semua muka dah nampak seri dah hilang aura pemimpin tinggal kepentingan dan ke seronokan jadi ketua bahagian je... Muka ni ramainya dah kalah pilihanraya 2018 dan 2022 yang ramainya...


Semua rasa umno masih kuat dan di terima rakyat, masih anggap umno parti Keramat... Saya setuju lah umno walaupun dah tengelam tapi masih jadi penentu siapa kerajaan dan PM... Umno ni macam parti Golkar di Indonesia, calun Presiden dah lama tak ada, tapi siapa nak jadi Presiden wajib Golkar ada dalam Block parti mereka... Jokowi kali pertama bertanding dia ambik Yusuf Kala sebagai calun Wakil Presiden, Kali kedua Golkar masih bersama Jokowi... Kalah Probowo... Bila Probowo menang apabila Golkar sokong beliau dalam pemilu baru baru ni.... Menang dia....


Umno jika di johor bertanding solo sama macam melaka menarik juga untuk kita tengok hasilnya...




HAKIM YANG SELAMATKAN AKIDAH KANAK KANAK



 Ingat lagi tak kes 3 orang kanak-kanak di Islamkan oleh ayahnya Nagahswaran tanpa pengetahuan ibu mereka Low Siew Hong?







Depa tiga masuk Islam di Perlis.


Dr Maza fight kaw-kaw kes ni.


Bila ibu depa bawa kes nak batalkan Islam anak-anak ke mahkamah, Hakim Mahkamah Tinggi masa tu kata,


"Kanak-kanak ni depa tunaikan solat termasuklah solat Subuh, antara mereka ada yg cita-cita nak jadi Peguam Syariah. Dgn tingkahlaku mereka ini adalah memadai utk kekalkan keIslaman mereka."


Hari ini, Hakim kes tersebut dilantik menjadi Ketua Hakim Negara - YA Wan Ahmad Farid.


Cumanya kes ini kalah di peringkat Mahkamah Rayuan.


The rest is history.