PMX dan kerajaan sekarang bekerja ,rakyat perlukan kestabilan bukan politik hasut dan fitnah di kalangan masyarakat Malaysia.


 



Muhamad Nur Ismail

Saya terbaca tulisan dari AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor, yang ajak rakyat turun 26 Julai ini kononnya sebab kerajaan sekarang gagal. Tapi bila baca satu-satu, jelas sangat tulisan dia penuh dengan fitnah, putar belit dan hasutan murahan. Di bawah ni saya jawab satu persatu isi tulisan dia dalam bahasa yang mudah dan senang nak faham:

  1. Rakyat marah? Tapi bantuan makin bertambah!

Kalau rakyat marah sangat, kenapa STR (Sumbangan Tunai Rahmah), SARA, Menu Rahmah, bantuan sewa rumah, bakul makanan, bantuan usahawan semua tu jalan terus? Takkan marah tapi ambil bantuan?

  1. Hampir 2 tahun bukan masa pendek tapi lebih baik dari 33 tahun PAS perintah Kelantan takda air bersih

PMX baru perintah 2 tahun, PAS dah bising. Di Kelantan, PAS dah lebih 30 tahun, air pun keruh lagi. Elok cermin diri dulu.

  1. Janji manifesto bukan tak buat, tapi buat ikut keutamaan dan bajet negara

Kerajaan tak pernah lari dari manifesto. Tapi tak semua boleh buat serentak. Mana yang penting untuk rakyat, itu yang didahulukan. Bukannya berjanji bulan bintang macam PAS lepas tu lupa sendiri.

  1. Isu cukai? Subsidi disasar, bukan ditarik

Kerajaan tak tarik subsidi, cuma salur kepada orang yang betul-betul layak. Dulu subsidi terbuka sampai tauke kaya, warga asing pun dapat. Sekarang rakyat miskin yang betul-betul susah dapat bantuan khas.


  1. Kononnya negara makin tak selamat? Tapi indeks jenayah makin turun

Statistik jenayah dari PDRM tunjuk penurunan. Bukan makin teruk macam yang PAS dakwa. Yang mereka sebut cuma nak takutkan orang kampung.

  1. Menteri tak kompeten? Siapa yang lantik menteri masa PN dulu yang gagal urus COVID, ekonomi hancur?

Zaman PN, Menteri asyik keluar masuk TV tapi tak buat kerja. Sekarang menteri kerja diam-diam, tapi hasilnya nampak.

  1. Hutang negara tinggi? Sebab hutang zaman PN naik mendadak

Zaman Muhyiddin & Ismail Sabri, hutang negara melonjak. Sekarang kerajaan cuba stabilkan fiskal negara, bukan tambah beban.

  1. Himpunan 26 Julai? Dah bosan rakyat tengok PAS main jalanan

Dulu masa jadi kerajaan, PAS kata demonstrasi tu kerja khianat. Sekarang bila takda kuasa, mereka ajak orang turun jalan. Rakyat dah bijak.



  1. PMX dikata suka melancong? Tapi setiap lawatan bawa balik pelaburan berbillion ringgit

Contoh: lawatan ke China, Korea, Eropah semua bawa balik pelaburan yang buka peluang kerja untuk rakyat. Nak tarik pelabur, kenalah jumpa mereka.

  1. Isu kaum dan halal? PAS main api perkauman yang bahaya

Sijil halal tetap dikawal JAKIM. Yang bising tu mereka sendiri yang tak faham. Tuduh bukan-bukan seolah-olah Islam makin lemah. Padahal bajet Islam naik zaman PMX.

  1. Bahasa Melayu dan negeri Melayu konon dianaktiri? Tapi bajet kepada negeri PAS tetap disalurkan

Terengganu, Kelantan, Kedah tetap dapat peruntukan. Cuma mereka tak pandai urus, lepas tu salahkan orang lain.

  1. DAP ditakutkan kepada orang Melayu? Tapi DAP tak pernah ambil portfolio agama Islam

PAS ulang-ulang takutkan rakyat dengan DAP. Tapi tengok sendiri, DAP tak pegang pun hal ehwal Islam, tak ganggu pun. Isu URA tu pun dah dijawab dan dibetulkan.

  1. Sekolah Cina dapat bantuan? Sekolah Agama pun dapat peruntukan paling besar dalam sejarah

Kerajaan bantu semua kaum. Sekolah pondok, tahfiz, SRA, semua dapat. Jangan sempitkan fikiran kononnya bantu satu kaum saja.

  1. Isu konsert? Dulu zaman PN pun penuh konsert

Konsert bukan benda baru. Tapi semua kena mohon permit, ikut garis panduan. Konsert tak sama dengan maksiat. Budaya hedonisme pun bukan sebab kerajaan, tapi sebab kurang bimbingan dari semua pihak termasuk PAS sendiri.

  1. Fitnah konon kerajaan ini anti-Islam? Tapi bajet hal ehwal Islam naik, reformasi institusi berlaku

Zaman sekarang bajet JAKIM, pendidikan Islam, tahfiz semua naik. Mahkamah Syariah diperkasa. Ini bukan tanda anti-Islam, tapi tanda Islam dimartabatkan dengan cara berhemah dan adil.

Saya lihat Dr Riduan dan PAS dah kehabisan modal. Mereka hanya tahu jerit, marah, kutuk dan buat rakyat takut. Tapi bila mereka perintah, satu benda pun tak selesai. Rakyat makin sedar kita tak mahu kembali ke zaman drama, demonstrasi dan dendam.



PMX dan kerajaan sekarang bekerja ,rakyat perlukan kestabilan bukan politik hasut dan fitnah di kalangan masyarakat Malaysia.





No comments: