Sebenarnya Shahbudin Husin betul bila dia berkata pendirian 160 Ketua UMNO Bahagian mengenai Titah Adendum tidak menggentarkan PMX sama sekali.
Masakan PMX gentar. Sebab itu titah adendum mampu tersorok hampir setahun sedangkan itu titah daripada YDP Agong ke 16.
Cuma Shahbudin silap besar. Gentar atau tidak gentar itu bukan matlamat kepada pertemuan semalam. Tetapi mesej telah sampai. Iaitu “Perdana Menteri accountable”. Sebab itu dia sedia berjumpa dengan Ketua Ketua Bahagian untuk beri penjelasan.
Mengenai ketiadaan Zahid, dia tidak melarang Ketua Ketua Bahagian berjumpa. Zahid dan Wan Rossdy buat tindakan kamikaze bila kemuka affidavit mengenai titah adendum.
Ketua Ketua Bahagian buat tindakan susulan mengenai titah adendum itu. Tiada percanggahan. Pendirian tetap sama iaitu kekal dalam kerajaan hari ini.
Itu yang Shahbudin tidak faham. Tidak timbul adalah lebih berkesan jika ahli parlimen BN tarik sokongan. Itu bukan tujuan perjumpaan malam itu. Shahbudin lari tajuk.
Isu titah adendum tidak boleh dibiar berpanjangan. Akhirnya Terrirudin gagal jadi Ketua Hakim Negara jika minit mesyuarat JAC yang bocor itu adalah benar. Sorok yang makan diri.
No comments:
Post a Comment