Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
GEMPAR!! ZAHID DICABAR BUKTIKAN FAKTA BAHAWA TEMPAT KELAHIRANNYA DI MALA...
TAJUK: BICARA SEMASA: ANTARA POLITIK & UNDANG-UNDANG (SIRI 38)
"UMNO & PINDAAN PERLEMBAGAANNYA"
KAH..KAH..KALAU ZAMAN PH NI DAP SALAH LA NI...NI MESTI LEBAI PAROK NI...
Kipas jadi makmum, imam solat, menteri minta lapor pejabat agama
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.
Ia susulan video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu, rata-rata berstatus bujang berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam.
Idris menegaskan, perbuatan sedemikian yang menjadi ikutan anak muda dan remaja, tidak sepatutnya berlaku.
“Janganlah ambil ilmu yang ditiru dari Youtube dan mana-mana sumber yang tidak diketahui. Jadi, perkara yang mengarut dan pelik ini, laporkan kepada pejabat agama supaya boleh diambil tindakan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau menasihatkan generasi muda agar mendapatkan ilmu agama dengan mencari guru yang boleh mengajar dengan betul seperti melalui kuliah di masjid, surau dan sebagainya.
Mengenai kegiatan menggunakan imej agama dan gelaran ustaz untuk memperdaya masyarakat dengan tawaran ibadat atau produk untuk kepentingan peribadi, Idris yang juga naib presiden PAS menyifatkan ia sebagai perbuatan zalim.
“Janganlah ambil kesempatan buat perkara begini, terutama soal ibadat kerana ia menzalimi orang-orang yang terkena dengan perbuatan mereka. Pihak yang terkena diharap membuat laporan polis supaya dapat diambil tindakan terhadap mereka yang terlibat,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin Al-Ghari, berkata antara penipuan itu termasuk kempen derma, wakaf dan pakej umrah yang menggunakan pelbagai tarikan.
Antara tawaran bagi menarik pengguna termasuk kononnya penginapan disediakan mereka di Tanah Suci adalah termurah tetapi terletak berdekatan Masjidil Haram
Persediaan mantap, pengawas bertugas dengan baik, kehadiran cukup hebat - Dr Zaliha
Pengundian semula bagi Pemilihan KEADILAN 2022, Cabang Hulu Selangor dipuji oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa sebagai berjalan baik dan lancar.
Menurut beliau, persediaan yang rapi oleh petugas JPP sehingga jam 3 pagi tadi tidak sia sia apabila proses pengundian berjalan teratur hari ini meski pun pengundi yang keluar begitu banyak.
"Ketua pengawas telah menambah tablet untuk pendaftaran supaya lebih cepat. Kita pastikan perjalanan pengundian dalam dewan supaya berjalan lancar.
"Sejam saya berada di sini, di luar tenang, orang dah tak berkumpul sebab cuaca panas. Saya rasa kita kena cepat selesaikan supaya mereka boleh mengundi dengan selesa," katanya.
Selain Cabang Hulu Selangor, kata Dr Zaliha, 3 cabang di Terengganu, satu di Kedah dan Sabah juga menjalankan pemilihan semula hari ini.
Sebahagian anggota KEADILAN beratur untuk mengundi
Mengenai semangat yang ditunjukkan calon calon dalam mengeluarkan pengundi di Hulu Selangor, Dr Zaliha berkata, sekiranya kerja keras itu dilakukan pada Pilihan Raya Umum akan datang maka KEADILAN boleh mempertahankan kerusi parlimen berkenaan.
"Saya rasa kalau PRU macam ini, kerjasama keluarkan pengundi, saya pun cakap tadi dengan wakil calon, InshaAllah pilihan raya ada harapan (menang).
"Saya rasa semua kena ambil semangat ini dan mereka pun dapat berbincang sesama sendiri seperti kawan," katanya.
Bagaimanapun kerana akses internet tidak begitu baik di dewan mengundi maka undian dilakukan dalam mode offline.
Menurut Dr Zaliha, terdapat 70 tablet disediakan manakala untuk pendaftaran telah ditambah daripada 4 tablet kepada 8 kerana begitu banyaknya anggota yang hadir.
Ditanya keputusan awal pemilihan, beliau berkata JPP akan mengumumkan keputusan esok. Namun ada beberapa cabang yang masih dalam proses menangani aduan.
"Esok kita akan berikan keputusan yang tidak rasmi tetapi kita masih juga ada beberapa cabang yang membuat aduan.
"Harap aduan itu tidak memaksa kita membuat pemilihan sekali lagi," katanya.
Bagi proses pendaftaran calon calon Majlis Pimpinan Pusat pula, beliau berkata pencalonan akan dibuka secara atas talian pada jam 12.01 malam ini dan secara fizikal di Ibu Pejabat KEADILAN pagi esok.
"Esok pemilihan calon secara fizikal dan online. Kita telah keluarkan notis bagi melanjutkan tempoh pencalonan sehingga 3 hari. Fizikal sehari. Online sehingga 3 hari hingga 31 Mei," katanya lagi.
SELANGOR BEKAL 10,000 AYAM KE PASARAN
Selangor bekal 10,000 ayam ke pasaran
on:
Kerajaan Negeri akan membekalkan ke pasaran 10,000 ekor ayam bulat sehari bagi menangani kekurangan bekalan dan kenaikan harga di seluruh negeri.
Menurut Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, bekalan ayam segar kepada penduduk itu dilaksanakan di bawah Program Intervensi Ehsan.
“Kerajaan Negeri akan membekalkan 10,000 ekor ayam sehari menerusi Program Intervensi Ehsan bagi menampung permintaan ayam di pasaran bermula 1 Jun ini,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu, program tersebut yang bermula sejak Februari 2022 lalu telah berjaya menjual daging, ikan, minyak paket, telur dan sayuran lebih murah daripada harga pasaran sehingga Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Program yang dijenamakan sebagai Jualan Prihatin Rakyat telah menjelajah seluruh 56 DUN Selangor agar semua rakyat dapat menikmatinya. Lebih RM3 juta jualan terhasil dan ketika jualan mega sempena Aidilfitri, lebih RM700 ribu terjual.
“Program ini bukan sahaja meringankan beban rakyat, malah menambah kegembiraan menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
“Dengan tekad dan iltizam yang kuat, Kerajaan Negeri akan berikhtiar sebaiknya demi rakyat Selangor,” kata MB lagi.
SINGAPURA TAK KURANG TANAH HARGA AYAM STABIL, MALAYSIA?
Singapura tak kurang tanah harga ayam stabil, Malaysia?
Kegagalan Malaysia mengawal bekalan ayam bulat dan kenaikan harga yang melampau menghairankan rakyat. Hal ini kerana jiran di utara dan selatan tanah air tidak pula mengalami masalah seteruk negara ini.
Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, Thailand berjaya memanfaatkan muka buminya yang subur untuk menghasilkan sebanyak mungkin bahan makanan yang murah, manakala Singapura dengan saiz kawasan terhad pula tidak mengalami masalah bekalan makanan.
“Thailand berjaya mengawal harga dan bekalan makanan untuk rakyat mereka, termasuk bekalan ayam.
“Singapura yang tidak menternak ayam juga berjaya mengawal harga serta kuasa beli rakyat mereka tinggi.
“Tapi Malaysia walau ada tanah dan pengusaha, bukan sahaja gagal mengawal harga tetapi bekalan makanan pun tak cukup untuk rakyatnya. Di manakah silapnya?” tanya beliau.
Sebelum ini, Fakhrulrazi telah melakukan lawatan kerja ke Thailand dan melihat sendiri industri pertanian di negara itu yang jauh lebih maju berbanding Malaysia.
Beliau tertanya tanya sampai bilakah negara ini akan terus bersikap enggan mempelajari kejayaan Thailand dalam industri ternakan dan makanan.
'Biduk lalu kiambang bertaut': KEADILAN tidak berpecah selepas pemilihan - Hassan Karim
Oleh: Hassan Abdul Karim
ULASAN: Di dalam Kamus Dewan terbitan tahun 1970, biduk adalah perahu
untuk menangkap ikan atau mengangkut barang di sungai.
Manakala peribahasa, “biduk lalu kiambang bertaut” bermaksud lebih
baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya
mereka akan berbaik balik.
Maka begitulah relevannya peribahasa ini dengan proses pemilihan
Parti Keadilan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang.
Proses pemilihan pimpinan KEADILAN yang mesti diadakan setiap tiga
tahun sekali di bawah Fasal 47.3 Perlembagaan Parti KEADILAN bolehlah dianggap
sebagai “biduk”. Manakala “kiambang” adalah tumbuhan yang hidup terapung di
permukaan air sungai adalah diibaratkan sebagai lebih sejuta anggota KEADILAN
di seluruh negara.
Pemilihan kepimpinan KEADILAN ini menarik minat masyarakat
Malaysia. Hal itu tidak menghairankan atas banyak sebab. Pertama, KEADILAN
adalah parti pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kedua, KEADILAN dipimpin oleh
Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan juga Ketua Pembangkang
Parlimen Malaysia dan sebab Ketiga, KEADILAN mempunyai anggota yang ramai,
melebihi sejuta orang dan satu-satunya parti politik Malaysia yang mempunyai
cabang atau bahagian di semua 222 buah kawasan Parlimen di seluruh Malaysia.
Tegasnya KEADILAN adalah parti berstatus nasional, bukannya parti
yang bersifat wilayah.
Pemilihan timbulkan perpecahan?
Ada pihak berasa bimbang pemilihan KEADILAN sekarang ini akan
menimbulkan perpecahan. Kebimbangan itu agak berlebih-lebihan sebenarnya.
Jawatan presiden telah dimenangi oleh Anwar Ibrahim tanpa bertanding. Ertinya
kedudukan Anwar tidak dicabar di dalam pemilihan kali ini. Ini adalah kali
kedua Anwar menang tidak bertanding dalam pemilihan sebagai Presiden KEADILAN.
Kali pertama dalam pemilihan tahun 2018. Anwar bukan sahaja presiden parti
tetapi beliau juga adalah penyatu yang menyatukan seluruh anggota parti selama
ini.
Tetapi tidak dinafikan, pertandingan yang agak sengit di peringkat
jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Namun pertandingan antara Saifudin Nasustion dengan Rafizi Ramli
tidak akan memecahkan KEADILAN. Pertembungan antara Saifudin dengan Rafizi
tidak melibatkan pertentangan ideologi. Ia hanya sekadar perbezaan strategi
iaitu berkisar pada persoalan bagaimana KEADILAN patut lakukan untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-15.
Siapapun yang menang jawatan timbalan presiden, ia akan membantu
Anwar Ibrahim sebagai presiden dan akan menguatkan KEADILAN itu sendiri. Anwar
sebagai seorang presiden dan seorang demokrat akan menerima siapa jua yang
dipilih oleh anggota parti untuk menjadi timbalan presiden.
Juga menarik perhatian masyarakat umum bahawa terdapat 17 orang
calon yang menawarkan diri bertanding bagi jawatan naib presiden untuk empat
kerusi naib presiden yang diperuntukkan dalam Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Kesan positif pemilihan
Pemilihan kepimpinan KEADILAN pada tahun 2022 ini memberi kesan
yang amat positif. Sekarang masyarakat umum di seluruh negara melihat siapa
tokoh selain Anwar dalam KEADILAN. Siapa pemimpin pelapis. Siapa berada di
lapis kedua. Siapa berada di lapis ketiga hiraki kepimpinan
Pertandingan di peringkat Wanita KEADILAN dan Angkatan Muda
KEADILAN (AMK) juga hebat dan sengit. Ini membuktikan KEADILAN tidak kurang
bakat kepimpinan. Beribu orang anggota KEADILAN di seluruh negara sedang
menawarkan diri untuk bertanding pelbagai jawatan di dalam parti, dari
kepimpinan di Majlis Pimpinan Pusat sehinggalah ke peringkat akar umbi di
peringkat Jawatankuasa Cabang.
Jika KEADILAN dianggap sebagai satu organisma, maka ia adalah
organisma yang hidup subur, bergerak dan membiak aktif.
KEADILAN sekarang muncul lebih yakin dan berani berbanding Umno
dalam menghadapi pemilihan parti masing-masing. Di kala Presiden Umno, Ahmad
Zahid Hamidi berhempas pulas untuk mengatur strategi supaya pemilihan Umno
diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, tetapi Presiden KEADILAN, Anwar
Ibrahim tidak bimbang akan kedudukannya dicabar dan tidak bimbang akan
perpecahan parti sekalipun pemilihan parti dilakukan sebelum PRU-15. Dalam hal
ini Anwar muncul bukan sahaja sebagai seorang demokrat yang percaya pada mandat
anggota, tetapi mencerminkan idealisme refomasi yang diperjuangkannya selama
ini.
Anwar mungkin faham dan menyedari peribahasa Melayu iaitu “biduk
lalu, kiambang bertaut”. Selepas proses pemilihan ini saf kepimpinan KEADILAN
akan lebih kompak dan bersatu. Sebagai pemimpin suatu jemaah, Anwar tidak boleh
gagal untuk mempastikan semua kiambang di permukaan sungai itu agar bertaut
semula.
Tiada 'bakar jambatan'
Persaingan antara Saifudin dan Rafizi tidaklah kelihatan tegang
dan sengit sehingga dilihat seperti "berkerat rotan" ataupun
"menang jadi arang, kalah jadi abu". Pertentangan antara Saifudin dan
Rafizi kali ini berbeza sifatnya jika dibandingkan pertandingan antara Azmin
Ali dan Rafizi Ramli empat tahun lalu, pada 2018.
Rafizi dan Saifudin kelihatan membawa pendekatan “gentlemen” dalam
persaingan antara mereka berdua. Penyokong masing-masing yang mungkin “lebih
sudu dari kuah”. Kedua-dua tokoh ini, Saifudin dan Rafizi kenal hati budi
masing-masing. Lalu mereka mendekati pertandingan merebut jawatan timbalan
presiden itu dengan pendekatan “air dicencang tidak akan putus”, bukannya
pendekatan “berkerat rotan, berpatah arang”.
Tidak ada “jambatan sesiapa dibakar” angkara pemilihan Parti
Keadilan kali ini. Pemilihan kepimpinan yang sedang berlangsung sekarang ini
adalah persaingan persahabatan dalam satu keluarga besar Keadilan yang
kedua-dua tokoh ini, Saifuddin Nasustion dan Rafizi Ramli ada saham besar dalam
membangunkan KEADILAN sehingga kuat dan berpengaruh seperti sekarang ini.
______________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang
Subscribe to:
Posts (Atom)