KITA DISISIHKAN DUNIA ?
Keperitan disisihkan dunia nampaknya semakin
dirasai dan semakin memalukan.
Pelaburan disisih..
Pelaburan Singapore 58b dan kita hanya 2.5b yg
dikaitkan akibat index rasuah yg memuncak didunia..Perhatikan kedudukan kita
dgn jelas dlm graph dibawah ye..Boleh tak bayangkan pelabur asing leh sumbat 58
bil kat tanah sekangkang kera di singapore dan kita ngan begitu luas hanya
mampu tarik 2.5bil saja?
Internet disisihkan..
Capaian internet Singapore akan ditingkatkan dgn
penyertaan dlm projek kabel dasar laut dan kita disisihkan terus..
Forum Alam Sekitar sedunia
Singapore,Indon dan malah Vietnam dijemput dan
sekali lagi kita disisihkan..
Well, ini setakat yg kita tahu..Yg tak tau brp lagi
bukan?
KELEMAHAN KERAJAAN SAHAJA?
Tidak bagi saya..Saya tak akan salahkan kerajaan
dlm isu ini 100%..Terkejut bukan?Tuan Puan,bagi saya ini semua bahana mentaliti
kita..MENTALI rakyat negara ni sendiri.
Hakikatnya, kita sudah jauh kebelakang dlm aspek
mentaliti..Kita sendiri dah sebabkan ramai pelabur lari..
Kita terlalu taksub dan terlalu ghairah merasakan
diri kita
hebat
dek penangan parti2 politik yg agak galak membentuk
fikiran rakyat yg agak tersongsang..Semangat kaum dan agama menebal menyebabkan
kita terlalu tertumpu kearah parti2 yg explotasi pemikiran kita dengan dakyah2
extreme sebegini.
Setiap kempen PRU atau apa2 forum,ceramah atau
perhimpunan berkenaan isu2 sebegini,berduyun2 kita turun..Isu ICERD malah
RUU355 menjadi satu tarikan rakyat kumpul ramai2 dan bersuara lantang
diperhimpunan gergasi padahal takde pula yg tergerak nak berhimpun tuk tuntut
gaji minima mahupun berkumpul tuk tentang rasuah atau kecurangan dlm politik..
Lihat sahajalah bagaimana begitu ramai rakyat boleh
undi dilaman maya tuk sokong perasuah yg disabit sebagai calon PM baru2
ini...Lihat sahaja bagaimana bagai monyet bergayut di pagar mahkamah ketika
perasuah tu disabit kesalahan rasuah...Bagaimana pelabur melihat kita pula
sekarang??
Malah jika anda perhati, apabila kes2 perasuah ni
dijuang, hanya kaum2 minority tertentu yg kumpul bersuara lantang spt dlm
BERSIH dulu..Masyarakat kaum majority pula diamkan diri kononnya atas alasan
pemimpin tu sama bangsa dgn mereka..Rasuah tu libatkan seluruh rakyat dan
ekonomi kita bukan?Kenapa dlm hal ni pun nak pilih bangsa mana yg dituduh
sebelum suarakan tentangan??
KITA LUPA MELIHAT DUNIA
Mentaliti kita menyebabkan kita tak paham apa yg
dunia harap dari kita..Kita lupa dunia perhati bertapa progresif masyarakat itu
sebelum melabur dinegara itu..Dunia nak lihat bertapa maju pemikiran kita
menentang rasuah..Dunia nak lihat bertapa kita pentingkan intergriti dan
keadilan tatasocial masyarakat.
Dinegara ni jika begitu ramai rakyat sendiri
menyokong pemimpin perasuah dan masih menyokong juga setelah disabitkan,maka
apa yg akan berlegar dikepala pelabur asing??Dapatkah pelabur2 ni menjalankan
perniagaan yg jujur dan bersih dinegara ni jika rakyat sendiri tak kisah
menjulang pemimpin perasuah???
Dapatkah pelabur mengharapkan berniaga didlm
masyarakat yg berfikiran maju jika asik mengutuk,menghina dan mencaci bangsa
dan agama lain secara terbuka dan tanpa segan dan tanpa mampu dikawal
kerajaan??Buka saja ruang komen klu ada isu libatkan bangsa dan agama..Tanpa
segan kita mampu mengutuk sesama kita hanya tuk suka2 spt org kerosakan
mental..
Isu keling dlm kamus DBP sbg contoh..Tanpa sebab
berlumba2 ramai mengomen dan mempertahankan ayat sebegini dgn alasan bodo spt
sejarah dan bagai hanya krn anda mmg pun nak hina mereka..
Jgn lupa,dunia sedang melihat kita..Setiap gerak
geri kita sedang diperhati segala duta2 asing malah masyarakat perniagaan
dunia..Apa yg kita lakukan setiap hari dinegara ni menjadi 1 bahan berita tuk
dibesarkan dinegara luar..Malah diburukan setengah pemimpin pembangkang yg
galak jumpa duta2 ni tuk jelaskan lagi bertapa buruk negara ni seolah2
mensahkan apa yg sudah buruk dinegara ni..
Malah jgn terkejut melihat isu sajat pun dibesarkan
diperingkat global seolah2 negara kita zalim terhadap transgender dan galak
cabul hak asasi manusia.
Ucapan pemimpin2 agama yg menghina agama lain spt
Mufti2 terkenal pun dijadikan 1 bahan seolah2 kita negara yg tak hormati hak
agama..
Banyak isu sedang diperhati dunia dari kematian di
balai polis sehingga kes2 rasuah melibatkan pegawai2 kerajaan dan malah sifat
kita yg gagal benteras semudah beli barang ciplak dan kes2 pengedaran dadah
serta pengunaan dadah yg agak parah juga dijadikan isu..
Lihat saja bagaimana galaknya rakyat kita kejar2
nak kaya dgn membiarkan barang seludup,ciplak malah dadah diniagakan tanpa
kawalan diantara kita..Lihat juga brp ramai pegawai2 kerajaan bersekongkol
pula..
Melihat segala tindakan tegas PDRM dan SPRM
benteras kartel2 sekarang, saya dapat rasakan kerajaan dah sedar masyarakat
dunia sudah mencop kita sbg masyarakat rasuah dan usaha mereka pasti kearah
membersihkan presepsi sekarang dgn menangkap pegawai2 buruk ini..
3 ISU UTAMA YG DIPERHATIKAN
Dari apa yg saya terangkan mungkin anda dah paham
ada 3 isu penting yg menyebabkan kita disisihkan pelabur2 asing.
1)Kegagalan kawal sindrom Rasuah,
2)Kegagalan menjamin hak asasi manusia 3)Ketaksuban
melampau rakyat yg tak bijak berpolitik akibat taksub dgn dakyah politik rasist
dan agama melampau.
Ya,ketiga2 ni ada penglibatan kita dan bukan
politikus sahaja..Kita sendiri biarkan dan halalkan semua ni tanpa menunjukan
apa2 penentangan..Lebih buruk lagi kita menyokong pula anasir2 sebegini di
laman2 social dan perhimpuan terbuka tanpa segan..
Jika anda ingin bantu negara ini,mulakan dgn
menolak 3 anasir buruk ini..
Hormat sesama manusia dgn kurangkan ego kita agama
superior atau bangsa superior..Usah hina mana2 kaum atau agama hanya krn anda
dilahirkan dlm 1 kelompok agama dan bangsa itu..Hormat manusia krn sikap dan
intergriti mereka..Pilih pemimpin harus dasarkan aspek ini sahaja..
Dlm politik,pilih mereka yg bijak dan telus
juangkan hak kita dan bukan tumpu dia agama atau bangsa apa..Sokong kebenaran
dan sokong sesama anda bagi mereka yg juangkan hak rakyat melebihi hak
politikus atau parti2 sahaja..
Betulkan diri kita..Jgn cari makan ikut jalan
haram..Usah sekongkol dgn rasuah walaupun sekadar nak beri duit kopi kat pegawai2
kerajaan..Cuba betulkan diri anda dan cuba amalkan hidup berintergriti tanpa
libatkan diri dlm rasuah walaupun sekecil mana..Jgn kita pula rosakkan pegawai2
kerajaan kerana kepentingan diri kita..
Jika kita mampu lakukan pekara2 semudah ni, pasti
kita mampu bangkit sebagai 1 negara yg amat disegani dirantau ini malah
didunia..Kebanggaan sebenar bukan melalui pujian syok sendiri diantara kita
tapi kepujian dan pengiktirafan sebenar dari masyarakat dunia..
Rayyan Radzwill