Pulang ke Permatang Pauh hari ini dan kini berada di Cherok To’ Kun untuk sesi beramah mesra bersama penduduk Cherok To’ Kun, dan pemimpin masyarakat.
ANWAR MENERIMA KUNJUNGAN BADAN BEBAS UNTUK PELARIAN
Pertemuan bersama Hamdi Ulukaya, CEO, Chobani, Mehmet Şimşek, Mantan Timbalan Perdana Menteri untuk Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Kewangan Turki, Jay Collins, Wakil Pengerusi Bahagian Korporat dan Kewangan Citi, Annemarieke de Haa, Pengarah Urusan Unilever Malaysia, Gideon Maltz dan Ali Salman, CEO IDEAS Malaysia. Mereka hadir sebagai mewakili Tent Foundation di mana badan ini akan bekerjasama dengan sektor perniagaan bagi mengenalpasti peluang-peluang yang ada untuk pelarian.
MASIH ADA PEMIMPIN BERUNDING KELUAR UMNO?
Masih ada pemimpin berunding keluar Umno?
Kalangan aktivis Umno tetap percaya rundingan masih dijalankan untuk menarik ahli Parlimen parti itu untuk berpaling tadah menyertai parti kerajaan, walau dinafikan oleh pemimpin parti.
Tokoh yang dituduh terlibat sebagai broker dalam usaha tersebut adalah bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein yang menafikannya apabila dakwaan itu muncul Oktober lalu.
Dakwaan itu reda seketika hujung tahun lalu apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk bercuti dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Mohamad Hasan.
Pada waktu itu, Hishammuddin dikritik hebat oleh aktivis parti secara terbuka di media sosial yang mendakwa bekas naib presiden Umno itu mengatur urusan tersebut.
Paling lantang Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) Rafi Awang Kechik dan bekas setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak Zaharin Mohd Yasin.
Rafi ketika dihubungi The Malaysian Insight mengulangi dakwaan bahawa Hishammuddin berunding dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membawa masuk pemimpin Umno ke dalam Bersatu.
Ia bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno agar sebarang rundingan dengan parti lain untuk membentuk kerajaan atau pembangkang perlu dibuat secara bersama atau en-bloc, katanya.
“Di peringkat awal Umno bersetuju dengan apa jua cadangan untuk berunding dengan mana-mana parti dengan syarat secara en bloc, bukan dengan cara melepaskan tengkuk masing-masing.
“Kalau tengok tindakan dan kenyataan-kenyataan dia, maknanya rundingan itu masih berjalan, cuma kita tidak ada bukti yang khusus,” katanya.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Umno selepas parti itu tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu.
Desas-desus itu muncul kembali akhir tahun apabila Hishammuddin didapati membawa keluarganya untuk bercuti di Maghribi dengan keluarga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Dakwaan itu muncul semula kerana kedua-dua pemimpin itu dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Dr Mahathir.
Aktivis parti seterusnya mendakwa usaha memujuk ahli Parlimen BN berpaling tadah itu digerakkan semula berdasarkan kenyataan Hishammuddin pada awal bulan lalu.
Ahli Parlimen Sembrong tersebut dilaporkan berkata ahli Parlimen BN akan menyokong Dr Mahathir sekiranya wujud gerakan dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan perdana menteri itu.
Mengulas perkembangan itu, Rafi berkata beliau jengkel dengan tindak-tanduk tersebut dan mencadangkan kepada Hishammuddin untuk keluar parti jika benar-benar berniat demikian
“Kalau hendak keluar, keluarlah. Jangan rosakkan parti. Semua tahu dia ada cita-cita besar. Saya bukan serang secara peribadi cuma tindak-tanduk H2O (Hishammuddin) ini menyakit mata,” kata Rafi.
Zaharin pula ketika ditemui The Malaysian Insight juga menyatakan dengan yakin bahawa beliau melihat “rundingan masih berjalan”.
Usaha berkenaan akan melemahkan lagi Umno yang kini hanya menguasai 37 kerusi Parlimen selepas 17 ahli Parlimen keluar parti.
Namun anak buah Hishammuddin menganggap tuduhan berkenaan sebagai fitnah semata-mata dan menafikan ahli Parlimen Sembrong itu menjadi broker dan tali barut lawan.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Hafiz Ariffin urut menjelaskan mengenai pertemuan ahli Parlimen Umno dan Hishammuddin selepas parti itu tewas PRU14 tahun lalu.
Katanya, pertemuan itu hanyalah untuk mendapatkan pandangan mengenai hala tuju dan masa depan parti.
“Dalam keadaan ramai yang kata Hisham adalah tali barut, Hisham adalah broker, ini semua hanya persepsi dan tanggapan sinis.
“Perkara yang sebenar adalah, sejurus kalah pada PRU 14 yang lepas, ramai rakan MP yang bertemu (Hishammuddin) bertanya dan bertukar pendapat atas kapasiti sebagai kawan lama, apa dan bagaimana hala tuju di dalam parti pasca PRU14,” katanya.
Katanya, pertemuan itu berlaku dalam keadaan di mana ahli Parlimen parti tidak lagi mendapat sebarang perhatian dan bantuan dari kerajaan Pusat.
Beliau berkata pada masa itu, akaun parti dibekukan dan aset disita susulan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd yang membelit Najib Razak.
“Perkara ini menjadi cabaran untuk melakukan tugasan selaku ahli Parlimen. Ramai yang patah semangat, hendak meninggalkan parti.
“Tapi Hisham terus memujuk mereka supaya kekal di dalam parti, memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap Tok Mat (Mohamad Hasan) selaku timbalan presiden menjalankan tugas presiden,” katanya.
Perkara yang sama turut dikongsi Ahli Parlimen Kuala Krau Ismail Mohamed Said yang berpendapat dakwaan berkenaan hanyalah usaha melaga-lagakan pemimpin parti.
Beliau berkata Hishammuddin tidak pernah memujuk beliau keluar parti sewaktu menyertai pertemuan ahli Parlimen dengan bekas naib presiden parti itu.
Katanya, Hishammuddin memainkan peranannya dengan baik dalam membantu parti walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Umno.
“Cukup-cukuplah melagakan para pemimpin Umno. Tidak ada istilah kabilah Bagan Datuk, kabilah Rantau, mahupun kabilah Sembrong.
“Sepanjang saya dan sahabat ahli Parlimen bertukar pandangan atau berjumpa Hishammuddin, tidak pernah sekali pun beliau ajak atau minta kami semua untuk keluar parti Umno.
“Bahkan (Hishammuddin) minta kekal dalam Umno, termasuk rakan-rakan dari Sabah yang kini menyertai Bersatu,” katanya.
TUN MAHATHIR SUDAH PATUT BERFIKIR UNTUK BERHENTI KETIKA INI
Tahap penerimaan dan rasa puas hati rakyat terhadap Tun Mahathir Mohamad dan kerajaan terus merosot menjelang tempoh setahun beliau dan PH mentadbir negara ini.
Dalam kajian terbaru oleh Merdeka Centre, peratusan rakyat yang berpuas hati terhadap kepimpinan Tun Mahathir didapati hanya tinggal 46 peratus saja.
Ia jelas menunjukkan kemerosotan yang ketara di mana pada Mei 2018, peratusannya ialah 83 peratus dan pada Ogos 2018 iaitu menjelang 100 menjadi kerajaan, peratusannya ialah 71 peratus.
Kajian Merdeka Centre ini nampaknya selari dengan dapatan Invoke yang diterajui oleh Rafizi Ramli pada Disember 2018 yang mendapati populariti Tun Mahathir menyusut kepada tinggal 53 peratus.
Rafizi ketika itu turut memberi amaran bahawa populariti Tun Mahathir dan kerajaan PH akan terus merosot jika sesuatu tidak dilakukan dengan segera.
Kajian mengenai tahap puas hati rakyat terhadap kerajaan PH juga menunjukkan kemerosotan iaitu hanya tinggal 39 peratus saja lagi berbanding 79 peratus pada Mei 2018.
Dapatan mengenai kemerosotan sokongan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang ganjil kerana di mana-mana saja luahan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan boleh didengari dengan mudah.
Ia antara lain ialah kerana janji manifesto yang gagal ditunaikan, ekonomi yang masih tidak menentu, tiada peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tidak banyak berubah, selain prestasi menteri-menteri yang mengecewakan.
Apa yang dialami oleh Tun Mahathir dan kerajaan ketika ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku kepada Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak sebelum ini.
Pak Lah mengalami peningkatan sokongan rakyat yang ketara dalam PRU 2004 sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir pada 2003.
Bagaimanapun, disebabkan kepimpinannya yang lemah dan kerosakan yang diakibatkan oleh “budak-budak tingkat 4”, beliau mula ditolak secara perlahan-lahan sehingga akhirnya BN hilang majoriti dua pertiga pada PRU 2008.
Ssbelum PRU 2008, banyak desakan agar Pak Lah berundur awal, tetapi beliau menolak. Hanya setelah hilang majoriti dua pertiga dan lima negeri terlepas ke tangan pembangkang, barulah beliau kemudian setuju mengadakan peralihan kuasa kepada Najib pada 3 April 2009.
Kepimpinan Najib pada awalnya juga diterima baik oleh rakyat, tetapi akibat terlalu banyak skandal dan suka bermewah oleh ahli keluarganya, beliau turut mengalami kemerosotan sokongan.
Berikutan skandal demi skandal terdedah, Najib tidak terkecuali mengalami desakan agar meletakkan jawatan demi menyelamatkan masa depan UMNO.
Ketika itu banyak kajian mendapati sokongan rakyat terhadapnya jelas menurun, tetapi Najib tidak pernah peduli dengannya.
Beliau, UMNO dan BN akhirnya dikalahkan oleh PH pada PRU14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.
Nampaknya kini giliran Tun Mahathir pula mengalami kemerosotan sokongan dan rasa puas hati rakyat terhadapnya.
Dalam hal ini dan sebelum terlambat, ada baiknya juga Tun Mahathir mula berfikir untuk mengundurkan diri daripada jawatannya.
Tidak perlu lagi beliau menunggu tempoh dua tahun sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya yang telah dipersetujui, Anwar Ibrahim,
Sekali rakyat hilang kepercayaan, ia bukan mudah untuk dipulihkan. Jalan terbaik ialah mengundurkan diri dengan segera demi menjaga nama baiknya setelah ketiadaannya nanti.
Tun Mahathir mesti belajar daripada sejarah Pak Lah dan Najib, jika tidak beliau juga berpotensi untuk ditolak sama dengan penuh kehinaan oleh rakyat yang tidak lagi meyakini dan mempercayainya. (Shahbudindotcom 26/04/2019)
Kerajaan Pakatan Harapan bersih – Guan Eng
SANDAKAN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah sebuah kerajaan bersih yang akan memastikan setiap ringgit dibelanjakan dapat dilihat hasilnya oleh rakyat tanpa berlaku ketirisan, penyelewengan, salah laku dan amalan rasuah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata rakyat akan dapat melihat perbezaan pembangunan yang dibuat dengan bersih untuk kesejahteraan rakyat.
“Kita harap rakyat akan menikmati perubahan yang ketara ini iaitu pembangunan yang ‘bersih’,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan program tinjauan mesra bersama calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee di Pasar Umum, di sini hari ini.
Menyentuh mengenai pembangunan di Sandakan, beliau berkata hanya selepas peralihan kerajaan, pembangunan di bandar itu dapat dilaksanakan berbanding kerajaan sebelum ini.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata kerajaan Pusat telah meluluskan projek bagi membesarkan Lapangan Terbang Sandakan, membaiki lif Hospital Duchess of Kent yang rosak serta menaik taraf blok hospital itu.
Sementara itu, Lim menafikan pemilihan Wong sebagai calon parti itu kerana populariti penyandang kerusi itu iaitu mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt.
Beliau berkata pemilihan Wong merupakan kesinambungan dan warisan perjuangan daripada mendiang bapanya yang perlu diteruskan malah beliau juga tidak asing bagi pengundi di kawasan Parlimen itu.
“Apa salahnya kita pilih seorang aktivis yang dekat dengan rakyat dan secara kebetulan adalah anak perempuan mendiang, oleh itu sekiranya kita nak meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang baik, saya rasa itu adalah pilihan yang baik,” kata Lim.- BERNAMA
ANWAR ZIARAH RAKAN SEKELASNYA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Di Masjid Abu Bakar As Siddiq, Subang Jaya menziarahi keluarga Dr Saimy Ismail, rakan sekelas saya semasa menuntut di Malay College Kuala Kangsar yang telah kembali menemui Pencipta pada pukul 5.50 pagi tadi. Didoakan kekuatan dan kesabaran yang tinggi buat keluarga beliau.
ALKISAH UCAPAN NAJIB DI KEDAH SEMALAM.
Alkisah ucapan najib dimajlis penyatuan ummah yg diadakan di negeri Kedah kelmarin.
"Untuk menghancurkan Pakatan Rakyat...yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP....saya usahakan secara senyap-senyap dengan Hadi supaya tak nampak sangat rancangan kita ini.
Orang -orang PAS pun tak tahu...dan akan terus menyokong PAS. Orang-orang UMNO pun memang tak mahu bersatu ngan PAS...jadi kami pura-pura tidak menjalinkan apa-apa hubungan supaya orang-orang UMNO akan terus menyokong kami.
Bila Mahathir yang di bantu oleh Muhyiddin Yasin menubuhkan PPBM dan Mat Sabu pula menubuhkan AMANAH....saya dan Hadi agak risau pada masa tu. Saya berpakat lagi dan dengan pertolongan dari penasihat saya (APCO DLL) ..saya buat perjanjian dengan Hadi....iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor dan Kedah, saya akan serahkan kepada PAS.
Lain-lain negeri, UMNO akan ambil. Malah, saya berjanji akan melantik Hadi sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-2, asalkan penyokong-penyokong PAS tidak mengetahui rancangan kami itu. Tetapi, keadaan tidak memihak kepada UMNO apabila kita hanya dapat mengekalkan Perlis dan Pahang sahaja, sedangkan PAS berupaya memiliki Kelantan dan Terengganu.
Tipu daya, muslihat serta usaha kami (Jibby dan Hadi)..hampir membuahkan hasil tetapi akibat FITNAH-FITNAH yang di mainkan oleh pihak pembangkang...kami (PASUMNO) gagal memiliki atau menguasai Putra Jaya".
(UCAPAN PENUH NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN PASUMNO: PENYATUAN UMMAH).
Soalan:
1. Orang-orng PAS senang-senang di perbodoh-bodohkan oleh Hadi dan Najib?
2. Ternyata Hadi Awang seorang lelaki yang lidah bercabang dan itukah cara seorang Ulamak?
3. Fitnah kebendanya tu Najib ? cer senaraikan....
4. Hadi bercita-cita jadi Menteri Persekutuan dan sanggup berbohong kepada penganutnya?.
1. Orang-orng PAS senang-senang di perbodoh-bodohkan oleh Hadi dan Najib?
2. Ternyata Hadi Awang seorang lelaki yang lidah bercabang dan itukah cara seorang Ulamak?
3. Fitnah kebendanya tu Najib ? cer senaraikan....
4. Hadi bercita-cita jadi Menteri Persekutuan dan sanggup berbohong kepada penganutnya?.
Cnp FB Mohd Asri Bakar..
Sembunyi dana parti, UMNO langgar Akta Pertubuhan 1966
Pada
oleh pentadbir
DAP akan membuat aduan dan meminta penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berkenaan keterangan seorang pemimpin UMNO dalam perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mahkamah semalam.
Pada hari keenam perbicaraan kes Najib, Setiausaha UMNO Johor Bahru, Abu Talib Alias dan Ketua UMNO Padang Serai, Asmadi Abu Talib mengaku menerima cek masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM50,000 daripada bekas Presiden UMNO itu.
Asmadi – yang merupakan saksi kesembilan – menjelaskan bahawa cek yang diterimanya tidak didepositkan ke dalam akaun UMNO Padang Serai, tetapi akaun peribadinya.
Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mengenai alasannya berbuat demikian, Asmadi menjawab:
“Sekiranya masuk ke dalam akaun bahagian, ia akan melibatkan mesyuarat agung tahunan (AGM).
“Tapi kalau melalui saya, ia akan terus masuk ke pihak pengurusan.
“AGM melibatkan juruaudit luaran,” jelas Asmadi.
Menurut Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, pengakuan Asmadi itu membangkitkan persoalan sama ada pemimpin UMNO itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1966.
“Menurut berita yang telah dilaporkan, mereka dengan sengaja menyembunyikan dana yang diberikan kepada UMNO tetapi menggunakan akaun individu-individu dengan tujuan menyembunyikan daripada pengetahuan pihak ROS dan juruaudit UMNO.
“Bukankah ini satu kesalahan jenayah yang serius serta melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966?” soalnya dalam kenyataan, hari ini.
“Walaupun perbicaraan kes jenayah Najib Tun Razak dan SRC International Sdn Bhd sedang dijalankan, saya percaya pihak ROS dan agensi penguatkuasaan yang lain berkuasa bagi menjalankan siasatan serentak sama ada UMNO telah melakukan kesalahan-kesalahan susulan pengakuan saksi-saksi di mahkamah atas pembayaran secara ‘rahsia’ tersebut,” tambahnya.
Najib kini sedang dibicarakan atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
GAMBAR-GAMBAR ANWAR DI KUALA LANGAT SEMALAM
Semalam di Majlis Makan Malam Amal KEADILAN Cabang Kuala Langat yang diadakan di Dewan Gan Yan Sin, SJKC Jenjarom. Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli merangkap Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar.
LANGSUNG PETANG INI
Saya disoal tentang apakah reformasi telah mengambil tempat dalam negara kini dalam majlis dialog bersama pelajar-pelajar dan mahasiswa baru-baru ini di USIM. Tonton jawapan saya yang menekankan aspek kebebasan media, dan juga kerumitan dan komitmen kerajaan dalam merealisasikan semangat Malaysia Baharu.
ANWAR BALIK PERMATANG PAUH HARI INI
SANTAI MINUM PETANG BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI PERMATANG PAUH!
ISNIN, 29 APRIL 2019
4:00 PETANG
DE'PAUH GARDEN,PERMATANG PAUH.
AYUH BERAMAI-RAMAI!
MENGAPA WAJIB LAWAN DAP DAN WAJIB SOKONG UMNO ?
Mokhtar anak Senik Berkata-kata , hanya orang buta saja yang tak nampak kemungkaran Dap. Apa kemungkaran Dap? Berikut adalah kemungkaran Dap, mungkin itu yang dimaksudkan oleh olamak Fikah ini:
1. Dap sejak dulu banyak rembat tanah rezab Melayu.
2. Dap yang mengakibatkan kematian Ibrahim Libya di Memali.
3. Dap yang menipu warga FELDA agar menyertai saham FGV untuk menjadi jutawan segera.
4. Dap yang menyebabkan tergadainya tanah-tanah FELDA di Felda Sg Buaya, Felda Cahaya Baru, Felda Sendayan dan Felda Labu Johnson.
5. Dap yang memungkiri janji untuk menyediakan rumah generasi kedua felda, tapi banyak yang terbengkalai dan duit habis.
6. Dap yang terlibat dalam kes NFC, duit untuk ladang lembu habis, ladang tidak wujud, lembu dalam kondo.
7. Dap yang wujudkan syarikat 1MDB bermodal satu juta, buat pinjaman berbilion ringgit dan kerajaan jadi penjamin, duit hilang disapu oleh pemimpin Dap iaitu MO1 anak beranak termasuk Jho Low.
8. Dap yang urus Tabung Haji, rugi bertahun-tahun tapi tetap bayar Hibah kepada pendeposit guna duit pendeposit.
9. Dap yang sapu duit KWAP serta LTAT.
10. Dap yang majoriti dalam Dun Kelantan telah menolak Hudud sampai sekarang Kelantan tak boleh buat Hudud.
11. Dap yang bawa usul RUU Akta 355 masuk Parlimen, tetapi Dap juga yang minta tangguh dan tidak mahu bahas.
12. Dap yg telah makan duit Umno tetapi tidak mengaku dan menyaman Sarawak Report tetapi tarik balik saman dengan cara membayar RM 1.4 Juta kepada Sarawak Report untuk setel kes.
13. Dap yang telah keluarkan Amanat Kit Siang dengan menyebut, " Kita lawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kita lawan Umno kerana Umno kekalkan perlembagaan kapir, jika kita lawan puak-puak ini (Umno) perjuangan kita adalah jihad, dan kalau kita mati dalam perjuangann menentang puak-puak ini (Umno) mati kita adalah mati syahid" - Amanat Kit Siang, di Banggol Peradung, Terengganu. Tetapi sekarang, Dap berkawan dan membantu Umno.
14. Pemimpin Dap terlibat dengan skandal pembelian kapal selam Perancis sehingga berlaku tragedi pembunuhan Altantuya.
15. Pemimpin Dap yang telah menonton filem lucah (PPV) di hotel sewaktu lakukan tugas resmi di German.
16. Pemimpin Dap yang telah terkantoi tunjuk "scud' kepada seorang lelaki yang menyamar wanita bernama 'Fikah" melalui mesengger.
17. Pemimpin Dap juga menjadi pengikut Al-Maunah, ajaran sesat yang pernah ditangkap dulu.
malas dah nak taip...banyak sangat dosa Dap ni.....sebab itu wajib sokong Umno yang suci lagi menyucikan. Betul tak syeikh??
WFAUZDIN NS
ADA LAGI ‘RAHSIA’ TENTANG PAS, BONGKAR PERLAHAN-LAHAN – ANWAR
Ada lagi ‘rahsia’ tentang Pas, bongkar perlahan-lahan – Anwar
Presiden PKR memberi gambaran bahawa beliau akan terus membongkar “penipuan” yang dilakukan pemimpin PAS selepas isu pembayaran wang RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown baru-baru ini.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan dibuat secara perlahan-lahan.
“Tunggu masa, saya bongkar cerita sikit-sikit, koho-koho (perlahan-lahan). Tak boleh deras (cepat) semua sekali.
“Jadi saya terangkan masalah kes ini dulu,” katanya ketika berceramah pada program Bicara Perdana di Tanah Merah, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulangi isu pendedahan penyelesaian saman Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London, baru-baru ini.
Pada Februari lalu, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson mendedahkan Abdul Hadi membayar RM1.4 juta itu kepada Clare, malah perkara itu disusuli dengan pendedahkan Clare yang mengesahkan penerimaan bayaran tersebut.
Bagaimanapun PAS, menafikan perkara itu.
Sementara itu Anwar menegaskan betapa beliau hairan melihat pemimpin PAS yang mengetahui perkara berkenaan tetapi tetap memberi penjelasan yang sebaliknya.
Katanya, beliau membuat pendedahan itu kerana mempunyai fakta dan bukannya memfitnah.
Katanya beliau melihat sendiri salinan dokumen serta cek bayaran tersebut.
“Apa makna semua ini? Antara kenyataan dan ucapan tok-tok guru PAS ini – saya tak salahkan orang yang tak tahu – tapi yang saya pelik pemimpin yang tahu masih sanggup menjelaskan begini.
“Padahal mereka tahu. Bagaimana kita nak orang hormat pada kita? Bila orang tengok kita ada akhlak, bila bercakap, benar,” tegasnya.
Tambah Anwar penjelas beliau itu sebagai contoh bahawa bukan bermakna sebuah parti yang menggunakan nama Islam semuanya akan bercakap benar.
“Ini pertarungan politik. Parti ini dulu mula-mula musuh DAP, bila dalam Pakatan Rakat dia juga turun kempen untuk DAP.
“Sekarang dia cakap pula salah DAP. Dulu kita tahu sikap PAS pada Umno, sekarang nak baik. Dia nak baik dengan Umno tak apa, berbaiklah.
“Tapi nak baik dengan Umno ini, terus kita jadi separuh kafir. Jadi agama ini boleh main ikut selera urusan politik. Ini yang saya tak setuju,” jelasnya.
Pengerusi Qatar Foundation lawat Malaysia
Pengerusi Qatar Foundation bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti Qatar (QF) serta Education Above All (EAA), Sheikha Moza Bint Nasser mengadakan lawatan khas ke Malaysia bermula hari ini hingga 1 Mei.
Sheikha Moza merupakan Permaisuri kepada Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, bekas Emir Qatar akan diiringi para pegawai dari pejabat baginda dan wakil EAA.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi hos kepada lawatan berkenaan.
Lawatan khas berkenaan akan menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama terutamanya berkaitan pendidikan, kesihatan, memperkasa wanita, pembangunan belia dan masyarakat.
KENYATAAN UMUM PEMUDA PAKATAN SABAH
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Hari ini saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan selepas tular gambar calon DAP PRK Sandakan yang juga anak kepada mantan MP Sandakan mendiang Stephen Wong, Vivien Wong sedang membersihkan tanah perkuburan Islam. Dalam banyak ciapan di media sosial dikatakan ia taktik kempen DAP paling teruk.
Memang bagi sesetengah orang ia adalah pelik dan lebih pelik kerana ianya dilakukan ketika kempen PRK Sandakan. Namun ini adalah perkara biasa yang dilakukan komuniti DAP dan Pakatan Harapan di Sabah dan saya menyokong tindakan kemasyarakatan yang dilakukan saudari Vivien Wong serta komuniti DAP Sandakan.
*DAP Dan Kerja Kemasyarakatan*
Untuk pengetahuan, mantan MP Sandakan mendiang Stephen Wong tidak asing dalam kerja-kerja kemasyarakatan membersihkan tanah perkuburan Islam.
Pada 14 Jun 2015 (lihat gambar), mendiang Stephen Wong bersama penduduk Tg.Papat mengadakan acara gotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam. Pada 5 Ogos 2018 (lihat gambar) juga mendiang bersama komuniti DAP serta penduduk Kg.Sim Sim Berhala Darat melakukan aktiviti sama.
Jika dilihat pada tarikh yang dinyatakan ia bukanlah dilakukan semasa kempen pilihanraya. Malah kerja gotong royong membersihkan tanah perkuburan Islam sudah sering kali dilakukan dan dianjurkan DAP Sandakan yang dipimpin mendiang.
Bukan itu sahaja, DAP Sandakan juga amat aktif dalam pelbagai aktiviti gotong royong dan kemasyarakatan dan saya yakin rakyat Sandakan sudah amat mengenali dan tahu kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan DAP Sandakan sejak menjadi pembangkang sehingga kini setelah menjadi kerajaan.
*Nilai Diri, Ambil Positif*
Saya amat berharap usaha murni yang dilakukan ini dipandang dan diambil positif oleh semua lapisan masyarakat kerana saya yakin apa yang dilakukan saudari Vivien Wong bukanlah untuk Pilihanraya Kecil semata kerana DAP Sandakan memang amat dikenali dengan kerja-kerja kemasyarakatan.
Apa yang dilakukan oleh komuniti DAP Sandakan wajar dijadikan contoh kepada semua pihak bahawa semua masyarakat mampu mengekalkan keindahan dan kebersihan kawasan kediaman serta seluruh persekitaran andai semua berganding bahu tanpa mengharapkan bantuan organisasi tertentu mahupun dana untuk menjaga kawasan persekitaran. Ia juga mampu mencegah dari pelbagai jenis penyakit antaranya kolera dan denggi.
*DAP Membentuk Perpaduan*
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden apatah lagi masyarakat di Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum. Maka, perlu ada aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu seperti gotong royong yang mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan tanah perkuburan, kawasan perumahan, taman permainan mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Aktiviti ini merapatkan masyarakat kepada nilai-nilai murni. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini.
Hal ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat terutama golongan muda.
*Razeef Rakimin*
Setiausaha
Pemuda Pakatan Harapan
Sabah
Setiausaha
Pemuda Pakatan Harapan
Sabah
SOKONGAN 49%: KERAJAAN PERLU SEDIKIT MASA TUNAI JANJI – KHALID
Sokongan 49%: Kerajaan perlu sedikit masa tunai janji – Khalid
Kajian Merdeka Centre baru-baru ini bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya memperolehi 39% sokongan rakyat berbanding 79% ketika memenangi pilihan raya umum ke 14, setahun lalu agak membimbangkan.
Mengulas keadaan yang kritikal itu, Pengarah Komunikasi Amanah Ir Khalid Samad berkata, kekurangan sokongan itu lebih kepada protes rakyat terhadap kegagalan kerajaan menunaikan beberapa janji manifesto.
Namun menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, kerajaan sedaya-upaya akan menunaikan janji yang belum dipenuhi dalam tahun-tahun akan datang agar rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding era pemerintahan BN.
“Kita tetap berusaha dengan gigih untuk menepati janji dan memenuhi aspirasi rakyat.
“Namun demikian saya harap rakyat akan terus bersabar serta memberi kita sokongan dan masa untuk melakukan yang terbaik sebab kerajaan yang terdahulu hampir mufliskan negara, mengakibatkan PH terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi serta keadaan kewangan yang sukar dan tertekan,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Bagi pemerhati ekonomi, Jameson Tan, rakyat amat tidak realistik apabila mengharapkan kesemua janji boleh ditunaikan dalam masa setahun. Katanya, mereka yang termakan dengan dakyah pembangkang bahawa kerajaan telah menipu (kencing) sepatutnya lebih rasional dalam menilai propaganda parti lawan.
“Kerajaan PH mengalami kesusahan untuk menepati janji manifesto disebabkan kekangan kewangan. Oleh itu, keadaan akan mengambil masa yang lama untuk dibaik-pulih dan bukan dalam masa setahun-dua.
“Lagipun ekonomi dunia sedang mengalami penurunan. Ini bererti bukan sahaja situasi di Malaysia adalah sukar bahkan situasi di dunia pun susah juga,” katanya.
Jameson memberi contoh di United Kingdom, di mana rangkaian pusat membeli-belah ‘Debenhams’ akan menutup sebanyak 50 buah cawangan yang tidak menguntungkan (disebabkan faktor ‘online shopping’) dan selepas penutupan tersebut hanya 116 buah cawangan yang akan terus beroperasi.
“Rakyat Malaysia harus memberi peluang dan masa kepada Kerajaan. Terlalu terburu-buru tidak akan mencapai matlamat sebab ‘kemusnahan’ yang telah berlaku sebelum PH menjadi kerajaan adalah terlalu teruk dan nyaris-nyaris Malaysia menjadi bankrap,” katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)