KENYATAAN MEDIA - MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 23 Ogos 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk melantik Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua 105 Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama mencalonkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson tempoh hari tanpa kira parti dan perbezaan pandangan politik demi kepentingan rakyat dan negara.
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini dan membincangkan isu politik dan keadaan semasa tanah air. Isu penularan wabak COVID-19 terus merisaukan dengan jumlah kes baharu dan angka kematian harian yang tinggi, di samping usaha pemberian vaksin yang perlu dipertingkat. Pakatan Harapan turut risau akan masalah ekonomi semasa, termasuk isu pengangguran, pendapatan yang berkurangan, sektor-sektor yang amat terkesan dan perancangan Kerajaan untuk menghidupkan semula ekonomi. Oleh yang demikian,
Majlis Presiden hari ini mengulangi komitmen bahawa Pakatan Harapan sebagai gabungan politik akan diperkukuh, di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi. Segala persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 akan dipergiat termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat. Pada masa yang sama, selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021, dan untuk menggembleng kekuatan seluruh blok Pembangkang, Pakatan Harapan mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama di bawah konsep ‘Khemah Besar’ berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat. Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah ‘Khemah Besar’ dikalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara.
Pakatan Harapan juga akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai Pembangkang yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab, sesuai dengan titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa Eksekutif terus dilaksana. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi segera diatasi demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia.
Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng Parti Tindakan
Demokratik (DAP)
ANWAR TETAP MEMIMPIN PH
Majlis Presiden PH terus memperakui dan menyokong penuh
kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH. Oleh itu, mana-
mana suara yang merasakan PH perlu menolak Anwar Ibrahim selaku
Pengerusi PH harus terima hakikat ini.
ADA BETULNYA CAKAP KHIR TOYO
Satu pandangan yang dilontarkan oleh Khir Toyo berkenaan jawatan
Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri agak melawan arus... tapi pada aku ada
betulnya cakap Khir Toyo tu...
Ismail Sabri berdepan cabaran paling besar... iaitu menangani
Covid-19 dalam masa 18 bulan atau kurang... dan semua ini memang seakan
mengharapkan keajaiban... semua mata tertumpu atas kemampuan Ismail Sabri
menanganinya...
Jika Ismail Sabri gagal... ini bermakna UMNO itu sendiri
gagal... dan rakyat (pengundi) akan menterjemahkan kegagalan ini dengan menolak
UMNO pada skala besar... dan inilah inipati apa yang Khir Toyo nyatakan dalam
temuramah dengannya...
Dan ini memang agak signifikan... Ismail Sabri berdepan cabaran
paling besar... cabaran paling getir... tak cukup sokongan BERSATU, PAS dan
GPS... tapi semua parti itu pastinya akan berlepas tangan jika masalah Covid-19
tidak dapat ditangani dengan baiknya oleh Ismail Sabri...
Parti GPS lah yang paling awal akan menyelamatkan diri mereka
dengan mengalihkan sokongan terhadap pembangkang... Ini kita semua boleh
baca...
TAK SAMPAI 24 JAM
BOB KELANANG
Tak sampai 24 jam... UMNO dah tunjukkan belang mereka yang
sebenar... selama hampir 18 bulan sebelum ini langsung kita tak mendengar
keluhan atau saranan dari UMNO yang mengatakan bahawa Kerajaan pada masa itu
bukanlah Kerajaan Perikatan Nasional... tetapi Kerajaan Malaysia (Kerajaan
Campuran)...
Betul... kita tak mendengarnya... memang kita tak dicanangkan
perkara ini...
Tapi tak sampai 24 jam selepas UMNO mendapat kuasanya dengan
perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia... maka mulalah
seorang dua warlord dalam UMNO macam Abdul Rahman Dahalan dan Ahmad Maslan
mengutarakan suara-suara UMNO yang tidak mahu menggunapakai nama Perikatan
Nasional...
Malah kata Abdul Rahman Dahalan... dia xtau macam mana orang
boleh sebut Kerajaan pada masa itu adalah Kerajaan Perikatan Nasional...
Hahaha... ini semua cakap-cakap cicak mengkarung yang masih
perasan
hebat
... masih perasan berkuasa besar... baru jer UMNO dapat kuasa
balik... sudah bercakap dan berkata yang bukan-bukan... hahaha... ini macam lah
bagoosh... ini menunjukkan sikap sebenar UMNO selama ini...
Dan inilah yang memang kita dah boleh jangka... dan tunggulah
pulak apa kata parti PAS... hahahaa... yang itu dari PAS mesti lagi lawak...
KULIT DAN HATI LAIN LAIN
NAJAH ASRI
Politik Kelantan 19
Bila AI tidak dapat jadi PM, ramai orang PH kecewa.
Ada yang menangis.. ada yang membebel.. ada yang diam seribu
bahasa.
Tetapi.. ada juga yang ketawa.
Hah.. ketawa?
Ya. Ketawa.
Sebab mereka selama ini bermuka-muka untuk bersama PH.
Kulit bersama PH tetapi isi masih dengan parti asal mereka.
Mereka benci AI.
Kalau tanya kenapa.. mereka akan bagi sebab utama ialah AI
gagal.
Gagal yang macam mana?
Gagal untuk beli hati wakil rakyat?
Gagal untuk berjanji jawatan?
Gagal untuk hubungi parti-parti selain PH untuk melobi?
Atau gagal untuk mewakili aspirasi rakyat untuk negara?
Padahal kebencian mereka kepada AI lebih daripada di atas.
Mereka benci AI kerana tradisi.
Dari awal mereka menceburi dalam bidang politik, doktrin AI itu
jahat, gagal, pengkhianat bla bla bla.. melekat terus di dalam jiwa.
Cakap lah apa sahaja berita baik pasal AI, tetap tak akan
mengubah persepsi beliau terhadap AI.
Habis tu.. kenapa 'join' PH?
Sila baca Amanah.
Amanah?
Ya.. parti Amanah.
Kenapa ya..?
Apabila rakyat marahkan Umno dan BN..
Mereka masuk Amanah.
Tak kan lah nak masuk PKR pulak..
Mereka masuk Amanah.. atas banyak sebab dan kemungkinan.
Lain kali mak ulas panjang pasal ni.
Tapi yang jelas.. mereka menjadi gunting dalam lipatan.. menjadi
bara atau api dalam sekam.
Mereka ada wang.
Boleh bantu sahabat-sahabat dalam parti.. bagi duit sedikit
untuk belanja harian.. bagi duit untuk menggerakkan parti..
Dalam pada masa yang sama..
Mereka menghasut diam-diam..
Menghasut agar salahkan dan bencikan AI dan mana-mana pemimpin
parti Amanah yang kelihatan menyokong AI.
Mereka akan berikan seribu alasan untuk ini.
Tak cukup dengan benci AI dan pemimpin..
Mereka akan mengadu domba antara pemimpin akar umbi.
Maka terjadilah kelompok-kelompok atau kumpulan-kumpulan yang
tidak sebulu dan sekutu.. bergerak atas nama parti Amanah.
Eeh.. dah azan subuh
Bersambung..
PAKATAN HARAPAN - Jiwa Islah Reform, Roh Perjuangan "Politik Nilai", dan pengkhianat yg ambil kesempatan
LYDIA NUR KASIH
90an, Berasalkan kebencian rakyat terhadap rasuah, salahguna
kuasa, dan politik jijik yg merosakkan negara, aspirasi utk berubah (islah)
timbul dalam jiwa ramai rakyat. Tetapi, mendepani UmnoBN
"machiavellian" yg menguasai kerajaan bukan mudah. Apatah lagi dlm
keadaan bersepah. Bila Anwar bangkit menentang rasuah dan sistem bobrok dari
dlm umno sendiri, kekuasaan jijik sailang itulah yg bekerja memfitnah,
menjatuhkan sekaligus cuba menanamatkan usaha penentangannya.
"Wamakaru wamakaruLLAH"... Demikianlah, ALLAH satukan
jiwa2 penentang "sistem bobrok". Arwah Ustaz Fadhil Noor
(AUFN-Presiden PAS yg juga menjunjung Islah) segera tubuhkan GERAK, menjadi
wadah menghimpunkan "jiwa2 Islah" dari segenap lapisan masyarakat.
Ratusan ribu individu, jiwa2 Islah dlm umno pengikut Anwar, bersama jiwa2 pejuang
dlm PAS, NGO2, dari seluruh negara menyahut seruan bersama GERAK menuntut
Islah. Bersatulah semua jiwa2 ini dijalanan, bermulalah REFORMASI. Membawa obor
"Politik Nilai" yg Bersih, Telus dan Progresif, melawan budaya
politik korup jijik sailang hanyir "machiavelli".
REFORMASI adalah "Gerakan Rakyat". Sekali tercetus,
tidak akan lagi terpadam. Kuasa ALLAH telah menyatukan jutaan "jiwa2
Islah" ini, samada di jalanan, maupun yg mengikuti dari kaca2 TV. Ombak2
kecil yg terhimpun bertukar menjadi Gelombang Besar, dari sudut politiknya, ia
melahirkan BARISAN ALTERNATIF -BA. Cubaan pecahbelahkan BA membawa kepada
re-branding PAKATAN RAKYAT -PR.
Tersungkurnya PAS dlm pejalanan Islah dgn tawaran2 Unity Gov
(UG) dikaki umnoBN telah pecahkan PR, namun, Jiwa2 Islah dan Pejuang yg di
dokong KEADILAN dan DAP telah melahirlah AMANAH. Ombak2 kecil dalam perjalanan
Islah yg panjang telahpun menjadi Tsunami. 2018 menyaksikan sejarah, Jiwa2
Islah yg terhimpun dlm PAKATAN HARAPAN dianugerahkan kemenangan dari ALLAH ...
ALLAHu Mustaan.
Anwar, yg ditakdirkan ALLAH, melalui segala liku perjuangan,
mendapat sinar di mata dunia bermula dgn Belia Islam, pernah terjun ke umno
"Tong Najis" utk cuba membuat penyucian, telah menjadi ASBAB kepada
bersatunya seluruh "Jiwa2 ISLAH" di Malaysia. Ya, Anwar adalah ICON.
Takdir ALLAH, Anwar didampingi Kak Wan, Abg Mat, Kit siang, AUFN, ATGNA, dan
ribuan lagi dlm catatan sejarah ISLAH REFORM di Malaysia. Hakikatnya, ISLAH
REFORM ini tidak akan mati sekalipun selepas matinya Anwar. Kerana ia berada
dlm jiwa2 rakyat yg besungguh mahukan perubahan.
Besar, kukuh dan gah rupadiri gelombang ISLAH REFORM yg telah
terbentuk. Sepanjang perjalanan, memang ramai yg cuba ambil kesempatan
menunggang gelombang ini. Ya, ahli2 politik "machiavellian" yg cuba menyamar
dgn wajah ISLAH, tetapi berjiwa kotor. In sya ALLAH... mereka tidak akan pernah
berjaya. "Kejayaan sementara" individu spt Mahathir, Muhyiddin,
Azmin, Zuraida dll menunggang Gelombang Islah tidak mungkin kekal. Dan jatuh
mereka dlm penuh kehinaan. Modus operandi mereka sama. Selepas menyamar
menyusup masuk dlm gelombang, jiwa sailang mereka akan mula terzahir. Mula
mencari jalan utk naik dengan memburukkan pemimpin2 tulin sejati. Hari ini,
masih ada mereka dlm PKR, AMANAH, DAP, dan ada yg masih cuba2 dari luar dgn
menyanyikan lagu PH+. Tanpa jiwa ISLAH REFORM, dan Roh perjuangan mengangkat
"Politik Nilai" dlm PH, mereka masih mampu menggugat jika dibiarkan.
Sampaikanlah Salam pada beberapa pemimpin AMANAH pusat, AMANAH Bukit bintang
dan beberapa kerat pemuda, Tony, Kian Ming dan beberapa kerat dlm DAP, serta
juga saki baki "Kartel" dlm PKR yg tidak mungkin dapat menjiwai
perjuangan ini.
Roh bagi PAKATAN HARAPAN adalah "Politik Nilai", dan
tidak mungkin sekali2 tunduk kepada lawannya "machiavellian". PH
telah menang, dan insya ALLAH akan terus menang dengan lebih besar. Dengan PRU
yg sgt hampir, kini masa kritikal "Rapatkan Saf" dan bersolidariti
dlm gerakkerja PRU. Bingit penyanyi2 lagu sumbang "Atok ku sayang"
dan "Ganti pucuk pimpinan", wajib segera di"selesaikan".
Kanser pada tahap 1 wajib diubati, atau terus dipotong buang sebelum merebak.
PRU15, Kami PH3Parti TEGUH BERSAMA
#PolitikNilai #REFORMASI #NoToPHPlus
muzammel/lidya
Pembangkang sertai MPN: DAP sanggup pertimbang asalkan bukan untuk cukup syarat
Oleh B. Suffian
DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang sertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini adalah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat.
“Asalkan bukan sekadar untuk mencukupi syarat dan mengiakan pandangan kerajaan semata-mata.
“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan juga jawatankuasa khas menangani Covid-19 sebagai satu usaha meredakan krisis politik dalam negara.
Katanya tawaran itu juga bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar kesemua pemimpin parti berdamai dan menghentikan perebutan kuasa demi kesejahteraan rakyat.
ASBAB PENYOKONG YANG BODOH.....ORANG MELUAT PADA PARTI.
MOHD MUKHLIS
Dalam twitter space semalam, saya ada sebut dengan tuntas yang
politik adalah seni menjual idealogi. Saya juga sebut dalam mana-mana kumpulan,
akan ada golongan yang jadi extremis @ outlier.
Mereka ini sebenarnya toksik dan agen pemecahan tapi mereka
tidak tahu. Mereka rasa hujah ghuluw mereka akan beri sokongan pada PH tapi
merekalah asbab orang lari dari PH ( yang sepatutnya boleh jadi viable
alternative).
PH cuba membawa politik harapan, tapi mereka-mereka ini masih
lagi sangkut dengan mentaliti politik lama, iaitu politik kebencian.
Manusia ini fitrahnya sukakan perdamaian dan kebenaran, politik
kebencian ini pasti akan di tolak oleh golongan atas pagar.
Jangan jadi untung secupak, rugi segantang ( penny wise, pound
foolish).
Mereka rasa dengan cara berpolitik yang macam ini akan menambahkan
sokongan rakyat atas pagar pada mereka tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Tentang nak bertanding 222 kerusi ini, sejarah telah menjadi
bukti, ada satu parti yang kata dia kuat bila bersendirian telah bertanding
hampir 153 kerusi PRU14. Yang peliknya mereka kalah lagi teruk. Sebab apa?
Mereka lupa yang masyarakat Malaysia ini rencam dan pelbagai sosio budaya.
Juga kita kena ingat, punca utama iblis di tendang keluar dari
syurga bukanlah sebab dia mahu menjadi Tuhan, tapi sebab dia berlaku sombong
dan bongkak. Kalau mana-mana parti mendabik dada kata dia paling kuat dan kata
boleh menang bila bersendirian; nampaknya cakap itu bukan sahaja arrogant,
malahan ignorance. Betul bersendirian boleh menang 40-50 kerusi, tapi dengan
sebanyak itu macam mana hendak jadi kerajaan?
Dan yang sorang lagi tak habis hendak memecah-belah kesatuan PH.
Kalau di katakan gagal dapat sokongan MP itu sebagai tanda aras, bila dia
sendiri takut bertanding masuk PRU adalah testiment yang dia lari sebelum
berjuang. Jenis ini hanya pandai kritik tapi tak ada penyelesaian.
Mesej saya jelas semalam. If you are not part of the solution,
then you are part of the problem.
Unfollow saja figura yang macam ini walaupun ada sedikit
kebenaran tapi banyaknya misleading.
Hendak membina kesatuan perlukan masa bertahun-tahun, tapi
hendak memusnah hanya perlu sesaat curiga antara satu sama lain.
MMMS
TUUU DIA DEPA BINCANG LAM JET MEWAH...KLUSTER ATAIH ANGIN NI....BILA ?
FUHYOOO MAKAN ANGIN SAMBIL SAMBIL BINCANG...
Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu…
Bersatu yang menguasai kerajaan selama 17 bulan, memberi laluan yang amat mudah untuk Umno kembali berkuasa.
Peralihan kuasa bukan saja mengecewakan akar umbi Bersatu, tetapi turut menimbulkan banyak persoalan, susulan kejutan demi kejutan yang melanda parti serpihan Umno itu sehingga memaksa presidennya Muhyiddin Yassin letak jawatan satu minggu lalu.
Ramai kalangan pemerhati yang bertanya (secara sinis) apakah
masalah kesihatan mental yang banyak menyerang rakyat kerana terjejas oleh
Covid-19, turut menimpa kalangan pemimpin Bersatu? Sehinggakan
keputusan-keputusan yang diambil pucuk pimpinan parti itu jauh terpesong
daripada objektif asal, dan matlamat penubuhan Bersatu sendiri.
Dalam tempoh yang cukup singkat, Bersatu kehilangan jawatan
Perdana Menteri yang amat bernilai buat parti itu.
Kehilangan itu satu tamparan yang amat hebat kepada sebuah parti
yang “kecil” dari segi bilangan ahli tetapi berkuasa besar, kerana dipimpin dua
perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin).
Namun, dalam sekelip mata, Bersatu bukan sahaja hilang status,
kini asas perjuangannya yang mendapat sokongan rakyat pada PRU lalu juga
melayang hilang entah ke mana.
Hilang hala tuju
Bersatu, ditubuhkan selepas Muhyuddin dipecat daripada jawatan
timbalan perdana menteri dan juga Umno oleh Najib Razak pada 2016.
Ketika itu, isu 1MDB hangat diperkatakan. Bersatu didirikan oleh
Muhyiddin dan Mahathir atas asas ‘melawan’ ketidakadilan, rasuah, ketirisan,
dan keborosan.
Kempen Bersatu pada PRU-14 yang ditunjangi Mahathir, Muhyiddin,
dan pemimpin lain bersandarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan. Mereka bersama
Pakatan Harapan turut menuntut pemansuhan akta-akta yang menekan aspirasi
rakyat untuk perubahan dan pembaharuan.
Bersatu menampilkan diri sebagai parti seiring dengan denyut
jantung rakyat, malah menyokong (dan memperolehi sokongan) gerakan
pro-pembaharuan Bersih 5.0.
Tetapi lain ceritanya hari ini.
Selepas menerajui kerajaan campuran yang dinamakan Perikatan
Nasional (PN) selama lebih 17 bulan, Muhyiddin akhirnya tersungkur kerana
‘lupa’ atau ‘buat lupa’ segala janji yang diberikan Bersatu kepada rakyat
semasa PRU-14.
Beliau meminggirkan Parlimen, malah menutup institusi itu dengan
memperalatkan Ordinan Darurat dan enggan melaksanakan pembaharuan-pembaharuan
asas yang disokongnya sebelum ini.
Susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu, Bersatu
pimpinan Muhyiddin hilang fokus dan hala tuju, justeru hilang sokongan rakyat.
Sebaliknya, tempoh 17 bulan itu banyak diguna untuk ‘bersilat’
dengan musuh-musuh dalam selimut, khususnya Umno yang akhirnya menarik balik
sokongan kepadanya, sekali gus menjatuhkan beliau dan kerajaannya.
Tidak menghairankan, apabila ramai berpendapat bahawa Muhyiddin
dan gerombolan pemimpinnya dalam Bersatu sudah hilang pedoman dan keupayaan
untuk memerintah negara.
Kini, pemimpin Umno kembali menjadi perdana menteri, dalam
keadaan Bersatu ‘sesat’ dan mungkin sengaja ‘disesatkan’. Hala tujunya tidak
pasti ke mana. Yang pasti Bersatu sudah jauh tergelincir landasan perjuangan
asal. Destinasi dan masa depannya juga amat kabur apa lagi dalam cuaca politik
yang sukar, berubah-ubah, dan samar.
Strategi 7 perkara
Dua hari sebelum terpaksa meletak jawatan, Muhyiddin, dalam
keadaan terdesak, mengajak pembangkang bekerjasama dengannya untuk menukar
corak perlembagaan negara. Tawaran itu sesuatu yang tidak dijangka dan di luar
pengetahuan ramai, termasuk ahli Jemaah Menteri beliau sendiri.
Tujuh perkara yang diutarakannya, berlandaskan reformasi yang
agak radikal bagi ahli politik menerimanya.
Antara lain ia melibatkan hak mengundi automatik untuk mereka
bawah umur 18 tahun, undang-undang mencegah wakil rakyat lompat parti,
peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen pembangkang dan seseorang tidak
boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal.
Untuk merealisasikan semua tujuh perkara itu, Perlembagaan perlu
dipinda dengan sokongan undi 2/3 di Parlimen, sesuatu yang Muhyiddin tidak
punya. Justeru, beliau meminta sokongan Ahli Parlimen pembangkang.
Malangnya, tawaran Muhyiddin itu seharusnya dibentang di Dewan
Rakyat, tetapi beliau sendiri yang memilih untuk menutup Parlimen. Ini
mengecilkan fungsi Parlimen dan wakil rakyat.
Muhyiddin membuat tawaran itu ketika kemarahan Ahli Parlimen dan
rakyat kepada pentadbirannya semakin memuncak. Justeru, tawaran ‘7 perkara’
oleh Perdana Menteri ketika itu hanya menambah rasa marah itu.
Ringkasnya, Muhyiddin silap pilih masa dan keadaan dalam membuat
tawaran itu. Mungkin juga silap cara berkomunikasi yang lagaknya seperti tidak
tulus dan tidak ikhlas.
Sekiranya pihak pembangkang bersetuju dengan cadangan tersebut,
beliau akan memperolehi undi kepercayaan secukupnya untuk terus memegang
jawatan Perdana Menteri.
Apakah resolusi 7 perkara itu mempunyai ‘udang besar di sebalik
batu’ seperti mana Langkah Sheraton yang terkenal dulu? Tiada siapa yang tahu.
Apa pun, tawaran 7 perkara itu menyerlahkan siri kesilapan
Muhyiddin dan Bersatu. Corak kepimpinan yang tidak nyata, falsafah parti yang
kabur, dan langkah-langkah sumbang yang tidak mengambil kira naluri rakyat,
akhirnya membawa padah kepada Muhyiddin dan Bersatu.
Walaupun tawaran 7 perkara oleh Muhyiddin mungkin murni dan
hasil perubahan Perlembagaan tersebut berupaya membawa Malaysia ke era baru,
ucapan beliau itu lemah dan tidak meyakinkan.
Dalam ucapan itu, beliau menyebut tekanan ke atasnya untuk
mencampuri urusan mahkamah terhadap mereka yang diheret ke muka pengadilan.
Apakah Muhyiddin tidak menjangka perkara sebegitu akan terjadi dan digunakan
sebagai senjata politik?
Yang aneh, beliau sendiri belum memperjelaskan rekodnya sendiri
dalam menawarkan jawatan GLC dan Jemaah Menteri kepada Ahli Parlimen untuk
meraih sokongan. Juga tidak ada penjelasan mengenai audio suara miripnya bahawa
jawatan-jawatan kerajaan boleh ditawarkan kepada Ahli Parlimen untuk meperolehi
sokongan bagi membentuk kerajaan baharu (in the scheme of things)?
Persoalan yang timbul ialah kenapa Muhyiddin menunggu 17 bulan
untuk menawarkan 7 perkara berkenaan? Kenapa tidak satu tahun atau enam bulan
yang lalu, sebelum beliau menutup rapat pintu Parlimen?
Retorik politik
Persoalan pokoknya, apakah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
mahupun presiden Bersatu, benar-benar percaya kepada kenyataan yang beliau
sendiri luahkan?
Atau ianya sekadar gimik politik yang ditulis untuk mengabui
mata pembangkang dan memecahbelahkan mereka, supaya ada pihak (seperti beberapa
kerat dalam DAP) yang benar-benar percaya dan memihak kepadanya?
Sekiranya beliau dan ahli Bersatu benar-benar percaya kepada
tujuh perkara yang dicadangkan itu, kenapa tidak dicadangkan dari dulu lagi
sewaktu dia mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri.
Persoalan sama juga harus dimajukan kepada Umno, PAS, dan sekutu
yang lain dalam Perikatan Nasional. Kenapa tidak jadikannya 7 perkara itu
agenda nasional untuk memperkasakan Perlembagaan?
Sekiranya Muhyiddin benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan 7
perkara tersebut dan percaya bahawa ia akan memberi faedah besar kepada rakyat
dan negara amnya, maka ianya mestilah didokongi oleh semua pihak yang terlibat
dalam politik tanah air termasuk Bersatu sendiri.
Ini juga harus dijadikan ‘mantra’ Bersatu dan asas utama
perjuangan Bersatu. Ia harus menjadi doktrin parti dan didokong semua ahli.
Asas perjuangan ini akan memperkuatkan nadi dan nurani Bersatu, sebuah parti
yang ditubuhkan untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan berleluasa.
Perjuangan anti-rasuah ini berupaya mengembalikan Bersatu kepada
hala tuju yang amat positif dan mampu meraih sokongan merentasi kaum.
Tujuh perkara ini akan membezakan Bersatu daripada Umno. Dengan
matlamat jelas untuk kesejahteraan negara dan rakyat, Bersatu berupaya diterima
oleh lebih ramai masyarakat berbanding Umno atau PAS.
Tetapi malangnya, ucapan Muhyiddin nampaknya tidak lebih dari
retorik politik yang diutarakan sewaktu beliau dalam keadaan terdesak dan
diambang kejatuhan. Muhyiddin dan Bersatu senyap membisu mengenai keperluan
menjadikan 7 perkara itu realiti dan asas perjuangan parti.
Rumusannya, tawaran 7 perkara itu diangkat oleh Muhyiddin
sebagai senjata politik untuk menyelamatkan diri, bukan untuk menyelamatkan
negara. Apabila beliau jatuh, Muhyiddin dan Bersatu ‘lupa’ terus akan
pentingnya tawaran itu terus diperjuangkan, apa lagi kerana Bersatu masih ada
kuasa utama dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Ini bermakna, sehingga ini perjuangan Bersatu semakin tidak
jelas. Apa tujuan parti ini sebenarnya? Untuk berkuasa? Apakah asas-asas
perjuangan yang mahu ditegakkan? Apakah perancangan untuk rakyat dan negara
tercinta?
Sekiranya tidak ada, ramai pihak yang mencadangkan supaya
Bersatu dibubarkan saja terus. Semua ketua dan ahli boleh masuk atau kembali
kepada Umno.
Sekarang pun mereka bekerjasama dan menyokong Umno untuk
mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jawatan Perdana Menteri diserahkan
kepada Umno dengan begitu mudah tanpa sebarang perdebatan dalam Bersatu itu
sendiri.
Kalau dulu, Umno terpaksa mengikut telunjuk Bersatu, sekarang
Bersatu mesti mengikut telunjuk Umno. Ini realiti politik baharu susulan
kejatuhan Muhyiddin dan naiknya Ismail.
Selepas Muhyiddin tunduk kepada tekanan Umno untuk meletakkan
jawatan, Bersatu bertukar menjadi ‘pak turut’ dengan kembali menyokong Umno
untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.
Inilah permainan kuasa politik yang agak aneh dan mengelirukan
ramai ahli Bersatu dan rakyat amnya.
Dalam keghairahan untuk mengekalkan kuasa, Bersatu membelakangkan
kepentingan rakyat dan pengundi. Akhirnya Bersatu kecundang kepada nafsu
politiknya sendiri, sekali gus kehilangan bukan saja jawatan perdana menteri,
tetapi juga hala tuju, matlamat perjuangan, dan paling penting sokongan rakyat.
Nasi sudah menjadi bubur. Tetapi apabila lapar, terpaksa disuapi
jua.
Inikah perjuangan ahli-ahli Bersatu?