KENYATAAN MEDIA - MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 23 Ogos 2021

 

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk melantik Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua 105 Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama mencalonkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson tempoh hari tanpa kira parti dan perbezaan pandangan politik demi kepentingan rakyat dan negara.

 Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini dan membincangkan isu politik dan keadaan semasa tanah air. Isu penularan wabak COVID-19 terus merisaukan dengan jumlah kes baharu dan angka kematian harian yang tinggi, di samping usaha pemberian vaksin yang perlu dipertingkat. Pakatan Harapan turut risau akan masalah ekonomi semasa, termasuk isu pengangguran, pendapatan yang berkurangan, sektor-sektor yang amat terkesan dan perancangan Kerajaan untuk menghidupkan semula ekonomi. Oleh yang demikian, 

Majlis Presiden hari ini mengulangi komitmen bahawa Pakatan Harapan sebagai gabungan politik akan diperkukuh, di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi. Segala persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 akan dipergiat termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat. Pada masa yang sama, selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021, dan untuk menggembleng kekuatan seluruh blok Pembangkang, Pakatan Harapan mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama di bawah konsep ‘Khemah Besar’ berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat. Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah ‘Khemah Besar’ dikalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara. 

Pakatan Harapan juga akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai Pembangkang yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab, sesuai dengan titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa Eksekutif terus dilaksana. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi segera diatasi demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia.

 

Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 

Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik (DAP)




ANWAR TETAP MEMIMPIN PH

 

Majlis Presiden PH terus memperakui dan menyokong penuh

kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH. Oleh itu, mana-

mana suara yang merasakan PH perlu menolak Anwar Ibrahim selaku

Pengerusi PH harus terima hakikat ini.





ADA BETULNYA CAKAP KHIR TOYO

 Umno akan dipersalahkan jika Ismail gagal tangani Covid-19 - Khir Toyo


 BOB KELANANG


Satu pandangan yang dilontarkan oleh Khir Toyo berkenaan jawatan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri agak melawan arus... tapi pada aku ada betulnya cakap Khir Toyo tu...

Ismail Sabri berdepan cabaran paling besar... iaitu menangani Covid-19 dalam masa 18 bulan atau kurang... dan semua ini memang seakan mengharapkan keajaiban... semua mata tertumpu atas kemampuan Ismail Sabri menanganinya...

Jika Ismail Sabri gagal... ini bermakna UMNO itu sendiri gagal... dan rakyat (pengundi) akan menterjemahkan kegagalan ini dengan menolak UMNO pada skala besar... dan inilah inipati apa yang Khir Toyo nyatakan dalam temuramah dengannya...

Dan ini memang agak signifikan... Ismail Sabri berdepan cabaran paling besar... cabaran paling getir... tak cukup sokongan BERSATU, PAS dan GPS... tapi semua parti itu pastinya akan berlepas tangan jika masalah Covid-19 tidak dapat ditangani dengan baiknya oleh Ismail Sabri...

Parti GPS lah yang paling awal akan menyelamatkan diri mereka dengan mengalihkan sokongan terhadap pembangkang... Ini kita semua boleh baca...

 

TAK SAMPAI 24 JAM



 BOB KELANANG


May be an image of 3 people and text


Tak sampai 24 jam... UMNO dah tunjukkan belang mereka yang sebenar... selama hampir 18 bulan sebelum ini langsung kita tak mendengar keluhan atau saranan dari UMNO yang mengatakan bahawa Kerajaan pada masa itu bukanlah Kerajaan Perikatan Nasional... tetapi Kerajaan Malaysia (Kerajaan Campuran)...

Betul... kita tak mendengarnya... memang kita tak dicanangkan perkara ini...

Tapi tak sampai 24 jam selepas UMNO mendapat kuasanya dengan perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia... maka mulalah seorang dua warlord dalam UMNO macam Abdul Rahman Dahalan dan Ahmad Maslan mengutarakan suara-suara UMNO yang tidak mahu menggunapakai nama Perikatan Nasional...

Malah kata Abdul Rahman Dahalan... dia xtau macam mana orang boleh sebut Kerajaan pada masa itu adalah Kerajaan Perikatan Nasional...

Hahaha... ini semua cakap-cakap cicak mengkarung yang masih perasan

hebat

... masih perasan berkuasa besar... baru jer UMNO dapat kuasa balik... sudah bercakap dan berkata yang bukan-bukan... hahaha... ini macam lah bagoosh... ini menunjukkan sikap sebenar UMNO selama ini...

Dan inilah yang memang kita dah boleh jangka... dan tunggulah pulak apa kata parti PAS... hahahaa... yang itu dari PAS mesti lagi lawak...

 

KULIT DAN HATI LAIN LAIN

 

NAJAH ASRI


Politik Kelantan 19

Bila AI tidak dapat jadi PM, ramai orang PH kecewa.

Ada yang menangis.. ada yang membebel.. ada yang diam seribu bahasa.

Tetapi.. ada juga yang ketawa.

Hah.. ketawa?

Ya. Ketawa.

Sebab mereka selama ini bermuka-muka untuk bersama PH.

Kulit bersama PH tetapi isi masih dengan parti asal mereka.

Mereka benci AI.

Kalau tanya kenapa.. mereka akan bagi sebab utama ialah AI gagal.

Gagal yang macam mana?

Gagal untuk beli hati wakil rakyat?

Gagal untuk berjanji jawatan?

Gagal untuk hubungi parti-parti selain PH untuk melobi?

Atau gagal untuk mewakili aspirasi rakyat untuk negara?

Padahal kebencian mereka kepada AI lebih daripada di atas.

Mereka benci AI kerana tradisi.

Dari awal mereka menceburi dalam bidang politik, doktrin AI itu jahat, gagal, pengkhianat bla bla bla.. melekat terus di dalam jiwa.

Cakap lah apa sahaja berita baik pasal AI, tetap tak akan mengubah persepsi beliau terhadap AI.

Habis tu.. kenapa 'join' PH?

Sila baca Amanah.

Amanah?

Ya.. parti Amanah.

Kenapa ya..?

Apabila rakyat marahkan Umno dan BN..

Mereka masuk Amanah.

Tak kan lah nak masuk PKR pulak..

Mereka masuk Amanah.. atas banyak sebab dan kemungkinan.

Lain kali mak ulas panjang pasal ni.

Tapi yang jelas.. mereka menjadi gunting dalam lipatan.. menjadi bara atau api dalam sekam.

Mereka ada wang.

Boleh bantu sahabat-sahabat dalam parti.. bagi duit sedikit untuk belanja harian.. bagi duit untuk menggerakkan parti..

Dalam pada masa yang sama..

Mereka menghasut diam-diam..

Menghasut agar salahkan dan bencikan AI dan mana-mana pemimpin parti Amanah yang kelihatan menyokong AI.

Mereka akan berikan seribu alasan untuk ini.

Tak cukup dengan benci AI dan pemimpin..

Mereka akan mengadu domba antara pemimpin akar umbi.

Maka terjadilah kelompok-kelompok atau kumpulan-kumpulan yang tidak sebulu dan sekutu.. bergerak atas nama parti Amanah.

Eeh.. dah azan subuh Description: 😅

Bersambung..

 

PAKATAN HARAPAN - Jiwa Islah Reform, Roh Perjuangan "Politik Nilai", dan pengkhianat yg ambil kesempatan

 

LYDIA NUR KASIH

Saya pilih Anwar jika diminta pandangan, kata Prof Agus – Malaysia Dateline


90an, Berasalkan kebencian rakyat terhadap rasuah, salahguna kuasa, dan politik jijik yg merosakkan negara, aspirasi utk berubah (islah) timbul dalam jiwa ramai rakyat. Tetapi, mendepani UmnoBN "machiavellian" yg menguasai kerajaan bukan mudah. Apatah lagi dlm keadaan bersepah. Bila Anwar bangkit menentang rasuah dan sistem bobrok dari dlm umno sendiri, kekuasaan jijik sailang itulah yg bekerja memfitnah, menjatuhkan sekaligus cuba menanamatkan usaha penentangannya.

"Wamakaru wamakaruLLAH"... Demikianlah, ALLAH satukan jiwa2 penentang "sistem bobrok". Arwah Ustaz Fadhil Noor (AUFN-Presiden PAS yg juga menjunjung Islah) segera tubuhkan GERAK, menjadi wadah menghimpunkan "jiwa2 Islah" dari segenap lapisan masyarakat. Ratusan ribu individu, jiwa2 Islah dlm umno pengikut Anwar, bersama jiwa2 pejuang dlm PAS, NGO2, dari seluruh negara menyahut seruan bersama GERAK menuntut Islah. Bersatulah semua jiwa2 ini dijalanan, bermulalah REFORMASI. Membawa obor "Politik Nilai" yg Bersih, Telus dan Progresif, melawan budaya politik korup jijik sailang hanyir "machiavelli".

REFORMASI adalah "Gerakan Rakyat". Sekali tercetus, tidak akan lagi terpadam. Kuasa ALLAH telah menyatukan jutaan "jiwa2 Islah" ini, samada di jalanan, maupun yg mengikuti dari kaca2 TV. Ombak2 kecil yg terhimpun bertukar menjadi Gelombang Besar, dari sudut politiknya, ia melahirkan BARISAN ALTERNATIF -BA. Cubaan pecahbelahkan BA membawa kepada re-branding PAKATAN RAKYAT -PR.

Tersungkurnya PAS dlm pejalanan Islah dgn tawaran2 Unity Gov (UG) dikaki umnoBN telah pecahkan PR, namun, Jiwa2 Islah dan Pejuang yg di dokong KEADILAN dan DAP telah melahirlah AMANAH. Ombak2 kecil dalam perjalanan Islah yg panjang telahpun menjadi Tsunami. 2018 menyaksikan sejarah, Jiwa2 Islah yg terhimpun dlm PAKATAN HARAPAN dianugerahkan kemenangan dari ALLAH ... ALLAHu Mustaan.

Anwar, yg ditakdirkan ALLAH, melalui segala liku perjuangan, mendapat sinar di mata dunia bermula dgn Belia Islam, pernah terjun ke umno "Tong Najis" utk cuba membuat penyucian, telah menjadi ASBAB kepada bersatunya seluruh "Jiwa2 ISLAH" di Malaysia. Ya, Anwar adalah ICON. Takdir ALLAH, Anwar didampingi Kak Wan, Abg Mat, Kit siang, AUFN, ATGNA, dan ribuan lagi dlm catatan sejarah ISLAH REFORM di Malaysia. Hakikatnya, ISLAH REFORM ini tidak akan mati sekalipun selepas matinya Anwar. Kerana ia berada dlm jiwa2 rakyat yg besungguh mahukan perubahan.

Besar, kukuh dan gah rupadiri gelombang ISLAH REFORM yg telah terbentuk. Sepanjang perjalanan, memang ramai yg cuba ambil kesempatan menunggang gelombang ini. Ya, ahli2 politik "machiavellian" yg cuba menyamar dgn wajah ISLAH, tetapi berjiwa kotor. In sya ALLAH... mereka tidak akan pernah berjaya. "Kejayaan sementara" individu spt Mahathir, Muhyiddin, Azmin, Zuraida dll menunggang Gelombang Islah tidak mungkin kekal. Dan jatuh mereka dlm penuh kehinaan. Modus operandi mereka sama. Selepas menyamar menyusup masuk dlm gelombang, jiwa sailang mereka akan mula terzahir. Mula mencari jalan utk naik dengan memburukkan pemimpin2 tulin sejati. Hari ini, masih ada mereka dlm PKR, AMANAH, DAP, dan ada yg masih cuba2 dari luar dgn menyanyikan lagu PH+. Tanpa jiwa ISLAH REFORM, dan Roh perjuangan mengangkat "Politik Nilai" dlm PH, mereka masih mampu menggugat jika dibiarkan. Sampaikanlah Salam pada beberapa pemimpin AMANAH pusat, AMANAH Bukit bintang dan beberapa kerat pemuda, Tony, Kian Ming dan beberapa kerat dlm DAP, serta juga saki baki "Kartel" dlm PKR yg tidak mungkin dapat menjiwai perjuangan ini.

Roh bagi PAKATAN HARAPAN adalah "Politik Nilai", dan tidak mungkin sekali2 tunduk kepada lawannya "machiavellian". PH telah menang, dan insya ALLAH akan terus menang dengan lebih besar. Dengan PRU yg sgt hampir, kini masa kritikal "Rapatkan Saf" dan bersolidariti dlm gerakkerja PRU. Bingit penyanyi2 lagu sumbang "Atok ku sayang" dan "Ganti pucuk pimpinan", wajib segera di"selesaikan". Kanser pada tahap 1 wajib diubati, atau terus dipotong buang sebelum merebak. PRU15, Kami PH3Parti TEGUH BERSAMA Description: 💪Description: 💪Description: 💪

#PolitikNilai #REFORMASI #NoToPHPlus

#SuaraRakyatSuaraKeramat

muzammel/lidya

 

Pembangkang sertai MPN: DAP sanggup pertimbang asalkan bukan untuk cukup syarat

 

Oleh B. Suffian

DAP sanggup mempertimbangkan tawaran untuk kepimpinan pembangkang sertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini adalah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat. 

“Asalkan bukan sekadar untuk mencukupi syarat dan mengiakan pandangan kerajaan semata-mata. 

“Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Semalam, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan juga jawatankuasa khas menangani Covid-19 sebagai satu usaha meredakan krisis politik dalam negara.

Katanya tawaran itu juga bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar kesemua pemimpin parti berdamai dan menghentikan perebutan kuasa demi kesejahteraan rakyat. 

ASBAB PENYOKONG YANG BODOH.....ORANG MELUAT PADA PARTI.

 

May be an image of text that says "Author PKR perlu bergerak solo. Setuju? Translate Tweet Jangan duk sembang la.. Anwar mmg jelas kena kencing dengan Zahid.. Anak murid durhaka.. Tak kenal cekgu sendiri.. 9:45 PM Aug 2021 Twitter for Android *@ammaratan93 Aug "Ihave number that Strong, Formidable and Convincing. -@anwaribrahim Mantan Ketua Pembangkang Yang nak sangat kat UMNO tu Anwar sendiri.. Sebab tu dalam PKR sendiri dah pecah dua.. Ammar @ammaratan03 Opt.. Sorry tercacur lak.. hrs PKR 222 kerusi. Why not Like Reply More"



MOHD MUKHLIS


Dalam twitter space semalam, saya ada sebut dengan tuntas yang politik adalah seni menjual idealogi. Saya juga sebut dalam mana-mana kumpulan, akan ada golongan yang jadi extremis @ outlier.

Mereka ini sebenarnya toksik dan agen pemecahan tapi mereka tidak tahu. Mereka rasa hujah ghuluw mereka akan beri sokongan pada PH tapi merekalah asbab orang lari dari PH ( yang sepatutnya boleh jadi viable alternative).

PH cuba membawa politik harapan, tapi mereka-mereka ini masih lagi sangkut dengan mentaliti politik lama, iaitu politik kebencian.

Manusia ini fitrahnya sukakan perdamaian dan kebenaran, politik kebencian ini pasti akan di tolak oleh golongan atas pagar.

Jangan jadi untung secupak, rugi segantang ( penny wise, pound foolish).

Mereka rasa dengan cara berpolitik yang macam ini akan menambahkan sokongan rakyat atas pagar pada mereka tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tentang nak bertanding 222 kerusi ini, sejarah telah menjadi bukti, ada satu parti yang kata dia kuat bila bersendirian telah bertanding hampir 153 kerusi PRU14. Yang peliknya mereka kalah lagi teruk. Sebab apa? Mereka lupa yang masyarakat Malaysia ini rencam dan pelbagai sosio budaya.

Juga kita kena ingat, punca utama iblis di tendang keluar dari syurga bukanlah sebab dia mahu menjadi Tuhan, tapi sebab dia berlaku sombong dan bongkak. Kalau mana-mana parti mendabik dada kata dia paling kuat dan kata boleh menang bila bersendirian; nampaknya cakap itu bukan sahaja arrogant, malahan ignorance. Betul bersendirian boleh menang 40-50 kerusi, tapi dengan sebanyak itu macam mana hendak jadi kerajaan?

Dan yang sorang lagi tak habis hendak memecah-belah kesatuan PH. Kalau di katakan gagal dapat sokongan MP itu sebagai tanda aras, bila dia sendiri takut bertanding masuk PRU adalah testiment yang dia lari sebelum berjuang. Jenis ini hanya pandai kritik tapi tak ada penyelesaian.

Mesej saya jelas semalam. If you are not part of the solution, then you are part of the problem.

Unfollow saja figura yang macam ini walaupun ada sedikit kebenaran tapi banyaknya misleading.

Hendak membina kesatuan perlukan masa bertahun-tahun, tapi hendak memusnah hanya perlu sesaat curiga antara satu sama lain.

MMMS

 

Sesuap bubur nasi buat ahli Bersatu…


Bersatu yang menguasai kerajaan selama 17 bulan, memberi laluan yang amat mudah untuk Umno kembali berkuasa.

Peralihan kuasa bukan saja mengecewakan akar umbi Bersatu, tetapi turut menimbulkan banyak persoalan, susulan kejutan demi kejutan yang melanda parti serpihan Umno itu sehingga memaksa presidennya Muhyiddin Yassin letak jawatan satu minggu lalu.



Ramai kalangan pemerhati yang bertanya (secara sinis) apakah masalah kesihatan mental yang banyak menyerang rakyat kerana terjejas oleh Covid-19, turut menimpa kalangan pemimpin Bersatu? Sehinggakan keputusan-keputusan yang diambil pucuk pimpinan parti itu jauh terpesong daripada objektif asal, dan matlamat penubuhan Bersatu sendiri.

Dalam tempoh yang cukup singkat, Bersatu kehilangan jawatan Perdana Menteri yang amat bernilai buat parti itu.

Kehilangan itu satu tamparan yang amat hebat kepada sebuah parti yang “kecil” dari segi bilangan ahli tetapi berkuasa besar, kerana dipimpin dua perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin).

Namun, dalam sekelip mata, Bersatu bukan sahaja hilang status, kini asas perjuangannya yang mendapat sokongan rakyat pada PRU lalu juga melayang hilang entah ke mana.

Hilang hala tuju

Bersatu, ditubuhkan selepas Muhyuddin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan juga Umno oleh Najib Razak pada 2016.

Ketika itu, isu 1MDB hangat diperkatakan. Bersatu didirikan oleh Muhyiddin dan Mahathir atas asas ‘melawan’ ketidakadilan, rasuah, ketirisan, dan keborosan.

Kempen Bersatu pada PRU-14 yang ditunjangi Mahathir, Muhyiddin, dan pemimpin lain bersandarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan. Mereka bersama Pakatan Harapan turut menuntut pemansuhan akta-akta yang menekan aspirasi rakyat untuk perubahan dan pembaharuan.

Bersatu menampilkan diri sebagai parti seiring dengan denyut jantung rakyat, malah menyokong (dan memperolehi sokongan) gerakan pro-pembaharuan Bersih 5.0.

Tetapi lain ceritanya hari ini.

Selepas menerajui kerajaan campuran yang dinamakan Perikatan Nasional (PN) selama lebih 17 bulan, Muhyiddin akhirnya tersungkur kerana ‘lupa’ atau ‘buat lupa’ segala janji yang diberikan Bersatu kepada rakyat semasa PRU-14.

Beliau meminggirkan Parlimen, malah menutup institusi itu dengan memperalatkan Ordinan Darurat dan enggan melaksanakan pembaharuan-pembaharuan asas yang disokongnya sebelum ini.

Susulan Langkah Sheraton pada Februari tahun lalu, Bersatu pimpinan Muhyiddin hilang fokus dan hala tuju, justeru hilang sokongan rakyat.

Sebaliknya, tempoh 17 bulan itu banyak diguna untuk ‘bersilat’ dengan musuh-musuh dalam selimut, khususnya Umno yang akhirnya menarik balik sokongan kepadanya, sekali gus menjatuhkan beliau dan kerajaannya.

Tidak menghairankan, apabila ramai berpendapat bahawa Muhyiddin dan gerombolan pemimpinnya dalam Bersatu sudah hilang pedoman dan keupayaan untuk memerintah negara.

Kini, pemimpin Umno kembali menjadi perdana menteri, dalam keadaan Bersatu ‘sesat’ dan mungkin sengaja ‘disesatkan’. Hala tujunya tidak pasti ke mana. Yang pasti Bersatu sudah jauh tergelincir landasan perjuangan asal. Destinasi dan masa depannya juga amat kabur apa lagi dalam cuaca politik yang sukar, berubah-ubah, dan samar.

Strategi 7 perkara

Dua hari sebelum terpaksa meletak jawatan, Muhyiddin, dalam keadaan terdesak, mengajak pembangkang bekerjasama dengannya untuk menukar corak perlembagaan negara. Tawaran itu sesuatu yang tidak dijangka dan di luar pengetahuan ramai, termasuk ahli Jemaah Menteri beliau sendiri.

Tujuh perkara yang diutarakannya, berlandaskan reformasi yang agak radikal bagi ahli politik menerimanya.

Antara lain ia melibatkan hak mengundi automatik untuk mereka bawah umur 18 tahun, undang-undang mencegah wakil rakyat lompat parti, peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen pembangkang dan seseorang tidak boleh menjadi Perdana Menteri lebih daripada dua penggal.

Untuk merealisasikan semua tujuh perkara itu, Perlembagaan perlu dipinda dengan sokongan undi 2/3 di Parlimen, sesuatu yang Muhyiddin tidak punya. Justeru, beliau meminta sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

Malangnya, tawaran Muhyiddin itu seharusnya dibentang di Dewan Rakyat, tetapi beliau sendiri yang memilih untuk menutup Parlimen. Ini mengecilkan fungsi Parlimen dan wakil rakyat.

Muhyiddin membuat tawaran itu ketika kemarahan Ahli Parlimen dan rakyat kepada pentadbirannya semakin memuncak. Justeru, tawaran ‘7 perkara’ oleh Perdana Menteri ketika itu hanya menambah rasa marah itu.

Ringkasnya, Muhyiddin silap pilih masa dan keadaan dalam membuat tawaran itu. Mungkin juga silap cara berkomunikasi yang lagaknya seperti tidak tulus dan tidak ikhlas.

Sekiranya pihak pembangkang bersetuju dengan cadangan tersebut, beliau akan memperolehi undi kepercayaan secukupnya untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri.

Apakah resolusi 7 perkara itu mempunyai ‘udang besar di sebalik batu’ seperti mana Langkah Sheraton yang terkenal dulu? Tiada siapa yang tahu.

Apa pun, tawaran 7 perkara itu menyerlahkan siri kesilapan Muhyiddin dan Bersatu. Corak kepimpinan yang tidak nyata, falsafah parti yang kabur, dan langkah-langkah sumbang yang tidak mengambil kira naluri rakyat, akhirnya membawa padah kepada Muhyiddin dan Bersatu.

Walaupun tawaran 7 perkara oleh Muhyiddin mungkin murni dan hasil perubahan Perlembagaan tersebut berupaya membawa Malaysia ke era baru, ucapan beliau itu lemah dan tidak meyakinkan.

Dalam ucapan itu, beliau menyebut tekanan ke atasnya untuk mencampuri urusan mahkamah terhadap mereka yang diheret ke muka pengadilan. Apakah Muhyiddin tidak menjangka perkara sebegitu akan terjadi dan digunakan sebagai senjata politik?

Yang aneh, beliau sendiri belum memperjelaskan rekodnya sendiri dalam menawarkan jawatan GLC dan Jemaah Menteri kepada Ahli Parlimen untuk meraih sokongan. Juga tidak ada penjelasan mengenai audio suara miripnya bahawa jawatan-jawatan kerajaan boleh ditawarkan kepada Ahli Parlimen untuk meperolehi sokongan bagi membentuk kerajaan baharu (in the scheme of things)?

Persoalan yang timbul ialah kenapa Muhyiddin menunggu 17 bulan untuk menawarkan 7 perkara berkenaan? Kenapa tidak satu tahun atau enam bulan yang lalu, sebelum beliau menutup rapat pintu Parlimen?

Retorik politik

Persoalan pokoknya, apakah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mahupun presiden Bersatu, benar-benar percaya kepada kenyataan yang beliau sendiri luahkan?

Atau ianya sekadar gimik politik yang ditulis untuk mengabui mata pembangkang dan memecahbelahkan mereka, supaya ada pihak (seperti beberapa kerat dalam DAP) yang benar-benar percaya dan memihak kepadanya?

Sekiranya beliau dan ahli Bersatu benar-benar percaya kepada tujuh perkara yang dicadangkan itu, kenapa tidak dicadangkan dari dulu lagi sewaktu dia mula-mula memegang jawatan Perdana Menteri.

Persoalan sama juga harus dimajukan kepada Umno, PAS, dan sekutu yang lain dalam Perikatan Nasional. Kenapa tidak jadikannya 7 perkara itu agenda nasional untuk memperkasakan Perlembagaan?

Sekiranya Muhyiddin benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan 7 perkara tersebut dan percaya bahawa ia akan memberi faedah besar kepada rakyat dan negara amnya, maka ianya mestilah didokongi oleh semua pihak yang terlibat dalam politik tanah air termasuk Bersatu sendiri.

Ini juga harus dijadikan ‘mantra’ Bersatu dan asas utama perjuangan Bersatu. Ia harus menjadi doktrin parti dan didokong semua ahli. Asas perjuangan ini akan memperkuatkan nadi dan nurani Bersatu, sebuah parti yang ditubuhkan untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan berleluasa.

Perjuangan anti-rasuah ini berupaya mengembalikan Bersatu kepada hala tuju yang amat positif dan mampu meraih sokongan merentasi kaum.

Tujuh perkara ini akan membezakan Bersatu daripada Umno. Dengan matlamat jelas untuk kesejahteraan negara dan rakyat, Bersatu berupaya diterima oleh lebih ramai masyarakat berbanding Umno atau PAS.

Tetapi malangnya, ucapan Muhyiddin nampaknya tidak lebih dari retorik politik yang diutarakan sewaktu beliau dalam keadaan terdesak dan diambang kejatuhan. Muhyiddin dan Bersatu senyap membisu mengenai keperluan menjadikan 7 perkara itu realiti dan asas perjuangan parti.

Rumusannya, tawaran 7 perkara itu diangkat oleh Muhyiddin sebagai senjata politik untuk menyelamatkan diri, bukan untuk menyelamatkan negara. Apabila beliau jatuh, Muhyiddin dan Bersatu ‘lupa’ terus akan pentingnya tawaran itu terus diperjuangkan, apa lagi kerana Bersatu masih ada kuasa utama dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.

Ini bermakna, sehingga ini perjuangan Bersatu semakin tidak jelas. Apa tujuan parti ini sebenarnya? Untuk berkuasa? Apakah asas-asas perjuangan yang mahu ditegakkan? Apakah perancangan untuk rakyat dan negara tercinta?

Sekiranya tidak ada, ramai pihak yang mencadangkan supaya Bersatu dibubarkan saja terus. Semua ketua dan ahli boleh masuk atau kembali kepada Umno.

Sekarang pun mereka bekerjasama dan menyokong Umno untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Umno dengan begitu mudah tanpa sebarang perdebatan dalam Bersatu itu sendiri.

Kalau dulu, Umno terpaksa mengikut telunjuk Bersatu, sekarang Bersatu mesti mengikut telunjuk Umno. Ini realiti politik baharu susulan kejatuhan Muhyiddin dan naiknya Ismail.

Selepas Muhyiddin tunduk kepada tekanan Umno untuk meletakkan jawatan, Bersatu bertukar menjadi ‘pak turut’ dengan kembali menyokong Umno untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Inilah permainan kuasa politik yang agak aneh dan mengelirukan ramai ahli Bersatu dan rakyat amnya.

Dalam keghairahan untuk mengekalkan kuasa, Bersatu membelakangkan kepentingan rakyat dan pengundi. Akhirnya Bersatu kecundang kepada nafsu politiknya sendiri, sekali gus kehilangan bukan saja jawatan perdana menteri, tetapi juga hala tuju, matlamat perjuangan, dan paling penting sokongan rakyat.

Nasi sudah menjadi bubur. Tetapi apabila lapar, terpaksa disuapi jua.

Inikah perjuangan ahli-ahli Bersatu?