BAB PASANG BENDERA NO 1- BAB PELUANG KERJA SOH CARI TEMPAT LAIN


 

GADOH DAH SAMA SAMA UMNO


 

SAMAN JANGAN TAK SAMAN -BIAR RAKYAT GUNUNG SEMANGGUL TOK SAH DAH UNDI DIA...AWAT HANGPA BODO DOK UNDI DIA NI LAGI


 

KALAU PILIH LAGI...MEMANG GAGAL LAH...HATI HATI ...CUBA CARI SYARIKAT ITU..MACAM KENAL



 

SEKOLAH DI SABAH DAN SARAWAK MACAM MANA ? TEMBERANG YA..???






Sekolah daif di Sarawak berpuluh tahun tak ada tindakan langsung. Malah projek solar pun jadi penjana income untuk pemimpin UMNO.

Sekarang ni UMNO cakap nak perkenalkan sistem pendidikan tanpa buku teks? Berapa banyak pulak komisen pemimpin UMNO dapat dari edaran laptop itu nanti?

Kipas sekolah rosak pun tak mampu nak baiki. Sampai ibu bapa beli stand fan sebab kesiankan anak mereka kepanasan. Lagi nak cerita besar.

UMNO memerintah berpuluh tahun, banyak isu yang timbul tapi tak pernah diselesaikan. PH memerintah cuma 22 bulan, isu sekolah daif di Sarawak, isu sambungan internet di sekolah, laju je selesai.

Begitu hakikatnya UMNO. Cerita memang gempak. Tapi bila dah dapat kuasa, rakyat dicampak. Siapa komplen, diambil tindakan. Dah macam Korea Utara dah. Nak sokong BN juga lagi? Guane boh?

Raja Gelap

.

ROH YANG DAH HANYUT



 RIZAL RODZUAN


Roh pejuang adib, ruu355, hudud, aurat sterwardess, sekolah cina, dong zong dsb tu akan bangkit kembali masa nak PRU nanti..



KISAH FITNAH TERHADAP MAZSLEE MALIK




Kecoh cerita ni sekarang. Boleh pulak interview orang lain tapi dakwa orang itu ibu Dr. Maszlee. Nak cipta persepsi ibu Dr. Maszlee sokong BN ke tu?

Ada yang kata typo. Patut Dr. Mazri tapi tersalah jadi Dr. Maszlee. Mungkin juga tapi kalau dah salah tu perbetulkanlah. Buat video mohon maaf. Kalau diam bermakna sengaja cipta persepsi salah la tu.

Terdesak sangat pihak lawan ni. Macam tu sekali usaha nak jatuhkan reputasi orang. Usaha tingkat kualiti hidup rakyat tak pula dibuat. Ajak debat pun takut. Sebab tu rakyat mesti tolak BN. Guane boh?

Raja Gelap

 

MUHYIDDIN DAN PN TELAH GAGAL SELAMA 18 BULAN, PIMPINAN BERSATU TERPALIT DENGAN SKANDAL PERTAHANAN




Saya meneliti pelancaran manifesto Perikatan Nasional (PN) oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Modal utama PN yang cuba disampaikan oleh Muhyiddin semalam berkisar kepada beberapa perkara sahaja:

1. Tawaran-tawaran populis sebagai gula-gula pilihanraya untuk memikat pengundi muda seperti pengurangan bayaran PTPTN kepada kumpulan sasar yang lebih besar

2. Rekod penyelewengan PN yang dikatakan lebih bersih dari BN dan PH

Sebagai Pengarah Pilihanraya dan jurucakap kempen PRU15 bagi pihak KEADILAN, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi reaksi awal kepada manifesto PN semalam. Saya yakin kepincangan-kepincangan pentadbiran PN selama 18 bulan dan tawaran manifesto akan terus mendapat perhatian rakyat sepanjang tempoh berkempen dua minggu ini.

Bidasan awal saya pada hari ini mencakupi perkara-perkara berikut:

PERTAMA: REKOD PENTADBIRAN PN YANG GAGAL SELAMA 18 BULAN

Pentadbiran Muhyiddin dan PN akan diingati kerana memecahkan beberapa rekod dalam sejarah negara kita.

Ia pentadbiran seorang Perdana Menteri yang paling pendek dalam sejarah negara iaitu 18 bulan.

PN juga ditubuhkan atas pengkhianatan wakil-wakil rakyat PH dan BN yang memesongkan mandat rakyat dalam PRU14 demi jawatan dalam kerajaan. Hasilnya adalah sebuah kerajaan persekutuan yang tidak stabil kerana mengumpulkan kembali musuh-musuh politik yang berpecah belah dari UMNO, BERSATU dan PAS tetapi duduk dalam satu kerajaan demi jawatan.

Sebab itu, tempoh pentadbiran 18 bulan PN diingati dalam lipatan sejarah negara sebagai tempoh yang paling sengsara dan paling tidak stabil.

Di bawah pentadbiran Muhyiddin dan PN sebagai Perdana Menteri, rakyat melalui dua tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang yang memusnahkan ekonomi rakyat biasa.

Tindakan-tindakan itu tidak pula berjaya menguruskan wabak Covid-19 dengan baik apabila negara mencatatkan 4.92 juta kes dan kematian 36, 482 orang (yang memuncak semasa PN mentadbir negara). Ini adalah rekod kematian yang paling tinggi yang berpunca dari satu wabak yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara kita.

Kegagalan menguruskan wabak Covid-19 juga meninggalkan kesan ekonomi yang berpanjangan yang memusnahkan kehidupan rakyat terbanyak. Tempoh sengsara itu akan diingati selama-lamanya dengan peristiwa #BenderaPutih dan #KitaJagaKita apabila rakyat terpaksa bantu-membantu dalam serba kekurangan untuk meringankan beban golongan termiskin.

Pentadbiran Muhyiddin dicemarkan lagi apabila beliau menggunakan darurat untuk kekal berkuasa. Ia satu lagi rekod penggunaan darurat semasa aman yang terpanjang dalam negara kita sehingga menimbulkan kenyataan-kenyataan yang dilihat bercanggah dengan institusi raja-raja.

Muhyiddin akhirnya terpaksa meletakkan jawatan di kala jumlah kematian rakyat akibat Covid-19 semakin memuncak.

KEDUA: TAWARAN DALAM MANIFESTO TIDAK DILAKSANAKAN SEMASA MENJADI KERAJAAN

Antara tawaran-tawaran populis adalah potongan pembayaran balik PTPTN kepada golongan sasaran yang lebih besar iaitu termasuk peminjam yang tidak mendapat ijazah kelas pertama.

Muhyiddin dan PN lupa bahawa sejak 2018, BERSATU dan PN mengawal hala tuju dan pentadbiran PTPTN sepenuhnya melalui pemimpin kanan BERSATU iaitu Wan Saiful Wan Jan. Beliau adalah antara lantikan politik dari BERSATU yang pertama sebagai Pengerusi PTPTN.

Sepanjang empat tahun memimpin PTPTN, tidak ada satu penyelesaian menyeluruh yang dibawa Wan Saiful untuk menangani kemelut pembiayaan pendidikan tinggi negara. Akibat pentadbirannya yang lemah, PTPTN menjadi bahan kritikan rakyat yang hebat.

Logiknya, sebarang tawaran yang hendak dibuat mengenai PTPTN boleh dibuat serta merta dahulu semasa PN menduduki kerusi Perdana Menteri dan Pengerusi PTPTN.

Ia tidak berlaku.

Sebab itu, adalah menjadi kebodohan untuk cuba memikat hati rakyat sekali lagi mengenai tawaran-tawaran PTPTN kerana peluang keemasan itu telah diberikan kepada PN selama empat tahun.

Mereka gagal sebelum ini dan mereka akan gagal jika mereka dekat dengan PTPTN sekali lagi.

Lebih-lebih lagi apabila tawaran-tawaran itu tidak dibuktikan dapat dilaksanakan dalam keadaan kekangan kewangan yang ada. Sekarang pun, PTPTN terpaksa meminjam dari institusi kewangan swasta pada kadar komersial dan memberi pinjaman pada kadar yang lebih rendah, tanpa berjaya mengutip pinjaman sepenuhnya. Ia menyebabkan kedudukan kewangan PTPTN semakin pincang setiap tahun.

Jika sekarang pun PTPTN tidak mampu mempunyai aliran tunai yang stabil, bagaimana pula ia boleh berbelanja lebih banyak untuk memberi pelepasan pinjaman kepada golongan yang lebih besar.

KETIGA: PIMPINAN BERSATU/PN TERPALIT DENGAN SKANDAL BESAR NEGARA

Sehingga kini, Muhyiddin dan PN tidak pun menafikan keterlibatan pimpinan-pimpinan kanannya dalam skandal-skandal mutakhir negara.

Umum mengetahui bahawa Latiff Ahmad, bekas menteri BERSATU adalah tokoh politik yang dinamakan di dalam laporan audit forensik mengenai kelewatan projek LCS.

Syarikat Alizes Marine Ltd, sebuah syarikat palsu yang dinamakan terlibat menyeleweng sehingga lebih RM200 juta peruntukan projek-projek pertahanan laut negara adalah syarikat yang dikaitkan dengan Latiff Ahmad.

Sehingga kini, BERSATU tidak memberi sebarang penjelasan atau menafikan perkara ini. Latiff Ahmad pula tidak menyaman saya kecuali membuat satu laporan polis. Tindakan BERSATU seolah-olah mahu perkara ini dilupakan begitu sahaja oleh rakyat.

Dalam tempoh berkempen ini, saya akan tunjukkan pula bagaimana seorang lagi pimpinan kanan BERSATU, Ikmal Hisham Abdul Aziz (bekas Timbalan Menteri Pertahanan) terpalit dengan kontroversi perbekalan meriam artileri (self-propelled Howitzer, SPH) yang turut menjadi isu besar di kalangan pengurusan angkatan tentera.

Sehingga kini juga, Muhyiddin dan PN tidak berjaya menangkis bukti-bukti yang telah ditunjukkan setakat ini.

Sebab itu, Muhyiddin dan PN adalah golongan terakhir yang boleh mendabik dada kononnya mereka bersih. Semasa KEADILAN mengambil langkah berani mengisytiharkan harta, tidak ada seorang pun pemimpin dari BERSATU yang berani mengisytiharkan harta sedangkan pandangan umum rakyat ialah ahli politik yang tidak berani mengisytiharkan harta ada sesuatu yang disembunyikan.

Saya menyeru supaya pengundi-pengundi tidak lupa rekod kegagalan pentadbiran Muhyiddin dan PN selama 18 bulan.

Walaupun tempoh 18 bulan itu bunyinya pendek, ia adalah tempoh yang paling sengsara yang mengakibatkan kematian yang paling tinggi dalam sejarah negara kita.

Memberikan undi kepada PN samalah seperti kita mengundang kembali pengalaman sengsara 18 bulan itu.

RAFIZI RAMLI

 

RAFIZI RAMLI! KANTOIKAN MENTERI LEBAI BUAT PENAFIAN!

INI PENCAPAIAN TAK BOLEH LAGI


 

TIRU DAN SAPU


 

SEKARANG PAS AMBIL ALIH

 IBRAHIM MAT ISA


Dulu UMNO juara tiup api perkauman. Sekarang UMNO dah tak buat macam tu.

PAS pulak jadi pengganti duk pembohong orang bahawa DAP komunis, Anwar sokong LGBT, orang Melayu akan hilang kuasa bila DAP perintah, agama Islam tergugat dan sebagainya..

Ahh penin la PAS ni..



KALI INNI 5 JOTA0LEBAI PEROSAK ISLAM


 

PENGALAMAN DAP KUASAI PENANG

 IBRAHIM MAT ISA

Nota pengalaman:

Dulu masa LGE baru jadi ketua menteri di Penang, tiap minggu puak UMNO demo depan ofis sampai ada kiriman kek bentuk taik lagi! Sekarang UMNO dah nyawa ikan di sana.

Kebisingan bahawa DAP itu parti jahat, najis atau komunis tak ada dah kerana urus tadbir yang baik dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Puak yang kuat berdemo dulu pun entah hidup lagi ke tidak.

Dulu banyak masjid di Penang berkeadaan dhaif dan sederhana. Pembangunannya lambat kerana harapkan infak dari orang. Lantas, itu yang dipertingkatkan.

Aku masih ingat, di Penang lah permulaan masjid diimarahkan, dipasang air-conditioning dan kipas heli agar jemaah beribadah jadi nyaman.

Di Penang kini hanya tinggal DUA sahaja kerusi parlimen oleh parti selain PH iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Semoga ada wakil PH yang berjaya mengalahkan parti BN di kawasan itu.

Dari segi pembangunan, tak perlu ditanya. Pi saja ke Penang dan anda boleh lihat langsung. Memang persaingan kehidupan sangat sengit seperti harga properties yang tinggi, peluang pekerjaan yang sangat memerlukan kepandaian dan kecekapan sebagai pilihan utama, tapi itu semua berjaya memberi pengalaman dan mencerdikkan penduduk Penang sendiri.

Kenyataan aku ini bukan mempertuhankan DAP atau PH atau makhluk pemimpin, tapi harus diingat bahawa kesilapan memilih pemimpin boleh menyebabkan rakyat menanggung susah, jurang kaya miskin jadi besar dan taraf hidup lambat dinikmati sementara apa yang tinggal tidak berharga.

Memang perkelahian semasa kempen sangat tidak logik sehingga timbul isu fitnah, kata mengata, maki hamun pun hebat dan claim bahawa parti merekalah yang hebat.

Yang terpenting, rujuk balik ke fakta. Lihat pencapaian pentadbiran parti mereka. Kalau ada yang tidak kena, kita kritik supaya diperbetulkan semula. Pemimpin pula jangan sombong tapi harus down to earth kepada rakyat terbanyak.

Yang sangat utama, pemimpin jangan rasuah!

Seperti kata Ustaz Dr Danial Zainal Abidin, Malaysia sedang sakit kerana ramainya pemimpin yang rasuah. Cara ubati sakit Malaysia ini ialah, kita campakkan jauh-jauh puak dari parti yang rasuah itu. Undilah Pakatan Harapan. Boleh? Tentu saja #kitaboleh

Kalau hangpa ada idea nak tulis negeri lain, silakan.

 

HAAAA...TUAN BRAHIM...SILA TENGOK INI. PENAFIAN MUDAH TUAN IBRAHIM TIDAK MENJAWAB ISU SYARIKAT KRONI MEMBOLOT PROJEK INFRASTRUKTUR KERAJAAN




 

Dari Rafizi Ramli

9 November 2022

PENAFIAN MUDAH TUAN IBRAHIM TIDAK MENJAWAB ISU SYARIKAT KRONI MEMBOLOT PROJEK INFRASTRUKTUR KERAJAAN

(dokumen penuh di https://rafiziramli.com/.../penafian-mudah-tuan-ibrahim.../)

Setakat ini, reaksi Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hanyalah membuat penafian mudah bahawa kementeriannya belum lagi menganugerahkan projek tebatan banjir Langat yang berjumlah RM2 bilion secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn. Bhd.

Saya memang menyebut projek ini belum dianugerahkan. Tujuan saya membawa isu ini sekarang ialah kerana perbincangan dan proses itu sedang berjalan dan ada usaha untuk menganugerahkan projek itu dalam masa kerajaan caretaker yang melanggar undang-undang.

Untuk memudahkan Tuan Ibrahim memberi jawapan yang lebih bertanggungjawab dan telus, saya boleh bantu beliau dengan menggariskan soalan-soalan pokok yang perlu beliau jawab:

1. Beliau bertanggungjawab melantik Mangkubumi menjadi kontraktor projek tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal pada jumlah RM578.6 juta di bawah program Jana Wibawa sedangkan Mangkubumi sudah pun mengendalikan beberapa projek besar di bawah kementerian beliau yang berjumlah berbilion ringgit.

Saya sertakan Surat Setuju Terima (SST) yang ditandatangani sendiri oleh beliau untuk projek ini.

2. Tuan Ibrahim tidak menafikan bahawa dokumen yang menyenaraikan dua projek besar melibatkan Mangkubumi (projek tebatan banjir Krubong berjumlah RM578.6 juta dan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion) adalah dokumen kerajaan yang ada dalam rekod kementerian beliau sendiri.

3. Tuan Ibrahim tidak menjelaskan bahawa senarai dua projek itu serta catatannya (yang menyatakan projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 diuruskan secara rundingan terus) adalah cabutan dari dokumen rasmi kerajaan yang melibatkan kementerian beliau.

Kegagalan Tuan Ibrahim mengulas mengenai tiga perkara ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

i. Bahawa proses dalaman kementerian beliau dan Kementerian Kewangan memang menyenarai pendek Mangkubumi (setakat ini) sebagai kontraktor projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang berjumlah RM2 bilion

ii. Bahawa proses dalaman kementerian beliau dan Kementerian Kewangan memang mengesyorkan agar Mangkubumi dilantik secara rundingan terus tanpa tender terbuka

Saya persoalkan perkara ini kerana adalah satu kerugian besar kepada rakyat apabila projek-projek besar di bawah kementerian beliau terus diberikan kepada sebuah syarikat yang jelas ada kaitan yang rapat dengan pimpinan UMNO dan pernah menjadi kes mahkamah kerana terbabit dengan kes penggubahan wang haram sebanyak RM139 juta yang dipindahkan kepada Azeez Rahim, seorang pemimpin UMNO yang mempunyai rekod penyelewengan yang buruk.

Jika pun Mangkubumi tidak terpalit dengan kes-kes jenayah komersial sebelum ini, syarikat itu telah pun mendapat jumlah projek yang begitu tinggi dari kementerian yang dikepalai Tuan Ibrahim, iaitu:

i. Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Papan, Daerah Kinta, Perak-Pakej 1 : Network (Reka & Bina) (No. Kontrak : KeTTHA/JPP/PAPAN 1/RMK10/15/K11) berjumlah RM828 juta seperti yang diumumkan KASA di capaian https://www.jpp.gov.my/pemlojirawatan9/

ii. Pakej D47-Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan Di Kawasan Petaling Jaya (Utara), (Reka & Bina) (No Kontrak: KeTTHA/JPP/D47/GKL/NR/13/K6) berjumlah RM277 juta seperti yang diumumkan KASA di capaian https://www.jpp.gov.my/kerja-kerja-penyambungan-1/

iii. Melalui satu lagi syarikat yang dikawal oleh pemilik Mangkubumi, iaitu Pintas Utama Sdn Bhd, Loji Rawatan Kumbahan Serantau Dan Rangkaian Paip Pembetungan Di Papan, Daerah Kinta, Perak - Pakej 3: Other Network (Reka & Bina) berjumlah RM780 juta seperti yang diumumkan KASA di capaian https://www.jpp.gov.my/pemlojirawatan10/

Maknanya, dalam tempoh enam tahun, KASA telah menganugerahkan projek bernilai lebih RM2.3 bilion kepada satu orang sahaja melalui syarikat-syarikat yang dikawal Zainuddin Karjan.

Lebih teruk lagi, Mangkubumi juga telah menerima teguran secara rasmi dari Ketua Audit Negara atas prestasi kerjanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2016 mengkritik prestasi kerja Mangkubumi dalam satu projek di bawah JKR di muka surat 22 ke 23 (yang diterangkan dengan lebih terperinci di muka surat 112 hingga 128) yang melibatkan kelewatan projek yang dianugerahkan.

Secara logiknya, dengan semua maklumat ini, sewajarnya sebuah syarikat seperti Mangkubumi tidak lagi dilantik untuk projek-projek besar kerajaan (kalau pun tidak disenaraihitam).

Sekiranya Tuan Ibrahim menjalankan tugas dengan lebih berhati-hati, syarikat-syarikat kroni yang bermasalah seperti ini tidak patut pun dipertimbangkan sehinggalah semua projek sedia ada disiapkan dengan baik.

Sebab itu, apabila proses dalaman KASA dan Kementerian Kewangan telah sampai ke peringkat mempertimbang untuk melantik Mangkubumi secara rundingan terus untuk satu projek bernilai RM2 bilion, ia menunjukkan kegagalan Tuan Ibrahim sebagai menteri untuk mengawal selia perbelanjaan di bawah kementeriannya.

Ini tidak mengejutkan kerana rekod beliau dan PAS dalam hal ehwal kewangan dan pentadbiran begitu buruk.

Semasa skandal 1MDB memuncak, beliaulah yang telah menyucikan skandal 1MDB dengan mengumumkan beliau berpuas hati dengan penjelasan CEO 1MDB ketika itu.

Saya berharap calon Menteri Besar Pahang dari PN ini memahami bahawa tanggungjawab menjadi seorang menteri dalam menjaga wang rakyat adalah lebih besar, bukannya dengan hanya melepas tangan dan menuding jari kepada kakitangan kerajaan (dengan memberi alasan semua proses dalaman telah dipatuhi) apabila kontroversi begini berlaku.

RAFIZI RAMLI

 

DULU KATA KE GANG JEBON

Zaman sebelum geng jebon keluar, puak ni yang kuat kecam munapik haraki bagai.. La ni depa buat sama.. mungkin depa buat dapat syurga pas kut



 

PENGAKUAN TERBUKA MAHU JADI PERDANA MENTERI, KJ TEMPAH KEKALAHAN?

 

Rasanya Khairy Jamaluddin atau KJ adalah pemimpin UMNO yang pertama mengaku secara terbuka dirinya mahu jadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, walaupun seseorang pemimpin UMNO itu memang diketahui sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri atau berkedudukan makin hampir dengan kerusi tersebut, tetapi tidak pernah ada yang secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.

Secara umumnya mereka masih berselindung atau malu-malu untuk mengakui mahu jadi Perdana Menteri.

Ini kerana risiko membuat pengakuan itu boleh menjadi senjata yang menikam karier sendiri akhirnya.

Pak Lah atau Tun Abdullah Badawi ketika sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pun tidak pernah secara terbuka mengaku mahu jadi Perdana Menteri.

Beliau ketika itu tetap menjadi timbalan yang setia kepada Tun Mahathir Mohamad sehinggalah diserahkan jawatan itu kepadanya pada 2003.

Begitu juga dengan semua Perdana Menteri yang lain, sebelum sampai ke jawatan Perdana Menteri, tidak pernah mereka secara terbuka meluahkan keinginan dalam hati terhadap jawatan tertinggi itu.

Ismail Sabri Yaakob, sebelum jadi Perdana Menteri, tidak pernah kita dengar ada mengakui secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri.

Begitu juga dengan pemimpin lain seperti Hishammuddin Hussein misalnya, walau diketahui beliau ada cita-cita ke arah itu dan sentiasa pula berusaha meningkatkan kariernya dalam UMNO, tapi tidak pernah walau sekali pun mulutnya mengeluarkan kenyataan mahu jadi Perdana Menteri.

Lain benar nampaknya dengan KJ, belum pun memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden UMNO, bahkan beliau tiada apa-apa jawatan dalam hireaki parti ketika ini dan sedang berjuang untuk memegangi kerusi Sungai Buloh pada 19 November ini, luahan keinginan menjadi Perdana Menteri itu sudah pun diluahkannya secara terbuka.

“Kalau orang Sungai Buloh menangkan saya, Sungai Buloh bukan hadnya. Saya bawa orang Sungai Buloh, satu hari nanti, kita pimpin Malaysia… Insya-Allah.

“Dengan takdir Allah, dengan sokongan daripada rakan, satu hari nanti, saya mahu memimpin UMNO.

“Satu hari nanti, saya mahu menjadi Perdana Menteri anda untuk membangunkan negara ini, tapi saya mesti menang di sini dulu,” kata calon Barisan Nasional (BN) itu semasa ceramah di Taman Saujana Utama, Sungai Buloh malam tadi.

Tidak salah lagi tujuan KJ meluahkan keinginannya itu ialah agar pengundi Sungai Buloh tidak ragu-ragu untuk memberi kemenangan kepadanya pada pengundian 19 November nanti.

Mungkin ini senjata terakhirnya untuk memenangi kerusi Sungai Buloh memandangkan peluangnya untuk menang lagi masih samar berikutan majoriti kemenangan PKR di kerusi tersebut pada PRU14 lalu adalah lebih 26,000 undi.

Meskipun kedatangannya ke Sungai Buloh setelah diketepikan daripada Rembau setakat ini disambut baik oleh pengundi, tinjauan juga mendapati peluangnya untuk memang masih lagi 50-50.

Kelebihan pencabarnya, R Ramanan daripada PKR, selain beliau amat disenangi oleh penduduk tempatan, dua DUN dalam Parlimen Sungai Buloh iaitu Kota Damansara dan Paya Jaras memang sedia dalam genggaman PKR setelah memenangi pada PRU14 lalu.

Paya Jaras diwakili oleh Khairuddin Othman, manakala Adun Kota Damansara ialah Shatiri Mansor.

Melalui dua Adun berkenaan, usaha mendekati pengundi pasti lebih mudah bagi R Ramanan dan ini suatu kelebihan buatnya berbanding KJ.

Persoalan di sini, apakah dengan pengakuan secara terbuka mahu jadi Perdana Menteri itu boleh membawa keuntungan kepada KJ untuk memenangi kerusi Sungai Buloh?

Adakah pengundi Sungai Buloh boleh terpikat dengan perkara itu?

Atau mungkinkah, musuh dan pesaingnya dalam UMNO yang turut mengidam kerusi Perdana Menteri akan mula berusaha memastikan kekalahannya di Sungai Buloh ini? – ShahbudinHusin 09/11/2022.



TEDIAAAA....KITA DOAKAN KENA SAMAN SAMPAI TINGGAI TELOQ-

 

Anwar hantar notis kepada ketua PAS Perak berkait dakwaan LGBT.




Anwar Ibrahim berkata, tindakan Ketua PAS Perak Razman Zakaria membuat dakwaan, yang disifatkannya palsu, merosakkan reputasinya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menghantar surat tuntutan kepada Ketua PAS Perak Razman Zakaria berhubung dakwaannya pada satu ceramah bahawa presiden PKR itu akan mempromosikan LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis.

Dalam surat yang dihantar semalam, Anwar memberi tempoh tujuh hari kepada bekas ADUN Gunung Semanggol itu untuk menjawab dan membayarnya RM5 juta kerana merosakkan reputasinya secara serius, beserta kos perundangan.

Beliau juga mahu Razman membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam media pilihan Anwar, dan jaminan bertulis tidak akan mengulangi dakwaan itu dalam apa jua bentuk; jika gagal, prosiding undang-undang akan dimulakan terhadapnya.

“Dakwaan ini adalah prima facie, palsu, aneh dan tidak masuk akal. Ini dikira berniat jahat memburukkan reputasi (Anwar) ketika kempen pilihan raya umum sedang berlangsung,” menurut kandungan surat yang dihantar peguamnya SN Nair.

Dalam surat yang dilihat FMT, Nair berkata, Razman juga mendakwa jika orang Melayu mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna mereka menyerahkan kerajaan kepada DAP.

Beliau berkata, dakwaan dibuat oleh Razman, yang disiarkan di akaun Facebooknya dan kemudian diterbitkan oleh Malaysiakini, bermaksud atau membawa maksud tersirat, antara lainnya, bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa sebagai Ahli Parlimen, seorang penipu dan pengkhianat, serta bukan orang Islam yang baik dan bersifat munafik.

Anwar berkata, ini telah menyebabkan reputasinya rosak teruk kerana catatan Facebook Razman menarik lebih 43,500 tontonan, 1,000 komen, 3,100 reaksi dan 256 perkongsian pada masa surat tuntutan itu dihantar.

FMT telah menghubungi Razman untuk mendapatkan komen.

Minggu lepas, Anwar menghantar surat tuntutan yang sama kepada bekas ahli PKR Faizal Effendi Hasim kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya melalui akaun TikToknya @mr_ari11.

SAIFUDDIN ABDULLAH CIPLAK VIDEO 2018 KEMPEN AHLI KONGRESS AS.


 

Ustazah Jamilah Ibrahim (Mak Lah) : Ucapan Penuh Di Ceramah Harapan Titi...

RENTASAN 1247 | KINI WUJUD USAHA LULUSKAN PROJEK BERBILION RINGGIT DENGA...




MENARIK DALAM RENTASAN 1247
1. UNDI PH UNTUK KEMAKMURAN BERSAMA 2. KERAJAAN PERALIHAN TIDAK BOLEH ANUGERAH TENDER 3. ADAKAH FITNAH MENJADI ASAS KEMPEN PN?




Ismail Sabri-BN Cuba Cari Helah Batal Pilihan Raya [07.11.2022]


Saya fikir keputusan pembubaran Parlimen tempoh hari diambil setelah mengambilkira pelbagai pandangan yang munasabah. Namun, kini kita tahu bahawa Perdana Menteri Sementara tidak fikir panjang dan ternyata pertimbangan politik lebih utama dari kemaslahatan rakyat saat ini. Saya yakin rakyat sedar dan akan menghukum watak-watak ini.


Kisah Anwar Ibrahim Difilemkan- Farid Kamil Pegang Watak Utama, Acha Septriasa Jadi Wan Azizah




Foto: IG

Media sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.

 

Difahamkan, Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 

Berita itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.

 Menerusi perkongsian tersebut, filem berjudul Jalan Masih Panjang diarahkan oleh Viva Westi turut menampilkan pelakon, Hasnul Rahmat yang dijangka memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Farid yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta, story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan tersebut.

 

Bulan lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku Presiden parti.

 

Gambar pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya, selain mengenai industri perfileman negara.

 

Perkongsian tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan sejak 2018.

 

“Sebenarnya selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.

 

“Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di Facebook.

 

Hantaran yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian mengenai penghasilan filem biografi Anwar.

 

“Saat filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.

 

“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter. -CARI

 


Politik Malaysia politik dunia ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

NORMAN RADZUAN

Politik Malaysia politik dunia ketiga

Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR

Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yg dipimpin oleh Jeremy Corbyn, telah melancarkan manifesto pilihanraya paling radikal. Parti tersebut berjanji membawa perubahan transformatif utk rakyat Britain.

Termasuk juga mencabar golongan berkuasa yg mahakaya, menyelamatkan sistem kesihatan daripada penswastaan dan berusaha utk menangani krisis iklim dgn revolusi industri hijau.

Manifesto Parti Buruh yg bertemakan It’s Time for Real Change ini dilancarkan utk menghadapi Pilihanraya. Itu cara berkempen negara maju. Bagaimana di Malaysia?

Saya melihat perkembangan kempen PRU15 sungguh memalukan. Kenapa saya kata begitu? Kita masih bicara soal halal haram.

Di kala Anwar Ibrahim berjanji utk melawan rasuah, membawa pelaburan, membawa perubahan dasar ekonomi negara dan menyelamatkan kewangan kerajaan berjumlah berbilion ringgit dgn pengurusan yg lebih telus… apa kempen BN dan PN.

KEMPEN POPULAR BN & PN

Kedua parti ini masing2 memainkan isu yg hampir sama yg langsung tidak membawa apa2 yg bermakna buat negara….malah kempen yg dilakukan hanya membodohkan rakyat.

- Jika undi PH Cina jadi PM… betul kah Cina boleh jadi Perdana Menteri? Jika percaya kita berfikiran hambar.

- Azan dan Sekolah Tahfiz akn dimansuhkan seperti yg Jamal Abdillah pernah katakan dlm sebuah klip videonya. Akhirnya Jamal memohon maaf secara terbuka mengakui dia hanya mendengar sahaja dan tidak pandai selok belok politik.

- Anwar nak hidupkan LGBT? Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika dan pelbagai lagi. Jika benar sudah lama Anwar ditahan oleh pihak PDRM dan didakwa di mahkamah.

- Pas tuduh UMNO kafir, UMNO tuduh Pas parti ajaran sesat.

- Pas tuduh pula PH kononnya ramai dlm kalangan PH tidak beriman (beraqidah).

Banyak lagi isu2 yg membodohkan rakyat di kala dunia mencecah usia 2022.

- Apa ini kempen nak beri cuti peristiwa??? Kempen nak beri kelulusan pengeluaran KWSP? Kempen nak beri BRIM… ini semua kempen gula2 yg hanya membodohkan rakyat Malaysia.

Inilah politik kelas dunia ketiga. Di mana mereka ingin membawa rakyat Malaysia yg lemas dlm ekonomi yg semakin merudum.

——————————————————————————-

Ada kalian lihat penceramah PAS berhujah secara akademik tentang bagaimana utk menyelamatkan ekonomi negara?

Menguruskan negara bukan hanya tahu menghafal hadis atau ayat Al Quran utk memfitnah merosakkan pemikiran org Melayu.

Parti politik adalah gerakan politik. Ia bukan gerakan dakwah. Tugas parti politk ialah mengurus dan mentadbir negara terutama membabitkan ekonomi rakyat.

Politik yg ada di negara kita skg politik sampah yg licik dan jelik. Sepatutnya kita mengajar rakyat bukan membodohkan rakyat dgn memainkan isu perkauman dan agama. Jgn biar pemikiran rakyat menjadi hamba.

Pak Sako pernah berpesan di dlm bukunya bertajuk Budak Beca “…kita kaum Melayu di negeri Melayu ini pada hakikatnya tidak ada yg kaya. Kita semuanya miskin, bukan pada harta benda tetapi pada serba serbi.

"Kita yg sebenarnya sudah bankrap, harta tidak ada, budi bahasa tidak ada, kasih sayang antara satu sama lain tidak ada, amanah tidak ada, ilmu kepandaian tidak ada, hemah dan cita2 mulia tidak ada. Yg ada pada kita hanyalah aksi, tunjuk gaya, tunjuk lawa!”

Agenda politik perkauman adalah politik kotor UMNO dan PAS yg hanya akan merosakan negara. Negara sdg menuju ke arah kemelesetan ekonomi yg teruk. Berbillion wang negara dicuri hingga pelabur lari dan ringgit menjadi lemah.

Kesannya berpuluh ribu peluang pekerjaan hilang, yg ada kerja hilang pekerjaan dan kerana nilai ringgit lemah ingin membeli barang sgt mahal. Saya ingin bertanya apa nilai yg ada pada RM 100 masakini?

Yg kaya raya dan senang lenang pemimpin yg mencuri berbillion harta rakyat yg dipunggah utk anak isteri. Yg mereka tipu atau bodohkan rakyat atas nama bangsa dan agama. Rakyat menanggung pemimpin hingga terpaksa membuat dua tiga kerja bagi meneruskan kehidupan.

Kalian sudah melihat betapa korupnya Najib. Kalian telah melihat Muhyiddin yg langsung tidak mempunyai idea membina ekonomi negara malah ekonomi teruk di zaman beliau.

Kalian juga telah melihat Zahid yg dituduh berpuluh tuduhan rasuah. Kalian baru sahaja melihat betapa lemahnya pentadbiran Ismail.

Kalian hanya belum melihat Anwar Ibrahim menguruskan negara ini. Percayalah insan yg sekaki tanah rakyat dan sesen duit rakyat tidak pernah dicuri ini mampu mengubah nasib kita.

Anwar dikenali dan disegani oleh dunia luar. Kelebihan ini yg tiada pada pemimpin2 negara. Anwar adalah pilihan terbaik utk kita mengubah nasib Malaysia. Apa pilihan yg anda ada selain Anwar? Beri Anwar sekali peluang sahaja!

Negara kita sedang sakit…MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR !!!!!