Perancangan bagus, kerajaan tak amanah, lingkup
Pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 diingatkan untuk memilih pemimpin yang amanah bagi memulih dan membangunkan negara.
Calon parlimen Padang Rengas, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sekiranya pemimpin yang dilantik tidak amanah berapa banyak rancangan pembangunan pun dilakar tidak akan mampu mensejahterakan rakyat.
“Kita boleh ada 100 rancangan tetapi diakhirnya kalau kita sebagai pemimpin tidak pamerkan sikap amanah, tidak mungkin kita dapat laksanakan sebaiknya
“PRU ini sangat penting kerana negara ini di persimpangan. Kalau kita gagal lakukan perubahan untuk pastikan nasib anak anak kita dalam keadaan lebih baik maka tahun depan kita berada dalam keadaan lebih sukar.
“The great depresion, kelesuan ekonomi (akan melanda). Kalau kita tidak hati hati (dan kekalkan) pemimpin terpalit tuduhan rasuah saya bimbang negara ini akan terjerumus dalam lembah kebinasaan,” katanya daam Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Tanjung Malim, malam tadi.
Katanya, pemimpin BN dan PN tidak boleh dipilih sejali lagi kerana kelemahan mereka dalam mentadbir kerajaan selama 3 tahun.
“Mereka buat kerajaan pintu belakang kemudian kata sebuah kerajaan Melayu Islam.
“Macam mana kita nak dapat berkat kalau kita mula cara khianat. Oleh itu, kita jangan mudah diganggu gugat dengan sentimen politik bangsa yang murah.
“Jangan akhirnya bila tiba hari mengundi dibisikkan di telinga kita, ‘bila mengundi ingat masa depan orang Melayu’.
“Ini sentimen dimainkan oleh Umno dan sekarang PN. Masyarakat dikawal hanya dengan sentimen agama dan kaum. Dalam masa sama mereka (pemerintah) kaut kekayaan negara,” katanya lagi.